KUMPULAN 1
MOHD HAMDAN BIN PALLAOHERMAN MARIUS
ELLIF MOPILINNUR HIDAYAH BINTI JOHN
JESSYCA ANAK UNGAT
FRASA
FRASA NAMA
FRASA KERJA
FRASA ADJEKTIF
FRASA SENDI NAMA
FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.
Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Binaan frasa adjektif:Unsur pengisi frasa adjektif
Binaan satu perkataan
Binaan dua perkataan:• Binaan kata adjektif + kata adjektif• Binaan kata adjektif + kata nama
Binaan satu perkataan
Binaan ini terdiri daripada satu kata
adjektif seperti rajin, tinggi, nakal,
baik, pucat, kosong, sederhana, cemas dan sebagainya.
Contoh: Hati mereka cemas.
Terdiri daripada satu kata dasar.
Kata adjektif juga boleh terdiri daripada perkataan-
perkataan berimbuhan, misalnya: sepandai,
kemerah-merahan, terbaik dan sebagainya.
Terdiri daripadaperkataan berimbuhan.
Contoh: bangunan ini tidak setinggi bangunan itu.
Binaan dua perkataan
Binaan kata
adjektif + Kata
adjektif
•Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna.
•Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan.
•Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi.
Dua kata adjektif yang menekankan unsur
keserasian makna. Contoh:
Riang gembira
Letih lesu
Lemak manis
Kurus kering
Penat lelah
Cantik molek
Dua kata adjektif
yang maknanya
berlawanan, contoh:
• Tinggi rendah
• Pahit manis • Tua muda• Kecil besar• Miskin kaya• Baik buruk
•Tinggi lampai
•Gemuk gedempol
•Kaya rayaDeretan dua kata adjektif
dengan perkataan
yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima,
contoh:
Binaan kata adjektif + Kata nama
• a)Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan. Contoh:
• -merah jambu, hijau daun, biru laut, kuning langsat, jinak-jinak merpati dan muda remaja.
• b)Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Contoh:
• -panjang tangan, besar kepala, ringan tulang, tua keladi, lancang mulut.
Penguat
Penguat hadapan
Penguat bebas
Penguat belakang
Penguat hadapan
• Penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.
• Contoh: a) Anak kecil itu terlalu nakal.b) Masakan ibunya paling sedap.
Penguat belakang
• Penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
• Contoh:a) Perangai budak itu baik sekali.b) Kereta api itu lambat benar.c) Istana di atas bukit itu indah nian.
Penguat bebas
• Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
• Contoh:a) Pemandangan di pantai itu amat indah. Pemandangan di pantai itu indah amat.
• Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.
• Contohnya:-Suaranya sungguh amat merdu.-Perangainya sungguh kurang sopan.-Bisanya terlalu amat pedih.
Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif• Frasa adjektif boleh terdiri daripada kata
adjektif yang disertai oleh kata bantu, contoh:-anak itu sudah besar.-anak kucingnya masih kecil.• Ada kata bantu yang boleh hadir sebelum atau
selepas penguat, contoh: -kami terasa sungguh masih letih walaupun telah
lama berehat. -Pemuda yang diajar memandu kereta itu tentu
sudah pandai.
Susunan Frasa Adjektif Dalam Ayat
Selepas subjek sebagai predikat
Selepas frasa nama sebagai penerang
Selepas frasa kerja sebagai keterangan
Frasa adjektif sebagai predikat
• Dalam susunan ayat biasa frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek, contoh:
Subjek Predikat
Rumah Ali sangat sederhana.
Jalan raya itu sunyi senyap.
Anak Ali masih kecil.
• Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek, contoh:
Predikat Subjek
Sangat sederhana rumah Ali.
Sunyi senyap jalan raya itu.
Masih kecil anak Ali.
Frasa adjektif sebagai keterangan
• Frasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan. Contoh:
Subjek Predikat
Frasa Kerja Keterangan(kata adjektif)
Mereka pulang segera.
Sungai itu mengalir tenang.
Taufiq bergerak cergas sekali.
Kata adjektif sebagai penerang kata nama
• Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada kata nama. Contoh:
Frasa NamaKata nama Kata adjektif
Kopi segeraEmas tulen
Pangkat rendahBangunan tinggi
UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF
Dalam frasa adjektif unsur keterangan boleh hadir selepas kata adjektif.
SUBJEK PREDIKAT(FRASA ADJEKTIF)
Pegawai itu
Rumah
Keadaannya
Buahnya
Badannya
selalu sibuk dengan pekerjaannya.
harus bersih demi kesihatan hidup kita.
tetap cergas pada bulan puasa.
manis ibarat gula.
lemah dengan tiba-tiba.
GOLONGAN KETERANGAN KATA ADJEKTIF
Keterangan caraLukanya baik dengan sendirinya.
Keterangan bandinganBadannya kurus bagai lidi.
Keterangan halBudak itu pandai dalam semua mata pelajaran.
Keterangan Tujuan Rakyat mesti cergas untuk kemajuan masa depan.
Keterangan kekerapanWanita itu sering sedih.
GOLONGAN KETERANGAN KATA ADJEKTIF
Keterangan terhadapAnak itu sangat rindu akan emaknya.
Keterangan musababBudak itu lemah oleh sebab keletihan.
Keterangan waktuPelatih-pelatih itu telah mahir dalam masa dua bulan sahaja.
Keterangan tempatBunyinya kuat daripada pembesar suara sebelah kanan.
• Frasa adejktif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen, menjadikan ayat yang terhasil itu ayat majmuk.
FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT KOMPLEMEN
Ayat Induk dengan frasa Adjektif Ayat Komplemen
Para peserta amat sedar bahawa persiapan mereka tidak mencukupi.
Ali tetap percaya bahawa anaknya masih hidup.
Mereka pasti yakin bahawa pasukan sekolah mereka akan menang.
Dia cukup insaf bahawa dia perlu membaiki prestasinya.
Mereka agak ragu bahawa berita itu benar.
Sekian
Top Related