KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)
i. Huruf KPJ bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.
ii. Bulatan berbentuk mata :
Melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap
perkembangan persekitaran secara berterusan.
iii. Warna MERAH :
Melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.
iv. Warna BIRU :
Melambangkan perpaduan dikalangan ahli.
v. Warna KUNING :
Melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang
Negara.
vi. Latar belakang WARNA PUTIH :
Melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha
pencegahan jenayah.
Latar Belakang KPJ.
Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah
rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat Penubuhan KPJ.
1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap
kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis
dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar
sekolah.
3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap
aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang
penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat
yang harmoni dan aman.
Objektif KPJ.
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada
memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan
menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani
jenayah demi agama, bangsa dan negara.
Peranan Ahli KPJ.
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil
kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:
1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri
VISI
Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah
untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran
tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman
tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan aman.
MISI
Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam
pencegahan jenayah.
Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih
baik daripada memerangi jenayah.
Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan
dan menjalankan aktiviti yang berfaedah.
Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan
negara dalam hal menangani jenayah.
MOTTO
“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”
CARTA ORGANISASI KPJ
SK WIRA 2014
PENGERUSI
DATIN HAJJAH NOORAZIZA BT SABARUDIN (GB)
NAIB PENGERUSI
PN. NOORHAYATI BT. RASUL
KETUA
CIK NURUL IZZAH BINTI KHALIL
GURU PENASIHAT
PN NOORZURAINI BT AWANG
PN NORKAMISAH BT HARUN
AHLI JAWATANKUASA KPJ
GURU PENASIHAT : CIK NURUL IZZAH KHALIL (K)
PN NOORZURAINI BT AWANG (PK)
PN NORKAMISAH BT HARUN
PENGERUSI : MUHAMAD AIMAN BIN MUHD AKMAN
NAIB PENGERUSI : NUR ADLIN SOFIYA BT AHAMAD
SETIAUSAHA : MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN
BENDAHARI : NUR SABRINA BT SHARULNIZAM
NAIB BENDAHARI : AIMAN RUSYAIDI BIN AHMAD HAJIZI
AJK :
TAHUN 6 :
1. FAZLIN BINTI RAZAK
2. AHMAD FARID AIZAD B KHARUDIN
TAHUN 5 :
1. MUHAMAD AFIF BIN KAMZURI
2. AHMAD HAKIM BIN ABDUL RAHMAN
TAHUN 4 :
1. ROSE AFRINA BINTI SABRI
2. MUHAMMAD NAZRULLAH B BAHAROM
MINIT MESYUARAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)
SK WIRA, JALAN PANCHING, KUANTAN, PAHANG.
TARIKH : 15 JANUARI 2014
TEMPAT : 5 AMMAR
MASA : 1.30 PETANG
AGENDA
i. Ucapan Aluan
ii. Pencalonan dan perlantikan AJK baru
iii. Cadangan kutipan yuran keahlian
iv. Penerangan etika pemakaian uniform TKRS
v. Aktiviti-aktiviti KPJ yang akan dijalankan
vi. Hal-Hal Lain
Ucapan Aluan
Cik Nurul Izzah binti Khalil mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada
murid-murid yang telah terpilih untuk menyertai Kelab Pencegahan Jenayah
(KPJ). Beliau juga turut mengalu-alukan kedatangan semua ahli pada
perjumpaan pertama kali ini. Ahli – ahli KPJ turut diperkenalkan dengan guru-
guru penasihat yang menjadi peneraju kepada KPJ tahun ini.
Pencalonan dan Pelantikan Ahli Jawatkuasa bagi Sesi 2014
Setelah sesi pencalonan dan pengundian dijalankan, berikut merupakan
nama-nama ahli jawatankuasa yang telah terpilih dan dilantik.
PENGERUSI : MUHAMAD AIMAN BIN MUHD AKMAN
NAIB PENGERUSI : NUR ADLIN SOFIYA BT AHAMAD
SETIAUSAHA : MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN
BENDAHARI : NUR SABRINA BT SHARULNIZAM
NAIB BENDAHARI : AIMAN RUSYAIDI BIN AHMAD HAJIZI
AJK :
TAHUN 6 :
1. FAZLIN BINTI RAZAK
2. AHMAD FARID AIZAD B KHARUDIN
TAHUN 5 :
1. MUHAMAD AFIF BIN KAMZURI
2. AHMAD HAKIM BIN ABDUL RAHMAN
TAHUN 4 :
1. ROSE AFRINA BINTI SABRI
2. MUHAMMAD NAZRULLAH B BAHAROM
Cadangan Kutipan Yuran ahli
Tiada kutipan yuran yang akan dibuat, kecuali apabila hendak mengadakan
aktiviti khas yang memerlukan kutipan wang seperti jamuan akhir tahun.
Penerangan Etika Pemakaian Uniform TKRS
Guru menerangkan ahli KPJ wajib memakai pakaian uniform lengkap unit
beruniform masing-masing sepertimana pertauran pakaian pada hari
kokurikulum iaitu hari Rabu yang ditetapkan di sekolah.
Aktiviti-Aktiviti KPJ yang akan dijalankan
i. Mencipta logo
ii. Sumbang saran tajuk jenayah
iii. Pameran pencegahan jenayah
iv. Ceamah
v. Tayangan video
vi. Pertandingan buku log
Hal-Hal Lain
Guru Penasihat memaklumkan kepada ahli bahawa perjumpaan akan
diadakan pada hari Rabu, jam 1.30 – 2.30 petang mengikut jadual kelab
yang ditetapkan pihak seolah. Jika terdapat sebarang pindaan, para ahli akan
dimaklumkan. Para ahli diingatkan sekali lagi agar mematuhi segala
peraturan, undang-undang dan tatalaku serta arahan yang telah dan akan
dimaklumkan samada secara bertulis ataupun lisan. Ahli-ahli KPJ juga
dinasihatkan dan diberi amaran bagi mengelakkan berlakunya gejala
ponteng pada setiap perjumpaan mingguan.
Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN NURUL IZZAH BINTI KHALIL
SETIAUSAHA KPJ GURU PENASIHAT KPJ
SK WIRA, KUANTAN. SK WIRA, KUANTAN.
Top Related