BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
TAJUK 5“GAYA BAHASA”
SITI NUR FATINNURUL ATIQAH
MOHAMAD MUKMIN EZFAR
ISI KANDUNGAN• Diksi• Metafora• Simile • Hiperbola• Personafikasi• Imejan• Paradoks
• Simbol• Ambiguiti• Konotatif• Denotatif• Bahasa sindiran
& Kiasan• Peribahasa
FUNGSI GAYA BAHASA
• Menarik perhatian pembaca.
• Penekanan terhadap mesej yang cuba
disampaikan.
• Pengunaan gaya bahasa yang tepat dan
sesuai juga akan meningkatkan
keberkesanan komunikasi.
DEFINISI• Gaya bahasa ialah rupa susuk bahasa
yang dipakai apabila bercakap atau
mengarang. (Pendeta Za’aba)
• Pemakaian kata – kata kiasan dan
perbandingan yang tepat untuk
melukiskan sesuatu maksud.
KONSEP GAYA BAHASA
Cara bagaimana seseorang itu mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau menulis. (Nik Safiah Karim, 1988)
Pemanfaatan atau kekayaan bahasa oleh seseorang dalam bertutur atau menulis, dan pemakaian ragam tertentu untuk
memperoleh efek-efek tertentu. (Harimurti, 1982)
Pemilihan kata, frasa dan ayat yang di gunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya. (Siti Hajar Abd.
Aziz, 2009)
Setiap pengarang mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengekspresi atau menyatakan sesuatu
ceritanya. (Othman Putih, 1993)
DIKSI• Pemilihan dan susunan perkataan yang tepat dan sesuai dalam
pertuturan atau penulisan.
• Pemilihan kata-kata yang sesuai oleh penulis berdasarkan tema
dan persoalan, latar, watak dan mesej yang akan di gunakan
dalam karya mereka.
• Kemampuan penulis untuk membezakan secara tepat makna dari
yang ingin disampaikan, dan kemampuan untuk mengenalpasti
bentuk yang sesuai dengan situasi dan nilai rasa yang dimiliki
oleh khalayak pendengar.
METAFORA• Kiasan atau perbandingan secara terus
tanpa kata perbandingan.
• Bahasa kiasan dalam laras sastera yang
tidak menggunakan kata-kata bandingan
seperti simile.
• Kiasan jenis metafora merupakan kiasan
yang menyebut terus kepada benda atau
binatang yang hendak diumpamakannya.
CONTOH METAFORA• Samudera hampa
• Lautan fikiran
SIMILE• Kiasan menggunakan perkataan
perbandingan.
• Menggunakan perkataan :-
- Bagai
- Umpama
- Bak
- Ibarat
CONTOH SIMILE• Seperti anjing dan kucing
• Kurus macam lidi
• Bagai aur dengan tebing
HIPERBOLA• Penyataan yang berlebih-lebihan untuk
menekankan sesuatu perkara.
• Sejenis bahasa kiasan yang digunakan
untuk menyatakan sesuatu secara
berlebih-lebihan daripada maksud
sebenar.
CONTOH HIPERBOLA• Lautan api sanggup kurenangi
• Biar dada di tembusi panah berbisa
PERSONIFIKASI• Memberikan sifat-sifat manusia kepada benda
bukan manusia• Bukan manusia merujuk kepada :-- Haiwan- Tumbuh-tumbuhan- Fenomena alam (sungai, laut, pantai dll)• Sifat manusia meliputi aspek :-- Perwatakan- Perasaan- Tindak-tanduk- Perlakuan
CONTOH PERSONIFIKASI
• Daun nyiur melambai-lambai
• Rumput menari-nari ditiup angin
IMEJAN• Himpunan imej dalam sesebuah hasil karya sastera
atau sebagai satu unit yang timbul dalam karya.
• Imejan sama ertinya dengan bahasa kiasan.
• Kesan gambaran yang timbul dari pengunaan kata,
ungkapan dan ayat dalam sebuah puisi.
• Kesan tersebut dapat timbul dari imej yang bersifat
penglihatan, pendengaran, bau dan sebagainya.
CONTOH IMEJANSetiap malam dibuka jendelayang kelihatan adalahpohon-pohon pucatseekor kucing kurus di jambatanmenanti kepulangan cahaya pagi.(Bunga Gerimis, 1986)
- Kata-kata dalam ayat “Pohon-pohon pucat” dan “Seekor kucing kurus di jambatan” itu adalah imej penglihatan yang menimbulkan kesan gambaran kemiskinan atau penderitaan hidup.
PARADOKS• Penyataan yang kelihatan bertentangan
(menggunakan unsur positif dan negatif dalam
satu baris) tetapi kenyataannya mengandung
kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
CONTOH PARADOKS
Mereka berasa tenang di tengah kebisingan
kota Kuala Lumpur… Aku kesepian di tengah
keramaian
SIMBOL• Perlambangan, merupakan kata-kata
tertentu yang digunakan berupaya
menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata
itu sendiri.
• Simbol bergubungan dengan sifat
konotasi.
CONTOH SIMBOL DENGAN SIFAT KONOTASI
“Ku berikan sekuntum mawar kepadanya”
• Maka “mawar” itu adalah simbol yang ertinya
bukan sekadar “sekuntum bunga” sahaja.
• “Mawar” boleh membawa erti bahagia sebagai
“cinta yang suci”, “sesuatu yang indah” atau
“sesuatu penuh kelembutan dan kemesraan”
Samb…• Selain itu, simbol juga menggunakan kata-kata
unsur alam• Kata-kata seperti :-- Laut - Bulan- Ombak - Senja• Simbol juga boleh dibentuk dari nama-nama yang
sudah terkenal dalam sejarah• Umpamanya :-- Rama - Rawana- Sita - Malim Kundang
AMBIGUITI• Unsur kekaburan dan ketidakjelasan yang
digambarkan dalam laras bahasa kreatif.• Idea yang disampaikan oleh pengarang perlu
mempunyai pelbagai tafsiran daripada para pembaca.
• Pengarang juga ada ketikanya membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya iaitu dengan pengunaan bahasa yang tersirat maksudnya.
• Contohnya :- - Unsur metafora - Personifikasi
KONOTATIF• Konotatif ialah makna tambahan, atau makna
tersirat yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik
positif mahupun negatif.
• Contoh :
- Ayam tambatan: Orang harapan / penting di
dalam satu kumpulan, pasukan.
DENOTATIF• Denotatif ialah makna tersurat.• Denotatif juga dikenali sebagai makna kamus
atau makna rujukan.• Makna selapis atau tersurat.• Tiada kesan emosi.Contoh :• Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat
dengan tali atau lain-lain alat pengikat.
Samb…
“Bunga mekar di jambangan”
• Memang bermaksud bunga yang sedang
mekar di jambangan dan tidak membawa
makna yang lain.
BAHASA SINDIRAN• Bahasa sindiran ialah perkataan yang ditujukan
maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan dengan tepat, hanya disingung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak mahu menyebutnya secara berterus-terang.
CONTOH SINDIRAN• Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak
pengsan dibuatnya - Menyindir orang yang malas• Buah langsat kuning mencelah, Keduduk tidak berbunga lagi ; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. - Menyindir orang yang tidak mengendahkan sahabat atau kekasih lama
PERIBAHASA• Ayat atau kelompok kata yang mem punyai
susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidalan, pepatah.
• Contoh :o Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
o Melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Samb…• Menurut Abdullah Hussain (1989)- Berdasarkan pengalaman hidup rakyat jelata.*Keli dua selubang- Pengamatan oleh orang-orang arif.*Tidak lari gunung dikejar- Kandungan kitab suci.* Bekerjalah seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati ke esoknya.
Samb…• Menurut Ishak Ramly (1990) terdapat sembilan faktor
yang mempengaruhi perkembangan peribahasa- Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling- Lambang daripada keadaam dalam masyarakat- Menyembunyikan kata-kata kasar- Menyuraikan adat- Kata orang-orang arif dan bijaksana- Sumber dari kitab suci- Unsur asonansi dan aliterasi- Cerita dongeng- Pengaruh budaya asing
JENIS PERIBAHASAJenis Peribahasa
Makna Selapis
Perbilangan
Bidalan
Pepatah
Lidah Pendeta
Makna berlapis
Perumpamaan
Simpulan Bahasa
Kiasan
Tamsil & Ibarat
MAKNA SELAPIS• Bidalan - Ungkapan yang menjadi panduan nilai sosial,
mengandungi teladan dan nasihat yang ditujukan kepada pelbagai pihak.
*Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit• Pepatah- Berasal dari adat resam dan berfungsi sebagai
pedoman dalam kehidupan.* Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Samb…• Perbilangan- Susunan kalimat yang bertujuan menjadi
pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan.
*Kuat hukum, tak gaduhkan adat• Lidah pendeta- Merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau
orang bijak.* Mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang
MAKNA BERLAPIS• Perumpamaan- Mengandungi makna tersurat dan tersirat.- Dua jenis perumpaan iaitu yang menyatakan
perbandingan secara terang-terangan atau tidak terang-terangan.
*Seperti katak di bawah tempurung*Diberi betis hendak peha• Kiasan- Menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan
kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut perbandingan atau tidak menyebut perbandingan.
*Merah macam biji saga
Samb…• Simpulan bahasa- Rangkaian perkataan yang telah tetap tersimpul
dengan susunan yang khas.*Kutu embun• Tamsil dan ibarat- Terkandung di dalam gabungan tamsil dan ibarat
ialah pengajaran* Sesiapa berusaha memanjat pokok rajin dan melalui dahannya sudah pasti dia ke pucuk kemuliaan dan mengecap buah kesenangan
Sekian. Terima kasih
Top Related