GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
1 |25
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
(LATIHAN DAN CUTI BELAJAR)
BAHAGIAN 1
Tujuan
1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tentang prosedur dan proses pecah
kontrak serta tuntutan gantirugi bagi staf UPM (Akademik & Bukan Akademik) dan Tenaga
Akademik Muda (TAM) yang telah menggunakan kemudahan cuti belajar dan mengikuti
latihan yang merangkumi semua peringkat pengajian.
Latar Belakang
2. Saban tahun UPM menghantar staf UPM (Akademik & Bukan Akademik) dan Tenaga
Akademik Muda (TAM) melanjutkan pengajian bagi mendapatkan kelayakan akademik di
peringkat sijil, diploma dan sarjana muda, sarjana (Masters) dan kedoktoran (Ph.D).
Penajaan terdiri daripada berikut:
(a) Biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB) dan Skim Latihan Akademik IPTA
(SLAI) oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi khusus bagi bakal pensyarah;
(b) Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi
pegawai bukan akademik;
(c) Tajaan biasiswa oleh UPM kepada staf yang berkelayakan; dan
(d) Tajaan biasiswa oleh pihak luar.
3. Selain daripada cuti belajar, UPM juga menawarkan program latihan seperti latihan pasca-
kedoktoran, cuti sabatikal, latihan sub-kepakaran, latihan Pengkhusan/Program Diploma
Lanjutan (Pos Basik) dan latihan yang melebihi daripada 3 bulan seperti program latihan
sangkutan dan latihan profesional di mana terdapat dokumen perjanjian yang perlu
ditandatangani.
Justifikasi
4. Garis Panduan tindakan pecah kontrak dan tuntutan gantirugi diwujudkan bagi
memastikan:
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
2 |25
(a) Staf/tutor/TAM komited untuk menamatkan pengajian dengan jayanya dalam
jangkamasa yang telah diluluskan atau mereka akan dikenakan tindakan pecah
kontrak;
(b) universiti dapat menuntut ganti rugi daripada staf yang gagal menyempurnakan
pengajian/latihan yang diluluskan dan Universiti mendapat pulangan sewajarnya;
dan
(c) pegawai bertanggungjawab melaksanakan tuntutan dan mempunyai dokumen
rujukan yang jelas berkenaan dengan cara pelaksanaannya.
Takrifan Latihan dan Cuti Belajar
5. “Latihan” bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin,
bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan
tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran
seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang
seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan
kecemerlangan organisasi yang merangkumi latihan jangka pendek, sederhana dan
jangka panjang.
6. “Cuti Belajar” (dalam Perintah Am Bab C 1974 disebut sebagai Cuti Berkursus) bermakna
cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus
jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh
tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira
sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Di UPM kategori Cuti Belajar
dibahagikan seperti berikut:
(a) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBDB)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai
untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai
dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut
syarat dan peraturan yang ditetapkan dengan biasiswa.
(b) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBTB)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai
untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
3 |25
dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut
syarat dan peraturan yang ditetapkan dengan tanpa biasiswa.
(c) Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai
untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai
dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan atas kadar
separuh mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.
(d) Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai
untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai
tidak dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan
mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Tindakan Pecah Kontrak dan Tuntutan Gantirugi
7. Secara amnya, tindakan pecah kontrak dan tuntutan gantirugi akan dilaksanakan jika
berlaku salah satu keadaan berikut:
(a) Bagi yang mendapat kemudahan cuti belajar, telah gagal menyempurnakan
pengajian dan tidak berjaya mendapat kelayakan akademik dalam tempoh
yang ditetapkan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam dokumen
perjanjian atau dalam tempoh lanjutan yang diluluskan oleh pihak universiti; atau
(b) Bagi yang mendapat kemudahan latihan, gagal menyempurnakan latihan yang
berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan dan diluluskan sepertimana yang telah
diperuntukkan dalam dokumen perjanjian atau dalam tempoh lanjutan yang
diluluskan oleh pihak universiti; atau
(c) Bersara wajib / pilihan sebelum tamat tempoh ikatan kontrak perkhidmatan
dengan UPM; atau
(d) Meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan sebelum tamat tempoh ikatan
kontrak perkhidmatan dengan UPM; dan
(e) Bagi staf yang dipinjamkan ke agensi lain dan memutuskan untuk membuat
pertukaran tetap ke agensi peminjam, sepanjang tempoh peminjaman tersebut,
perkhidmatan pegawai tidak diambilkira sebagai membayar semula tempoh
kontrak perkhidmatan bagi cuti belajar/latihan yang telah digunakan.
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
4 |25
BAHAGIAN II
Penentuan Jumlah Tuntutan Gantirugi Berdasarkan Program Pengajian / Latihan
8. Jumlah tuntutan dalam jadual di bawah adalah berdasarkan Lampiran Jumlah Tuntutan Gantirugi Biasiswa/Hadiah Latihan Persekutuan
(Berkuatkuasa mulai 2 Julai 2003) yang digunapakai oleh pihak UPM.
(a) Program Pasca Siswazah - Staf
PROGRAM KATEGORI CUTI TEMPOH
PENGAJIAN
TEMPOH IKATAN PERKHIDMATAN
(TAHUN)
DALAM/LUAR NEGARA NEGARA
Sarjana CBDB UPM 3 bulan – 1
tahun
2 kali ganda tempoh cuti belajar yang diluluskan
atau minima ikatan adalah selama 5 tahun
(yang mana lebih tinggi).
RM40,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan
dan kos sebenar yang dibelanjakan oleh
universiti ATAU mengikut jumlah keseluruhan kos
luar negara serta elaun dalam perkhidmatan
(mana yang tertinggi).
CBTB
(biasiswa luar)
1 tahun – 2
tahun
RM100,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan
dan kos sebenar yang dibelanjakan oleh
universiti.
Sarjana CBDB UPM 2 – 3 tahun 2 kali ganda tempoh cuti belajar yang diluluskan
atau minima ikatan adalah selama 5 tahun
(yang mana lebih tinggi).
RM120,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan
dan kos sebenar yang dibelanjakan oleh
universiti ATAU mengikut jumlah keseluruhan kos
luar negara serta elaun dalam perkhidmatan
(mana yang tertinggi).
CBTB
(biasiswa luar)
2 – 3 tahun RM60,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan
dan kos sebenar yang dibelanjakan oleh
universiti.
Ph.D CBDB UPM 3 bulan – 1
tahun
2 kali ganda tempoh cuti belajar yang diluluskan
atau minima ikatan adalah selama 5 tahun
RM25,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan
dan kos sebenar yang dibelanjakan oleh
universiti ATAU mengikut jumlah keseluruhan kos
luar negara serta elaun dalam perkhidmatan
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
5 |25
PROGRAM KATEGORI CUTI TEMPOH
PENGAJIAN
TEMPOH IKATAN PERKHIDMATAN
(TAHUN)
DALAM/LUAR NEGARA NEGARA
(yang mana lebih tinggi).
(mana yang tertinggi).
CBTB
(biasiswa luar)
1 tahun – 2
tahun
RM50,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan
dan kos sebenar yang dibelanjakan oleh
universiti.
Ph.D CBDB UPM 3 – 4 tahun 2 kali ganda tempoh cuti belajar yang diluluskan
atau minima ikatan adalah selama 5 tahun
(yang mana lebih tinggi).
RM160,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan
dan kos sebenar yang dibelanjakan oleh
universiti ATAU mengikut jumlah keseluruhan kos
luar negara serta elaun dalam perkhidmatan
(mana yang tertinggi).
CBTB
(biasiswa luar)
3 – 4 tahun RM80,000.00 serta elaun dalam perkhidmatan
dan kos sebenar yang dibelanjakan oleh
universiti.
Nota:
(i) Tuntutan gantirugi bermula pada bulan ke 25 selepas pegawai melapor diri dari cuti belajar (Minit JPU 594.04)
(ii) Tuntutan hendaklah mengambilkira bilangan hari staf berkhidmat dalam tempoh 24 bulan (staf tetap)
(iii) Tuntutan hendaklah mengambilkira bilangan hari staf berkhidmat dalam tempoh 12 bulan (Tutor)
(b) Program Pasca Siswazah - Tenaga Akademik Muda
PROGRAM PENAJAAN TEMPOH
PENGAJIAN
TEMPOH IKATAN PERKHIDMATAN
(TAHUN)
DALAM/LUAR NEGARA
Sarjana UPM 3 bulan – 1
tahun
2 kali ganda tempoh cuti belajar yang diluluskan atau
minima ikatan adalah selama 5 tahun (yang mana
lebih tinggi).
RM150,000.00 ATAU mengikut jumlah
keseluruhan kos luar negara (mana yang
tertinggi)
Biasiswa
Luar
1 tahun – 2
tahun
2 kali ganda tempoh cuti belajar yang diluluskan atau
minima ikatan adalah selama 5 tahun (yang mana
lebih tinggi).
RM150,000.00 ATAU mengikut jumlah
keseluruhan kos luar negara (mana yang
tertinggi)
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
6 |25
PROGRAM PENAJAAN TEMPOH
PENGAJIAN
TEMPOH IKATAN PERKHIDMATAN
(TAHUN)
DALAM/LUAR NEGARA
Sarjana UPM 2 – 3 tahun 2 kali ganda tempoh cuti belajar yang diluluskan atau
minima ikatan adalah selama 5 tahun (yang mana
lebih tinggi).
RM150,000.00 ATAU mengikut jumlah
keseluruhan kos luar negara (mana yang
tertinggi)
Biasiswa
luar
2 – 3 tahun
Ph.D UPM 3 – 4 tahun 2 kali ganda tempoh cuti belajar yang diluluskan atau
minima ikatan adalah selama 5 tahun (yang mana
lebih tinggi).
RM150,000.00 ATAU mengikut jumlah
keseluruhan kos luar negara (mana yang
tertinggi).
Biasiswa
luar
3 – 4 tahun
Nota: Ikatan perjanjian bermula apabila TAM mula melapor diri ke jawatan yang ditawarkan oleh UPM.
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
7 |25
(c) Program Pra-Siswazah dan Sijil Akademik - Staf
PROGRAM KATEGORI
CUTI
TEMPOH PENGAJIAN TEMPOH IKATAN
PERKHIDMATAN (TAHUN)
JUMLAH GANTIRUGI
DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Sijil /
Diploma
CBDB UPM >3 bulan – 1 tahun 2 kali ganda tempoh cuti
belajar yang diluluskan dan
minima ikatan
perkhidmatan adalah
selama 12 bulan (yang
mana lebih tinggi).
RM40,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
Jumlah gantirugi dalam
negara ATAU mengikut
jumlah keseluruhan kos
luar negara serta elaun
dalam perkhidmatan,
mana yang lebih tinggi.
>1 – 2 tahun RM100,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
>2 tahun – 3 tahun RM120,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
CBTB /
biasiswa luar
3 – 6 bulan RM25,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan >6 – 12 bulan
Sarjana
Pertama
CBDB UPM 1 – 2 tahun 2 kali ganda tempoh cuti
belajar yang diluluskan dan
minima ikatan
perkhidmatan adalah
selama 12 bulan (yang
mana lebih tinggi).
RM100,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
>2 tahun – 3 tahun RM120,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
> 3 tahun RM160,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
Sarjana
Pertama
CBDB/
Biasiswa Luar
>3 bulan – 1 tahun 2 kali ganda tempoh cuti
belajar yang diluluskan dan
minima ikatan
perkhidmatan adalah
selama 12 bulan (yang
mana lebih tinggi).
RM25,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
Jumlah gantirugi dalam
negara ATAU mengikut
jumlah keseluruhan kos
luar negara serta elaun
dalam perkhidmatan,
mana yang lebih tinggi.
>1 – 2 tahun RM50,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
> 2 tahun – 3 tahun RM60,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
> 3 tahun RM80,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
8 |25
(d) Program Latihan Profesional dan Latihan Sangkutan
Jenis Latihan Kategori Latihan TEMPOH TEMPOH IKATAN PERKHIDMATAN
(TAHUN)
JUMLAH GANTIRUGI
DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Latihan
Profesional
Sepenuh Masa
dan Bergaji
Penuh
Melebihi 3 – 6 bulan 2 kali ganda tempoh latihan yang
diluluskan (yang mana lebih
tinggi).
RM25,000.00 serta elaun
dalam perkhidmatan
Tuntutan dalam negara
ATAU kos sebenar
termasuk elaun dalam
perkhidmatan yang
mana lebih tinggi
7 – 12 bulan
Melebihi 1 tahun – 2
tahun
RM50,000.00 serta elaun
dalam perkhidmatan
Separuh Masa
dan Bergaji
Penuh
Melebihi 3 – 6 bulan
sehingga kurang dari 7
bulan
Minimum tempoh ikatan
perkhidmatan adalah selama 12
bulan.
RM12,500.00 serta elaun
dalam perkhidmatan
3 – 2 tahun RM25,000.00 serta elaun
dalam perkhidmatan
Latihan
Sangkutan
Sepenuh Masa
dan Bergaji
Penuh
3 – 6 bulan RM40,000.00 serta elaun
dalam perkhidmatan
Tuntutan dalam negara
ATAU kos sebenar
termasuk elaun dalam
perkhidmatan yang
mana lebih tinggi
Separuh Masa
dan Bergaji
Penuh
RM20,000.00 serta elaun
dalam perkhidmatan -
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
9 |25
(e) Program latihan yang melebihi 3 bulan
Kategori Latihan TEMPOH TEMPOH IKATAN PERJANJIAN
(TAHUN)
JUMLAH GANTIRUGI
DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Latihan Secara
Sepenuh Masa
dan Bergaji
Penuh
Melebihi 3 – 12
bulan
Minimum tempoh ikatan perjanjian
adalah selama 12 bulan ATAU 2 kali
ganda tempoh latihan yang
diluluskan.
RM25,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
Jumlah gantirugi dalam negara ATAU
mengikut keseluruhan kos luar negara
serta elaun dalam perkhidmatan yang
mana lebih tinggi.
1 tahun – 2 tahun RM50,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
Melebihi 2 – 3
tahun
RM60,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
Latihan Separuh
Masa dan
Bergaji Penuh
Melebihi 3 – 6
bulan sehingga
kurang dari 7
bulan
RM12,500.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
1 – 2 tahun RM25,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
Melebihi 2 – 3
tahun
RM30,000.00 serta elaun dalam
perkhidmatan
(f) Program latihan yang melibatkan kos yang tinggi
KATEGORI LATIHAN TEMPOH KOS YANG MELIBATKAN IKATAN TEMPOH IKATAN PERJANJIAN (TAHUN) JUMLAH GANTIRUGI
Dalam Negara / Luar Negara
Latihan Secara Sepenuh/
Separuh Masa dan Bergaji Penuh
Kurang 3
bulan
Keseluruhan kos dan yuran latihan
yang melebihi RM5,000.00.
Minimum tempoh ikatan perjanjian adalah
selama 12 bulan. Gandaan 2 kos sebenar
GARIS PANDUAN TINDAKAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI
10 |25
(g) Kursus Pasca Kedoktoran / Cuti Sabatikal
NAMA PROGRAM TEMPOH TEMPOH IKATAN PERJANJIAN (TAHUN) JUMLAH GANTIRUGI
DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Pasca Kedoktoran 12 – 24 bulan 2 kali ganda tempoh cuti yang
diluluskan.
Minimum ikatan adalah 12 bulan.
RM100,000.00/tahun Kos sebenar atau 1.5 ganda kos dalam negara mana
yang lebih tinggi
Cuti Sabatikal 5 bulan 12 bulan RM24,000.00
(Tiada kelayakan cuti sabatikal menggunakan
peruntukan universiti di luar negara kecuali mendapat
tajaan luar)
9 bulan 24 bulan RM48,000.00
72,000.00 serta bench fees (jika ada)
(h) Kursus Sub-Kepakaran
NAMA PROGRAM TEMPOH TEMPOH IKATAN PERJANJIAN (TAHUN) JUMLAH GANTIRUGI
DALAM NEGARA LUAR NEGARA DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Sub Kepakaran
1 tahun 2 3 100,000.00/
tahun
Kos sebenar atau kos
dalam negara (yang
mana lebih tinggi)
1 hingga 2 tahun 4 5
Melebihi 2 hingga 3 tahun 5 6 120,000.00/
tahun
Separuh masa (hanya di Hospital Kuala
Lumpur
Mengikut tempoh
latihan yang diluluskan - 50,000.00/
tahun
11 | 2 5 POLISI KADAR INSENTIF BAYARAN BALIK TUNTUTAN GANTIRUGI PECAH KONTRAK LPU
BAHAGIAN III
Pelaksanaan Tindakan Pecah Kontrak dan Tuntutan Ganti Rugi Bagi Cuti Belajar
9. Minit Lembaga Pengarah Universiti (Minit 76/07 (f)) bertarikh 14 September 2009 telah
menggariskan bahawa pegawai yang diberikan kemudahan Cuti Belajar yang tidak
dapat menyempurnakan pengajian dengan jayanya mengikut tempoh dan syarat yang
ditetapkan akan diambil tindakan bagi mendapatkan gantirugi. Sehubungan dengan itu,
perincian tindakan pecah kontrak adalah seperti di bawah:
Menamatkan pengajian di luar tempoh yang diluluskan
10. Setiap pegawai yang menggunakan kemudahan cuti belajar diberikan tempoh bagi
menamatkan pengajian. Namun, terdapat pegawai yang menamatkan pengajian
melampaui tempoh yang telah diluluskan. Justeru itu, tuntutan ganti rugi yang telah
dikenakan akan disemak semula dengan memberikan pengurangan bayaran
berdasarkan tahun bergraduat dengan menyerahkan surat senat sebagai bukti
memperolehi kelayakan akademik dan tamat pengajian. Ini selari dengan saranan pihak
Kementerian Pengajian Tinggi dalam surat bertarikh 6 Januari 2009 yang mengatakan
bahawa pihak yang menguatkuasakan perjanjian perlu memberi pertimbangan bahawa
tindakan tuntutan gantirugi yang diambil adalah lebih berbentuk pengajaran dan
bukannya hukuman.
Jadual Peratusan Jumlah Yang Perlu Dibayar Daripada Jumlah Keseluruhan Tuntutan
Gantirugi
Perkara
Tempoh
JANGKAMASA SELEPAS MELAPOR DIRI DARI CUTI BELAJAR
25-36 bulan
selepas
melapor diri
dari Cuti
Belajar
37-48 bulan
selepas
melapor diri
dari Cuti
Belajar
49-60 bulan
selepas
melapor diri
dari Cuti
Belajar
61-72
bulan
selepas
melapor
diri dari
Cuti
Belajar
Melebihi
72 bulan
Peratusan Jumlah Yang
Perlu Dibayar Daripada
Jumlah Keseluruhan
Tuntutan Gantirugi
10% 25% 40% 60% 100%
Nota:
i. Pengurangan ini adalah tertakluk kepada staf yang masih berkhidmat dengan UPM sehingga tempoh ikatan
kontrak perkhidmatan selesai. Simulasi contoh pengiraan adalah seperti Lampiran 1;
ii. Tuntutan gantirugi bermula pada bulan ke 25 selepas pegawai melapor diri dari cuti belajar (Minit JPU 594.04);
iii. Tuntutan hendaklah mengambilkira bilangan hari staf berkhidmat (12 bulan bagi tutor) sebagaimana yang
diluluskan dalam minit JPU ke 614 (minit 614.05(n)); dan
12 | 2 5 POLISI KADAR INSENTIF BAYARAN BALIK TUNTUTAN GANTIRUGI PECAH KONTRAK LPU
Gagal/Lulus Pengajian dan Ikatan Tempoh Perkhidmatan
11. Tuntutan ganti rugi akan dikemukakan kepada staf yang gagal/lulus pengajian
Master/Ph.D tetapi telah berkhidmat dengan UPM untuk tempoh seperti jadual di bawah,
UPM hanya akan menuntut gantirugi berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan staf itu.
Jadual Perkiraan Gantirugi Berdasarkan Tahun Perkhidmatan
Tempoh Perkhidmatan
(Tahun)
Peratusan Jumlah Yang Perlu Dibayar Daripada
Jumlah Keseluruhan Tuntutan Gantirugi
Melebihi 6 – 8 15%
9-11 10%
12-14 8%
15-17 5%
>18 3%
Nota:
i. Sekiranya tiada maklumbalas dalam tempoh 3 bulan, universiti akan menuntut jumlah sebenar
gantirugi.
ii. Tempoh perkiraan perkhidmatan dikira bermula dari tarikh lapor diri selepas menamatkan tempoh
cuti belajar.
iii. Pengurangan ini adalah tertakluk kepada staf yang masih berkhidmat dengan UPM tetapi tempoh
perkhidmatan seperti dalam dokumen perjanjian haruslah diselesaikan. Sekiranya staf
menamatkan perkhidmatan dengan UPM, tuntutan sebenar gantirugi akan digunapakai. Simulasi
contoh pengiraan adalah seperti Lampiran 2.
iv. Jadual di atas terpakai untuk staf sedia ada yang sedang berkhidmat dan telah menggunakan
kemudahan cuti belajar (gagal pengajian) sebelum garis panduan ini berkuatkuasa.
v. Jadual di atas tidak terpakai kepada staf yang sedang bercuti belajar selepas garis panduan ini
berkuatkuasa.
iv. Bagi staf yang telah memperolehi Masters / PhD melebihi tempoh jangkasama yang diluluskan sebelum
garis panduan ini dikuatkuasakan, tiada tuntutan gantirugi akan dikemukakan.
Pegawai Yang Bersara atau Meletakkan Jawatan
12. Bagi staf yang telah menggunakan kemudahan cuti belajar dan meletakkan jawatan
atau bersara sebelum tamat ikatan kontrak, jumlah tuntutan ganti rugi akan dikenakan
berdasarkan kepada perjanjian cuti belajar.
13 | 2 5 POLISI KADAR INSENTIF BAYARAN BALIK TUNTUTAN GANTIRUGI PECAH KONTRAK LPU
Masalah Kesihatan (Penyakit Kronik)
13. Bagi staf yang menghidapi penyakit kronik ketika menjalani pengajian perlu
mendapatkan pengesahan status perubatan sebagai penyakit kronik (seperti yang
disenaraikan dalam Lampiran 3) dan tidak sihat untuk meneruskan pengajian oleh pakar
perubatan kerajaan dan / atau pakar perubatan yang diperakukan oleh penaja. Staf
yang sedemikian tidak akan dikenakan tindakan tuntutan gantirugi sekiranya:
(a) Ada dokumen sokongan dari doktor pakar yang disahkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia; dan
(b) Diluluskan oleh Lembaga Perubatan UPM.
Pegawai Yang Meninggal Dunia
14. Bagi pegawai yang meninggal dunia, kes tuntutan ganti rugi akan digugurkan dengan
mengemukakan Sijil Mati pegawai berkenaan kepada Pejabat Pendaftar.
Kadar Insentif Bayaran Balik Tindakan Pecah Kontrak dan Tuntutan Ganti Rugi
15. Bagi pegawai yang telah dikenakan tuntuan ganti rugi pecah kontrak, pihak UPM akan
memberikan insentif pengurangan berdasarkan tempoh bayaran balik seperti berikut:
Tempoh bayaran balik Bayaran
Penuh *
Dalam
tempoh
12 bulan
13 – 24
bulan
25 – 36
bulan
37 – 48
bulan
Insentif pengurangan
daripada jumlah gantirugi
sebenar
50% 40% 30% 20% 10%
Nota: * Bayaran penuh mesti dilangsaikan dalam tempoh 3 bulan dan insentif pengurangan
adalah ke atas baki semasa.
PERINCIAN PROSES TINDAKAN PECAH KONTRAK
16. Proses pelaksanaan tindakan pecah kontrak adalah sepertimana di bawah:
14 | 2 5 POLISI KADAR INSENTIF BAYARAN BALIK TUNTUTAN GANTIRUGI PECAH KONTRAK LPU
(a) Tiga punca utama staf dikenakan tindakan pecah kontrak
(i) Meletak jawatan sebelum tamat tempoh ikatan
(ii) Bersara sebelum tamat tempoh ikatan
(iii) Gagal pengajian, tidak melapor diri atau laporan pengajian tidak
Memuaskan (skala 1 – 2).
(b) Semakan maklumat di perenggan (i) (a) samada staf pernah menghadiri latihan
yang memerlukan ikatan dengan universiti;
(c) Semak perbelanjaan sebenar dan mohon daripada Pejabat Bursar (sekiranya
perlu) sebelum pengiraan jumlah gantirugi dilaksanakan;
(d) Sediakan kertas perakuan Jawatankuasa Pelarasan Pecah Kontrak
Perkhidmatan (JKPPKP) berkaitan jumlah gantirugi; dan
(e) Kemukakan borang pengeluaran invois ke Seksyen Hasil, Pejabat Bursar bagi
tujuan pengeluaran invois pembayaran kepada penama.
17. Maklumat terperinci Carta Alir Pengurusan Tindakan Pecah Kontrak adalah seperti di
bawah:
15 | 2 5 POLISI KADAR INSENTIF BAYARAN BALIK TUNTUTAN GANTIRUGI PECAH KONTRAK LPU
CARTA ALIR TINDAKAN PECAH KONTRAK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Terima salinan surat perletakan
jawatan pensyarah daripada
Seksyen Pelantikan
Pensyarah/Staf BA (Tetap)/
Tutor Cuti Belajar
• Gagal
• Tidak Lapor Diri
• Laporan Pengajian Tidak Memuaskan
Terima permohonan pengiraan
pecah kontrak bagi Pensyarah
yang akan bersara pilihan
daripada Seksyen Cuti dan
Persaraan
Mohon Penyata Biasiswa Daripada Pejabat Bursar (sekiranya perlu)
Semak perjanjian dan buat pengiraan jumlah yang perlu dituntut
Sediakan Kertas Kelulusan/Pemakluman JK Pelarasan Pecah Kontrak (JKPPK)
(bagi tujuan perakuan Jumlah Tuntutan Gantirugi)
Terima Keputusan JKPPK
Semak Maklumat Cuti Belajar/Sabatikal/Sub Kepakaran/Latihan Profesional/Kursus Pos Basik dan
latihan lain yang melebihi 3 bulan (latihan yang ada perjanjian dengan universiti)
Sediakan Kertas JPU (Kes Hapus Kira)
Terima Minit JPU
Maklum
Jumlah
Gantirugi
A
GARIS PANDUAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI 11 Mac 2019 16 | 21
Mohon Pengeluaran Invois Jumlah Pecah Kontrak Daripada Pejabat Bursar
Penama perlu menyelesaikan pembayaran atau memberikan maklumbalas dalam tempoh 30 hari
daripada tarikh invois
Pejabat Penasihat Undang-
Undang
Keluar Notis Tuntutan
A
Maklumbalas
Hantar pada Penama
Tiada
Maklumbalas
Maklumbalas
Bayar
Tindakan
Guaman
Pejabat Pendaftar
TAMAT
Tindakan Pejabat Bursar
Tidak
GARIS PANDUAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI 11 Mac 2019 17 | 21
Rujukan:
i. Minit LPU 76/07 (F) – Kemudahan Cuti Belajar Bagi Yang Tidak Menyempurnakan Pengajian
ii. Lampiran C – Jumlah Tuntutan Gantirugi Biasiswa/Hadiah Latihan Persekutuan (Berkuatkuasa
mulai 2 Julai 2003)
iii. Minit JPU Kali 607.04 (b) – Garis Panduan Latihan Pasca Kedoktoran
iv. Minit JPU Kali 607.04 (c) – Garis Panduan Latihan Sub Kepakaran
v. Minit JPU Kali 607.04 (e) – Garis Panduan Kursus Pengkhususan/Program Diploma Lanjutan (Pos
Basik), Universiti Putra Malaysia
vi. Minit JPU Kali 607.04 (g) – Garis Panduan Latihan Penyelidikan
vii. Minit JPU Kali Ke 613.04 (c) – Garis Panduan Latihan Profesional, Universiti Putra Malaysia
viii. Minit JPU Kali Ke 613.04 (d) – Garis Panduan Latihan Sangkutan, Universiti Putra Malaysia
ix. Minit JPU Kali Ke 639 639.04 (a) – Garis Panduan Tindakan Pecah Kontrak dan Tuntutan
Gantirugi
GARIS PANDUAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI 11 Mac 2019 18 | 21
Lampiran 1
CONTOH PENGIRAAN BAGI MENAMATKAN PENGAJIAN DI LUAR TEMPOH YANG DILULUSKAN
FORMULA PENGIRAAN JUMLAH GANTIRUGI
Jumlah Keseluruhan Kos x (Tempoh Kontrak Perkhidmatan – Tempoh Berkhidmat Selepas Melapor Diri)
Tempoh Kontrak Perkhidmatan
Perkara
Tempoh
JANGKAMASA SELEPAS MELAPOR DIRI DARI CUTI BELAJAR
25 – 36 bulan
selepas melapor
diri dari Cuti
Belajar
(a)
37 – 48 bulan
selepas
melapor diri dari
Cuti Belajar
(b)
49 – 60 bulan
selepas
melapor diri
dari Cuti Belajar
(c)
61 - 72 bulan
selepas
melapor diri
dari Cuti Belajar
(d)
Melebihi 72
bulan
Peratusan jumlah
yang perlu dibayar
daripada jumlah
keseluruhan
tuntutan gantirugi
10%
25%
40%
60%
Bayar
sepenuhnya.
(a) Contoh Pengiraan Tuntutan (Ph.D) – lulus dalam tempoh 25 – 36 bulan selepas melapor diri.
Tarikh/Tempoh Cuti Belajar : 1 Januari 2011 – 31 Disember 2015/48 bulan
Tarikh Melapor Diri Cuti Belajar : 1 Januari 2015
Tarikh/Tempoh Lulus Pengajian : 1 Oktober 2017/33 bulan
selepas melapor diri
JUMLAH GANTIRUGI
Jumlah Gantirugi Ph.D : RM160,000.00
Elaun Dalam Perkhidmatan : RM 27,360.00
-------------------
JUMLAH RM187,360.00
===========
i. Pengiraan - RM187,360.00 x 10%
Jumlah 10% perlu dibayar = RM18,736.00
Jumlah yang perlu dibayar adalah 10% daripada jumlah keseluruhan tuntutan gantirugi
(b) Contoh Pengiraan Tuntutan (Master), lulus dalam tempoh 37 - 48 bulan selepas melapor diri.
Tarikh/Tempoh Cuti Belajar : 1 Januari 2012 – 31 Disember 2013/24 bulan
Tarikh Melapor Diri Cuti Belajar : 1 Januari 2014
Tarikh/Tempoh Lulus Pengajian : 31 Disember 2017/24 bulan
selepas melapor diri
JUMLAH GANTIRUGI
Jumlah Gantirugi Master : RM100,000.00
Elaun Dalam Perkhidmatan : RM 18,240.00
-------------------
JUMLAH RM118,240.00
===========
i. Pengiraan - RM118,240.00 x 25%
Jumlah 25% perlu dibayar = RM29,560.00
Jumlah yang perlu dibayar adalah 25% daripada jumlah keseluruhan tuntutan gantirugi
Nota:
(i) Bagi staf yang masih berkhidmat, bayaran boleh dilaksanakan melalui pemotongan gaji bulanan.
(ii) Tempoh perkiraan gantirugi adalah dikira secara berasingan mengikut perjanjian yang
ditandatangani.
GARIS PANDUAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI 11 Mac 2019 19 | 21
Lampiran 2
CONTOH PENGIRAAN BAGI YANG GAGAL/LULUS PENGAJIAN DAN IKATAN TEMPOH
PERKHIDMATAN
FORMULA PENGIRAAN JUMLAH GANTIRUGI
Jumlah Keseluruhan Kos x (Tempoh Kontrak Perkhidmatan – Tempoh Berkhidmat Selepas Melapor Diri)
Tempoh Kontrak Perkhidmatan
Tempoh Perkhidmatan (Tahun) Peratusan Jumlah Yang Perlu Dibayar Daripada
Jumlah Keseluruhan Tuntutan Gantirugi
Melebihi 6 – 8 15%
9-11 10%
12-14 8%
15-17 5%
>18 3%
Tempoh perkhidmatan dikira mulai daripada staf/tutor/TAM melapor diri setelah menamatkan tempoh cuti
belajar.
(a) Contoh Pengiraan Tuntutan (Ph.D) – Gagal
Tarikh/Tempoh Cuti Belajar : 1 Januari 2003– 31 Disember
2005/36 bulan
Tarikh Melapor Diri Cuti Belajar : 1 Januari 2006
Tarikh/tahun berkhidmat sehingga : 1 Januari 2018/12 tahun
tindakan pecah kontrak diambil
JUMLAH GANTIRUGI
Jumlah Gantirugi Ph.D : RM160,000.00
Elaun Dalam Perkhidmatan : RM 27,360.00
-------------------
JUMLAH RM187,360.00
===========
i. Pengiraan - RM187,360.00 x 8%
Jumlah 8% perlu dibayar = RM14,988.80
Jumlah yang perlu dibayar adalah 8% daripada jumlah keseluruhan tuntutan gantirugi
(b) Contoh Pengiraan Tuntutan (Master) – Gagal
Tarikh/Tempoh Cuti Belajar : 1 Januari 1998 – 31 Disember
1999/24 bulan
Tarikh Melapor Diri Cuti Belajar : 1 Januari 2000
Tarikh/tahun berkhidmat sehingga : 1 Januari 2017/17 tahun
tindakan pecah kontrak diambil
JUMLAH GANTIRUGI
Jumlah Gantirugi Master : RM100,000.00
Elaun Dalam Perkhidmatan : RM 18,240.00
-------------------
JUMLAH RM118,240.00
===========
i. Pengiraan - RM118,240.00 x 5%
Jumlah 5% perlu dibayar = RM5,912.00
Jumlah yang perlu dibayar adalah 5% daripada jumlah keseluruhan tuntutan gantirugi
GARIS PANDUAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI 11 Mac 2019 20 | 21
LAMPIRAN 3
JENIS – JENIS PENYAKIT KRONIK *
a. Kanser;
b. Serangan Jantung;
c. Hipertensi Pulmonari (Pulmonary Hypertension);
d. Penyakit Buah Pinggang yang kronik;
e. Penyakit Hati (liver) yang kronik;
f. Hepatitis Virus Penuh (Fullminant Viral Hepatitis);
g. Kecederaan Teruk di kepala disebabkan kemalangan;
h. Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;
i. Melepuh dan melecur kerana kebakaran;
j. Pemindahan organ utama;
k. Penyakit Parkinson;
l. Penyakit HIV dan AIDS;
m. Pemindahan kaki/tangan;
n. Skizofrenia;
o. Kecederaan atau kecacatan fizikal yang dialami semasa menjalani latihan atau kursus
yang disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan/Pakar Perubatan yang diperakukan oleh
penaja sebagai tidak sihat untuk meneruskan pengajian; dan
p. Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat untuk
meneruskan pengajian oleh Pakar Perubatan Kerajaan/Pakar Perubatan yang
diperakukan oleh penaja.
* Klasifikasi diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia
GARIS PANDUAN PECAH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI 11 Mac 2019 21 | 21
Lampiran 4
Insentif Bayaran Balik Pecah Kontrak dan Tuntutan Gantirugi
Tempoh bayaran balik Bayaran
Penuh *
(a)
Dalam
tempoh
12 bulan
(b)
13 – 24
bulan
(c)
25 – 36
bulan
(d)
37 – 48
bulan
(e)
Insentif pengurangan daripada
jumlah gantirugi sebenar
50% 40% 30% 20% 10%
Nota: i. *Bayaran penuh mesti dilangsaikan dalam tempoh 3 bulan.
ii. Bagi staf yang masih berkhidmat, bayaran melalui pemotongan gaji boleh dilaksanakan mengikut tempoh yang
dipersetujui.
iii. Bagi penghutang yang memilih insentif bayaran (b) - (e), sekiranya pada satu-satu masa memilih untuk
membayar insentif bayaran(a), perkiraan asal akan digunapakai dan bukan baki semasa.
(a) Contoh pengiraan bayaran (sekiranya bayaran diselesaikan dalam tempoh 12 bulan)
Tarikh/Tempoh Cuti Belajar : 1 Januari 2011 – 31 Disember
2015/48 bulan
Tarikh Melapor Diri Cuti Belajar : 1 Januari 2016
Tarikh notis tuntutan : 1 Januari 2018
JUMLAH GANTIRUGI
Jumlah Gantirugi Ph.D : RM160,000.00
Elaun Dalam Perkhidmatan : RM 27,360.00
-------------------
JUMLAH RM187,360.00
===========
Pengiraan - RM187,360.00 - 40%
Jumlah perlu dibayar = RM112,416.00
(b) Contoh pengiraan bayaran (sekiranya bayaran diselesaikan dalam tempoh 24 bulan)
Tarikh/Tempoh Cuti Belajar : 1 Januari 2013 – 31 Disember
2014/24 bulan
Tarikh Melapor Diri Cuti Belajar : 1 Januari 2015
Tarikh notis tuntutan : 1 Januari 2018
JUMLAH GANTIRUGI
Jumlah Gantirugi Master : RM100,000.00
Elaun Dalam Perkhidmatan : RM 18,240.00
-------------------
JUMLAH RM118,240.00
===========
Pengiraan - RM187,360.00 - 30%
Jumlah perlu dibayar = RM131,152.00
Top Related