Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
FOKUS PEPERIKSAAN AKHIR JUH 101 2014/2015
1. Konsep Asas Hubungan Etnik
Masyarakat kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu.
Individu, Keluarga Dan Kumpulan-Kumpulan Kecil merupakan sesebuah masyarakat.
Etnik Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam,
pakaian, bahasa, makanan dan sebagainya.
Etnik boleh dikelaskan melalui perbezaan budaya dan demografi.
Etnisiti rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.
Wujudnya satu kebudayaan yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap
dan tingkah laku.
Etnosentrisme kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.
Juga mbawa maksud suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan
kaca mata etnik sendiri.
Ras sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri
fizikal (biologikal nyata)
Seperti warna kulit, warna mata, rambut dan sebagainya.
Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Rasisme Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain.
Berdasarkan perbezaan wajah fizikal biologikal atau ras semata-mata.
Ini dtunjukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka.
Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi
berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.
Prejudis pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati
seseorang atau kelompok etnik tertentu.
Tidak dilaungkan secara terbuka.
Tidak berasaskan maklumat yang tepat, jelas dan mencukupi.
Apabila prejudis disuarakan , prejudis menjadi stereotaip.
Stereotaip kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik.
Gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu pelakuan baik dan buruk yang ditujukan kepada
sesuatu kumpulan etnik yang lain.
Dikriminasi pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik
terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan
negatif.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
Manifestasi - prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik.
Budaya berasal daripada perkataan Budhi dan daya, Buddhayyah.
Keseluruhan cara hidup sesuatu kelompok sosial yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan, pemikiran, nilai, kepercayaan, adat resam serta segala penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua kebendaan dan bukan kebendaan.
Perpaduan satu proses yang menyatukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
msyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air.
Segregasi pemisah atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan yang lain.
Akomodasi proses penyesuaian yang merangkumi pelbagai golongan etnik berlainan budaya
hidup secara harmonis dan saling mnghomati antara saru sama lain.
Akulturasi proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya
lain.
Asimilasi proses percantuman dan penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk suatu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Amalgamasi proses yang terjadi apabila dua atau lebih budaya bercampur untuk membentuk
satu jenis budaya baharu yang merangkumi elemen budaya-budaya lama yang bercantum serta
elemen baharu.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
2. Tokoh-Tokoh Atau Sarjana Penting Yang Memberi Pandangan
1. John Crowford Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu (Arab Parsi)
2. Grisek Bukti Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu - Abad Ke-11
3. J.S. Furnival Masyarakat Majmuk
4. Edward B.Taylor Budaya Merujuk Pengetahuan, Kepercayaan, Kesenian, Moral,
Tingkahlaku Di Warisi Oleh Hidup Masyarakat.
5. Syed Muhammad Naquib Al-Attas Nama Anak Orang Melayu Jarang Dipengaruhi Unsur
Hindu Dan Buddha.
3. Ciri-Ciri Utama Masyarakat
Berkelompok
Berbudaya
Mengalami perubahan
Berinteraksi (dalaman dan pihak luar)
Mempunyai kepimpinan
Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)
4. Perubahan Bersifat Epistemologikal Di Alam Melayu
Di bawa oleh penjajah British.
Perubahan dari segi ilmu pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan cara kita melihat
sesuatu.
Sebelum kedatangan penjajah British,
Ilmu pengetahuan dalam Alam Melayu lebih banyak berasaskan epistemologi bercorak
metafizik (ilmu bersumberkan ilmu ghaib amalan perubatan dukun, bomoh jampi
serapah).
Kedatangan British mengubah,
Epistemologi metafizik bersifat material kepada epistemologi fizikal bersifat rasional
atau saintifik (pembuktian sesuatu pengetahun berasaskan pancaindera.)
Kemudian dipertingkatkan dengan alat saintifik seperti mikroskop, dll.
Hanya diiktiraf kewujudan jika boleh dibuktikan secara material.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
5. Isu Janji Dan Perjanjian Yang Ditandatangani
Perjanjian Persekutuan 1948.
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah
tanah jajahan British iaitu Melaka dan Pulau Pinang sebagai entiti politik persekutuan.
Pesuruhjaya British dilantik sebagai Ketua Persekutuan dengan bantuan Majlis
Perundangan.
Persekutuan yang berkuasa membuat undang-undang.
Perjanjian Malaysia 1963
Perjanjian yang telah dicapai antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura semasa mereka bersetuju untuk tubuhkan Persekutuan Malaysia.
Perjanjian Malaysia - iaitu dalam Perkara 165 Perlembangan Malaysia juga memasukkan
20 tuntutan Sabah.
Perjanjian London soalan No.13
6. Kontrak Sosial.
Perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan.
Merupakan penggantian beri memberi atau quid pro quo
Perkara 1418 pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan
Melayu
Perkara 153 hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera.
Persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan.
Namun isu ini sering kali timbul dan ditimbulkan oleh pihak tertentu yang boleh membawa
kepada kerenggangan hubungan etnik di Malaysia.
Antara isu yang kerap kali dibangkitkan ialah;
kedudukan keistimewaan orang Melayu
kedudukan agama Islam
isu kemasukan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi.
Pelan Tindakan Perpaduan Dan Integrasi Nasional 2005-2010
7. Konsep Modenisasi
Suatu usaha untuk melaksanakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat.
Mengandungi 2 aspek utama Pembangunan Ekonomi Dan Politik
Modenisasi di Eropah
Bermula di Eropah Barat akibat 2 revolusi besar :
Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)
Revolusi Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat)
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
Luar Eropah : Pemodenan Atau Pembarat
Pemodenan suatu proses dalam semua aspek khidupan melalui proses perencanaan,
pelaksanaan dan penilaian.
Pembarat suatu proses peniruan gaya hidup Eropah yang tidak disertai oleh suatu usaha
perubahan secara berencana.
Usaha mengubah gaya hidup lama kepada gaya hidup moden tanpa disertai oleh suatu
perencanaan dan pelaksanaan untuk mengubah aspek kehidupan yang lain.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
8. Parti Perikatan
Terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.
Pimpinan Parti mengamalkan sikap tolak ansur juga turut mengukuhkan kerjasama antara
kumpulan etnik.
1953 Parti Perikatan mendesak British mengadakan pilihanraya untuk seluruh Tanah
Melayu bagi mengisi kerusi Majlis Perundangan Persekutuan Pilihanraya Persekutuan
27 Julai 1955
Diperbesarkan bilangan anggotanya pada tahun 1972 kemasukan PAS , Gerakan dan
Sarawak United People Party (SUPP)
Ditukarkan kepada Barisan Nasional.
9. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
9 buah negeri Melayu terlibat dalam Persekutuan berserta Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang bersaingan.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British;
Dan dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja
Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan terdiri daripada;
3 anggota ex-officio,
4 orang anggota rasmi (dilantik Pesuruhajaya Tinggi)
Sekurang-kurangnya 5 7 orang anggota tidak rasmi (dilantik Pesuruhjaya Tinggi)
Majlis Perundangan Persekutuan
Pesuruhjaya Tinggi
3 orang anggota ex-officio
9 orang Yang Dipertua Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri
2 orang wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang
10 anggota rasmi dan 50 ahli tidak rasmi (kesemuanya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi)
Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri dan Majlis Prundanagn Negeri
Syarat kewarganegaraan diperketat.
Seorang layak mendapat kewarganegaraan secara permohonan.
Lahir di Tanah Melayu dan bermastautin selama 8 daripada 12 belas tahun sebelum
permohonannya.
Atau telah bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 daripada 20 tahun sebelum
permohonannya.
Umur minimum bagi kedua-dua situasi 18 tahun
Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan Inggeris
Orang Melayu di beri Hak Istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan Dan Negeri.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.
Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada
18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada
Persekutuan Malaya.
Empat wakil pemerintah Ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga
menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-
penasihatnya.
Pindaan Untuk meminda perlembagaan, empat cara
Melalui sokongan majoriti dua pertiga (2/3) ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada
Majlis Raja-Raja;
Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri
Sabah dan Sarawak;
Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
Telah dipinda sebanyak 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005.
Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa
perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Soal berkaitan kerakyatan.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
10. Ciri Penting Malayan Union
Semua negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka disatukan dibawah sebuah Kerajaan
Pusat.
Malayan Union ini akan diperintah oleh seorang gabenor dengan bantuan Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Perundangan.
Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British.
Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan.
Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang berkaitan agama Islam dan
adat Istiadat Melayu sahaja.
Hak Kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mgambil kira bangsa dan keturunan.
Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi
warganegara secara automatik jika berumur 28 tahun keatas dan telah menetap selama 10
tahun daripada 15 tahun seblum 15 Feb 1942.
Pengenalan Malayan Union memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang
lahir di Tanah Melayu.
11. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Kontrak sosial persetujuan yang dicapai antara etnik Melayu, Cina dan India dan berkait rapat
dengan unsur-unsur tradisional yang meliputi hal-hal berikut:
Pertama kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tidak boleh
dipersoalkan.
Kedua Kedudukan istimewa orang Melayu (yang meliputi perkhidmatan awam, biasiswa
dan segala bantuan berkaitan dengan pendidikan, permit atau lesen perniagaan ) tidak boleh
dipersoalkan.
Ketiga Hak Kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bg mereka yang lahir sebelum,
semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, melalui kuasa undang-undang. Hak
kerakyatan juga boleh dipohon melalui cara permohonan dan naturalisasi.
Keempat - Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa
sebrang sekatan.
Kelima- Bahasa Melayu juga sebagi bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain tidak
dihalang penggunaan, pengajaran dan pembelajarannya.
12. Perjanjian Malaysia 1963
Persetujuan yang dicapai antara pemimpin Persekutuan Tnah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura
Penubuhan Persekutuan Malaysia.
Perkara 165 Perlembangan Malaysia - 20 tuntutan Sabah.
Agama Sabah menuntut supaya negeri itu tidak diperakukan suatu agama sebagai agama
rasmi negeri.
Bahasa - Bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/kebangsaan tetapi memohon supaya
bahsa Inggeris boleh terus dgunakan tanpa had masa.
Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi penggubalanmya patut
melibatkan semua negeri.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
Imigresen Bersetuju bahawa kuasa imegresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang
keluar dan masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.
Kewangan Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.
Bumiputera Sabah Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (persekutuan Tanah
Melayu) tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.
13. Perjanjian London pada 8 Februari 1956
Perundingan usaha menuntut kemerdekaan daripada British (18 Jan - 8 Feb 1956)
(Lord Lennox-Byod Setiausaha Tanah jajahan British)
Hasil Persetujuan:
British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tanah Melayu berada dalam Lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan
secara demokrasi.
British mdapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui Anglo Malayan
Defence Treaty 1956.
Sebuah badan bebas ditubuhkan dengan menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu
Suruhanjaya Reid.
Keahlian - (Lord Reid (Britian), Sir Ivor Jennings (Britian), Sir William Mckell (Australia),
B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Perjanjian London juga telah menetapkan agar pelembagaan yang ingin digubal mengambil kira;
Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu
Pewujudan jawatan Ketua Negara yang bergelar Yang Dipertuan Agong
Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum
lain
Pembentukan satu sistem kewarnegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah
Melayu.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
14. Prinsip Pertama Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Prinsip ini bermaksud negara ialah manusia yang beragama dan mempunyai sistem
kepercayaan.
Islam merupakan agama Persekutuan.
Agama lain turut diberi kebebasan utuk diamalkan.
Melalui kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia berakhlak mulia, jujur,
berakomodatif dan bantu membantu antara satu sama lain tanpa mngira kaum.
15. Perlembagaan Malayan Union 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
- rujuk di atas
16. Antara Cabaran Hubungan Etnik
1) Cabaran Sosial, Ekonomi Dan Politik (isu perkauman)
2) Cabaran Nilai Antara Etnik (perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan).
3) Cabaran Globalisasi
4) Cabaran Sosial
Pemisahan Fizikal
Wujud akibat kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan British
Menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpluang untuk
berinteraksi dengan lebih kerap. Hal ini berlaku akibat keadaan geografi di Sabah
dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.
Sistem Pendidikan Yang Berasingan
- Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri.
- Program RIMUP digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan perpaduan
antara etnik.
Polarisasi Dalam Kalangan Pelajar
- Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan
yang beretika, bermoral, berakomodatif, penyayang dan sebagainya.
Kontrak sosial rujuk di atas.
5) Cabaran Ekonomi
i. Penguasaan Ekonomi
- jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi.
- orang Melayu - sektor pertanian
- orang Cina - perniagaan dan perdangangan dan teknologi moden.
- perbezaan dan penguasaan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud.
- RMK-2 - Perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan
keseimbangan yang lebih besar.
- Perpaduan tidak boleh dipupuk andai sebhagian besar penduduk kekal
miskin.
ii. Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan Sektor Ekonomi
- setiap golongan etnik dikelaskan mengikut sektor ekonomi tertentu
seperti pertanian, perniagaan, perindustrian dan pentadbiran awam.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
- perbezaan pekerja menghalang interaksi antara kaum yang luas.
- semangat perkauman.
17. Strategi Dasar Pendidikan Kebangsaan
Menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama.
Mengadakan ko-kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah.
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
Meningkatkan mutu pndidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Menyediakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun.
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan
secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan
kawasan luar bandar atau pedalaman.
Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
berasaskan 3M (Membaca, Menulis, Mengira) pada tahun 1983 yang menjurus kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1988.
Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan memperbanyakkan pendidikan pada peringkat
universiti.
Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
Bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib.
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin (kadet tentera, kadet polis,
pengakap dan sebagainya).
18. Hubungan etnik di Malaysia dan pencapaian kategori?
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
19. Agama Dan Hubungan Etnik
Agama Islam
Agama yang diturunkan di Mekah dan ia tersebar ke seluruh dunia termasuklah di alam
Melayu.
Paling awal bertapak di Malaysia ialah di Kedah atau Pahang (perlukan kajian lanjut untuk
dapatkan fakta).
Islam berasal dari perkataan Arab "salima" bermaksud keamanan, ketulenan, penyerahan
dan ketaatan.
Agama Buddha
Dalam bahasa Sanskrit bebas daripada kejahilan.
Diasaskan oleh Siddaharat Gautama Buddha.
Antara agama terawal bertapak di Alam Melayu
Menekankan 4 Kebenaran Mulia;
Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam.
Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperolehi kekayaan dan
kseronokan.
Bagi mengelak penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsu.
Bagi mengatasi nafsu, sesorang harus mengikuti Jalan Mulai Berlapis Lapan
(pandangan yang betul, punca pencarian yang betul, pertuturan yang betul, tindakan,
punca pencarian, usaha, tumpuan dan pertimbangan yang betul)
Agama Hindu
Dikenali sebagai Sanatara Dharma (undang-undang yang abadi).
bertapak sejak abad pertama masihi.
Kitab Veda (Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda Dan Atharva Veda).
3 dewa utama Trimurthi Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung), Siva
(Dewa Pemusnah)
4 konsep utama
i. Dharma (tugas dan tanggungjawab)
ii. Samsara (putaran bulan kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran semula)
iii. Karma (Perbuatan atau kelakuan semasa hidup yang akan tentukan kehidupan
akhirat)
iv. Mohsha (kebebasan dari putaran kelahiran dan kematian)
Agama Kristian
Diasaskan oleh Jesus Christ (Nabi Isa).
Kitab suci Bible (Old Testament Dan New Testament).
4 Prinsip Utama
i. Terdapat satu tuhan yang merupakan pencipta alam.
ii. Berpegang kepada konsep trinity iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak Dan Tuhan Holy-
Spirit.
iii. Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti.
iv. Manusia harus mencintai Tuhan serta melayan semua orang secara adil dan hidup
secara aman damai.
Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkah laku di dunia.
Najeeb Abdullah, JK/10349/14, SA 2014/2015(PJJ SK)
Seorang Kristian taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati,
Manakala seorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.
Ajaran asas agama kristian terdapat dalam dua rukun utama
Cintailah Tuhan Dengan Seluruh Jiwa Ragamu
Cintailah Jiranmu Seperti Kamu Mencintai Diri Sendiri.
20. Aplikasi Hubungan Etnik.
Kemesraan Dalam Berkomunikasi
Budaya Ziarah Menziarah
Mengambil Berat
Memulia Dan Menghormati Seseorang
Menghormati Jiran
Top Related