KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
FAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITI
DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN
FIQH IBADAH (SHA 1012)
BERSUCI (MANDI)
DISEMAK OLEH:
USTAZ IZZUDDIN BIN MOHD NOOR
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD NUR HISHAM BIN AMIR (D1320228)
MUHAMMAD NAIM BIN ZAINUDIN (D1320076)
AHMAD ARIF SAFIUDDIN BIN ROSLI (D1320015)
MUHAMMAD SYUKRY BIN MAT SAAT (D1320198)
SEKILAS BICARA
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juga
kami menjalankan dan menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan pada kali ini.
Sememangnya peluang yang diberikan kepada kami ini banyak mematangkan diri dan
pemikiran kami untuk membina keyakinan dalam diri dan membantu kami untuk mengenali
dengan lebih mendalam tentang subjek ini..
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Ustaz Mohd Izzuddin bin Mohd
Noor iaitu pensyarah kami bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau
sepanjang tempoh pembelajaran. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah memberikan kerjasama yang
positif dan jitu dalam memberikan maklumat-maklumat yang diingini. Begitu juga kepada
sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina kerana banyak
dugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang kajian yang kami jalankan.
Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah kami
menyiapkan tugasan ini dengan baik. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar
maklumat yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat
kepada pembaca khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang cara mandi yang biasa dilakukan sehari-harian dalam hidup kita semua. Wassalam
Page 1
ISI KANDUNGAN
SEKILAS BICARA__________________________________________________________1
ISI KANDUNGAN__________________________________________________________2
PENGENALAN_____________________________________________________________3
MANDI____________________________________________________________________4
PENGERTIAN MANDI___________________________________________________________4
PENSYARIATAN MANDI________________________________________________________4DALIL DARIPADA AL-QURAN__________________________________________________4DALIL DARIPADA AS-SUNNAH_________________________________________________4DALIL DARIPADA IJMAK______________________________________________________5
HIKMAH PENSYARIATAN MANDI_______________________________________________6
BAHAGIAN MANDI (MANDI WAJIB)_____________________________________________8JANABAH____________________________________________________________________8
Sebab-sebab janabah___________________________________________________________9Perkara yang diharamkan ketika janabah:_________________________________________11
HAID_______________________________________________________________________15Baligh_____________________________________________________________________16Tempoh haid________________________________________________________________16Darah istihadhah_____________________________________________________________17Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid______________________________________18Perkara lain yang diharamkan kerana haid_________________________________________20
BERSALIN___________________________________________________________________23Nifas______________________________________________________________________23Tempoh Nifas_______________________________________________________________23Perkara haram disebabkan nifas_________________________________________________24Keluar darah ketika mengandung________________________________________________24Tempoh mengandung_________________________________________________________25
MENINGGAL DUNIA_________________________________________________________26
CARA MANDI (MANDI WAJIB)_________________________________________________27
PERKARA MAKRUH KETIKA MANDI___________________________________________29
KESIMPULAN____________________________________________________________31
RUJUKAN________________________________________________________________32
Page 2
PENGENALAN
Bersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalam
bentuk hissiah iaitu boleh dirasa seperti najis atau ma’nawiyyah seperti perkara yang
mengaibkan atau sifat-sifat keji. Manakala bersuci mengikut istilah syarak ialah perbuatan
yang apabila dilakukan akan mengharuskan solat yang didirikan atau apa-apa perkara yang
berkaitan dengan hukum solat, seperti berwudhuk kepada sesiapa yang tidak berada dalam
keadaan berwudhuk, mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis
daripada pakaian, badan dan tempat.
Islam sangat mengambil berat terhadap bersuci dan kebersihan. Ianya dapat dilihat
sebagaimana yang telah diperintahkan Allah dalam firman-Nya serta sabda Rasulullah yang
telah diriwayatkan. Islam mensyariatkan bersuci kerana terdapat hikmah yang banyak
antaranya bersuci adalah satu tuntutan fitrah. Oleh kerana Islam adalah agama fitrah, maka
secara semulajadi ia memerintahkan (manusia) supaya bersuci dan menjaga kebersihan.Selain
itu, bersuci juga bertujuan menjaga kemuliaan dan izzah (kehebatan dan kemegahan). Islam
adalah agama yang sangat mengambil berat dalam menjaga kemuliaan dan kehebatan
seseorang yang beriman (mukmin) agar mereka ini menjadi orang yang mulia dan disegani
dikalangan saudara-saudaranya.
Bersuci sangat penting untuk menjaga kesihatan. Kebersihan adalah faktor penting
untuk menjaga manusia daripada penyakit. Oleh itu dengan membersihkan badan, membersih
muka, dua tangan, hidung dan dua kaki (anggota-anggota yang sentiasa terdedah kepada
kekotoran) beberapa kali sehari menjadikan badan sentiasa terpelihara daripada penyakit.
Hikmah lain adalah dapat berdiri di hadapan Allah dalam keadaan suci dan bersih. Selayak
Page 3
dan sepatutnya kita berada dalam keadaan suci zahir dan batin, bersih hati dan badannya
kerana Allah Taala kasih kepada orang yang suka bertaubat dan sentiasa bersih.
Page 4
MANDI
PENGERTIAN MANDIMandi menurut bahasa ialah mengalirkan air ke atas apa-apa sahaja. Manakala pada syarak
pula adalah mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu.
PENSYARIATAN MANDIMandi telah disyariatkan oleh Allah sama ada untuk kebersihan ataupun mengangkat hadas
dan sama ada ia menjadi syarat sah ibadat ataupun tidak. Dalil disyariatkan ialah Al-Quran,
As-Sunnah dan Ijmak.
Dalil daripada Al-Quran
Firman Allah:
Ertinya, Allah suka kepada orang yang bersih daripada hadas dan kotoran, sama ada
kekotoran zahir atau batin.
Dalil daripada As-Sunnah
Terdapat banyak hadis tentang mandi. Antaranya ialah, daripada Abu Hurairah r.a.
katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Page 5
Menurut riwayat di sisi Imam Muslim disebut sebagai Hak Allah iaitu tanggungjawab yang
perlu ditunaikan kepada Allah. Yang dimaksudkan dengan tanggungjawab di sini ialah ia
tidak layak ditinggalkan oleh umat Islam. Ulamak menyatakan bahawa mandi sekali dalam
seminggu itu adalah mandi pada hari Jumaat.
Dalil daripada Ijmak
Ulamak mujtahid sepakat menghukumkan mandi yang bertujuan membersihkan tubuh badan
adalah sunat manakala mandi yang menjadi syarat sah ibadah adalah wajib. Tiada
perselisihan atau perbezaan pendapat ulamak dalam hal ini.
Page 6
HIKMAH PENSYARIATAN MANDIMandi mempunyai hikmah dan faedah yang banyak, antaranya ialah:
Mendapat pahala
Mandi mengikut pengertian syarak adalah ibadah. Hal ini terkandung dalam erti
melaksanakan perintah syarak dan beramal dengan hukumnya. Ia mengandungi ganjaran
yang besar daripada Allah Taala. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
Bersuci ini pula termasuk wudhuk dan mandi.
Menghasilkan kebersihan
Apabila seseorang Muslim itu mandi, dia dapat membersihkan kekotoran yang melekat pada
badan atau peluh yang keluar daripada tubuh. Tubuh badan yang bersih boleh menghindarkan
diri daripada kuman-kuman penyebab penyakit. Ia juga menimbulkan kemesraan dan kasih
sayang sesama manusia.
Ini berdasarkan hadis, daripada Aisyah r.ha. katanya:
Page 7
Menghasilkan kecergasan
Mandi boleh menjadikan tubuh badan cergas dan aktif dan akan menghilangkan rasa lemah.,
lesu dan malas, terutamanya selepas melakukan perkara-perkara yang mewajibkan mandi
seperti persetubuhan.
Page 8
BAHAGIAN MANDI (MANDI WAJIB)Mandi terbahagi kepada dua iaitu mandi yang diwajibkan dan mandi yang disunatkan. Pada
kali ini, akan diterangkan mengenai mandi yang diwajibkan kerana masih ramai yang belum
memahami dengan lebih jelas dan mendalam mengenainya.
Mandi yang diwajibkan adalah apabila berlaku perkara-perkara yang mewajibkan mandi,
maka tidak sah ibadat tanpanya (mandi). Sebab- sebab diwajibkan mandi ialah janabah, haid,
bersalin (wiladah) dan mati.
JANABAHMakna asal janabah ialah jauh, sebagaimana firman Allah:
Janabah dalam penggunaan biasa adalah bermaksud mani yang terpancut dan juga digunakan
dengan makna jimak (persetubuhan). Oleh itu orang yang junub ialah orang yang tidak suci
disebabkan keluar mani atau persetubuhan. Ia dinamakan junub kerana orang yang
berjanabah menjauhkan diri daripada mendirikan solat selama dia berkeadaan sedemikian.
Perkataan junub digunakan untuk umum, sama ada untuk lelaki atau perempuan dan sama
ada seorang atau ramai.
Page 9
Sebab-sebab janabah Keluar mani, sama ada di kalangan lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebab
sekalipun sama ada dengan bermimpi, berseronok, melihat atau berkhayal.
Ini berdasarkan hadis, daripada Ummu Salamah r.ha. katanya:
Hadis seterusnya, daripada Aisyah r.ha. katanya:
Page 10
Maksud pasangan kepada lelaki ialah kejadian dan naluri mereka (perempuan) adalah sama
dengan lelaki. Ini seolah-olah mereka sebahagian daripada lelaki.
Bersetubuh (walaupun tanpa keluar mani)
Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Hadis seterusnya ialah, daripada Aisyah r.ha.:
Dalam hadis ini menyatakan pasangan lelaki dan perempuan wajib mandi kerana keduanya
bersama-sama melakukan sebab yang mewajibkan mandi.
Page 11
Perkara yang diharamkan ketika janabah: Solat fardu atau sunat.
Firman Allah:
Ayat di atas menerangkan bahawa orang yang berjunub dilarang berada di tempat solat
(masjid). Justeru, larangan mengerjakan solat adalah lebih aula dan utama.
Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar r.a. katanya: Aku telah mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Maksud suci adalah suci daripada hadas dan janabah. Hadis ini juga menunjukkan haram
mengerjakan solat sekiranya berhadas dan junub.
Page 12
Berhenti atau duduk di dalam masjid
Melintasi atau melalui masjid tanpa berhenti di dalamnya atau berulang-alik adalah harus
hukumnya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah An-Nisa ayat 43:
Ertinya, jangan mengerjakan solat dan jangan berada di tempatnya (di dalam masjid)
sekiranya berjunub kecuali lalu dan melintasnya sahaja.
Hadisnya pula ialah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksud tidak menghalalkan dalam hadis ini ialah tidak boleh berhenti di dalam masjid
sebagaimana yang difahami daripada ayat Al-Quran tersebut.
Page 13
Tawaf mengelilingi Kaabah, sama ada tawaf fardhu atau sunat.
Ini kerana tawaf sama hukumnya dengan solat, sebab itu disyaratkan bersuci dahulu
sebagaimana ibadat solat. Ini berdasarkan hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Membaca Al-Quran
Tegahan ini berdasarkan hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Orang yang berjunub harus membaca Al-Quran dalam hati tanpa melafazkannya
sebagaimana harus baginya melihat Al-Quran. Harus baginya membaca ayat Al-Quran
dengan niat berzikir dan bukan dengan niat membaca Al-Quran, seperti dia berkata:
Page 14
Begitu juga kalau dia berkata dengan niat berdoa seperti ketika menaiki kenderaan:
Menyentuh Al-Quran
Termasuk juga dalam pengertian ini ialah larangan menanggungnya, menyentuh kertas atau
kulitnya atau membawanya sama ada di dalam beg atau peti.
Firman Allah:
Dan hadis pula, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Orang berjunub yang membawa Al-Quran bersamanya harus membawa barang-barang lain
atau pakaian dan tidak bertujuan membawa Al-Quran semata-mata. Begitu juga harus
membawa tafsir Al-Quran sekiranya kandungan tafsir lebih banyak daripadanya kerana
perbuatan ini tidak dikatakan membawa Al-Quran pada umumnya (uruf)
Page 15
HAIDHaid pada bahasa bermaksud mengalir. Manakala haid pada syarak bermaksud darah
semulajadi yang normal, keluar dari pangkal rahim perempuan yang telah baligh dalam
keadaan sihat pada waktu tertentu.
Dalil yang menunjukkan wajib mandi bagi perempuan yang haid ialah berdasarkan Al-Quran
dan As-Sunnah.
Firman Allah:
Hadis pula, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Fatimah binti Abi Hubaish r.ha.:
Page 16
BalighMaksud baligh ialah apabila seseorang lelaki atau perempuan yang sampai had umur yang
menjadikan layak ditujukan kepadanya perintah melaksanakan syariat seperti solat, puasa,
haji dan lain-lain. Tahap baligh terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
Bermimpi hingga keluar mani sama ada bagi lelaki atau perempuan.
Kedatangan darah haid bagi perempuan. Waktu yang memungkinkan seseorang itu
baligh dengan sebab mimpi atau kedatangan haid ialah genap umur 9 tahun Qamariah
(hijriah). Lewat atau tidak kedatangan haid pada had umur tersebut bergantung pada
keadaan sesebuah negeri dan keadaan hidup seseorang.
Genap umur 15 tahun Qamariah sekiranya tiada berlaku mimpi atau datang haid.
Tempoh haidAda tiga tempoh haid iaitu paling singkat, paling lama dan kebiasaan (ghalib). Tempoh yang
paling singkat ialah sehari semalam, tempoh paling lama ialah 15 hari 15 malam dan tempoh
kebiasaan (ghalib) ialah sekitar enam atau tujuh hari.
Sekurang-kurangnya tempoh suci antara dua haid ialah 15 hari manakala tempoh suci yang
paling lama tiada hadnya. Terdapat juga perempuan yang tidak didatangi haid selama
setahun, dua atau lebih. Penentuan tempoh tersebut berdasarkan kepada penelitian (istiqra’),
iaitu membuat penelitian terhadap peristiwa-peristiwa berlaku dan beberapa kejadian yang
menthabitkannya.
Page 17
Apabila seseorang perempuan mengalami keluar darah kurang daripada tempoh haid yang
paling pendek (kurang daripada sehari semalam) atau lebih daripada tempoh haid yang paling
lama (melebihi 15 hari 15 malam) maka darah tersebut dianggap darah penyakit (istihadhah)
dan bukan darah haid. Darah haid dan darah istihadah dapat dibezakan berdasarkan warna
dan kepekatannya.
Darah istihadhahDarah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung Rahim yang
dikenali sebagai al-‘Azil. Darah ini membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan mandi,
bahkan wajib bersolat dan berpuasa. Perempuan yang istihadhah hendaklah membasuh darah
istihadhahnya, mengikat atau membalut tempat keluarnya (memakai kain lampin) dan
berwudhuk setiap kali solat fardhu.
Ini berdasarkan hadis, daripada Fatimah binti Abu Huraish r.ha, dia kedatangan darah
istihadhah, lantas Rasulullah s.a.w. bersabda:
Page 18
Hadis seterusnya daripada Aisyah r.ha. katanya, Fatimah binti Abu Hubaish menemui
Rasulullah s.a.w. dan bertanya:
Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid Solat. Hal ini berdasarkan beberapa hadis Fatimah binti Abu Huraish r.ha. tentang
istihadhah yang lalu.
Membaca Al-Quran, menyentuh dan menanggungnya sebagaimana yang telah
dijelaskan dalam perkara yang diharamkan ketika janabah.
Berhenti di dalam masjid. Tidak haram melintasinya sebagaimana yang dijelaskan
dalam perkara yang diharamkan sebab janabah.
Page 19
Antara dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram melintas di dalam masjid selain daripada
dalil yang lalu ialah hadis, daripada Aisyah r.ha. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dalil seterusnya, daripada Maimunah r.ha. katanya:
Tawaf. Dalil diharamkan tawaf telah dijelaskan dalam bab janabah.
Dalil seterusnya ialah, daripada Aisyah r.ha. katanya:
Page 20
Perkara lain yang diharamkan kerana haid Melintas atau melalui masjid. Dikhuatiri mencemarkannya kerana darah haid adalah
najis. Oleh itu, haram mencemarkan masjid dengan najis atau benda-benda lain yang
kotor. Sebaliknya jika selamat, maka halal baginya melintasi masjid.
Puasa. Perempuan yang didatangi haid tidak harus berpuasa sama ada puasa wajib
atau sunat.
Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Sa’id r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang
maksud orang perempuan yang kurang agamanya. Baginda menjawab:
Sebagaimana maksud hadis di atas, begitulah juga apa yang disepakat oleh para ulamak.
Walau bagaimanapun mereka wajib mengqadak puasa fardhu yang ditinggalkan setelah suci
daripada haid tetapi tidak wajib mengqadak solat. Justeru, apabila haidnya berhenti dia wajib
berpuasa walupun belum mandi wajib.
Page 21
Hukum ini berdasarkan hadis daripada Mu’azah katanya: Aku bertanya kepada Aisyah r.ha:
Hikmahnya di sini, solat itu banyak dan akan membebankan orang yang mengqadaknya. Hal
ini berlainan dengan puasa.
Persetubuhan, berseronok dan menggauli isteri di antara pusat dengan lututnya.
Firman Allah:
Page 22
Hadis yang lain pula ialah, daripada Abdullah bin Sa’ad r.a, dia bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.:
Page 23
BERSALINBersalin bermaksud melahirkan anak. Perempuan yang bersalin adakalanya tidak keluar
darah. Oleh yang demikian, hukumnya sama dengan janabah. Ini kerana anak tersebut terjadi
daripada air mani lelaki dan perempuan. Hukumnya tetap sama walaupun berbeza anak yang
dilahirkan atau cara melahirkannya. Apabila kelahiran anak diikuti dengan keluarnya darah
seperti kebiasaan perempuan yang melahirkan anak, darah tersebut dinamakan nifas yang
mempunyai beberapa hukum tertentu.
NifasNifas dari segi bahasa bererti melahirkan anak, manakala menurut syarak darah nifas ialah
yang keluar selepas kelahiran anak. Ia dinamakan nifas kerana keluar selepas kelahiran satu
jiwa (nafs). Sebab itulah perempuan disebut juga orang yang melahirkan anak dengan
nufasa’.
Darah yang keluar semasa kelahiran anak tidak dianggap nifas tetapi darah kotor kerana ia
mendahului kelahiran. Justeru, solat adalah wajib atasnya sekalipun dirinya berdarah dan
wajib mengqadak sekiranya tidak dapat mengerjakannya ketika itu.
Tempoh NifasTempoh minimum nifas ialah seketika sahaja (lahzoh). Kadang-kadang ia berterusan hingga
beberapa hari dan biasanya hingga 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60
hari. Berdasarkan kajian, darah yang keluar melebihi tempoh tersebut adalah darah penyakit
(istihadhah). Kaedah menentukan tempoh ini disebut sebagai al-Istiqra’ sebagaimana
menentukan tempoh haid.
Page 24
Perkara haram disebabkan nifasPara ulamak telah sepakat tentang hukum nifas adalah sama dengan semua hukum yang
berkaitan haid.
Keluar darah ketika mengandungPerempuan mengandung yang keluar darah sehingga tempoh minimum haid (sehari semalam)
dan tidak melebihi tempoh maksimumnya (15 hari 15 malam), darah tersebut dianggap darah
haid berdasarkan pendapat yang lebih jelas (azhar). Justeru, mereka hendaklah meninggalkan
solat, puasa dan semua yang haram atas perempuan haid.
Sekiranya darah yang keluar kuang daripada tempoh minimum haid atau melebihi tempoh
maksimumnya, maka darah yang terkurang dan terlebih tempoh itu dianggap darah penyakit
(istihadhah). Manakala hukum solat dan ibadat yang lain baginya adalah berdasarkan keadaan
itu.
Pendapat lain pula mengatakan bahawa darah yang keluar semasa mengandung walau apapun
keadaannya bukan darah haid tetapi hanyalah darah penyakit (istihadhah). Ini kerana
kandungan tersebut akan menutup laluan keluar haid, sebagaimana kebiasaan yang berlaku di
kalangan perempuan mengandung namun kedatangan haid ketika itu tidak mustahil tetapi
jarang berlaku.
Page 25
Tempoh mengandungTempoh minimumnya adalah selama enam bulan. Ia berdasarkan kepada dua ayat Al-Quran
berikut:
Firman Allah:
Seterusnya, Firman Allah:
Apabila tempoh mengandung dan menyusu tiga puluh bulan dan tempoh menyusu sahaja
ialah dua tahun, maka tempoh mengandung adalah enam bulan dan itulah tempoh
minimumnya. Ini bermakna, perempuan yang melahirkan anak dalam tempoh kurang
daripada enam bulan selepas berkahwin dan anak itu hidup, nasab anak tersebut kepada
bapanya tidak thabit.
Tempoh mengandung yang biasa ialah sembilan bulan berdasarkan kepada keadaan sebenar
yang berlaku pada keseluruhan kaum wanita. Mereka biasanya melahirkan anak selepas
sembilan bulan atau kurang beberapa hari dari masa mula mengandung.
Manakala tempoh maksimumnya menurut pendapat Imam Syafie’ r.a. adalah empat tahun.
Tempoh ini walaupun tidak mustahil tetapi amat jarang berlaku dan berdasarkan itulah Imam
Syafie’ memberikan pendapatnya.
Page 26
MENINGGAL DUNIAApabila seseorang muslim meninggal dunia, mayatnya menjadi fardhu kifayah (wajib)
dimandikan oleh orang Islam. Ini bererti jika ada sesiapa dari kerabatnya atau orang lain
memandikannya, gugurlah tuntutan fardhu tersebut daripada yang lain. Sebaliknya pula,
semua orang Islam akan berdosa jika tiada seorang pun di kalangan mereka yang
memandikannya.
Orang yang memandikan mayat wajib berniat memandikannya. Walau bagaimanapun, hal
demikian adalah selain mati syahid. Orang yang mati syahid tidak dimandikan. Dalil wajib
memandikan mayat ialah hadis, daripada Ibn Abbas r.a. katanya:
Page 27
CARA MANDI (MANDI WAJIB)Mandi ada dua cara iaitu cara mandi yang wajib dan cara mandi yang sunat. Pada kali ini
akan diterangkan mengenai cara mandi yang wajib. Ada dua perkara yang berkaitan
dengannya yang disebut dalam ilmu fiqh sebagai fardhu-fardhu mandi.
Berniat ketika mula mandi, iaitu ketika air mengenai badan. Hal ini berdasarkan
hadis:
Cara berniat adalah ingat di dalam hati, jika ia melafazkan dengan lidah dahulu adalah lebih
afdhal. Sahaja aku mandi wajib atau sahaja aku mengangkat hadas atau sahaja aku mandi
untuk mengharuskan solat atau sahaja aku mandi untuk mengharuskan sebarang ibadah
yang perlu mandi.
Membasuh semua anggota badan yang zahir termasuk kulit atau rambut dengan air
serta meratakan air pada rambut hingga ke pangkalnya.
Hal ini berdasarkan hadis daripada Jabir r.a. katanya: Apabila ditanya tentang cara-cara
mandi, dia menjawab:
Page 28
Hadis seterusnya, daripada Ummu Salamah r.ha. aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
tentang cara-cara mandi. Baginda bersabda:
Hadis yang lain pula daripada Ali r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sejak itu juga, Saidina Ali telah mencukur rambutnya.
Page 29
PERKARA MAKRUH KETIKA MANDI Menggunakan air secara berlebih-lebihan
Ini sebagaimana yang diterangkan dalam perkara-perkara makruh ketika berwudhuk kerana
perbuatan tersebut tidak mengikut perbuatan Rasulullah s.a.w. sebagaimana hadis daripada
Anas r.a. katanya:
Hadis seterusnya daripada Jabir r.a. yang ditanya tentang mandi, katanya:
Mandi di air yang tenang (bertakung)
Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Page 30
Hikmah tegahan tersebut adalah kerana perasaan seseorang yang berasa jijik untuk
menggunakan air yang telah dibuat mandi dengan apa cara sekalipun. Perbuatan itu juga
membazirkan air disebabkan ia tidak lagi sesuai dibuat bersuci sekiranya kurang daripada dua
qullah, kerana telah jadi air mustakmal dengan perbuatan mandi tersebut. Orang ramai pada
kebiasaannya memang sentiasa perlu menggunakan air (bertakung) tersebut. Disebabkan
itulah dilarang oleh syarak untuk mandi di dalamnya.
Page 31
KESIMPULAN
Sesungguhnya bersuci itu adalah antara perkara yang sangat dititik beratkan dalam Islam. Ini
dapat dibuktikan daripada beberapa firman Allah Taala dan hadis daripada Rasulullah s.a.w.
sebagaimana yang telah diriwayatkan. Banyak hikmah yang boleh diperolehi menerusi
amalan bersuci yang sudah disyariatkan oleh Islam. Oleh sebab Islam adalah agama fitrah
maka secara tabi’i iaitu semulajadi, ia memerintahkan manusia supaya bersuci dan menjaga
kebersihan. Terdapat banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas
bersuci bagi memastikan perbuatan bersuci itu sah hukumnya.
Mandi merupakan salah satu cara bagi manusia untuk bersuci. Perbuatan ini sangat
disyariatkan sebagaimana dalil-dalil daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak. Mandi juga
mendatangkan banyak hikmah dan faedah sekiranya seseorang manusia itu melakukannya.
Sesungguhnya mandi terbahagi kepada dua bahagian iaitu mandi yang diwajibkan dan mandi
yang disunatkan. Melalui penerangan mengenai mandi yang diwajibkan ini, dapat dilihat
bahawa ianya sangat perlu dan penting bagi memastikan segala ibadah manusia yang
dilakukan sehari-harian dapat diterima oleh Allah.
Ketika melakukan mandi wajib, kita perlu mematuhi segala syarat-syarat sah yang
ditetapkan oleh syarak bagi memastikan kesempurnaannya. Ini dapat difahamkan melalui
beberapa sebab yang mewajibkan mandi. Setiap sebab yang mewajibkan mandi, mempunyai
cara yang tersendiri untuk memastikan setiap perkara yang dilakukan dihukumkan sah dan
diterima oleh syarak. Justeru, semua manusia perlu mengambil berat tentang setiap perkara
yang berkaitan dengan bersuci bagi menjamin kebersihan diri sendiri. Semoga setiap amalan
baik dan ibadah yang dilakukan dapat diterima oleh Allah dan diambil kira semasa kita
dinilai di akhirat kelak.
Page 32
RUJUKAN
Beberapa sumber rujukan telah digunakan untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya:
Ustaz Mohd Izzuddin bin Mohd Noor
Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 1, Cetakan 2011, Pustaka Salam Sdn Bhd
www.islam.gov.my
Page 33
Top Related