FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 5 / TAHUN 2012
HBAE1203
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
NO. MATRIKULASI : 840128125120001
NO. KAD PENGENALAN : 840128-12-5120
NO. TELEFON : 016-8200314
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH
HBAE1203
1
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 2
1.2 Definisi 3
1.3 Komponen 4
2.0 KEPENTINGAN KREATIVITI TERHADAP KANAK-KANAK 5
3.0 PERINGKAT RANGSANGAN
3.1 Pengenalan 6
3.2 Peringkat Rangsangan 7
3.3 Peringkat Penerokaan 7
3.4 Peringkat Perancangan 7
3.5 Peringkat Aktiviti 8
3.6 Kajian Semula 8
4.0 ANALISIS 9
5.0 KESIMPULAN
5.1 Implikasi Terhadap Pembelajaran Kanak-Kanak 13
5.2 Penutup 16
RUJUKAN 17
HBAE1203
2
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matlamat Wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga
Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara
yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang
kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat
sangat relevan dengan aspirasi Pendidikan Seni Visual kerana subjek ini dilihat
sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana
sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa
program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses
pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain
menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan
kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi
menghasilkan sesuatu karya yang baik dalam kehidupan mereka. Dalam hal ini,
pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Guru-guru
Pendidikan Seni Visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah
pembentukan individu kreatif.
Fenomena pada masa kini adalah mengapa ramai yang memandang remeh
atau tidak mengendahkan langsung mata pelajaran seni ini? Sering kali kita
mendengar mata pelajaran seni dipertikaikan wahlal seperti juga mata pelajaran
Matematik, Biologi atau Sains Sukan, Pendidikan Seni juga mempunyai
kepentingannya yang tersendiri. Malah ia membantu dalam pelbagai aspek kehidupan.
Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan
pengalaman pelajar.
Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai
kurikulum integrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan
pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu
memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu
masyarakat.
Pelajar pada hari ini diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual,
meningkatkan kepekaan serta mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai positif seterusnya menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu
yang diperolehi kerana seni dapat membentuk jiwa dan peribadi akhlak manusia yang
mulia serta berbudi pekerti tinggi.
HBAE1203
3
Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan kreatif? Hakikatnya
kreativiti itu boleh dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan dengan seni,
seperti pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman dan banyak lagi yang ada kaitannya
dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir secara abstrak akan banyak
membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada Seni Visual dan
Lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain.
Menurut Mark Smith, “Seni ialah IQ dan berfikir”. Belajar untuk berfikir bunyinya
unik, menarik dan dinamik.
1.2 Definisi
Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang lain
mengembangkan kreativiti seseorang individu yang lain? Banyak kajian telah
dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi namun
ianya bergantung kepada latar belakang profesional penelitinya. Setiap jawapan yang
diberi berbeza berdasarkan aspek-aspek tertentu.
Kreativiti merupakan proses yang berterusan, ia merujuk kepada keupayaan
seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.
Kreativiti juga boleh dilihat daripada penggunaan imaginasi, penerokaan dan
hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam
keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semula jadi serta
persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang
kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis,
bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga
membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika
merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.
Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;
“Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari
kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan
lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi
yang bersangkutan. Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak (Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis
utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif
adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti
analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan
HBAE1203
4
yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif
dan analitik.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa
maksud “membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud
“memenuhi”. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah
kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan
asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan
sesuatu yang tiada sebelumnya.
1.3 Komponen
i) Lukisan dan Kraftangan
ii) Bahan Warisan Budaya
iii) Persekitaran dan Keindahan Alam
iv) Drama dan Puisi
v) Muzik, Nyanyian dan Pergerakan Kreatif
HBAE1203
5
2.0 KEPENTINGAN KREATIVITI TERHADAP KANAK-KANAK
Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak
menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti
ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang
untuk mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan
terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia
diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan
untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan
ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi
dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan
akademik mereka.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan
ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan
perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru Pendidikan Seni
adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim
Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang
diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif (cognition) yang
melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat, memori
(memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data, pemikiran korvergen
(convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan
perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus, pemikiran divergen (divergen
production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan
bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan
bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran
divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran kreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada
satu-satu kaedah sahaja. Justeru, adalah penting bagi guru-guru pendidikan Seni Visual untuk
mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang
menjurus ke arah itu.
HBAE1203
6
3.0 PERINGKAT RANGSANGAN
3.1 Pengenalan
Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Adalah penting bagi
guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti
supaya pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang
aktiviti seni visual. Aktiviti yang dirancang akan menjadikan aktiviti tersebut lebih
tersusun dan menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan dengan baik dan
berkesan.
Perkembangan Kreativiti Fisher adalah seperti berikut:-
i) Peringkat Rangsangan
ii) Peringkat Penerokaan
iii) Peringkat Perancangan
iv) Peringkat Aktiviti
v) Kajian Semula
Rujuk rajah di bawah ;
Rajah 1 : Perkembangan kreativiti menurut Fisher (1943)
PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER (1943)
Peringkat Rangsangan
Peringkat Penerokaan
Peringkat Perancangan
Peringkat Aktiviti
Peringkat Kajian Semula
HBAE1203
7
3.2 Peringkat Rangsangan
Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan
pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru
perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan
ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan
pelbagai soalan kritikal.Contohnya guru Pendidikan Seni Visual boleh
mempersembahkan sebuah set induksi yang menarik untuk mengambil perhatian
pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan yang berbentuk persoalan seperti
“berdasarkan set induksi tadi,apakah tajuk lukisan kita pada hari ini murid-murid”.
Rangsangan yang diwujudkan oleh guru akan menarik minat murid untuk menjawab
dengan pelbagai jawapan. Sebagai seorang guru, setiap jawapan yang diberikan oleh
murid hendaklah dibimbing agar tidak terpesong untuk melontarkan jawapan-jawapan
yang tidak berkaitan.
3.3 Peringkat Penerokaan
Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran
ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha
menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan
menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran
kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai
cara, gaya dan teknik. Untuk itu,guru Pendidikan Seni boleh menunjukkan contoh
lukisan yang akan dihasilkan oleh murid-murid. Setiap pelajar akan memerhati
lukisan tersebut menggunakan medium dan alat apakah untuk menghasilkannya. Pada
masa ini,murid-murid cenderung untuk bertanya banyak soalan seperti “mengapakah
bahan ini yang digunakan untuk menghasilkan sebuah lukisan ini?”.
3.4 Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan
memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada
peringkat ini akan dilakukan melalui 2 cara iaitu:
Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
HBAE1203
8
Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan
sebagainya.
Peringkat ini memerlukan murid untuk berbincang sesama rakan bagi menghasilkan
sebuah hasilan yang terbaik. Perbincangan dalam kumpulan adalah lebih digalakkan
untuk mendapat sebuah hasil kerja yang bermutu tinggi.
3.5 Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran
kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala
perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti “Bagaimana harus kita
mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?‟‟. Pada peringkat ini, pelajar boleh
bermula untuk menghasilkan tugasan yang diberi dengan bimbingan guru. Segala info
dan maklumat yang telah dikumpulkan boleh dicurahkan untuk mendapat hasil yang
baik.
3.6 Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini,
pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara
tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan
pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
Kajian ini akan memudahkan guru Pendidikan Seni Visual untuk merancang aktiviti
yang lebih menarik untuk pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
HBAE1203
9
4.0 ANALISIS
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi
ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia
membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang
berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual
sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya
yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975).
Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu
kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan
menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat
peribadi dan tersendiri. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai
lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru Pendidikan Seni Visual sebelum kanak-
kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur,
tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru Pendidikan
Seni Visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan
rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti
kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap
sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu
membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psikomotor)
dan koordinasi tangan serta mata.
HBAE1203
10
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam mata
pelajaran ini mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang
demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti Pendidikan Seni Visual
menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai
pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.
(d) Aspek Persepsi
Melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, murid boleh mempertingkatkan
dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan Seni Visual
menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu
produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat
di sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Pendidikan Seni Visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti
Pendidikan Seni Visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat-
menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata
pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam
aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak yang kreatif adalah
hampir sama tetapi masih berbeza. Perkembangan kanak-kanak yang kreatif boleh
diukur dari segi fizikal, emosi dan sosial. Dari segi perkembangan fizikal, kanak-
kanak yang kreatif tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa.
Mereka mempunyai perkembangan tubuh badan yang sama dan normal seperti kanak-
kanak biasa. Dari segi emosi pula, kanak-kanak yang kreatif mudah merasa tertekan.
Keadaan sosial dan emosi kanak-kanak yang kreatif sangat berkait rapat dengan satu
sama lain.
Kanak-kanak yang kreatif tidak memilih kawan berdasarkan kepada umur
kronologi tetapi berdasarkan kepada minat yang sama. Kebanyakan golongan ini lebih
HBAE1203
11
selesa untuk bergaul dengan golongan yang lebih tua daripada mereka. Adalah
penting juga bagi golongan kreatif ini mendapat seorang rakan yang mementingkan
persahabatan tetapi bukan untuk populariti semata-mata seperti mana yang sering
dilakukan oleh golongan biasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa mereka amat
mementingkan kualiti daripada kuantiti rakan mereka. Hubungan persahabatan yang
rapat memberi peluang untuk mereka meluahkan perasaan, pendapat dan keyakinan
mereka. Bagi mereka, hubungan persahabatan memberi sokongan, keselesaan,
kepercayaan, kenikmatan dan kebaikan malah bagi mereka sahabat yang sebenar
hanya akan mencari kebaikan antara satu sama lain tanpa menyalahkan perbuatan
sahabat mereka sendiri. Persepsi serta pendirian mereka inilah yang sedikit sebanyak
menyebabkan mereka tidak mempunyai ramai rakan.
Konsep persahabatan kanak-kanak telah membentuk satu hierarki yang
merangkumi perkaitan peringkat umur, harapan dan kepercayaan mereka terhadap
persahabatan menjadi semakin komplek apabila umur semakin meningkat (Gross,
2002). Terdapat lima peringkat persahabatan, mengikut tahap umur. Tahap pertama
merupakan tahap awal sesebuah persahabatan itu berlaku. Pada tahap ini teman
bermain adalah penting yang mana mereka memerlukan kawan dan saling
membenarkan sesama sendiri berkongsi barang mainan. Tahap yang kedua pula akan
kelihatan antara umur 7-9, satu peringkat yang mana memerlukan seseorang untuk
mereka berkongsi minat yang sama. Pada peringkat ini mereka tidak lagi
mementingkan teman bermain tetapi seseorang yang boleh dibawa mendengar luahan
mereka.
Selepas itu, tahap yang ketiga pula adalah satu tahap yang memerlukan
bantuan dan sokongan daripada orang lain. pada tahap ini, seorang rakan adalah
seseorang yang boleh membantu, menyokong dan menggalakkan. Tahap ketiga ini
merupakan ciri-ciri yang boleh dilihat pada seseorang yang berumur antara 9 hingga
11 tahun. Tahap keempat ialah empati yang mana pada masa inilah kanak-kanak itu
menyedari bahawa sesebuah persahabatan memerlukan seseorang untuk memberi
keselesaaan dan sokongan antara satu sama lain.
Tahap ini juga merupakan satu tahap yang mana mereka akan berkongsi
masalah serta akan membina hubungan rapat dengan orang lain. Tahap ini sering
berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 11 atau 12 tahun. Tahap yang terakhir
ialah satu tahap yang memerlukan satu tempat yang boleh memberi mereka tempat
berlindung dan merasa selamat. Pada masa ini juga mereka akan menyedari bahawa
HBAE1203
12
persahabatan itu merupakan satu hubungan yang mendalam dan berpanjangan yang
melibatkan kepercayaan, kesetiaan dan penerimaan yang tidak bersyarat. Seseorang
yang kreatif sememangnya memandang hubungan persahabatan dengan serius dan
tidak memandang remeh sesuatu hubungan yang telah mereka bina.
Secara ringkasnya, Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid
itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian
dan kepekaan.
a) Kelancaran (Fluency)
Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada
peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu
perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-
kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya mengintegrasikan
kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah.
b) Fleksibel (Flexibility)
Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan
bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai
keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang
dilakukan. Sanggup menerima cabaran tersebut dengan fikiran yang
terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai
satu proses pembelajaran.
c) Keaslian (Originality)
Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai
idea luar biasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering
mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan.
d) Kepekaan (Sensitivity)
Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap
aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan
terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap
objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria
pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan
digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.
HBAE1203
13
5.0 KESIMPULAN
5.1 Implikasi Terhadap Pembelajaran Kanak-Kanak
Seperti yang telah diketahui umum dan tambahan pula perkara ini semakin
mendapat tempat di hati masyarakat, perkataan pelajar kreatif kini tidak asing lagi
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun, mungkin hanya segelintir masyarakat
sahaja yang mengetahui akan hal ini dengan lebih mendalam dan sejauh mana
pendidikan yang sempurna diberikan kepada mereka.
Pelbagai takrifan dan anggapan penduduk terhadap pelajar yang dikatakan
kreatif ini. Mereka mungkin dapat lihat yang mereka merupakan golongan yang
sangat sempurna dan tidak ada yang boleh menandingi kepintaran mereka kerana
kecekapan, kebolehan, dan kematangan mereka dalam perkara-perkara tertentu
menjadikan mereka golongan yang lebih menonjol daripada pelajar biasa atau
golongan normal yang lain. Mereka mempunyai proses perkembangan yang lebih
maju dan cepat. Tahap keintelektualan mereka juga adalah tinggi. Hal ini yang
membezakan di antara golongan mereka dengan yang lain.
Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan
yang dihadapi oleh individu yang berubah mengikut peredaran masa. Namun,
pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan
itu sendiri.Salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam
buku Perkembangan Kanak-kanak, yang mengatakan perkembangan adalah
perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari
sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Berbanding Santoock ( 2008 ),
baginya perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat. Kesimpulannya, perkembangan dapat diklasifikasikan
sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan
pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat
organisma hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan
melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial.
Terdapat banyak aspek yang memungkinkan perkembangan kanak-kanak itu
berlaku. Salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif dan
perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi
dan moral.Perubahan-perubahan itu adalah stabil dan berlaku secara teratur dan
progresif dalam arah tertentu. Sebagai contohnya, seseorang kanak-kanak akan mula
HBAE1203
14
mengenal objek, memberi nama kepada objek, mengenal huruf, mengaitkan huruf
dengan objek, mengenal perkataan dan mengaitkannya dengan objek. Justeru,
perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui
peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan pula merujuk kepada
perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik.Ia biasanya dipengaruhi oleh baka
dan persekitaran. Oleh itu, perkembangan adalah hasil daripada kematangan dan
pembelajaran. Bagi Siti Hawa Munji dan Ma‟rof Redzuan dalam buku mereka,
Pengantar Psikologi pula, perkembangan kognitif dikatakan sebagai perkembangan
fikiran dan intelek manusia.
Selain itu, perkembangan kognitif kanak-kanak dalam dalam carian laman
web http://www.anakku.my/artikel menyifatkan perkembangan kognitif sebagai
proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual kanak-kanak.
Dalam kata lainnya, proses ini melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam
menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah di samping
memahami dan menganalisa masalah tersebut. Secara amnya, bidang ini
mementingkan siasatan ke atas bagaimana seseorang kanak-kanak dapat berkembang
dari satu usia ke usia mental yang lebih tinggi. Dalam usia tersebut, kanak-kanak
biasanya mula membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman
yang dilaluinya. Justeru, perkembangan kognitif ini merupakan salah satu daripada
proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak.
Aspek perkembangan emosi menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel
dalam buku Perkembangan Kanak-kanak membincangkan aspek kemahiran mengurus
dan mengawal emosi. Menurut hasil carian laman web
http://www.mycreche.com.my/services.htm pula, perkembangan emosi kanak-kanak
disifatkan sebagai keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan
perasaan mereka. Bagi hasil carian dalam laman web
http://permatahati.wordpress.com, perkembangan emosi lebih dikaitkan dengan
perasaan iaitu suatu aspek penting dalam dalam kehidupan seseorang termasuk negatif
atau positif kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan
perancangan.
Tambah pensyarah Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-
kanak Institut Pendidikan Universiti Antarabangsa Malaysia, Dr. Mastura Badriz,
berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi
sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan
HBAE1203
15
mereka. Justeru, perkembangan emosi merupakan salah satu aspek dalam
perkembangan kanak-kanak.Merujuk kepada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel
dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, perkembangan fizikal adalah proses
perkembangan kemahiran psikomotor dalam diri individu. Kemahiran tersebut
biasanya memerlukan penggunaan anggota badan, misalnya seorang kanak-kanak
yang bermula dengan kemahiran mengenal huruf, menulis dan kemudian membaca.
Berbeza dengan pendapat di dalam carian laman web http://www.scribd.com,
perkembangan fizikal dapat ditakrifkan sebagai perubahan saiz fizikal, kadar
pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia.
Selain itu, hasil carian di dalam lawan web
http://www.mycreche.com.my/services.htm pula mentakrifkan perkembangan fizikal
sebagai perubahan dari segi bentuk, saiz, kebolehan mengawal pergerakan motor
kasar dan motor halus serta koordinasi anggota badan. Secara huraiannya,
pembentukan manusia adalah hasil daripada satu sel persenyawaan benih ibu dan
bapa yang akan membesar menjadi janin dalam kandungan ibu selama sembilan bulan
sebelum dilahirkan. Kemudiannya, bayi itu akan berubah secara beransur-ansur
manjadi seorang kanak-kanak yang membesar. Maka, proses perubahan yang dilalui
bayi itulah dipanggil proses pertumbuhan dan perkembangan. Berbeza dengan aspek
perkembangan fizikal sambil merujuk sumber buku yang sama, perkembangan
kognitif mengupas isu kemahiran yang merangkumi kemahiran membaca, menulis,
mengira, berfikir secara kreatif dan kritis.
Aspek perkembangan sosial pula menurut sumber buku yang sama,
membincangkan kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan
baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat. Hasil dapatan maklumat melalui
laman web http://www.geocities.com pula berpendapat perkembangan sosial sebagai
satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara
yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini meliputi cara berfikir
tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.
Pendapat ini turut disokong oleh Ainee Binti Haji Ahmad , pelajar Pra-syarat
bagi mata pelajaran Psikologi Perkembangan dalam laman webnya,
http://aineehjahmad.blogspot.com. Hal ini disebabkan perkembangan ini melibatkan
proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial
atau melakukan penyesuaian sosial mereka.
HBAE1203
16
5.2 Penutup
Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya
seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia
pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam
pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui
seni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan
penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang
berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindak balas di samping dapat
mempertahankan warisan budaya dalam konteks sosial di mana sesuatu masyarakat
dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.
Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling
memerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan
masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga
sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.
HBAE1203
17
RUJUKAN
Edward de Bon (1994). (1992). Serious Creativity : Using the Power of Lateral Thinking to
Create New Ideas. New York:Harper-Collins.
Gruber, H.E. (1981). Darwin on Man: A Psychological Study of Scientific Creativity. 2nd
Ed, Chicago: University of Chicago Press.
Harvey, O.J., Hoffmeister, J.K., Coates, C and White, J.B. (1979). A Partial Evaluation of
Torrance's Tests of Creativity. American Educational Research Journal, Vol. 7(3) ,
pp. 359-372.
James M. Higgins.101 Creative Problem Solving Techniques: The Handbook of New Ideas
for Business. New Management Publishing Company.
Paul E. Plsek. (1997). Creativity, Innovations and Quality. ASQC Quality Press.
Rothenberg, A & Hausmen, C. (1976). The Creativity Question. Durham:Duke University
Press.
Sternberg, R.J., Kaufmann, J.C. and Pretz, J.E. (2002).The Creativity Conundrum. New
York. Psychology Press.
Torrance, E.P. (1989). Scientific views of creativity and factors affecting its Growth. In
J.Kagan, ed., „Creativity and Learning‟. Boston: Houghton Miffli.
Top Related