322
GAYA KOGNITIF KREATIF DAN KREATIVITI
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH COGNITIVE
STYLES AND CREATIVITY AMONG
SECONDARY SCHOOL STUDENTS
Syazwani Amiza Azmi, Saemah Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kreatif dan inovatif diperkasakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan
elemen kreativiti telah ditekankan dan diperkasakan di peringkat sekolah melalui perlaksanaan kurikulum
yang diubah dari KBSR kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Gaya
kognitif kreatif inovator dan adaptor dikatakan dapat membezakan individu dengan individu yang lain
terutama dalam memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. Kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti kreativiti pelajar berdasarkan gaya kognitif mereka. Sampel terdiri daripada 360 pelajar
tingkatan Empat dari empat buah sekolah di dua zon yang telah dipilih di daerah Hulu Langat. Data
dikumpulkan menggunakan borang soal selidik Kirton Adaption-Innovation Theory (KAI) dan Guilford
Alternate Uses (GAU) untuk mengukur gaya kognitif kreatif dan kreativiti pelajar. Hasil kajian ini
dianalisis menggunakan analisis inferensi yang melibatkan ujian MANOVA untuk menilai sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan min elemen kreativiti berdasarkan gaya kognitif mereka. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi satu sub komponen kreativiti iaitu
kelancaran. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong perbezaan antara
gaya kognitif kreatif bagi sub komponen kelancaran pelajar yang perlu dipertingkatkan dari segi kebolehan
untuk menjana seberapa banyak idea yang boleh dipelbagaikan kategorinya dan lebih menyeluruh. Hasil
kajian ini diharapkan dapat menyedarkan para guru pentingnya mendorong pelajar menghasilkan
pemikiran yang fleksibel dan mempunyai idea yang asli serta pelbagai terutama dalam menyelesaikan
masalah untuk membantu mempertingkatkan kreativiti pelajar.
Kata Kunci: Gaya kognitif kreatif inovator dan adaptor, kreativiti, kelancaran
ABSTRACT
Creative and innovative were both enforced in Malaysian Education Development Plan (2013-2025), and
the element of creativity were emphasized and strengthened at the school level through the implementation
of the revised curriculum from KBSR to the Primary School Standard Curriculum in 2011. The cognitive
style of creative innovators and adapters are said to be able to distinguish one individual to the other,
especially in the processing of information and solving problems. This study was conducted to identify the
creativity of students based on their cognitive style. The sample consisted of 360 form four students from
four schools in two zones Hulu Langat district. Data was collected using Kirton Adaption-Innovation and
Alternate Uses Guilford questionnaire to assess student’s cognitive styles and creativity. Data were
analysed using inferential analysis which involved MANOVA test to determine if there is differences in
creativity element based on their cognitive styles. Results indicated that there was a significant difference
for one sub component of creativity which was fluency. Overall, results of this study have proved that the
difference between cognitive style of creative for fluency sub components has to be elevated in terms of
ability to develop variety of ideas. The results of this study are expected to increase awareness among the
teachers on the importance of encouraging students to produce flexible thinking and genuine ideas,
especially in problem solving in order enhanced their creativity.
Keywords: Cognitive style of creative innovators and adapters, creativity, fluency
323
PENGENALAN
Penekanan pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan Negara di abad
ke-21 telah dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pelaksanaan
elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin agenda transformasi Negara dan ia saling
bergandingan supaya kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar bertujuan untuk melahirkan modal
insan yang kreatif dan inovatif. Hal ini demikian kerana individu yang kreatif dan inovatif berkeupayaan
untuk menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti dan seterusnya membolehkan murid Malaysia
bersaing pada peringkat antarabangsa.
Kreatif dan inovatif diperkasakan lagi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang menekankan tentang kepentingan pembangunan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir aras tinggi
dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat.
Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif iaitu termasuklah pemikiran kreatif dan
inovatif; kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan
baharu. Dalam konteks pendidikan negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil
langkah proaktif dengan melaksanakan transformasi dalam mengubah struktur kurikulum yang lebih
inovatif dengan memberi penekanan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Oleh hal yang
demikian, elemen kreativiti telah ditekankan dan langkah memperkasakan budaya kreativiti dan inovasi di
peringkat sekolah dilaksanakan bermula pada tahun 2011 melalui perubahan kurikulum dari KBSR kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Penekanan kreativiti ini selaras dengan salah satu objektif KBSR iaitu untuk mengembangkan dan
meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Terdapat tiga
elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan murid dalam
membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,
berkemahiran tinggi dan berkeperibadian mulia (KPM, 2012). Oleh itu pembaharuan yang telah banyak
diperkenalkan menjadikannya lebih mesra kreativiti berbanding dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah
(KLSR).
Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari (Storm & Storm,
2002). Menurut kajian Ikhsan dan Norila (2005), usaha bagi menggalakkan para pelajar ke arah berfikir
secara kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi kerana peringkat ini dianggap
sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu asas bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya.
Salah satu usaha negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan
abad ke-21 menekankan kepentingan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ( PIPP, 2010). Salah
satu proses pembelajaran sepanjang hayat melibatkan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (Carolin, 1998;
Nasser & David, 2010; Allison, 2015). Ia juga menjadi satu wahana dalam latihan pendidikan dalam
meningkatkan prestasi, pengetahuan, kemahiran, mutu kerja dan tahap pendidikan setiap individu (Mimi
Mohaffyza & Che Munira, 2009). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dilaksanakan secara formal di
Malaysia setelah bertitik tolak dari perkara tersebut (Rajendran, 2010).
Perkembangan individu dari aspek kreativiti perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana ia dilihat
sebagai satu aspek yang penting berkait dengan perkembangan gaya kognitif pelajar. Perbezaan gaya
kognitif inilah yang membezakan individu dengan individu yang lain terutama dalam memproses
maklumat yang banyak dikaji dalam bidang psikologi pendidikan. Oleh itu, satu elemen yang penting
mungkin boleh dikenalpasti mempengaruhi perkembangan kreativiti pelajar ialah dari aspek gaya kognitif
kreatif. Menurut kajian Reid (2004), kemahiran berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan sesuatu
masalah diperlukan oleh setiap pelajar yang ingin memperoleh idea yang lebih baik. Aspek gaya kognitif
kreatif merupakan satu aspek penting kerana ia melihat bagaimana seseorang individu dapat berfikir secara
kreatif dengan menggunakan langkah yang bijak dan menghasilkan idea yang bernas dan kreatif untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
324
Menurut kajian Marriner (2006) mendapati aspek kognitif mampu mendorong ke arah melatih individu
menjadi lebih kreatif dan ia penting untuk meningkatkan kecerdasan individu. Namun begitu, kemahiran
aktif antara stail kognitif dan bidang kreatif tidak saling bertimbal balik. Kemahiran kognitif yang
diamalkan secara betul boleh mendorong individu menjadi kreatif tetapi terdapat juga faktor lain yang
mendorong kreativiti pelajar.
Kajian oleh Nor Azzatunnisak Mohd Khatib (2015), didapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara amalan kreativiti dan stail kognitif dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi. Keputusan ini
menjelaskan bahawa pelajar yang mengamalkan kreativiti dalam pembelajaran harian mempunyai
hubungan yang rendah dengan stail kognitif yang diamalkan di mana pertaliannya adalah lemah dengan r=
0.264. Dengan kata lain, terdapat perkaitan signifikan di antara motivasi dan amalan kreativiti dalam
kalangan pelajar institut pengajian tinggi dalam meningkatkan kemahiran kreativiti dan inovasi dalam
kalangan pelajar. Bagi aspek kognitif ini, kajian ini bercanggah dengan kajian yang dijalankan oleh
Marriner (2006) di mana dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian sebelumnya kerana aspek
kognitif didapati bahawa tidak mempunyai perkaitan dengan motivasi ke arah menjadikan pelajar kreatif
berbanding motivasi dan amalan kreativiti yang menunjukkan hubungan signifikan yang lemah. Ini
menunjukkan bahawa motivasi pelajar terhadap amalan kreativiti dan inovasi bukan sekadar untuk
diaplikasikan dalam pembelajaran seharian malah ianya penting untuk memenuhi keperluan pasaran
pekerjaan serta menghadapi arus globalisasi.
Kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan yang penting dalam usaha merealisasikan salah satu
elemen aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025. Kita perlulah berusaha untuk menerapkan berfikir secara
kreatif dalam kehidupan seharian pelajar melalui gaya kognitif yang digunakan dan mengambil kira juga
faktor persekitaran yang memupuk kreativiti pelajar terutama dalam menguasai kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT). Ini adalah kerana penerapan berfikir secara kreatif dalam setiap perkara akan merangsang
seseorang individu itu untuk berfikir dengan lebih teliti, terancang dan juga terhindar daripada sebarang
kesilapan dalam membuat dan memilih sesuatu keputusan yang jitu. Operasi mental individu yang kreatif
diperlukan untuk proses pemahaman, penyelesaian masalah dan membuat keputusan (Shuhmy, 2008).
Kajian ini adalah wajar dijalankan dan satu keperluan untuk melihat perbezaan antara gaya kognitif kreatif
dan kreativiti pelajar yang boleh menimbulkan input untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Kajian tentang
peranan gaya kognitif kreatif masih kurang dijalankan di Malaysia dan banyak kajian melihat bagaimana
kreativiti dipupuk dalam kalangan pelajar yang kebanyakannya mengambil kira faktor persekitaran luaran.
Instrumen Kirton Adaption-Innovation Theory (KAI) juga banyak digunakan oleh pengkaji di luar negara
namun penggunaan instrumen ini masih lagi kurang di Malaysia. Kebanyakan kajian lepas yang
menggunakan soal selidik KAI banyak dilakukan di negara luar dan beberapa negara Asia yang melibatkan
pelbagai golongan sama ada profesional, bukan profesional dan pelajar (Antonakis & Wittich 2011;
Hawkin 1997; Ng 2007; Riyanti 2007; Wright 1998). Terdapat kajian gaya kognitif dan kreativiti namun
dapatan kajiannya berbeza dengan dapatan kajian yang terdahulu yang menjelaskan hanya tentang
perhubungan gaya kognitif dan motivasi pelajar untuk menjadi kreatif. Perbezaan gaya kognitif dan
kreativiti ini penting dikaji bagi membantu para pelajar menguasai kemahiran terutamanya kemahiran
berfikir aras tinggi dalam bidang pendidikan di Malaysia dan instrumen KAI yang digunakan untuk
mengukur gaya kognitif kreatif juga masih jarang digunakan.
TINJAUAN LITERATUR
Gaya Kognitif Kreatif
Setiap pelajar mempunyai gaya kognitif yang berbeza. Banyak kajian yang telah dijalankan (Witkin et al.,
1977; Hayes dan Allison, 1998; Handal dan Herrington, 2004; Jailani et al. 2007; Letchumanan dan Saleh
,2011; Hasnah, 2012) dan terbukti bahawa pembelajaran seseorang sangat dipengaruhi oleh gaya kognitif.
Apabila sesuatu perbezaan tingkah laku kognitif tertentu berlaku dalam keadaan yang hampir stabil dalam
diri seseorang individu, maka label gaya kognitif diberikan kepada tajuk tingkah laku itu (Azizi, 2005).
Gaya kognitif lazimnya dihuraikan sebagai dimensi personaliti yang mempengaruhi sikap, nilai dan
interaksi sosial individu (Azizi Yahya et al., 2005). Justeru, cara individu memproses sesuatu maklumat
325
dirujuk sebagai gaya kognitif dan keupayaan memilikinya dianggap memberi faedah dan yang khusus
melambangkan pula kecenderungan bertingkah-laku dalam beberapa keadaan.
Menurut Kirton (1999, 2003, 2006), semua orang dilahirkan kreatif namun gaya berfikir yang dimiliki
setiap orang membezakannya dengan yang lain. Terdapat dua jenis gaya kognitif kreatif yang telah
diperkenalkan untuk melihat ciri-ciri personaliti individu yang mempunyai kebolehan kreatif iaitu adaptor
dan inovator. Dalam teori Adaptor-Inovator, fokus utamanya melihat setiap individu dibezakan dengan
gaya kognitif kreatif masing-masing iaitu dari aspek kreativiti dan penyelesaian masalah (Kirton; 1976,
2003, 2006). Dalam erti kata lain, gaya kognitif kreatif ini melihat personaliti seseorang individu yang
mempunyai kebolehan masing-masing dan membezakannya antara satu sama lain dapat dilihat melalui
gaya berfikir mereka yang kreatif iaitu adaptor dan inovator. Setiap manusia mempunyai kebolehan yang
berbeza-beza dan mereka mempunyai kreativiti tersendiri terutama dalam menyelesaikan masalah.
Gaya kognitif inovator merujuk kepada seseorang yang suka ‘melakukan perkara-perkara yang berbeza’
(Kirton, 1976). Menurut kajian Kwang et al. (2005) mempunyai anggapan benar tentang inovator sebagai
seorang yang mempunyai kecenderungan untuk mendahului segala proses pekerjaan. Mereka juga kurang
mengambil berat dengan tindakan yang selaras dengan pembentukan yang telah wujud (Jabalokow &
Booth, 2006). Menurut kajian Kirton (1987a & b), inovator ialah mereka yang lebih bertanggungjawab
untuk menyelubungi contoh sebagai sebahagian dari masalah. Mereka mempunyai kepandaian dalam hal
reka cipta, asli, cergas, berdikari, tidak mengikut kebiasaan, celik akal dan unik. Apabila menghadapi
masalah, mereka mencipta sesuatu pendekatan untuk menyelesaikan masalah serta mencapai sesuatu
matlamat bagi mendapatkan jawapan di luar paradigma tertentu. Hal ini dapat dilihat dari segi sudut gaya
kognitif mereka yang berbeza kerana mempunyai keupayaan berfikir yang tidak mengikut kebiasaan,
sanggup bertindak dan mengambil risiko untuk mencapai sesuatu matlamat dalam hidupnya terutama
dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan membawa pembaharuan dengan apa yang mereka telah
lakukan. Dalam proses ke arah mencari kaedah yang baru untuk menyelesaikan masalah, inovator ini sering
tidak mematuhi peraturan dan ia menimbulkan ketegangan serta perselisihan dalam kehidupan seharian
(Kirton 1976, 2003, 2006). Mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan belum pernah
dilaksanakan oleh orang lain serta mereka membawa pembaharuan tersebut melalui penjanaan idea asli
sendiri dan unik.
Adaptor ialah seseorang ‘melakukan sesuatu dengan lebih baik’ (Kirton, 1976). Adaptor ialah mereka
dilihat seperti pandai mencari jalan, cekap, teliti, tersusun, teratur, tepat, dan bertanggungjawab. Mereka
melihat penyelesaian kepada masalah dengan menggunakan pendekatan mencuba dan memahaminya
dengan cara yang sama serta menurut peraturan atau tindakan yang telah ditetapkan. Pada asalnya adaptor
dihuraikan seperti yang berikut (a) mengambil berat dengan penyelesaian masalah lebih dari dapatan yang
diperoleh, (b) mencari penyelesaian untuk masalah dengan mencuba dan memahami caranya, (c)
mengekalkan ketepatan tinggi sepanjang jangka waktu kerja perinci, (d) jarang-jarang peraturan mencabar,
(e) sensitif kepada mengekalkan kepaduan kumpulan, (f) dengan syarat memberikan asas perlindungan
kepada inovator yang beroperasi berbahaya (Kirton, 1976). Justeru, adaptor merujuk kepada mereka yang
sedia menerima sesuatu perkara dan lebih memikirkan tentang cara penyelesaian kepada masalah serta
pendapat orang lain diambil kira bersama-sama untuk membantu dalam menyelesaikan masalah. Selain itu,
mereka terlebih dahulu mencuba dan memahami masalah yang wujud dengan terperinci sebelum
menyelesaikannya seterusnya mencari keputusan dan menjana idea dalam rangka paradigma yang sedia
ada.
Kirton telah mengisytiharkan inventori KAI untuk mengukur gaya kognitif adaptor dan inovator (Chan,
2000; Jabri, 1991; S. Taylor, 1993). Dalam kajian menurut Kirton (1987a & b) telah mengenalpasti Kirton
Adaptation Innovative Inventory (KAI) sebagai instrumen yang direka bentuk untuk menilai perbezaan
gaya individu yang menghampiri masalah atau gaya mereka untuk menyelesaikan masalah. Inventori ini
menggunakan skala likert 1 hingga 5 untuk mengukur jawapan pelajar dan mengandungi 32 soalan atau
pernyataan dan skornya boleh berada dalam julat dari 32 sehingga 160. Seseorang yang mempunyai gaya
kognitif adaptif akan mempunyai skor dalam lingkungan julat 60-90 manakala mereka yang mempunyai
gaya inovatif akan berada di antara skor 110-140.
326
Kreativiti
Batey, M. dan Furnham, A. (2006) menyatakan bahawa kreativiti adalah sesuatu idea akan dikatakan
bernilai kreatif sekiranya memenuhi kriteria iaitu asli, baru, berguna, praktikal dan boleh dipasarkan.
Kreativiti secara operasinya didefinisikan sebagai keaslian, kefasihan, kelenturan dan penghuraian idea
yang diberi oleh seseorang individu. Keaslian bermaksud kebolehan idea-idea yang asli dihasilkan dan
tidak pernah lagi diperkenalkan. Kefasihan adalah kemampuan menghasilkan seberapa banyak idea yang
boleh dipelbagaikan. Kelenturan pula merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea yang berlainan
kategori untuk menyelesaikan masalah, menguji andaian-andaian dan memperkembangkan sesuatu idea
dalam perspektif yang lebih luas. Manakala penghuraian ialah kebolehan menambahkan butiran kepada
idea-idea asas yang dihasilkan atau kebolehan menghuraikan sesuatu secara terperinci. Keaslian, kefasihan,
kelenturan dan penghuraian idea yang diberi oleh seseorang individu dinilai menggunakan Ujian Pemikiran
Kreatif Torrance, 1974.
Menurut kajian Maimunah (2005), kreativiti melibatkan proses untuk merealisasikan sesuatu idea yang
tidak wujud kepada sesuatu perkara yang wujud, kaedah baru yang digunakan untuk melakukan sesuatu
tugasan dan menyelesaikan masalah serta sesuatu perkara atau ciptaan mempunyai hasil nilai tambah yang
baru. Suatu potensi dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia untuk menjadi kreatif merujuk
kepada kreativiti dan ia berbeza-beza mengikut sikap, persekitaran dan jenis masalah yang dihadapinya.
Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik biasa kerana logik
bersifat penilaian (judgemental) yang dimiliki oleh semua manusia (Mohd Azhar, 2004).
Kreativiti merujuk kepada keupayaan seseorang individu yang dilihat melalui ciri-ciri dan kebolehan
mereka dalam menghasilkan sesuatu atau mewujudkan sesuatu idea yang baru dan asli. Seseorang yang
dikategorikan mempunyai kreativiti apabila tindakan yang dilaksanakan dan semasa proses untuk
membentuk tingkah laku bagi mencapai sesuatu matlamat dalam hidup mereka. Ia juga dapat dilihat
melalui ciri-ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kajian dan peristiwa, manusia di
persekitaran serta pengalaman yang dilaluinya. Hal ini demikian kerana kebiasaannya manusia mengalami
masalah dalam kehidupan seharian dan mereka bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan
berfikir secara kreatif atau kritis bagi meneruskan kelangsungan hidup. Oleh hal yang demikian pemikiran
kreatif dan inovatif amat diperlukan dalam kreativiti kerana mereka perlu menggunakan kebolehan yang
ada untuk menghasilkan sesuatu idea atau produk yang asli, terperinci dan belum pernah difikirkan dan
digunakan oleh orang lain.
Alternate Uses merupakan instrumen yang telah disemak dan diperbaiki bentuk dari ujian Unusual Uses,
yang mana asalnya telah direka bentuk (Wilson, Guilford, Christensen & Lewis, 1954) untuk mewakili
faktor jangkaan bagi ‘pemikiran yang fleksibel’ dalam penyelidikan pemikiran kreatif. Setiap nama
perwakilan item dari objek yang sudah sedia maklum seperti surat khabar, dengan pernyataan yang
biasanya ia digunakan. Kebanyakan orang yang menggunakan bentuk Alternate Uses dengan ujian yang
lain untuk mengkategorikan kreativiti termasuklah Barron (1955), Byrne, et al. (1971), Eisenstadt (1966),
Garwood (1964), Haussenstamm (1970), Lake dan Tedford (1970), Windholz (1968). Kesemua kegunaaan
yang tersenarai adalah berbeza dengan yang lain dan berbeza bentuk dari kegunaan utama objek. Setiap
penggunaan yang ‘boleh diterima’ (acceptable) mestilah berbeza dari yang lain dan kegunaan umum.
Penskoran jawapan akan diberikan bagi ukuran kreativiti berdasarkan setiap item yang disenaraikan.
Jawapan kepada item tersebut diwakilkan dengan ‘boleh diterima’ dan ‘tidak boleh diterima’. Skor yang
diperoleh seharusnya jawapan keseluruhan yang ditanda (kegunaan dinyatakan) sama ada ‘boleh diterima’
(1) dan ‘tidak boleh diterima’ (0).
Dapatan Kajian Lepas
Menurut kajian Jablokow dan Booth (2006), teori KAI telah digunakan untuk melihat dua jenis gaya
kognitif yang wujud dalam peningkatan dari aspek keberkesanan organisasi dan pembangunan produk
berprestasi tinggi. Tugasan telah diberikan kepada pekerja yang memiliki ciri-ciri adaptor dalam kumpulan
untuk penyelenggaraan sistem pengeluaran semasa manakala golongan inovator diletakkan dalam
penyelidikan reka bentuk dan pengurusan kualiti. Ciri-ciri individu adaptor-inovator yang ditempatkan di
327
organisasi tersebut mengikut bidang yang khusus didapati bahawa mereka dapat mempamerkan hasil kerja
yang mempunyai kreativiti yang lebih. Hal ini menunjukkan bahawa, apabila seseorang diletakkan
persekitaran mereka dengan gaya kognitif yang sesuai maka kerja dan produk yang dapat dihasilkan adalah
lebih berkualiti.
Kajian oleh Ryanti (2007), melihat perbezaan gaya kognitif kreatif dan telah dijalankan ke atas 150 orang
ahli usahawan wanita dan lelaki di Indonesia. Kajiannya menggunakan adaptasi dari soal selidik KAI dan
dapatan kajian beliau mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara usahawan wanita
dengan usahawan lelaki dari aspek gaya kognitif kreatif yang dimiliki masing-masing dan mereka yang
lebih kreatif adalah usahawan wanita. Menurut kajian Kirton (1989), usahawan yang terlibat dikaji di India
dan Iran serta memperoleh hasil dapatan yang sama. Hasil dapatan tersebut mendapati bahawa stail kognitif
yang tinggi juga dimiliki oleh usahawan wanita India berbanding dengan lelaki.
Ng (2007), menyatakan bahawa dalam kajiannya ingin melihat hubungan gaya kreativiti adaptor-
inovator dengan personaliti Big Five terhadap pelajar politeknik di Singapura. Hasil kajian beliau
mendapati bahawa mereka yang lebih tekun dalam membuat kerja atau tugasan dan mengelakkan diri
daripada sebarang risiko merupakan seorang adaptor. Individu inovator pula mereka yang lebih kreatif,
terbuka kepada pengalaman dan lebih berani mengambil risiko apabila melakukan sesuatu perkara. Walau
bagaimanapun, kajian mendapati gaya kognitif adaptor-inovator tidak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan ciri-ciri “agreeableness”. Beliau juga mendapati kajian untuk melihat hubungan antara
kreativiti, orientasi risiko, matlamat pencapaian dan sifat-sifat personaliti, skor lebih tinggi diperoleh oleh
seorang inovator dalam aspek kreativiti, mengambil risiko, bermatlamatkan penguasaan, extraversion dan
keterbukaan. Mereka yang memperoleh skor yang tinggi bagi seorang adaptor dapat dilihat dalam aspek
yang berkaitan dengan mengelak diri berada dalam risiko, pendekatan ego, matlamat pendekatan ego dan
mempunyai sifat yang berhati-hati.
Menurut kajian Trivedi dan Bhargava (2010) terhadap 240 orang pelajar sekolah menengah di bandar
Jodhpur mendapati pelajar remaja pintar mendapat markah yang baik dalam semua Ujian Kreativiti yang
diberikan jika dibandingkan dengan pelajar remaja kurang pintar. Ini menunjukkan pelajar yang memiliki
IQ yang rendah kurang kreatif. Ijaz et al. (2012) menjelaskan bahawa kajian terhadap 235 orang pelajar
kolej di Pakistan dalam mencari bagaimana untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar kolej
mendapati pengaruh kecerdasan emosi dan kreativiti dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar
tersebut. Oleh itu kreativiti dan kecerdasan emosi penting untuk pelajar kerana ia mempengaruhi
pencapaian akademik mereka.
Menurut kajian Khazanchi & Baron (2012), dijalankan bertujuan untuk memeriksa perantara potensi
ganjaran sebagai satu indikator dalam meningkatkan amalan kreativiti. Hasil kajian beliau mendapati
motivasi berbentuk dorongan ganjaran mampu meningkatkan kreativiti dalam kalangan pelajar. Ramalan
terhadap kreativiti dan ganjaran berbentuk ekstrinsik berhubungan secara positif iaitu r= 0.62 tetapi berada
pada tahap sederhana. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beliau menunjukkan bahawa motivasi
mampu mendorong untuk pelajar menjadi kreatif secara sederhana. Menurut kajian Merlinner (2006) juga
mendapati motivasi merupakan dorongan utama kejayaan dalam kalangan pelajar cemerlang.
Kajian oleh Nor Azzatunnisak Mohd Khatib (2015), didapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara amalan kreativiti dan stail kognitif dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi. Keputusan ini
menjelaskan bahawa pelajar yang mengamalkan kreativiti dalam pembelajaran harian mempunyai
hubungan yang rendah dengan stail kognitif yang diamalkan di mana pertaliannya adalah lemah dengan r=
0.264. Kesignifikan bagi korelasi di atas pada p < 0.001 membolehkan hipotesis nol kedua (Ho.1) berjaya
ditolak. Dengan kata lain, terdapat perkaitan signifikan di antara motivasi dan amalan kreativiti dalam
kalangan pelajar institut pengajian tinggi dalam meningkatkan kemahiran kreativiti dan inovasi dalam
kalangan pelajar. Bagi aspek kognitif ini, kajian ini bercanggah dengan kajian yang dijalankan oleh
Marriner (2006) di mana dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian sebelumnya yang mendapati
aspek kognitif tidak mempunyai perkaitan dengan motivasi ke arah menjadikan pelajar kreatif berbanding
motivasi dan amalan kreativiti yang menunjukkan hubungan signifikan yang lemah. Ini menunjukkan
bahawa motivasi pelajar terhadap amalan kreativiti dan inovasi bukan sekadar untuk diaplikasikan dalam
pembelajaran seharian malah ianya penting bagi kerja mereka serta keperluan untuk memenuhi pasaran
pekerjaan serta menghadapi arus globalisasi. Aspek kognitif mampu mendorong ke arah melatih individu
328
menjadi lebih kreatif dan ia penting untuk meningkatkan kecerdasan individu ( Marriner, 2006).
Bagaimanapun, kemahiran aktif antara stail kognitif dan bidang kreatif tidak saling bertimbal balik.
Kemahiran kognitif yang diamalkan secara betul boleh mendorong individu menjadi kreatif. Namun,
terdapat juga faktor lain mendorong kreativiti pelajar.
Dalam kajian-kajian lepas, menunjukkan bahawa KAI kebanyakan digunakan dalam kajian yang dilakukan
kepada golongan pekerja, pelajar aliran teknikal dan melibatkan organisasi terutamanya yang bergelar
usahawan. Kajian di dalam dan luar negara pada dasar umumnya pula lebih menumpukan kepada aspek
personaliti tetapi tumpuan pengkaji melihat kepada jenis gaya kognitif kreatif dan kreativiti yang masih
terhad dilakukan dalam negara. Oleh itu, kajian menyeluruh boleh dibuat kepada pelajar sekolah menengah
harian bagi memperkayakan lagi kajian sedia ada dengan menggunakan KAI. Hal ini bertujuan juga untuk
melihat dan mengenalpasti jenis gaya kognitif kreatif yang ditonjolkan oleh golongan pelajar ini.
Berdasarkan kajian lepas, kajian perbezaan antara gaya kognitif kreatif dan kreativiti kurang dijalankan di
Malaysia dan ia penting untuk melihat perbandingan tersebut yang boleh meningkatkan kreativiti dalam
kalangan pelajar.
Kewujudan pelbagai dapatan perbezaan antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji iaitu gaya
kognitif kreatif dan kreativiti didapati saling berkaitan dalam hasil kajian ke perpustakaan. Kelompangan
yang wujud dalam kajian-kajian terdahulu dan cadangan-cadangan penyelidikan lepas telah mencadangkan
supaya pengkaji meneroka gaya kognitif kreatif yang dihubungkan dengan kreativiti dalam kalangan
pelajar di negara ini. Isu yang dikemukakan ini menunjukkan bahawa kreativiti pelajar amat penting untuk
melahirkan generasi muda yang mempunyai bakat kreativiti dan inovatif serta usaha yang berterusan warga
pendidik diperlukan untuk pembangunan modal insan yang cemerlang. Kajian gaya kognitif menggunakan
KAI jarang digunakan untuk melihat pemikiran kreatif pelajar dan ia perlu dibangunkan untuk
menghasilkan modal insan negara yang berbakat dan inovatif.
METODOLOGI
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini melibatkan pelajar tingkatan Empat di kawasan sekolah menengah di Daerah Hulu
Langat iaitu seramai 8000 orang. Kawasan di daerah Hulu Langat ini mempunyai empat puluh buah sekolah
menengah dan terdapat lima zon daerah kawasan iaitu Cheras, Ampang, Bangi, Kajang dan Semenyih.
Pengkaji hanya memilih kawasan kajian yang meliputi dua zon iaitu Ampang dan Kajang. Zon Ampang
mempunyai sembilan buah sekolah menengah manakala sekolah menengah di zon Kajang pula mempunyai
tujuh buah sekolah. Antara sekolah menengah yang telah dipilih dalam kajian ini ialah sekolah A,B,C dan
D.
Responden bagi kajian ini diperoleh menggunakan persampelan rawak mudah bagi menentukan bilangan
sampel yang diperoleh untuk pelajar tingkatan Empat berdasarkan keputusan peperiksaan PT3 tahun 2015.
Jumlah keseluruhan populasi bagi kajian ini ialah sebanyak 8000 orang yang merangkumi jumlah
keseluruhan pelajar tingkatan Empat.
Taburan responden kajian merangkumi gender pelajar tingkatan Empat yang terlibat menjawab soal selidik
bagi mengenalpasti gaya kognitif kreatif dan kreativiti pelajar. Seramai 360 orang pelajar tingkatan Empat
terlibat namun hanya 343 soal selidik yang lengkap telah diterima dan selepas penyemakan hanya 240 soal
selidik yang dapat digunakan. Daripada 240 orang responden yang terlibat dalam kajian ini, iaitu sebanyak
119 orang (49.6%) merupakan pelajar lelaki dan 121 orang (50.4%) pelajar perempuan.
Menurut kajian Pallant (2007) bagi kajian perbandingan, untuk mengelakkan berlakunya bias jumlah
sampel haruslah sama banyak atau perbezaan jumlah sampel tidak melebihi 1.5. Cohen et al. (2007),
menyatakan bahawa pulangan soal selidik yang melebihi 80 peratus menepati sasaran dan berada pada
tahap yang memuaskan bagi kadar pulangan soal selidik iaitu 100 peratus. Menurut kajian Sekaran (2003)
329
dan Pallant (2007), sesuatu kajian wajar dilakukan sekiranya saiz sampel berada di antara 30 dan kurang
daripada 500.
Tatacara Pengumpulan Data
Borang soal selidik telah digunakan dalam kajian ini kerana melibatkan sampel yang ramai. Soal selidik
Gaya Kognitif Kreatif menggunakan Kirton Adaption-Innovation (KAI) yang mengandungi 32 item.
Perbezaan jenis gaya kognitif kreatif seseorang dalam soal selidik ini dikenalpasti melalui tiga komponen
iaitu keaslian, kecekapan dan pematuhan kumpulan. Manakala, ketiga-tiga komponen tersebut
mengandungi jumlah skor yang membezakan kategori individu yang tergolong dalam ciri-ciri sebagai
adaptor atau inovator. Menurut kajian Kirton (1999,2003), mereka yang dikategorikan sebagai individu
inovator memperoleh skor 96 hingga 160 manakala individu adaptor pula memperoleh skor 32 hingga 95.
Banyak kajian yang telah dilakukan di luar negara dan melibatkan pelbagai negara menggunakan soal
selidik ini dan kesahan tinggi antara 0.77 hingga 0.83 bagi ukuran kesahan dan kebolehpercayaan soal
selidik. Perolehan nilai kesahan dan kebolehpercayaan alpha cronbach yang sama iaitu antara 0.51 hingga
0.83 telah diperoleh melalui kajian yang telah dilakukan di beberapa negara Asia iaitu Singapura, Thailand
dan Indonesia. Dapatan kajian Riyanti (2003) menyatakan bahawa ukuran bagi jenis gaya kognitif kreatif
melalui ketiga-tiga komponen mempunyai nilai kesahan alpha cronbanch iaitu 0.67.
Instrumen borang soal selidik Guilford Alternate Uses (GAU) ini digunakan untuk mengukur kreativiti.
Alternate Uses ini mempunyai tiga bahagian yang mana diwakili oleh Borang A, B dan C namun pengkaji
hanya menggunakan borang B dan C sahaja. Terdapat dua bahagian untuk ujian dalam borang B dan C
serta ia diwakilkan dengan tiga item (objek) bagi setiap bahagian. Jadi, setiap borang mengandungi enam
item dan bagi kedua-dua borang tersebut, terdapat dua belas item secara keseluruhan yang memerlukan
pelajar memberikan jawapan. Dalam borang B mengandungi enam item iaitu kasut, butang, kunci, pensil
kayu, tayar kereta dan cermin mata. Manakala, borang C pula mengandungi item iaitu kerusi, jam, pin baju,
cadar tidur, kadbod susu dan paku. Setiap objek tersebut mempunyai kegunaan umum yang dinyatakan dan
juga disenaraikan enam kegunaan yang lain. Kesemua kegunaaan yang tersenarai adalah berbeza dengan
yang lain dan dari segi kegunaan utama objek.
Setiap penggunaan yang ‘boleh diterima’ (acceptable) mestilah berbeza dari yang lain dan juga kegunaan
umum. Penskoran jawapan akan diberikan bagi ukuran kreativiti berdasarkan setiap item yang disenaraikan
jawapannya dan dikategorikan pula kepada sub komponen kreativiti iaitu kelenturan, keaslian, kelancaran
dan penghuraian. Jawapan kepada item tersebut diwakilkan dengan ‘boleh diterima’ dan ‘tidak boleh
diterima’. Skor yang diperoleh seharusnya jawapan keseluruhan yang ditanda (kegunaan dinyatakan) sama
ada ‘boleh diterima’ (1) dan ‘tidak boleh diterima’ (0).
Skala Likert digunakan bagi mendapatkan maklum balas terhadap setiap kenyataan yang dikemukakan dan
responden diminta menandakan (X) pada nombor yang bersesuaian dengan kenyataan yang diberikan.
Skala likert dan skala Guttman digunakan dalam kajian ini untuk tujuan pembinaan pernyataan soal selidik
yang berkaitan dengan tujuan kajian ini dijalankan. Skala yang digunakan ialah berdasarkan skala Likert
iaitu Sangat Tidak Sesuai (STS) skor 1, Tidak Sesuai (TS) skor 2, Agak Tidak Sesuai (ATS) skor 3, Agak
Sesuai (AS) 4, Sesuai (S) 5, Sangat Sesuai (SS) skor 6 dan skala Guttman iaitu ‘boleh diterima’ = 1 dan
‘tidak boleh diterima’ =0.
Analisis Data
Semua data daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi serta pengkaji
menggunakan perisian komputer iaitu Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0.
Analisis statistik inferensi iaitu ujian MANOVA digunakan untuk memenuhi keperluan persoalan kajian
untuk mengenalpasti perbezaan skor min gaya kognitif kreatif dan kreativiti pelajar tingkatan Empat.
330
DAPATAN KAJIAN
Jenis Gaya Kognitif Kreatif
Jadual 4.2 menjelaskan analisis peratusan skor markah gaya kognitif kreatif dan menginterpretasikan
maksud skor-skor yang diperoleh, berdasarkan markah skor mengikut Jadual Kirton Adaptation Inventory
(1999, 2003). Soal selidik gaya kognitif ini mengandungi 32 item dan skor minimumnya ialah 32 markah
dan skor maksimumnya ialah 160 markah.
Jadual 4.2 Skor jenis gaya kognitif kreatif inovator dan adaptor
Kategori Gaya Koginitif Skor
Inovator
Sangat Tinggi 140-160
Tinggi 125-139
Sederhana 111-124
Rendah 96-110
Adaptor
Rendah 95-80
Sederhana 79-65
Tinggi 64-50
Sangat Tinggi 32-49
Sumber: M.J Kirton (1997)
Jadual 4.3, analisis data memaparkan gaya kognitif kreatif inovator dan adaptor secara keseluruhannya bagi
pelajar tingkatan Empat yang menunjukkan keseluruhannya hanya memiliki gaya kognitif kreatif inovator
dan hanya sebilangan kecil yang memiliki ciri-ciri adaptor. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kreativiti
pelajar untuk menghasilkan idea yang asli adalah tinggi dan mereka tidak takut untuk mengambil risiko
untuk melakukan pembaharuan dan mencipta idea-idea baru.
Jadual 4.3 memaparkan analisis data skor min dan sisihan piawai keseluruhan bagi gaya kognitif kreatif.
Jenis gaya kognitif inovator sangat tinggi dimiliki oleh pelajar tingkatan Empat berbanding dengan ciri-
ciri gaya kognitif adaptor rendah, inovator sederhana dan inovator tinggi. Hal ini menunjukkan pelajar
mempunyai sifat ingin mencuba melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan
cara yang lain berdasarkan pendekatan yang tertentu yang belum pernah difikirkan dan digunakan oleh
orang lain. Mereka melakukan pembaharuan dan mencipta inovasi dengan cara mereka tersendiri tanpa
menghiraukan apa yang akan dihasilkan selepasnya serta mempunyai keyakinan diri untuk menjana idea
sendiri. Walaubagaimanapun, ciri-ciri gaya kognitif kreatif adaptor rendah perlu diberikan perhatian. Hal
331
ini demikian kerana golongan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri yang boleh diasuh dan dapat
menjana idea di luar paradigma mereka seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Jadual 4.3 Taburan Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai Mengikut Jenis Gaya Kognitif Kreatif
Idea Di Luar Paradigma Mereka Seterusnya Menyelesaikan Masalah Yang Dihadapi.
Gaya Kognitif F Peratusan (%) Min Sisihan Piawai
Adaptor Rendah 23 9.6 93.43 2.91
Inovator Sederhana 40 16.7 120.53 3.32
Inovator Tinggi 91 37.89 131.36 4.78
Inovator Sangat Tinggi 86 35.8 150.19 9.95
Jumlah Keseluruhan 240 100 123.88 20.96
Kreativiti
Berdasarkan Jadual 4.4, analisis data memaparkan skor min dan sisihan piawai keseluruhan bagi kreativiti
dan menunjukkan bahawa kreativiti bagi kelancaran adalah lebih baik berbanding keaslian, kelenturan dan
penghuraian dalam kalangan pelajar tingkatan Empat. Hal ini menunjukkan dari aspek kelancaran pelajar
mampu menjana beberapa idea untuk menyelesaikan masalah. Walaubagaimanapun komponen keaslian,
kelenturan dan penghuraian merupakan komponen kreativiti yang perlu diberikan perhatian. Hal ini
demikian kerana pelajar dapat menggunakan idea mereka sendiri dalam memberikan pendapat yang asli,
unik dan luar biasa dalam skop yang pelbagai.
Jadual 4.4 Min dan sisihan piawai bagi komponen kreativiti
Kreativiti Min Sisihan Piawai
Keaslian 6.99 6.80
Kelenturan 8.14 5.38
Kelancaran 26.24 13.60
Penghuraian 17.93 13.11
Kreativiti keseluruhan 14.83 38.90
Jadual 4.5 dan rajah 4.1, menunjukkan dapatan analisis taburan dan graf garis skor min komponen kreativiti
mengikut kategori gaya kognitif kreatif inovator dan adaptor. Pelajar yang tergolong dalam jenis gaya
kognitif kreatif inovator dan adaptor mempunyai aspek kelancaran, penghuraian dan kelenturan yang lebih
baik berbanding dengan aspek keaslian. Ini menunjukkan pelajar mampu memberi idea yang banyak dan
pelbagai tetapi bukan idea yang asli dan baru daripada apa yang biasa difikirkan oleh orang ramai.
332
Jadual 4.5 Taburan skor min kreativiti mengikut kategori gaya kognitif kreatif inovator dan adaptor
Skor min Keaslian Kelenturan Kelancaran Penghuraian
Adaptor Rendah
6.00 7.43 18.52 12.65
Inovator
Sederhana
6.00 8.33 23.88 16.75
Inovator Tinggi
7.65 7.91 26.67 18.09
Inovator Sangat
Tinggi
Jumlah
7.01
6.67
8.49
8.04
28.95
24.51
19.73
16.81
Rajah 4.1 Graf garis bagi kreativiti mengikut jenis gaya kognitif kreatif
Perbezaan Kreativiti mengikut Gaya Kognitif Pelajar
Analisis MANOVA digunakan untuk melihat perbezaan pembolehubah bersandar gaya kognitif kreatif dan
kreativiti dengan pembolehubah bebas iaitu pelajar tingkatan Empat. Sebelum analisis MANOVA
dijalankan, pengkaji terlebih dahulu menjalankan ujian bagi menentukan kehomogenan varian-kovarian
(homogenity of the varians-covariance matrics) dengan menggunakan ujian Box’s M (Box’s M test).
Jadual 4.6, dapatan analisis ujian Box’s M menunjukkan tidak terdapat perbezaan varian-covarian yang
signifikan dalam kalangan pembolehubah bersandar untuk semua aras pembolehubah bebas dengan nilai
Box’sM apabila nilai F(30, 2833350.383)=0.019, p>0.05. Ini bermakna, varian-covarian pembolehubah
bersandar adalah homogenous merentasi pembolehubah bebas. Hasil analisis MANOVA dapat dilihat
seperti dalam Jadual 4.7 dan Jadual 4.8 berikut.
Jadual 4.6 Box’s M perbezaan antara gaya kognitif kreatif dan kreativiti pelajar
Box’s M Nilai-F df1 df2 Sig.
50.383 1.606 30 28333.684 0.019
0
5
10
15
20
25
30
35
0 1 2 3 4 5
Kre
ati
vit
i
Adaptor Inovator Inovator Inovator
rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi
Perbezaan kreativiti mengikut jenis gaya kognitif kreatif
Kelancaran
Kelenturan
Keaslian
Penghuraian
333
Jadual 4.7 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kreativiti yang signifikan antara gaya kognitif kreatif
dalam kalangan pelajar dengan nilai Wilks’ λ= 0.930, F (3,236)=0.023 (p<0.05). Hal ini bermakna, hasil
ujian multivariate menjelaskan bahawa terdapat perbezaan min kreativiti mengikut gaya kognitif pelajar.
Jadual 4.7 Nilai λ Wilk’s bagi perbezaan gaya kognitif kreatif dan kreativiti pelajar
Kumpulan Nilai Wilk’s Lambda Nilai F DK antara Kumpulan DK dalam kumpulan Sig.
Gaya kognitif 0.930 3.246 3 236 0.023*
kreatif
*Signifikan pada aras 0.05
Jadual 4.8 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek kelancaran dari komponen
kreativiti dengan nilai p adalah 0.006 (p<0.05). Ini menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan
antara gaya kognitif kreatif dan kreativiti pelajar tingkatan Empat dengan nilai F kelancaran (3,236)= 4.206
pada p=0.006.
Jadual 4.8 Analisis MANOVA bagi perbezaan gaya kognitif kreatif dan kreativiti pelajar tingkatan Empat
Gaya
kognitif
kreatif
Kreativiti Jumlah kuasa
dua
F Df Sig.
Adaptor
Inovator
Keaslian
Kelenturan
Kelancaran
Penghuraian
101.227
27.971
2243.945
978.070
0.728
0.271
4.206
1.920
3
3
3
3
0.536
0.846
0.006*
0.127
PERBINCANGAN
Gaya Kognitif Kreatif
Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar tingkatan Empat memiliki gaya kognitif inovator dianggap
kreatif dan mampu menghasilkan idea tersendiri dan hanya sebilangan kecil yang memiliki ciri-ciri adaptor.
Menurut kajian Kirton (1989), skor yang tinggi diperoleh oleh individu inovator apabila mendapat skor
melebihi 120-140 iaitu individu yang dikategorikan sebagai inovator yang mampu menghasilkan idea yang
asli dan mereka tidak takut mengambil risiko untuk melakukan pembaharuan dan mencipta idea-idea baru.
Kreativiti
Kreativiti dilihat berdasarkan empat sub komponen iaitu keaslian, kelancaran, kelenturan dan penghuraian.
Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai komponen kelancaran lebih baik berbanding dengan
komponen kelenturan, keaslian dan penghuraian.
Perbezaan Kreativiti mengikut Gaya Kognitif Pelajar
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan gaya kognitif kreatif dan kreativiti pelajar.
Walaubagaimanapun, terdapat satu perbezaan min yang signifikan antara gaya kognitif kreatif dari tahap
inovator sangat tinggi dan adaptor rendah dengan komponen kelancaran bagi kreativiti pelajar tingkatan
Empat. Jenis gaya kognitif inovator sangat tinggi adalah lebih tinggi dari tahap adaptor sederhana bagi sub
334
komponen kelancaran untuk kreativiti pelajar. Pelajar yang memiliki jenis gaya dari tahap inovator sangat
tinggi mempunyai kelancaran yang lebih baik berbanding dengan komponen kreativiti yang lain iaitu
keaslian, kelenturan dan penghuraian. Bagi jenis gaya kognitif kreatif dari tahap adaptor sederhana,
inovator sederhana dan inovator tinggi tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan kreativiti dari
segi keaslian, kelenturan, kelancaran dan penghuraian. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang
dilakukan untuk melihat perbezaan antara Kirton Adaption-Innovation (KAI) dengan Torrance Test of
Creativity Thinking (TTCT) yang mengukur tahap kreativiti. Kajian tersebut mendapati bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan bagi komponen kelancaran dengan kumpulan esktrem inovator dan adaptor
(Isaken dan Puccio, 1988).
Dapatan ini mempunyai persamaan dengan kajian oleh Soon Singh (2011) yang menyatakan bahawa
pelajar tingkatan Empat adalah lebih kreatif dalam komponen Kelancaran Figura dan pelajar mampu
menghasilkan pelbagai idea sekiranya diberi rangsangan yang mencabar minda mereka. Mereka juga
mempunyai pelbagai alternatif dan menggunakannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah sehingga
menemui penyelesaiannya. Beliau telah menggunakan instrumen Torrance Test of Creativity Thinking
(TTCT).
IMPLIKASI KAJIAN
Dengan memahami gaya kognitif pelajar secara tidak langsung guru yang berada di dalam bilik darjah
dapat menyesuaikan dengan tahap gaya pengajaran mereka apabila lebih memahami pelajarnya. Prasyarat
bagi memilih kandungan dan pengajaran yang berkesan dapat dilaksanakan dengan adanya kesedaran guru
tentang terdapatnya pelbagai tahap gaya kognitif dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah yang sama.
Dengan itu, bahan pengajaran, objektif, kandungan kurikulum dan teknik penilaian perlu dirancang dan
berpadanan supaya selaras dengan keupayaan kognitif mereka. Aktiviti dan pengalaman pembelajaran
yang mencabar serta menekankan penglibatan aktif secara fizikal dan mental pelajar merupakan
pengalaman pembelajaran yang menarik dan perlu distrukturkan. Selain itu, guru dicadangkan mereka cipta
pengalaman pembelajaran yang boleh memberikan kebebasan pelajar untuk melibatkan diri dengan tugasan
yang bersesuaian dengan tahap kesukaran serta dapat memberikan latihan yang tetap dan berterusan.
Persekitaran pembelajaran yang hanya berorientasikan peperiksaan dan penilaian, paksaan, hukuman dan
kawalan perlu dikurangkan.
LIMITASI KAJIAN
Peserta kajian adalah terdiri daripada pelajar keseluruhan tingkatan empat yang dipilih secara persampelan
rawak. Kajian ini hanya dijalankan di empat buah sekolah menengah Daerah Hulu Langat berdasarkan dua
zon kawasan kajian iaitu Kajang dan Ampang
. Kajian ini hanya menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data-data bagi menjawab
objektif kajian. Kajian hanya terbatas kepada semua item yang terkandung dalam borang soal selidik Kirton
Adaption-Innovator Inventory (KAI) dan Guilford Alternate Uses (GAU) yang telah diedarkan. Batasan
masa edaran borang soal selidik kepada pelajar wujud apabila ia diedarkan semasa pelajar menghadapi
peperiksaan sekolah akhir tahun tingkatan Empat.
KESIMPULAN
Perbezaan antara jenis gaya kognitif ini mempengaruhi tahap kreativiti seseorang pelajar apabila mereka
yang tergolong sebagai ciri-ciri inovator mempunyai ciri-ciri yang unik dalam diri kerana adanya kelebihan
celik akal terutama dalam bidang reka cipta. Mereka juga cuba melakukan sesuatu untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan cara yang lain berdasarkan pendekatan yang tertentu yang belum pernah
difikirkan dan digunakan oleh orang lain. Mereka melakukan pembaharuan dan mencipta inovasi dengan
cara yang tersendiri dan mempunyai keyakinan diri untuk menjana idea yang asli, lancar, fleksibel dan
menghurai.
335
Seterusnya, dalam konteks kreativiti mereka yang tersendiri dari segi pemikiran divergen memerlukan
pelajar memberikan jawapan yang banyak dan pelbagai. Dalam pemikiran divergen, pengalaman atau
pengetahuan dan idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai
jawapan yang mungkin dan jawapan tersebut bersifat logik dan boleh diterima. Jenis pemikiran seperti ini
turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera dan humanistik.
Berdasarkan teori Adaptor-Inovator yang dikemukakan oleh Kirton ini, kajian ini mendapati bahawa setiap
orang mempunyai peluang dan keupayaan kognitif untuk menyelesaikan masalah mengikut cara masing-
masing dan hanya dibezakan dengan gaya kognitif kreatif. Dengan pengenalan kepada teori KAI ini diharap
mampu memberikan ruang pemahaman yang lebih baik untuk mengenali jenis gaya kognitif kreatif pelajar.
Selain itu, secara tidak langsung dengan adanya individu adaptor dan inovator yang mempunyai ciri-ciri
yang saling melengkapi ini mampu menyumbang kepada negara dalam pembangunan sesebuah organisasi
kerja pada masa akan datang khususnya dalam konteks peningkatan kreativiti mereka yang tersendiri.
RUJUKAN
Ahmad Rizal Madar. Yahya Buntat. 2006. Keupayaan Visualisasi Gaya Kognitif Pelajar Melalui Perisian
Multimedia. Seminar Pendidikan Teknik dan Vokasional. Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Azhari Mariani. Zaleha Ismail. 2013. Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke Atas Amalan Pengajaran
Kreatif.2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Buffinton K.W. Jablakow K.W. Martin K.A. 2002 “Project Team Dynamic and Cognitive Style”.
Engineering Management Journal 14(3):25-33.
Chua Yan Piaw. 2006. Statistik Penyelidikan Lanjutan-Ujian Univariat dan Multivariat. Kuala Lumpur.
McGraw Hill.
Faridah Binti Mohd Sopah. 2015. Amalan Kreativiti, Gaya Kognitif Kreatif, Pengaruh Faktor Persekitaran
dan Pencapaian Pelajar Pintar Akademik. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jake Stum. 2009. Kirton’s Adaption-Innovation Theory: Managing Cognitive Styles in Times of Diversity
and Change. Emerging Leadership Journeys, Vol. 2 Iss. 1, pp. 66-78. School of Global Leadership &
Entrepreneurship, Regent University.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Buku Panduan Kreativiri: Pembangunan dan Amalan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Buku Panduan Kreativiti dan Inovasi: Elemen Merentas Kurikulum
dalam KSSR, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.
Loo Peng Peng. 2002. Perhubungan di antara Gaya Kognitif, Jantina, Kecerdasan dan Pencapaian Pelajar
Tingkatan Empat dalam Biologi, Kimia dan Fizik. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.
Marriner,N. R.2006. Above Average Ability, Creativity and Self-efficacy as Predictors of Success for
Honors Students. Faculty of the Graduate School of the State University of New York at Buffalo.
Messick S. et al. 1976.“Individuality in Learning.” San Francisco, California; Jossey-Bass Inc.
Michael J. Hicks. 2004. Before Problem Solving: Measuring Creativity. (Pnyt.) Problem Solving and
Decision Making: Hard Soft and Creative Approaches 2ⁿͩ Edition. (pp. 343). Thomson Learning 2004.
336
Mohamad Sattar Rasul. Nur Farhana Waheeda Ramli. Rose Amnah Abd Rauf. 2013. Pembentukan
Karektor Pelajar Kreatif Mengikut Teori Sternberg: Suatu Analisis Kandungan dan Pembangunan
Kerangka Konseptual. Jurnal Teknologi (Social Sciences) 63:1 (2013), 7–15. Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Mohamad Mohsin Mohamad Said. Nasruddin Yunos. 2008. Peranan Guru dalam Memupuk Kreativiti
Pelajar. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9. Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Azzatunnisak binti Mohd Khatib. 2013. Pemupukan Kreativiti dalam kalangan Pelajar di peringkat
Sekolah. Kertas Persidangan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Azzatunnisak binti Mohd Khatib. 2015. Motivasi, amalan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar
institusi pengajian tinggi awam. Akses dalam talian pada 3
Disember2015.https://www.academia.edu/11663740/Motivasi_amalan_kreativiti_dan_inovasi_dalam_ka
langan _pelajar_institusi_pengajian_tinggi_awam
Rashimah Binti Abu Kasim. 2012. Tahap Kreativiti dan Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar
Tingkatan Empat di Daerah Johor Bahru. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Razli Ahmad. Hanum Hassan. Aizatul Akma Wani Ariffin. 2014. Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi
dalam kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian ke atas Pelajar Universiti Malaysia Perlis.
Kertas Persidangan. Universiti Malaysia Perlis.
Rob Pope. 2005. Creativities Old, New and Otherwise. (Pnyt). Creativity: Theory, History, Practice. (pp.
25). Taylor & Francis e-Library.
Scott G. Isaksen. Geir Kaufmann. 1990. Adaptors and Innovators: Different Perceptions of the
Psychological Climate Creativity. Studia Psychologica, 32(3), 129.
Yahaya Buntat. Noor Sharliana Mat Nasir. 2011. Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan
Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2,
Jun 2011, Pages 175-208. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Top Related