Download - Geografi Taburan Penduduk

Transcript
Page 1: Geografi Taburan Penduduk
Page 2: Geografi Taburan Penduduk
Page 3: Geografi Taburan Penduduk

Penduduk Malaysia berjumlah kira-kira 23 274 690 orang pada tahun 2000.

Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata. Kebanyakan penduduk tinggal di dataran dan lembah sungai,kaki bukit dan pinggir pantai.

Sebanyak 18 537 800 (78.7%) orang tinggal di Semenanjung Malaysia,2 656 400 (11.4%) orang tinggal di Sabah dan 2 071 800 (8.9%) orang tinggal di Sarawak.

Taburan penduduk Malaysia terbahagi kepada kawasan berpenduduk padat,berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.

Page 4: Geografi Taburan Penduduk

Kepadatan penduduk sesebuah negara dapat dikirakan dengan menggunakan format yang berikut:

Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk Luas kawasan

Jadual di bawah ini menunjukkan jumlah dan kepadatan penduduk Malaysia pada tahun 2000.

Page 5: Geografi Taburan Penduduk
Page 6: Geografi Taburan Penduduk

Negeri Jumlah Penduduk (orang)

Luas Kawasan (km persegi

Kepadatan Penduduk (orang per km persegi)

SelangorJohorSabahSarawakPerakKedahW.P.Kuala Lumpur

4 188 8762 740 6252 603 4852 071 5062 051 2361 649 7561 379 310

7 96018 98773 619124 45021 0059 425243

5261443517981755 676

Page 7: Geografi Taburan Penduduk

KelantanPulau PinangPahangTerengganuNegeri SembilanMelakaPerlisW.P.Labuan

1 313 0141 313 4491 288 376898 825859 924

635 791204 45076 067

15 0241 03135 96512 9556 644

1 65279592

871 2743669129

385257827

Page 8: Geografi Taburan Penduduk

Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.

Contoh kawasan berpenduduk padat ialah seperti Lembah Klang,Lembah Kinta,Pulau Pinang,Seberang Perai,Dataran Kedah-Perlis,Seremban,Melaka dan Johor Bahru di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Di pantai timur Semenanjung Malaysia,kawasan tumpuan penduduk ialah di kawasan dataran dan delta iaitu di Dataran Kelantan,Dataran Terengganu dan di bandar Kuantan.

Page 9: Geografi Taburan Penduduk

Banyak penduduk bertumpu di kawasan dataran dan delta. Hal ini demikian kerana tanihnya jenis aluvium dan subur untuk kegiatan penanaman padi.

Perkembangan awal bandar Alor Setar,Kota Bharu dan Kuala Terengganu disebabkan kegiatan pertanian.

Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak berpenduduk padat juga.

Bandar-bandar utama berpenduduk padat kerana berfungsi sebagai ibu negeri,pusat perniagaan dan perdagangan,pusat kewangan dan perindustrian. Contohnya Kuala Lumpur,Ipoh,Georgetown dan Johor Bahru.

Lembah Kinta dan Lembah Klang berpenduduk padat hasil kegiatan perlombongan bijih timah.

Page 10: Geografi Taburan Penduduk

Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.

Kawasan tersebut termasuklah kawasan pertanian dan perikanan utama. Contohnya seperti :-

(a) kawasan penanaman padi,getah dan kelapa sawit di pantai barat Semenanjung Malaysia.

(b) kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia antara Dungun dengan kawasan luar Kuantan,bandar Mersing dan kawasan sekitarnya.

(c) kawasn rancangan kemajuan tanah seperti Segi Tiga Jengka,Pahang Tenggara dan Kelantan Selantan.

Page 11: Geografi Taburan Penduduk

(d) bandar-bandar kecil seperti Sibu,Bintulu dan Miri di kawasan pantai barat Sarawak.

(e) kawasan di sepanjang lembah Sungai Rajang di Sarawak.

(f) pantai barat Sabah dan pantai timur Sabah seperti Sandakan dan kawasan sekitarnya,Lahad Datu dan Tawau.

Page 12: Geografi Taburan Penduduk

Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.

Kawasan-kawasan ini lazimnya kawasan hutan,paya dan pedalaman. Contohnya seperti :-

(a) kawasan bergunung-ganang daan berhutan tebal di pedalaman Semenanjung Malaysia,Sarawak dan Sabah.

(b) kawasan paya air masin dan paya air tawar di bahagian timur negeri Johor,pantai timur Sabah dan pantai Sarawak.

Page 13: Geografi Taburan Penduduk

Kawasan pergunungan yang berhutan tebal adaalah terpencil kerana kurang kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan kurang kegiatan pertanian.

Taburan penduduk di kawasan ini jarang dan tinggal berselerak serta menjalankan kegiatan pertanian pindah.

Page 14: Geografi Taburan Penduduk
Page 15: Geografi Taburan Penduduk
Page 16: Geografi Taburan Penduduk

Bentuk Muka Bumi

Kawasan Sosioekonomi

Sumber Mineral

Dasar Kerajaan

Pengangkutan dan Perhubungan

Page 17: Geografi Taburan Penduduk

Bentuk muka bumi(a) Tanah pamah yang rata sesuai untuk pelbagai

kegiatan ekonomi,contoh penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis,Dataran Kelantan,Dataran Kerian.

(b) Kaki bukit beralun sesuai untuk menanam getah dan kelapa sawit,contoh Kluang,Labis di Johor telah menjadi tumpuan penduduk.

(c) Kawasan yang rata juga sesuai untuk pembinaan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan kawasan petempatan.

Page 18: Geografi Taburan Penduduk

Kawasan Sosioekonomi(a) Kawasan perindustrian,perniagaan dan

perdagangan menarik tumpuan penduduk.

(b) Contoh,Mak Mandin dan Perai di Pulau Pinang,Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor,Larkin dan Tampoi di Johor.

(c) Kawasan yang giat kegiatan pertanian mempunyai penuduk sederhana pada seperti Teluk Intan,Kluang,Layang-Layang dan Tawau.

Page 19: Geografi Taburan Penduduk

Sumber Mineral(a) Kawasan yang mempunyai sumber mineral telah

menjadi tumpuan penduduk.

(b) Sumber bijih timah di Lembah Kinta (Ipoh,Taiping).

(c) Kertih,Miri menjadi tumpuan penduduk kerana perlombongan petroleum.

(d) Bintulu menjadi tumpuan penduduk kerana kegiatan mencairkan gas asli.

Page 20: Geografi Taburan Penduduk

Dasar Kerajaan(a) Dasar Pertanian Negara membawa pembukaan

kawasan hutan untuk kegiatan pertanian.

(b) Di bawah rancangan FELDA,penduduk telah berpindah dari kawasan luar bandar ke luar bandar dan menyebabkan kawasan baru berpenduduk sederhana,contoh Jengka Tiga Segi di Pahang.

(c) Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas,contoh Sungai Way di Selangor,Bayan Lepas dan Perai di Pulau Pinang,Batu Berendam di Melaka,Sama Jaya di Sarawak,Pasir Gudang di Johor,Teluk Kalong di Terengganu.

Page 21: Geografi Taburan Penduduk

Pengangkutan dan perhubungan

Kawasan yang jaringan pengangkutannya padat mempunyai taburan penduduk yang padat juga.

Di kawasan penduduk yang jaringan pengangkutannya kurang,taburannya adalah kurang padat.

Contohnya kawasan tanah tinggi di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Pengangkutan melalui Lebuh Raya Utara Selatan telah menggalakkan perkembangan beberapa kawasan di sepanjang laluannya seperti Sungai Petani,Kedah,Jelapang di Perak,Senai di Johor dan Bukit Tengah di Seberang Perai Tengah,Pulau Pinang.

Page 22: Geografi Taburan Penduduk

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Bayan Lepas telah menyebabkan penduduk bertumpu di kawsan sekitarnya.

Peluang pekerjaan yang terdapat di Pelabuhan Klang,Pelabuhan Pulau Pinang,Pelabuhan Pasir Gudang,Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Kuantan telah menggalakkan tumpuan penduduk di kawasan sekitarnya.

Contohnya, kawasan petempatan di Masai yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Pasir Gudang.

Page 23: Geografi Taburan Penduduk