8/10/2019 Final tugasan.docx
1/31
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam sistem pembelajaran dan pengajaran terdapat pelbagai cara yang
diwujudkan oleh setiap institusi pendidikan untuk membantu pelajar atau pelatih
dalam persediaan awal menghadapi peperiksaan, meningkatkan prestasi
akademik dan kefahaman subjek yang kurang difahami. Dengan wujudnya
kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai membolehkan setiap institusi
pendidikan dapat meningkatkan kualiti pelajar atau pelatih.
Kaedah kelas Tutorial semasa praktikal merupakan salah satu cara yang telah
digunakan oleh Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu untuk pelatih
Diploma Kejururawatan. Kaedah pembelajaran ini juga turut digunakan oleh
Oxford and Cambridge University untuk melaksanakan sistem pembelajaran
dan pengajaran kepada pelajar. Beck (2007) menyatakan tujuan tutorial adalah
untuk melatih secara sistematik metakognitif [berfikir tentang pemikiran] kuasa
atau membolehkan pelajar belajar untuk berfikir untuk diri mereka sendiri.
Bagi melahirkan jururawat yang berjaya, pendidikan yang berkesan perlu
dimulai di dalam kelas dan penempatan klinikal kerana teori yang dipelajari akan
cuba diaplikasikan oleh pelajar jururawat semasa di penempatan klinikal
(Wittmann,2007; Lisko & ODell, 2010). Dengan itu, untuk melahirkan pelatih
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi kelas tutorial
sememangnya berguna kepada pelatih semasa prakitkal. Kelas tutorial juga
mempunyai kelebihan yang membolehkan pelajar melihat bagaimana masalah
mereka boleh ditangani dan, sudah tentu, boleh bertanya soalan lanjut kepada
8/10/2019 Final tugasan.docx
2/31
2
pengajar. Dengan adanya kelas tutorial, pelatih dan pengajar boleh bertukar
pandangan tentang sesuatu pemahaman yang baru dan dapat membantu
pelatih mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya.
Walaubagaimana pun, terdapat halangan kepada pelajar untuk menghadiri
kelas tutorial semasa praktikal kerana wujud perbezaan stail pembelajaran yang
dikehendaki oleh pelatih untuk belajar. Hal ini kerana, stail belajar berkait rapat
dengan kecenderungan pelatih untuk berfikir, berhubung dengan orang lain,
suasana kelas dan aktiviti yang dijalankan (Grasha, 1996; Rogers, 2009).
Malahan Zhang dan Lambert (2008) serta Ju An dan Sook Yoo (2008) juga
mendapati bahawa terdapat hubungan yang erat antara stail pembelajaran dan
stail berfikir. Persediaan mental untuk belajar juga menjadi penghalang untuk
pelatih menghadirkan diri ke kelas tutorial kerana sekiranya pelatih tidak
bersedia dari segi mental, pelatih tidak dapat menerima pembelajaran dengan
baik. Berdasarkan (Dunn & Biggs, 1995; Ruslin 2007; Rogers, 2009)
pembelajaran tertumpu kepada proses dan operasi mental individu dalam
menerima, memproses dan bertindak balas kepada maklumat.
1.2 Pernyataan Masalah
Kelas tutorial yang diadakan semasa praktikal merupakan satu kaedah yang
diwujudkan untuk meningkatkan prestasi dan mengukuhkan ilmu pengetahuan
yang telah dipelajari oleh pelatih diploma kejururawatan bagi mencapai
kecemerlangan akademik. Menurut Nazri ( 2010 ) yang diadaptasi daripada
kajian Lim N.L & Mohd I.A ( 2013 ), menyatakan bahawa kelas tutorial adalah
kaedah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar untuk belajar dengan lebih
8/10/2019 Final tugasan.docx
3/31
3
berkesan di samping dapat meningkatkan prestasi dan potensi pelajar agar
memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, kelas
tutorial juga membolehkan pelatih membuat persediaan awal bagi menduduki
peperiksaan melalui latihan-latihan yang telah diberikan. Disamping itu, pelatih
juga memperolehi maklumat-maklumat tambahan berkaitan dengan subjek yang
diajar. Aminudin M. ( 2007 ), juga berpendapat bahawa kelas tutorial banyak
memberikan input kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
Namun begitu, terdapat segelintir pelatih tidak menghadiri kelas tutorial semasa
minggu praktikal. Ini mungkin disebabkan oleh kepenatan akibat kerja-kerja
yang dilakukan di wad, dimana berkait rapat dengan kurang persediaan diri dari
segi fizikal dan mental. Seperti yang dikatakan oleh Ahmad (2005), keadaan
umum fizikal dan kecergasan tubuh dapat mempengaruhi semangat dan minat
dalam mengikuti pelajaran. Keadaan ini mungkin terjadi kerana pelatih tidak
berrminat untuk menghadiri kelas tutorial kerana lebih selesa untuk belajar
sendiri mengikut masa yang mereka tentukan sendiri. Ini dinyatakan oleh Azizi
Y. ( 2010 ), memang tidak dinafikan bahawa sikap, minat dan gaya
pembelajaran pelajar yang berbeza juga mempengaruhi keberkesanan kelas
tutorial yang dihadiri oleh pelajar-pelajar tersebut. Oleh itu, timbul satu
persoalan yang menarik minat kami untuk mengkaji tentang, adakah kelas
tutorial memberi lebih kesan positif atau negatif kepada pelatih Diploma
Kejururawatan semasa praktikal.
8/10/2019 Final tugasan.docx
4/31
4
1.3 Tujuan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengenalpasti kesan positif dan negatif
kelas tutorial semasa minggu praktikal terhadap pelatih Diploma Kejururawatan
Tahun 1 Semester 2 ,Tahun 2 Semester 1,Tahun 2 Semester 2, Tahun 3
Semester 1 dan Tahun 3 Semester 2, di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota
Kinabalu.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Am
Untuk mengenalpasti impak kelas tutorial terhadap pelatih diploma
kejururawatan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Sabah.
1.4.2 Objektif Spesifik
i. Mengenalpasti kesan positif kelas tutorial dikalangan pelatih Diploma
Kejururawatan Kolej Sains kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Sabah
semasa minggu praktikal.
ii. Mengenalpasti kesan negatif kelas tutorial dikalangan pelatih Diploma
Kejururawatan Kolej Sains kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Sabah
semasa minggu praktikal.
8/10/2019 Final tugasan.docx
5/31
5
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah impak positif kelas tutorial terhadap pelatih Jururawat diploma
kejururawatan semasa minggu praktikal?
2.Apakah impak negatif kelas tutorial terhadap pelatih Jururawat diploma
kejururawatan semasa minggu praktikal?
1.6 Kepentingan Kajian
Jururawat Pelatih dan Penkaji
Kajian ini dapat menimbulkan kesedaran serta memberi pengetahuan
kepada para pelatih mengenai kesan-kesan kelas tutorial kepada diri pelatih lalu
mencari inisiatif untuk memperbaiki kelemahan. Ini secara tidak langsung dapat
membantu dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan juga sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan.
Organisasi
Kajian ini membantu pengajar mengenalpasti kesan positif dan negatif
kelas tutorial yang diberikan untuk membantu dalam penambahbaikan teknik
pengajaran. Di samping itu, pengajar dapat mempraktikkan kaedah kelas tutorial
ini sebagai medan pengajaran yang relevan serta itensif.
8/10/2019 Final tugasan.docx
6/31
6
1.7 Theoretical Framework
Gambar rajah 1.1: Gambar rajah meringkaskan impak negatif serta positif kelas
tutorial terhadap pelatih Diploma Kejururawatan KSKB Kota Kinabalu, semasa
minggu praktikal.
Kelas Tutorial semasa praktikal Pelatih Diploma Kejururawatan
Impak kelas tutorial terhadap pelatih
i) Positif
a. Aktiviti mengulangkaji pelajaran
menjadi lebih berkesan.
b. Memberi peluang membuatperrbincangan kumpulan.
c. Membantu meningkatkan
prestasi akademik pelatih.
d. Membantu pelatih lebih
memahami subjek pelajaran.
e. Masa dapat diisi dengan lebih
berfaedah.f. Membantu meningktkan skill
praktikal pelatih.
g. Meningkatkan sahsiah diri.
h. Membantu mengatur masa
belajar.
ii) Negatif
a. Membuatkan pelatih rasa
terbeban.
b. Membuatkan pelatih penat.c. Mengganggu masa rehat pelatih.
d. Tajuk kelas tutorial yang
berulang membuatkan pelatih
bosan dan tiada tumpuan.
e. Tajuk kelas tutorial berulang
tidak menambah pengetahuan
pelatih.
f. Teknik pembelajaran tutorial
bercanggah dengan kebiasaan
teknik pembelajaran pelatih.
g. Pelatih tidak dapat melibatkan
diri sepenuhnya dalam kelas
menyebabkan tiada tumpuan.
h. Menyebabkan pengurusan masa
terrganggu.
8/10/2019 Final tugasan.docx
7/31
7
1.8 Istilah Dan Definisi
Kajian
Kegiatan ( usaha, proses ) mengkaji tentang sesuatu isu berdasarkan data,
maklumat dan sebagainya secara terperinci yang dikumpulkan dalam jangka
masa tertentu.
Baharom, N. (2005)
Impak
Kesan yang ketara, dampak.
Baharom, N. (2005)
Tutorial
Kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor.
Baharom, N. (2005)
Negatif
Pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar. Tidak mempunyai nilai, ciri,
kualiti dan sebagainya yang membina ( meyakinkan, bersemangat, pasti ).
cenderung membawa kesan atau pengaruh yang tidak elok.
Baharom, N. (2005)
Positif
Pasti, tegas, tentu, tetap. Memperlihatkan ( mengemukakan,menekankan ,dan
sebagainya ) sesuatu yang baik atau sesuatu yang mendatangkan manfaat dan
sebagainya.
Baharom, N. (2005)
8/10/2019 Final tugasan.docx
8/31
8
Praktikal
Melibatkan atau berkaitan dengan pengalaman atau penggunaan sebenar,
bukan teoretikal.
Baharom, N. (2005)
Minggu praktikal
Merupakan minggu dimana pelatih-pelatih dapat melaksanakan teori yang telah
dipelajari semasa kuliah, seperti tempat dan masa mengikut jadual yang
ditetapkan.
Jururawat pelatih
Orang yang sedang menerima latihan kejururawatan selama tiga tahun.
Diploma (sijil)
Kelayakan biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih khusus sifatnya daripada
ijazah.
Baharom, N. (2005)
Kejururawatan
Hal yang berkaitan dengan ( Pekerjaan, tugas, urusan , dsb) jururawat.
Baharom, N. (2005)
KSKB
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu. Sebuah institusi pengajian yang di anjurkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
8/10/2019 Final tugasan.docx
9/31
9
BAB 2
LITERATURE REVIEW
2.1 Pengenalan
Bagi melahirkan jururawat yang berpengetahuan serta mempunyai
kemahiran yang tinggi dan berkualiti, Kolej Sains kesihatan Bersekutu Kota
Kinabalu telah melaksanakan satu kaedah pembelajaran. Kaedah ini ialah Kelas
tutorial, dimana kelas ini menurut kajian lampau dapat memberi impak positif
serta negatif kepada pelatih.
2.2 Kajian Lampau Impak Positif Kelas Tutorial Terhadap Pelajar
Kelas tutorial membolehkan pelajar berbincang sesama mereka dan juga
bersama pengajar. Menurut Mohamad S.S (2005), berbincang dalam kumpulan
merupakan kaedah yang amat berkesan untuk membantu setiap pelajar
mencapai kecemerlangan akademik. Beliau juga berpendapat bahawa,
perbincangan dengan pengajar akan dapat membantu pelajar memahami topik
perbincangan dengan lebih jelas dan mendalam. Melalui kaedah perbincangan
pelajar dengan pengajar, ia dapat melatih minda dan pemikiran agar lebih aktif
dan mampu mengingat dalam jangka masa yang lebih lama. Perbincangan
dalam kelas tutorial akan lebih membuatkan pelajar faham berkaitan subjek
yang mereka lemah. Seperti dinyatakan oleh Azizi Y. (2010) bahawa kelas
tutorial dapat membantu pelajar dalam pelajaran terutama dari segi
memperbaiki dan meningkatkan keputusan mereka.
Melalui kelas tutorial, pelatih dapat melatih diri untuk mengisi masa dengan baik
dan berfaedah. Oleh itu dengan adanya kelas tutorial ini, masa selepas praktikal
di wad tidak diisi dengan aktiviti yang kurang berfaedah sebaliknya
8/10/2019 Final tugasan.docx
10/31
10
menggunakan masa itu untuk belajar mengulangkaji pelajaran sebagai
persediaan menghadapi minggu peperiksaan. Ini disokong oleh Muhd A.A.J
(2006) yang mengatakan pengurusan masa merupakan aspek yang amat
penting dalam kehidupan terutama pelajar untuk mencapai kecemerlangan
dalam akedemik.
Kelas tutorial ini adalah satu cara bagi para pengajar memberikan latih tubi
kepada pelatih terutama apabila minggu peperiksaan semakin hampir. Pengajar
memberi soalan popular peperiksaan secara berulang-ulang untuk
meningkatkan ingatan serta kefahaman pelatih berkenaan subjek yang mereka
lemah dan secara tidak langsung membantu pelatih membuat persediaan
menghadapi peperiksaan. Menurut Aminudin M. (2007), latihan yang banyak
dan berulang kali dapat memberi kesan kepada kecemerlangan peperiksaan
yang sebenarnya.
Kelas tutorial dapat membantu pelatih untuk mencapai kejayaan dalam bidang
akedemik serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejururawatan.
Dengan adanya kelas tutorial, ia dapat mendorong pelatih untuk belajar dengan
tekun dan bersungguh-sungguh sehingga mencapai target atau matlamat
pembelajaran yang telah ditetapkan. Azizi Y. & Hii C.L (2010) berpendapat
bahawa apabila seseorang itu berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar
dengan tekun memudahkan proses pembelajaran untuk mencapai kejayaan.
Kelas tutorial juga dapat membantu dalam praktikal , dimana pengajaran dan
perbincangan teori mengenai prosedur-prosedur kejururawatan dapat
dibincangkan bersama-sama. Wittmann, (2007); Lisko & ODell, (2010)
menyatakan bagi melahirkan jururawat yang berjaya, pendidikan yang berkesan
perlu dimulai di dalam kelas dan penempatan klinikal kerana teori yang
8/10/2019 Final tugasan.docx
11/31
11
dipelajari akan cuba diaplikasikan oleh pelatih jururawat semasa di penempatan
klinikal.
Selain itu, pembentukan sahsiah diri juga dapat dibentuk melalui nilai-nilai moral
yang diterapkan oleh pengajar semasa pengajaran tutorial. Menurut Ahmad M.I
(2007) akitiviti dan kegiatan dalam pembelajaran dapat menangani sikap-sikap
negatif di kalangan pelajar, disamping itu dapat meningkatkan semangat pelajar
dalam membina sahsiah diri. Pembentukan sahsiah diri amat penting dalam
membentuk disiplin, imej dan personaliti untuk melahirkan jururawat yang
berkualiti.
2.3 Kajian Lampau Impak Negatif Kelas Tutorial Terhadap Pelajar
Namun begitu, kepentingan rehat yang cukup dari segi mental dan fizikal
adalah penting untuk meningkatkan konsentrasi dalam pembelajaran. Menurut
Muhd A.A.J (2006) yang menyatakan pelatih mesti membuat persediaan-
persediaan yang diperlukan sama ada dari segi fizikal atau mental sebelum
memulakan sesi pembelajaran. Tanpa persediaan, berkemungkinan prestasi
dan semangat belajar akan luntur dan otak tidak dapat menerima ilmu yang
diajar dengan lancar. Manakala Ahmad (2005) menyatakan bahawa keadaan
umum fizikal dan kecergasan tubuh dapat mempengaruhi semangat dan minat
dalam mengikuti pelajaran. Pelatih perlu mengikuti kelas tutorial selepas dan
sebelum berkerja di wad menyebabkan pelatih berasa penat. Ini mengakibatkan
pelatih hilang semangat dan minat untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu
yang terluang.
Hilangnya semangat dan minat untuk mengulangkaji pelajaran, akan
menjejaskan prestasi akademik pelatih kerana tanpa elemen tersebut pelatih
8/10/2019 Final tugasan.docx
12/31
12
akan menghadapi kesukaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
semasa kelas tutorial. Ini dinyatakan oleh Azizi Y. & Hii C.L (2010) mengatakan
bahawa apabila seseorang itu berminat dan bersungguh-sungguh, maka dia
bersedia untuk belajar dengan tekun sehingga mencapai kejayaan seterusnya
memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Wan M.W.S (2006)
juga menyatakan sikap dan minat pelajar terhadap pelajaran adalah penting
dalam menentukan kejayaan mereka.
Sims & Sims, (2006); Ruslin, (2007) menyatakan bahawa pelajar tidak dapat
menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan atau stail pengajaran yang
bercanggah dengan stail yang biasa dilakukan. Setiap pelatih mempunyai teknik
pembelajaran yang berbeza sama ada secara individu atau berkumpulan atau
pebincangan. Hal ini mengganggu corak pembelajaran terutamanya pelatih
yang mempunyai stail pembelajaran secara individu semasa menghadiri kelas
tutorial. Ini disokong oleh Amnah Z.A.R & Norzaini A. (2012), pencapaian
akademik dan stail pembelajaran saling bersandar dimana pelajar yang
mencapai keputusan akademik yang baik mempunyai stail berfikir dan stail
pembelajaran tertentu.
Gangguan dalam stail pembelajaran adalah merupakan salah satu faktor
pencetus gangguan emosi terhadap pelatih apatah lagi semasa minggu
praktikal dimana pelatih akan merasa penat dan terbeban kerana harus bekerja
diwad serta diwajibkan untuk menghadiri kelas tutorial setiap hari. Menurut Lum
K.M & Loke P.M (2012) Tekanan yang dihadapi pelajar adala berpunca
daripada akademik dimana pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan sistem
pengajaran yang berbeza. Menurut mereka lagi, tekanan menyebabkan
penurunan pencapaian dimana pelajar sukar memberi tumpuan ketika belajar
8/10/2019 Final tugasan.docx
13/31
13
dan mengganggu daya. Ingatan. Menurut Hans S. (2013), tekanan perasaaan
ialah suatu reaksi oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang
menimpanya.
Mengikut Terri M. (2004) salah satu faktor yang menyebabkan gangguan emosi
di kalangan pelajar ialah persekitaran yang tidak kondusif seperti keadaan kelas
tutorial yang sesak dan bising. Kelas tutorial berfungsi sebagai tempat pelatih
melakukan perbincangan kumpulan dan bilangan pelatih yang sedikit membantu
dalam memperolehi ilmu yang optimal. Ini disokong oleh Muhammad S.S.
(2005) yang mengatakan bahawa jumlah ahli seramai 2-5 orang adalah jumlah
yang sesuai untuk mewujudkan satu perbincangan yang efektif.
Pelatih perlu membahagikan masa untuk mengurus diri, berehat, beriadah,
bersosial serta mengulangkaji pelajaran. Seperti yang dikatakan oleh Shafina M.
(2012) manusia memerlukan dan melakukan pelbagai kegiatan dalam
kehidupannya. Badan memerlukan tidur dan makan. Otak memerlukan rehat
dari pemikiran yang serius dan berat, membersihkan diri serta bergaul. Dengan
adanya kelas tutorial setiap hari semasa minggu praktikal, pelatih tidak dapat
membahagikan masa yang seimbang diantara pelajaran dan rehat yang cukup.
Pelatih akan berasa penat selepas bekerja di wad menyebabkan pelatih tidak
dapat fokus semasa kelas tutorial dan ingin mengulangkaji pelajaran pada
waktu malam. Namun, pada ketika malam pelatih pastinya penat dan
memerlukan rehat menyebabkan aktiviti mengulangkaji pelajaran tidak dapat
dilakukan. Menurut Osman A. (2013) sukar untuk pelajar mengulangkaji
pelajaran pada waktu malam selepas jam10 atau 11 malam kerana pelajar
sudah berasa penat. Pembahagian masa yang tidak seimbang akan
menganggu pencapaian pelatih dari segi praktikal mahupun teori terutama
8/10/2019 Final tugasan.docx
14/31
14
sekali untuk pelatih yang mempunyai stail pembelajaran secara individu.
Menurut Shafina M. (2012) sekiranya kegiatan kehidupan tidak diseimbangkan
pelajar mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar.
2.4 Kesimpulan
Kelas tutorial memberi kesan positif di kalangan pelatih seperti
meningkatkan prestasi akademik pelatih, melatih tubi pelatih sebelum
peperiksaan dan meningkatkan kefahaman pelatih terhadap sesuatu subjek.
Melalui kelas tutorial ini juga pelatih dapat mengisi masa dengan leih berfaedah
serta meningkatkan sahsiah diri. Namun kelas tutorial ini turut memberi kesan
negatif terhadap pelatih seperti berasa penat akibat aktiviti seharian yang padat
dengan kelas serta bekerja di wad, menyebabkan pelatih tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya semasa kelas tutorial. Ini secara tidak
langsung menyebabkan pelatih berasa terbeban dan merasa tertekan. Apatah
lagi jika teknik pembelajaran kelas tutorial tidak sesuai dengan cara
pembelajaran pelatih sendiri, sudah pasti akan menggangu prestasi serta kualiti
pembelajaran pelatih.
8/10/2019 Final tugasan.docx
15/31
15
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk Non-experimental quantitative dan menggunakan
Convenience Sampling. Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik
(questionnaire).
3.2 Lokasi
Kajian ini akan dijalankan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota
Kinabalu , Sabah.
3.3 Populasi dan Persampelan
Populasi kajian adalah seramai 728 Pelatih Diploma Kejururawatan Kolej
Sains Kesihatan Bersekutu , Kota Kinabalu. Melibatkan pelatih Diploma
Kejururawatan semester 2 sehingga semester 6 dan tidak termasuk pelatih
semester 1. Seramai 70 orang responden dipilih iaitu 14 orang Pelatih
daripada setiap Diploma Kejururawatan Tahun 1 Semester 2, Tahun 2
Semester 1, Tahun 2 semester 2, Tahun 3 Semester 1 dan Tahun 3 semester
2 yang dipilih menggunakan Convenience Sampling.
Seramai 70 orang responden yang dipilih adalah 10% daripada bilangan
populasi iaitu 728 pelatih di mana telah ditolak dengan bilangan pelatih Tahun 1
Semester 1 serta responden pilot study iaitu seramai 18 pelatih. Oleh itu 14
pelatih dipilih untuk mewakili setiap 5 semester tersebut.
8/10/2019 Final tugasan.docx
16/31
16
Melalui kiraan sisihan persampelan, 70 saiz sampel daripada 728 populasi ialah
0.096 di mana membuktikan bilangan subjek yang dipilih adalah cukup untuk
mewakili populasi.
3.4 Variables
Dalam kajian ini, kami ingin mengenalpasti impak kelas tutorial terhadap
pelatih Diploma Kejururawatan semasa minggu praktikal di KSKB, Kota
Kinabalu. Independent Variable ialah Kelas Tutorial manakala dependent
variable adalah pelatih Diploma Kejururawatan semasa minggu praktikal.
3.5 Alatan Kajian
Pengkaji menggunakan kaedah questionnaire iaitu borang soal selidik pen and
paper sebagai alatan kajian untuk memperolehi data-data daripada responden.
Borang soal selidik ini mempunyai gabungan soalan tertutup dan responden
hanya menjawab soalan berdasarkan jawapan yang disediakan.Borang soal
selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu:
Bahagian A: Soalan yang bertanyakan demografi responden.
Bahagian B: Soalan yang bertanyakan impak positif kelas tutorial terhadap
jururawat pelatih berbentuk skala likert.
Bahagian C: Soalan yang bertanyakan impak negatif kelas tutorial terhadap
jururawat pelatih berbentuk skala likert dengan skala jawapan Sangat Setuju,
Setuju, Tidak Setuju, dan Sangat Tidak Setuju.
Semua item adalah berdasarkan idea pengkaji sendiri dengan bantuan rujukan
daripada Literature Review.
8/10/2019 Final tugasan.docx
17/31
17
3.6 Pilot Study
Seramai 18 orang pelatih Diploma Kejururawatan Tahun 2 Semester 1
dipilih oleh pengkaji sebagai pilot study, iaitu 10% daripada saiz populasi 175
pelatih, bagi menilai kesesuaian soalan kajian (questionnaire) serta menilai
keberkesanan teknik analisis kajian yang digunakan dalam kajian sebenar. Oleh
itu, penambaikkan telah dbuat.
Kajian ini dijalankan sebelum kajian sebenar berlangsung. Semua responden
yang telah mengikuti pilot study adalah dikecualikan daripada menyertai kajian
sebenar.
3.7 Kaedah Pengumpulan Data
Dalam proses pengumpulan data melalui kaedah kajian yang telah dipilih
iaitu soal selidik, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 107
orang responden. Responden diminta untuk menjawab semua soalan dengan
jujur dan ikhlas, serta kerahsiaan identiti responden adalah dijaga.
Pengumpulan data dilakukan selepas semua responden mengisi borang soal
selidik.
3.8 Kaedah Penganalisaan Data
Pengkaji menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) edisi 22.0 untuk menganalisa data yang telah perolehi daripada borang
soal selidik responden di mana data percentage, frequency, min, median dan
mod akan diperolehi.
8/10/2019 Final tugasan.docx
18/31
18
3.9 Limitasi Kajian
Kajian ini hanya terhad kepada 107 orang sampel sahaja iaitu terdiri
daripada Diploma Kejururawatan Tahun 1 Semester 2, Tahun 2 Semester 1,
Tahun 2 Semester 2, Tahun 3 Semester 1 dan Tahun 3 Semester 2, dimana
Tahun 1 Semester 1 tidak dapat diambil kerana pelatih semester tersebut belum
mempunyai pengalaman menghadiri kelas tutorial semasa minggu praktikal.
Selain itu, pengkaji juga menghadapi masalah masa tidak mencukupi untuk
menjalankan kajian ini dengan lebih terperinci akibat aktiviti padat kelas
tutorial,praktikal dan juga minggu peperiksaaan. Tambahan lagi pengetahuan
pengkaji yang terhad tentang cara-cara menjalankan kajian serta menghasil
dokumentasi yang betul akibat masa singkat untuk mempelajari topik berkenaan
menyukarkan bagi pengkaji menyiapkan kajian ini.
Pengkaji juga menghadapi masalah dalam mencari bahan rujukan yang
mencukupi kerana kajian spesifik kelas tutorial terhadap pelatih jururawat belum
pernah dilakukan.
3.10 ETICAL CONSIDERATION
Pengkaji menjalankan kajian setelah mendapat kebenaran daripada
pihak kolej melalui pengesahan surat kebenaran.
8/10/2019 Final tugasan.docx
19/31
19
BAB 4
ANALISA DATA
8/10/2019 Final tugasan.docx
20/31
20
BAB 5
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti impak kelas tutorial terhadap
pelatih Diploma Kejururawatan Kolej Sains kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu,
dimana ia merangkumi impak positif dan impak negatif kelas tutorial terhadap
pelatih. Hasil kajian yang diperolehi adalah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
bahagian A yang terdiri daripada data demografik responden, bahagian B terdiri
daripada impak atau kesan positif kelas tutorial terhadap pelatih semasa minggu
praktikal serta bahagian C yang terdiri daripada impak negatif kelas tutorial
terhadap pelatih semasa minggu praktikal.
5.2 Perbincangan Hasil Kajian
5.2.1 Data Demografik (Bahagian A)
Umur responden
8/10/2019 Final tugasan.docx
21/31
21
Hasil daripada kajian mendapati 28.6% responden terdiri daripada
lingkungan umur tahun. Ini menunjukkan responden yang terbanyak
dalam kajian ini adalah pada lingkungan umur 21-24 tahun.
Jantina responden
Hasil penyelidikan mendapati seramai 95.7% responden adalah terdiri
daripada perempuan dan 4.3% responden adalah terdiri daripada lelaki.
Ini seterusnya menunjukkan jantina responden terbanyak adalah
perempuan.
Taraf pendidikan
Melalui hasil penyelidikan pengkaji mendapati seramai 58.6% responden
adalah berpendidikan SPM, 30.6% responden berpendidikan STPM dan
11.4% responden mempunyai kelulusan diploma. Ini menunjukkan
bilangan terbanyak responden adalah yang mempunyai taraf pendidikan
SPM.
5.2.2 Impak Positif (Bahagian B)
Bahagian ini membincangkan tentang persepsi pelatih tentang
impak positif kelas tutorial terhadap pelatih. Kelas tutorial semasa minggu
praktikal membuatkan aktiviti mengulangkaji lebih berkesan dimana
Kelas tutorial juga dikatakan dapat memberi peluang kepada pelatih
untuk membuat perbincangan kumpulan dimana 62.9% responden
8/10/2019 Final tugasan.docx
22/31
22
bersetuju dan 27.1% tidak bersetuju. Ini seperti dikatakan oleh Mohamad
S.S, (2005), berbincang dalam kumpulan merupakan kaedah yang amat
berkesan dalam membantu setiap pelajar mencapai kecermerlangan
akademik. Maka dengan itu kelas tutorial dapat membantu dalam
meningkatkan prestasi pelatih di mana seramai 68.6% responden
bersetuju dan 15.7% responden tidak setuju. Seperti yang dinyatakan
oleh Azizi Y. (2010) dimana kelas tutorial dapat membantu pelajar dalam
pelajaran terutama dari segi memperbaiki dan meningkatkan keputusan
mereka.
Selain itu, 64.3% responden bersetuju dan 41.4% sangat setuju bahawa
kelas tutorial dapat membantu pelatih lebih memahami sesuatu subjek
pelajaran jika pengajar memberi soalan berulang mengenai subjek
dimana secara tidak langsung dapat meningkatkan ingatan mereka
terhadap subjek tersebut. Menurut Aminudin M. (2007), latihan yang
banyak dan berulang kali dapat memberi kesan kepada kecemerlangan
peperiksaan yang sebenarnya.
Sebanyak 60.0% responden bersetuju dan 22.9% tidak setuju bahawa
dengan adanya kelas tutorial ini pelatih dapat mengisi masa dengan lebih
berfaedah dengan mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan
menghadapi minggu peperiksaan.
Dengan adanya kelas tutorial ini, pelatih dapat meningkatkan skill
praktikal mereka dimana pengajaran dan perbincangan teori mengenai
prosedur kejururawatan dapat dilakukan,dimana 62.9% responden setuju
dan 21.4% responden tidak setuju. Pembentukan sahsiah diri pelatih juga
dapat dilakukan melalui nilai moral yang diterapkan semasa pengajaran
8/10/2019 Final tugasan.docx
23/31
23
tutorial,dimana 65.7% responden setuju dan 27.1% tidak setuju. Menurut
Ahmad M.I, (2007) aktiviti dan kegiatan dalam pembelajaran dapat
menangani sikap-sikap negatif di kalangan pelajar, disamping dapat
meningkatkan semangat pelajar dalam membina sahsiah diri. Namun
untuk menghadiri kelas tutorial ini pelatih harus sentiasa bersedia dari
segi mental dan fizikal, 55.7% responden mengatakan tidak bersedia dari
segi mental dan fizikal untuk menghadiri kelas tutorial dan 35.7%
mengatakan sentiasa bersedia untuk menghadiri kelas tutorial. Menurut
Ahmad (2005) keadaan umum fizikal dan kecergasan tubuh dapat
mempengaruhi semangat dan minat dalam mengikuti pelajaran.
5.2.3 Impak Negatif (Bahagian C)
Bahagian ini membincangkan tentang persepsi pelatih Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu terhadap impak negatif kelas tutorial
dijalankan semasa sesi praktikal. Hasil kajian menunjukkan 55.7%
responden bersetuju bahawa kelas tutorial menganggu masa rehat
pelatih. Manakala majoriti pelatih juga bersetuju bahawa mereka penat
untuk membuat persiapan ke kelas tutorial iaitu 54.3%. Menurut Muhd
A.A.J, (2006) pelatih mesti membuat persediaan-persediaan yang
diperlukan sama ada dari segi fizikal dan mental sebelum memulakan
sesi pembelajaran. Disamping itu 45.7% responden bersetuju bahawa
adanya kelas tutorial semasa praktikal menyebabkan pengurusan masa
mereka terganggu. Muhd A.A.J, (2006) menyatakan pengurusan masa
merupakan aspek yang amat penting dalam kehidupan terutama pelajar
untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik
8/10/2019 Final tugasan.docx
24/31
24
Manakala 44.3% responden setuju bahawa pelatih tidak dapat
melibatkan diri sepenuhnya kerana tiada tumpuan.
Namun begitu terdapat juga kenyataan yang menunjukkan majoriti pelatih
tidak bersetuju iaitu bagi kenyataan pembelajaran tajuk yang berulang
menyebabkan bosan dan tiada tumpuan seramai 38 orang pelatih(54.3%)
tidak bersetuju,majoriti pelatih juga tidak bersetuju bagi kenyataan
pembelajaran tajuk yang berulang tidak menambah pengetahuan iaitu
seramai 54 orang pelatih(77.1%).Dan seramai 46 responden(68.7%) juga
tidak bersetuju bahawa teknik pembelajaran semasa tutorial bercanggah
dengan teknik pembelajaran kendiri.
Secara keseluruhannya terdapat segelintir pelatih bersetetuju bahawa
tutorial yang diadakan semasa sesi praktikal mendatangkan kesan
negatif terhadap mereka tetapi terdapat juga segelintir pelatih yang
kurang bersetuju.Ia mungkin disebabkan oleh faktor- faktor luaran
seperti faktor fizikal dan bukannya disebabkan oleh sikap pelatih itu
sendiri.
5.3 Implikasi
5.3.1 Pelatih jururawat
Hasil kajian pengkaji menunjukkan bahawa impak kelas tutorial
memberi lebih banyak manfaat kepada pelatih. Ini kerana hasil kajian
mendapati terdapat banyak kesan positif kepada pelatih itu sendiri
berbanding dangan kesan negatif. Oleh itu, kelas tutorial sangat penting
kepada pelatih terutama pada waktu terdekat peperiksaan supaya pelatih
8/10/2019 Final tugasan.docx
25/31
25
dapat melatih tubi serta membuat persediaan sebelum menduduki
peperiksaan. Ini juga membolehkan pelatih jururawat dapat peningkatkan
prestasi dalam kelas dan dapat meningkatkan lagi PNGS pada masa
akan datang.
5.3.2 Organisasi
Hasil kajian yang telah di perolehi oleh pengkaji mendapati para
pengajar perlu meneruskan kelas tutorial kepada pelatih semasa minggu
praktikal untuk meningkatkan lagi prestasi pelatih dalam peperiksaan
kerana terdapat banyak kesan positif yang di perolehi oleh pelatih itu
sendiri.
5.3.3 Profession
Melalui analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji mendapati
kesan positif yang diperolehi oleh pelatih akan meningkatkan lagi
pengetahuan pelatih tentang subjek yang dipelajari terutama dalam
kejururawatan yang dapat di aplikasikan dalam perawatan kepada
pesakit semasa berada di ward. Ini boleh melahirkan jururawat yang
terlatih dan berpengetahuan dalam memberikan perawatan yang optima.
5.4 Cadangan
5.4.1 Jururawat pelatih
8/10/2019 Final tugasan.docx
26/31
26
Pengkaji ingin mencadangkan agar pelatih mengaplikasikan kelas
tutorial dalam memperbaiki gred akan datang dengan membuat
perancangan dan persediaan untuk tutorial dan praktikal dalam mencapai
matlamat pelatih sendiri.
5.4.2 Organisasi
Pengkaji mencadangkan agar pihak kolej menyediakan pelan
pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat pelatih dalam
menghadiri kelas tutorial seperti sesi demonstrasi, sesi soal jawab dan
penggunaan alat-alat bantuan mengajar dalam pembelajaran.
Selain itu, pengkaji juga bercadang agar pihak kolej membuat jadual
kelas tutorial menggunakan sistem 3 kali seminggu bagi membolehkan
pelatih berpeluang mengulangkaji pelajaran mengikut cara mereka
sendiri disamping dapat menggunakan masa tersebut untuk merehatkan
minda mereka selepas praktikal.
5.4.3 Kajian selanjutnya
Pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya yang berkaitan
dengan impak kelas tutorial semasa minggu praktikal dilaksanakan
menggunakan kajian experimental agar kajian lebih mendalam dan
terperinci dapat dilakukan. Disamping itu, hasil kajian tersebut dapat
dijadikan sebagai perbandingan di antara kajian yang telah dilakukan
dengan kajian yang akan datang.
8/10/2019 Final tugasan.docx
27/31
27
RUJUKAN
Abdul Jabar, M.A., 2006. Siri Motivasi dan Kecemerlangan Utusan Cemerlang
Gemilang & Terbilang,: Saya berada dalam keadaan bersedia untuk belajar,
p.19.
Abd.Razak, A.Z., dan Azman, N., Stail Berfikir dan stail pembelajaran pelajar
jururawat: SATU KAJIAN KES DI KOLEJ JURURAWAT MURNI.AJTLHE
Vol.4,No.1,Jan 2012,14-31. Available at:
[Accessed 16 July 2014]
Amir, R., 2007. Stail Berfikir, Stail Pengajaran dan Stail Pembelajaran
Pensyarah dan Pelajar UKM. Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan: UKM Bangi.
Amir. R., Rahman, S., Muhammad, T.A., dan Badusah, J., 2007. Stail Berfikir
Pelajar Kejuruteraan: Kesesuaian Stail Dengan Bidang Pengajian. Seminar
Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia.
Arshad, M., 2004. Tuisyen - Amalan Dalam Sistem Pendidikan. Utusan
Malaysia, 26 Januari.
Baharom, N., 2005. Kamus Dewan Edisi keempat.
http://www.ukm.my/jtlhe/pdf/2%20ATJHE66.pdfhttp://www.ukm.my/jtlhe/pdf/2%20ATJHE66.pdf8/10/2019 Final tugasan.docx
28/31
28
Dunn, R., and Dunn, K., 1995.Teaching students through their individual
learning Styles.Reston VA: Reston Publishing.
Dunn, R., and Biggs, S., 1995. A meta-analtic validation of the Dunn and Dunn
model of learning style preference Jurnal of Educational Research, 88(6), pp.
353-362
Grasha, A. F. 1996.Teaching With Style: A Practical Guide to Enhancing
Learning by Understanding Teaching and Learning Style.Pittsburgh: Alliance
Publishers.
Halili, S.H.,Sulaiman, S. dan Abd.Rashid, M.R., 2011. Keberkesanan Proses
Pembelajaran Menggunakan Teknologi Sidang Video,The Effectiveness of
Learning Process Using Video Conferencing Technology,Jurnal Pendidikan
Malaysia 36(1)(2011) : pp. 55-56
Ismail, A.M., 2007. Jati Diri Seorang Pelajar : Interaksi dan Amalannya. Shah
Alam: Karisma Publication Sdn Bhd. 2, p. 44-45.
Lim, N.L., dan Awang, M.I., 2013. Faktor Guru,ibubapa dan rakan-rakan
dengan amalan tuisyen pelajar : satu tinjauan awal [PDF]. Available at :
[Accessed 18 July 2014]
Lum, K.M., dan Loke, P.M., 2012. Stress dalam Kalangan Pelajar. 6r4-
pa.blogspot, [blog] 9thAugust. Available at:
8/10/2019 Final tugasan.docx
29/31
29
pa.blogspot.com/2012/08/09/stres-dalam-kalangan-pelajar-by-lum-ka.html>
[Accessed 14 July 2014].
Mansur, A., (2007).Peranan tuisyen perlu di perluaskan.Available at :
[Accessed 14
July 2014]
Mohamed Nor, K., 2006. Belajar Teknik Belajar, pp.133-134
Rogers, K.M.A., 2009.A preliminary investigation and analysis of student
learning style preferences in further and higher education. Journal of futher and
higher education. 33(1). 13-21.
Sabran, M.S., Siri Motivasi dan kecermerlangan Utusan,Rahsia Kecermerlangan
Akademik Rahsia 6, perbincangan kumpulan p.58
Selye, H., 2013. Stress without Distress. 2nded. New York: Lippincott Williams &
Wilkins.
Sims, R., and Sims, S., 2006.Learning Styles and Learning: A Key to Meeting
the Accountability Demands in Education. Hauppage. NY: Nova Publishers
Terry, D., 2010. What Can I Get Out Of Tutorials.Available at :
[Accessed 21 July 2014]
http://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisyehttp://www.curtin.edu.au/learningfortomorrow/festival-of-learning.cfmhttp://www.curtin.edu.au/learningfortomorrow/festival-of-learning.cfmhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/.../Perananpusattuisye8/10/2019 Final tugasan.docx
30/31
30
Wittman, P., 2007. Promoting reflection In groups of Diverse Nursing Students.
Nursing Eduction. Philadelphia: Davis.
Yahaya, A., dan Hii, C.H., 2010.Persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap
keberkesanan kelas Tambahan di Sekolah[PDF]. Available at:
[Accessed 14 July 2014]
Zulkarnain, Z., Saim, M., dan Abd Talib, R., 2011. Hubungan Antara Minat,
Sikap Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus CC301-Quantity
Measurement,Kajian Literatur. Available at :
[ Accessed 16
July 2014]
http://eprints.utm.my/2402/http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/.../1EduSem12.phttp://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/.../1EduSem12.phttp://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/.../1EduSem12.phttp://eprints.utm.my/2402/8/10/2019 Final tugasan.docx
31/31
LAMPIRAN 2
BELANJAWAN
Bil Perkara Harga/Unit Jumlah
1. Paper A4 RM 11.00x1unit RM 11.00
2. Binding RM 3.50x1 unit RM 3.50
3. Cover A4 (Berwarna) RM 0.50x4unit RM 2.00
4. Ink (hitam dan colour) RM 10.00x4unit RM 40.00
5. Cover plastic RM 0.50x2unit RM 1.00
JUMLAH RM 57.50