HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DENGAN
KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI
MALAYSIA SARAWAK
Jamaludin bin Suhaimi
Sarjana Muda Dengan Kepujian (Kaunseling)
2006
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN
KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI
MALAYSIA SARAWAK
JAMALUDIN SUHAIMI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Kaunseling)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2006
i
Projek bertajuk ‘Hubungan Antara Kerapatan Hubungan dan Kepuasan
Perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak’ telah disediakan oleh
Jamaludin bin Suhaimi dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian (Kaunseling).
Diterima untuk diperiksa oleh :
..……………………………..
( Encik Rizal Abu Bakar )
Tarikh :
...............................................
ii
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih
kepada penyelia projek asal iaitu Puan Fatahyah Yahaya atas segala usaha,
bimbingan dan nasihat yang telah diberikan sepanjang proses kajian ini dihasilkan.
Bantuan, bimbingan dan nasihat Puan merupaka asas dan dorongan untuk terus
maju dalam menghasilkan projek tahun akhir ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi ditujukan kepada Ketua Jabatan
Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) iaitu
Encik Rizal Abu Bakar selaku penyelia projek atas segala nasihat dan tunjuk ajar.
Didikan dan bantuan daripada Tuan adalah tulang belakang kejayaan penghasilan
projek tahun akhir ini. Ilmu dan pengalaman yang dicurahkan Tuan menjadikan
projek tahun akhir ini suatu yang lebih bermakna.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan tutor-tutor Jabatan
Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) atas
segala bentuk sumbangan dan tunjuk ajar yang banyak membantu penghasilan
kajian ini. Penat lelah mereka dalam memberi galakan dan panduan akan dikenang
sampai akhir hayat.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan; Mahasiswa
Program Kaunseling ambilan 2003 atas sokongan dan tunjuk ajar yang amat
bermanfaat kepada diri. Penghasilan kajian ini merupakan satu kejayaan bersama
untuk semua. Penghargaan terakhir tetapi penuh bermakna ditujukan kepada ahli
keluarga kerana sentiasa menyokong dan memberi sumbangan tidak kira apa jua
keadaan. Segala jasa dan budi semua pihak amat dikenang.
iii
JADUAL KANDUNGAN
Halaman
Penghargaan ii
Jadual Kandungan iii
Senarai Jadual vi
Senarai Rajah vii
Senarai Lampiran viii
Abstrak ix
Abstract x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 4
1.2 Kenyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 8
1.3.1 Objektif Kajian Umum 8
1.3.2 Objektif Kajian Khusus 9
1.4 Hipotesis Kajian 9
1.5 Kerangka Konseptual 10
1.6 Definisi Istilah 12
1.6.1 Kerapatan Hubungan 12
1.6.2 Kepuasan Perkahwinan 13
1.6.3 Kekerapan Hubungan 13
1.6.4 Kepelbagaian Aktiviti Dilakukan 13
1.6.5 Kekuatan Pengaruh Pasangan 14
1.7 Kepentingan Kajian 14
1.8 Limitasi Kajian 15
1.9 Kesimpulan 17
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 18
2.1 Saling Bergantung Dalam Hubungan 19
2.2 Teori Pertautan 20
2.3 Kerapatan Hubungan Dalam Hubungan 21
Interpersonal
2.4 Kerapatan Dan Kebebasan 22
2.5 Kerapatan Dan Kemesraan 23
iv
2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik 24
2.7 Kerapatan Dalam Hubungan Kekeluargaan 24
2.8 Aspek-aspek Kepuasan Perkahwinan 25
2.9 Model-model Kepuasan Perkahwinan 26
2.10 Kepuasan Perkahwinan Dan Umur 27
2.11 Kesan Kepuasan Perkahwinan Kepada Individu 28
2.12 Kepuasan Perkahwinan Dan Komunikasi 29
2.13 Kepuasan Perkahwinan Dan Penyelesaian Masalah 30
2.14 Kesimpulan 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 31
3.1 Lokasi Kajian 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Responden Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Bahagian A (Demografi) 33
3.4.2 Bahagian B (Kerapatan Hubungan) 35
3.4.3 Bahagian C (Kepuasan Perkahwinan) 28
3.5 Pengumpulan Data 40
3.6 Penganalisaan Data 40
3.6.1 Relationship Closeness Inventory 41
3.6.2 Comprehensive Marital Satisfaction Scale 43
3.7 Kesimpulan 45
BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan 46
4.1 Statistik Deskriptif 47
4.1.1 Analisa Taburan Demografi Tempoh 47
Perkahwinan
4.2 Statistik Inferensi 48
4.3 Pengujian Hipotesis 49
4.3.1 Perhubungan Antara Faktor Demografi 49
(Tempoh Perkahwinan) Dengan
Kerapatan Hubungan Mahasiswa
Universiti Malaysia Sarawak.
4.3.2 Perhubungan Antara Faktor Demografi 50
(Tempoh Perkahwinan) Dengan
Kepuasan Perkahwinan Mahasiswa
Universiti Malaysia Sarawak.
4.3.3 Perhubungan Antara Kerapatan Hubungan 52
v
Dengan Kepuasan Perkahwinan
Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
4.3.4 Perhubungan Antara Kekerapan Hubungan 53
Dengan Kepuasan Perkahwinan
Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
4.3.5 Perhubungan Antara Kepelbagaian Aktiviti 55
Dengan Kepuasan Perkahwinan
Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
4.3.6 Perhubungan Antara Kekuatan Pengaruh 57
Pasangan Dengan Kepuasan
Perkahwinan Mahasiswa Universiti
Malaysia Sarawak.
4.3.7 Kesimpulan Pengujian Hipotesis 58
4.4 Kesimpulan 60
BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 61
5.1 Rumusan Kajian 62
5.2 Kesimpulan Kajian 64
5.3 Cadangan Kajian 64
5.3.1 Pengkaji Akan Datang 65
5.3.2 Pengamal 66
5.3.3 Organisasi 67
5.4 Kesimpulan 68
RUJUKAN 69
vi
SENARAI JADUAL
Halaman
Jadual 3.1 42
Kriteria Permakahan Bagi Relationship Closeness Inventory
Jadual 3.2 43
Tahap Kerapatan Hubungan Keseluruhan Dalam Relationship
Closeness Inventory
Jadual 4.1 47
Tempoh Perkahwinan Responden Mengikut Bulan
Jadual 4.2 50
Perbezaan Tempoh Perkahwinan Dengan Kerapatan Hubungan
Jadual 4.3 51
Perbezaan Tempoh Perkahwinan Dengan Kepuasan Perkahwinan
Jadual 4.4 52
Hubungan Antara Kerapatan Hubungan Dengan Kepuasan
Perkahwinan
Jadual 4.5 53
Hubungan Antara Kekerapan Hubungan Dengan Kepuasan
Perkahwinan
Jadual 4.6 56
Hubungan Antara Kepelbagaian Aktiviti Dengan Kepuasan
Perkahwinan
Jadual 4.7 58
Hubungan Antara Kekuatan Pengaruh Dengan Kepuasan
Perkahwinan
Jadual 4.8 59
Rumusan Pengujian Hipotesis
vii
SENARAI RAJAH
Halaman
Rajah 1.1 11
Kerangka Konseptual
Rajah 3.1 34
Formula Pengiraan Sampel
Rajah 3.2 44
Pengiraan Julat Skor Min
Rajah 3.3 45
Pengiraan Julat Min Skor Untuk Kepuasan Perkahwinan
viii
SENARAI LAMPIRAN
Halaman
Lampiran 1 73
Instrumen Kajian
Lampiran 2 82
Kekerapan Dan Taburan Demografi
Lampiran 3 84
Jadual Keputusan Ujian Anova Sehala
Lampiran 4 86
Jadual Keputusan Ujian Korelasi Pearson
ix
ABSTRAK
HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DENGAN KEPUASAN
PERKAHWINAN: SATU KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Jamaludin bin Suhaimi
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara kerapatan hubungan
dengan kepuasan perkahwinan bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa yang telah berkahwin
telah dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan
adalah satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua jenis inventori iaitu
Relationship Closeness Inventory (RCI) dan Comprehensive Marital Satisfaction
Scale (CMSS). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis faktor
demografi responden yang terdiri daripada tempoh perkahwinan. Kaedah statistik
inferensi pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara kerapatan hubungan
dengan kepuasan perkahwinan serta ketiga-tiga sub-skala kerapatan hubungan
(kekerapan hubungan, keperlbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh
pasangan) dengan kepuasan perkahwinan melalui ujian Anova sehala dan ujian
Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
signifikan antara tempoh perkahwinan dengan kepuasan perkahwinan dan tempoh
perkahwinan dengan kerapatan hubungan. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak
terdapat hubungan signifikan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan
perkahwinan, kekerapan hubungan dengan kepuasan perkahwinan dan kekuatan
pengaruh pasangan dengan kepuasan perkahwinan. Hasil dapatan kajian
membuktikan bahawa terdapat hubungan signifikan antara kepelbagaian aktiviti
dengan kepuasan perkahwinan. Turut dibincangkan adalah cadangan-cadangan bagi
kajian akan datang dan juga limitasi kajian.
x
ABSTRACT
RELATIONSHIP BETWEEN RELATIONSHIP CLOSENESS AND MARITAL
SATISFACTION: A STUDY IN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Jamaludin bin Suhaimi
The purpose of this study is to identify the relationship between relationship
closeness and marital satisfaction of students of Universiti Malaysia Sarawak. A
set of 70 married students were randomly selected for the purpose of this study. The
instrument of the study is a set of questionnaire comprises of two inventories which
are Relationship Closeness Inventory (RCI) and Comprehensive Marital
Satisfaction Scale (CMSS). Descriptive statistical methods are used to analyze the
demographical factors part of the study which is the period of marriage in years
and months. Inferential statistical methods are used to analyze the relationship
between relationship closeness and marital satisfaction and the relationships of
three sub-scales of relationship closeness (frequency of relationship, diversity of
activities done and strength of spousal affection) and marital satisfaction by using
One-Way Anova test and Pearson Correlation test. The findings show that there
are no significant relationships between the period of marriage and marital
satisfaction and the period of marriage and relationship closeness. The findings
also indicate that there are no significant relationships between relationship
closeness and marital satisfaction, frequency of relationship and marital
satisfaction and strength of spousal affection and marital satisfaction. The results
also show a significant relationship between diversity of activities performed and
marital satisfaction. Suggestions for future research and limitation of research are
also discussed.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Perkahwinan merupakan satu hubungan antara satu pasangan yang terdiri
daripada seorang lelaki dan seorang perempuan secara sah dari aspek sosial, agama
dan budaya. Perkahwinan merupakan asas kepada keluarga yang seterusnya
merupakan komponen kecil masyarakat di sesuatu kawasan.
Sejarah perkahwinan adalah berdasarkan kontrak sosial antara pasangan
yang terdiri daripada seorang lelaki iaitu suami dan seorang perempuan iaitu isteri
(Eshleman, 1991). Budaya perkahwinan telah diperkembangkan dengan munculnya
negara dan masyarakat yang menerima dan membenarkan perkahwinan sesama
jenis (homoseksual) iaitu antara lelaki dan lelaki iaitu pasangan gay (McWhirter &
2
Mattison, 1984). atau perempuan sesama perempuan iaitu pasangan lesbian
(Thomas, 2005). Selain daripada itu wujud juga isu perkahwinan poligami iaitu
seorang lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang perempuan dalam suatu masa
(Eshleman, 1991).
Islam sebagai salah satu agama di dunia juga mempunyai pandangan serta
hukum terhadap perkahwinan. Miftah Faridl (1996) menyatakan bahawa
perkahwinan dalam Islam mempunyai suatu asas yang paling utama iaitu konsep
nikah. Nikah yang bererti aqad atau ikatan, merupakan suatu perjanjian antara
seorang lelaki dan perempuan dalam ikatan suami isteri untuk membangunkan
rumah tangga sesuai dengan ketentuan syarak (Miftah Faridl, 1996).
Miftah Faridl (1996) turut menyatakan bahawa terdapat tiga dasar bagi
undang-undang perkahwinan. Tiga dasar ini adalah yang pertama iaitu perkahwinan
merupakan ikatan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan soerang perempuan
bagi membentuk sebuah rumah tangga. Dasar kedua ialah perkahwinan adalah sah
sekiranya dilakukan mengikut hukum agama dan kepercayaan masing-masing dan
dasar yang ketiga ialah setiap perkahwinan perlu dicatat menurut peraturan
perundangan setempat. Ahmad Ibrahim (1997) pula menyatakan pendaftaran
merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam Ordinan Perkahwinan 1952
yang menetapkan setiap perkahwinan di Malaysia hendaklah didaftarkan di bawah
Registra.
Di Asia, perkahwinan juga merupakan satu adat atau aktiviti yang
dijalankan sejak dahulu lagi. Namun begitu timbul beberapa isu yang berkaitan
3
dengan isu perkahwinan seperti pendidikan perkahwinan dan pendidikan seks serta
isu penceraian yang semakin meningkat di kalangan beberapa negara di Asia
(Huang, 2005). Isu-isu yang timbul terutamanya penceraian menunjukkan kajian
bagi penduduk Asia harus terus dijalankan dan diperbanyakkan.
Kerapatan hubungan merupakan satu aspek yang terdapat dalam hubungan
interpersonal. Clark dan Reis (1988) dalam Berscheid, Snyder dan Omoto (1989)
menyatakan bahawa kerapatan merupakan satu keadaan yang menjadi asas kepada
apa jua bentuk hubungan. Hubungan interpersonal yang rapat dapat mewujudkan
pelbagai impak positif kepada kedua-dua individu tersebut dan juga persekitaran.
Kerapatan hubungan juga merupakan aspek yang penting bagi satu hubungan
romantik atau mesra yang berdasarkan satu ikatan. Ikatan yang terjalin antara
pasangan terjadi apabila pasangan aktif, saling mempengaruhi dan saling memberi
dan menerima antara satu sama lain (Johnson, Makinen & Milikin, 2001). Johnson,
Makinen dan Milikin (2001) menambah bahawa ikatan yang dibentuk pula akan
menghasilkan keselesaan, perasaan selamat dan kerapatan antara kedua-dua
individu atau pasangan ini.
Kepuasan perkahwinan sering dikaitkan dengan kebahagiaan rumah tangga.
Kepuasan perkahwinan berkait rapat dengan keadaan individu tersebut,
keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga (Stack & Eshelmen, 1998 dalam
Bradbury, Fincham & Beach, 2000). Hubungan yang sentiasa terkawal dan
membentuk kepuasan dalam perkahwinan bagi seseorang individu dapat mengelak
dari berlakunya pelbagai kejadian yang tidak diingini kepada individu atau
4
keluarga. Penceraian merupakan antara fenomena yang selalu berlaku dalam
perkahwinan (Huang, 2005) dan patut dielakkan.
1.1 Latar Belakang Kajian
Keluarga merupakan satu institusi asas dalam masyarakat. Keluarga
berpunca dari pasangan yang terdiri daripada suami dan isteri dan seterusnya anak-
anak. Hubungan yang wujud dalam keluarga adalah hubungan antara pasangan
suami isteri, hubungan antara anak dengan bapa, hubungan antara anak dengan ibu
dan hubungan antara adik-beradik. Hubungan suami isteri dari segi kerapatan
hubungan mereka dan kepuasan perkahwinan merupakan satu aspek penting bagi
membentuk kebahagiaan rumahtangga.
Kerapatan hubungan merupakan aspek yang terdapat dalam hubungan
interpersonal. Saling bergantung dalam hubungan merupakan konsep yang menjadi
asas dalam kerapatan hubungan bagi suatu pasangan. Konsep ini terdiri daripada
empat faktor iaitu tempoh masa, kekerapan hubungan, kepelbagaian aktiviti
dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan (Berscheid, Snyder & Omoto, 1989).
Teori Pertautan merupakan suatu teori yang sering dihubungkait dengan
hubungan antara dua orang individu. Teori ini diasaskan oleh John Bowlby dan
Mary Ainsworth. Teori yang merujuk kepada hubungan ibu dan anak ini telah
dikembangkan dalam kajian terhadap orang dewasa (Bretherton, 1992).
Kepuasan perkahwinan merupakan aspek yang luas dan mempunyai banyak
kajian yang berbeza telah dijalankan. Secara keseluruhan, kajian-kajian yang
5
dijalankan berkenaan kepuasan perkahwinan dibahagikan kepada tiga aspek iaitu
proses interpersonal dalam perkahwinan, perjalanan hubungan perkahwinan dan
pengukuran dan konsep kepuasan perkahwinan (Bradbury, Fincham & Beach,
2000).
Terdapat beberapa model dan konsep yang dijadikan panduan dalam kajian
kepuasan perkahwinan. Model Dinamika Berterusan, Model Penyalahanggapan dan
Model Penyesuaian merupakan model yang digunakan bagi mengukur kepuasan
perkahwinan bagi responden (Caughlin, 2002).
1.2 Kenyataan Masalah
Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan dua pembolehubah yang
berkaitan iaitu kerapatan hubungan dan kepuasan perkahwinan. Kajian yang
dijalankan mengkaji hubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan
perkahwinan dengan mengambilkira tempoh perkahwinan sebagai faktor
demografi.
Perhubungan yang rapat merupakan satu aspek yang wujud dalam
perhubungan yang penting dan amat bermakna bagi seseorang. Perhubungan yang
rapat adalah berdasarkan prinsip saling bergantungan antara kedua-dua individu
(Kelley, Berscheid, Christensen, Harvey, Huston, Levinger, McClintock, Peplau &
Peterson, 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Terdapat pelbagai
hubungan yang rapat yang boleh di alami oleh indivdu pada suatu masa. Kajian
oleh Berscheid, Snyder dan Omoto (1989) kepada 241 orang pelajar di Universiti
6
Minnesota telah mengenalpasti terdapat beberapa bentuk hubungan yang paling
rapat yang wujud iaitu perhubungan romantik (47%), perhubungan persahabatan
(36%), perhubungan kekeluargaan (14%) dan lain-lain perhubungan (3%).
Hubungan suami isteri dan pasangan kekasih adalah dikategorikan sebagai
hubungan yang romantik.
Kepuasan perkahwinan merupakan aspek yang sering kali dikaji dalam
perhubungan suami isteri. Setiap kajian menyentuh aspek yang berbeza-beza yang
berkaitan dengan kepuasan perkahwinan. Antara aspek yang sering disentuh ialah
proses interpersonal manusia seperti kognisi dan sokongan sosial, perjalanan
hubungan perkahwinan seperti kehadiran anak-anak dan pengurusan tekanan dan
pengukuran kepuasan perkahwinan yang berkaitan seperti pembangunan alat
ukuran yang sesuai dan teori-teori yang boleh diaplikasikan (Bradbury, Fincham &
Beach, 2000). Kajian yang dijalankan ke atas 60 orang ibu bapa yang baru
memperolehi cahaya mata dan 60 orang ibu bapa tanpa anak di Univeristi Haifa
mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai anak menunjukkan kepuasan
perkahwinan yang lebih tinggi berbanding dengan ibu bapa yang tidak mempunyai
anak (Guttmann & Lazar, 2004). Contoh kajian ini menunjukkan hubungan antara
kepuasan perkahwinan dengan kehadiran anak-anak.
Sacco dan Phares (2001 dalam Patten, n.d.) menyatakan bahawa individu
akan merasai kepuasan perkahwinan apabila pasangannya memberi tanggapan yang
positif terhadapnya. Sacco dan Phares (2001 dalam Patten, n.d) membuat kajian
terhadap peranan keyakinan kendiri dan tekanan dalam sokongan pasangan dan
7
kepuasan perkahwinan. Kajian mereka menunjukkan bahawa walaupun individu
mempunyai masalah tekanan, namun sokongan oleh pasangan akan menimbulkan
keyakinan kendiri dan mengekalkan kepuasan perkahwinan individu dan
pasangannya.
Gee, Scott, Castellani dan Cordova (2002) telah menjalankan kajian yang
berbentuk pencegahan dan pengawasan. Gee et al. (2002) telah membuat kajian
bagi menekankan kepuasan perkahwinan dalam kalangan pasangan yang baru
berkahwin. Di samping membuat kajian berkenaan jangkaan kepuasan
perkahwinan dalam masa 2 tahun bagi pasangan yang baru berkahwin, mereka juga
telah memberi satu pandangan dan nasihat tidak langsung akan kepentingan
kepuasan perkahwinan kepada pasangan yang dikaji. Bagi pasangan lain di seluruh
dunia pula mereka akan menjadi lebih peka terhadap kepentingan kepuasan
perkahwinan kerana hasil kajian pengkaji-pengkaji ini menunjukkan terdapat
kemungkinan pasangan yang berkahwin mengalami masalah dalam perkahwinan
dan kepuasan perkahwinan mereka selepas 2 tahun berkahwin. Sebanyak 41
peratus pasangan yang dikaji dicadangkan untuk merujuk pakar atau mengikuti
kaunseling perkahwinan selepas tempoh atau semasa tempoh 2 tahun tersebut
akibat daripada pelbagai punca. Kesedaran terhadap kepentingan kepuasan
perkahwinan harus ditingkatkan terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin
agar rumah tangga mereka terus berada dalam keadaan yang bahagia.
Kerapatan hubungan dan kepuasan perkahwinan merupakan satu hubungan
yang berkait rapat. Kerapatan hubungan merupakan asas kepada perhubungan
8
romantik (Johnson, Makinen & Milikin, 2001) seperti hubungan perkahwinan.
Kajian ini penting bagi mengetahui tahap hubungan kerapatan perhubungan suami
isteri yang dapat menjamin kepuasan perkahwinan mereka. Kerapatan hubungan
antara suami dan isteri hasil daripada kekerapan meluangkan masa bersama
pasangan, kepelbagaian aktiviti yang dilakukan bersama-sama dan keakraban yang
terhasil dari kekuatan perhubungan suami isteri (Kelley et al., 1983 dalam
Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Elemen-elemen kerapatan ini merupakan
elemen yang dikaji dalam hubungan antara kerapatan hubungan dan kepuasan
perkahwinan. Kajian yang dijalankan oleh Kirby, Baucom dan Peterman (2005) ke
atas 84 pasangan serta 4 suami dan 12 isteri di Carolina Utara mendapati bahawa
keperluan bagi kerapatan yang tidak dipenuhi mengakibatkan kesan yang negatif
kepada kepuasan perkahwinan secara keseluruhan. Hal ini menunjukkan bahawa
kerapatan dan kepuasan perkahwinan adalah suatu yang berkait rapat.
1.3 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan pengkaji mengandungi dua jenis objektif iaitu
objektif umum kajian dan objektif khusus kajian. Objektif umum dan khusus bagi
kajian ini adalah disenaraikan seperti berikut:
1.3.1 Objektif Umum
Mengenal pasti tahap hubungan antara kerapatan hubungan dan kepuasan
perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
9
1.3.2 Objektif Khusus
1.3.2.1 Mengkaji hubungan antara tempoh perkahwinan diantara responden dengan
kerapatan hubungan (kekerapan, kepelbagaian dan kekuatan hubungan)
mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
1.3.2.2 Mengkaji hubungan antara tempoh perkahwinan diantara responden dengan
kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
1.3.2.3 Mengkaji hubungan antara kerapatan hubungan (kekerapan, kepelbagaian
dan kekuatan hubungan) dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa
Universiti Malaysia Sarawak.
1.3.2.4 Mengkaji hubungan antara kekerapan hubungan dengan kepuasan
perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
1.3.2.5 Mengkaji hubungan antara kepelbagaian aktiviti dilakukan dengan
kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
1.3.2.6 Mengkaji hubungan antara kekuatan pengaruh pasangan dengan kepuasan
perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
1.4 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian bagi kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:
H01 Tiada perbezaan signifikan antara tempoh perkahwinan diantara
responden dengan kerapatan hubungan mahasiswa Universiti
Malaysia Sarawak.
10
H02 Tiada perbezaan signifikan antara tempoh perkahwinan diantara
responden dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti
Malaysia Sarawak.
H03 Tiada perhubungan signifikan antara kerapatan hubungan dengan
kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
H04 Tiada perhubungan signifikan antara kekerapan hubungan dengan
kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.
H05 Tiada perhubungan signifikan antara kepelbagaian aktiviti dilakukan
dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia
Sarawak.
H06 Tiada perhubungan signifikan antara kekuatan pengaruh pasangan
dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia
Sarawak.
1.5 Kerangka Konseptual
Kajian yang dijalankan adalah diterangkan melalui kerangka konseptual
seperti Rajah 1.1.
Kajian ini menggunakan dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar
dan pembolehubah tak bersandar. Mengikut kerangka konseptual di atas,
pembolehubah bersandar adalah kepuasan perkahwinan. Kepuasan perkahwinan
merupakan pembolehubah bersandar kerana kepuasan perkahwinan merupakan
pembolehubah yang hendak dikaji dan bergantung kepada pembolehubah
11
bersandar. Kerapatan hubungan mempengaruhi hubungan mesra atau perkahwinan
(Johnson, Makinen & Milikin, 2001). Pembolehubah tak bersandar bagi kajian ini
merupakan kerapatan hubungan dan faktor demografi. Pembolehubah tak bersandar
ini merupakan pembolehubah yang mempengaruhi kepuasan perkahwinan.
Rajah 1.1 : Hubungan antara Kerapatan Hubungan dengan
Kepuasan Perkahwinan.
Pembolehubah tak bersandar demografi yang dikaji dalam kajian ini
merupakan tempoh perkahwinan. Tempoh perkahwinan merupakan satu-satunya
pembolehubah yang dikaji kerana tempoh perkahwinan mempunyai hubungan
dengan kerapatan hubungan (Kelley et al., 1983 dalam Berscheid, Snyder &
Omoto, 1989) dan kepuasan perkahwinan (Caughlin, 2002). Pembolehubah tak
bersandar kerapatan hubungan mempunyai 3 elemen yang dikaji iaitu kekerapan
Faktor Demografi
1. Tempoh Perkahwinan
Kerapatan Hubungan
1. Kekerapan Hubungan
2. Kepelbagaian Aktiviti
Di Lakukan
3. Kekuatan Pengaruh
Pasangan
Kepuasan
Perkahwinan
12
hubungan, kepelbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan
(Kelley et al., 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989).
1.6 Definisi Istilah
Definisi istilah merupakan perkara yang penting sebagai panduan
keseluruhan kajian ini. Definisi istilah ini menerangkan maksud setiap konsep yang
digunakan dalam kajian dan terbahagi kepada dua iaitu definisi konseptual dan
definisi operasional.
1.6.1 Kerapatan Hubungan
Konseptual
Satu jenis keadaan dimana kedua-dua individu (1) mempunyai kekerapan masa
bersama-sama, (2) kesan perbuatan adalah kuat terhadap masing-masing, (3) kesan
perbuatan adalah hasil dari pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama dan (4)
kesemua aspek adalah hasil dari perbuatan yang berkaitan dalam sesuatu jangka
masa yang lama (Kelley et al., 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989).
Operasional
Satu perhubungan yang rapat antara mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak dan
pasangannya yang di nilai melalui kekerapan meluangkan masa bersama-sama,
melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama dan pasangan mempunyai pengaruh
terhadap responden.
Top Related