1
GARIS PANDUAN PENGIRAAN PEMBAHAGIAN PEROLEHAN PENDAPATAN PENGKOMERSIALAN PRODUK/TEKNOLOGI
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Garis panduan pengiraan pembahagian perolehan pendapatan pengkomersialan produk/teknologi adalah disediakan sebagai rujukan dan panduan umum kepada semua kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi perkara berkait pembahagian kewangan hasil pengkomersialan produk atau teknologi samada dalam bentuk pelesenan teknologi, jualan terus teknologi, jualan terus produk atau apa sahaja pendapatan diperoleh dari aktiviti pengkomersialan selaras dengan Polisi Pengkomersialan UMP.
2.0 PUNCA KUASA BERKAIT
2.1 Penjanaan Pendapatan
Aktiviti penjanaan adalah dibenarkan dan termaktub dalam Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang seperti berikut:
Seksyen 48(1): Kuasa Lembaga untuk mendapatkan dana, menerima hadiah dan sebagainya
“Lembaga boleh bagi pihak universiti mendapatkan dana bagi aktiviti akademik dan penyelidikan universiti dan menerima sebagai pemberian, hadiah dan pemberian berwasiat, subsidi, legasi atau selainnya, harta atau wang bagi membantu kewangan universiti atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditetap olehnya”
2.2 Pengkomersialan
Polisi Pengkomersialan UMP telah dibentangkan ke jawatankuasa-jawatankuasa berkait seperti berikut:-
a. Jawatankuasa Penyelidikan & Pengembangan Ilmu kali ke-40 Bil. 1/2016;
b. Mesyuarat Jawatankuasan Pengurusan Universiti (JKPU) kali ke 98 Bil.4/2016 dan Mesyuarat JKPU kali ke 100 Bil. 6/2016 (sambungan 2);
c. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) kali ke 31 Bil.1/2017; dan
d. Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) Bil. 1/2017.
Polisi Pengkomersialan UMP telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Kali ke-138 Bil. 8/2017 pada 27 November 2017 membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Pengkomersialan UMP.
Perkara berkait pembahagian pendapatan perolehan pengkomersialan adalah diperincikan di dalam Polisi Pengkomersialan UMP.
2
3.0 PEMATUHAN KEPADA PEKELILING DAN SURAT PEKELILING UNIVERSITI
3.1 Garis Panduan ini disediakan selaras dengan Dasar, Pekeliling, Surat Pekeliling dan Peraturan Kewangan & Perakaunan Universiti (PKPU) yang sedang dikuatkuasakan.
3.2 Untuk memastikan garis panduan ini sentiasa sesuai dengan peraturan dan keperluan universiti, ianya tertakluk kepada Pekeliling dan Surat Pekeliling baru daripada semasa ke semasa.
4.0 DEFINISI
4.1 “Kos Pengkomersialan” bermaksud kesemua kos perlu/munasabah dikeluarkan dalam pengkomersialan sesuatu harta intelek, termasuk tetapi tidak terhad kepada:- a. Kos guaman dan pendaftaran harta intelek; b. Kos perundangan; c. Kos sebarang perkhidmatan prosefional yang menyumbang kepada perolehan
Pendapatan Pengkomersialan; d. Kos perjalanan dan penginapan oleh kakitangan UMP atau mana-mana pihak
terlibat; e. Kos cukai; dan f. Apa sahaja perbelanjaan berkait.
4.2 “Pendapatan Pengkomersialan” bermaksud pendapatan diperoleh dari aktiviti
pengkomersialan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:- a. Royalti dibayar dari pelesenan; b. Royalti dibayar dari sub-pelesenan; c. Keseluruhan yuran pelesenan; d. Jualan hak harta intelek; e. Yuran penandatanganan; f. Pembayaran berkala; g. Pembayaran minimum tahunan; h. Pembayaran balik dari pendaftaran harta intelek; i. Dividen dari syer dimiliki UMP atau anak syarikat di dalam syarikat di mana UMP
melesenkan teknologi dan penyelidik tidak mempunyai sebarang ekuiti di dalam syarikat;
j. Jualan syer dimiliki UMP atau anak syarikat di dalam syarikat di mana UMP melesenkan teknologi dan penyelidik tidak mempunyai sebarang ekuiti di dalam syarikat;
k. Ganti rugi kerosakan dari sebarang prosiding.
4.3 “Pendapatan Bersih Pengkomersialan” bermaksud perolehan bersih setelah nilai kasar Pendapatan Pengkomersialan ditolak dengan Perbelanjaan.
4.4 “Perbelanjaan” bermaksud kesemua kos perlu/munasabah dikeluarkan dalam pengkomersialan sesuatu harta intelek termasuk pemfailan harta intelek, pendaftaran, yuran guaman, insurans harta intelek, kos penyelenggaraan harta intelek, kos pemasaran dan pelesenan, kos pentadbiran dana pa sahaja kos dikeluarkan dalam pengkomersialan sesuatu harta intelek.
3
5.0 PENGIRAAN PEMBAHAGIAN PENDAPATAN BERSIH PENGKOMERSIALAN
5.1 Peratusan agihan pendapatan di antara penyelidik-penyelidik perlu dipersetujui penyelidik-penyelidik menerusi penandatanganan Borang Agihan Pendapatan IP (IP Income Distribution Form) sebagaimana Appendix 1. Borang Agihan Pendapatan IP yang dilengkapkan perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Pengkomersialan sebelum agihan kewangan dibuat.
5.2 Jadual 1 menunjukkan contoh persetujuan agihan pendapatan di antara penyelidik-penyelidik:-
Jadual 1: Contoh persetujuan agihan pendapatan di antara penyelidik-penyelidik (nama penyelidik adalah rekaan untuk tujuan penerangan contoh semata-mata)
Nama Peratusan sumbangan kepada harta intelek
Butiran sumbangan
Peratusan Dipersetujui
Untuk Agihan Kewangan
Tandatangan
Dr. X 50% Ujian makmal dan lapangan
55%
Dr. Y 30% Ujian makmal dan lapangan
35%
Dr. Z 20% Rangka eksperimen
10%
Total 100% 100%
Nota:
a. Penyelidik boleh mengemukakan peratusan agihan kewangan berbeza dari peratusan sumbangan kepada harta intelek, tertakluk kepada persetujuan bersama kesemua penyelidik dengan menurunkan tandatangan di ruang yang disediakan;
b. Fleksibiliti untuk persetujuan bersama peratusan agihan kewangan adalah mengambil kira komitmen dan usaha yang mungkin berbeza di antara penyelidik-penyelidik bagi prose pengkomersialan;
c. Agihan kewangan cuma akan dibuat sekiranya kesemua penyelidik-penyelidik telah menandatangani persetujuan agihan kewangan di Borang Agihan Pendapatan IP (IP Income Distribution Form).
5.3 Merujuk kepada Polisi Pengkomersialan UMP, agihan kewangan dari Pendapatan Bersih Pengkomersialan adalah seperti Jadual 2 berikut:-
No. Pendapatan Bersih Pengkomersialan Pembahagian
Penyelidik UMP + UMPH
1 RM100,000.00 pertama 80% 20%
2 RM100,000.00 – RM1,000,000.00 70% 30%
3 RM1,000,001.00 – RM2,500,000.00 60% 40%
4 RM2,500,001.00 ke atas 50% 50%
4
5.4 Contoh pengiraan pembahagian adalah seperti Jadual 3 berikut
Jadual 3: Contoh pengiraan pembahagian Pendapatan Bersih Pengkomersialan
No. Perkara Butiran
1 Pendapatan Pengkomersialan RM100,000
2 Kos Pengkomersialan dan Perbelanjaan
Kos harta intelek – RM15,000 Kos pengurusan – RM5,000
Total – RM20,000
3 Pendapatan Bersih Pengkomersialan
Pendapatan Pengkomersialan tolak Kos Pengkomersialan dan Perbelanjaan -
= RM100,000 – RM20,000 =RM80,000
4 Pembahagian Pendapatan Bersih Pengkomersialan
UMP Nilai pendapatan bersih pengkomersialan adalah di bawah RM100,000.00, maka peratusan agihan kepada UMP adalah 20% sebagaimana Perkara 5.2 Polisi Pengkomersialan 20% x RM80,000.00 = RM16,000.00 Penyelidik – Penyelidik Nilai pendapatan bersih pengkomersialan adalah di bawah RM100,000.00, maka peratusan agihan kepada penyelidik-penyelidi adalah 80% sebagaimana Perkara 5.2 Polisi Pengkomersialan 80% x RM80,000.00 = RM64,000.00 Menggunakan contoh di Jadual 1, agihan di antara penyelidik-penyelidik adalah sebagaimana butiran Borang Agihan Pendapatan IP yang diperakukan Jawatankuasa Pengkomersialan seperti berikut:-
Penyelidik % Agihan
Nilai Agihan
Dr. X 55% RM35,200.00
Dr. Y 35% RM22,400.00
Dr. Z 10% RM6,400.00
JUMLAH RM64,000.00
5.5 Pengiraan yang lebih teliti melibatkan kos pengeluaran produk sekiranya menggunakan geran penyelidikan pra-pengkomersialan UMP, pembayaran yuran pelesenan dan royalti adalah diterangkan dalam seksyen-seksyen seterusnya.
5
6.0 PENGIRAAN KOS PENGELUARAN PRODUK MELALUI GERAN PENYELIDIKAN AKTIVITI PRA-PENGKOMERSIALAN UMP
6.1 Geran penyelidikan UMP yang membantu pembangunan dan pengeluaran produk bagi aktiviti peringkat pra-pengkomersialan dan pengkomersialan adalah seperti berikut:-
a. Geran Pra-Pengkomersialan UMP; b. Geran Lab2Market; dan
c. Geran UMP-Community Technology Solution Fund.
6.2 Aktiviti Pengkomersialan
Secara amnya, terdapat dua aktiviti utama yang menggunakan geran penyelidikan pengkomersialan berdasarkan tahap kesediaan teknologi (Technology Readiness Level – TRL) iaitu:- a. Kos pembangunan produk – kos yang merangkumi kerja merekabentuk, upah
penyelidikan, uji lari, pentauliahan, kajian pasaran dan sebagainya yang berkait mengoptimumkan proses pembangunan produk i.e. Productisation; dan
b. Kos pengeluaran produk untuk jualan – kos yang merangkumi bahan mentah, upah pekerja, utiliti, sewaan bagi kerja-kerja pengeluaran, perjalanan dan pengangkutan, promosi dan sebagainya yang berkait bertujuan untuk menghasilkan unit produk untuk jualan.
6.3 Pelarasan kos pengeluaran produk cuma melibatkan perbelanjaan pengeluaran produk
yang berjaya dijual atau menghasilkan pendapatan sahaja.
6.4 Urus tadbir kewangan bagi aktiviti pengeluaran produk jualan adalah melalui Tabung Amanah Pengkomersialan dan Hasil Komersial Produk Penyelidikan
6.5 Hasil dan modal yang ditempatkan di bawah tabung tersebut boleh digunakan bagi kos pembangunan dan pengeluaran untuk produk yang sama atau bagi pengeluaran produk baru bagi IP yang sama atau IP kembangan.
6.6 Pengiraan kewangan dan pengesahan berkait pembahagian kewangan dari jualan produk
teknologi UMP diuruskan Jabatan Penyelidikan & Inovasi yang difikirkan lebih relevan. Pembahagian seterusnya perlu diluluskan Jawatankuasa Penetapan Harga Produk Teknologi UMP sebelum agihan kewangan dibuat kepada penyelidik,
6.7 Contoh pengiraan kos bagi tadbir urus kewangan pelarasan kos pengeluaran produk yang dihasilkan menggunakan geran penyelidikan UMP adalah seperti jadual 4 di bawah.
6
Jadual 4: Ilustrasi Pengiraan Pendapatan Bersih Kos Pengeluaran Produk
PENDAPATAN PERBELANJAAN
PENDAPATAN KASAR JUALAN RM110,000.00 KOS PEMBANGUNAN PRODUK
Merekabentuk RM30,000.00
Upah Penyelidikan
Ujian makmal
Pentauliahan
Kajian pasaran
KOS PENGELUARAN PRODUK
Bahan mentah RM20,000.00
Upah Pekerja
Utiliti
Perjalanan dan pengangkutan
Sewaan Peralatan untuk Pengeluaran
Promosi
PENDAPATAN BERSIH UNTUK
AGIHAN = PENDAPATAN KASAR
RM90,000.00 JUMLAH PERBELANJAAN (dana
yang diperuntukkan oleh universiti
RM50,000.00
7
JUALAN – KOS PENGELUARAN
PRODUK
(pendapatan bersih akan diagihkan
mengikut pembahagian hasil
pendapatan seperti di Polisi
Pengkomersialan)
sebagai modal pendahuluan iaitu
geran pra – pengkomersialan)
Nota:
1. Dari contoh di atas, kos pengeluaran produk (RM20,000.00) akan ditolak dari jualan kasar dan akan ditadbir urus oleh Tabung Amanah Pengkomersialan dan Hasil Komersial Produk Penyelidikan.
2. Dari contoh di atas, pendapatan bersih (RM90,000.00) akan diagihkan sebagaimana polisi Pengkomersialan UMP – bagi pendapatan bersih di bawah RM100,000.00, 80% kepada Akaun Penyelidik manakala 20% kepada tabung yang akan ditubuhkan di bawah pengurusan JP&I.
8
7.0 PENGIRAAN KOS HARTA INTELEK SEBAGAI KOS PENGKOMERSIALAN DAN PERBELANJAAN
7.1 Kos berkait harta intelek hanya akan ditolak sekiranya harta intelek berkenaan dilesenkan,
dijual atau dicagar atau apa sahaja mekanisme yang melibatkan pemberian hak oleh UMP kepada pihak ketiga untuk pembuatan produk atau pengaplikasian harta intelek berkenaan ke mana-mana sistem produk atau teknologi.
7.2 Kos berkait harta intelek tidak akan ditolak dari Pendapatan Pengkomersialan sekiranya pendapatan adalah melalui jualan runcit, aktiviti validasi pasaran atau mekanisme yang tidak melibatkan pemberian hak oleh UMP kepada pihak ketiga untuk pembuatan produk atau pengaplikasian harta intelek berkenaan ke mana-mana sistem produk atau teknologi.
“Jualan Runcit” adalah merujuk kepada jualan terus produk teknologi melalui UMP “Aktiviti Validasi Pasaran” adalah merujuk kepada aktiviti jualan produk peringkat awal pengkomersialan di mana pihak ketiga diberikan hak untuk menjual, mempromosi, memasarkan atau apa sahaja aktiviti untuk membawa produk teknologi UMP ke pasaran tanpa diberikan hak oleh UMP untuk pembuatan produk atau pengaplikasian harta intelek berkenaan ke mana-mana sistem produk atau teknologi.
7.3 Contoh pengiraan melibatkan kos harta intelek sebagai kos pengkomersialan dan perbelanjaan adalah seperti jadual 5 di bawah.
Jadual 5: Contoh pengiraan melibatkan kos harta intelek pembahagian Pendapatan Bersih Pengkomersialan
No. Perkara Butiran
1 Pendapatan Pengkomersialan
Yuran Pelesenan - RM100,000
2 Kos Pengkomersialan dan Perbelanjaan
Kos harta intelek – RM15,000 Kos pengurusan – RM5,000
Total – RM20,000
3 Pendapatan Bersih Pengkomersialan
Pendapatan Pengkomersialan tolak Kos Pengkomersialan dan Perbelanjaan -
= RM100,000 – RM20,000 =RM80,000
4 Pembahagian Pendapatan Bersih Pengkomersialan
UMP Nilai pendapatan bersih pengkomersialan adalah di bawah RM100,000.00, maka peratusan agihan kepada UMP adalah 20% sebagaimana Perkara 5.2 Polisi Pengkomersialan 20% x RM80,000.00 = RM16,000.00 Penyelidik – Penyelidik Nilai pendapatan bersih pengkomersialan adalah di bawah RM100,000.00, maka peratusan agihan kepada penyelidik-penyelidi adalah 80% sebagaimana Perkara 5.2 Polisi Pengkomersialan 80% x RM80,000.00 = RM64,000.00
9
8.0 PROSEDUR OPERASI STANDARD (STANDARD OPERATION PROCEDURE – SOP) PEMBAHAGIAN PEROLEHAN PENDAPATAN PENGKOMERSIALAN PRODUK/TEKNOLOGI
8.1 Prosedur Operasi Standard (Standard Operation Procedure - SOP) bagi proses berkait pembahagian perolehan pendapatan pengkomersialan produk/teknologi adalah dilampirkan sebagai Lampiran 2-4.
Jadual 3: SOP berkait pembahagian perolehan pendapatan pengkomersialan
produk/teknologi
No. SOP Rangkuman Catatan
1 SOP Proses Permohonan Tuntutan Bayaran Pembahagian Pendapatan Kos Pengeluaran Produk Jualan Melalui Geran Penyelidikan Aktiviti Pra-Pengkomersialan UMP dan Pembahagian Pendapatan Daripadanya
Proses dari permohonan tuntutan pembahagian oleh penyelidik, pengiraan hingga penyaluran kewangan
Sila rujuk Lampiran 2
2 SOP Pembahagian Pendapatan Pengkomersialan (Yuran Pelesenan/Jualan Teknologi/Royalti)
Proses dari pengesahan perolehan pendapatan pengkomersialan, pengiraan hingga penyaluran kewangan
Sila rujuk Lampiran 3
3 SOP Perekodan Transaksi Kewangan Berkait Proses Pengkomersialan
Proses dari pemakluman perolehan pendapatan pengkomersialan, pengesahan hingga penyimpanan maklumat
Sila rujuk Lampiran 4
10
Lampiran 1: Borang Pembahagian Pendapatan Pengkomersialan UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG IP INCOME DISTRIBUTION FORM Project Number: _____________________________________ 1. This form should be completed by all Originators and Contributors of IP of UMP (Originators
and Contributors include Employees, Students and Associates of UMP).
2. UMP requires Originators and Contributors of IP to agree among themselves the proportion of commercialisation income to which each will be entitled, from the net revenue payable to them under the University’s revenue-sharing scheme.
3. Originators and Contributors are requested to state below the relative percentage share of each Originator’s benefits due to each.
4. The percentage share will be used to assist negotiations of revenue-sharing agreements with external sponsors of research who supported the work which led to the creation of the IP in question (where such sponsors require a revenue share).
5. The percentage shares will also be used as the basis for revenue-sharing arrangements between UMP and other collaborating institutions if any, where one or more of the Originators and Contributors are employed by (or students of) another university.
Working Title of the IP: ______________________________________________________________________ If there is a patent/ trademark/ industrial design application, please give the corresponding application number, title and classification details (if available): ______________________________________________________________________
11
Agreement by the Originators
We, the undersigned, agree that our individual contributions to the IP named above ae, at the
time of signature, as follows:
Name Percentage of Contribution
Agreed Percentage for Income Distribution
Details of Contribution
Signature
Total 100% 100%
Note:-
1. Originators must be according to the definition provided in the applicable IP law and
legislation.
Originators/ Contributors details Originator 1: Full Name : Title (Professor / Dr / etc) : NRIC / ID No. / Passport No. : Permanent Address : Tel No. and Mobile No. : E-mail address : Nationality : Name of Dept / Faculty or Organisation Originator 2: Full Name : Title (Professor / Dr / etc) : NRIC / ID No. / Passport No. : Permanent Address : Tel No. and Mobile No. : E-mail address : Nationality : Name of Dept / Faculty or Organisation
12
Lampiran 2: Proses Permohonan Tuntutan Bayaran Pembahagian Pendapatan Kos Pengeluaran Produk Jualan Melalui Geran Penyelidikan Aktiviti Pra-Pengkomersialan Universiti Malaysia Pahang dan Pembahagian Pendapatan Daripadanya
Proses Kerja Jangkamasa Dokumen Rujukan
JPI: Jabatan Penyelidikan & Inovasi UMP
Ketua Projek
2 hari bekerja
3 hari bekerja
Sekali sebulan
3 hari bekerja
Bendahari 3 hari bekerja
2. Bahagian kewangan UMP disalurkan
ke Tabung Amanah Pengkomersialan
Penolong
Pendaftar
Sekali setiap 3
bulan
1. Kertas kerja cadangan pembahagian
kewangan
Timbalan Naib
Canselor (P&I)1. Surat arahan dengan kepala surat JPI
1. Pembayaran ke akaun bank pemohon
5. Salinan "IP Income Distribution Form"
ditandatangani penyelidik-penyelidik
1. Pengesahan maklumat adalah
berdasarkan garis panduan dan Polisi
Pengkomersialan UMPPenolong
Pendaftar
Penolong
Pendaftar
/
Penyelidik
1.Pembahagian pendapatan adalah
berdasarkan garis panduan dan Polisi
Pengkomersialan UMP
2. Kertas kerja cadangan pembahagian
kewangan
Tanggungjawab
1. Borang Permohonan pengeluaran duit
Tabung Amanah
2. Borang Pengurusan Geran (BPG)
ditandatangani Dekan Fakulti
3. Pengiraan pendapatan, kos dan
agihan kewangan
Pembantu
Tadbir
4. Bukti transaksi kewangan i.e. resit
transaksi
Permohonan
Mula
Semakan JPI
Pengesahan Maklumat
Lengkap
Lengkap
Bentang kertas kerja ke Jawatankuasa Penetapan
Harga Produk Teknologi UMP
Lengkap
Bentang kertas kerja ke Jawatankuasa
Pengkomersialan UMP
Lengkap
Lulus
Keluarkan surat arahan kepada Jabatan Bendahari untuk pembayaran dan agihan
Lulus
Proses pembayaran olehJabatan Bendahari
Lulus
TAMAT
Tidak
Kelulusan Kertas Kerja
13
Lampiran 3: Pembahagian Pendapatan Pengkomersialan (Yuran Pelesenan/Jualan Teknologi/Royalti)
Tanggungjawab Proses Kerja Jangkamasa Dokumen Rujukan
JPI: Jabatan Penyelidikan & Inovasi UMP
Bendahari
2. Bahagian kewangan UMP
disalurkan ke Tabung
Amanah Pengkomersialan
Timbalan Naib
Canselor
(Penyelidikan &
Inovasi)
3 hari
bekerja
1. Surat arahan dengan
kepala surat JPI
3 hari
bekerja
1. Pembayaran ke akaun
bank pemohon
2. Kertas kerja cadangan
pembahagian kewangan
Sekali
setiap 3
bulan
1. Kertas kerja cadangan
pembahagian kewanganPenolong
Pendaftar
4. Salinan "IP Income Distribution
Form" ditandatangani penyelidik-
penyelidik
1. Pengesahan maklumat adalah
berdasarkan garis panduan dan Polisi
Pengkomersialan UMP
3 hari
bekerja
Penolong
Pendaftar /
Penyelidik
Sekali
sebulan
1.Pembahagian pendapatan
adalah berdasarkan garis
panduan dan Polisi
Pengkomersialan UMP
Penolong
Pendaftar
2 hari
bekerja
1. Bukti transaksi kewangan i.e. resit
transaksi kewangan
2. Salinan Perjanjian Pengkomersialan
3. Pengiraan pendapatan, kos dan
agihan kewangan
Dapatkan Bukti Pembayaran
Mula
Pengesahan Maklumat
Lengkap
Maklumat Sah
Bentang kertas kerja ke Jawatankuasa Penetapan
Harga Produk Teknologi UMP
Lengkap
Bentang kertas kerja ke Jawatankuasa
Pengkomersialan UMP
Kelulusan Kertas Kerja
Lengkap
Lulus
Keluarkan surat arahan kepada Jabatan Bendahari untuk pembayaran dan agihan
Lulus
Proses pembayaran olehJabatan Bendahari
Lulus
TAMAT
Tidak
14
Lampiran 4: Perekodan Transaksi Kewangan Berkait Proses Pengkomersialan
Tanggungjawab Proses Kerja Jangkamasa Dokumen Rujukan
JPI: Jabatan Penyelidikan & Inovasi UMP
2 hari bekerja
2 hari bekerja
Penolong
Pendaftar1 hari bekerja
4 hari bekerja
1. Surat pemakluman dengan kepala
surat JPI
Pegawai
Kewangan1. Salinan rekod kewangan
dikemaskini dikemukakan kepada JPI
2. Resit transaksi kepada pembayar
Pembantu
Tadbir 1. Perjanjian Pelesenan / Jualan Terus
Teknologi / Dokumen berkait aturan
jualan (minit mesyuarat dari
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan
Harga Produk Teknologi UMP)
2. Bukti transaksi kewangan i.e. resit
transaksi Fakulti
1. Pengesahan maklumat adalah
berdasarkan garis panduan dan Polisi
Pengkomersialan UMPPenolong
Pendaftar
Dapatkan Bukti Pembayaran
Mula
Pengesahan Maklumat
Lengkap
Maklumat Sah
Maklumkan Jabatan Bendahari Berkenaan Transaksi Kewangan
Lengkap
Jabatan Bendahari kemaskini rekod kewangan dan keluarkan
resit transaksi kepada pembayar
TAMAT
Maklumat Tidak Sah
Top Related