Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 1
BAHAGIAN KEWANGAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2011
GARIS PANDUAN
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
RM100 KEPADA MURID
TAHUN 2012
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100
KEPADA MURID TAHUN 2012
1. PENDAHULUAN
Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun
2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan
peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas
Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5
bagi sesi persekolahan tahun 2012.
2. OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal
tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana
pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan
untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada
bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka.
3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1 Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5
sesi persekolahan 2012.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 3
3.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,
Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah
Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
4. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.
5. KADAR
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.
6. TANGGUNGJAWAB JABATAN
6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
6.1.1 Pembayaran bantuan dikredit ke akaun Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK) sekolah melalui Bank Simpanan
Nasional (BSN).
6.1.2 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN
akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan
pembayaran.
6.1.3 Mengeluarkan Surat Siaran pelaksanaan Bantuan Khas
Awal Persekolahan.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 4
6.1.4 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan
pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan yang ditetapkan.
6.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD)
6.2.1 Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai
pelaksanaan bantuan ini.
6.2.2 Melaporkan rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan
Bantuan kepada KPM mengikut tarikh seperti Jadual 1
berikut:
Jadual 1
TARIKH SERAHAN AKUAN
PENERIMAAN/ PENOLAKAN
BAYARAN
TAHUN / TINGKATAN TINDAKAN
10 Disember 2011
Tahun 2 hingga tingkatan 5 sesi 2012
JPN kepada KPM
10 Februari 2012
Tahun 1 sesi 2012
JPN kepada KPM
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 5
6.2.3 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan
pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan yang ditetapkan.
6.3 Sekolah
6.3.1 Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan.
6.3.2 Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke
dalam Buku Tunai KWK di bawah Lajur Pelbagai dengan
menyelenggara Akaun Subsidiari.
6.3.3 Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh
sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke
akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas
nama Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan dikemukakan ke Bahagian
Kewangan KPM.
6.3.4 Mengeluarkan wang bantuan dari bank dan mengagihkan
secara tunai kepada ibu bapa/penjaga/murid. Bantuan
hendaklah diserahkan kepada murid yang layak dalam
tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh
bantuan diterima oleh pihak sekolah.
6.3.5 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN
akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan
pembayaran. Pihak sekolah perlu melantik 3 orang
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 6
pegawai kanan yang diberi kuasa untuk tujuan
pengeluaran wang bantuan dari bank. Maklumat pegawai
berkenaan (nama, nombor kad pengenalan dan jawatan)
hendaklah dikemukakan kepada KPM untuk urusan
pembukaan akaun di BSN.
6.3.6 Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah
TIDAK dibenarkan.
6.3.7 Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani
senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan seperti di
Lampiran 1 yang disaksikan oleh 2 orang guru.
6.3.8 Menghantar rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan
Bantuan kepada JPN seperti Jadual 2 berikut:
Jadual 2
TARIKH SERAHAN
AKUAN PENERIMAAN/
PENOLAKAN
BAYARAN
TAHUN /
TINGKATAN TINDAKAN
28 November 2011 Tahun 2 hingga
tingkatan 5 sesi
2012
Sekolah kepada
PPD/JPN
1 Februari 2012 Tahun 1 sesi 2012 Sekolah kepada
PPD/JPN
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 7
7. TATACARA PENGELUARAN WANG
Tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah
mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.
Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai
seperti berikut :
7.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh
Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru;
atau
7.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru
Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah
keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan
eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu
mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.
8. MURID BERPINDAH SEKOLAH
Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini
kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH
BAYAR BANTUAN KHAS RM100’ pada borang perpindahan
sekolah murid berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya
pertindihan pembayaran Bantuan di sekolah baru nanti.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 8
9. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN
9.1 Kekurangan Peruntukan
Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah
hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada
Kementerian melalui JPN/PPD bersama rumusan Akuan
Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN
kemukakan kepada KPM adalah pada 10 Disember 2011 (bagi
murid tahun 2 hingga tingkatan 5) dan 10 Februari 2012 (bagi
murid tahun 1).
9.2 Lebihan Peruntukan
Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar
hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian
Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan,
Kementerian Pelajaran Malaysia” selewat-lewatnya pada
31 Mac 2012.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 9
10. PENUTUP
10.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan
dan Perakaunan Sekolah.
10.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan
Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi
tujuan pemantauan dan pengauditan.
10.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung
pelaksanaan bantuan ini, JPN/PPD/Sekolah boleh
menghubungi Bahagian Kewangan, KPM di talian
03-8884 7642/ 7643.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 10
LAMPIRAN 1
FORMAT SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN RM100.00
NAMA SEKOLAH : ……………………………………………………….. KOD SEKOLAH : ……………….. ALAMAT SEKOLAH: ………………………………………………………………………………………….. NO. TELEFON/FAX : ………………. PERUNTUKAN DITERIMA : RM…………….. SEKOLAH PERUNTUKAN DIAGIH : RM…………….. LEBIHAN/ KURANGAN : RM …………….
BIL NAMA MURID
MENERIMA /MENOLAK TAWARAN BANTUAN
NAMA PENERIMA NO. KAD
PENGENALAN PENERIMA
TARIKH TANDATANGAN
Tandatangan Guru Pembayar Tandatangan Saksi (Guru) Disahkan Oleh Pengetua / Guru Besar ……………………………… ………………………………… ………………………………….. Nama : ……………………………… Nama : ………………………………… Nama : …………………………………
No. K/P : ……………………………… No. K/P : ………………………………… No. K/P : …………………………………
Cop Sekolah: ……………………….. Cop Sekolah: …………………………… Cop Sekolah: ……………………………
Tarikh: ……………………………… Tarikh: …………………………………. Tarikh: …………………………………
Top Related