1.0 PENDAHULUAN
Perkataan ‘kerja’ dapat didefinisikan sebagai aktiviti atau sesuatu yang dikeluarkan oleh
seseorang sebagai profesi, sengaja dilakukan untuk mendapatkan penghasilan dalam bentuk
wang ringgit. Bekerja merupakan aktiviti pengeluaran tenaga untuk kegiatan yang dibutuhkan
oleh seseorang untuk mencapai tujuan tertentu. Sebenarnya dengan bekerja, akan membantu
individu untuk mengenal potensi diri dari segi kekuatan, kelemahan serta beberapa keistimewaan
yang tidak pernah disedari kewujudannya (Noraini Ahmad, 1959 : 2). Apabila potensi diri dapat
dikenal pasti, kita berasa lebih selesa dan bahagia untuk meneruskan perjalanan hidup kerana
proses penyesuaian diri tidak lagi memerlukan masa yang begitu panjang untuk diteroka.
Walaubagaimanapun, tidak semua manusia yang bekerja mahukan gaji atau dibayar
dengan wang ringgit. Hal ini disebabkan wang tidak lagi menjadi faktor yang penting.
Sebaliknya kepuasan dalaman lebih utama kerana ia dapat memberi sumbangan ikhlas ketika
melaksanakan sesuatu pekerjaan. Setiap individu mempunyai anggapan dan penilaian yang
tersendiri tentang pekerjaan dan keperluannya. Sesetengah orang bekerja untuk menambah harta
dan kekayaan. Pada masa yang sama, terdapat juga individu yang bekerja untuk mendapatkan
pengiktirafan dan kemuliaan. Manakala sebahagian besar bekerja untuk memperoleh rezeki halal
yang dilakukan dengan keikhlasan, semata-mata mencari keredaan tuhan.
Memahami konsep kerja akan mendorong individu untuk sentiasa gigih bekerja. Suasana
persekitaran yang menggangu semangat bekerja pada sesetengah masa juga dapat diatasi dengan
adanya penghayatan tentang konsep pekerjaan itu (Noraini Ahmad, 1959 : 4). Konsep kerja
berbeza dengan pandangan yang berlainan dan tidak sama di semua tempat. Contohnya,
1
menurut aliran Kapitalis-liberalis, kerja adalah aktiviti untuk mendapatkan hasil atau wang.
Menurut pandangan Drucker (1978), kerja merupakan suatu cara manusia menyatakan harga diri,
serta melihat harga diri . Sedangakan Strauss dan Syles (1997) berpendapat bahawa manusia
bekerja untuk mendapatkan kepuasan yang berujud, kepuasan fisik dan rasa aman, kebutuhan
sosial dan egoistik (prestasi, otonomi dan pengetahuan).
Konsep kerja dalam Islam berbeza dengan fahaman Kapitalis-liberalis kerana menurut
Islam, kerja adalah sebahagian daripada ibadah. Dalam Islam kerja tidak dipandang dari dimensi
material saja seperti wang, jabatan dan status sosial dan bukanlah semata-mata merujuk kepada
mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga. Kerja dalam Pandangan Islam mencakupi
segala bentuk amalan atau pekerjaan yang mempunyai unsur kebaikan dan keberkahan bagi diri,
keluarga dan masyarakat sekelilingnya serta negara.
Islam menempatkan kerja atau amal sebagai kewajipan setiap manusia. Kerja bukan
sekadar upaya mendapatkan rezeki yang halal untuk keperluan hidup, tetapi mengandung makna
ibadah seorang hamba kepada Allah, menuju kejayaan di akhirat. Melainkan kerja sebagai etos
dan semangat pengabdian kepada Allah, iaitu menjalankan perintahnya ; kerja adalah keyakinan
seorang muslim bahawa kerja berhubungan dengan tujuan hidupnya iaitu memperoleh redha
Allah. Islam adalah agama yang mengutamakan kerja iaitu berhubungan dengan tanggungjawab
peribadi tanpa pelimpahan pahala dan dosa kepada orang lain. Islam secara tegas selalu
menganjurkan seseorang untuk bekerja , tetapi kerja yang damaksudkan adalah kerja yang
dibenarkan atau sesuai dengan akidah, etika dan moral sepertimana yang digariskan dalam Al-
Quran dan Al-Hadis.
2
Konsep Taubat dan Modifikasi
Konsep taubat adalah modifikasi yang mencetuskan pemikiran dan perasaan dalaman
yang tertinggi. Konsep ini mampu mengubah ketidakupayaan pekerja serta memperbaiki
kelakuan negatif pekerja. Langkah-langakah modifikasi pekerjaan yang disarankan oleh Islam
adalah seperti mengetahui dan menyedari kesilapan, menginsaf dan merasa kesal yang
bersungguh-sungguh di atas kesilapan yang dilakukan, meniggalkan kesilapan, memohon maaf
kepada individu yang terlibat, memohon keampunan kepada Allah dan berdoa semoga
dikurniakan petunjuk ke jalan yang benar dan menguatkan azam supaya tidak mengulangi
kesalahan yang sama pada masa akan datang (Md Zuki Hashim, 2007 : 73).
Melakukan perubahan adalah ‘medan’ yang terbaik kepada pekerja untuk menonjolkan
kebolehan dan kredibilitinya dalam sesuatu pekerjaan. Menangguhkan perubahan mengakibatkan
kewibawaan pekerja dipertikai dan manjadi sindiran orang-orang lain. Hal ini jelas dalam
saranan Allah dalam ayat 17 dan 18, surah al-Nisa (Md Zuki Hashim, 2007 : 73). Melakukan
kesilapan semasa menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan adalah perkara yang biasa.
Sekiranya kesilapan itu dapat disedari, pekerja harus menghentikan segera tindakan yang sedang
dijalankan supaya tidak bercanggah dengan peraturan atau prosedur kerja dalam sesebuah
organisasi. Sekiranya tidak berbuat demikian, hal ini akan menyebabkan pekerja berada dalam
situasi yang sukar dan sentiasa merasa bersalah secara berterusan.
Selain itu, perkara ini akan membuang masa pekerja yang terlibat dan orang lain serta
membazirkan banyak sumber sedangkan hasil kerja yang sedang dijalankan menyimpang
daripada matlamat asal. Oleh itu, Melalui transformasi yang dicadangaan di atas pekerja
3
berupaya melakukan perubahan yang setara. Tiada lagi rutin biasa yang menjejaskan kredibiliti
dan mengahasilkan impak yang berbeza dan dihormati oleh orang lain.
Mengurus Kerja dengan Prinsip.
Sesuatu kerja perlu diurus dengan prinsip kerja supaya kerja tersebut dapat dihasilkan
dengan sempurna tanpa pembaziran masa dan juga untuk memenuhi matlamat kerja tersebut. Hal
ini lebih sesuai ditujukan kepada seorang pengurus. Pengurus harus memastikan bahawa pekerja
yang bekerja dalam sesebuah organisasi bekerja dengan penuh komitmen, menepati masa,
mengikut peraturan dan menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan.
Kebanyakan organisasi hanya 20% kakitangan sahaja yang bekerja bersungguh-sungguh
bagi merealisasikan visi syarikat atau organisasi. Manakala 80% lagi akan hadir ke tempat kerja
dan sekadar makan gaji dan memenuhi perjawatan dalam organisasi dan tidak produktif. Ramai
pekerja yang tidak sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan bagi menghasilkan kerja
berkualiti. Pengorbanan itu adalah indikator komitmen terhadap kerja dan organisasi. Komitmen
menjadi asas perkitaran bagi menilai prestasi. Allah menerangkan isu ini beribu tahun yang lalu
dalam ayat 66 surah al-Nisak (Md Zuki Hashim, 2007 : 83).
Seorang pengurus harus tahu dan tidak mengalami kejutan budaya dan rasa kecewa. Oleh
itu, adalah menjadi tanggungjawab pengurus mengelola sumber dan tugas dalam kalangan 80%
pekerja berkenaan dengan kawalan yang lebih ketat dan berkesan. Gaya kepimpinan pengurus
juga perlu bersifat boleh diubahsuai mengikut kumpulan sasaran yang berbeza. Pada masa yang
sama pengurus juga perlu menjalankan tugas dengan berprinsip dengan tidak memilih yang
4
mudah tetapi memilih yang penting. Selain itu, memperuntukkan sejumlah masa untuk
mengerjakan dan menumpukan perhatian bagi menyelesaikannya.
Mengagih kerja Bersama Kuasa.
Seorang pengurus juga merupakan seorang pekerja atasan yang mempunyai kuasa dalam
sesebuah syarikat atau organisasi perlu mengagihkan kerja secara adil kepada semua pekerja
dengan menggunakan kuasanya. Pengurus harus mengagihkan kerja dengan perancangan yang
teliti dan berwibawa dengan mengekalkan pengawalan yang berkesan. Oleh itu, pengagihan
kerja dengan kuasa yang diperuntukan dapat mengahasilkan kerja dengan lebih yakin oleh
pekerja tanpa sebarang gangguan daripada pihak atasan berbanding mereka yang tidak
memperuntukan kuasa bagi menyelesaikan kerja. Hai ini dikatakan oleh Allah melalui ayat 75
surah al-Nahl (Md Zuki Hashim, 2007 : 90).
Antara ciri-ciri pengagihan kerja termasuklah tidak menyerahkan tugas yang tidak
disukai, mengagihkan tugas yang mencabar, memberi ganjaran, memberi peluang kepada orang
bawahan membuat keputusan berkenaan tugas yang diagihkan dan mengamanahkan kerja
daripada menyuruh. Pengurus perlu membina kekuatan benteng pertahanan diri yang kukuh bagi
memikul amanah yang diberi. Pengurus juga harus mempunyai keyakinan akauntabiliti pada
kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan tugas itu dan perlu dipikul sama ada semasa pengurus
tersebut masih memegang amanah itu ataupun selepas dia meninggalkanya.
Sekiranya pengagihan kerja atau deskripsi kerja yang disediakan oleh pengurus tidak
jelas dan lengkap, hal ini akan menyebabkan orang bawahan akan seringkali menganggu
5
pengurus dengan bertanyakan apa yang harus dilakukan selepas menyelesaikan sesuatu kerja.
Hal ini juga menggangu perjalanan semua kerja terutama yang saling berkaitan.
6
2.0 DEFINISI ETIKA
Berasal daripAda perkataan Greek iaitu 'ethos', Kamus Oxford mendefmisikan etika
sebagai sekumpulan atau set prinsip-prinsip moral yang mempengaruhi kelakuan. Menurut
Kamus Dewan, etika merujuk kepada prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi
pegangan seseorang individu ataupun sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain).
Sesetengah pihak pula melihat etika sebagai undang-undang atau peraturan, suatu kepercayaan
keagamaan, kata hati individu, adat kebiasaan yang diterima umum, amalan yang bertepatan
dengan kepentingan diri ataupun teori falsafah tentang kerasionalan sesuatu tingkahlaku moral.
Walau apapun takrifan yang diberi, semua pihak mengakui etika sebagai suatu teori
umum, set nilai, standard moral, peraturan dan prinsip berhubung kelakuan individu dalam
sesuatu kelompok sosial yang membolehkan mereka menentukansarna ada perkara yang
dipercayai dan dipegang oleh sesebuah masyarakat itu sebagai sesuatu yang benar, patut diterima
sebagai baik dan betul; ataupun salah,patut ditolak sebagai tidak baik dan tidak betul.
Pembentukan sesuatu etika perlu mengambilkira norma masyarakat dan nilai individu itu
sendiri. Keperluan seseorang kepada etika didorong oleh nilai yang datang lebih awal yang
berkeyakinan tentang betapa pentingnya batasan penentuan antara baik dan buruk. Pembentukan
etika yang selari dengan norma masyarakat setempat juga memudahkan urusan pelaksanaannya
secara lebih berkesan. Dengan demikian, suatu corak dan garis panduan tentang bagaimana
manusia perlu berkelakuan dan berinteraksi sesama mereka dapat ditentukan dan diterimapakai
oleh seluruh warga masyarakat.
7
Akhlak merupakan istilah yang paling tepat untuk digunakan dalam membincangkan
peribal etika dalam Islam. Ini kerana di dalarnnya terkandung nilai-nilai Islam yang amat sesuai
untuk diadaptasi ke dalam etika pengurusan dan diaplikasikan dalam organisasi. Dari segi
bahasa, akhlak merujuk kepada budi pekerti, sifat, kelakuan, perangai, watak dan tabiat manusia.
10 Dari segi istilah pula, akhlak (ethics of the soul) merujuk kepada sifat yang tertanam dalam
jiwa seseorang, di mana perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Falsafah tauhid yang menunjangi konsep akhlak memberi ukuran universal berhubung
sistern nilai yang harus diikuti oleh umat manusia dalam hubungan mereka dengan Allah (~abi
min Allilh), hubungan sesarna manusia (~abi min ai-nils) dan juga hubungan dengan alarn
sekeliling. Berdasarkan ketiga-tiga hubungan ini, nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang
bersifat intrinsik (dalarnan) mahupunekstrinsik (luaran) seperti beriman, takwa, ihsan, berilmu,
adil dan arnanah yang terkandung dalam akhlak Islam akan mendasari sesuatu etika bagi
menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna.
8
3.0 DEFINISI KERJA
Kerja merupakan salah satu aktiviti dalam kehidupan manusia. Setiap individu
mempunyai anggapan yang tersendiri tentang pekerjaan dan keperluannya untuk bekerja. Ada
yang bekerja untuk menambah harta dan kekayaan,mendapat pengiktirafan dan kemuliaan. Ada
juga individu yang bekerja untuk memperoleh rezeki halal yang dilakukan dengan keikhlasan
semata-mata mencari keredaan Tuhan. Umumnya setiap individu itu bekerja untuk menyara diri
dan kehidupan. Amalan pekerjaan menurut ajaran islam merupakan satu usaha yang murni dan
mulia kerana ia bertujuan untuk menampung kehidupan dengan cara yang dibenarkan oleh
syarak untuk memperolehi rezeki yang halal. Agama islam menganjurkan agar umatnya bekerja
kerana orang yang bekerja adalah lebih mulia di sisi Allah S.W.T. berbanding dengan orang
yang meminta-minta. Faktor motivasi untuk bekerja mempunyai hubungan yang kuat dengan
ajaran islam. Bagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“......dan carilah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepadamu akan negeri akhirat
dan janganlah kamu lupa bahagianmu di dunia ini dan berbuat baiklah sebagaimana Allah
S.W.T. berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi ini.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.”
(Al-Qasas:77)
Daripada kedua-dua ayat dan hadis berkenaan,jelaslah bahawa dorongan yang kuat untuk
bekerja adalah bersumberkan kepada ajaran islam yang pada asasnya menuntut umatnya untuk
bekerja bukan sahaja bagi mendapatkan kepuasan di dunia tetapi kepuasan di akhirat. Maksud
9
ayat Al-quran dan hadis di atas sepatutnya mencetuskan semangat dan melakukan kerja secara
jujur dan berpuas hati dengan kerja sememangnya menjadi asas kehidupan muslim.
Satu gambaran yang sudah sinonim dalam ajaran islam adalah berkaitan urusan tugas dan
pekerjaan adalah pencapaian tahap prestasi kerja yang cemerlang. Islam telah menetapkan sejak
awal lagi bahawa apa jua urusan dan tugasan yang dilakukan wajarlah secermerlang yang
mungkin. Bagi mencapai hasrat ini,islam mempunyai kod etika dan indeks prestasinya yang
tersendiri yang didahului oleh keimanan,ketakwaan,dan berusaha untuk memenuhi keredaan
ilahi. Tugas yang dipikul pula merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan dengan
penuh kejujuran dan keikhlasan. Di samping itu juga,islam menganjurkan supaya umatnya
sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja mereka dan percaya bahawa islam untuk
menuntut dan menyukai setiap amalan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Mereka juga
tidak akan lupa dengan ajaran islam yang menyatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan
akan dihitung dan diberi balasan dan ganjaran yang setimpal. Islam amat mengalu-alukan usaha
ke arah kecermelangan prestasi di kalangan umatnya. Ini amat bertepatan dengan sabda
Rasulullah yang bermaksud:
“Allah S.W.T. amat menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan,ia
melakukannya dengan penuh ketekunan memperbaiki dan mempertingkatkannya”
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Pihak kerajaan juga mempunyai peranan dalam membentuk nilai-nilai,dasar dan etika kerja
di negara ini. Misalnya di dalam Dasar Islam Hadhari,mantan Perdana Menteri,Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi (2004) turut melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April
2004 sebagai satu usaha untuk memberi hala tuju bagi semua masyarakat supaya mereka
10
bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika
dan integriti. Pelan ini menetapkan lima sasaran untuk di capai iaitu:
1. Mengurangkan gejala rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan.
2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah
birokrasi.
3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
4. Memantapakan institusi keluarga
5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat
Memandangkan etika menjadi semakin penting dalam setiap aktiviyi pekerjaan,Badan
Perundingan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan Panduan Etika Kerja
Dalam Islam (1987) yang diedarkan kepada semua kakitangan awam dan swasta dalam usaha
untuk mewujudkan pentadbiran dan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Etika kerja
islam yang telah di persetujui adalah seperti berikut:
1. Bekerja dengan azam untuk mengabdikan dori kepada Allah
2. Bekerja dengan ikhlas dan amanah
3. Bekerja dengan tekun dan cekap
4. Bekerja dengan semangat gotong royong dan berpadu fikiran
5. Bekerja dengan bermatlamat kebahgiaan manusia sejagat.
Nilai-nilai dan etika kerja islam yang mulia boleh menyumbang ke arah peningkatan
produktif dan ofisiensi dalam sebuah organisasi masyarakat. Nilai-nilai tertentu yang di pegang
oleh seseorang membentuk sikap mereka terhadap sesuatu. Memandangkan etika bertitik tolak
11
daripada ajaran agama tentang nilai-nilai murni bagimembentuk perilaku manusia,maka cabaran
yang paling utama ialah memastikan nilai-nilai beretika ini diamalkan.
4.0 DEFINISI ISLAM
Menurut etimologi, Islam berasal dari bahasa Arab, terambil dari asal kata “salima” yang
berarti selamat sentosa. Dari asal kita itu dibentuk kata “aslama”, ya’ni: muta’addi dengan
Hamzah, yang artinya “memeliharakan dalam keadaan selamat sentosa”, dan berarti juga
“menyerahkan diri, tunduk, patuh dan tha’at kepada Allah”.Kata “aslama” itulah menjadi pokok
kata Islam, mengandung segala arti yang terkandung dalam arti pokoknya. Oleh kerana itu, orang
yang melakukan “aslama” atau memeluk Islam sebagai agamanya disebut sebagai muslim.
Berarti orang itu menyatakan dirinya tha’at, menyerahkan diri secara total, dan patuh kepada
Allah SWT.
Agama Islam adalah peraturan Allah SWT yang harus dipatuhi oleh manusia. Kerana
agama Islam-lah satu-satunya agama yang diakui oleh Allah sendiri. Mengenai hal itu , ada
beberapa segi, sebagai berikut :
ISLAM ADALAH AGAMA YANG DI AKUI OLEH ALLAH SWT
AYAT-AYAT :
“sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam”.
(Surah Ali Imran : 19)
12
“Pada hari ini kesempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu ni’mat-
Ku, dan telah Ku-ridloi Islam itu menjadi agamamu’.
(Surah Al Maa-idah : 2)
“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima
(agama itu) dari padanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
(Surah Ali Imran : 85)
Adapun Islam agama sepanjang sejarah manusia, Agama dari seluruh Nabi dan Rasul yang
pernah muncul di dunia dengan membawa missi dari Allah SWT membimbing dan mengarahkan
manusia ke jalan yang lurus.
1. Agama Nabi Ibrahim, nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Ya’qub ‘Alaihimus salam :
Dalam hal ini, Al-Quran menyatakan sebagai berikut :
“Dan Ibrahim telah mewasiatkan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’kub. (Ibrahim
berkata) : “Hai anak-anakku ! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka
janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam’. Adakah kamu hadir ketika Ya’kub
kedatangan (tanda-tanda) mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya : “Apa yang akan kamu
sembah sepeninggalanku?” Mereka menjawab : kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan
nenek moyang mu, Ibrahim, Ismail, dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya
tunduk patuh kepadaNya”.
(Surah Al-Baqarah : 132-133)
13
“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) orang yang tunduk
patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami ummat yang tunduk patuh
kepada Engkau”.
(Surah Al-Baqarah : 128)
“Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untukmu dalam agama suatu
kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu, Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian
orang-orang yang muslim dahulu”.
(Surah Al-Hajj : 78)
2. Pengakuan Nabi Yusuf a.s. dalam doa’nya :
“Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepada sebahagian kerajaan dan
telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan), Pencipta langit dan bumi.
Engkau Pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan
gabungkanlah aku denganorang-orang yang shalih”.
(Surah Yusuf : 101)
3. Agama Nabi Sulaiman a.s. :
“Berkata ia (Bulkis) : ‘Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku
sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya :
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Janganlah kamu
sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang
berserah diri (muslimin)”.
14
(Surah Al-Naml : 29-30-31)
4. Agama Bulkis seorang ratu negeri Saba’ :
“Dan ketika Bulkis datang, ditanyakanlah kepadanya “Serupa inikah singgasanamu?”. Dia
menjawab : seakan-akan singgasana ini singgasana, kami telah di beri pengetahuan sebelumnya
) dan kami adalah orang-orang yang berserah diri (muslimin)”.
(Surah An-Aml : 42)
ORANG YANG DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH, DADANYA DILAPANGKAN
UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM.
1. “Maka barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk diberi-Nya petunjuk, dilapangkan-
Nya dadanya untuk agama Islam”.
(Surah Al An’aam : 125)
2. “Barangsiapa yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk memeluk agama Islam, maka
dia telahmemperoleh cahaya dari Tuhannya”.
(Surah Az Zumar : 22)
5.0 KONSEP ETIKA KERJA ISLAM
15
Menurut Ahmad (1976) ,etika kerja islam adalah satu orientasi untuk memajukan sesuatu
pekerjaan. Ia turut mempengaruhi nilai kerja seseorang dan keperluan untuk meningkatkan
keseimbangan antara individu dan sosial.
Manakala Ali (1992) pula, etika kerja islam sangat memberi penekanan kepada aspek
sosial yang lebih baik di tempat kerja berbanding etika kerja proteston. Beliau mendapati etika
kerja islam mengutamakan nilai-nilai murni seperti kehormatan manusia, mementingkan
ketaatan dan ketekunan bekerja. Etika kerja islam adalah berorientasikan kerja terutama
bekerjasama dan musyawarah dalam menghadapi sebarang rintangan dan masalah. Kerja
bersungguh-sungguh dilihat sebagai nilai murni dan mereka yang bekerja bersungguh-sungguh
akan lebih berjaya dalam kehidupan.
Abeng (1997) menyatakan konsep etika kerja islam merupakan salah satu cara untuk
meningkatkan prestasi kerja di dalam kalangan umat islam. Al-Quran juga menyebut tentang
kejujuran dan keadilan dalam pekerjaan untuk membangunkan masyarakat dan melarang
wujudnya sifat malas dan membanzir masa untuk menghasilkan pengeluaran yang produktif.
Etika kerja islam menegah daripadasifat meminta-minta dan mengambil kesempatan memeras
keringat.
Menurut Shukri dan Razali (2001) etika kerja islam merujuk kepada satu set nilai atau
sistem kepercayaan yang dititipkan daripada Al-Quran dan As-sunnah mengenai kerja. Etika
kerja islam menurut hubungan secara ‘multi-dimentional’ dengan pelbagai aspek kehidupan
termasuklah aspek sosial, politik, ekonomi, dasar, dan hubungan etika kerja menurut islam
16
adalah melakukan kerja bukan sekadar digalakkan bahkan suatu kemestian dan diwajibkan ke
atas semua orang islam.
Menurut Mahmood Zuhdi (2005), etika kerja islam merujuk kepada segala prinsip akhlak
atau moral yang mempengaruhi tindak tanduk seseorang atau kumpulan dalam melakukan tugas.
Nik Mustafa (2005) menyatakan etika kerja islam merujuk kepada sistem akhlak yang
telah ditentukan oleh Allah SWT menanganggap tugas dan pekerjaan sebagai amanah dan
tanggungjawab kepada Allah SWT, meningkatkan kebajikan kepada diri dan masyarakat dan
menjalankan tugas secara adil dan bekerjasama.
Sharifah Hayaati (2005) menyatakan bahawa etika kerja islam merujuk kepada pekerjaan
yang dijalankan secara berakhlak, memenuhi piawaian Al-Quran dan as-sunnah serta keperluan
dan kepentingan masyarakat yang tidak bertentangan degan piawai hokum syara’.
Yousef (2001) menyatakan bahawa konsep etika islam mempunyai asal-usul dalam Al-
Quran iaitu kata-kata dan amalan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang mengajar
bahawa kerja berat menyebabkan dosa-dosa terangkat dan tidak ada seorang pun memakan
makanan lebih baik daripada apa yang dikerjakan dengan tangan sendiri. Beliau juga
menyatakan bahawa Al-Quran sentiasa menyebut tentang krjujuran dan keadilan dalam
perniagaan dan menyeru pembahagian harta yang adil dan saksama dalam masyarakat. Ayat-ayat
Al-Quran juga menggalakkan umat manusia mendapatkan kemahiran dan teknologi serta
menyanjung tinggi mereka yang berusaha untuk menyara kehidupan. Etika kerja islam juga
memandang dedikasi terhadap kerja sebagai satu nilai murni dan usaha bersungguh-sungguh
dalam kerja yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu yang
berkemampuan.
17
Menurut pandangan Ibn Miskawayh (1986) meletakkan pembentukan nilai pembentukan
etika atau akhlak adalah berpaksikan kepada empat sifat yang utama iaitu harga diri atau maruah
(al-iffah), kebijaksanaan (al-hikmah), keadilan (al-aldaalah) dan keberanian (al-syajaa’ah). Al-
Ghazali (1990) dan Mohd Nasir Omar (2005)memperakui bahawa sifat-sifat tersebut mampu
merangsang kepada seseorang untuk melakukan tindakan yang baik dan beretika seterusnya
menjadi pemangkin kepada sifat-sifat murni yang lain kearah pembentukan akhlak atau etika
yang sempurna.
Manakala Muhammad Haji Abdul Rauf (1987) telah menyenaraikan nilai-nilai yang baik
seperti seimbang, tekun, menghargai masa, amanah, benar, sentiasa berasa cukup (qanah), ikhlas,
disiplin, taqwa, muhasabah diri, dan syura sebagai etika kerja yang perlu dihayati oleh segenap
kakitangan dalam organisasi.
Menurut Rice (1999), Islam mengandungi sistem etikanya yang tersendiri dalam
membentuk panduan untuk menguruskan perniagaan dan juga pekerjaan. Panduan ini secara
hubungkait mempunyai kemuliaan dari segi konsep kesatuan, keadilan dan kepercayaan.
Menurut Abdul Rauf (1987), etika kerja yang perlu dipraktiskan bagi mewujudkan sistem
pengurusan Islam yang kukuh adalah seperti berikut:
1. Etika kerja untuk semua peringkat
a) Objektif jangka panjang di dunia ini hendaklah dihubungkaitkan dengan objektif
jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah SWT dan memohon
keredaanNya.
18
b) Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambil kira semasa bekerja.
c) Masa mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disia-siakan.
d) Nilai-nilai luhur dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, kejujuran,
menahan diri dan ketakwaan hendaklah diamalkan.
.
e) Sikap menilai diri sendiri mestilah sentiasa diamalkan supaya kesalahan atau
kesilapan tidak dilakukan dengan berulang kali.
2. Etika kerja yang lebih relevan kepada pucuk pimpinan dalam pentadbiran.
a) Tidak harus ada pilih kasih atau diskriminasi dalam sistem pentadbiran.
b) Keperluan dan keadaan manusia hendaklah dipertimbangkan dalam memberi sesuatu
tugas dan layanan kepada pekerja.
c) Gaji yang adil hendaklah dibayar dengan cepat.
d) Perlu ada ganjaran yang berpatutan untuk pencapaian yang cemerlang dan langkahlangkah
yang cukup untuk mengesan dan mengelakkan pelanggaran peraturan.
19
e) Musyawarah dan kerjasama seharusnya diamalkan dengan sepenuhnya.
Nor’Azzah Kamri (2008), kod etika Islam didefinisikan sebagai etika Islam yang
dibentuk secara rasmi dan bertulis dan disusun secara sistematik dalam bentuk kod oleh
organisasi atau pertubuhan tertentu bagi memudahkan pengamalan etika Islam dalam kalangan
ahli-ahlinya. Pembentukan kod etika Islam ini mestilah menepati elemen-elemen asas akhlak
Islam agar matlamatnya yang sebenar dapat dicapai.
Selain itu Ahmad Janan Asifudin(2004), etika kerja dalam perspektif Islam diartikan
sebagai pancaran dari akidahyang bersumber pada sistem keimanan Islam, yakni sebagai sikap
hidup yang mendasar berkenaan dengan kerja sehingga dapat dibangun paradigma etos kerja
Islami.
Menurut Said Mahmud (1995) Pada hakikatnya etika kerja Islami merupakan pancaran
dari nilai yang ikut membentuk corak khusus karakteristik etos kerja islami. Sebahagian dari
akhlak tentunnya harus dikembangkan pada dua sayap, yakni sayap hubungan manusia dengan
Allah yang maha pencipta (mu’amalah ma’al khaliq) dan sayap hubungan antara manusia
dengan makhluk (mu’amalah ma’al khalq). Pada sayap pertama dikembangkan etika tauhid dan
penghormatan yang banyak bagi Allah dalam kerja. Jadi segala bentuk perilaku syirk, perbuatan
dan perkataan yang secara langsung atau tidak langsung merendahkan atau menghujat Allah
dapat dikategorikan tidak sejalan dengan etika kerja Islami. Di sini hendaknya ditekankan pada
sikap ikhlas dalam menghadapi takdir. Sedangkan pada sayap yang kedua mesti dikembangkan
sikap-sikap profesional dan perilaku yang bertolak dari semangat ketaatan pada norma-norma
Ilahi berkaitan dengan kerja.
20
Nasr (1984), Konsep etika kerja Islam adalah suatu pendekatan yang terbentuk daripada
kesan penyertaan dan penglibatan kepercayaan di tempat kerja. Ini menyifatkan pekerjaan
merupakan kebajikan dalam keperluan seseorang, dan ia merupakan keperluan untuk membina
keseimbangan dalam kehidupan seseorang individu dan sosial.
Yousef Darwish (2000) yang menjalankan kajian di kalangan 700 orang pekerja di lima
buah organisasi pengeluaran dan empat buah organisasi perkhidmatan mendapati etika kerja
islam mempunyai hubungan yang signifikan dengan kawalan lokus. Selain itu hasil kajian juga
menunjukkan etika kerja islam menjadi pembolehubah penyederhana antara kawalan locus
dengan peranan ambiguity. Namun begitu, etika kerja islam tidak menjadi penghubung di antara
kawalan locus dan peranan konflik.
Razali Mat Zin (1988) mengatakan bahawa pekerjaan merupakan sesuatu yang dituntut
dan amat digalakkan serta diberi pula ganjaran pahala apabila menunaikannya dengan sempurna.
Nilai kerja Islam ini jelas diperlihat di dalam al-Quran yang bermaksud “Barangsiapa yang
mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan yang baik dan akan kami
berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang pernah mereka
kerjakan” (Surah Al Nahl: 97). Berdasarkan ayat di atas, bekerja bukan sahaja merupakan
sumber pendapatan diri, keluarga dan masyarakat, malah ia juga sebagai ibadah sekiranya rukun
Islam seperti solat tidak ditinggalkan. Sesungguhnya Allah S.A.W amat mencintai orang yang
bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Hassan Ahmad (1992). Para pekerja beragama Islam perlu menganggap kerja yang
dilakukan itu sebagai ibadah kepada Allah S.W.T, mengingatkan dosa dan pahala dan
tanggungjawab moral kepada manusia (rakyat dan pengguna). Disamping itu, para pekerja diseur
21
agar jangan bekerja semata-mata untuk makan gaji tetapi mereka juga dikehendaki supaya
bersopan-santun terhadap pelanggan atau orang ramai.
Abd. Rahim (1984) pula menghujahkan bahawa setiap individu perlu bekerja kerana ia
merupakan satu proses menjalani kehidupan. Matlamat mereka adalah berbeza-beza, ada yang
bekerja untuk mendapatkan wang bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Sementara itu,
sebahagian lain meletak pekerjaan sebagai ibadah yang dituntut. Walaupun demikian, apa yang
harus dipentingkan ialah aspek agama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Kitab suci al-
Quran , mengatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk melibatkan diri
dalam aktiviti ekonomi. Orang Islam diminta bekerja kuat, malah digalakkan untuk meghasilkan
pengeluaran yang melebihi keperluan mereka supaya dapat mengeluarkan zakat. Bagi Islam
pekerjaan bukanlah hukum Allah terhadap manusia tetapi pekerjaan adalah kaedah untuk
memajukan bumi untuk kepentingan manusia. Di atas asas inilah nilai dan etika kerja harus
dibentuk dan diamalkan di Negara Islam.
22
6.0 MATLAMAT ETIKA KERJA ISLAM
Meningkatkan “Accountability”.
Peningkatan rasa tanggungjawab dan accountability terhadap perlaksanaan tugas dengan
cemerlang perlu diusahakan dengan berbagai-bagai angkubah pengurusan dan program
meningkatkan mutu kerja. Para pekerja perlu tahu faham bahawa cita-cita merealisasi Negara
dan masayarakat islam yang sejahtera adalah suatu kewajiban syara’ atau agama. Ia tidak boleh
disia-siakan kerana komitmen lain yang jauh lebih rendah statusnya dari komitmen kepada
agama islam atau Allah. Ia tidak boleh dijual dengan kesenangan duniawi yang sebenar dan fana.
Ia tidk boleh ditumpaskan dengan kehendak manusia kafir yang tidak beriman. Islam bukan
agama darwism yang memisahkan dirinya dari reality sosial, politik, ekonomi dan lain-lain.
Islam ialah agama yang mempunyai keprihatinan yang menyeluruh. Usaha merealisasikan cita-
cita ini adalah kewajiban setiap umt islam dan suatu jihad amalan soleh.
Meningkatkan Tahap Kecemerlangan.
mengenai tahap kecemerlangan pula adalah suatu yang agak relatif. Akan tetapi terdapat
suatu piawai tertentu di mana kepuasan pekerja bertemu dengan kepuasan majikan, kepuasan
pelanggan dan rakan sekerja yang dikira salah satu ukuran kualiti kecemerlangan tugas atau
khidmat. Para petugas, pekerja dan pegawai muslim mesti berusaha meraihnya secara
bersungguh-sungguh. Kecemerlangan ada hubungannya dengan khidmat yang berkualiti dan
memuaskan. Dalam kontek khidmat di jabatan kerajaan pengertiannya mempunyai berbagai
23
maksud. Secara ringkas ia mencakup, servis yang cekap dan pantas, maklumat yang tepat dan
jitu, interaksi yang mudah, layanan yang mesra, suasana yang bersih, indah dan menyegarkan.
Dalam kontek barangan, produk yang berkualiti ialah barangan yang boleh dianggap baik dari
sudut prestasi, bentuk, kebolehpercayaan, mematuhi spesifikasi, tahan lama, indah, mempunyai
khidmat susulan yang mudah, reputasi dan lain-lain.
Menambahkan Taraf Integriti.
Integriti bermakna wujudnya talahum, talahum, kesepakatan atau muafakat yang tinggi
dan berkesan dalam kumpuan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Penekanan hal ini
bermakna semangat kerjasama serta persefahaman ditingkatkan, disamping mengurangkan
perkara-perkara yang boleh mencetuskan sengketa yang tidak perlu dengan rakan sekerja dan
orang bawahan.
Kerjasama boleh diwujudkan dalam berbagai tahap dan proses pekerjaan. Kerjasama
yang erat boleh dirintis untuk mendapatkan idea-idea baru serta cadangan-cadangan yang bijak,
membuat pekerjaan yang sukar, menyelesaikan masalah yang rumit, memajukan diri dan jabatan,
memajukan organisasi, menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat dan Negara.
Kerjasama dalam bentuk perlaksanaan kerja secara berpasukan boleh menghasilkan
berbagai-bagai kejutan. Sema factor yang terlibat dalam pekerjaan akan menjadi lebih produktif.
Semua proses akan menjadi lebih berkesan. Kualiti boleh dijaga dan ditingkatkan. Malah
pembaziran dapat dielakkan.
24
Peningkatan Profesionalisme
Para pekerja perlu sentisa meningkatkan mutu profesionalisme mereka dengan mengikuti
berbagai bentuk kursus dalam perkhidmatan, sama ada kursus anjuran agensi separuh kerajaan
atau swasta. Terutama dalam bidang-bidang yang ada hubungkaitnya dengan bidang tugas
mereka. Dengan cara ini mutu kemanusiaan dan kemahiran teknologi mereka akan meningkat.
Cara ini akan memantpkan lagi jentera perkhidmatan tersebut.
Oleh kerana setiap pekerja memang merupakan pemimpin dalam pringkat-peringkat yang
tertentu maka mereka perlu mrealisasi bakat pemimpin islam yang hakiki seperti yang dituntut
oleh islam. Mereka perlu menjadi pemimpin islam yang bertaqwa dan soleh. Mereka perlu
meningkatkan amalan-amalan harian, sama ada yang wajib dan yang sunat. Mereka perlu
menunjukkan contoh dan teladan bagi orang lain.
Pekerja perlu mengelakkan diri dari menjadi pemimpin tirani dan palsu. Iaitu pemimpin
yang tidak membawa pengikut dan masyarakat mentaati Allah. Sebaliknya melakukan
penentangan terhadap Allah, undang-undang islam dan cara hidup islam. Mereka membawa
ummah kepada kebinasaaan.
Kehadiran pekerja palsu dalam organisasi dicirkan seperti peekanan yang berlebihan
kepada sitem birokrasi, meletakkan status seseorang dan kebenaran bergantung sepenuhnya
kepada kedudukannya dalam organisasi, lebih berminat kepada unsure-unsur negative daripada
positif, tidak komited kepada keadilan, tidak menggalakkan kreativiti dan pemikiran dan tidak
berani menegakkan keadilan tetapi terlalu keras melaksanakan perintah atau arahan walaupun
tidak baik dan menyeleweng.
25
Pengukuhan Motivasi.
Pengukuhan motivasi serta berkhidmat dengan lebih berdedikasi hendaklah merupakan
salah satu agenda yang sering dibincangkan, diamalkan tuntutannya serta diperkembangkan
dalam setiap peringkat jabatan atau organisasi. Perlaksanaan pekerjaan kerana dorongan factor
akidah, idealisme perjuangan dan demi mendapat kerelaan Allah hendaklah menjadi amalan dan
budaya kerja agensi dan jabatan-jabatn kerajaan dari masa ke semasa.
26
7.0 CIRI-CIRI ETIKA KERJA ISLAM
Dalam Islam, nilai hidup terbahagi kepada tiga. Pertamanya akidah, iaitu yang menyangkuti
pegangan hidup. Keduanya Syariah, iaitu yang menyangkuti sistem hidup. Ketiganya akhlak,
iaitu yang menyangkuti moral hidup. Pembahagian ini terpakai dalam berbagai aspek hidup,
termasuk dalam soal pekerjaan. Khusus berkait dengan pekerjaan, akidah menyangkuti konsep
tentang kerja berkenaan. Syariah menyangkuti system yang dipilih bagi melaksanakan kerja itu.
Akhlak pula menyangkuti sikap dalam melaksanakan kerja berkenaan.
Islam melihat etika kerja islam sebagai set nilai-nilai islam yang difomulasikan dalam
suatu kod khusus sebagai garis panduan kepada setiap ahli organisasi dalam memutuskan sesuatu
tindakan dan kelakuan itu bermoral, diterima oleh organisasi, di senangi oleh masyarakat dan
yang lebih penting adalah ianya tidak melanggar ketentuan syarak. Nilai-nilai yang terkandung
di dalamnya perlulah sentiasa mengingatkan diri pekerja akan tanggungjawab mereka terhadap
Allah, menepati semangat tauhid dan sifat semulajadi manusia. Dengan demikian, segala bentuk
permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan suatu pendekatan yang lebih baik, bolistik dan
efektif ke arah pencapaian matlamat hakiki. Kod etika yang berkesan juga haruslah mengambil
pendekatan yang seimbang, tidak terlalu terikat dan sempit skopnya. Ia memberi ruang kepada
penggunaan hikmah dan kebijaksanaan individu dengan dibatasi oleh iman di dalam diri. Untuk
itu, etika dalam islam didasari oleh dua sumber utama iaitu dalil Naqli’ dan dalil Aqli’.
27
Dalil Naqli
Firman Allah bermaksud:
“wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada “Uli al-Anir”(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) Rasulnya: jika kamu benar
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih
elok pula kesudahan”. Surah an-Nisa,(4):59.
Bertepatan dengan penurunan al-Quran yang tidak terbatas kepada sesetengah kelompok
manusia, tempat dan jangka masa tertentu, maka al-Quran memainkan peranan yang cukup
signifikan. Selain daripada memberi peringatan, nasihat dan penjelasan, al-Quran turut
merupakan sumber yang berautoriti dalam menentukan buruk-baik sesuatu perkara serta
berperanan sebagai petunjuk dalam membezakan antara yang betul (haq) dan yang salah (batil).
Di samping itu, segala perbuatan percakapan dan apa sahaja yang terbit daripada Rasulullah
merupakan sumber rujukan kedua bagi manusia. Ini kerana segala sesuatu yang di lakukan oleh
Rasulullah adalah berdasarkan wahyu Allah, bukan menurut kemahuan nafsu baginda. Ayat-ayat
al-Quran dan hadith-hadith berhubung akhlak dalam islam disentuh dengan pelbagai cara dan
pendekatan untuk di jadikan sebagai garis panduan kepada umat manusia bagi mendepani segala
permasalahan yang timbul dari segenap aspek kehidupan. Ada di antara nilai-nilai yang dituntut
untuk dipraktikkan dalam etika islam dinyatakan dalam bentuk suruhan serta ganjaran yang akan
diperolehi daripadanya, dan ada pula yang berbentuk larangan agar menjauhi sesuatu nilai yang
mendatangkan impak negatif kepada diri sendiri, masyarakat mahupun alam sekitar.
28
Dalil Aqli
Meskipun islam menggangap wahyu sebagai sumber yang paling berautoriti, namun
peranan akal, naluri dan pengalaman manusia turut diakui sebagai pembantu kepada wahyu.
Menyedari akan kepentingan akal kepada manusia, maka ia diiktiraf sebagai salah satu sumber
akhlak kerana fitrah semulajadi akal ialah memandu kepada kebenaran serta kebaikan. Banyak
sekali ayat al-Quran menerangkan peribadi kedudukan akal serta kelebihan mempergunakan akal
dan sentiasa berfikir. Begitu juga dengan naluri dan pengalaman individu yang mampu menjadi
panduan dan pedoman dalam menentukan sesuatu itu baik ataupun tidak. Sunggupun demikian,
nilai-nilai yang lahir daripada akal, pertimbangan naluri dan penilaian pengalaman adalah
bersifat sementara dan relatif iaitu sering berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperluan
semasa, lantaran keupayaan manusia yang terhad. Justeru, islam melihat peranan akal, bisikan
kalbu serta pengalaman silam dalam skop yang terhad dimana ketiga-tiganya hanya boleh
diterima pakai seadanya setelah dipastikan keselariannya dengan sumber-sumber yang lebih
berautoriti.
Kedua-dua sumber tersebut iaitu dalil Naqli dan dalil Aqli, sewajarnya di ambil kira
dalam memformulasikan sesuatu set etika kerja islam. Sumber keutuhan (naqli) yang bersifat
mutlak akan menghasilkan nilai-nilai universal, tetap, pasti dan sempurna. Manakalaa sumber
kemanusiaan (aqli) yang bersifat terbatas pula akan menghasilkan nilai-nilai relatif mengikut
peredaran masa. Asimilasi antara nilai-nilai universal dan nilai-nilai relatif ini seterusnya akan
mewujudkan sesuatu kesepaduan dan kejituan dalam menilai dan menentukan sama ada sesuatu
perkara itu betul atau salah dalam erti kata sebenar. Rentetan daripada pengaplikasikan sumber-
29
sumber di atas, beberapa prinsip perlu dijadikan tonggak dalam pembentukan dan pembudayaan
kod etika kerja islam. Antaranya ialah:
Berkerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang
telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu
bertaqwa”. (surah Al-Baqarah, ayat 21).
Firman yang pertama menerangkan dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia
adalah hamba Allah, maka sewajarnya setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah,
dengan mengikuti segala suruhan-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA.
Firman Allah yang bermaksud: “wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada
Allah dan taalah kamu kepada Rasul dan kepada orang berkuasa dari kalangan kamu”.
(Surah An-Nisa,ayat 59)
Firman kedua menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada
Rasulullah dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang di maksudkan dengan “orang yang berkusa
dari kalangan kamu”. Bagi mentaati Allah dan Rasulullah, maka setiap manusia hendaklah
mempunyai kerja yang halal. Bagi mentaati kerajaan pula, setiap pekerja awam hendaklah
menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatan itu adalah amanah Allah
kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya, maka bererti
pekerja tersebut telah pecah amanah kepada Allah. Sanggupkah kita yang mengakui bahawa kita
ini hamba Allah, melakukan pecah amanah kepada Allah?
30
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan
tuhan” . (Riwayat Al-Bukhori).
Sabda Rasulullah menyuruh ini kita memahami maksud hadis ini dan menyedari bahawa
berkerja itu bererti beribadat, maka sewajarnya bagi setiap pekerja berusaha menunaikan
tugasnya dengan sebaik-baik demi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kelak.
Bekerja dengan ikhlas dan amanah
Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati
untuk mencari keredaan Allah. Setiap pekerja harus meyedari bahawa jawatan yang dipegangnya
adalah hasil permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka
dengan sendirinya, wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh
kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang di laksanaakan olehnya itu adalah suatu
amal soleh dalam usahanya mengabdikan diri kepada penciptanya di samping berusaha untuk
menyara diri dan keluarganya yang dikasihi dan berkhidmat unntuk masyarakat.
Firman Allah yang bermaksud: “Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan”
(Surah Saba’,ayat 15)
Firman pertama menerangkan insan mestilah bersyukur kepada Allah kepada rahmat-Nya
kepada kita yang tidak terhitung banyaknya dan satu daripadanya ialah jawatan yang kita
sandang ini. Kesyukuran ini seharusnya memuncak lagi sekiranya kita menginsafi bahawa
banyak lagi manusia lain yang masih menggangur dan tidak dapat menyara keluarganya dengan
sewajarnya. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan atau kerja kita ini, kita dapat
mengikut dan menyumbang kan tenaga di dalam usaha membangunkan Negara kita yang
31
tercinta. Moga tercapailah cita-cita suci kita untuk membangunkan suatu Negara yang di redhai
Allah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “sebaik-baik manusia ialah orang yang paling
banyak bermanfaat bagi sesama manusia”. (Riwayat Al-Quda’i)
Sekiranya kita dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah itu, insyaAllah kita akan
dapat menunaikan tugas kita dengan ikhlas.
Firman Allah yang bermaksud: “sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah
kepada yang berhak menerimanya”. (Surah An-Nisa,ayat 58)
Di dalam pendahuluan rencana ini, telah dinyatakan bahawa sesuatu kerja atau jawatan
itu adalah amanah Allah kepada kita. Maka dengan kesedaran bahawa kita ini adalah hamba
Allah yang di jadikan-NYA, sewajarnya kita menunaikan amanah tersebut dengan sedaya-upaya
.
Allah berfirman yang bermaksud: “wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”.
(Surah Al-Maidah,ayat 1)
Hadis Rasulullah juga menegaskan yang bermaksud: “barangsiapa menipu, bukanlah ia dari
golongan kami”. (Riwayat muslim).
Selain daripada itu, kita semua menyedari bahawa sesuatu kerja atau jawatan adalah
sesuatu hasil daripada perjanjian yang dipersetujui bersama di antara pekerja dengan majikan.
Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan pula berjanji akan membayar gaji yang
tertentu setiap bulan. Oleh demikian, sewajarnya kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan
memenuhi perjanjian tersebut. Sekiranya seorang pekerja itu tidak menunaikan tugasnya dengan
32
sewajarnya tetapi sanggup menerima gajinya dengan sepenuhnya., maka pekerja tersebut
bolehlah dianggap sebagai seorang yang menipu dan telah memecahkan janjinya. Dan dengan
sendirinya pekerja itu telah mengingkari perintah Allah.
Pepatah melayu pula mengatakan:
“kerbau dipegang pada talinya, manusia di pegang pada janjinya”.
Pepatah ini membayangkan bahawa manusia yang menipu itu adalah lebih hina daripa kerbau”.
Dengan hujah-hujah yang dikemukakan itu, sanggupkah kita mengkhaianati amanah Allah,
Allah yang telah mengurniakan kita dengan kita akan dan fikiran? Tepuklah dada tanyalah
selera.
Bekerja dengan tekun dan cekap
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu
melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.
(Riwayat Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah ini bermaksud ketekunan adalah suatu sifat yang amat di perlukan oleh
seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing dalam
menjalankan tugas sekiranya mereka tekun, insyaAllah. Pepatah Melayu pula mengatakan
“belakang parang pun kalau di asah lagikan tajam”. Pepatah ini menunjukkan bahawa dengan
ketekunan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat di atasi, insyaAllah dan dengan sendirinya
meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu. Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja,
ci ri yang terpenting adalah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat
33
jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan
tugasnya terus menerus. Ajaran islam ada menegaskan:
“tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.
Di dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu sepanjang hayat menjadi
suatu perkara penting sekiranyakita tidak mahu ketinggalan zaman, kerana terlalu pesatnya
perkembangan ilmu pengetahuan di dalam kedua-dua bidang itu.
Hadis Rasulullah menyatakan: “apabila sesuatu urusan (pekerjaan) di beri kepada orang yang
bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran”.
Hadis ini jelas menunjukan akan peri pentingnya keahlian mahupun kecekapan seseorang
pekerja menurut pandangan islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja itu meningkat maka
dengan sendirinya hasil kerjanya juga turut meningkat.
Bekerja dengan semangat gotong royong dan berpadu fikiran.
Firman Allah yang bermaksud: “dan tolong menolong kamu dalam mengerjakan kebaikan..”.
(Surah Al-Ma’idah,ayat 2)
Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang
pekerja itu bertugas dengan sesuatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk
menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mesti bekerjasama
melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu membantu antara satu sama lain di antara
pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikain
pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Semangat bergotong
34
royong adalah suatu ciri kebudayaan Negara ini yang semestinya dipupuk dan terus disuburkan
semula.
Firman Allah yang bermaksud: “dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama
mereka”. (Surah Asy-Syuraa, ayat 38)
Di samping kita bergotong-royong,menjalankan tugas, kita juga hendaklah
menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, untuk mengkaji masalah yang ada
dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Perbincangn seperti ini akan
meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya pula meningkatkan rasa
tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan pekerja yang berkenaan. Rasa
keenakan berpadu tenaga dan berpadu fikiran ini telah dinikmati oleh datuk nenek kita dahulu
dan rasa indah itu telah di abadikan oleh mereka. Cara berpadu fikiran ini jugalah yang sekarang
selalu di bincangkan dengan nama barunya itu “kumpulan kawalan mutu”. Allah juga
memerintahkan manusia menyelesaikan sekalian masalah mereka dengan perbincangan .
Bekerja dengan kebahagiaan.
Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran islam(bersumber Al-Quran
dan Hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar,
kerana maju mundurnya pembangunan Negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada
Negara lain di dunia.
Allah berfirman yang bermaksud: “tidak ada paksaan dalam agama(islam)”.
(Surah Al-Baqarah,ayat 256)
35
“wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kepada kamu tidak melakukan keadilan”.
(Surah Al-Maidah,ayat 8)
Firman Allah yang pertama menjelaskan bahawa walaupun islam itu adalah agama untuk
semua manusia tetapi orang yang tidak menganuti islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk
islam. Ayat yang kedua pula melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap sesuatu kaum
walaupun kita benci kepada kaum tersebut. Kedua-dua ayat tersebut memberi pengertian bahawa
setiap pekerja hendaklah menberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa
mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan.
Menjaga waktu.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila kiamat sedang berlaku , dan di tangan
seorang daripada kamu ada benih , kalau dia masih sempat menanam benih itu hendaklah dia
menanamnaya . Dengan itu dia dapat pahala”.
(Hadis Anas Ibn Malik bertaraf Hasan.)
Termasuk dalam perinsip ini ialah penggunaan masa secara maksimum. Dalam alQuran
Allah bersumpah menggunakan perkataan“ waktu asar”. Mengikut bahasa “asar” bererti
memerah. Ia seolah- olah member erti masa yang telah diperah , iaitu yang telah digunakan
secara paling maksimum. Mengenai penjagaan waktu ini Rasulullah s.a. w. pernah menyifatkan
36
sebagai satu amalan yang terpuji. Menjawab soalan tentang apakah amalan yang paling afdhal ,
jawab baginda "yang bermaksud “bersembahyang di awal waktu.
Menghormati kepakaran orang lain.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Kamu semua lebih tahu tentang hal dunia kamu “.
(Hadis riwayat Muslim).
Melihatkan para pekebun tamar sentiasa bekerja keras mengahwinkan debungan
antara pokok berkenaan supaya ia berbuah , Rasulullah. bertanya mengapa sampai begitu ?
Tidakkah tamar itu boleh berbuah tanpa debunga nya dikahwinkan? Mendengar pertanyaan
Rasulullah . itu para pekebun berkenaan berhenti daripada melakukan proses yang diamalkan
zaman berzaman itu. Hasil nya negative sekali. Pada tahun itu buah tamar menjadi kerdil dan
tidak sesuai dimakan. Apabila hal seperti itu sampai ke pengtahuan Rasulullah s.a.w. baginda
lalu membetulkan keadaan. Terdapat juga hadis menceritakan apabila Rasulullah
ditanya samada strategi mempertahankan kota Madinah yang dibentangkan oleh baginda itu
berasaskan wahyu daripada Allah atau tidak. Apabila baginda menyatakan ia bukan wahyu ,
seorang sahabat mencadangkan suatu strategi lain. Baginda lalu menerima cadangan itu
memandangkan kepakaran sahabat berkenaan.
37
8.0 KESIMPULAN
Etika kerja Islam merupakan altematif terbaik yang telah diamalkan secara meluas. Selain
dapat mewujudkan suatu piawai yang hakiki dan universal sifatnya, pengaplikasian keempat-
empat komponen nilai dalam etika kerja Islam secara bersepadu dan konsisten dalam sesebuah
organisasi ia juga mampu mewujudkan keseimbangan dari pelbagai segi; bertepatan dengan
semangat tauhid yang didokongnya. Pendek kata, kombinasi keempat-empat komponen nilai
berkenaan didapati mampu memberi nafas dan identiti sebenar kepada pembudayaan etika kerja
Islam.
Justeru, setiap organisasi perlu mengambil inisiatif untuk membentuk kod etika masing-
masing dengan mengambilkira faktor individu yang menyertai organisasi, etika sosial dan norma
masyarakat. Ini membolehkan kod etika berkenaan benar-benar serasi dengan ahli organisasi,
selari dengan teras operasi organisasi, disenangi oleh warga masyarakat, mesra alam serta tidak
menyentuh senti men mana-manapihak ke arah merealisasikan matlamat pengurusan Islam itu
sendiri.
" ... Matlamat pengurusan/pentadbiran adalah untuk membina tamadun berdasarkan nilai-nilai
etika tauhid. Dalam masa yang sama, pengurusan perlu memastikan amalan rasuah,
ketidakadilan dan mischief dalam organisasi dibanteras untuk mencapai al-falah (felicity) sebagai
matlamat akhir (ultimate) pengurusan."
38
9.0 RUJUKAN
Kamus Dewan (2000), edisi 3, eet. 5. KL: DBP, hal. 345 International Encyclopedia of Social
Sciences (1968), vol. 5. The MacMillan Co. &The Free Press, hal. 157.
Marilyn M. Helms (ed)(2000), Encyclopedia of Management, edisi 4. Gale Group Inc., hal. 281;
Jane A. Malonis (ed) (2000), Encyclopedia of Business, edisi 2, vol. 1. Gale Group Inc., hal. 175;
International Encyclopedia of the Social Sciences (1968), op.cit, vol. 5, hal. 160; Paul Procter
et.al (ed)(1999), Cambridge International Dictionary of English. Cambridge University Press,
hal. 470; James H.Donnelly Jr. (1998), Fundamentals of Management, edisi 10. Boston:
lrwinlMcGraw Hill, hal. 96 Kamus Dewan (2000), op.cit, hal. 21.
Abu Hiimid Muhammad b. Muhammad al-Ghazall (1990), Ihyii' Ulum aI-Din, juzu' 3.
Drunsyi.k:: Dfu. al-Khayr, hal.·68 dan Ibn Miskawayh (1961), Tahdhib al-Akhliiq. Beirut: Dar
Maktabab al-~ay3h, hal. 36.
M. Abdul Mujib As (1987). Petunjuk Islam Tentang Pengabdian Kepada Allah. Bab Kelima :
Islam. pp 107-113. CV. Bintang Pelajar.
Ahmad, k. (1976). Islam : Its meaning and message. London : Islamic Council Of Europe.
Ali, A.J. (1992). The Islamic Work ethic In Arabia. The Journal Of Phsychology. 126 (5), pp.
507-519.
Abeng, T. (1999). Business Ethic In Islamic Context : Perspective Of A Muslim business Leader.
Business Ethics Quarterly, 7(3), pp.47-54.
39
Shukri Ahmad & Razali mat Zain (2001). Adab dan Etika Kerja Islam Dalam Organisasi .
Sintok, UUM.
Yusoef, D.A. (2001). Islamic Work Ethic : A Moderator Between Organizational Commitment
And Job Statisfaction in A Cross- Cultural Context. Personnel Review, 30 (2), 152-169.
Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail L-Qudsy, (22-23 februari 2005). Etika Kerja Islam
Menyeluruh (EKIM) : Menuju Ke Arah Kecemerlangan Diri Dan Organisasi. Kertas kerja telah
di bentangkan pada Bengkel Islam Hadhari- Etika Kerja : Menuju Ke Arah Keimanan Dan
Ketaqwaan Pada Ilahi, Kuala Lumpur.
Nik Mustafa Bin Hj. Nik Hassan (22-23 Februari 2005). Peningkatan Keimanan Dan Ketaqwaan
Kepada Allah : Mendorong Kepada Kecemerlangan Dunia Dan Akhirat. Kertas kerja telah di
bentangkan pada Bengkel Islam Hadhari- Etika Kerja : Menuju Ke Arah Keimanan Dan
Ketaqwaan Pada Ilahi, Kuala Lumpur.
Mahmood Zuhdi Bin Hj. Abdul Majid. (22-23 februari 2005), Etika Kerja Menurut Sunnah
Rasulullah SAW. . Kertas kerja telah di bentangkan pada Bengkel Islam Hadhari- Etika Kerja :
Menuju Ke Arah Keimanan Dan Ketaqwaan Pada Ilahi, Kuala Lumpur.
Ibn Miskawayh. (1986). The Refinement of Character. Constantine K. Zurayk, terj. Beirut: The
American University Of Beirut.
Mohd. Nasir Omar. (2005). “Pemikiran Akhlak Dan Etika Miskawayh”, Kertas Kerja Seminar
Islam Hadhari – Kefahaman Tentang Keutuhan Moral. Kuala Lumpur,13-14 April 2005.
Nor’Azzah Kamri (2008). Kefahaman dan Sambutan Terhadap Kod Etika
Islam: Pengalaman
40
Tabung Haji, Jurnal Syariah, Bil 16, Bil 1 ms 145-162.
Ahmad Janan Asifudin, 2004. Etos Kerja Islami. Penerbit Universitas
Muhammadiyah Surakarta.
Said Mahmud, 1995. Konsep Amal Saleh dalam al-quran. Disertasi IAIN (Sunan
Kalijaga Yogyakarta).
(1984). “Islamic work ethics”, Hamdard Islamicus, 7(40), 25-35.
Razali Md.Zin. (1988). Ke Arah Pembinaan Etika Kerja Yang Unggul. Jurnal produktiviti, 4-7.
Hassan Ahmad. (1992). Membina Sikap Kerja yang Positif. Dewan Masyarakat, Oktober, 40-41.
Ahmad Berek (Bekas Timbalan Pengarah PDPN), “Kualiti Kerja Melalui Kerjasama
Kakitangan”, nota ceramah, halaman.2.
Ibid, halaman.3.
Mohd Affandi Hassan “Beberapa Prinsip dan Ciri Utama Kepimpinan Dalam Islam”, Jilid 13.
Bil.1/1989,halaman.20.
Nik Mustapha Nik Hassan(1995), nilai Murni dan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam,
kertas kerja Seminar Pengurusan dan Pentadbiran dari Perspektif Islam,KL, 27-28 April, 95.
Syed Othman al-Habshi(1998), islamic Management for Excellence,Revitalizing People for the
Future. KL, INMIND
Abul A’la al-Maududi(1984), Asas-asas Akhlak Gerakan Islam, Ihsan Abdul Ghani,KL: A.S
Noordeen.
41
Asma Abdullah (1993/94), "Value-Based Management and Development: The Malaysia
Paradigm" dalam Halim Shafie (Dr) (ed), INTAN Management Journal, vol. 1, no. 1. KL: INT
AN, hh. 42-45.
Gareth R. Jones (tt), Organizational Theory - Text and Cases, edisi 2. AddisonWesley
Publishing Co., hh. 190-192.
Mohd Affandi Hassan (1992), op.cit, hal. 56.
42
43
44
45
46