FATIHAH O.K ATAU K.O? 75 KESALAHAN POPULAR BACAAN FATIHAH
yang sering berlaku ketika solat.
Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
© 2011 Mohammad Asraff Ayob Hakcipta Terpelihara
Versi 1.0
PERHATIAN
Ebook ini diberikan PERCUMA dengan pembelian 3 DVD Pakej Fatihah Terunggul.
Untuk mendapatkannya, layari : www.fatihahterunggul.com
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang/menyebarkan mana-mana bahagian isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan gambar dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis dari MOHAMMAD ASRAFF AYOB. Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla nanti.
Surah Al-Fatihah
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh
ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Qur’an yang agung” (Surah Hijr : 87)
Dedikasi [m.s 1] Bab 1 : Benarkah bacaaan Fatihah anda banyak kesilapan? [m.s 2] 2 sebab ebook ini wajib anda miliki. [m.s 3] Mengapa Fatihah dlaam solat penting? [m.s 4] Masalah bacaan orang kita. [m.s 6] Bab 2 : 'Lahnun Jaliy' & 'Lahnun Khofi' : kesalahan yang mana satu? [m.s 8] Tajwid, kesalahan dan perinciannya [m.s 8] Pembahagian kesalahan dalam bacaan Al-Quran [m.s 10] Bab 3 : 24 ’Lahun Jaliy’ (kesalahan besar) bacaan Fatihah [m.s 13] Ayat 1 [m.s 13] Ayat 2 [m.s 16] Ayat 3 [m.s 17] Ayat 4 [m.s 19] Ayat 5 [m.s 20] Ayat 6 [m.s 21] Ayat 7 [m.s 23] Bab 4 : 51 ’Lahun Khofiy’ (kesalahan kecil) bacaan Fatihah [m.s 27] Ayat 1 [m.s 27] Ayat 2 [m.s 32] Ayat 3 [m.s 36] Ayat 4 [m.s 38] Ayat 5 [m.s 40] Ayat 6 [m.s 43] Ayat 7 [m.s 46] Bab 5 : Penutup yang bakal membuka pembelajaran baru... [m.s 54] Istimewa buat anda….. [m.s 56]
Allah ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti
Nabi Muhammad S.A.W
Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya
Ayahanda dan bonda Keranamu berdua angah pergi sejauh ini
Isteriku tercinta, Siti Ujila
Bidadari yang comel & ceria
Si kecil-comel Aliya Altafunnisa Senyuman & tawa-nakalmu memberikan kekuatan
Tuan Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah, Cikgu Di atas curahan ilmu dan pedoman
Dan,
Para pembaca ebook ini. Jutaan terima kasih atas perkongsian anda.
1
Assalamualaikum w.b.h. Para pembaca yang dihormati,
Menyentuh tentang solat, kita semua sedia maklum akan kepentingannya.
Selain untuk menyerlahkan perasaan bertuhan serta melahirkan ekspresi ‘jiwa hamba’
kepada Allah Azza Wa Jalla, solat juga merupakan wasilah serta kaedah terbaik untuk
kita ‘berkomunikasi’ denganNya. Melaluinya,
kita boleh merintih kepada Tuhan, mengadu,
memohon taubat bahkan meminta agar
motivasi hidup sentiasa ‘tip-top’.
Junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W amat
mengerti dan ‘pakar’ dalam hal ini. Disebabkan
itulah, Baginda S.A.W mewajibkan solat malam
kepada dirinya kerana Baginda sangat arif,
dakwah ‘almost impossible’ yang sedang
dipikul mudah sahaja bertukar kepada ‘bisa diatur’ jika ‘bateri’ kekuatan dalamannya
dicas dengan solat malam setiap hari.
Melihat kepada kepentingannya, tidak hairanlah solat menduduki tangga kedua dalam senarai 5 rukun islam.
Walaubagaimapun, disebalik keinginan untuk mencapai ‘solat sempurna’
seperti Rasulullah, sesetengah kita banyak menghabiskan tumpuan serta berbeza
pendapat kepada khilaf kecil dalam permasalahan solat seperti :
silang tangan : letak di perut, pusat atau dada?
gerakan jari ketika tasyahud : sekali, dua kali atau berkali-kali?
Qunut solat subuh : sunat atau tidak?
masalah isbal, adakah ia haram, makruh atau tidak digalakkan saja?
Melaluinya, kita
boleh merintih kepada Tuhan, mengadu, memohon taubat
bahkan meminta agar motivasi hidup
sentiasa ‘tip-top’.
2
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
Para ulama telah menulis berpuluh-puluh kitab menghuraikan panjang-lebar
hukumnya berdasarkan mazhab/ kefahaman & teknik istinbat hukum yang boleh
dikeluarkan dari nas/hadis. Saya tidak akan memperincikannya disini. Terpulang
kepada pembaca untuk mengikuti pendapat mana yang lebih disukai.
Tetapi dalam banyak-banyak ragam pendapat tersebut, kita barangkali terlepas
pandang satu perkara yang lebih besar dari itu, iaitu setepat mana bacaan Al-Fatihah
dalam solat? Bagi saya, perkara ini lebih besar dari perbalahan silang tangan, gerakan
jari tasyahud awal & qunut kerana ia melibatkan perkara pokok, iaitu 13 Rukun Solat.
Dan tahukah anda, lebih ramai diluar sana bacaan Al-Fatihahnya ‘lintang-pukang’ tajwid, makhraj serta sebutannya?
2 SEBAB E-BOOK INI WAJIB ANDA MILIKI.
Ebook ini ditulis selepas saya mendapat ilham dari 2 situasi yang agak
memeranjatkan tentang tahap bacaan Al-Fatihah dalam masyarakat kita :
Situasi 1 :
Ketika mendirikan solat di sebuah surau di negeri xxx, saya hampir-
hampir ‘mufaraqah’ (keluar dari mengikuti imam’ kerana bacaan
Al-Fatihah imamnya sangat tidak teratur dengan kesalahan ‘Lahnun
Jaliy’ (kesalahan besar tajwid) disana-sini.
Berdasarkan bacaan tajwid imam yang sangat tidak teratur, saya tidak
dapat bayangkan, mengapa beliau masih dipilih menjadi imam. Adakah
ia bermaksud, memang sudah tidak ada orang lain yang lebih layak, atau
memang bacaan makmumnya lebih parah dari itu? Wallahu A’lam.
3
Situasi 2 :
Ustaz, nasib baik saya hadir ke kelas intensif hari ini…. Tak sangka ye,
banyak salah bacaan yang saya buat ketika jadi imam selama ini’….
Itulah diantara kata-kata yang masih saya ingati, diucapkan oleh seorang
imam masjid yang menghadiri Seminar Tahsin Al-Quran untuk para
imam dan bilal surau & masjid.
2 situasi di atas memperlihatkan
‘lompong besar’ dalam tahap bacaan Al-Fatihah
sebilangan besar masyarakat kita. Panjang-
pendek tidak sekata, makhraj huruf bertukar-
tukar, sebutan ‘ala melayu’ yang kurang fasih,
curi nafas, serta yang lebih mengharukan,
kadangkala baris pun boleh bertukar!
Semua ini membawa kita kepada satu
kesimpulan : bacaan Fatihah sebahagian kita
sangat jauh dari bacaan sempurna yang Rasulullah ‘amal’kan!
Soalnya, mengapa kesempurnaan bacaan Al-Fatihah dalam solat amat penting?
MENGAPA FATIHAH DALAM SOLAT PENTING?
Jika diperhatikan, dalam solat, Surah Al-Fatihah merupakan satu-satunya surah
yang diwajibkan untuk dibaca dalam setiap rakaat sehingga ia termasuk dalam salah
satu dari 13 rukun solat. Ketika membacanya pula, ia hendaklah menurut tertib
mengikut susunan ayat yang betul serta tajwidnya hendaklah dijaga sesempurna
mungkin.
Soalnya, apakah maksud rukun? Rukun menurut kefahaman ulama, ia
Semua ini
membawa kita kepada satu kesimpulan :
bacaan Fatihah sebahagian kita sangat jauh dari bacaan sempurna yang Rasulullah
‘amal’kan!
4
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
adalah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh
ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak. Jika ia dilakukan, solat anda dikira tidak sah
(batal).
Bagi saya, rukun juga bolehlah dianggap seperti tiang seri rumah. Bayangkan
apa bakal terjadi kepada banglo agam anda jika tiang serinya tercabut atau tidak
kukuh ‘foundation’nya? Hancur jawabnya banglo jutaan ringgit tersebut!
Begitulah juga dengan solat. Ia akan hancur, sia-sia dan tidak bermanfaat andai
13 ‘tiang seri’nya termasuk Fatihah tidak dijaga betul-betul. Disebabkan itulah,
Rasulullah s.a.w sejak awal-awal lagi memberikan pesanan yang agak serius bila
bersangkutan dengan kepentingan bacaan Fatihah dengan bersabda :
ال صالة لمن لم یقرأ بفاتحة الكتاب
Maksudnya:
“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”.
(Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)
Berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis lain keutamaan Fatihah dalam solat,
jumhur ulama menyatakan bahawa Al-Fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu
dalam solat melainkan Mazhab Hanafi yang hanya menyatakan ia hanya wajib sahaja
bukannya rukun (menurut kaedah mereka yang membezakan definisi wajib serta
fardhu). (Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)
Berdasarkan kefahaman tersebut, kita bergerak kepada persoalan kedua :
apakah implikasinya jika kita tidak membaca Al-fatihah menurut tajwidnya yang betul?
Persoalan ini telah dibahaskan para ulama dengan panjang-lebar dan mereka
telah mengeluarkan satu kesimpulan : tidak sah solat seorang yang membaca Fatihah
tetapi masih terdapat di dalamnya kesalahan besar yang boleh mencacatkan makna
5
Fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dengan makhraj
yang betul, menukar baris atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah serta
lain-lain (Mughni Muhtaj 1/327).
MASALAH BACAAN ORANG KITA.
Penerangan di atas memberikan kita satu kesimpulan yang sangat terang lagi
bersuluh, bahawa membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila cacat
bacaannya maka rosaklah solat tersebut.
Berdasarkan pengalaman saya mengajar
Al-Quran kepada masyarakat kita, ia telah
mendedahkan satu perkara yang agak
mengejutkan iaitu : bacaan Fatihah orang kita
sangat longgar dan ‘rapuh’.
Banyak kesalahan besar kadangkala dilanggar serta kesalahan kecil tidak dijaga.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana seperti yang dikatakan sebelum ini,
ia mengakibatkan masalah besar, iaitu solat yang tidak sah kerana salah satu
rukunnya pincang!.
Maka disebabkan itulah, ebook ini ditulis untuk membantu menutupi
kekurangan tersebut. Saya berharap, dengan pendedahan yang dikongsi, ia bakal
memberi kesedaran kepada kita semua supaya lebih memperkemaskan lagi bacaan
Fatihah. Kalaulah ia tidak dapat mencapai tahap kesempurnaan bacaan yang pernah
dialunkan Rasulullah suatu ketika dahulu, Kalau boleh, biarlah ia hampir setaraf
dengan bacaan para imam terkemuka seperti Imam Masjidil Haram dan sebagainya.
Saya akan cuba memperincikan bentuk kesalahan ‘Lahnun Jaliy’ (kesalahan
besar) dan ‘Lahnun Khofiy’ (kesalahan kecil) yang sering berlaku ketika membaca
...membaca
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila
cacat bacaannya maka rosaklah solat tersebut.
6
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
Surah Fatihah dalam ebook ini. Semoga melaluinya, bacaan kita akan menjadi lebih
kemas serta teratur tajwid, makhraj serta fasohahnya.
Dan yang lebih utama, biarlah usaha kita meningkatkan kualiti bacaan Fatihah bakal
menjadi modal keikhlasan yang akan menyebabkan Allah menerima solat kita semua.
Amin, Ya Robbal A’lamiin.
7
Berbicara tentang teknik untuk mengenalpasti serta memperbetulkan kesalahan
dalam bacaan Al-Fatihah, tidak boleh tidak fikiran kita akan terarah kepada bentuk-
betuk kesalahan lazim seperti :
kurang panjang ‘mad’
dengung tak cukup sempurna
sebutan huruf ‘ala melayu’
dan sebagainya. Soalnya sekarang, adakah semua kesalahan tersebut, jika
dilakukan akan membatalkan solat secara automatik?, atau sudah ada pembahagian
serta kriteria yang boleh membezakan antara ‘salah kecil’ serta ‘salah besar’ yang
boleh membatalkan solat?
‘Salah kecil’ dan ‘salah besar’ dalam bacaan Al-Fatihah. Dari 2 premis inilah
perbincangan seterusnya bergerak.
TAJWID, KESALAHAN DAN PERINCIANNYA.
Ramai orang selalu bertanya saya : apakah dalil membaca Al-Quran secara bertajwid?
Selalunya, saya akan membacakan kepada mereka 2 firman Allah ini :
1. Surah Al-Baqarah ayat 121.
تھ و تال ق ھ ح ون ل ت ی اب ت ك ال م اھ ن ی ت آ ین ذ ...ال
‘Orang-orang yang telah kami (Allah) beri mereka al-kitab (al-Quran) lalu mereka
membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya….’ 8
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
2. Surah Al-Muzammil ayat 4.
تیال ر ت ن آ ر ق ال ل ت ر ...و
‘Dan bacalah al-Qur'an secara tartil……’
Kadang-kadang, sebelum sempat saya menjelaskan maksudnya, ada yang
mencelah ‘tapi ustaz, takda pun dalam ayat tu perkataan ‘tajwid’…. yang ada
perkataan ‘tartil’ je…’
‘Haaa…. disinilah kita kena kuasai bahasa arab secara mendalam, sebab
maksud perkataan ‘tartil’ menurut Saidina Ali r.a ialah - mentajwidkan (membaguskan
bacaan) huruf-hurufnya dan mengetahui tempat-tempat waqaf (berhentinya)’….. Saya
terus mem’bahas’kan jawapannya.
‘…Itu hujah para sahabat… para ulama tajwid
pula seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal
Manyar telah menerangkan makna "haqqa
tilaawatih" dalam ayat Baqarah sebagai :
membacanya secara tartil dan sesuai tajwid
sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W….’ Saya menghabiskan
penerangannya.
Pokok-pangkalnya ialah : tajwid Al-Quran diwarisi dari Rasulullah S.A.W,
lengkap dengan panjang--pendek-dengung-qolqolah dan lain-lain komponennya.
Itulah hakikat yang akan kita jumpai jika meneliti semua hadis-hadis yang
bersangkutan tentang teknik penerimaan Al-Quran dari Malaikat Jibril a.s kepada
Baginda S.A.W.
Pokok-pangkalnya ialah : tajwid Al-Quran
diwarisi dari Rasulullah S.A.W, lengkap dengan
panjang--pendek-dengung-qolqolah
dan lain-lain komponennya.
9
Mungkin terkesan dengan kepentingan membaca Al-Quran secara bertajwid,
seorang pakar Al-Quran & Qiraat terulung iaitu Imam Jazari telah mengarang
‘matan’ - semacam bait syair untuk menjelaskan perkara tersebut :
آثـم آن ر الق د و یــج ـم ــن لـ م م م الز تـ وید ح ج ذ بـالتـ األخ و
صال ا و نـ ھ إلـــی ن ذا م ـــكـ ھ ال و ـز ـھ أنــ لـ ھ اإل ـھ ب ألنـ
Pengambilan ( Pembacaan Al-Quran ) secara bertajwid adalah satu kemestian.
Berdosalah sesiapa yang tidak mengelokkan ( bacaan ) Al-Quran.
Kerana sesungguhnya ( Al-Quran ), Allah turunkan dengan bertajwid .
Dan begitulah ( Al-Quran ) daripadaNya sampai kepada kita.
PEMBAHAGIAN KESALAHAN BACAAN AL-QURAN.
Baiklah, sekarang kita bergerak kepada perbincangan seterusnya : apakah kriteria ‘salah kecil’ dan ‘salah besar’ itu?
Dalam ilmu tajwid, para ulama secara umum telah memberi istilah khusus untuk
perkataan ‘salah’ iaitu istilah ‘Al-lahn’. Lahn ini pula dibahagikan kepada 2 bahagian di
mana darinya kita dapat menggolongkan bentuk-bentuk kesalahan yang terjadi pada
bacaan al-Qur'an.
1. LAHNUN JALIY (KESALAHAN BESAR)
Lahnun Jaliy adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran
yang menyalahi kaedah tajwid serta bahasa arab khususnya i'rab sehingga boleh
mengubah maknanya. Ia dinamakan ‘Jaliy’ kerana kesalahan yang dilakukan amat
jelas dan mudah diketahui umum sama ada dari kalangan pakar Al-Quran atau orang
awam. Contoh bagi kesalahan ini seperti :
10
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
Menukar sebutan sesuatu huruf dengan sebutan huruf lain seperti : Huruf ( ع( pada kalimah )ین م ل ع )ال dilafaz dengan bunyi huruf ) أ(
Menukar baris.
Mengurangkan baris pada perkataan.
Menambah huruf pada bacaan.
Menukar kalimah dengan kalimah lain.
Mentasydidkan huruf yang tidak bertasydid.
Meringankan huruf yang bersabdu.
Haram hukumnya jika kita melakukan
kesalahan ini dengan sengaja. Malah, jika ia
berlaku dalam bacaan Al-Fatihah dalam solat,
maka ia boleh mengakibatkan solatnya terbatal
atau tidak sah.
2. LAHNUN KHOFI (KESALAHAN KECIL)
Lahnun Khofi (yang bermaksud
tersembunyi) adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran yang
menyalahi sebahagian kaedah tajwid namun tidak menyalahi kaedah bahasa arab. Ia
juga tidak mengubah harakat (baris) dan tidak pula mengubah makna perkataan,
seperti kesalahan pada bacaan izhar, ikhfa', iqlab, dan idgham. Contoh bagi
kesalahan ini seperti :
Tidak memanjangkan sesuatu harakat dengan kadar yang betul. Contohnya
kalimah ین ال iaitu Mad Lazim Kalimi Muthaqqal yang sepatutnya dibaca dengan الض
kadar 6 harakat, tetapi dibaca dengan kadar yang tidak mencukupi.
Menipis apa yang wajib ditebalkan serta sebaliknya.
Para ulama menyatakan, walaupun hukum melakukan kesalahan ini dengan
Haram hukumnya
jika kita melakukan kesalahan Lahnun Jaliy dengan sengaja. Malah,
jika ia berlaku dalam bacaan Al-Fatihah dalam
solat, maka ia boleh mengakibatkan
solatnya terbatal atau tidak sah
11
sengaja adalah makruh, di mana implikasinya tidaklah sampai ke tahap membatalkan
solat, namun kualiti bacaannya jauh dari roh pembacaan Al-Quran yang
dikehendaki serta diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Demikianlah secara ringkas, penerangan 2 jenis kesalahan dalam membaca
Al-Quran. Selepas ini kita akan masuk ke bab yang dinantikan iaitu - 24 ‘Lahnun
Jaliy’ (kesalahan besar) dan 51 ‘Lahnun Khofiy’ (kesalahan kecil) yang dilakukan pada
bacaan Al-Fatihah.
12
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
Perhatian : Sebanyak 15 dari 24 kesalahan ini ada saya terangkan contoh bacaannya secara praktikal dan terperinci dalam Pakej DVD FATIHAH TERUNGGUL. Dalam ebook ini, kesalahan tersebut ditandakan dengan ayat (CONTOH DALAM DVD). Untuk mendapatkannya, sila layari : www.fatihahterunggul.com
KESALAHAN 1 (CONTOH DALAM DVD) KALIMAH/ HURUF : Huruf (ب) pada kalimah ) هللا م س )ب
JENIS KESALAHAN : Sebutan huruf (ب) berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut
‘Ismillah...’
BACAAN BETUL : Sebutan dan bunyi huruf (ب) berbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas
dan terang. Mungkin kesalahan ini lebih mudah terjadi jika kita membacanya secara
‘sirr’ (perlahan), dimana banyak lafaz kalimah tidak disebut secara jelas.
KESALAHAN 2 (CONTOH DALAM DVD) KALIMAH/ HURUF : Huruf )س( pada kalimah ) هللا م س )ب
JENIS KESALAHAN : Sebutan huruf )س ( disebut dengan tebal seakan-akan bunyi huruf (ص). Malah, ia juga
kadangkala dibunyikan seperti bunyi huruf )ث (
AYAT 1
13
BACAAN BETUL : Sebutan dan bunyi huruf )س( berbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas
dengan mengeluarkan huruf ) س( dari makhrajnya yang tepat iaitu dengan cara
mendatarkan lidah, kemudian ia diletakkan dekatkan hujung lidah dengan belakang
gigi hadapan sebelah bawah.
Kemudian, pastikan sifat khusus yang membuatkan bunyinya lebih nipis iaitu sifat
Istifal dan Infitah didatangkan dengan sesempurna mungkin bagi membezakannya
dengan sifat khusus bunyi huruf (ص) yang lebih tebal iaitu sifat Istikla’ dan Itbaq. (Sila
rujuk buku tajwid untuk mengetahui perincian dan perbezaan sifat-sifat huruf ini).
KESALAHAN 3
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه ( pada kalimah ) )هللا
JENIS KESALAHAN : Sebutan huruf )ه( disebut seperti bunyi huruf )ح ( pedas.
BACAAN BETUL : Sebutan huruf )ه ( disebut seperti bunyi huruf )ح( . Ia berlaku kerana makhraj (tempat
keluar huruf) kedua-dua huruf ini berhampiran, iaitu makhraj huruf Ha ) ه( terletak di
hujung kerongkong (menyebabkan bunyinya agak ringan), sementara makhraj huruf
Ha pedas )ح( pula terletak di pertengahan kerongkong (bunyinya seperti kita
kepedasan kerana dinding kerongkong tempat keluar laluan suara akan disempitkan
ketika membunyikannya).
Pastikan bunyi huruf Ha ) ه( tidak dibunyikan seperti bunyi huruf Ha pedas )ح(
14
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
KESALAHAN 4 KALIMAH/ HURUF : 2 huruf )ر ( bersabdu pada kalimah )حیم الر ن مـ ح )الر
JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi sabdu huruf )ر ( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna.
BACAAN BETUL : Sebutan dan bunyi huruf )ر ( bersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga
jelas perbezaan antara huruf )ر ( bersabdu dengan huruf )ر ( tidak bersabdu. Ini
kerana sebilangan kita, disebabkan ingin membacanya secara cepat, ia akan
menyebabkan bunyi sabdu tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan
seolah-olah huruf )ر ( tidak bersabdu sahaja.
KESALAHAN 5 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : 2 huruf Ha Maftuhah )ح ( pada kalimah )حیم الر ن مـ ح )الر
JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi Ha Maftuhah )ح ( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh )ه(
BACAAN BETUL : Huruf Ha Maftuhah )ح ( sepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf )ح ( agar bunyinya
dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh )ه(
15
KESALAHAN 6 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf Ha Maftuhah )ح ( pada kalimah ) د م ح )ال
JENIS KESALAHAN : Huruf Ha Maftuhah )ح ( pada kalimah tersebut dilafaz dengan huruf Ha Marbuthoh )ه(
BACAAN BETUL : Huruf Ha Maftuhah )ح ( perlu disebut secara jelas pada makhrajnya iaitu dengan cara
menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Suara yang keluar akan berbunyi
seakan-akan ketika kita kepedasan.
Bunyi huruf Ha Maftuhah )ح ( juga akan lebih jelas jika kita menyempitkan sedikit aliran
keluar udara pada pertengahan kerongkong. Ini berbeza dengan huruf Ha Marbuthoh
) ه( di mana udara akan keluar begitu sahaja ketika menyebutnya.
KESALAHAN 7
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه ( pada kalimah ) (
JENIS KESALAHAN : Sebutan huruf )ه( disebut seperti bunyi huruf )ح ( pedas.
BACAAN BETUL : Sebutan huruf )ه ( disebut seperti bunyi huruf )ح( . Ia berlaku kerana makhraj (tempat
keluar huruf) kedua-dua huruf ini berhampiran, iaitu makhraj huruf Ha ) ه( terletak di 16
AYAT 2
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
hujung kerongkong (menyebabkan bunyinya agak ringan), sementara makhraj huruf
Ha pedas )ح( pula terletak di pertengahan kerongkong (bunyinya seperti kita
kepedasan kerana dinding kerongkong tempat keluar laluan suara akan disempitkan
ketika membunyikannya).
Pastikan bunyi huruf Ha ) ه( tidak dibunyikan seperti bunyi huruf Ha pedas )ح(
KESALAHAN 8 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )ین م ل ع )ال
JENIS KESALAHAN : Huruf )ع ( dilafaz dengan bunyi huruf أ( )
BACAAN BETUL : Huruf )ع ( pada kalimah tersebut perlu disebut dengan jelas pada makhrajnya iaitu
dengan cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong.
Kesalahan yang selalu dilakukan ialah kita mengeluarkan bunyi huruf )ع ( dari makhraj
huruf أ( ) iaitu dari pangkal kerongkong. Walaupun makhraj huruf )ع ( dan makhraj
huruf أ( ) terletak bersebelahan iaitu pangkal dan pertengahan kerongkong, namun
bunyi serta sifatnya amat berbeza.
KESALAHAN 9 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( bersabdu pada kalimah ) حمـن )الر
17
AYAT 3
JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi huruf )ر ( tersebut disebut dengan bunyi huruf )غ(
BACAAN BETUL : Bunyi huruf )ر ( perlu disebut sesempurna mungkin dari makhrajnya iaitu dengan cara
menekan kawasan belakang hujung lidah ke gusi hadapan sebelah atas dengan
melengkungkannya sedikit.
Ia sangat berbeza dengan makhraj huruf )غ ( yang keluar dengan cara menekankan
suara ke permulaan kerongkong. Untuk maklman juga, ia boleh terjadi disebabkan
masalah ‘pelat’ ketika menyebut huruf )ر ( .
KESALAHAN 10
KALIMAH/ HURUF : 2 huruf )ر( bersabdu pada kalimah )حیم الر ن مـ ح )الر
JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi sabdu huruf ) ر( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna.
BACAAN BETUL : Sebutan & bunyi huruf )ر( bersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga jelas
perbezaan antara bunyi huruf )ر ( bersabdu dengan ) ر( tidak bersabdu. Ini kerana
disebabkan kita cuba membacanya secara cepat, ia akan menyebabkan bunyi sabdu
tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan seolah-olah )ر ( tidak bersabdu sahaja.
KESALAHAN 11
KALIMAH/ HURUF : 2 huruf Ha Maftuhah )ح ( pada kalimah )حیم الر ن مـ ح )الر
18
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi Ha Maftuhah )ح( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh )ه (
BACAAN BETUL : Huruf Ha Maftuhah )ح( sepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf )ح( agar bunyinya
tidak sama dan dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh )ه (
KESALAHAN 12
KALIMAH/ HURUF : Bunyi sabdu huruf )د ( pada kalimah )ین )الد
JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi sabdu huruf )د ( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna sehingga
ia dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘miDiin’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘miDDiin’.
BACAAN BETUL : Sebutan bunyi sabdu huruf )د ( perlu disebut dan didatangkan dengan sempurna. Cara
sebutannya hendaklah tepat dan agak berat, sesuai dengan kaedah sebutan huruf
bersabdu yang betul.
Bunyi huruf )د ( juga perlu dikeluarkan dari makhrajnya dengan betul iaitu hujung lidah
yang ditekan ke pangkal gusi gigi depan, agar ia tidaklah sama dengan bunyi huruf ‘D’
yang agak keras.
19
AYAT 4
KESALAHAN 13 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Bunyi sabdu huruf )ي( pada 2 kalimah )یاك )إ
JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi sabdu huruf )ي( tidak didatangkan dengan sempurna sehingga ia
dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘iYaka’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘iYYaka’.
BACAAN BETUL : Sebutan bunyi sabdu huruf )ي( perlu disebut dan didatangkan dengan sempurna agar
ia dapat dibezakan dengan bunyi huruf )ي ( tanpa sabdu.
Ketika membunyikannya juga, pastikan anda tidak ‘berhenti’ seketika pada henjutan
sabdu tersebut.
KESALAHAN 14 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع( pada kalimah ) د ب ع )ن
JENIS KESALAHAN : Huruf )ع( dilafaz dengan bunyi huruf أ( )
BACAAN BETUL : Semasa menyebut huruf )ع ( yang mati pada kalimah ) د ب ع )ن , pembaca perlu berhati-hati
dan cermat agar huruf )ع ( dapat dikeluarkan dari makhrajnya yang tepat iaitu dengan 20
AYAT 5
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Ini kerana, ramai yang
terkadang mengeluarkan bunyi huruf ain dari makhraj huruf أ( )
KESALAHAN 15 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )ین ع ت س )ن
JENIS KESALAHAN : Huruf )ع( dilafaz dengan bunyi huruf أ( )
BACAAN BETUL : Memang huruf )ع ( berbaris bawah pada perkataan ini agak sukar dibunyikan dengan
tepat. Ini kerana bunyinya berada dalam keadaan lemah kerana huruf tersebut berba-
ris bawah. Namun begitu, kita tetap perlu membunyikannya dengan tepat hingga ia
dapat dibezakan dari bunyi huruf أ( ) iaitu dengan cara menekankan suara pada
pertengahan kerongkong.
KESALAHAN 16 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf (ص) pada kalimah ) رط )الص
JENIS KESALAHAN : Huruf (ص) dilafaz dengan bunyi huruf )س(
BACAAN BETUL : Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf (ص) akan mudah bertukar menjadi bunyi huruf )س (
terutamanya ketika huruf (ص) berbaris dibawah. Ini kerana, huruf (ص) dan huruf )س ( 21
AYAT 6
berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah, kemudian hujung
lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.
Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
memiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan (ص)
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf (ص) lebih ‘tebal’ dari huruf )س(
KESALAHAN 17 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf (ت) pada kalimah ) قیم ست )الم
JENIS KESALAHAN : Huruf (ت) dilafaz dengan bunyi huruf (ط)
BACAAN BETUL : Bunyi huruf (ت) boleh bertukar menjadi bunyi huruf (ط) jika ia tidak dilafaz dengan
betul. Kesalahan ini terjadi kerana huruf (ت) terletak bersebelahan dengan huruf (ق)
yang tebal dan berat bunyinya. Maka, jika pembaca tidak berhati-hati, kita akan terikut
‘menebalkan’ bunyi huruf (ت) menjadi bunyi huruf (ط)
Oleh itu, pembaca perlu berhati-hati ketika melafazkan perkataan ini dengan
membunyikan huruf (ت) pada makhrajnya secara tepat.
KESALAHAN 18
KALIMAH/ HURUF : Huruf (ق) pada kalimah ) قیم ست )الم
22
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
JENIS KESALAHAN : Huruf (ق) dilafaz dengan bunyi huruf (ك)
BACAAN BETUL : Huruf (ق) disini mudah disebut secara salah menjadi bunyi huruf (ك) kerana ia
berbaris di bawah. Tambahan pula, huruf selepas dan sebelumnya berbunyi agak
ringan.
Walau bagaimanapun, apabila huruf (ق) berbaris bawah, bunyinya hanya menjadi
kurang tebal, bukannya nipis hingga bertukar kepada bunyi huruf (ك) pula. Oleh itu,
kita perlu menjaga bunyi serta sifat ‘isti’la’ pada huruf (ق) dengan membunyikannya
pada makhraj yang betul.
KESALAHAN 19 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf (ص) pada kalimah ) رط )ص
JENIS KESALAHAN : Huruf (ص) dilafaz dengan bunyi huruf )س(
BACAAN BETUL : Seperti perkataan ) رط ) ص pada ayat 6, kesalahan sama mungkin bakal berulang pada
perkataan ini. Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf (ص) akan mudah bertukar menjadi
bunyi huruf )س ( . Kesalahan ini akan lebih mudah terjadi memandangkan huruf (ص)
dan huruf )س ( berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah,
kemudian hujung lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.
23
AYAT 7
Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
memiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan (ص)
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf (ص) lebih ‘tebal’ dari huruf )س(
KESALAHAN 20 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ذ ( pada kalimah ) ین ذ )ال
JENIS KESALAHAN : Huruf )ذ ( dilafaz dengan bunyi huruf )ز(
BACAAN BETUL : Huruf )ذ ( jika betul-betul disebut pada makhrajnya iaitu hujung lidah yang dikeluarkan
lalu ditekan ke hujung gigi hadapan sebelah atas, ia akan mengeluarkan bunyi yang
agak kurang desiran ‘zzzz’nya berbanding huruf )ز(
Namun kesalahan yang sering dilakukan, kita membunyikannya dengan bunyi huruf )ذ (
atau lebih tepat seperti bunyi huruf ‘Z’, sedangkan jika dirujuk ilmu tajwid, tempat
keluar makhraj kedua huruf tersebut amat jauh berbeza.
KESALAHAN 21 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )مت نع )أ
JENIS KESALAHAN : Huruf )ع ( dibunyikan bukan pada makhrajnya sehingga bertukar bunyi huruf tersebut
kepada huruf أ( )
24
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
BACAAN BETUL : Ketika menyebut kalimah )مت نع )أ , ada sebilangan tersasul ketika menyebut huruf )ع (
sehingga menyerupai sebutan huruf أ( ). Kesalahan ini agak popular dilakukan
memandangkan huruf )ع ( pada perkataan ini memang agak sukar disebut dengan
tepat pada makhrajnya. Maka, terjadilah kesalahan popular iaitu bunyi huruf أ( ) yang
dikeluarkan.
Walaupun ia agak sukar, namun kita tetap perlu mendatangkan makhraj dan sifat
huruf )ع ( dengan sempurna agar maknanya tidak berubah.
KESALAHAN 22 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ض ( pada kalimah ) وب غض الم یر )غ dan kalimah )الضالین(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ض ( dilafaz dengan bunyi huruf )د(
BACAAN BETUL : Memang huruf )ض ( sukar dibunyikan dengan sempurna. Ini kerana makhrajnya agak
unik iaitu dengan menekan salah satu sisi (tepi) lidah ke sepanjang gigi geraham atas.
Tambahan pula, huruf )ض ( memiliki sifat khususnya iaitu sifat Istitolah.
Walaubagaimanapun, pembaca boleh mempraktikkan sebutan huruf )ض ( berulangkali
agar bunyi huruf )د ( yang selalu dilafazkan pada perkataan ini dapat dihindarkan.
KESALAHAN 23
14 tasydid (sabdu) selain dari yang telah disebutkan seperti tasydid pada kalimah ) ) هللا
ب ( )ر dan lain-lain. Bunyi tasydid (sabdu) semua perkataan tersebut hendaklah
didatangkan sesempurna mungkin. 25
KESALAHAN 24 (CONTOH DALAM DVD)
Kesalahan ketika mewasalkan (menyambungkan) bacaan iaitu :
Tidak membunyikan baris huruf terakhir ketika mewasalkan bacaan. Selalunya
ketika pembaca membaca wasal, mereka menggunakan teknik waqaf iaitu memba-
riskan ‘mati’ huruf terakhir pada kalimah akhir ayat.
Sepatutnya, jika ingin membaca secara wasal, pembaca perlu menghidupkan baris
akhir tersebut, bukannya mematikannya.
Contohnya ialah pada ayat 3 dan 4 :
Jika ayat 3 hendak disambung kepada ayat 4, huruf mim م ( ) pada perkataan
حیم ) الر ) hendaklah dihidupkan ‘baris bawahnya’ menjadi bunyi (rohiiimimaaliki),
bukannya dimatikan iaitu (rohiiimMaliki). Hukum tajwidnya juga sudah bertukar, dari
Mad A’rid Lissukun yang panjangnya 4 atau 6 harakat menjadi Mad Asli iaitu 2
harakat sahaja.
26
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
Perhatian : Sebanyak 30 dari 51 kesalahan ini ada saya terangkan contoh bacaannya secara praktikal dalam Pakej DVD FATIHAH TERUNGGUL. Dalam ebook ini, kesalahan tersebut ditandakan dengan ayat (CONTOH DALAM DVD). Untuk mendapatkannya, sila layari : www.fatihahterunggul.com
KESALAHAN 1
KALIMAH/ HURUF : Huruf (ب) pada perkataan )بسم(
JENIS KESALAHAN : Huruf tersebut dibunyikan dengan tebal.
BACAAN BETUL : Huruf (ب) termasuk dalam kumpulan huruf Istifal, iaitu huruf yang direndahkan lidah
ketika menyebutnya. Tambahan pula, huruf tersebut berbaris bawah, dimana ia akan
menyebabkan bunyinya agak nipis. Kesalahan lazim yang dilakukan ialah apabila ia
dibunyikan secara tebal. (Untuk mengetahui lebih tepat beza bunyi nipis dan tebal,
anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 2 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )س ( pada perkataan )بسم(
AYAT 1
27
JENIS KESALAHAN : Terdapat bunyi tambahan pada huruf )س ( yang dimatikan.
BACAAN BETUL : Bunyi sepatutnya bagi huruf )س ( pada kalimah ini ialah (BIS-MI), dengan cara
mematikan sepenuhnya bunyi )س ( tersebut tanpa mengeluarkan bunyi tambahan atau
bunyi seakan Qolqolah selepasnya. Namun, ada juga sesetengah pembaca yang
menyebut huruf )س ( dengan bunyi tambahan iaitu (BIS-SE-MI). Bunyi tambahan yang
tidak diundang itu akan dapat diatasi jika pembaca mematikan huruf tersebut dengan
tepat.
KESALAHAN 3 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf م( ) pada kalimah ) هللا م س )ب
JENIS KESALAHAN : Ia dibunyikan dengan bunyi kurang tepat iaitu ‘MEL’
BACAAN BETUL : Huruf م( ) yang berbaris bawah yang bersambung dengan huruf ) ل ) Lafzul Jalalah
sepatutnya berbunyi ‘MIL’, bukannya ‘MEL’. Kesalahan ini terjadi kerana kita tidak
membunyikan baris bawah huruf م( ) dengan sempurna.
KESALAHAN 4 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه( pada kalimah )هللا(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ه( berbaris bawah tidak disebut dengan tepat pada makhrajnya. 28
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
BACAAN BETUL : Masalah pada huruf ini ialah, kadang-kadang ia disebut dengan bunyi begini
(MILLAH -IR), dimana kelemahan bunyi ini ialah, bunyi hembusan ‘HHH’ huruf )ه (
dihilangkan. Sepatutnya, bunyinya yang tepat ialah begini (MILLAH-HIR), dengan
bunyi hembusan ‘HHH’ kedengaran dengan jelas. Pastikan huruf )ه( dibunyikan
dengan tepat pada makhrajnya.
KESALAHAN 5 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه( pada kalimah )هللا(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ه ( berbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘HER’
BACAAN BETUL : Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf )ه ( berbaris bawah yang bersambung dengan
huruf )ر ( yang dimatikan ialah ‘HIR’ bukannya ‘HER’. Kesalahan kecil sebegini kerap
terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi
huruf )ه ( berbaris bawah.
KESALAHAN 6 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Bunyi huruf )ر ( bersabdu pada kalimah )الرحمن(
JENIS KESALAHAN : Bunyi sabdu pada huruf tersebut telah dipanjangkan tanpa sebab.
29
BACAAN BETUL : Walaupun diakui, huruf )ر( bersabdu agak berat/bergetar dan berbeza bunyinya
dengan )ر( tidak bersabdu, ia tidak bermakna bunyinya perlu dipanjangkan untuk
menunjukkan perbezaannya. Selalunya, kesalahan dilakukan dengan memanjangkan
bunyi (HIRR) sebanyak satu setengah harakat. Cara bacaan sebegini kurang tepat
kerana bunyi panjang atau ‘mad’ hanya wujud pada keadaan khusus sahaja. (secara
asasnya pada huruf Alif, Wau dan Ya)
KESALAHAN 7
KALIMAH/ HURUF : Bunyi huruf )ر( bersabdu pada kalimah )الرحیم (
JENIS KESALAHAN : Bunyi ‘NIR’ tersebut telah dipanjangkan tanpa sebab.
BACAAN BETUL : Kesalahan ini sebenarnya lebih kurang sama dengan kesalahan di atas, iaitu
memanjangkan bunyi huruf )ر( bersabdu lebih dari sepatutnya. Sebaiknya, kesalahan
ini perlu dielakkan kerana dengan memanjangkan bunyi huruf )ر ( bersabdu, ia seolah-
olah seperti kita menambah satu lagi huruf )ر ( pada perkataan tersebut.
KESALAHAN 8 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر( pada kalimah ) الرحمن ( dan )الرحیم(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ر ( berbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAH’
30
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
BACAAN BETUL : Sebutan huruf )ر ( yang tepat pada 2 perkataan ini ialah dengan bunyi ‘ROH’ bukan
‘RAH’. Ini adalah kerana, asal bunyi huruf )ر ( berbaris atas adalah ‘RO’ bukannya
‘RA’. Begitu juga, huruf )ر ( berbaris atas ini perlu ditebalkan bunyinya. (Untuk
mengetahui lebih tepat cara menebalkan bunyi huruf ini, anda digalakkan
mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 9
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada kalimah ) الرحمن ( dan )الرحیم(
JENIS KESALAHAN : Getaran pada huruf ) ر( berbaris atas dibunyikan lebih dari sepatutnya.
BACAAN BETUL : Walaupun diakui, huruf )ر( memiliki sifat khususnya iaitu Takrir yang bermaksud
bergetar, namun kadar getarannya tidaklah terlalu berlebihan. Bunyi getaran tersebut
adalah sederhana, cukup hanya didengari oleh pembaca sahaja (Untuk mengetahui
lebih tepat kadar bunyi getaran ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-
Quran berpengalaman)
KESALAHAN 10 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن( pada kalimah ) الرحمن( dan )الرحیم(
JENIS KESALAHAN : Huruf ) ن( berbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘NER’
31
BACAAN BETUL : Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf ) ن( berbaris bawah yang bersambung dengan
huruf )ر( yang dimatikan ialah ‘NIR’ bukannya ‘NER’. Kesalahan kecil sebegini kerap
terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi
huruf )ن ( berbaris bawah.
KESALAHAN 11
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ي ( pada kalimah )الرحیم (
JENIS KESALAHAN : Huruf )ي ( tidak dipanjangkan dengan kadar mad sepatutnya.
BACAAN BETUL : Hukum bacaan pada huruf mad )ي( yang diwaqafkan ialah Mad 'Aridh Lissukun. Kadar
panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya dipanjangkan tidak
kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang ditentukan.
KESALAHAN 12 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( pada kalimah )الحمد (
JENIS KESALAHAN : Wujud bunyi tambahan ‘LE’ yang tidak diperlukan.
32
AYAT 2
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
BACAAN BETUL : Bunyi tepat bagi huruf )ل ( berbaris mati ialah ‘AL-HAMDU’. Namun, ada juga
sesetengah pembaca yang menambah bunyi pada bunyi mati huruf )ل ( tersebut
menjadi ‘ALE-HAMDU’. Walaupun bunyi tambahan ini kurang jelas, ia perlu dielakkan
dari berlaku kerana bacaan kita akan kurang kesempurnaannya.
Cara yang paling mudah untuk elakkan kesalahan ini ialah dengan menekankan tepi
hujung lidah ke gusi atas sepenuhnya dan pastikan tiada sebarang bunyi ’LE’ keluar
ketika hendak mula menyebut makhraj huruf selepas huruf )ل( iaitu huruf Ha pedas )ح(
KESALAHAN 13 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )م ( pada kalimah )الحمد(
JENIS KESALAHAN : Wujud bunyi tambahan ‘ME’ yang tidak diperlukan.
BACAAN BETUL : Kesalahan ini adalah lebih kurang sama dengan kesalahan di atas, iaitu terdapat bunyi
tambahan selepas bunyi huruf )م ( yang dimatikan iaitu begini ‘ALHAME-DU’. Bunyi
yang tepat ialah begini ‘ALHAM-DU’, iaitu dengan cara mendatangkan bunyi mati huruf
) م( itu sepenuhnya tanpa sebarang bunyi tambahan selepasnya.
KESALAHAN 14 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( pada perkataan )(
JENIS KESALAHAN : Ia dibaca dengan bunyi kurang tepat iaitu ‘LEL’ 33
BACAAN BETUL : Asas bunyi huruf )ل ( yang berbaris bawah ialah ‘LI’. Maka dalam kes ini, bunyinya
yang tepat ialah ‘LIL’ bukannya ‘LEL’. Kesalahan sebegini mudah terjadi kerana ketika
membaca Al-Quran, kita terpengaruh dengan lafaz ‘lidah melayu’ yang agak ringan
sebutannya.
KESALAHAN 15
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه( pada kalimah )(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ه( berbaris bawah tidak disebut dengan tepat pada makhrajnya.
BACAAN BETUL : Ada 2 jenis kesalahan bagi huruf ini :
1. Kadang-kala, ia disebut dengan bunyi begini (LILLA-IROBBIL), dimana kelemahan
bunyi ini ialah, bunyi ‘HHH’ huruf )ه ( kurang kedengaran. Sepatutnya, bunyi yang tepat
ialah begini (LILLAH-IROBBIL), dengan bunyi hembusan udara ‘HHH’ kedengaran
dengan jelas, menunjukkan huruf )ه ( telah dibunyikan denan tepat pada makhrajnya.
2. Huruf )ه ( berbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu begini (LILLA-HE).
Sepatutnya, bunyi tepat bagi huruf ini ialah (LILLA-HI).
KESALAHAN 16 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada kalimah )رب(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ر ( berbaris atas tidak ditebalkan bunyinya. 34
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
BACAAN BETUL : Sebenarnya terdapat 2 kesalahan pada huruf ini iaitu :
1 - Huruf )ر ( berbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAB’, sedangkan bunyi yang
tepat ialah ‘ROB’, mengambilkira asal bunyi huruf )ر ( berbaris atas ialah ‘RO’.
2 - Huruf )ر ( berbaris atas tidak ditebalkan bunyinya, sedangkan ia wajib dibunyikan
dengan tebal (tafkhim) kerana menuruti criteria huruf )ر( yang perlu ditebalkan
bunyinya. (Untuk mengetahui lebih tepat cara membunyikan )ر( tebal, anda digalakkan
mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 17 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( pada perkataan )العالمین رب(
JENIS KESALAHAN : Wujud bunyi tambahan ‘LE’ yang tidak diperlukan.
BACAAN BETUL : Bunyi tepat bagi huruf )ل ( yang dimatikan ialah ‘ROBBIL’. Tetapi ada sebilangan
pembaca yang tidak cermat ketika mendatangkan bunyi matinya hingga menyebabkan
ada sedikit bunyi lantunan tambahan wujud iaitu begini ‘ROBBIL-E’. Maka, pastikan
huruf )ل ( dimatikan sesempurna mungkin bagi mengelakkan kesalahan tersebut
terjadi.
KESALAHAN 18
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )العالمین(
35
JENIS KESALAHAN : Bunyi huruf )ع ( disebut secara sengau kerana keluar dari rongga hidung.
BACAAN BETUL : Makhraj bagi huruf )ع ( ialah dari pertengahan kerongkong dan sepatutnya ia
ditekankan dengan sempurna bagi mendapatkan bunyi huruf )ع ( yang diinginkan. Jika
ia dapat dilakukan dengan sempurna, sudah tentu kesalahan membunyikannya dari
secara sengau iaitu dari hidung akan dapat dielakkan.
KESALAHAN 19
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada kalimah ) الرحمن ( dan )الرحیم(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ر( berbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAH’
BACAAN BETUL : Sebutan huruf )ر ( yang tepat pada 2 perkataan ini ialah dengan bunyi ‘ROH’ bukan
‘RAH’. Ini adalah kerana, asal bunyi huruf )ر ( berbaris atas adalah ‘RO’ bukannya
‘RA’. Begitu juga, huruf )ر( berbaris atas ini perlu ditebalkan bunyinya.
(Untuk mengetahui lebih tepat cara menebalkan bunyi huruf ini, anda digalakkan
mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
36
AYAT 3
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
KESALAHAN 20
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada kalimah ) الرحمن ( dan )الرحیم (
JENIS KESALAHAN : Getaran lidah ketika menyebut huruf )ر ( berbaris atas dibunyikan lebih dari
sepatutnya.
BACAAN BETUL : Walaupun diakui, huruf )ر ( memiliki sifat khususnya iaitu Takrir yang bermaksud
bergetar, namun kadar getarannya tidaklah terlalu berlebihan. Bunyi getaran tersebut
adalah sederhana, cukup hanya didengari oleh pembaca sahaja (Untuk mengetahui
lebih tepat kadar bunyi getaran ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru
Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 21
KALIMAH/ HURUF : Huruf ) ن( pada kalimah الرحیم الرحمن( )
JENIS KESALAHAN : Huruf )ن ( berbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘NER’
BACAAN BETUL : Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf )ن( berbaris bawah yang bersambung dengan
huruf )ر( yang dimatikan ialah ‘NIR’ bukannya ‘NER’. Kesalahan kecil sebegini kerap
terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi
huruf )ن ( berbaris bawah.
37
KESALAHAN 22
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ي ( pada kalimah ) الرحیم(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ي( tidak dipanjangkan dengan kadar mad sepatutnya.
BACAAN BETUL : Hukum bacaan pada huruf mad )ي( yang diwaqafkan ialah Mad 'Aridh Lissukun. Kadar
panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya dipanjangkan tidak
kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang ditentukan.
KESALAHAN 23
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( pada kalimah )ملك (
JENIS KESALAHAN : Wujud kesalahan membunyikan huruf tersebut kepada bunyi ‘LE’.
BACAAN BETUL : Bunyi tepat bagi huruf )ل( berbaris mati ialah (LI = MAALIKI). Namun, ada juga
sesetengah pembaca yang tidak mendatangkan bunyinya dengan tepat sehingga
keluar bunyi salah iaitu (LE = MALEKI). Kesalahan ini mungkin berlaku kerana
pembaca ingin menyebutnya secara cepat hingga menyebabkan huruf tersebut tidak
dibunyikan dengan sempurna.
38
AYAT 4
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
KESALAHAN 24 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )و( pada kalimah )یوم(
JENIS KESALAHAN : Bunyi huruf )و ( dipanjangkan seakan-akan seperti hukum Mad Asli
BACAAN BETUL : Huruf )و ( berbaris atas pada kalimah tersebut merupakan huruf Mad Lin bukannya
Mad Asli. Maka ia hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja. Jika kita
membacanya secara wasal (sambung - bacaan biasa), maka ia tidak harus
dipanjangkan.
KESALAHAN 25
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ي( pada kalimah )الدین(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ي( tidak dipanjangkan dengan kadar mad yang sepatutnya.
BACAAN BETUL : Hukum bacaan pada huruf mad )ي( yang diwaqafkan pada kalimah tersebut ialah Mad
'Aridh Lissukun. Kadar panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya
dipanjangkan tidak kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang
ditentukan. Begitu juga, pastikan kadar panjang mad yang dipilih sekata dan sama
dengan panjang Mad ‘Aridh Lissukun ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Jika anda
memilih 4 harakat, maka semua waqaf Mad Aridh Lissukun pada surah ini akan dibaca
dengan kadar yang sama.
39
KESALAHAN 26 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن ( pada kalimah )الدین(
JENIS KESALAHAN : Waqaf pada huruf )ن ( dengan mendengungkannya.
BACAAN BETUL : Untuk makluman, hukum ‘Wajibul Ghunnah’ hanya wujud pada huruf )ن ( dan )م ( yang
bersabdu sahaja. Manakala huruf )ن ( dalam kalimah ini tidak termasuk dalam hukum
tersebut kerana ia tidak bersabdu. Maka pastikan, bunyi )ن ( itu tidak didengungkan
atau dipanjangkan bacaannya.
KESALAHAN 27 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ي ( bertasydid pada kalimah )إیاك(
JENIS KESALAHAN : Bunyi tasydid yang dibuat terlalu kuat.
BACAAN BETUL : Ada sesetengah pembaca membunyikan tasydid pada huruf )ي( dengan begitu kuat/
berat sehingga ia seakan bunyi huruf Jim )ج( iaitu begini ‘IJJA’. Sepatutnya, bunyi
tersebut hendaklah didatangkan dengan tidak terlalu berlebihan, cukup sekadar bunyi
tasydidnya jelas kedengaran iaitu ‘IYYA’.
40
AYAT 5
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
KESALAHAN 28 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن ( pada kalimah ( د ب ع ( ن
JENIS KESALAHAN : Menebalkan bunyi huruf )ن ( pada kalimah tersebut.
BACAAN BETUL : Huruf )ن ( merupakan huruf Istifal yang nipis bunyinya. Kesalahan terjadi bila ia
dibunyikan secara tebal dengan bunyi ‘NOK’, sedangkan bunyi yang tepat ialah ‘NAK’.
Ia berpunca kerana huruf )ن ( terletak sebelah huruf )ع ( dan disebabkan makhraj
keduanya agak jauh, iaitu )ن ( di hujung lidah sementara )ع ( di tengah kerongkong,
maka untuk mengambil jalan mudah, kita cenderung membunyikan )ن ( dari tengah
lelangit yang menyebabkan bunyinya agak tebal.
KESALAHAN 29 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah ( د ب ع ( ن
JENIS KESALAHAN : Huruf )ع ( tidak dimatikan dengan sempurna hingga terdapat bunyi tambahan.
BACAAN BETUL : Bunyi mati huruf )ع ( perlu dimatikan dengan sempurna dengan bunyi ‘NAK-BUDU’.
Jika ia dilakukan dengan baik, tidak akan keluar bunyi tambahan seperti
‘NAK-E-BUDU’. Walaupun bunyi tambahan ‘E’ biasanya tidak kuat, namun ia boleh
mencacatkan kesempurnaan bacaan Fatihah.
41
KESALAHAN 30
KALIMAH/ HURUF : Huruf )و ( pada kalimah )وایاك(
JENIS KESALAHAN : Membunyikan huruf )و ( secara kurang tepat.
BACAAN BETUL : Kesalahan terjadi bila huruf )و ( dibunyikan begini ‘WAK-IYYAKA’, sedangkan bunyi
tepat agak lembut dan berterusan sambungan bunyinya dengan huruf Alif selepasnya
iaitu begini ‘WA-IYYAKA’. Walaupun kesalahan ini dianggap agak kecil, namun ia
patut dielakkan bagi mencapai bacaan yang sifar kesalahan tajwid.
KESALAHAN 31 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : huruf )س( pada kalimah )نستعین(
JENIS KESALAHAN : Huruf ) س( dibunyikan secara kurang sempurna hingga muncul bunyi tambahan
selepasnya.
BACAAN BETUL : Terdapat bunyi tambahan selepas huruf )س( yang dimatikan iaitu begini
(NAS-SE-TA’IIN), sedangkan bunyinya yang tepat ialah mematikan huruf )س( dengan
sempurna dengan bunyi begini (NAS-TA’IIN).
42
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
KESALAHAN 32
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )نستعین(
JENIS KESALAHAN : Huruf ) ع( dikeluarkan bunyinya dari hidung.
BACAAN BETUL : Untuk pengetahuan, makraj bunyi huruf )ع ( tidak ada kena-mengena dengan hidung.
Ini kerana ia keluar dari pertengahan kerongkong. Masalah terjadi bila huruf )ع (
berbaris bawah itu dibunyikan dari hidung seperti dengung sedangkan bunyi huruf
yang keluar dari hidung hanya 2 sahaja iaitu huruf )ن ( dan )م ( yang bertasydid. Maka
disarankan kita berhati-hati dalam perkara ini. (Untuk mengetahui lebih tepat bentuk
kesalahan ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran
berpengalaman)
KESALAHAN 33 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf ا ( ) pada kalimah )اھدنا(
JENIS KESALAHAN : Huruf tersebut dibunyikan secara kurang tepat.
BACAAN BETUL : Kesalahan berlaku apabila huruf ا ( ) berbaris bawah dibunyikan begini (EH-DINAS),
sedangkan bunyi tepatnya ialah (IH-DINAS). Maka pastikan bunyi baris bawah
huruf ) ا ) dibunyikan sesempurna mungkin. 43
AYAT 6
KESALAHAN 34 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن ( pada kalimah )اھدنا(
JENIS KESALAHAN : Ia telah dibunyikan secara kurang tepat.
BACAAN BETUL : Ramai yang membunyikan huruf )ن ( yang bersambung dengan huruf )ص ( ini secara
tebal iaitu begini (NOS-SIROOTOL). Kesalahan ini terjadi kerana kita terpengaruh
dengan bunyi huruf )ص ( yang merupakan huruf Istikla selepasnya. Maka bunyi yang
tepat ialah mendatangkan asal bunyi nun berbaris atas iaitu (NA) secara tepat bila
menyambungkannya dengan bunyi huruf )ص ( iaitu begini (NAOS-SIROOTOL).
KESALAHAN 35 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر( pada kalimah ) رط )الص
JENIS KESALAHAN : Huruf )ر( dilafaz secara nipis dengan bunyi (RA)
BACAAN BETUL : Huruf ) ر( pada kalimah di atas sepatutnya dibunyikan dengan tebal iaitu (RO) kerana
ia berbaris di atas. Tetapi kadangkala ada sebahagian kita yang membunyikannya
dengan nipis iaitu (RA). Disebabkan huruf )ر ( merupakan huruf yang sering berubah
sifat bunyi tebal dan nipisnya bergantung kepada baris, maka kita perlu berhati-hati
ketika mengecam bunyi paling tepat bagi huruf ini berdasarkan keadaannya.
44
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
KESALAHAN 36
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ط ( pada kalimah ) رط )الص
JENIS KESALAHAN : Huruf )ط ( dilafaz secara nipis dengan bunyi (TAL)
BACAAN BETUL : Huruf )ط( merupakan huruf Istikla yang perlu ditebalkan bunyinya. Bunyi yang tepat
ialah (TOL), iaitu dengan mendatangkan kesemua 6 sifatnya secara sempurna. Jika ia
dibunyikan dengan sebutan nipis iaitu bunyi (TAL), ia dianggap kurang tepat kerana
bunyi itu telah menghilangkan sifat Istikla yang sepatutnya tebal dan berat bunyinya.
KESALAHAN 37
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ق( pada kalimah )المستقیم(
JENIS KESALAHAN : Bunyinya ditebalkan lebih dari hadnya.
BACAAN BETUL : Walaupun Huruf ) ق( termasuk huruf Istikla yang tebal bunyinya, namun bunyi tebalnya
akan berkurangan bila ia berbaris bawah.
Pastikan ketebalan bunyinya dikurangkan sedikit, tetapi berhati-hati juga ketika
mengurangkan ketebalannya agar ia tidak menjadi nipis sehingga bertukar bunyi
seakan huruf )ك(
45
KESALAHAN 38
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada pada perkataan )صراط(
JENIS KESALAHAN : Huruf tersebut dibunyikan dengan kurang tepat.
BACAAN BETUL : Untuk makluman, huruf ) ر( yang berbaris di atas bunyinya adalah (RO) bukannya
(RA). Kesalahan berlaku apabila pembaca membunyikannya dengan bunyi tarqiq )ر (
(nipis) iaitu (SIRAATOL), sedangkan bunyi tepatnya ialah (SIROOTOL) kerana huruf
) ر( tersebut perlu ditebalkan bunyinya kerana ia berbaris di atas.
KESALAHAN 39
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ط ( pada kalimah )صراط(
JENIS KESALAHAN : Huruf )ط ( dilafaz secara nipis dengan bunyi (TAL)
BACAAN BETUL : Huruf )ط ( merupakan huruf Istikla yang perlu ditebalkan bunyinya. Bunyi yang tepat
ialah (TOL), iaitu dengan mendatangkan kesemua 6 sifatnya secara sempurna. Jika ia
dibunyikan dengan sebutan nipis iaitu bunyi (TAL), ia dianggap kurang tepat kerana
bunyi itu telah menghilangkan sifat Istikla yang sepatutnya tebal dan berat bunyinya.
46
AYAT 7
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
KESALAHAN 40 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن ( pada perkataan )أنعمت (
JENIS KESALAHAN : Terdapat bunyi tambahan selepas bunyi )ن( yang dimatikan
BACAAN BETUL : Ramai pembaca menambah bunyi yang tidak diperlukan selepas bunyi )ن( yang
dimatikan iaitu begini (ANA-AMTA), sedangkan bunyi tepat ialah menyempurnakan
bunyi matinya iaitu begini (AN-AMTA). Kesalahan ini berlaku kerana kecuaian
pembaca ketika membunyikan hukum Izhar Halqi pada huruf Nun mati itu dengan
sempurna.
KESALAHAN 41 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf م( ) pada perkataan )أنعمت(
JENIS KESALAHAN : terdapat bunyi tambahan selepas bunyi م( ) yang dimatikan
BACAAN BETUL : Ramai pembaca menambah bunyi yang tidak diperlukan selepas bunyi م ( ) yang
dimatikan iaitu begini (AN’AME-TA), sedangkan bunyi tepat ialah menyempurnakan
bunyi matinya iaitu begini (AN’AM-TA). Kesalahan ini berlaku kerana kecuaian
pembaca dalam membunyikan hukum Izhar Syafawi pada huruf Mim mati itu dengan
sempurna.
47
KESALAHAN 42
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( dalam kalimah )انعمت علیھم(
JENIS KESALAHAN : Membunyikan huruf )ع ( secara kurang tepat, seakan-akan ada tasydid padanya.
BACAAN BETUL : Kesalahan terjadi bila huruf )ع ( dibunyikan begini (AN’AM-TAK-ALAIHIM) seolah-
olahnya ada sabdu pada huruf )ع ( sedangkan bunyi tepatnya agak lembut dan
berterusan sambungan bunyinya iaitu begini (AN’AM-TA-ALAIHIM). Walaupun
kesalahan ini dianggap agak kecil, namun ia patut dielakkan bagi mencapai bacaan
yang sifar kesalahan tajwid.
KESALAHAN 43 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ھـ ( pada 2 perkataan )لیھم )ع
JENIS KESALAHAN : Ia dibunyikan dengan bunyi begini - (HEM)
BACAAN BETUL : Bunyi tepat bagi huruf ) ھـ( berbaris bawah ialah (HI) bukannya (HE). Oleh itu, bunyi
tepat pada perkataan tersebut ialah (ALAIHIM). Tetapi kadangkala, ada juga
sebilangan pembaca yang tidak membunyikan kasrah huruf ) ھـ( dengan tepat dengan
sebutan seperti (ALAIHEM). Oleh itu, pastikan pembaca membunyikan huruf )ھـ(
berbaris bawah yang diikuti dengan mim mati sesempurna mungkin menurut bunyinya
yang tepat.
48
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
KESALAHAN 44 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf ghain غ ( ) pada kalimah ر ـی )غ )
JENIS KESALAHAN : Ia telah ditipiskan bunyinya tanpa sebab.
BACAAN BETUL : Sebenarnya, bunyi bagi huruf غ ( ) yang tepat dari segi makhraj dan sifatnya
kedengaran agak tebal dan berat bunyinya iaitu (GHOIRIL). Tetapi, banyak juga
pembaca membunyikannya secara nipis iaitu (GHAIRIL). Cara sebutan sebegini
sebenarnya kurang tepat kerana ia tidak memenuhi salah-satu dari sifat huruf غ ( ) iaitu
Sifat Isti’la.
KESALAHAN 45 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر( pada kalimah ر ـی ) غ )
JENIS KESALAHAN : Huruf )ر( berbaris bawah disebut secara salah iaitu (REL).
BACAAN BETUL : Bunyi yang tepat bagi huruf )ر( tersebut ialah (GHAIRIL), bukannya (GHAIREL). Ia
berdasarkan asal bunyi huruf )ر ( berbaris bawah iaitu (RI), bukannya (RE). Pastikan
para pembaca membunyikanya dengan bunyi yang tepat.
49
KESALAHAN 46 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )م ( pada kalimah )المغضوب(
JENIS KESALAHAN : Ia telah dibunyikan secara tebal.
BACAAN BETUL : Huruf )م ( adalah huruf istifal dan sepatutnya ia dibunyikan secara nipis. Kesalahan
membunyikannya secara tebal berlaku kerana bunyinya telah dipengaruhi oleh bunyi
huruf غ( ) selepasnya yang merupakan huruf Istikla. (Untuk mengetahui lebih tepat
beza bunyi nipis dan tebal, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran
berpengalaman)
KESALAHAN 47 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf غ( ) pada kalimah )المغضوب(
JENIS KESALAHAN : Wujud bunyi tambahan yang tidak diperlukan selepas huruf غ( ) berbaris mati.
BACAAN BETUL : Bunyi sepatutnya bagi huruf غ( ) pada kalimah ini ialah (MAGH-DUB), dengan cara
mematikan sepenuhnya bunyi (غ) tersebut tanpa mengeluarkan bunyi tambahan atau
bunyi seakan Qolqolah selepasnya. Namun, ada juga sesetengah pembaca yang
menyebut huruf (غ) tersebut dengan bunyi tambahan iaitu (MAGH-E-DUB). Bunyi
tambahan yang tidak diundang itu akan dapat diatasi jika pembaca mematikan huruf
tersebut dengan tepat.
50
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
Begitu juga, diharapkan kita tidak terlupa untuk mendatangkan sekali bunyi ‘tebal’
pada huruf (غ) kerana ia termasuk dalam kumpulan huruf Istikla.
KESALAHAN 48 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( dalam kalimah )وال الضالین(
JENIS KESALAHAN : Menebalkan huruf ) ل( - (Lam pada huruf LAM-ALIF)
BACAAN BETUL : Huruf )ل ( (kecuali Lam Lafzul Jalalah) adalah huruf istifal dan sepatutnya ia dibunyikan
secara nipis. Kesalahan membunyikannya secara tebal berlaku kerana bunyinya telah
dipengaruhi oleh bunyi huruf )ض ( selepasnya yang merupakan huruf Istikla. (Untuk
mengetahui lebih tepat beza bunyi nipis dan tebal, anda digalakkan mempelajarinya
dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 49
KALIMAH/ HURUF : Hukum Mad Lazim Kalimi Musaqqal pada kalimah )وال الضالین(
JENIS KESALAHAN : Ia tidak dipanjangkan dengan tepat pada harakatnya.
BACAAN BETUL : Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, ia menjadi
hukum Mad Lazim Kalimi Musaqqal dan kadar panjang harakatnya ialah 6 harakat.
Masalahnya ialah, ada sebilangan pembaca yang melafazkannya kurang dari 6
51
harakat. Diharapkan, ia dapat dipanjangkan menurut kadarnya sepatutnya seperti
yang ditetapkan oleh ulama Tajwid.
KESALAHAN 50 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل( bersabdu pada kalimah )وال الضالین(
JENIS KESALAHAN : Ia telah dipanjangkan bunyi tanpa sebab.
BACAAN BETUL : Huruf )ل( bersabdu sering disalah bunyi dengan memanjangkan sedikit (lebih kurang 1
setengah harakat) tanpa sebab. Kesalahan ini terjadi mungkin berpunca akibat
keinginan untuk mendatangkan secara tepat bunyi ‘sabdu’ huruf )ل ( tersebut. Maka
pastikan, bunyi sabdunya didatangkan dengan tepat tanpa memanjangkan kadar
bacaannya.
KESALAHAN 51
KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن( pada kalimah )وال الضالین(
JENIS KESALAHAN : Waqaf pada huruf )ن( dengan mendengungkannya
BACAAN BETUL : Untuk makluman, hukum ‘Wajibul Ghunnah’ hanya wujud pada huruf ‘Nun’ dan ‘Mim’
yang bersabdu/bertasydid sahaja. Manakala bagi huruf )ن( dalam kalimah ini, ia tidak
termasuk dalam hukum tersebut kerana ia tidak bersabdu. Maka pastikan, bunyi )ن (
itu tidak didengungkan atau dipanjangkan bacaannya ketika waqaf. 52
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
53
Alhamdulillah, kita telah mengetahui 75 kesalahan bacaan Fatihah (kesalahan
besar dan kecil) yang mungkin ada kita lakukan tanpa sengaja. Jika ia terjadi dalam
bacaan Fatihah anda, cadangan saya, ia bolehlah diperbetulkan, digilap dan
diperkemaskan sekarang. DVD FATIHAH TERUNGGUL insyaAllah sedia
membantu anda.
Selain itu, ada beberapa point penting yang ingin saya tekankan iaitu :
1. Sebenarnya, selain 75 kesalahan ini, masih
banyak lagi kesalahan kecil yang tidak saya
masukkan.
Ini kerana jika ia benar-benar hendak
diperincikan, mungkin jumlahnya bakal
mencecah 200-300 kesalahan pula. Namun
begitu, kebanyakannya tidak relevan kerana
bentuk kesalahannya terlalu kecil dan amat
jarang berlaku. Lagipun saya menganggap bacaan Fatihah anda berada di tahap
'pertengahan' : agak mantap, cuma perlukan penelitian lebih mendalam. Berdasarkan
tahap inilah, 75 kesalahan sahaja dipilih dan diketengahkan dalam ebook ini.
2. Saya mengakui : lain orang, lain kesalahan. Ada yang mungkin langsung tidak
melakukan kesalahan yang disenaraikan, tetapi ada juga sebaliknya.
Malah, barangkali ada dikalangan pembaca melakukan kesalahan kecil yang tidak
saya senaraikan dalam ebook ini. Ini kerana, kualiti bacaan fatihah masyarakat kita
berbeza-beza. Maka natijahnya, 'standard' Fatihah kita juga berbeza.
3. Anda perlu kerap berlatih membaca Fatihah pada bunyi yang betul walaupun anda
sudah mengetahui 'teori' bentuk kesalahannya dan mengetahui bunyi tepatnya dari
DVD TAJWID TERUNGGUL.
‘Alhamdulillah,
saya 100% tak buat pun kesalahan - kesalahan
ni…. mungkin sikit-sikit je lah terbabas sebut ‘Ha pedas’ jadi ‘Ha kurang
pedas’……’
54
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
Ini kerana, ilmu ini hanya dapat dikuasai melalui jalan praktikal. Berdasarkan
pengalaman saya mengajar Al-Quran, jika anda membaca Fatihah dengan bacaan
kurang tepat selama 10 tahun, anda barangkali sukar mengungkapkan bacaan tepat
dan mengekalkannya dengan sekali baca sahaja. Oleh itu, saya sarankan sekali lagi :
Praktikkan, praktikkan, praktikkan. InsyaAllah, lama kelamaan, kesalahan semakin
mengecil dan bacaan Fatihah anda semakin sempurna.
4. Jika anda punya kesempatan, carilah tuan Guru pakar Al-Quran dan ber’talaqqi’lah
secara intensif dengan mereka.
InsyaAllah, kita akan mengetahui kaedah lebih tepat mendatangkan sebutan sabdu
serta beza sebenar bunyi huruf ‘Ha pedas’ dan ‘Ha gulung’. Tuan guru juga akan
mendedahkan beberapa kesalahan lain yang mungkin anda lakukan tetapi tidak
tersenarai dalam ebook atau DVD ini, terutamanya dalam hal yang bersangkutan
dengan makhraj, sifat serta fasohah sebutan kalimah.
Akhir kalam, saya berharap anda semua memperoleh manfaat besar dari ebook
ini. Tetapi, jika pembaca punya pandangan, idea, atau sebarang cadangan positif
untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan kita, saya amat gembira untuk
mengetahuinya melalui :
[email protected] [email protected]
Www.facebook.com/asraffayob
Akhir sekali, jika ada sebarang khilaf serta kesilapan, kepada Allah S.W.T saya
memohon hidayah & keampunan.
Wassalam.
Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz 25 September 2011
55
56
Ebook 145 Fakta Menarik & Menakjubkan
mengenai Al-Quran yang jarang anda ketahui walaupun
membacanya setiap hari!!
Ebook KAEDAH JIBRIL
Kaedah mudah & praktikal menghafaz surah Al-Quran khusus
untuk gol. Awam yg sibuk setiap
Ebook QURANOLOGY
Panduan efektif memahami Teks dan konteks Al-Quran, agar
Anda teruja membacanya!
Video panduan KAEDAH JIBRIL
Video penerangan bergambar Oleh Ustaz Asraff mengenai Kaedah ini secara terperinci.
4 PRODUK HEBAT
1 tiket percuma ke seminar kaedah hafazan super utk sicilik
‘KAEDAH XXX’ (berharga RM 125)
Dan
1 tiket DISKAUN seminar sama berharga RM 25 sahaja
Top Related