Download - Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Transcript
Page 1: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Tajuk

1

Page 2: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Senarai Kandungan m/sMuka Surat Depan ( Tajuk ) 1

Isi Kandungan 2

Penghargaan 3

Pendahuluan 4

Objektif Kajian 5

Kawasan Kajian 6-10

Kaedah Kajian 11

Dapatan Kajian 12-25

Rumusan 26

Lampiran 27-29

Rujukan 30

2

Page 3: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Penghargaan

Terlebih dahulu saya berasa syukur kehadrat illahi kerana

berjaya menyiapkan tugasan yang telah saya terima. Saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada guru geografi kelas 3A1 iaitu Pn.Wali A/P

Suberananiam kerana sentisa memberi dorongan, galakan, nasihat serta tunjuk

ajar sepanjang saya menyiapkan folio geografi ini.

Tidak lupa juga jasa ibu bapa saya kerana telah

menyumbangkan masa, tenaga serta wang bagi membantu saya menyiapkan folio

ini.

Begitu juga dengan rakan-rakan saya iaitu Mohd Hazmi dan

Mohd Nasir. Mereka telah membantu saya mencari maklumat dengan lebih

terperinci agar tidak tersilap fakta atau data mengenai isi-isi folio ini.

Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada responden yang telah saya

menemu bual bagi melengkapkan folio ini.

3

Page 4: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

PendahuluanSaya, Mohd.Qhassimi Bin Mohd Nor Hamizi, pelajar Tingkatan 3A1 di SMK

Pengkalan telah menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluaan kerja khursus

Geografi PMR. Tema kajian ini adalah kegiatan ekonomi. Tajuk kajian ini

kegiatan ekonomi terhadap pembangunan di kawasan tempat kajian. Saya telah

membandingkan kegiatan ekonomi di kawasan kajian dengan negara Singapura.

Sebab-sebab saya memilih Taman Pinji Mewah sebagai kawasan kajian adalah

sekolah saya terletak dalam kawasan kajian iaitu Taman Pinji Mewah. Selain itu,

kawasan kajian terletak berhampiran dengan kawasan perumahan saya. Jadi ini

memudahkan saya bagi menjalankan kajian selepas waktu persekolahan.

Saya telah menjalankan kajian ini bersama dengan dua orang rakan

sekolah saya iaitu Mohd Nasir dan Mohd Hazmi. Kami bekerjasama dan saling

membantu bagi memperoleh data dan maklumat. Saya menggunakan masa selama

sebulan untuk memperoleh maklumat dan menaip laporan lengkap secara individu.

4

Page 5: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

ObjektifSaya menjalankan kerja khusus ini untuk memenuhi objektif kerja khusus ini.

Antara objektif kajian ini adalah:

a) mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah

- terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah

b) sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

- akan saya terangkan sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan

ekonomi dalam dapatan kajian yang saya siapkan

c) menerangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

- saya juga akan menerangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap

alam sekitar

d) mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar

- saya akan memberitahu langkah-langkah untuk mengurangkan

kesan negatif di kawsan kajian

Melalui kajian yang saya jalankan, saya bersyukur kerana berpeluang

untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kegiatan

ekonomi di kawasan kajian serta dibandingkan dengan Singapura.

5

Page 6: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Kawasan Kajian

Kawasan kajian Taman Pinji Mewah terletak di Bandar Lahat dalam Daerah

Kinta. Taman Pinji Mewah terletak kira-kira 10km dari Bandar Ipoh dan

mengambil masa lebih kurang 15 minit ke Bandar Ipoh. Taman Pinji Mewah

merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang ditebus guna. Kawasan

ini mula dibina dalam tahun 90-an. Pandang darat fizikal adalah terdapat

sebuah bukit kecil disebelah timur laut dan terdapat sebatang sungai

berdekatan dengan Taman Pinji Mewah.

6

Page 7: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Peta Negeri Perak Darul Ridzuan

7

Page 8: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Peta Daerah Kinta

8

Page 9: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Peta Taman Pinji Mewah

9

Page 10: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Peta Singapura

10

Page 11: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Kaedah Kajian

Saya telah menunakan pelaai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat data

Bagi melengkapkan folio ini. Antaranya adalah:

a) Kaedah Pemerhatian:

- memerhatikan ciri-ciri fizikal di kawasan kajian seperti

bentuk muka bumi, tumbuh-tumbuhan semula jadi. Saya juga membuat

pemerhatian terhadap ciri-ciri budaya di kawasan kajian iaitu Taman

Pinji Mewah seperti petempatan, pengangkutan dan perhubungan,

kegiatan ekonomi, sumber dan kemudahan berkaitan dengan pelancongan.

b) Kaedah Rujukan:

- menggunakan pelbagai sumber-sumber buku rujukan bagi

memastikan mendapat fakta atau data yang tepat dan terperinci.

c) Kaedah Soal Selidik: - menemuramah beberapa penduduk di kawasan kajian

dengan menggunakan borang soal selidik

11

Page 12: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Dapatan Kajian

i) Jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian

Di kawasan iaitu Taman Pinji Mewah, terdapat dua jenis kegiatan ekonomi di

kawasan ini iaitu:

a) perindustrian

b) perkhidmatan

Terdapat beberapa jenis perindustrian di kawasan kajian.

Jenis-jenis Perindustrian Yang Terdapat Di Kawasan Kajian Bil.           Pembuatan makanan/minuman

3Barangan bayi

      1Polyware

2Kilang proses bawang putih dan merah

  1Kilang alat ganti kereta

2Kilang plastik

      1Kilang elektronik

  1

12

Page 13: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Jadual 1.1: Jadual jenis-jenis perindustrian di kawasan kajian.

Kebanyakkan perindustrian di Taman Pinji Mewah mula beroperasi sejak

petempatan di sini selain mendapat galakan daripada penduduk sekitar kerana

dapat menyumbangkan pertumbuhan ekonomi di sini.

Terdapat tiga jenis perindustrian pembuatan makanan dan minuman yang

beroperasi di kawasan kajian. Kilang tersebut adalah Kilang Dutch Lady, Yi Dah

Factory(m) Snd.Bhd dan Vegetarian Food. Kilang-kilang tersebut telah lama

beroperasi di kawasan ini. Begitu juga dengan kilang polyware seperti Kilang

KMB. Terdapat juga kilang yang membuat barangan bayi di kawasan ini. Bilangan

Kilang pembuatan barangan bayi sama dengan kilang proses bawang putih dan

merah iaitu satu sahaja. Industri alat-alat ganti kereta pula menerima serta menjual

alat-alat ganti kereta, lori atau alat-alat ganti kenderaan berat bagi memenuhi

permintaan pasaran dalam dan luar kawasan ini. Kilang yang beroperasi dalam

sektor ini adalah Kilang ITK Transport ( Singapore-Johore ) Snd.Bhd serta Kilang

Syarikat Roma. Terdapat tunggal sahaja kilang plastik yang membuat barangan

yang berasaskan plastik. Kilang elektronik pula menghasilkan barangan elektronik

atau alat ganti telefon bimbit. Kilang tersebut adalah Kilang Balda. Graf 1.1

menunjukkan jenis-jenis perindustrian yang di kawasan kajian, Taman Pinji Mewah

13

Page 14: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Jenis-jenis Perindustrian Yang Terdapat Di Kawasan Kajian

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

Graf 1.1: Graf ini menunjukkan bilangan serta jenis-jenis perindustrian

yang beroperasi di kawasan kajian.

Terdapat juga jenis kegiatan ekonomi di kawasan ini dalam sektor perkhidmatan

seperti pendidikan.

14

Page 15: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Jenis Pendidikan Yang Terdapat Di Kawasan Kajian Bil.

           Sekolah Menengah Kebangsaan

1Sekolah Kebangsaan

      1Pra-Sekolah 1Pusat Tusyen

        4Tadika

        10

Jadual 1.2: Jenis pendidikan yang terdapat di kawasan kajian

Berdasarkan jadual di atas, hanya terdapat satu sahaja sekolah menengah

kebangsaan di sini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan, Taman Pinji

Mewah di mana tempat saya bersekolah. Sekolah Kebangsaan Pengkalan terletak

bersebelahan dengan sekolah saya dan juga satu-satunya sekolah kebangsaan di

kawasan ini. Pra-sekolah pula terletak dalam kawasan sekolah rendah. Sekolah

serta Pra-sekolah merupakan perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan kepada

penduduk di kawasan ini serta penduduk di kawasan yang terdekat dengan Taman

Pinji Mewah. Pihak swasta juga memainkan peranan dalam menyediakan

perkhidamatan dalam sektor pendidikan di kawasan ini. Antaranya adalah pusat

tusyen. Terdapat empat pusat tusyen di kawasan ini. Kebanyakkan pusat tusyen di

sini beroperasi pada waktu malam di banggunan perniagaan yang terdapat di

Taman Pinji Mewah. Ada juga pusat tusyen yang menawarkan khidmat tusyen

15

Page 16: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

peribadi kepada para pelajar sekolah khususnya kepada pelajar yang bakal

menduduki perperiksaan penting seperti UPSR, PMR serta SPM. Tadika pula

mencatatkan perkhidmatan pendidikan yang paling tinggi di kawasan ini berikutan

permintaan ramai ibu dan bapa penduduk kawasan ini. Ini menunjukkan bahawa

para penduduk di sini mengutamakan ilmu pengetahuan atau pendidikan kepada

generasi muda agar generasi ini dapat memimpin negara ini ke arah kecemerlangan

pada suatu hari nanti. Selain pendidikan, perdagangan seperti perniagaan runcit

juga perkhidmatan yang terdapat di kawasan ini. Perniagaan ini melibatkan urusan

jual-beli barang, fotokopi dan lain-lain lagi. Berdasarkan kajian saya, kegiatan

perindustrian dan perkhidamatan di kawasan kajian juga terdapat di Singapura.

16

Page 17: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Gambar 1.1: Gambar SMK Pengkalan dari pandangan satelit

17

Page 18: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Gmabar 1.2: Gambar di atas adalah gambar daerah Kinta dari pandangan satelit

ii) Sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

18

Page 19: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk di kawasan

ini berikutan bilangan kilang serta kedai-kedai di Taman Pinji Mewah semakin

meningkat. Antaranya operator pengeluaran, pembantu kedai, pelayan restauran dan

juga kerani di kilang-kilang. Peluang pekerjaan ini telah membuka peluang kepada

para penduduk di sini untuk memajukan diri. Ini dapat dibuktikan dengan soal

selidik saya ke atas En. S.Doraisamy A/L Sinnasamy. Encik ini juga berpendapat

bahawa peluang pekerjaan terbuka luas untuk penduduk di kawasan ini. Dengan

ini, bilangan tenaga mahir semakin bertambah dan dapat memenuhi permintaan

tenaga kerja mahir dalam negara. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan yang

banyak ditawarkan di kawasan ini telah mengurangkan bilangan pengganggur

Sumbangan Kegiatan

Ekonomi Di Kawasan

Kajian

Peluang

Pekerjaan

Peningkatan Taraf Hidup

Kemudahan

Infrastruktur

19

Page 20: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

dalam Taman Pinji Mewah. Malah, masalah sosial di kawasan ini semakin

berkurang berikutan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Di samping itu,

peningkatan taraf hidup juga salah satu sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan

ini. Kuasa beli penduduk telah meningkat membuktikan kenyataan yang diberikan.

Ini juga dapat membuktikan bahawa terdapat banyak kedai di kawasan ini. Selain

itu, bilangan rumah yang memenuhi kawasan lot tanah juga semakin bertambah.

Bilangan penduduk yang bergaji rendah juga semakin berkurang berikutan ramai

yang bekerja sebagai pekerja tenaga mahir.

Tambahan pula, kemudahan infrastruktur juga sumbangan kegiatan

ekonomi di kawasan ini. Antaranya, pengangkutan, perhubungan, tenaga elektrik,

bekalan air serta sebuah masjid yang bakal dibina di kawasan ini. Bilangan bas

yang mengambil penumpang ke pusat bandar semakin bertambah menunjukkan

terdapat sistem pengangkutan di kawasan ini serta mendapat sambutan daripada

para penduduk dan semakin baik. Sistem perhubungan yang baik dapat dibuktikan

melalui keadaan jalan yang berkeadaan yang baik dan sempurna.

Tenaga elektrik dan bekalan air bersih pula jarang terputus dan secara puratanya

terputus sebanyak dau kali setahun berikutan menaiktaraf bekalan air bersih.

Masjid yang bakal dibina merupakan permintaan penduduk yang rata-ratanya

beragama islam. Pembukaan tanah kawasan masjid pula telah dilakukan secara

bergotong-royong menunjukkan sikap penduduk di sini berganding bahu serta

tolong-menolong satu sama lain dalam melakukan pekerjaan. Secara tidak langsung

telah melahirkan masyarakat yang sedia membantu dalam apa jua keadaan. Setelah

20

Page 21: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

membuat kajian, kegiatan ekonomi di kawasan ini sama dengan kegiatan ekonomi

di Singapura.

iii) Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

Berikut adalah antara pencemaran yang dapat saya kenal pasti di kawasan kajian.

a) Sungai kotor dan berbau

b) Berdebu, kotor ( pelepasan asap dari kilang )

c) Perubahan pandang darat fizikal ( kurang pokok-pokok atau tumbuh-

tumbuhan berbanding hutan batu).

d) Masalah perparitan

Kegiatan ekonomi di kawasan kajian telah banyak memberi sumbangan kepada

penduduk di sini selain memantapkan lagi ekonomi di Taman Pinji Mewah.

Namun, kegiatan ekonomi di kawasan ini telah memberi kesan-kesan yang negatif

terhadap Taman Pinji Mewah. Sungai kotor dan berbau adalah salah satu kesan-

kesan negatif kegiatan ekonomi. Dahulunya, sungai ini bersih dan jernih serta

selamat digunakan. Namun, itu semua berubah selepas pertumbuhan ekonomi di

kawasan ini meningkat dengan mendadak. Ini berpunca akibat sesetengah pihak

pemaju yang memajukan kawasan ini. Mereka telah membuang bahan lebihan

yang tidak digunakan lagi ke dalam sungai seperti kayu-kayu atau simen. Selain

itu, pihak daripada kilang juga turut terlibat mengenai kesan-kesan ini. Ada pihak

kilang telah membuang sampah sarap ke dalam sungai. Ada juga yang membuang

21

Page 22: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

sisa-sisa toksik atau kimia ke dalam sungai. Ini dapat menjejaskan kualiti sungai

yang menjadi kediaman bagi ikan-ikan. Terdapat banyak sampah sarap sekitar

sungai. Ada yang hanyut dibawa arus, dan ada juga yang tersangkut. Pembuangan

sisa-sisa toksik dan bahan kimia pula telah memberikan kesan yang sangat buruk

terhadap sungai di kawasan ini. Budak-budak tidak dapat lagi bermandi-manda di

sungai ini seperti dahulu akibat masalah ini. Malah, sungai menjadi sedikit

berminyak serta ikan-ikan di sungai ini tidak selamat untuk dimakan. Jika

menggunakan sumber sungai ini, berkemungkinan akan menghidap pelbagai

penyakit seperti cirit-birit dan penyakit kulit. Sungai juga telah menjadi berbau

dan kotor.

Selain daripada masalah sungai kotor dan berbau, berdebu atau kotor

juga masalah yang telah saya kenal pasti di kawasan ini. Ini pula masalah

daripada kilang-kilang yang terdapat di kawasan ini melalui pelepasan asap.

Pelepasan asap yang kotor ini mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang boleh

memudaratkan kesihatan penduduk di sini. Pelepasan asap ini juga telah

memberikan kesan kepada rumah hijau. Kesan yang saya maksudkan adalah

penipisan lapisan ozon. Bahan kimia seperti karbon monoksida yang terkandung

dalam asap yang dilepaskan daripada kilang juga faktor kepada penipisan lapisan

ozon. Dengan penipisan lapisan ozon, sinaran ultraungu yang bahaya daripada

sinaran matahari dapat menembus masuk ke permukaan bumi. Semakin nipis

lapisan ozon, semakin meningkat kadar sinaran ultraungu yang dapat menembus

masuk ke bumi. Sinaran ultraungu ini boleh menyebabkan kanser kulit kepada

manusia. Di samping itu, penipisan lapisan ozon juga penyebab kepada

22

Page 23: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

peningkatan suhu bumi. Ais di kutub utara dan kutub selatan pula semakin cair

akibat suhu yang semakin meningkat dan juga boleh meningkatkan paras air laut.

En. S.Doraisamy juga berpendapat bahawa sungai kotor serta berbau dan masalah

berdebu atau kotor ( asap dari kilang ) merupakan kesan kegiatan ekonomi di

kawasan ini.

Selain daripada masalah yang dinyatakan, perubahan pandang darat fizikal

( landskap ) dan masalah perparitan juga kesan-kesan akibat kegiatan ekonomi di

Taman Pinji Mewah. Dahulunya kawasan ini adalah kawasan bijih timah dan

kemudiannya penduduk di sini berbakti dengan tanah melalui penanaman pokok

getah dan pokok kelapa sawit. Namun sekarang, semakin banyak pokok ditebang

untuk memajukan kawasan ini. Suhu di kawasan ini semakin meningkat

terutamanya pada waktu tengahari berikutan banyak pokok ditebang oleh pemaju.

Masalah perparitan pula sering berlaku. Banjir kilat sering berlaku akibat masalah

ini selepas hujan tambahan pula kawasan ini adalah rata. Terdapat juga sampah

sarap di dalam parit akibat dibuang oleh pihak atau penduduk yang tidak

bertanggungjawab. Ini juga menjadi punca kepada masalah perparitan di kawasan

ini. Parit di sini pula berbau dan tidak terurus. Bau ini mendatangkan

ketidakselesaan kepada penduduk di sini. Perparitan yang tidak terurus pula boleh

menjadi kawasan pembiakan haiwan berbahaya seperti nyamuk atau ular. Ternyata

ini membahayakan nyawa para penduduk di kawasan ini. Jesteru, saya telah

mencadangkan beberapa langkah-langkah bagi mengurangkan masalah-masalah

akibat kegiatan ekonomi di kawasan kajian dan kesan-kesan kegitan ekonomi di

kawasan kajian juga terdapat di Singapura

23

Page 24: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

iv) Cadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar

Cadangan saya bagi mengurangkan masalah yang timbul adalah:

a) Penguatkuasaan Undang-Undang

b) Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D )

c) Berbanyakkan tong sampah atau tingkatkan jadual pengutipan sampah oleh

pihak Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan ini.

Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar

agar alam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga zaman akan

datang. Pihak berkuasa sepatutnya mendenda kilang-kilang yang cuai melakukan

pencemaran terhadap alam sekitar seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa toksik

dan sampah sarap ke dalam sungai dan melepaskan asap kotor dan berbahaya

yang tidak bertapis ke udara. Pihak kilang pula tidak sepatutnya menjadikan

sungai sebagai tempat pembuangan. Asap yang dilepaskan pula haruslah ditapis

terlebih dahulu agar tidak tercemar udara. Begitu juga kepada pihak pemaju

kawasan ini. Seharusnya tidak dijadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa-

sisa atau bahan lebihan. Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar juga

dipengaruhi oleh kaedah , sistem dan alat-alat yang digunakan. Oleh itu,

penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) semakin diberi tumpuan. Usaha

penyelidikan dan pembangunan daripada R&D dapat menghasilkan kaedah

pengeluaran yang lebih inovatif dan berkesan serta mesra alam seperti

menghasilkan plastik yang mesra alam yang diperbuat dengan menggunakan

24

Page 25: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

minyak kelapa sawit dan beberapa bahan semula jadi lain. Justeru, kilang-kilang

yang terdapat di kawasan ini seharusnya menjalankan R&D agar dapat

menghasilkan bahan yang mesra alam. Selain itu, pihak kerajaan sepatutnya

perbanyakkan lagi tong sampah atau tingkatkan jadual pengutipan sampah oleh

pihak Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan ini. Ini dapat mengelakkan sistem

perparitan atau sungai sebagai tempat pembuangan sampah. Tambahan pula,

kawasan ini semakin bersih daripada sampah sekiranya dibanyakkan lagi tong

sampah. Dengan pertingkatkan jadual pengutipan sampah di kawasan ini, masalah

sampah berbau juga semakin berkurang dan tiada lagi anjing-anjing liar yang

menyelongkari sampah.

En. S.Doraisamy iaitu salah seorang insan yang telah saya menemu

bual telah menyatakan beberapa langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang

berlaku pada Taman Pinji Mewah. Cadangan tersebut adalah:

a) Mengadakan gotong-royong membersihkan ( mengindahkan ) Taman Pinji

Mewah

b) Mengadakan kempen kesedaran

Saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh salah seorang yang saya

menemu bual. Pelbagai pihak termasuk para penduduk serta pihak swasta dan

kerajaan turut sama dalam aktiviti gotong-royong bagi mengindahkan Taman Pinji

Mewah. Dengan aktiviti gotong-royong ini dapat mengeratkan lagi perkauman yang

majmuk di kawasan ini selain memupuk budaya menjaga kebersihan alam sekitar

25

Page 26: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

kepada para penduduk terutamanya kepada generasi muda. Para penduduk serta

pihak swasta dan kerajaan boleh berganding bahu membersihkan sistem perparitan

dan sungai yang tercemar. Sedikit sebanyak usaha ini dapat menyedarkan semua

orang bertapa penting yang menjaga alam sekitar serta perpaduan sesama kaum.

Cadangan terakhir En. S.Doraisamy adalah mengadakan kempen. Pihak swasta dan

kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada penduduk di kawasan ini.

Para penduduk pula haruslah menyambut baik serta menyokong kempen yang

diadakan oleh pihak swasta dan kerajaan. Kempen juga boleh diadakan di sekolah-

sekolah yang tedapat di sini. Ini dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar

bertapa pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar.

Dengan ini, pencemaran alam sekitar di Taman Pinji Mewah semakin berkurang

jika menyokong serta melaksanakan cadangan-cadangan yang telah saya berikan.

Cadangan say juga boleh dilaksanakan di Singapura untuk mengurangkan masalah

kegiatan ekonomi.

26

Page 27: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Rumusan

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat

dibina ialah apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah

mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat

menghayati dan merasai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap

pembangunan negara. Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi

di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti

cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat

terhadap pembangunan negara dapat dicapai.

Kegiatan ekonomi merupakan penjana kawasan kajian

iaitu Taman Pinji Mewah. Kegiatan ini telah membuka mata penduduk

tempatan untuk mengenali dunia luar yang serba saing dalam bidang

ekonomi bagi memajukan diri dari dibelengu pekerjaan yang kurang

mendatangkan keuntungan. Dengan ini, bilangan penduduk yang bergaji

rendah semakin berkurangan berikutan kegiatan ekonomi di kawasan

ini semakin rancak rentaknya. Akhir kata, kegiatan ekonomi di kawasan

ini telah banyak memberi faedah kepada perkembangan sosioekonomi

para penduduk di sini.

27

Page 28: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Surat Kebenaran IbuBapa/Penjaga

Nor Khayati Bt. Abd Kadir,PT116225,Hala Pegoh 37,RPT Pengkalan Pegoh Seberang,31500,Lahat,Ipoh,Perak. 019-9852433

Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan,Taman Pinji Mewah,31500,Lahat,Ipoh,Perak. 5 APRIL 2008

Puan,

Menjalankan Kajian Geografi Tempatan(KGT)

Merujuk perkara di atas,saya Nor Khayati Bt Abd Kadir membenarkan anak saya Mohd Qhassimi Bin Mohd Nor Hamizi pelajar dari Tingkatan 3A1 untuk menjalankan KajianGeografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jiaka sesuatau yang tidak diingini berlaku

Kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

(……….)( Nor Khayati Bt. Abd Kadir )

28

Lampiran 1

Page 29: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Borang Soal SelidikTandakan ( / ) bagi jawapan yang berkaitan.

1. Nama:

2. Pekerjaan: kerajaan swasta

sendiri Nyatakan: .

3. Apakah sumbangan kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah?

Bil. Sumbangan ( / )1 Peluang pekerjaan2 Menggalakkan pertambahan penduduk3 Meningkatkan taraf hidup4 Peningkatan infrastruktur (spt jalan raya,bekalan air)

4. Apakah kesan-kesan akibat kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah?

Bil Sumbangan ( / )1 Sungai kotor dan berbau2 Berdebu atau kotor ( asap dari kilang )3 Masalah sosial (gejala mat rempit)4 Perubahan pandang darat fizikal ( kurang pokok-pokok

atau tumbuh-tumbuhan berbanding hutan batu )5

4. Cadangan anda mengatasi masalah di Taman Pinji Mewah.Sila nyatakan

. . . . .

29

Lampiran 2

Page 30: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Terima kasih.

Rujukan

a) Laman web:

i) http://www.googleearth.com.html

ii) http://www.perak.gov.my.html

b) Sumber buku:

i) Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tah Koh Lim, 2004, buku teks

Geografi Tingkatan 3

ii) Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva a/l Santhanasamy,

Lim Jin Fou, 2006, buku teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

c) Sumber manusia ( menemu bual )

i) En. S.Doraisamy a/l Sinnasamy, 52 tahun, No.62, Tingkat Zarib 4C, Taman Pinji Mewah

30

Page 31: Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

31