Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
SOALAN:
“Pilih dua tempat dalam kategori yang sama (Bandar, kawasan
perindustrian, kawasan pertanian, sekolah dan sebagainya),
bincangkan keberlainan lanskap manusia yang terbentuk dan jelaskan
mengapa wujud keberlainan tersebut”.
PENDAHULUAN
Geografi menyediakan satu pandangan menyeluruh mengenai
bumi melalui pemetaan lokasi bagi setiap tempat di bumi. Takrifan
geografi bukan sekadar apa yang digariskan pada perkataan yang
berkaitan dengan kajian ke atas bumi tetapi juga meliputi fitur, unsur,
fenomena dan karakter yang membentuk satu lanskap itu mempunyai
ciri-ciri tersendiri, istimewa, berbeza dan unik dalam sesuatu ruang
geografi. Geografi juga adalah kajian interksi. Ahli geografi mesti
melihat geografi dalam perspektif yang saintifik di mana ahli geografi
mesti mampu menyusunhuraikan hubungan unsur-unsur dan
menjelaskan bagaimana hubungan ini terbentuk, menjadikan unsur,
ruang dan lanskap tersebut membentuk ciri-ciri unik dan tersendiri
berbanding kawasan lain. Ini kerana perubahan sesuatu lanskap
mempunyai talian antara aspek, faktor sosial dalam sesuatu ruang.
Tumpuan kajian geografi ialah tentang fenomena semulajadi dan
1
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
budaya yang terdapat di merata tempat. Pengetahuan geografi
penting untuk memahami kenapa tempat atau kawasan dan unsurnya
wujud dan di mana ia berada, apa makna keadaan dan kawasan itu
sebelum, sekarang dan masa akan datang, serta bagaimana lokasi,
tempat, dan kawasan tersebut memberi kesan kepada tempat lain.
DEFINISI
Kajian geografi terbahagi kepada dua iaitu geografi fizikal dan
geografi manusia. Kedua-dua bidang geografi ini mempunyai tumpuan
atau fokus kajian yang berbeza. Geografi manusia memfokuskan
kepada kajian tentang bagaimana kewujudan ruang, wilayah, kawasan
di muka bumi. Ia melibatkan kajian tentang keruangan di permukaan
bumi yang mengambil manusia sebagai objek utama. Ia meliputi
geografi kependudukan, aktiviti ekonomi, geografi politik, geografi
kebudayaan, geografi kemasyarakatan, geografi tingkah laku dan
geografi sosial. Ruang bermaksud satu kawasan yang terhasil akibat
tindakan manusia itu. Manusia membina ruang untuk membina
petempatan, perbandaran, perindustrian, pertanian dan sebagainya.
Bidang geografi manusia memusatkan kepada manusia dan aktivitinya
di bumi sebagai tempat kediaman. Justeru itu, bidang geografi
manusia muncul sebagai pengkajian perkaitan antara manusia dengan
2
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
alam sekitarnya atau dalam istilah moden ia dikenali sebagai system-
manusia-alam sekitar. Lanskap manusia adalah pemandangan yang
terbentuk seperti taburan kependudukan manusia itu sendiri dalam
sesuatu tempat yang terhasil daripada kegiatan manusia terhadap
bidang ekonomi yang dijalankan, iaitu berdasarkan kewujudan jenis
ekonomi yang terdapat pada sesuatu tempat. Ini dapat diperjelaskan
seperti pertanian bagi kawasan tanah tinggi serta mempunyai iklim
yang sesuai dan perniagaan di kawasan Bandar, sebagai pusat
perniagaan.
KEBERLAINAN LANSKAP MANUSIA
Geografi manusia mengkaji tentang ruang akibat daripada
kegiatan manusia itu. Kegiatan manusia adalah seperti membina
petempatan, kependudukan aktiviti ekonomi, pengangkutan,
pertanian, perbandaran, politik, budaya, migrasi, dan sebagainya.
Kegiatan, tindakan dan aktiviti manusia itu akan mengubah pandangan
bumi kepada pandangan yang baru. Ahli geografi yang mengkhusus
dalam bidang geografi manusia cuba menerangkan bagaimana
manusia itu sendiri menwujudkan fenomena baru atau ruang dalam
kehidupannya. Ahli geografi masih juga menggunakan persoalan asas
untuk menerangkan sebab kewujudan ruang baru tersebut.
3
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Elemen dan Fenomena Kajian Geografi Manusia adalah seperti
Kependudukan, Petempatan, Aktiviti Ekonomi, Pengangkutan, Aktiviti
rekreasi, Keagamaan, sistem politik, Tradisi Sosial (budaya), Migrasi
manusia, Sistem pertanian dan Sistem Bandar. Semua lanskap
manusia yang terbentuk, berkisar kepada semua elemen kegiatan
manusia ini.
Tradisi Sosial (budaya), merupakan salah satu elemen yang
membentuk lanskap manusia, sama ada kawasan tersebut Bandar,
kawasan perindustrian, kawasan pertanian, sekolah dan sebagainya.
Kajian Tradisi Sosial (budaya) akan memberikan gambaran lanskap
manusia yang terhasil dari kesan pembangunan sesuatu kawasan.
Pembangunan sesuatu kawasan itu juga terhasil dari perancangan dan
pentadbiran kepimpinan manusia yang disebut sebagai keupayaan
kebudayaan mental. Dalam perbincangan ini, tumpuan hanya
diberikan kepada elemen Tradisi Sosial (budaya) atau juga disebut
lanskap budaya bagi membincangkan perbezaan dan keberlainan
lanskap manusia dan juga menumpukan hanya kawasan Bandar
berbanding dengan kawasan pertanian.
KEWUJUDAN LANSKAP MANUSIA
4
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Keseluruhan cara hidup manusia, melibatkan unsur-unsur
penciptaan dan pemantapan elemen-elemen fizikal, tingkahlaku dan
abstraksi secara sedar dan berterusan. Elemen Fizikal, sebagai contoh
artifak seperti rumah, lukisan; Elemen Tingkahlaku, sebagai contoh
objek sikap dan tingkahlaku seperti tarian dan adat; Elemen Abstraksi
seperti kebudayaan mental, budi, kejiwaan, pemikiran.
Kebudayaan bukanlah objek fizikal atau tingkahlaku atau rangka
mental semata-mata, tetapi kesemuanya. Kebudayaan mental adalah
yang paling penting kerana kebudayaan fizikal dan tingkahlaku adalah
cerminan kebudayaan mental. Takrif klasik Taylor dan Strauss
(kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia).
Apabila memperkatakan tentang penempatan manusia maka
kita tidak dapat melarikan diri daripada memperkatakan lanskap
budaya kerana penempatan manusia adalah sebahagian daripada
lanskap budaya dan lanskap budaya itu sendiri merupakan hasil
daripada kegiatan manusia di dalam sesebuah lokasi. Dalam lanskap
budaya itu sendiri meliputi kajian bentuk muka bumi mikro, tumbuhan
semula jadi, bangunan dan pola-pola penempatan (Ingolf Vogeler,
1996, http://www.uwec.edu/geography/ivogeler/w188/define.htm).
5
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
lanskap budaya membawa makna segala unsur yang wujud di atas
permukaan bumi hasil daripada kegiatan manusia dalam menjalankan
kehidupan harian dengan berinteraksi dengan persekitaran untuk
menjalankan kegiatan ekonomi sebagai manusia ekonomi dan dalam
konteks ini hubungan penempatan manusia dengan lanskap budaya
akan menumpukan perbincangan ini hanya merujuk kepada lanskap
budaya di atas permukaan bentuk muka bumi fizikal yang mengalami
perubahan.
Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul di sini ialah di
antara dua unsur tadi iaitu objek manusia dan lanskap budaya perlu
ditentukan unsur yang mempunyai dominasi terhadap unsur lain. Oleh
yang demikian, manusia merupakan unsur dinamik yang mampu
mendominasikan persekitaran fizikal untuk kepentingannya dengan
bertitik tolak daripada pendapat para sarjana yang menyokong
pemikiran serba kemungkinan yang menyatakan bahawa manusia
mempunyai peranan yang positif dan boleh mengatasi rintangan atau
sekatan alam sekitar. Vidal De La Blache (1926) berpendapat bahawa
perbezaan komuniti yang terdedah kepada alam sekitar fizikal yang
serupa boleh dijelaskan oleh perbezaan sistem nilai, sifat dan
kebudayaan.
6
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Frederich Ratzel (1892) menyatakan bahawa manusia
merupakan komuniti yang sama dengan haiwan dan tumbuhan
terpaksa bertungkus-lumus untuk hidup. Memang bertepatan sekali
kerana dengan jelas bahawa manusia dari sejak dahulu lagi berusaha
bertungkus-lumus untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal
tetapi dalam konteks perbincangan ini, bahawa ‘bertungkus-lumus’ di
sini merujuk kepada usaha manusia mengatasi halangan persekitaran
fizikal dan bukan sekadar menyesuaikan diri dengan persekitaran
fizikal yang dianggap dominan menentukan kehidupan manusia. Oleh
yang demikian, penempatan manusia sememangnya mempunyai
hubungan dengan lanskap budaya di mana kedua-dua unsur ini saling
berkaitan.
Apakah pertalian kebudayaan dan ruang?
Voyates (1967) ;- Space is meaning from culture – nothing is in the
space, unless culture. Ertinya segala yang ada di atas ruang, setiap
yang kita lihat di atas ruang adalah kebudayaan manusia. Manusia
hidup untuk meneruskan kebudayaan mereka, yakni kebudayaan
fizikal, kebudayaan tingkahlaku dan abstraksi.
7
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Oleh kerana manusia adalah objek utama dalam ruang, maka
pembentukan ruang secara fizikal dan sosial mestilah memenuhi
kehendak kebudayaan. Ini termasuklah kehendak-kehendak
bersangkutan dengan folkways, mores, nilai, norma, atau peraturan
yang dimantapkan oleh kebudayaan. Jika manusia mencipta sesuatu
ruang atau mengendalikan tingkahlaku dalam ruang secara tidak
memenuhi konsep kebudayaan atau bertentangan dengan kehendak
kebudayaan, ia boleh menimbulkan kontradiksi ruang dan boleh
membangkitkan tentangan awam. Contoh, membuang sampah
merata-rata, atau tidak mengikut barisan di kaunter memungkinkan
individu itu dimarah kerana tidak mematuhi peraturan ruang atau
kebudayaan yang ditetapkan. Contoh lain, pembinaan Empangan
Bakun mendatangkan tentangan sosial kerana melanggar pola
penggunaan ruang penduduk natif.
Persoalan Ruang Dalam pembangunan
Apabila kita merenung pembangunan, sama ada daripada sudut
fizikal mahupun sosial, beberapa refleksi boleh segera ditimbulkan:
i) Bahawa tujuan utama perancangan dan pengkaryaan ruang
dalam pembangunan adalah untuk mengagih ruang
8
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
pembangunan secara cekap dan berkesan, walaupun dengan
asas pendekatan pemikiran yang berbeza-beza dan bertahap.
ii) Asas pendekatan termasuklah seperti teras pembangunan,
ideologi negara, budaya setempat atau apa sahaja landasan
yang menggerakkan usaha pembangunan baik pada peringkat
negara atau kelompok atau individu. Pada peringkat negara
bangsa mahupun individu, persoalan asas pendekatan
pembangunan inilah yang seringkali didebatkan kerana
ketidaksempurnaan asas pendekatan inilah yang sebenarnya
menimbulkan konflik ruang dalam pembangunan. Perbezaan
asas pendekatan pembangunan reruang yang digunakan dalam
sesebuah negara, atau yang digunakan oleh kelompok dan
individu menyebabkan perbezaan dalam strategi dan
implimentasi pembangunan fizikal dan sosial yang terhasil.
9
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Pembangunan Bandar
Individu atau orang-orang daripada kalangan pemerintah yang
mempunyai tingkat pemikiran yang holistik, sempurna, ideal, menepati
norma dan nilai setempat, mempunyai panduan pemikiran mengenai
asas pembangunan yang konkrit dan relevan kepada masyarakat,
lantas mereproduksikan imej pembangunan yang imbang dan unggul
dari segi kemajuan peradaban, pada masa yang sama menangkis imej
paradoks dan kontra dalam masyarakat. Misalnya peralihan
paradigma pembangunan daripada paradigma kemerdekaan politik
(sehingga 1974) kepada paradigma modernisasi (1980an) kepada
paradigma manusia (lewat 90an) dan kepada paradigma mampan
10
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
(dekad milenium) adalah satu tanda kematangan pemikiran komuniti
ilmuan mengenai asas pendekatan pembangunan.
Pembangunan Kampung
Individu atau orang daripada kalangan pemerintah yang
mempunyai tingkat pemikiran yang cetek, sempit, ketakacuhan dan
ketandusan kerangka pemikiran yang konkrit lagi relevan kepada
masyarakatnya, mempunyai panduan pemikiran mengenai
pembangunan secara terbatas, lantas mewacanakan sebuah
pembangunan secara tidak tersusun. Contoh, dibawah kolonialisme,
konteks pemikiran mengenai pembangunan adalah kepada
penguasaan sumber dan bukan kepada pembangunan masyarakat,
11
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
maka kesannya imej ruang ditandai oleh keterbatasan unsur-unsur
pembangunan yang lain. Dalam paradigma modenisasi, ekonomi
adalah petunjuk KNK dan pembangunan, lantas wajah pembangunan
yang dihasilkan berorientasikan ekonomi.
Ada individu atau orang dari kalangan pemerintah yang memiliki
asas pendekatan pemikiran yang sempurna, tetapi gagal memainkan
peranan dalam mengagih ruang secara berkesan kerana ditakluk
manipulasi kuasa. Contoh: perancang pembangunan yang meluluskan
plan yang tidak konkrit kepada kesejahteraan alam sekitar, penduduk
atau kebudayaan penduduk kerana konstrain kewangan, korupsi, etc.
Dalam pentas pembangunan sebenar, individu sebegini amat ramai.
Asas pendekatan dalam pembangunan ruang boleh dilihat dalam
perspektif berikut;
Perspektif Pemerintah: pemerintah sebagai saluran teratas
yang membuat keputusan dalam merangka dan memutuskan plan
pembangunan (ruang) iaitu mengikut asas/esesi pembangunan yang
dihasratkan. Contohnya DEB dan wawasan 2020 adalah teras
pembangunan atau ideologi pembangunan. Di bawahnya kita boleh
saksikan pola pengungkapan, penyusunan dan penggunaan ruang
12
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
daripada sudut-sudut ekonomi seperti pembasmian kemiskinan,
penyusunan masyarakat, pembinaan bangsa dan citra nasional dan
sebagainya.
Daripada contoh ini, asas pendekatan pemerintah biasanya merujuk
kepada tujuan-tujuan pembangunan yang murni, holistik sifatnya dan
mengambilkira kepentingan serta persepsi masyarakat secara amnya.
Daripada dasar negara itu, terbinalah landskap fizikal pembangunan
seperti bandar dengan pola perindustrian, bandar-bandar perumahan
baru, pembukaan tanah rancangan, penyusunan semula struktur
ruangan bandar/desa sediawujud dan sebagainya, tujuannya adalah
untuk mencapai matlamat pembangunan. Namun demikian,
pemerintah seperti juga orang biasa kerap menyusun dan mengkarya
ruang bandar dengan terlupa tujuan asal, lantas mendapat kritikan
pelbagai pihak.
Bagi memahami perspektif pemerintah mengenai pola penyusunan
dan penggunaan ruang secara cekap dan berkesan, kita perlu
mengkaji apakah dasar-dasar pembangunan yang telah diwujudkan
dan sejauhmanakah dasar-dasar tersebut mengarah kepada
pembentukan ruangan pembangunan yang ideal daripada segi asas
pembangunan yang diinginkan. Di Malaysia, kita mempunyai
13
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
sekurang-kurangnya 32 dasar berkait pembangunan seperti dasar
urbanisasi, dasar pendidikan, dasar kependudukan, dasar
perindustrian, dasar penswastaan, dasar pandang ke timur, dasar
perumahan negara, etc. Dasar-dasar ini sebahagiannya telah mantap
dan sebahagiannya tidak jika dihubungkan dengan pencapaian
wawasan besar negara seperti wawasan 2020. Misalnya dalam
wawasan 2020 ditekankan penciptaan bangsa Malaysia yang integriti
tetapi pada hakikatnya, imej ruang yang dibentuk di Malaysia masih
belum berupaya mencapai matlamat integriti atau mewujudkan
simbol nasional yang sebenarnya. Misalnya simbol Malaysia tidak
bererti mewujudkan Mines Waterfront atau Sunway Pyramid.
14
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Mines Waterfront
Sunway Pyramid
Mekanisme Intervensi pemerintah dalam konteks penyusunan
dan pengkaryaan ruang dalam pembangunan disalurkan melalui
undang-undang, dasar, peraturan strategi, dan sebagainya. Ini
dilakukan dengan mewujudkan pelbagai otoriti yang bersangkutan
seperti jabatan dan kementerian. Contoh JPBD. Keputusan untuk
membina ruang adalah melalui keabsahan pemerintah (melalui
agensinya) Contoh: Pembinaan kawasan perumahan baru – sekurang-
kurangya melibatkan 16 agensi dalam perancangan ruang untuk
kelulusan antaranya --JPBD, JKR, JPS, JAS, JTG, dll.
15
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Perumahan Kampung
Perspektif Kelompok Dominan : kelompok-kelompok dominan
dirujuk sama ada kepada kumpulan atau individu yang memiliki
hubungan kuasa dalam masyarakat. Golongan ini termasuklah individu
yang memiliki keupayaan yang tinggi daripada segi ekonomi, sosial
mahupun politik. Kuasa yang ada pada mereka ini adalah berbeza,
misalnya kuasa dari segi kewangan atau kuasa kerana kepemimpinan/
karismatik atau kuasa kerana Ketuhanan/sakral. Dominannya
kelompok atau individu ini adalah pada tahap atau darjah pengaruh
kuasa yang dimiliki- iaitu besar atau kecil, tinggi atau rendah, kuat
atau lemah, sedikit atau banyak. Ini boleh dilihat daripada segi jumlah
17
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
modal terkumpul (keupayaan kewangan), jumlah pengikut atau
penyokong, atau tahap penghormatan dan keakuran masyarakat
terhadapnya. Dengan kuasa tadi, kelompok atau individu berkenaan
boleh:
Memutuskan:
keputusan-keputusan penting berhubung program pembangunan
dalam ruang- ini termasuklah teras pembangunan yang ingin
diwujudkan, idelogi yang ingin dianuti dan sebagainya. Ini
memberi kesan pada wacana pembangunan. Jika asas
pembangunan mendasari pemikiran kelompok dominan ini cetek
dan tidak berupaya, maka imej pembangunan yang dibawakan
juga terhambat atau terpesong.
Melaksanakan:
melaksanakan keputusan dengan kuasa yang ada padanya,
yakni merealisasikan apa yang dirancang ideal atau pincang.
Dalam keadaan normal kelompok dominan atau individu ini
tertakluk kepada kuasa pemerintah dalam melaksanakan apa yang
mereka putuskan, justeru itu sekatan kepada pembangunan yang
18
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
bermasalah mungkin dapat dilakukan melalui fungsi tapisan oleh
mekanisme intervensi kerajaan.
Namun perlu diingat, tidak kesemua kelompok atau individu
dominan tertakluk kepada Kuasa pemerintah dalam buatputusannya.
Biasanya mereka berkuasa dalam ruang mereka sendiri. Pada
peringkat JPBD misalnya kelulusan adalah pada segi struktur
pembinaan bangunan, dan bukan pada rekabentuk. Oleh itu dominan
kelompok global berupaya menghasilkan imej-imej bandar yang
kontras dengan sistem nilai setempat seperti Sunway Pyramid.
Senibina sunway piramid adalah bertentangan dengan pembinaan
identiti bangsa Malaysia yang sebenar kerana berkonsepkan senibina
pascamoden, falsafah penolakan agama dan bukan bercirikan
Malaysia, ia menggambarkan sebuah kuil dan bangunan makam
purba mesir, mengandungi bahasa senibina eksotik, misalnya pada
tiang kuil Among-Re penuh dengan ayat suci agama mesir purba,
lukisan pada dinding dan arca mempunyai seribu makna tersurat yang
memuji kebesaran Firaun yang dianggap sebagai tuhan. Hal yang
sama pada The mines WaterFront menunjukkan bangunan
pascamoden klasik barat yang menggambarkan mentaliti Malaysia
yang masih kuat mengagungkan penjajah.
19
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Kelompok dominan terdiri daripada beberapa tahap dan terlalu
berkuasa hinggalah yang sederhana tetapi berkuasa. Biasanya mereka
mengagih dan mengkaryakan ruang berdasarkan konteks kecekapan
dan keberkesanan penggunaan ruang daripada perspektif mereka,
meskipun kadangkala menentangi perspektif negara-bangsa.
Contoh kelompok dominan ini termasuklah ahli-ahli ekonomi
yang bermodal besar, ahli-ahli politik, tokoh agamawan, tokoh-tokoh
sosial seperti artisan dan lain-lain. Apabila etik peribadi kumpulan ini
meruncing, pola penyusunan dan pengkaryaan ruan juga terpesong.
Perspektif Kelompok Marginal: iaitu kelompok-kelompok
yang memiliki tahap pengupayaan/empowerment yang lemah
misalnya daripada segi ekonomi dan modal manusia. Justeru mereka
tersisih daripada segi hubungan kuasa. Kelompok ini adalah kelompok
terbesar dalam masyarakat yang selalunya memiliki daya adaptasi
ekonomi dan sosial yang lemah. Lantaran adaptasi yang lemah,
kelompok yang perlu terlibat dalam penggunaan ruang ini akhirnya
menggunakan ruang seada-adanya walaupun imej yang dibangunkan
di atas ruang itu mencacatkan atau merosakkan konsep sesebuah
wilayah ruang (seperti bandar). Contoh kelompok marginal ini
20
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
termasuklah setinggan, peneroka kota, ghetto, peniaga di tanah
haram atau tempat larangan.
Rumah Setinggan
21
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Petempatan Peneroka
Peniaga di tanah haram atau tempat larangan
22
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Imej ini amat ketara dibandar yang menerima kehadiran imigran
yang tinggi, kekurangan sektor pekerjaan dan industri (urbanisasi
pseudo/semu). Contoh ruang bandar yang terjelma daripada
penglibatan marginal ini masih ketara di bandaraya Kuala Lumpur
(Contoh: Dato Harun, Batu Caves, Selayang Jaya), Kota Kinabalu,
Sandakan, Tawau, dan lain-lain.
PENUTUP
Asas pendekatan merupakan subjek yang dianggap menentukan
pola penyusunan dan penggunaan ruang secara cekap dan berkesan.
Apabila mengkritik ruang, kita diseru mengkritik asas pendekatan yang
dipegang atau dipakai oleh seseorang pengkarya ruang.
Pada masa kini di mana-mana sahaja kita pergi, sama ada di
kota besar, tepi laut, ke luar bandar kita melihat bahawa persekitaran
fizikal telah banyak berubah. Pelbagai bentuk lanskap manusia melalui
budaya menyambut kedatangan kita. Semua ini sekadar menyedarkan
kita bahawa manusia kini mampu mengatasi halangan persekitaran
fizikal dan ini selaras dengan geografi masa semakin banyak lanskap
manusia melalui budaya yang akan diwujudkan.
23
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Dalam pada itu, lanskap manusia melalui budaya bukan sekadar
memperlihatkan bahawa manusia mampu mengatasi halangan fizikal
tetapi lanskap ini juga menjadi ukuran penting dalam melihat
kemajuan.
Dalam konteks sosiologi lanskap manusia berdasarkan budaya
bukan sekadar memperlihatkan status kemajuan sesebuah kawasan
tetapi juga dapat mencerminkan budaya, sosial dan ekonomi
penduduk setempat. Oleh yang demikian sememangnya lanskap
manusia dalam elemen budaya mempunyai hubungan dengan
penempatan manusia. Malahan Richard G. Boehm (1996) menyatakan
lanskap budaya mempunyai hubungan kuat dengan antropologi dan
arkeologi.
Oleh itu, dapat simpulkan bahawa lanskap dalam kategori
budaya merupakan gambaran asas kepada struktur sosial, ekonomi
dan budaya manusia yang menghuni ruang permukaan bumi. Malahan
penempatan manusia merupakan sebahagian daripada lanskap
budaya itu sendiri dan lanskap budaya itu sendiri mempunyai
hubungan dengan penempatan yang mencerminkan status sosial,
ekonomi dan kebudayaan.
24
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
RUJUKAN
01. Chauncy D.Haris dan Edward L. Ullman. (1945). “Model pelbagai
guna.”, dalam Katiman Rostam. (1988). Pengantar Geografi
Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
02. Colin J. Thomas dan Rosemary D.F Bromley.(2003). Retail
revitalization and small town centres: the contribution of
shopping lingkages. Applied Geography ,23, 48 – 68.
25
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
03. Friedrich Ratzel. (1926). Antropologie in geography. Annals of the
Association of American Geographers 53:429-40
04. Homer Hoyt. (1939). “Model Sektor.”, dalam Katiman Rostam.
(1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
05. Vidal De La Blache. (1926). The Geographical Tradition. Oxford :
Blackwell.
26
Top Related