GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
2
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT BAGI PARA GRADUAN
MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN
KOLEJ MASA KALI KE-4
Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera
Para Graduan,
MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ MASA
Kolej MASA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tuan/puan menamatkan
pengajian peringkat diploma dalam bidang pengajian masing-masing. Bagi mengiktiraf kejayaan
tuan/puan, Majlis Konvokesyen Kolej MASA akan diadakan di Dewan D, MAEPS, Serdang,
Selangor. Berikut disenaraikan peraturan dan syarat-syarat bagi para graduan menghadiri Majlis
Konvokesyen Kolej MASA kali ke-4.
1.0 PENGESAHAN KEHADIRAN
1.1 Para graduan WAJIB memaklumkan dengan segera pengesahan kehadiran ke
Majlis Konvokesyen kali ke-4 dengan menghantar keratan pengesahan kehadiran
yang terdapat di dalam surat jemputan. Sila sahkan kehadiran anda SEBELUM
ATAU PADA 7 SEPTEMBER 2015 (ISNIN).
1.2 Pengesahan kehadiran hendaklah disertakan dengan salinan bukti pembayaran
yuran yang telah dibuat. Untuk bayaran melalui akaun bank, sila sertakan salinan
yang telah dilengkapkan dengan nama pelajar, ID pelajar dan nombor kad
pengenalan sebagai rujukan.
2.0 PENDAFTARAN
2.1 Para graduan DIWAJIBKAN mendaftar seperti butiran berikut:
Hari : Khamis
Tarikh : 1 Oktober 2015
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor
2.2 Pihak Pengurusan Majlis Konvokesyen berhak untuk menghalang graduan yang
tidak mendaftar pada waktu pendaftaran yang ditetapkan daripada menerima
diploma dalam Majlis Konvokesyen tersebut.
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
3
3.0 MAJLIS KONVOKESYEN
3.1 Majlis Konvokesyen Kolej MASA kali ke-4 akan diadakan pada tarikh 1 Oktober
2015 (Khamis).
3.2 Perarakan masuk graduan ke dalam Dewan Konvokesyen adalah pada jam 2.00
petang.
3.3 Graduan yang lewat TIDAK AKAN dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen
tersebut.
3.4 Graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan semasa majlis berlangsung dan
diminta untuk tidak membuat bising.
4.0 RAPTAI KONVOKESYEN
4.1 Raptai akan diadakan pada 1 Oktober 2015 (Khamis) pada jam 10.00 pagi di
Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor. Para graduan diminta untuk berkumpul
berhampiran pintu masuk dewan setelah selesai mengambil jubah konvokesyen.
5.0 PENYERTAAN GRADUAN DAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
5.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen ini hendaklah dibuat menggunakan
Borang Pengesahan Kehadiran yang telah disertakan bersama dengan surat
jemputan. Borang ini hendaklah dihantar kepada pihak Kolej MASA SEBELUM
ATAU PADA 7 SEPTEMBER 2015 berserta bukti pembayaran yuran.
5.2 Para graduan dikehendaki mengisi borang kajian pengesanan graduan secara atas
talian (‘online’) di http://graduat.mohe.gov.my (boleh mula diisi bermula 7
SEPTEMBER 2015) dan mencetak slip untuk dibawa ketika mengambil jubah.
6.0 KAD KEBENARAN MASUK DEWAN IBU/BAPA/TETAMU
6.1 Setiap graduan akan diberikan DUA (2) keping kad kebenaran masuk dewan
untuk DUA (2) orang tetamu sahaja. Kad kebenaran masuk kepada dua orang
tetamu ini akan diserahkan semasa sesi pendaftaran graduan.
6.2 Ibu/bapa/tetamu yang tidak mempunyai kad kebenaran ini TIDAK akan
dibenarkan memasuki dewan sama sekali.
6.3 Tetamu yang berumur di bawah DUA BELAS (12) tahun tidak dibenarkan masuk
ke dalam dewan.
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
4
6.4 Tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing SEBELUM
jam 1.45 petang.
6.5 Semasa majlis berlangsung, tetamu diminta untuk tidak membuat bising atau
melakukan apa-apa aktiviti/perbuatan yang boleh mengganggu kelancaran
perjalanan majlis.
6.6 Tetamu DILARANG keluar dan masuk dari dewan semasa Majlis Konvokesyen
sedang berlangsung.
6.7 Tetamu diminta agar mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak
jawatankuasa konvokesyen.
7.0 PAKAIAN KONVOKESYEN
7.1 Kod Etika Pakaian Graduan Lelaki
7.1.1 Jubah konvokesyen akan disediakan oleh pihak Kolej MASA.
7.1.2 Graduan dimestikan memakai ‘Lounge Suit’ warna hitam berserta tali
leher atau pakaian kebangsaan (Contoh: Baju Melayu cekak musang
berbutang lengkap dan bersamping) warna hitam dan kasut serta stokin
berwarna hitam.
7.1.3 Graduan tidak dibenarkan melipat atau menggulung lengan baju.
7.1.4 Graduan haruslah memastikan seluar yang dipakai bersesuaian dari segi
lebar, panjang dan warna.
7.1.5 Graduan yang menggunakan tali pinggang harus memastikan saiz kepala
tali pinggang tersebut adalah tidak terlalu besar atau keterlaluan dari segi
reka bentuk/fesyen.
7.1.6 Graduan tidak dibenarkan memakai tali bow (‘bow tie’).
7.1.7 Graduan tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning.
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
5
7.1.8 Graduan dikehendaki memakai kasut kulit hitam yang bersih dan
bersesuaian untuk majlis rasmi konvokesyen. Pemakaian selipar atau
sandal adalah dilarang sama sekali.
7.1.9 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG
daripada menyertai Majlis Konvokesyen.
7.1.10 Sila rujuk Lampiran 1
7.2 Sahsiah Rupa Diri Graduan Lelaki
7.2.1 Graduan hendaklah berambut pendek dan kemas serta tidak mencecah
kolar baju. Graduan adalah DILARANG daripada mewarnakan rambut.
7.2.2 Graduan dibenarkan menyimpan misai atau janggut, tetapi mestilah
kelihatan kemas dan teratur.
7.2.3 Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan
dirias rapi.
7.2.4 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG
daripada menyertai Majlis Konvokesyen.
7.2.5 Sila rujuk Lampiran 2
7.3 Kod Etika Pakaian Graduan Wanita
7.3.1 Jubah konvokesyen akan disediakan oleh pihak Kolej MASA.
7.3.2 Pakaian graduan wanita ialah pakaian kebangsaan seperti baju kurung,
sari, atau sut Punjabi. Pakaian kebangsaan tanpa lengan, berlengan
pendek dan mencolok mata adalah DILARANG.
7.3.3 Pakaian graduan hendaklah berlengan panjang hingga ke pergelangan
tangan dan tanpa belah di bahagian dada atau kaki. Pakaian daripada kain
jenis jarang adalah dilarang. Pakaian tersebut hendaklah tertutup hingga ke
pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang.
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
6
7.3.4 Graduan dibenarkan memakai aksesori yang bersesuaian sahaja. Graduan
yang bertudung hendaklah memakai tudung yang bersesuaian dan tidak
keterlaluan dari segi fesyen.
7.3.5 Graduan dikehendaki memakai kasut hitam bertutup yang bertumit tidak
kurang dari 2 inci dan tidak melebihi 3 inci. Pemakaian selipar atau sandal
adalah dilarang sama sekali.
7.3.6 Bagi tujuan keselamatan dan tujuan-tujuan tertentu yang lain, graduan
wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka seperti
purdah, topeng muka dan lain-lain.
7.3.7 Bagi tujuan keselamatan, graduan dinasihatkan untuk tidak mengenakan
barangan kemas yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu perjalanan
majlis, pemakaian gelang kaki adalah DILARANG.
7.3.8 Graduan tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning.
7.3.9 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG
daripada menyertai Majlis Konvokesyen.
7.3.10 Sila rujuk Lampiran 3
7.4 Sahsiah Rupa Diri Graduan Wanita
7.4.1 Graduan hendaklah berambut kemas serta tidak keterlaluan dari segi
fesyen. Graduan adalah DILARANG daripada mewarnakan rambut.
7.4.2 Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan
dirias rapi.
7.4.3 Graduan dibenarkan untuk mengenakan solekan, tetapi hendaklah
bersesuaian, tidak terlalu tebal atau keterlaluan.
7.4.4 Graduan yang mengenakan fesyen rambut bersanggul hendaklah
memastikan ketinggian sanggul tidak melebihi paras telinga.
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
7
7.4.5 Graduan yang melanggar mana-mana peraturan ini akan DILARANG
daripada menyertai Majlis Konvokesyen.
7.4.6 Sila rujuk Lampiran 4
7.5 Kod Etika Pakaian Tetamu
7.5.1 Para tetamu/ibubapa/penjaga hendaklah memakai pakaian kemas dan
bersopan ketika berada di dalam dewan konvokesyen. Tetamu yang
berpakaian kurang sopan atau menjolok mata tidak akan dibenarkan
memasuki dewan konvokesyen
7.5.2 Para tetamu/ibubapa/penjaga hendaklah memakai kasut yang bersesuaian
dengan majlis. Pemakaian selipar atau sandal adalah dilarang sama sekali.
7.5.3 Sila rujuk Lampiran 5
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
8
LAMPIRAN 1 (Etika Pakaian Graduan Lelaki)
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
9
LAMPIRAN 2 (Sahsiah Rupa Diri Graduan Lelaki)
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
10
LAMPIRAN 3 (Etika Pakaian Graduan Wanita)
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
11
LAMPIRAN 4 (Sahsiah Rupa Diri Graduan Wanita)
LAMPIRAN 5 (Etika Pakaian Tetamu)
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
12
8.0 PERATURAN PEMINJAMAN JUBAH KONVOKESYEN
8.1 Peminjaman Jubah Konvokesyen
8.1.1 Graduan diminta menguruskan peminjaman jubah konvokesyen pada hari
yang telah ditetapkan iaitu pada 1 OKTOBER 2015, JAM 8.30 PAGI –
10.00 PAGI.
8.1.2 Sila bawa bersama Borang Peminjaman Jubah – borang berwarna
MERAH JAMBU (Borang KKM_1/2015) semasa mengambil jubah
konvokesyen.
8.1.3 Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jubah konvokesyen
yang dipinjam. Sebarang kos atau tuntutan ganti rugi yang disebabkan
oleh kerosakan atau kecacatan pada jubah tersebut akan ditanggung
sepenuhnya oleh graduan.
8.2 Pemulangan Jubah Konvokesyen
8.2.1 Jubah konvokesyen WAJIB dipulangkan sebaik sahaja graduan selesai
menerima penganugerahan diploma atau dalam tempoh masa dari jam
5.00 PETANG – 7.00 MALAM, 1 OKTOBER 2015.
8.2.2 Skrol dan transkrip akademik rasmi hanya akan diserahkan setelah
graduan memulangkan jubah konvokesyen seperti yang tertakluk di dalam
syarat-syarat peminjaman dan pemulangan jubah.
8.2.3 Graduan yang gagal memulangkan jubah konvokesyen pada tarikh yang
ditetapkan akan dikenakan denda seperti di bawah:
RM 200.00 (Sewa
Tambahan Sehari)
RM50.00 (Denda Kelewatan) + Caj Sewa
1 hari kelewatan RM 250.00
2 hari kelewatan RM 300.00
3 hari kelewatan RM 350.00
4 hari kelewatan RM 400.00*
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
13
Denda RM 400.00 - graduan akan dianggap berminat untuk membeli
jubah konvokesyen yang dipinjam.
8.2.4 Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut
kadar seperti berikut:
KURSUS JUBAH MORTAR BOARD HOOD
DIPLOMA *RM 400.00 *RM200.00 *RM150.00
Bayaran denda adalah tertakluk kepada pindaan. Pihak Kolej MASA
berhak menukar kadar denda tanpa sebarang notis.
9.0 SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
9.1 Borang Pelepasan Graduan
Graduan diminta melengkapkan Borang Pelepasan Graduan – borang berwarna
HIJAU (Borang KKM_4/2015) sebelum membuat tuntutan sijil dan transkrip
akademik. Borang Pelepasan Graduan ini perlu dibawa semasa proses
pengambilan jubah.
9.2 Borang Pengesahan Identiti Pelajar
Graduan diminta mengisi Borang Pengesahan Identiti Pelajar – borang
berwarna UNGU (Borang KKM_5/2015) untuk tujuan semakan maklumat pelajar
dan menyerahkan borang tersebut semasa proses pengambilan jubah.
9.3 Tuntutan Sijil & Transkrip Akademik
9.3.1 Graduan diminta melengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Sijil –
borang berwarna BIRU (Borang KKM_3/2015) dan Borang
Permohonan Transkrip Akademik – borang berwarna PIC (Borang
KKM_2/2015) bagi proses permohonan tuntutan sijil dan transkrip
akademik.
9.3.2 Sila ambil perhatian bahawa proses tuntutan sijil dan transkrip akademik
rasmi para graduan hanya akan bermula pada 23 NOVEMBER 2015
(ISNIN), JAM 10.00 PAGI. Graduan diminta hadir sendiri ke Kolej
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
14
MASA bermula tarikh tersebut untuk mendapatkan sijil dan transkrip
akademik daripada Biro Hal Ehwal Pelajar. Graduan juga dinasihatkan
untuk menuntut sijil dan transkrip masing-masing dalam tempoh 60 HARI
daripada tempoh berkenaan (23 November 2015) untuk mengelakkan
sebarang kesulitan.
9.3.3 Bagi graduan yang tidak dapat hadir pada Majlis Konvokesyen, anda
dikehendaki menuntut sijil dan transkrip akademik dengan segera. Pihak
Kolej MASA tidak akan bertanggungjawab jika berlaku
kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas sijil dan transkrip akademik
sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 60 HARI selepas Majlis
Konvokesyen berlangsung.
9.3.4 Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil sijil dan transkrip
akademik dengan cara mengemukakan surat perwakilan/kebenaran dan
salinan kad pengenalan graduan kepada pihak Kolej MASA. Graduan juga
perlu mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan orang yang
mewakilkan dalam surat perwakilan/kebenaran serta slip bayaran graduan
yang telah dijelaskan.
9.4 Salinan Asal Sijil & Transkrip Akademik
Setiap graduan hanya layak mendapat satu set asal sijil dan transkrip akademik.
Dokumen-dokumen tersebut hanya akan diberikan sekiranya graduan telah
memulangkan jubah konvokesyen dengan lengkap.
9.5 Kesilapan Pada Sijil Dan Transkrip Akademik
Apabila sijil dan transkrip akademik dituntut, graduan dinasihatkan untuk
menyemak sijil dan transkrip akademik masing-masing dengan teliti. Jika
terdapat sebarang kesilapan pada sijil dan transkrip akademik, graduan perlu
membuat laporan bertulis PADA HARI YANG SAMA graduan menerima sijil
dan transkrip akademik tersebut.
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
15
9.6 Kehilangan Sijil Dan Transkrip
Polisi Kolej MASA menetapkan bahawa sijil asal hanya akan diberikan sekali
sahaja. Jika berlaku kerosakan/kehilangan sijil asal, ia tidak akan diganti.
Graduan dinasihatkan menyimpan sijil dengan sebaik mungkin. Jika berlaku
kerosakan/kehilangan sijil dan transkrip akademik, pihak Kolej MASA hanya
akan memberikan surat pengesahan tamat pengajian sahaja.
9.7 Permohonan Semula Transkrip
Jika graduan kehilangan transkrip akademik, RM 20 akan dikenakan untuk
permohonan percetakan semula transkrip. Bayaran boleh dibuat secara tunai pada
Unit Kewangan Kolej MASA.
9.8 Maklumat Tambahan
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tuntutan sijil dan transkrip akademik,
graduan boleh menghubungi pihak Kolej MASA melalui talian telefon 03-
80623000 atau emel berikut: [email protected]
10.0 GAMBAR KONVOKESYEN
10.1 Pihak Kolej MASA akan menyediakan perkhidmatan jurugambar dan juruvideo
profesional bagi merakam gambar graduan semasa Majlis Konvokesyen sedang
berlangsung di dalam dewan. Oleh yang demikian, graduan dan tetamu adalah
DILARANG daripada mengambil gambar atau merakam video menggunakan
apa-apa alat elektronik seperti kamera, telefon bimbit, dan sebagainya.
10.2 Graduan adalah dibenarkan untuk membawa jurugambar/juruvideo persendirian.
Namun, jurugambar/juruvideo persendirian tidak akan dibenarkan masuk ke
dalam dewan sewaktu Majlis Konvokesyen berlangsung. Perkhidmatan mereka
hanya tertakluk di kawasan luar Dewan Konvokesyen.
11.0 BARANG-BARANG PERSENDIRIAN
11.1 Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang
persendirian seperti komputer riba, kamera, tas tangan dan lain-lain barang
GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA, 2015
16
berharga ke dalam dewan pada hari konvokesyen. Hal ini adalah untuk
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian atau
kerosakan.
11.2 Graduan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang
persendirian masing-masing. Pihak Kolej MASA tidak akan bertanggungjawab
sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecurian yang mungkin berlaku ke
atas barang-barang tuan/puan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.
12.0 KUASA KOLEJ MASA
12.1 Graduan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang dinyatakan di atas boleh
diambil tindakan oleh pihak Kolej MASA dengan tidak membenarkan para
graduan menyertai Majlis Konvokesyen tersebut atau tuntutan sijil dan transkrip
akademik tuan/puan akan dibekukan.
13.0 PERINGATAN
13.1 Graduan/Ibubapa/Tetamu dinasihatkan untuk makan tengahari terlebih dahulu
sebelum memasuki dewan. Pintu dewan akan DITUTUP dan DIKUNCI
sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung untuk mengelakkan sebarang
gangguan terhadap kelancaran perjalanan majlis.
Top Related