HBML1203SMP
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Zainun Salleh (720315115394)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI / 2012
HBML1203SMP
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)
NO. MATRIKULASI : 720315115394001
NO. KAD PENGNEALAN : 720315115394
NO. TELEFON : 0179305265
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
1
1. PENGENALAN.
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini
sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj
Omar (1986) mengatakan; bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan
alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir,
lidah, lelangit dan pita suara. Menurut Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul ’Kajian
Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang
fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik
adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan
kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-
bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data
deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan
pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,
bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik
untuk setiap bunyi, menurut Dr. Lufti Abas (1985). Daripada pendapat beberapa tokoh di
atas, jelaslah bahawa fonetik merupakan fenomena yang menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa melalui fungsi organ-organ sebutan manusia.
1.1 Konsep fonetik dan fonologi.
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu
bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya. Bunyi-bunyi yang seakan- akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi
lain ataupun bunyi-bunyi selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi
menyerupai bunyi bahasa manusia, bahkan bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang
bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara
penghasilannya bukan diucapkan oleh alat pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin
dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi
batuk, bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi dengkuran, sendawa dan yang seakan
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
2
dengannya bukanlah dalam penelitian fonetik. Justeru itu, fonetik bermaksud meneliti
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan
mengikut cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang
terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa. Fonetik juga merangkumi penyampaian dan
penerimaan bunyi bahasa. Fonetik merangkumi tiga aspek iaitu penelitian penghasilan
bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia atau lebih dikenali
sebagai fonetik artikulasi. Aspek yang kedua ialah penelitian penyampaian bunyi bahasa
atau juga dikenali sebagai fonetik akustik. Aspek yang ketiga ialah penerimaan bunyi
bahasa dalam proses pendengaran, termasuk nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti
bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang
didengarinya yang juga dikenali sebagai fonetik auditori.
1.2 Bunyi Bahasa.
Bunyi boleh ditakrifkan sebagai gelombang-gelombang udara yang digetarkan pertama
sekali oleh pita suara, dan diubah dalam tenggorokan, rongga mulut, dan rongga hidung.
Gelombang-gelombang udara ini seterusnya menyentuh gegendang telinga pendengar,
sebagaimana dinyatkan oleh Lutfi Abas (1985; 46) Manakala bunyi bahasa ialah bunyi
yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini , bunyi bahasa ialah bunyi yang
berfungsi dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi bukan bahasa
seperti batuk, bunyi orang berdehem, bunyi siulan, peniruan kepada bunyi-bunyi
binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang menggigil dan sebagainya. Bunyi bersuara
dan tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita suara.
2.0 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN DAN VOKAL.
Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu alat bahagian dalam tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bahagian
yang memulakan gerakan udara seperti paru-paru trakea, kotak suara, pita suara, epiglotis
dan farinks merupakan bahagian dalam tubuh.
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
3
2.1 Penghasilan bunyi vokal .
Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika menghasilkan bunyi
tersebut, pita suara digetarkan. Terdapat lapan bunyi vokal iaitu enam vokal asli
[a,e,i,o,dan u]. Dua vokal yang terdapat dalam kebanyakkan dialek [ɛ dan ɔ]. Terdapat
empat vokal depan [i], [e][ɛ], dan[a], satu vokal tengah [ɚ], dan tiga vokal belakang[ u],
[o] dan [ɔ]. Kata depan, tengah, dan belakang merujuk kepada bahagian pada lidah.
2.1.1 ciri-ciri bunyi vokal
Ciri-ciri bunyi vokal ialah bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan, dan udara
keluar tanpa sekatan.Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri
tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah
yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada
dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,
sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja (
menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga
udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan
bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara
keluar dari paru-paru pita suara bergetar.
2.1.2 Daerah artikulasi
Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan
bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan
dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan
apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan. Penamaan bunyi-bunyi bahasa
adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu dihasilkan. Ini melibatkan alat dan
daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika hujung lidah
menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga
belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [t]. Bunyi ini dilabelkan
sebagai letupan gusi tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan
secara serta merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini, pita suara
menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
4
sebaliknya pula jika tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai
tidak bersuara.
2.2 ALAT-ALAT ARTIKULASI
Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi ini boleh dipecahkan kepada tiga
bahagian iaitu alat bahagian dalam tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Alat tutur
atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam
mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir
atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi,
lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.
ALAT-ALAT ARTIKULASI
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
5
Dipetik daripada Sumber : www.tutor.com.my/tutor/cetakarkib2002.asp?
2.3 PENGHASILAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU.
2.3.1 Penghasilan Bunyi Vokal
Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru- paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
i Vokal hadapan
ii Vokal tengah
iii Vokal belakang
Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah
Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu.
Dipetik daripada sumber : http://digitaleprints.um.edu.my/2718/9/b6.pdf
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
6
Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut
bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah,
bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah
merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang
berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi
vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal
ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:
Sumber dipetik daripada : http://digitaleprints.um.edu.my/2718/9/b6.pdf
Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi
vokal. Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam
pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan
dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan
yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996)
keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut:
• Hampar
• Separuh hampar
• Bundar
• Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan
separuh bundar.
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
7
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis
vokal adalah seperti berikut:
Sumber dipetik daripada : http://digitaleprints.um.edu.my/2718/9/b6.pdf
Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa.
2.3.2 Penghasilan Bunyi Konsonan
Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat
gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri
daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud
konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita
suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari
peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2
iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan
konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang
perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
satu konsonan hentian glo tis. ( ? )
dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
8
dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan
geseran glotis bersuara ( h ).
satu konsonan getaran bersuara ( r ).
satu konsonan sisian bersuara ( I ).
empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua
bibir bersuara ( w ).
satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua
bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.
3.0 FONEM DAN ALOFON DALAM BAHASA MELAYU
Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna,
atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri
daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit
terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan
maksud ujaran.
Alofon ialah terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p
dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir
yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak
sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas,
fonem p mempunyai dua alofon.
3.1 Fonem Vokal
Terdapat enam vokal dalam bahasa Melayu standard, iaitu /a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/ , dan /ә/
dan penyebarannya adalah seperti yang berikut:
Huruf
Fonem
Penggunaan Fonem Vokal
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
9
Awal Tengah Akhir
a /a/ /awa?/
/aku/
/cakap/
/gagap/
/mana/
/pula/
e /e/ /ena?/
/ekor/
/leher/
telen
/tauge/
/ole-ole/
i /i/ /ikat/
/iman/
/pilih/
/gigih/
/tuli/
/tari/
o /o/ /oleh/
/oraŋ/
/bohoŋ/
/toloŋ/
//pidato/
/solo/
u /u/ /ubat/
/ular/
/bulat/
/pulut/
/sudu/
/palu/
e /ә/ /әmak/
/әmpat/
/pәnat/
/tәpat/
/nasionalismә/
/mekanismә/
3.1.1 Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]
Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat
sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan,
halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai
contoh:
Awalan pertengahan akhiran
[ijab] [minum] [beli]
[insan] [kilang] [cari]
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
10
Sumber dipetik daripada : http://digitaleprints.um.edu.my/2718/9/b6.pdf
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
sempit atau tinggi [ i ].
3.1.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah
dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit
sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan
dengan menutup bahagian rongga hidung.Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke
rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian
pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh:
awalan pertengahan akhiran
[ekor] [kekok] [kole]
[enak] [belok] [tauge]
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
11
Sumber dipetik daripada : http://digitaleprints.um.edu.my/2718/9/b6.pdf
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
separuh sempit atau separuh tinggi [ e ].
3.1.3 Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ]
Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke
daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/.
Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara
digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini
juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.
Sebagai contoh:
awalan pertengahan akhiran
[εsok] [kεk] [sorε]
[εnak] [bεlok] [olε-olε]
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
12
Sumber dipetik daripada : http://digitaleprints.um.edu.my/2718/9/b6.pdf
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau
separuh rendah [ ε ].
3.1.4 Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]
Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi
vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian
lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya
udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan
pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang
halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan
bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].
Sebagai contoh:
awalan pertengahan akhiran
[angsa] [rapi] [lupa]
[alis] [palam] [kena]
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
13
Sumber dipetik daripada : http://digitaleprints.um.edu.my/2718/9/b6.pdf
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
luas atau rendah [ a ].
Fonem-fonem konsonan asli /p/, /t/, /d/, /s/, /h/, /l/, /r/, /m/, /n/ dan // boleh hadir
dalam semua lingkungan kata dalam kata BM. Sebaliknya, fonem letupan tidak bersuara
/k/ dan fonem separuh vokal /w/ dan /j/ boleh hadir dalam lingkungan awal dan tengah
kata sahaja. Pada lingkungan akhir kata, fonem /k/ diganti oleh fonem hentian glotis //.
Fonem-fonem /b/, /g/, /ʧ/, /d/, dan // pula hanya hadir pada lingkungan awal dan
tengah
kata dalam kata asli BM. Fonem-fonem ini dapat hadir pada lingkungan akhir kata hanya
dalam kata pinjaman sahaja.
Fonem Lingkungan
Awal Tengah Akhir
/p/ /pasa/ /lapa/ /tәtap/
/b/ /bawә/ /bebas/ -
/t/ /tali/ /litar/ /kәtat /
/d/ /dagu/ /dadu/ /had /
4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL
1. Tekanan
Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau
lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
14
tekanan ialah /’/. Lambing ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu
misalnya /buda?/. dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.
2. Nada
Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan.
Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi sekali).
Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada
tekanan dan turun hingga 1.
Contoh : 2 saya hendak 3 balik.
3. Jeda
Jeda disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen
linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai
hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#] dan apabila digunakan jeda boleh membawa
makna yang berbeza. Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara
4. Kepanjangan
Mora atau panjang pendek ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama
dengan harakat dalam bahasa Arab. Lambang yang digunakan untuk menandakan
panjang pendek itu ilah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora
manakala [.] bermaksud setengah mora.
4.1 KEPENTINGAN DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Kepentingan Kemahiran Lisan
Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang
tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-
kanak membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar,
mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
15
barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka
menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan
mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap
dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan
pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika
seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat
mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.
Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.
Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah
dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan
akan membina asas bahasa yang kukuh.
Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal
persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan
dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan
kanak-kanak pemulihan untuk belajar.
Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi
pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat
pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang
antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
· Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa
· Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
· Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
· Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
16
· Mendengar secara kritikal.
5.0 Kesimpulan
Guru adalah pemain peranan yang penting untuk memastikan kejayaan murid-murid
menguasai kemahiran lisan. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan
berlandaskan prinsip-prinsip tertentu.
ZAINUN SALLEH(720315115394) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI B.MELAYU
17
Rujukan:
Ali bin Mahmood et al. (2010). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Modul Open
University Malaysia.
Indirawati bt Zahid dan Mardian Shah bt Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Siti Hajar bt Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/54476764/fonem-suprasegmental
http://digitaleprints.um.edu.my/2718/9/b6.pdf
http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/fonologi-penfenalan.html
Top Related