ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat
1. Pendahuluan 2
2. Solat 3
3.Solat Dapat Mencegah Seseorang Dari Melakukan Fahsya’
Dan Mungkar 5
4. Penutup 10
5. Lampiran 11
6. Rujukan 14
1
PENDAHULUAN
Amar ma’ruf nahi mungkar sangat sesuai digunakan sebagai bidalan di dalam tajuk yang
akan dibincangkan ini. Di zaman globalisasi ini, pelbagai perkara berlaku tanpa diduga sebagai
contoh perbuatan maksiat kian berleluasa. Sebagai seorang umat Islam, perkara seperti ini
mestilah dihindari dengan berpegang teguh kepada lima rukun Islam yang penting. Salah satu
padanya ialah solat. Solat amat banyak fungsinya dan ia juga dapat mengelakkan seseorang itu
dari berkelakuan mungkar serta fahsya’.
Ramai umat Islam pada masa kini telah jauh dari landasan yang telah ditetapkan. Solat
dijadikan perkara yang terakhir di dalam hidup sesetengah masyarakat Islam. Oleh sebab itulah
diri mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa mengetahui yang mereka telah jauh menyimpang
dan meninggalkan solat yang sebenarnya senjata utama untuk mengelakkan perkara- perkara
mungkar dan fahsya’ ini berlaku.
Kewajipan ,menunaikan solat itu terlalu penting dalam kehidupan seseorang muslim
kerana ia termasuk dalam rukun Islam yang beerti tidak wujud keislaman seseorang itu tanpa
mengerjakan solat. Perintah menunaikan solat adalah lebih berat daripada rukun-rukun Islam
yang lain. Sebagai contoh puasa di bulan Ramadhan boleh ditangguhkan kepada bulan-bulan lain
sekiranya terdapat keuzuran sedangkan solat wajib dilakukan walaupun mengalami sakit atau
hilang upaya tetapi masih waras adalah wajib menunaikan Solat dengan cara duduk atau baring
(mengiring atau menelentang ) atau menggunakan isyarat kelopak mata. Jika masih tidak
mampu, ingatkan kelakuan solat dalam hati.
2
1.0 SOLAT
Solat dari segi bahasa ialah doa, istilahnya ialah ibadat yang dimulakan dengan takbir dan
diakhiri dengan salam.
Dalam solat terhimpun bermacam jenis ibadat yang tidak ada pada ibadat lain seperti
bersuci, berdiam diri, mengadap kiblat, membaca ayat-ayat dari Al-Quran, rukuk, dan sujud.
Ibadat solat suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara seorang hamba dengan
Tuhannya, sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud:
“Sehampir-hampir se seorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud.”
Saidina Umar r.a berkata, dalam kitab al-Muwatta', sesiapa yang memelihara solat dan
tetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamanya dan mereka yang mensia-sia kannya,
dia akan mensia-siakan kewajipan lain dalam agama.
Menurut Sidi Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar kemuliaannya,
malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”
Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab,
maksudnya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”
Berdasarkan hadith-hadith di atas jelas menunjukkan bahawa solat itu amat penting di sisi
Allah s.w.t. Jika sempurna solat seseorang itu, maka sempurnalah segalanya. Solat ibarat tiang
bagi sesebuah rumah, jika tiada tiang tersebut,runtuhlah rumah tersebut. Jika seseorang itu tidak
mengerjakan solat, ia seolah-olah telah meruntuhkan Agama.
3
Solat ialah ibadat yang mula-mula difardukan. Solat ialah ibadat yang membuktikan
keislaman seseorang Muslim kerana ia berkaitan dengan jiwa seseorang manusia. Allah s.w.t
merintahkan solat lima waktu sehari semalam
Solat merupakan pertalian terus-menerus antara hamba dengan Allah tanpa perantaraan
sama ada orang biasa atau golongan ulama. Dalam hubungan ini sesorang manusia pada waktu
menyembah Allah bebas daripada sebarang perantaraan kerana semua tempat yang suci di bumi
boleh digunakan untuk melakukan solat kepada Allah dan menghubungkan secara langsung
antara manusia dan Allah.
Islam telah menyebut tentang kepentingan solat dalam pelbagai segi, diantaranya ia
menjadi sesetengah sifat orang yang bertaqwa yang menurut arahan kitab suci Al-Quran dan
mereka yang memperlengkapkan dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji itu adalah mendapat
petunjuk daripada Allah Ta’ala seterusnya merekalah yang beroleh kejayaan.
Al-Qurqn dari segi lain menjelaskan bahawa solat memberi kesan terhadap pembersihan
diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan dan
membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Firman Allah: “dan dirikanlah
sembahyang (dengan tetap), sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar”.1
1 Surah Al-Ankabut ayat 54
4
2.0 SOLAT DAPAT MENCEGAH SESEORANG DARI MELAKUKAN FAHSYA’ DAN
MUNGKAR
Fahsya’ adalah kekejian, tidak kira apa pun. Biasanya ia ditujukan kepada zina dan lain-
lain perbuatan haram yang berkaitan dengan seks. Mungkar pula adalah kejahatan dalam bentuk
yang lebih umum.
Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh
mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman
Allah SWT:
Yang bermaksud: "…. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji
dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."2
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah
daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.”3
Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang tidak betul. Sembahyang yang
tidak betul tidak dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah.
2 Surah Al-Ankabut ayat 453Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas
5
Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang kita masih
lagi tidak betul. Maka perbaikilah sembahyang kita melalui pembelajaran secara majlis ilmu dan
boleh juga meminta guru-guru “check” sembahyang kita.
Manakala sembahyang yang betul ialah sepertimana dalam Firman Allah:
Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar
Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam,
hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan
(teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%,
cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah
dari benda lain).
Semasa zaman pemerintahan Sayyidina Umar, ada seorang lelaki yang ingin sangat untuk
melakukan hubungan seks dengan isteri orang lain. Setelah didesak, perempuan itu akhirnya
bersetuju dan mengenakan syarat “Kamu hendaklah sembahyang 40 waktu berjemaah di
belakang Amirul Mukminin Sayyidina Umar“. Maka setujulah lelaki tersebut dan dia melakukan
sembahyang seperti yang disyaratkan. Setelah cukup 40 hari, perempuan itu menemui lelaki
tersebut dan ” Aku tahu kamu sudah selesai 40 hari sembahyang, kalau begitu marilah kita….“
Lelaki tadi marah dan berkata “nak ke mana, kamu ini sudah gila agaknya“. (lelaki itu sudah
benci kepada perkara mungkar) Perempuan tadi menemui Sayyidina Umar dan menceritakan
perkara tersebut, maka kata Sayyidina Umar seperti dalam ayat di atas:
6
Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar.
Sesungguhnya solat mempunyai banyak rahsia dan kelebihan, antaranya ialah solat dapat
meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan
dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”4 Apabila sesorang itu sentiasa mengingati Allah maka
dia takut untuk melakukan fahsya’ dan mungkar. Dia sedar setiap perbuatannya sentiasa diawasi
Allah. Seumpama seorang murid yang sedang menjalani peperiksaan. Apabila dia sedar dirinya
diawasi pengawas, dia akan berasa takut untuk meniru atau sebagainya.
Solat juga mengajar kita berdisiplin, menepati waktu dan menunaikan amanah. Apabila
masuk waktu sesorang yang berdisiplin akan terus menunaikan amanah yang dipikul iaitu solat.
Oleh itu, kita akan sentiasa berdisiplin dan amanah. Kita tidak melakukan perkara-perkara
mungkar seperti pecah amanah dan membuang masa kerana kita telah dididik dengan solat
supaya amanah dan berdisiplin. Oleh itu, terbuktilah solat dapat mencegah seseorang itu daripada
melakukan fahsya’ dan mungkar.
Solat juga dapat mencegah seseorang itu daripada mencela keturunan. Ini kerana solat
adalah tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan
rahmat yang dikurniakan. Oleh itu sesiapa yang sentiasa menjaga solatnya akan selalu bersyukur
dengan nikmat dan rahmat Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Ada dua jenis
perbuatan manusia yang menyebabkan mereka kufur”(Akan nikmat Allah). Pertama mencela
keturunan seseorang dan keduanya meratapi mayat.5 Sesungguhnya solat mendidik sesorang itu
4 Surah Taha:145 HR: Muslim
7
bahawa semua orang sama sahaja disisi Tuhannya. Yang membezakan mereka adalah taqwa.
Jadi sesiapa yang menjaga solatnya akan dapat mencegah dirinya daripada mencela keturunan
sesama manusia. Perbuatan mencela ini sebenarnya menyeret orang lain kepada isu yang tidak
sepatutnya mereka terlibat dengannya. Ini akan mengacau-bilaukan masyarakat. Oleh itu solah
dapat mencegah sesorang daripada melakukan perbuatan ini.
Didalam solat, ada perbuatan sujud. Dari sujud itu kita diajar supaya sentiasa bersikap
tawaduk iaitu rendah diri dan juga tidak sombong dan mengangkat diri sendiri. Firman Allah
SWT yang bermaksud “Janganlah kamu memuji-muji diri kamu bahawa kamu suci bersih dari
dosa. Dia sahajalah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.”6 Dari Iyad bin
Hammad beliau pernah berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar anda semua bersikap tawaduk
iaitu rendah diri sehingga seseorang tidak akan melanggar hak seseorang yang lain dan
sesorang tidak menyombong diri terhadap salah sesorang yang lain.”7Oleh itu solat dapat
mencegah kemungkaran.
Solat juga adalah tanda menghambakan diri kepada Pencipta Agong. Dan mengakui
Dialah Tuhan yang Maha Agong. Tiada tuhan selain Dia. Jadi solat dapat mencegah seseorang
daripada meminta pertolongan daripada yang lain selain Dia. Seseorang itu dapat meminta
pertolongan dalam solat. Oleh itu solat dapat menghalang seseorang itu daripada mempercayai
bomoh, tangkal dan sebagainya.
Selain itu, solat juga dapat mencegah seseorang itu dari mengingkari perintah
pemerintah. Apabila solat berjemaah, seseorang makmum itu haruslah mengikut semua
6 An-Najm:327 HR: Muslim, Abu Dawud, dan Lain-lain
8
pergerakan imam. Samalah juga dengan keadaan pemerintah dengan rakyatnya. Imam haruslah
melakukan pergerakan yang mudah diikuti oleh makmumnya, contohnya tidak terlalu lama
membaca surah. Begitu juga keadaan pemerintah, haruslah bertindak adil dan amanah. Oleh itu
pemerintah yang menjaga solatnya dengan baik akan dapat mencegah dirinya dari perkara
fahsya’ dan mungkar. Begitu juga keadaannya dengan rakyat.
PENUTUP
9
Telah banyak yang dikupas di dalam tajuk ini. Kesimpulannya di sini adalah solat tidak
harus ditinggalkan tanpa sebarang keuzuran. Seseorang Islam yang meninggalkan solat secara
sengaja hukumnya ialah berdosa besar dan jika tidak dibendung, hidup seseorang Islam itu akan
merana serta bergelumang di dalam perbuatan mungkar dan fahsya’ tanpa pengakhiran.
Solat mampu membersihkan diri dari terjerumus ke dalam lembah kehinaan serta
mencegah dari melakukan perkara keji dan mungkar. Solat juga mampu menenangkan hati dan
membuatkan diri lebih hampir dengan Tuhan. Orang yang tidak mendirikan solat akan
merasakan hidupnya seolah-olah tidak pernah tenang kerana jauh dari Tuhannya. Orang yang
mendirikan Solat dengan penuh khusyu’ dan penuh keikhlasan kepada Allah s.w.t akan
terpelihara dari melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Mereka akan mampu mengawal diri
mereka dari terus melakukan dosa-dosa yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t.
Sebagai umat Islam, kita hendaklah mempelajari apa yang ada di dalam Islam dengan
lebih mendalam lagi. Tajuk ini sesuai dijadikan rujukan kepada sesiapa yang sangat lemah di
dalam pengetahuan tentang Islam. Terutamanya fungsi solat. Akhirnya, praktikkanlah di dalam
kehidupan seharian dan segeralah bertaubat kembali ke pngkal jalan serta harus diingat ‘Solat
Adalah Tiang Agama’ dan ‘Lakukan Segala Perintahnya dan Meninggalkan Larangannya’.
LAMPIRAN
10
11
12
13
RUJUKAN
1. MANUSIA DAN ISLAM
JILID SATU Panel Penulisan Diketuai Oleh: DR. HARON DIN Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Cetakan Kelima 2002
2. AMAR MA’RUF NAHYU MUNKAR
Meraih Kebaikan Mencegah Kemungkaran USTAZ BASRI IBRAHIM Cetakan Pertama: Oktober. 2000
3.Kajian Tentang Keimanan dan Keislaman Menurut Al- Quran dan Hadits
A.Mudjab Mahali Diterbitkan oleh: Penerbit Pustaka Al- Husna, Jakarta
Cetakan Pertama 1994
4. Pedoman Solat
Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash Shiddieqy Thinkers Library Sdn Bhd Cetakan Keenam 1996
5. www.harianmetro.com
6. Utusan Online
14
Top Related