AHLI KUMPULAN
1) NOOR AINI BINTI AWANG2) NURUL NALYA BINTI ABDUL GHANI3) NURUL NADIA BINTI ABDUL GHANI4) ROHANI BINTI ZAKARIA5) ROHAYA BINTI RAMLI6) ZAWANAH BINTI A. HALIM
SEJARAH SONGKETSEJARAH SONGKET Terkenal di Malaysia sejak abad ke 15
yang lampau lagi Perkataan songket berasal daripada
perkataan ‘sungkit’ iaitu teknik menyungkit
Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau benang perak
Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan.
…sambungan…Seseorang penenun mahir tidak
melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi
Tidakkah ianya sesuatu yang mengkagumkan…?
MOTIF SONGKETMotif Tumbuh-tumbuhan :-Pucuk rebungTapak manggisBunga rayaBunga terataiBunga daun sirih
Motif Kuih/Makanan :- Lopak tikam
Motif Binatang Lawi ayam
Motif Alam/Benda
Bunga bintang
Rumah/Bangunan
CORAK SONGKETTerdapat banyak susunan corak pada songket antaranya:
Susunan bunga penuhSusunan bertaburSusunan bercorakSusunan beragi/berkotakSusunan bunga lap berantaiSusunan bersulam
BAHAGIAN SONGKETBadan kainKepala kainPengapit kainTepi kain
PROSES PEMBUATAN
SONGKET
(1) PROSES MENCELUP BENANG
Tujuan : Mewarnakan benang• Benang perlu dibersihkan sebelum
ianya dimasukkan ke dalam perwarna.
• Benang kemudiannya diwarnakan mengikut kehendak penenun ataupun atas pemintaan pelanggan.
• Setelah diwarna, benang harus dikeringkan.
(2) PROSES MENERAI BENANG
Tujuan : Meleraikan benang dari kon/tongkol kepada pedati/pelenting
• Jika benang yang ingin dilerai adalah sutera, ianya perlu dikebas terlebih dahulu
• Sejenis alat yang diperbuat daripada buluh kecil yang dinamakan pelenting akan digunakan untuk melilit benang
• Proses menerai ini dilakukan bersama dengan bantuan alat pemutar darwin dan pemutar rahat
• Satu kon/tongkol benang/sutera biasanya mampu menghasil kepada 3-4 pelenting/pedati
Alat menerai ; Pemutar Rahat dan Pemutar Darwin
(3) PROSES MENGANING
Tujuan ; Menentukan jumlah panjang loseng mengikut panjang dan lebar yang dikehendaki
1) Benang akan dibilang untuk menentukan panjang dan lebar yang ingin dibuat
2) Setelah selesai, pedati akan disusun pada rak anian satu per satu
3) Setiap helaian benang dari pedati-pedati akan ditarik sama tegang dan dililit pada setiap batang anak kayu yang telah disusun pada rak anian secara berturutan
…sambungan…4)Apabila sampai pada lilitan anak
kayu yang terakhir, proses ‘memungut’ akan dilakukan untuk membuat persilangan benang
5)Proses ini akan diulang mengikut urutan benang pada cabang-cabang anak kayu seehingga menepati panjang dan lebar loseng seperti yang diinginkan
Alat menganing ;
Anian
(4) PROSES MENGGULUNG
Tujuan ; Mengemaskan benang loseng pada papan gulung
1) Benang loseng akan ditanggalkan pada alat anian dengan meng-gunakan 2 unit belira kecil melalui tempat persilangan benang pada bahagian depan alat anian dan 2 unit anak kayu di bahagian belakang alat anian
2) 2 unit belira kecil akan diikat pada tiang khas (tempat menggulung)
3) Benang akan dan disusun dengan kemas pada 2 unit anak kayu
…sambungan…4) Kemudiannya benang akan ditarik
sepanjang benang yang ditarik pada alat anian tadi dengan tegang
5) Benang pada anak kayu akan disusun semula pada papan penggulung dengan kemas
6) Benang akan digulung sehinggalah sampai kepada 2 unit belira kecil yang diikat pada tiang khas
Alat menggulung ; tiang khas untuk menggulung
(5) PROSES MENYAMPAKTujuan ; memasukkan benang loseng ke dalam gigi jentera
1) 8 urat benang akan dimasukkan ke dalam lubang bahagian tepi gigi jentera untuk dijadikan sebagai tepi kain
2) Kemudiannya, dua urat benang akan dimasukkan ke dalam lubang bahagian tengah gigi jentera satu per satu
3) Proses ini akan diteruskan sehinggalah ke bahagian tepi sebelah lagi sehinggalah lubang gigi jentera penuh
4) Proses ini biasanya dilakukan oleh dua orang penenun
(6) PROSES MENGARATTujuan ; Untuk menentukan naik turun karat bagi proses tenunan
1) Benang karat akan dimasukkan melalui dua barisan lubang loseng yang terbuka, dibuat dengan cara menegakkan belira
2) Dengan menggunakan papan karat dan dua batang anak geliging, benang karat akan dililit pada batang anak geliling membentuk angka lapan
3) Proses ini akan diulang sehingga siap satu gelungan karat
4) Kemudian, dua batang anak geliging lagi akan digunakan untuk membuat gelungan karat lagi
…sambungan…5) Apabila siap, kedua-dua gelungan
karat ini akan diperkukuhkan lagi. Proses ini dinamakan ‘menjalin karat’
6) Kedua-dua anak geliging akan diikat pada tali caman ke kayu palang di atas ‘kek’
7) Manakala gelungan dua gelungan di bawah akan dihubungkan dengan alat kayu pemijak
(7) PROSES MENYONGKETTujuan ; Membuat rekacorak yang telah ditetapkan
pada benang loseng1) Proses menyongket akan dimulakan dengan
proses mengira ‘gigi belalang’ untuk mengemaskan lagi corak songket
2) Selalunya, tenunan songket menggunakan ‘tekat 3’ dan ‘tekat 5’. Maknanya, 1 urat benang akan dijatuhkan ke bawah dan 3 atau 5 urat lagi akan dinaikkan ke atas belira kecil
3) Satu titik corak pada kertas graf bersamaan dengan satu ‘tekat 3’ atau ‘tekat 5’ pada benang loseng
4) Proses ‘ikat butang’ dilakukan untuk mendapatkan pembalikkan corak
(8) PROSES MENENUN Tujuan ; Benang loseng akan diselang seli
dengan benang pakan dan benang emas/benang perak
1) ‘Sumbi’ akan digunakan untuk menegangkan kain
2) Semasa proses menenun, kaki penenun akan sentiasa bergerak di bawah ‘kek’ untuk mendapatkan turun naik karat
3) Benang pakan dilancarkan ke dalam lubang benang loseng yang terbuka
4) Benang emas dilancarkan mengikut rekacorak yang telah dibuat semasa proses menyongket
…sambungan…5) Proses ini akan berulang
sehinggalah sampai kepada panjang kain yang diinginkan
6) Sebelum kain dipotong, lidi kelapa akan digunakan bertujuan untuk menyangkut kembali loseng tersebut kepada ‘kek’.
PENGGUNAAN SONGKET
DAHULUDigunakan oleh
golongan istana :
1) Tanjak2) Samping3) Kain selendang4) Persalinan
diraja
SEKARANGMampu dimiliki oleh
semua orang :1) Pakaian pengantin2) Perhiasan dinding3) Beg tangan4) Alas meja5) Barangan
kraftangan6) Cenderamata
Majlis perkahwinan
Sarung bantal bayi
Perhiasan dalam kereta
Barangan kraftangan
SUMBER ;1) Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia, cawangan Terengganu.2) Institut Kraf Negara, Rawang.3) Muzium Bukit Losong, Kuala
Terenggaanu.4) Pengusaha-pengusaha songket.5) Penenun-penenun songket di
sekitar Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Sutera ditenun corak beragi,Disulam indah emas tempawan,Warisan budaya terus mewangi,Jadi kebanggaan zaman berzaman.
Sehari selembar benang,Lama-lama menjadi kain,Sehari tenun warisan
silam,Sukar diganti dengan
yang lain.
(Koleksi pantun Kraftangan Malaysia)
Top Related