Kawasan Pertanian Makanan
DRAF 29/4/2011
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
2010
Kawasan Pertanian Makanan
Cetakan Pertama 2010
Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hakcipta terpelihara
Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun
dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara
elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
978-983-2773-98-6
Diterbitkan di Malaysia oleh
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170
Pemberitahuan
GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu-
Kawasan Pesisiran Pantai;
Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai;
Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid;
Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti;
Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpanan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.
GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan
dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain
keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.
GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain.
GP ini akan menggantikan GP Piawaian Perancangan
Kawasan Pantai JPBD Bil 6/2000
29 April 2011
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. SKOP 1
1.1 Definasi Kawasan Pertanian Makanan 1.2 Kawasan Pertanian Makanan Sebagai KSAS 1
1.3 Kategori Kawasan Pertanian Makanan KSAS 1
2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 3
3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 4 3.1 Dasar Perancangan 4
3.2 Akta/ Perundangan Berkaitan 5
4. GARIS PANDUAN UMUM PEMULIHARAAN 6
5. GARIS PANDUAN KHUSUS 13
SENARAI JADUAL
Jadual 1 : Kepentingan Kawasan Pertanian Makanan Sebagai KSAS 2
Jadual 2 : Prinsip-Prinsip Umum Pemeliharaan Dan Pembangunan Kawasan
Pertanian Makanan 3
Jadual 3 : Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) Bagi KSAS Pertanian Makanan Mengikut Aktiviti
SENARAI FOTO
Foto 1 : Tanaman padi sebagai sumber makanan negara (staple food) 1
Foto 2 :Buah strawberi antara tanaman yang diusahakan di kawasan
Tanah tinggi dan dikomersialkan 1
Foto 3: Penternakan ikan dalam sangkar 2
Foto 3 : Penternakan ayam merupakan salah satu dari penternakan
haiwan 2
SENARAI RAJAH
Rajah 1 : Had minimum anjakan 100 m daripada ban pantai 8 Rajah 2 : Zon penampan 400 m dengan tanaman hutan bakau 8
1 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
1. SKOP 1.1 DEFINISI KAWASAN PERTANIAN
MAKANAN
Kawasan pertanian makanan merangkumi kawasan pertanian tanaman (kawasan
padi, sayur-sayuran dan buah-buahan), perikanan air laut, perikanan sungai umum
serta aktiviti akuakultur (air tawar dan air payau) dan kawasan penternakan (khinzir, ayam, lembu, kambing dan sebagainya).
1.2 KAWASAN PERTANIAN
MAKANAN SEBAGAI KSAS
a) Kawasan Jelapang Padi
Kawasan sawah padi diperlukan untuk
membekalkan sumber makanan negara (staple food), iaitu sumber makanan asas untuk karbohidrat. Padi diberikan
status penting sebagai tanaman strategik yang menjamin keselamatan
tanaman makanan (food security crop).
Foto 1: Tanaman padi sebagai sumber makanan negara (staple food)
b) Kawasan Buah-buahan dan Sayur-Sayuran di Tanah Tinggi dan
Bercerun
Kawasan buah-buahan dan sayur-
sayuran merupakan antara tanaman makanan asas yang diusahakan.
Selain ditanam di tanah rata, ia juga diusahakan di kawasan tanah tinggi yang mempunyai tahap kesensitifan
yang tinggi. Suhu yang rendah menyediakan persekitaran yang
menggalakkan penanaman buahan-buahan dan sayur-sayuran.
Foto 2: Buah strawberi antara tanaman yang
diusahakan di kawasan tanah tinggi dan dikomersialkan
c) Kawasan Akuakultur
Kawasan akuakultur membekalkan sumber perikanan yang menyokong kehidupan masyarakat dan penjana
ekonomi. Kawasan akuakultur dijalankan di sungai, bekas lombong
1
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
dan laut. Jenis-jenis akuakultur adalah penternakan dalam sangkar
seperti ikan, kerang dan udang.
Foto 3: Penternakan ikan dalam sangkar
4) Kawasan Penternakan Haiwan
Kawasan penternakan haiwan contohnya penternakan ayam,
lembu, kambing, dan itik. (Rujuk Dasar Pertanian Negara Ketiga
(1998-2010)
1.3 KATEGORI KAWASAN PERTANIAN MAKANAN KSAS
Kategori kawasan pertanian makanan KSAS
adalah seperti Jadual 1.
Jadual 1: Kepentingan Kawasan Pertanian Makanan
Sebagai KSAS
♣ Impak Sampingan ♦ Fungsi Utama
Kawasan
KSAS Berisiko Bencana KSAS Bernilai
Sokongan Hidup
Tan
ah
Tin
gg
i
Su
ng
ai d
an
Tasik
Persis
iran
Pan
tai
Tan
ah
Lem
bap
Air
Bersih
Makan
an
Asas
Kep
erlu
an
Ru
an
g
Jelapang Padi
♣ ♣ ♦ ♣
Buah-buahan dan Sayur-sayuran
♣ ♣ ♦ ♣
Perikanan Air Tawar
♣ ♣ ♣ ♣ ♦ ♣
Perikanan Air Payau
♣ ♣ ♦ ♣
Perikanan Air Laut
♣ ♦ ♣
Penternakan ♦ ♣ ♣
Foto 4: Penternakan ayam merupakan salah satu dari penternakan haiwan
3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN
Jadual 2 Prinsip-Prinsip Umum Pemeliharaan Dan Pembangunan Kawasan Pertanian Makanan
(Sumber : Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010))
Prinsip Penerangan
i) Jaminan Keselamatan
Makanan
Dasar Pertanian Negara (DPN) yang sedia ada telah menentukan
keseimbangan pengeluaran pertanian bagi menjamin keperluan
makanan penduduk.
ii) Kawasan Jelapang
Padi
Penyediaan prasarana yang sempurna untuk mencapai matlamat
‘self-sufficiency’ 90 peratus.
iii) Kawasan Pertanian
yang Berkualiti,
Produktif dan Berdaya
maju
Penghasilan pertanian dilakukan pada tahap pengeluaran yang
bersesuaian dengan kemampuan kawasan pertanian, kesesuaian
teknologi dan harmoni dengan struktur sosial populasi setempat.
iv) Keselamatan,
Kebersihan dan
Kesejahteraan
Kawasan Sekitar
Kawasan pertanian yang menghindarkan unsur-unsur yang
mendatangkan ancaman, kerosakan atau kemudaratan kepada
keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan kawasan sekitarnya.
v) Kaum Tani Berilmu
dan Inovatif
Semua kaum tani diberi pengetahuan dan maklumat terbaru
supaya menjadi golongan berilmu, berinovatif dan berupaya
menguruskan aktiviti perladangan dan pertanian secara efisien
dan teratur.
vi) Mesra Alam
Pembangunan pertanian secara mampan menghasilkan produk-
produk makanan melalui penggunaan kaedah, teknologi dan
pengurusan sumber yang berbentuk mesra alam.
vii) Kawasan Tanah
Tinggi
Kawasan tanah tinggi yang telah diisytiharkan sebagai tanah
bukit di bawah Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (dalam Seksyen
3, bahagian II) boleh dipertimbangkan untuk pembangunan
pertanian dengan syarat amalan-amalan pemuliharaan tanah
yang mengelakkan hakisan digunakan.
4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA
3.1 DASAR PERANCANGAN
Jadual 3 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) Bagi KSAS Pertanian Makanan Mengikut Aktiviti
Jenis Aktiviti Dasar Berkaitan Dengan Perancangan Fizikal
Tanaman Padi
Kawasan jelapang padi ditetapkan sebagai kawasan kekal pengeluaran padi untuk mencapai tahap sara diri minimum beras sebanyak 90%.
Kawasan yang tidak produktif di luar jelapang padi akan ditukar untuk kegunaan lain.
Tanaman Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Tanah kerajaan yang sesuai dan kawasan padi yang marginal di luar kawasan jelapang akan dizon dan dilengkapi dengan kemudahan prasarana untuk pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan digalakkan menetapkan rizab kekal bagi Taman Hortikultur (U-Park) di kawasan bandar yang baru dan sedia ada sebagai kawasan penanaman sayuran.
Akuakultur
Mempergiatkan usaha pembaikan teknologi melalui:
- Penggunaan sistem ternakan berteknologi tinggi dan rawatan air yang cekap; dan
- Penggunaan automasi dan mekanisasi dalam pengeluaran akuakultur bagi meningkatkan produktiviti dan menjimatkan penggunaan tenaga buruh.
Ternakan Menentukan bekalan daging dan telur ayam-itik mencukupi melalui:
- Pengeluaran ayam-itik secara komersial dengan pendekatan moden dan sistem perladangan berskala besar; dan
- Pengintegrasian menegak dan mendatar.
Menetapkan kawasan tertentu untuk pengeluaran ayam supaya dapat mewujudkan status bebas penyakit.
Menggalakkan pembangunan mampan melalui:
- Pengeluaran daging khinzir dikhaskan di Kawasan Ternakan Khinzir Berpusat (PFA; ‘Pig Farming Area’) untuk menstabilkan pengeluaran dan pengawalan penyakit serta pencemaran alam sekitar; dan
- Mengadakan undang-undang yang seragam mengenai standard pengurusan kumbahan.
(Sumber: Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010))
5 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
3.2 AKTA/PERUNDANGAN BERKAITAN
Akta / Undang-Undang / Peraturan Agensi
Akta Pemuliharaan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara
Pejabat Tanah dan Galian
Akta Perikanan 1985 Jabatan Perikanan
(1) Peraturan-peraturan Perikanan (Sistem Kultur
Laut), 1990 dan (2) Peraturan-peraturan Perikanan (Ternakan dan Pemuliharaan Kerang), 1964 (pindaan 1982);
Jabatan Perikanan
Kaedah-kaedah Perikanan Sungai yang berkuatkuasa di negeri-negeri Kedah (1990), Johor (1984), Kelantan (1978), Perak (1992), Negeri Sembilan (1976), Pahang
(1991), Terengganu (1988), Perlis (1990), Melaka (1996) dan Sarawak (1995);
Jabatan Perikanan
Draft Inland Fisheries Rules (Aquaculture), 2003.
Enakmen Unggas yang berkuatkuasa di Negeri Johor
dan Negeri Sembilan
Enakmen Perladangan Ayam Negeri Johor, dan Negeri Sembilan
Jabatan Perikanan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
6 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
4. GARIS PANDUAN UMUM PEMULIHARAAN
i. Kawasan Jelapang Padi
a. Guna tanah
Kesemua kawasan jelapang padi dikekalkan.
Tanaman lain tidak dibenarkan di kawasan sawah padi selain daripada
jelapang padi.
Tanaman saka khasnya buah-buahan dibenarkan di tapak batas dan rizab
jalan ladang dengan syarat tidak mengganggu perairan dan pengaliran air bagi tanaman padi
b. Pembangunan Fizikal Dan Landskap
Pembinaan bangunan kekal tidak dibenarkan di kawasan sawah kecuali struktur sementara atau separuh kekal.
c. Kawalan Ekologi
Penggunaan baja kimia, racun-racun rumpai, serangga, kulat dan perosak hendaklah terkawal.1
1Nota : Pembakaran terbuka tidak dibenarkan kecuali seperti dinyatakan dalam Perintah Kualiti Alam Sekililing (Aktiviti yang
diisytiharkan)(pembakaran terbuka) 2003 di perenggan 3(e). Pembakaran sekam padi dibenarkan untuk digunakan sebagai
baja untuk penanaman padi.
7 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
ii. Kawasan Buah-buahan dan Sayur-Sayuran di Tanah Tinggi dan Bercerun
a. Had Pembangunan Pertanian di Kawasan Tanah Tinggi
Pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi yang berkecerunan kurang daripada 25° dibenarkan dengan syarat:
- tiada penggunaan jentera berat seperti jengkaut dan jentolak (yang
melebihi berat 10 tan atau kuasa kuda jentera melebihi 75 hp) untuk membuka tanah pertanian,
- pembinaan kolam perangkap mendap yang mematuhi pelepasan pepejal tidak melebihi 100 mg/l, dan
- Penggunaan ‘rain shelter’ dengan sokongan sistem saliran yang terkawal.
Pembangunan pertanian tidak dibenarkan di kawasan tanah tinggi yang berkecerunan melebihi 25°
Pembangunan melebihi 20 hektar memerlukan kajian EIA.
b. Sistem Pemeliharaan Tanah Secara Lengkap
Sistem pemeliharaan tanah yang lengkap seperti:
- Penyediaan batas (terracing) untuk menyekat larian air;
- Empangan kecil untuk menahan had laju air; dan
- Perangkap kelodak.
- Amalan agronomi yang baik
c. Zon Penampan
Zon penampan diadakan antara tanaman pertanian dengan sungai mengikut rizab sungai yang ditetapkan.
8 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
iii. Kawasan Perikanan Akuakultur
iv. 2 a. K,kKawasan Akuakultur Di Perairan Laut
Kawasan akuakultur tidak dibenarkan di tempat laluan bot atau pengangkutan air dan juga di sekitar tanaman laut.
b. Kawasan Akuakultur Di Persisiran Pantai
Had minimum anjakan 100 m daripada ban pantai (rujuk Rajah 1).
Pembinaan kolam tidak boleh melebihi 20% kawasan bakau. Zon penampan 400 m dengan tanaman hutan bakau perlu diadakan dari paras purata air pasang perbani (rujuk Rajah 2).
2 Kolam rawatan bagi memproses air kumbahan perlu diadakan sebelum disalurkan ke sungai dan laut; dan perlu menyediakan
Kajian EIA sekiranya melebihi 20 hektar
Rajah 1
Rajah 2
9 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Pusat prasarana, ameniti, kemudahan dan kegunaan yang berkenaan perlu mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1976.
c. Kawasan Akuakultur Di Sungai
Mengelakkan hakisan dan pencemaran sumber air sungai semasa
membangunkan sangkar.
Menggalakkan pembangunan akuakultur di kawasan yang mempunyai
prasarana asas.
Tidak menggalakkan penggunaan bahan kimia semasa pengendalian hasil lepas tuai
d. Kawasan Akuakultur Di Sungai
Kawasan yang mempunyai sumber air yang bebas daripada pencemaran dan
banjir boleh diusahakan akuakultur air tawar dengan kelulusan daripada Jabatan Perikanan.
Bekas lombong boleh digunakan untuk aktiviti akuakultur dengan pengawalan yang rapi.
Aktiviti akuakultur tidak dibenarkan di kawasan tadahan air (catchment
areas), hutan simpanan, empangan dan tasik statik
e. Kawasan Akuakultur Di Darat
Kawasan yang mempunyai sumber air yang bebas daripada pencemaran dan banjir boleh diusahakan akuakultur air tawar dengan kelulusan daripada Jabatan Perikanan.
Bekas lombong boleh digunakan untuk aktiviti akuakultur dengan pengawalan yang rapi.
Aktiviti akuakultur tidak dibenarkan di kawasan tadahan air (catchment areas), hutan simpanan, empangan dan tasik statik.
10 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
iv. Kawasan-Kawasan Penternakan Khinzir a. Kawasan Larangan Bagi Ladang Khinzir
Ladang khinzir dilarang di kawasan berikut:-
- di dalam atau berdekatan dengan kawasan tadahan air (catchment areas);
- berdekatan dengan perumahan, sungai, laut, kolam dan tasik;
- berdekatan dengan kawasan pertanian khasnya tanaman padi dan kawasan pembangunan; dan
- dalam kawasan hutan simpanan kekal.
b. Perwujudan dan Pengawalan Kawasan Ternakan Khinzir Berpusat (PFA)
Mewartakan Kawasan Ternakan Khinzir Berpusat (PFA);
Menetapkan syarat dan tahap piawaian minimum termasuk param teknikal;
penutupan dan perpindahan ladang khinzir sedia ada yang tidak sesuai ke
sistem PFA baru;
sistem kawalan pencemaran yang sesuai di kawasan PFA;
Tindakan penalti ke atas pihak yang mencemarkan alam sekitar dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditentukan
Dikehendaki mendapat kelulusan Majlis sebelum dibenarkan beroperasi;
Hanya dibenarkan dalam zon yang telah ditetapkan;
Satu pengurusan sahaja yang bertanggungjawab ke atas semua aspek pentadbiran PFA tersebut;
Tanaman buah-buahan tidak dibenarkan dalam kawasan PFA;
Rumah kediaman pekerja tidak dibenarkan dalam kawasan PFA kecuali rumah
stor dan stesen pekerja sahaja.
Sistem kawalan pencemaran yang komprehensif dengan ciri-ciri:-
- Sistem pengolahan sisa berpusat;
- Pengolahan efluen terakhir mencapai tahap BOD kurang daripada 50 ppm;
- Saluran yang berasingan untuk air hujan dan sisa buangan khinzir bagi setiap kandang;
- Sisa khinzir disalurkan melalui parit konkrit; dan
- Buangan pepejal dijadikan sebagai kompos.
Sistem kawalan penyakit dan kesihatan awam melalui:-
11 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
- Amalan penternakan yang baik;3
- Langkah biosekuriti serta sistem disinfeksi yang sempurna;
- Kaedah pengurangan sumber untuk menghapuskan populasi nyamuk, lalat
dan serangga lain; dan
- Langkah keselamatan dan kesihatan pekerja perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.
Kawasan PFA dikehendaki dipagar untuk menghalangkan pergerakan manusia,
kenderaan dan haiwan secara bebas.
c. Zon Penampan
Perlu diadakan zon penampan yang lebarnya tidak kurang 300 m di sekeliling ladang dan;
Tanaman buah-buahan tidak dibenarkan.
v. Kawasan Ladang Ayam
a. Pelesenan
Pengusaha yang mengusahakan ternakan ayam perlu mendapatkan lesen
perladangan ayam daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
b. Enakmen Perladangan Ayam
Enakmen perladangan ayam yang digunapakai di negeri Johor dan Negeri Sembilan seharusnya digunapakai juga di negeri-negeri lain.
c. Kawasan Larangan Bagi Ladang Ayam
Tidak berhampiran dengan parit utama, pengairan dan sungai khususnya yang digunakan sebagai punca bekalan air awam.
d. Perwujudan dan Pengawalan Sistem Reban Tertutup
Mewartakan Sistem Reban Tertutup (Close System);
3 Kolam rawatan bagi memproses air kumbahan perlu diadakan sebelum disalurkan ke sungai dan laut; dan perlu menyediakan
kajian EIA jika melebihi 20 hektar.
12 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Pertukaran Sistem Reban Terbuka yang sedia ada kepada Sistem Reban Tertutup yang mesra alam;
Sistem kawalan pencemaran yang komprehensif dengan ciri-ciri:-
- Mengambil langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang berada di bawah paras indeks 10 (menggunakan scudder fly grill). Program 4kawalan lalat
dibuat dua kali seminggu. Setiap ladang mestilah sentiasa dalam keadaan kering. Mengambil langkah supaya tahi ayam sentiasa kering bagi
mengelakkan bau busuk yang mengganggu kesejahteraan awam di kawasan sekitar.
- Memastikan udara yang disedut keluar dari reban tidak mencemarkan udara, bangunan dan tumbuhan di kawasan berhampiran.
- Penggunaan racun, hormon dan ubat-ubatan termasuk antibiotik hendaklah
mengikut peraturan sedia ada yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Sistem kawalan penyakit dan kesihatan awam melalui:-
- Ayam yang mati akibat penyakit hendaklah ditanam, dibakar atau dilupuskan
dengan kaedah perlupusan yang sempurna.Ayam yang dijangkiti penyakit hendaklah diasingkan dan dirawat supaya tidak merebak dan mengambil
tindakan kawalan segera. - Memastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, Vancomycin Resistant
Enterococci, Salmonellosis, Campylobacter, Lysteria.
e. Zon Penampan
Sekurang-kurangnya 200m dari kawasan penempatan awam (seperti
perumahan, rumah beribadat, sekolah, klinik dan rekreasi).
Sekurang-kurangnya 500 m dari ladang unggas terdekat.
4 Kolam rawatan bagi memproses air kumbahan perlu diadakan sebelum disalurkan ke sungai dan laut; dan perlu menyediakan
kajian EIA jika melebihi 20 hektar.
13 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
5. GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 4 Kegunaan Tanah Di Kawasan Pertanian Makanan
KSAS/ Kategori Tahap
Kesen-sitifan
Aktiviti Dibenarkan
Aktiviti Dibenarkan
dengan syarat Aktiviti tidak dibenarkan
Catatan / Garis panduan
Aktiviti Syarat
1) Kawasan
Jelapang Padi yang diperakui oleh Kementerian Pertanian
2 Penanaman
padi
Tanaman
Saka
Hanya di
atas tapak-tapak batas dan kawasan rizab yang tidak mengganggu perairan dan penyaliran air
Aktiviti
perkilangan
Pembangunan perumahan
Aktiviti perdagangan
4) Kegiatan akuakultur komersial
Tidak dibenarkan
sebarang pembangunan di sawah yang dikenalpasti sebagai Jelapang padi kerana berkepentingan nasional.
Tertakluk kepada Dasar Pertanian Negara Ketiga 1998-2010
2) Kawasan
tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di tanah tinggi
3 Pertanian
(khasnya penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran)
Tanaman
jangka panjang dan jangka pendek
Kelulusan
adalah tertakluk kepada kecerunan tanah.
Penanaman
tidak dibenarkan di tanah tinggi yang berkecerunan melebihi 25°
Tanaman sayur-sayuran tidak dibenarkan di topografi berombak, berbukit atau curam yang berkecerunan melebihi 6°
Tertakluk pada undang-
undang dan peraturan sedia ada mengenai pembangunan dan pemuliharaan kawasan tanah tinggi seperti Akta Pemuliharaan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara,
Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun 2000, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan Garis Panduan di kawasan Tanah Tinggi di surat Pekeliling Tahun 2002, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar patut dipatuhi.
14 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
KSAS/ Kategori Tahap
Kesen-sitifan
Aktiviti Dibenarkan
Aktiviti Dibenarkan
dengan syarat Aktiviti tidak dibenarkan
Catatan / Garis panduan
Aktiviti Syarat
3) Kawasan
Akuakultur Di Perairan Laut
3
Perikanan
Pemelihar
aan ikan marin, kerang
Di kawasan
perairan laut terbuka, kedalaman air tidak kurang dari 20 m; dan
di kawasan selat, teluk atau muara sungai, kedalaman air tidak kurang dari 3 m.
Aktiviti yang
membahayakan hidupan laut.
Tertakluk pada Undang-
undang
4) Kawasan
Akuakultur Di Persisiran Pantai
3
Perikanan
Pemelihar
aan ikan air payau
Had
minimum anjakan untuk aktiviti akuakultur ialah 100 m dari ban pantai.
Aktiviti
pelepasan kumbahan terus ke laut adalah dilarang.
5) Kawasan
Akuakultur Di Darat (termasuk Tanah Lembap, Sungai, Tasik dan Bekas Lombong)
3 Perikanan Pemelihar
aan ikan air tawar
Aktiviti
akuakultur tidak dibenarkan di kawasan takungan air dan hutan simpanan kekal.
Aktiviti akuakultur secara komersial juga tidak dibenarkan di empangan air
Draft Inland Fisheries
Rules (Aquaculture) 2003 perlu dipatuhi.
15 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
KSAS/ Kategori Tahap
Kesen-sitifan
Aktiviti Dibenarkan
Aktiviti Dibenarkan
dengan syarat Aktiviti tidak dibenarkan
Catatan / Garis panduan
Aktiviti Syarat
6) Kawasan
Ladang Ternakan Khinzir
3 Ternakan
Khinzir
1) Stor
2)Pondok pekerja
Penanaman
pokok buah-buahan
Rumah kediaman
Garis Panduan ternakan
khinzir Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Garis Panduan Perancangan Perusahaan Ternakan Khinzir, 2002, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia perlu dipatuhi.
7) Kawasan
Ladang Ternakan Ayam
3 Ternakan
Ayam
1)Reban
Ayam
2) Stor
Reban disimpan
kering dan bersih
Pembuangan
bangkai ayam di merata tempat adalah dilarang
Pengusaha perlu
berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Garis Panduan Ternakan Ayam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu dipatuhi.
(Sumber : Kajian KSAS 2004)
NOTA: TAHAP KESENSITIFAN: 1 = TIADA PEMBANGUNAN KECUALI AKTIVITI PENYELIDIKAN 2 = AKTIVITI BERIMPAK RENDAH DIBENARKAN TANPA PERTUKARAN GUNA TANAH 3 = PEMBANGUNAN TERKAWAL (DENGAN SYARAT-SYARAT TERTENTU)
16 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1180
Email: [email protected] Laman web: http://www.townplan.gov.my
17 GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Chenderasari, 50646 Kuala Lumpur
Top Related