PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3
WARISAN KEPELBAGAIAN KAUM
(PERMAINAN TRADISIONAL)
-GASING
-CONGKAK
NAMA:RAJA NOR AZIRA BT RAJA ANUARNO I/C : 950304-10-5952TINGKATAN:3 EFISIENNAMA GURU : PN. SARINA BT ROMITARIKH :
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Pengenalan
2 Penghargaan
3 Tarikh/Tempoh Perlaksanaan
4 Guru Pemantau
5 Objektif Projek
6 Perancangan Projek
7 Perlaksanaan Projek
8 Refleksi
9 Masalah
10 Cadangan
11 Rujukan
PENGENALANSaya Raja Nor Azira Bt Raja Anuar murid Tingkatan 3 Efisien
bersama tiga lagi ahli kumpulan saya ,iaitu Siti
Safuah,Nurshadatul Zaliq dan Nabilah Hamzah telah memilih
tajuk “Warisan Kepelbagaian Kaum(Permainan Tradisional)”.
Permainan yang kami pilih ialah congkak dan gasing.kami
telah membincang dan mencari rujukan di perpustakaan
untuk menyempurnakan projek ini.Guru yang memantau
projek kami ialah Pn. Sarina Bt Romi.Kami menjalankan
projek ini dalam kumpulan tetapi laporan secara individu.
PENGHARGAANBersyukur ke hadrat illahi kerana telah dapat menyiapkan Kerja
Kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3(2010) iaitu
Warisan Kepelbagaian Kaum(Permainan Tradisional).Saya telah
menjalankan kerja kursus ini selama 1 bulan dari 9 April 2010 hingga
10 Mei 2010
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9,Shah Alam,Pn. Maizan Bt
Mohd Noor yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini
sehingga selesai.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru
mata pelajaran Sivik saya iaitu Pn. Sarinaa Bt Romi kerana telah
memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kerja
Kursus Sivik ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
saya Sawyah Bt Abdul Rahaman dan bapa saya Raja Anuar Bt
Raja Mazlan yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi
dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya
menjalankan tugas ini.
Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan kelas 3 Efisien yang telah membantu saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini.
Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab
segala pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada
mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun
secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.
TARIKH/TEMPOH PERLAKSANAAN
Kami telah diberi tugas ini pada 9 April 2010 hingga 10 Mei
2010.Projek ini diberi tempoh selama sebulan untuk
disiapkan.Saya melaksanakan projek ini selama 3
minggu.Saya telah membuat jadual kerja untuk
melaksanakan projek ini dengan sempurna.
Alhamdullilah,akhirnya saya telah melaksanakan projek ini
dengan bantuan rakan-rakan dan keluarga serta guru saya
dengan sempurnanya.
Projek ini telah disiap pada tempoh masa yang ditetapkan
iaitu 10 Mei 2010.
GURU PEMANTAUGuru Sivik saya iaitu Pn. Sarina Bt Romi telah memantau
projek ini.Setiap minggu,beliau akan memantau projek ini
supaya projek ini siap.Saya juga meminta beliau tunjuk ajar
dan idea supaya projek ini siap pada masa yang ditetapkan
dan sempurna.
OBJEKTIF PROJEK
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang
berikut:
Mengenal pasti permainan tradisional di Malaysia
Mengetahui asal-usul gasing dan congkak
Mengetahui jenis-jenis gasing dan congkak
Mempelajari bagaimana cara membuat gasing
Mengetahui cara-cara bermain gasing dan congkak
PERANCANGAN PROJEK
Saya dan kumpulan saya iaitu Siti Safuah Bt Razak ,Nabilah
Bt Hamzah dan Nursahadatul Zaliq Bt Mohd Rohi telah
merancang membuat projek ini.Tujuan kami merancang
supaya projek ini selesai pada masa yang ditetapkan.
Tarikh Projek
13 APRIL 2010 Mencari maklumat dan memberi idea
23 APRIL 2010 Membuat laporan
25 APRIL 2010Menyiapkan projek
-Pendahluan
-Penghargaan
-Tarikh/tempoh Perlaksanaan
-Guru pemantau
27 APRIL 2010Menyiapkan projek
-Objektif Kajian
-Perlaksanaan Projek
1 MEI 2010Menyiapkan projek
-Refleksi
-Masalah
-Cadangan
-Rujukan
PERLAKSANAAN
PROJEK
PENGENALAN
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang
digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan
menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan
mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini
termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di
mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara
keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka
banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting
yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian,
bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak
berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa
yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri
dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir
dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan
kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan
dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan
untuk mengadakan keramaian serta pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk
kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian
atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan
boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang
mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga
dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa
dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan
lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu
termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan
lain-lain.
GASING
ASAL USUL GASING
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa
yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar
dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah
dipermainkan.
JENIS-JENIS GASING
GASING JANTUNG
GASING PIRING/LEPER
GASING KELAMAR
GASING TELUR
GASING BEREMBANG
GASING MELAYU
GASING CINA
GASING BUKU BENANG
GASING TANJUNG
CARA MEMBUAT GASING
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk,
merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik
tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau,
koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang
mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa
sering digunakan untuk membuat gasing.Kayu tersebut dilarik
menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang
telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi
dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi
bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti
melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi
gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih.
Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau
dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis.
Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
CARA BERMAIN
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau
gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya
supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk
menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh
kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya,
dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian
dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang
gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3
hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh
permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah
dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
PERTANDINGAN GASING
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri
lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
GASING URI
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri;
seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok
diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira
60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk
torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu
dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena
gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira
3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.
Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas
lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing
paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri
berupaya berpusing lebih daripada satu jam.
GASING PANGKAH
Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan
terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan
menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara
gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil
bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi
pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan
menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong.
Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka.
Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu
gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan
gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan
keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.Dalam
perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan
dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika
salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak
diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang
memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.
CONGKAK
ASAL USUL CONGKAK
Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya
daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara
semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.Permainan ini telah wujud
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya,
samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
PAPAN CONGKAK
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat
daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu.
Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti
burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai
ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam
ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan
congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung
kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu
sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat
sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung
yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau
sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah
congkak sama banyak.
CARA BERMAIN
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,
dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di
kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di
dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga
ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang
terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan
sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan
mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak
di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di
kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja
dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula
kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak
cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi
apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.
REFLEKSI
Saya berasa gembira kerana telah menyiapkan projek ini
dengan jayanya.Semasa menjalani projek ini saya dapat
mengetahui pelbagai jenis permainan tradisional.Saya juga
dapat mengetahui asal-usul congkak dan gasing.Selain
itu,saya juga dapat mengetahui jenis-jenis congkak dan
gasing.Seterusnya,saya dapat bermain congkak dan
gasing.Saya dan ahli kumpulan saya dapat bekerjasama
untuk menjayakan projek ini.
MASALAHSemasa menjalankan projek ini,saya dan rakan-rakan saya
mempunyai beberapa masalah.Antara masalah ialah kami
tidak mengikut jadual yang kami rancangkan kerana salah
seorang daripada rakan kami ada hal peribadi.Selain
itu,kami tidak dapat bermain gasing kerana sukar mencari
gasing.
CADANGANSaya mencandangkan supaya permainan tradisional ini tidak
dilupakan oleh generasi baru.Saya rasa pihak sekolah
mengadakan pertandingan permainan tradisional supaya
generasi kini mengetahui permainan tradisional.Ibubapa
juga menerangkan dan mengajar anak-anak mereka
bermain permainan tradisional ketika waktu
lapang.Kesimpulannya,permainan tradisional akan kembali
popular di kalangan generasi baru dan tidak dilupakan.
RUJUKAN
INTERNET
http://images.google.com.my/images
http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm
BUKU RUJUKAN