GRID KURIKULUM : P 4709 PRINSIP PENGIKLANAN
UNIT 1 : TAKRIF DAN KONSEP PENGIKLANAN (4 JAM) 1.1 Evolusi pengiklanan dalam perkembangan pemasaran 1.2 Hubungkait konsep pengiklanan dengan objektif pengiklanan 1.3 Aplikasi model-model iklan dalam membentuk objektif pengiklanan
UNIT 2 : FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN (4 JAM)
2.1 Fungsi-fungsi pengiklanan : Pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial 2.2 Kesan-kesan pengiklanan terhadap ekonomi dan sosial
UNIT 3 : STRATEGI PENGIKLANAN (6 JAM)
3.1 Pengertian dan konsep strategi pengiklanan 3.2 Cara-cara menulis strategi kreatif dan membinanya
TOPIK
UNIT
TARIF DAN KONSEP PENGIKLANAN
1
FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN
2
STRATEGI DAN PENGIKLANAN
3
4
PERNIAGAAN PENGIKLANAN
5
6
MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN
7
8
PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN PENGIKLANAN
9
10
UNDANG-UNDANG DAN ETIKA BERKAITAN PENGIKLANAN
11
12
http://modul2poli.blogspot.com/
UNIT 4 : STRATEGI PENGIKLANAN (7 JAM) 4.1 Rayuan pengiklanan 4.2 Teknik-teknik persembahan
UNIT 5 : PERNIAGAAN PENGIKLANAN (6 JAM)
5.1 Fungsi industri pengiklanan 5.2 Agensi pengiklanan : Peranan, jenis, struktur dan bentuk ganjaran
yang diterima UNIT 6 : PERNIAGAAN PENGIKLANAN (4 JAM)
6.1 Peranan pengiklanan dan hubungan antara pengiklan dengan agensi 6.2 Peranan pembekal pengiklanan
UNIT 7 : MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN (5 JAM)
7.1 Faktor-faktor pemilihan media 7.2 Teori-teori media
UNIT 8 : MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN (5 JAM)
8.1 Jenis-jenis media pengiklanan seperti media cetak, elektronik , luaran dan pos langsung
8.2 Kelebihan dan kelemahan setiap media UNIT 9 : PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN PENGIKLANAN (4JAM)
9.1 Hubungkait keperluan penyelidikan pemasaran dengan pengiklanan 9.2 Peranan penyelidikan pemasaran 9.3 Peranan penyelidikan pengiklanan
UNIT 10 : PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN PENGIKLANAN (4 JAM)
10.1 Aplikasi penyelidikan kepada situasi pengiklanan 10.2 Model bagi praujian pengiklanan
UNIT 11 : UNDANG-UNDANG DAN ETIKA PENGIKLANAN (8 JAM)
11.1 Undang-undang yang berkaitan dengan kontrak pengiklanan, hakcipta, sewabeli, libel, fitnah, slender barang-barang, televisyen dan penggunaan kanak-kanak
11.2 Tatatertib amalan pengiklanan Malaysia dan ahlijawatankuasanya 11.3 Kod etika pengiklanan RTM
http://modul2poli.blogspot.com/
UNIT 12 : UNDANG-UNDANG DAN ETIKA PENGIKLANAN (3 JAM) 12.1 Kod Penyiaran 12.2 Fungsi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
http://modul2poli.blogspot.com/
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1. Modul ini mengandungi 12 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang
sama.
2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada kod subjek, unit dan halaman.
P4709 / UNIT 1 / 1 Subjek
Unit 1 Halaman 1
3. Pada pemulaan unit objektif am dan khusus dinyatakan 4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan symbol berikut :
OBJEKTIF Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran
INPUT Input mengandungi maklumat yang anda pelajari AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguju kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.
MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti
PENILAIAN KENDIRI Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit
http://modul2poli.blogspot.com/
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri
5. Anda perlu mengikut unit demi unit yang disediakan 6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit
sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar semester 5 yang mengikuti
kursus Diploma Pemasaran di Jabatan Perdagangan, Politeknik Malaysia. Ianya
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit ke
arah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan pensyarah.
PRASYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
Pelajar-pelajar mestilah lulus kursus Pemasaran 1, Pemasaran 2 dan Pengurusan
Promosi.
OBJEKTIF AM
• Mendedahkan pengiklanan serta aspek-aspek yang terlibat dalam membuat
keputusan pengiklanan
• Mewujudkan kefahaman mengenai konsep dan fungsi pengiklanan dalam
sistem pemasaran,
PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA
MODUL
• Kertas dan pensil
RUJUKAN
• Aker, David and john G. Meyers. Advertising Management 3rd Edition New
Jersey, 1987
• Adnan Hashim. Advertising in Malaysia, Pelanduk Publication
• Charles, Ruyon K. advertising. Mevrill, 1984
• Darlina Ahmad. Pengiklanan dan Promosi Jualan. Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd., 1988
http://modul2poli.blogspot.com/
• Davis, MP. The Effective Use of Advertising Media. Business Books, 1985
• L. Kaurman and Harcourt Brace. Essential of Advertising. New York , 1980
MODUL
POLITEKNIK KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
PP 44770099 PRINSIP PENGIKLANAN
Noraini Bt. Kamarudin ( PPD ), Nor Zarina Bt. Pitdin ( PPD )
Muhammad bin Mohd Shah (PPD)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 1
TAKRIF DAN KONSEP PENGIKLANAN
(SEJARAH, KONSEP, OBJEKTIF DAN MODEL
PENGIKLANAN)
OBJEKTIF
Objektif Am :
Mempelajari dan memahami evolusi pengiklanan, objektif pengiklanan dan
penetapan objektif pengiklanan, model-model pengiklanan dan aplikasinya.
Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat
• Menjelaskan dan menerangkan evolusi pengiklanan
• Menerangkan tentang objektif pengiklanan
• Menghubungkaitkan konsep pengiklanan dengan objektif pengiklanan
• Membincangkan model-model pengiklanan yang lazim digunakan.
• Mengaplikasi model-model dalam membentuk objektif pengiklanan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
1.0 PENGENALAN
Pengiklanan telah diamalkan sejak zaman dahulu. Ianya bermula dari zaman
dahulu kala, zaman cetakan, zaman maklumat dan hinggalah kini iaitu zaman
pengiklanan moden.
1.1 DEFINISI PENGIKLANAN
Perkataan pengiklanan bermula daripada bahasa Arab “I’lan” yang bermaksud
khabar yang disiarkan. Perkataan “Advertising” pula berasal dari perkataan Latin
iaitu “Advetere” yang bermaksud memalingkan fikiran kepada sesuatu.
Agensi Mac Caan Erickson mentakrifkan iklan sebagai kebenaran yang
dinyatakan sebaik-baiknya.
Albert Lasker (bapa pengiklanan moden) pula mendefinisikan iklan sebagai seni
menjual melalui media cetak
Courtland Boyee dan William Arens mendefinisikannya sebagai satu bentuk
komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat
memujuk tentang barangan/keluaran/perkhidmatan/idea oleh penaja yang boleh
dikenalpasti dan dilakukan melalui pelbagai media.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
1.1.2 EVOLUSI PENGIKLANAN
1.1.2.1 Zaman Dahulu Kala
Komunikasi telah bermula sejak zaman Babylon, Mesir dan
Greece. Oleh kerana pada masa itu kadar buta huruf yang
tinggi maka kaedah symbol pengenalan kedai digunakan.
Kebanyakan kedai akan menggunakan simbol bagi menarik
perhatian pengguna untuk membeli dari kedainya
1.1.2.2 Zaman Cetakan
Pada tahun 1440, Johannes Gutenberg telah mengarahkan
perubahan iklan kepada kepada pengiklanan besar-besaran
(mass production). Kewujudan media cetak telah
mengurangkan kadar buta huruf dan seterusnya menggalakkan
peranan syarikat pengiklanan. Perkataan pengiklanan bermula
pada tahun 1655 dan pada 1660 ianya digunakan sebagai
penyebaran maklumat terutama oleh pemilik kedai untuk
memberitahu kepada pengguna tentang kedai dan barangan
yang dijual oleh mereka.
1.1.2.3 Zaman Maklumat
Pada pertengahan 1800 telah bermulanya industri pengiklanan
secara besar-besaran di Amerika Syarikat akibat didorong oleh
Revolusi Industri. Kebanyakan pengiklanan dibuat di
suratkhabar dan poster sebagai media penyebaran maklumat
utama dan selepas akhir 1800 majalah pula telah menjadi
medium bagi menyampaikan mesej yang lebih panjang dan
kompleks dengan cara yang lebih menarik dan kreatif.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
1.1.2.4 Pengiklanan Moden
Abad ke 20 adalah permulaan kepada industri pengiklanan
sebagai satu kekuatan utama pemasaran. Pada awal 1900an
pengiklanan adalah berasaskan pendekatan jualan. Kesan
kejatuhan ekonomi pada 1929 memberi kesan kepada industri
pengiklanan. Selepas itu pengiklanan mula mengalami
perubahan sehingga hari ini apabila pengiklanan dianggap
sebagai satu seni memujuk. Sehingga hari ini pengiklanan
dianggap sebagai eleman terpenting dalam memasarkan produk
dan menjadi tunggak kepada pengguna dalam memilih
produk/perkhidmatan.
Zaman Pengiklanan Moden melalui enam peringkat
perkembangan.
Era Profesiolisme
Pada masa ini pengiklanan adalah jualan dalam bentuk cetakan
Kemakmuran dan Peperangan
Pengiklanan perkhidmatan awam yang bergantung kepada
sukarelawan profesioanalisme. Tertumpu kepada pengiklanan
awam kerana menyebarkan maklumat berkaitan peperangan
Menangani Kemelesetan
Berdasarkan pesanan melalui mail menggunakan ayat-ayat
mudah. Ini dapat menjimatkan kos.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Kewujudan Radio
Memerlukan kakitangan yang mahir dalam penulisan skrip
bagi membuat iklan tetapi baisanya menghadapi masalah dari
segi bahan dan kewangan kerana belanja mengiklan adalah
tinggi.
Kewujudan Televisyen
Pada 1939 rangkaian televisyen pertama di dunia wujud dan
pengiklanan mula diambil alih oleh televisyen dan seterusnya
menguasai pasaran.
Era Kreativiti
Pada 1960, pengiklanan secara kreatif mula diamalkan .
Unsur-unsur kesenian, inspirasi dan interaksi telah diselitkan
didalam setiap pengiklanan bagi menarik minat pengguna.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 1A
Pelajar pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada empat
atau lima orang ahli. Setiap kumpulan dikehendaki pergi ke perpustakaan bagi
mendapatkan maklumat yang perlu bagi menjawab tugasan
Terangkan bagaimana bermulanya aktiviti pengiklanan?
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 1A
Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan
Rome sehingga ke zaman kini.
Pelajar harus menambah lagi maklumat berkaitan sejarah pengiklanan selain dari
yang tercatat dalam nota 1.1.2
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
1.2 OBJEKTIF PENGIKLANAN
Sebelum dapat membentuk pengiklanan, objektif mestilah ditetapkan bagi
memastikan pengiklanan yang dibuat adalah berkesan. Objektif bermakna
matlamat atau sasaran yang ingin dicapai dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Sesuatu iklan dibuat adalah untuk menimbulkan kesedaran dan pengetahuan serta
memberi keyakinan kepada pengguna supaya mereka membuat tindakan iaitu
membeli barang yang diiklankan.
1.2.1 Menimbulkan kesedaran
Menimbulkan kesedaran terhadap jenama dan produk baru yang ada di
pasaran. Begitu juga produk-produk lama yang diperbaharui seperti
Breeze baru dalam bentuk tablet, Shelltox bertukar kepada Shieldtox.
Produk-produk baru pula seperti produk keluaran Quantum Showcase.
1.2.2 Memberi pengetahuan
Memberi maklumat terperinci tentang produk atau perkhidmatan.
Tugas utamanya ialah :-
• Memberi maklumat sebenar kepada kumpulan sasaran
• Membetulkan tanggapan yang negatif tentang kumpulan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
• Menguatkan kepercayaan pengguna terhadap produk
Contoh-contoh iklan seperti ubat kumur-kumur Listerine dan Oral B dan juga spirulina.
1.2.3 Untuk Memberikan Keyakinan
Menimbulkan minat dan keyakinan dengan menggunakan
pakar dalam bidang berkaitan atau memberi jaminan atau
mendapatkan pandangan pengguna atau menunjukkan kualiti
atau prestasi. Contoh seperti Febreeze menjemput Chef Wan
menjadi jurucakap dan kemudian menemuramah dengan
pengguna-pengguna Febreeze.
1.2.4 Tindakan
Menggalakkan tindakan pembelian daripada pengguna untuk
mendapatkan barangan di kedai ataupun pengguna cuba
mendapatkan maklumat dari tempat-tempat tertentu. Contoh
menggunakan kupon dan diselitkan dalam akhbar atau majalah
seperti Domino’s Pizza menyelitkan kupon promosi bulan
Merdeka dalam akhbar The Star.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 1B
Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut kumpulan.
Pelajar-pelajar dikehendaki mendapatkan keratan iklan di media cetak. Sila kaji
objektif pengiklanan tersebut. Pelajar-pelajar dikehendaki membentangkan hasil
dapatan daripada iklan tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 1B
Jawapan :
Objektif Pengiklanan
1. Menimbulkan kesedaran
2. Memberikan pengetahuan
3. Untuk memberi keyakinan
4. Menggalakkan tindakan
Objektif mestilah bersesuaian dengan keratan iklan yang digunakan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
1.3 MODEL-MODEL PENGIKLANAN
Berikut adalah model-model iklan yang biasa digunakan dalam membentuk
objektif pengiklanan.
Model AIDA
Rajah 2.1 menunjukkan carta alir peringkat dalam diri individu berdasarkan
model AIDA.
Awareness
Interest
Desire
Action
Rajah 2.1 : Carta Alir Model Pengiklanan AIDA
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Peringkat Awareness/Kesedaran
Pada peringkat ini pengguna diberi kesedaran tentang kewujudan produk atau
perkhidmatan.
Peringkat Interest/Minat
Pengguna mula menunjukkan minat terhadap produk apabila telah sedar tentang
kewujudan produk.
Peringkat Desire/Keinginan
Setelah menunjukkan minat pengguna mungkin mempunyai keinginan memiliki
produk atau menggunakan perkhidmatan.
Peringkat Action/ Tindakan
Pada peringkat ini pengguna telah yakin pada produk dan akan melakukan
tindakan pembelian barangan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Model DAGMAR (Define Advertising Goals to Measured Advertising Results)
Rajah 2.2 menunjukkan carta lair peringkat individu berdasarkan Model DAGMAR
Kesedaran
Pengetahuan
Minat
Kecenderungan
Keyakinan
Tindakan Belian
Rajah 2.2 : Carta Alir Model Pengiklanan DAGMAR
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Peringkat Kesedaran
Iklan yang dibuat bertujuan untuk menunjukkan kesedaran terhadap produk terutama
produk baru
Peringkat Pengetahuan
Pada peringkat ini pengguna mula mencari maklumat lebih lanjut tentang
produk/perkhidmatan oleh itu iklan yang dibuat mestilah mengandungi maklumat
terperinci.
Peringkat Minat
Setelah mendapat maklumat lengkap akan timbul minat terhadap produk atau
perkhidmatan. Iklan mestilah dapat menimbulkan minat terhadap barangan.
Peringkat Kecenderungan
Apabila minat timbul maka akan timbul kecenderungan pengguna untuk membeli
jenama produk atau perkhidmatan yang tertentu. Pengiklanan mestilah memberi
kelebihan atau faedah yang lebih baik daripada jenama lain.
Tindakan Pembelian
Pada peringkat ini pengguna telah pun membuat keputusan untuk membeli barangan
berjenama tertentu berdasarkan pengiklanan yang telah dilihat oleh mereka.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 16
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Aplikasi Model Pengiklanan dalam Membentuk Objektif Pengiklanan
Peringkat dalam Diri
Individu
Model AIDA
Model DAGMAR
Kognitif/Mental
Kesedaran
Kesedaran
Pengetahuan
Afektif/Perasaan
Minat
Keinginan
Minat
Kecenderungan
Keyakinan
Kelakuan
Tindakan belian
Tindakan belian
Jadual 2.1 : Perkaitan antara Peringkat dalam Diri Individu dengan Model-Model Pengiklanan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 17
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Setiap peringkat dalam model pengiklanan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat
utama dan setiap peringkat mesti ditangani dengan betul untuk memastikan objektif
pengiklanan dapat dicapai.
Peringkat Kognitif/Mental
Jika tiada apa-apa tindakbalas pada peringkat ini maka peringkat dua dan tiga tidak
dapat dijalankan. Pada masa ini mental/fikiran pengguna mesti dipengaruhi. Untuk
menanamkan pengetahuan dan kepercayaan tertentu dalam pemikiran. Iklan yang
dibuat biasanya tidak menyuruh pengguna beli produk sebaliknya beri kesedaran.
Contoh :- Iklan Anlene
Mengaitkan susu dengan kesihatan. Mengelakkan penyakit ostoporosis.
Secara tak langsung tanam kepercayaan, Anlene cegah penyakit.
Kesedaran tidak bermaksud pengguna tahu maka perlu teruskan peringkat dua.
Peringkat Afektif
Iklan yang dibuat biasanya bertujuan memainkan perasaan atau emosi pengguna.
Mewujudkan kecenderungan membeli produk yang ditawarkan. Pada peringkat ini
iklan dibuat berkaitan dengan sikap/perasaan.
Contoh:- Iklan Petronas.
Anak meminta upah daripada ayah kerana menyuruhnya pergi kedai dan
ayah mengatakan bahawa tiada upah untuknya membesarkan anak-anak.
Contoh:- Iklan Telekom.
Talian telefon ada tetapi anak tiada masa untuk membuat panggilan kepada
ibu bapa untuk bertanya khabar.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 18
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Iklan-iklan ini cuba menyentuh emosi pengguna supaya mengenang jasa
kedua ibubapa. Ini akan menimbulkan minat dan kecenderungan terhadap
barangan.
Peringkat Kelakuan
Iklan yang dibuat mendorong pengguna melakukan sesuatu tindakan samada tindakan
mencari maklumat lebih lanjut atau membuat pembelian produk
Contoh:- Iklan KFC/MacDonald
Memaparkan hadiah-hadiah yang ditawarkan dengan pembelian pek untuk
kanak-kanak. Mendorong ibubapa membelinya.
Setiap peringkat didalam model-model pengiklanan mengandungi objektif-objektif
pengiklanan dan ini akan membantu dalam pembikinan iklan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 19
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 1C
Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang.
Pelajar dikehendaki membentuk pengiklanan berdasarkan model komunikasi selain
Model AIDA/DAGMAR dan hendaklah mengikut setiap peringkat di dalam model
dan pengiklanan mestilah mempunyai objektif. Setiap kumpulan perlu menghantar
dan membentangkan hasil pengiklanan tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 20
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 1C
Pengiklanan mestilah mengandungi setiap peringkat dalam model pengiklanan dan
menyatakan dengan jelas objektif pengiklanan yang ingin dicapai seperti :-
• Menimbulkan kesedaran
• Memberi pengetahuan
• Memberikan keyakinan
• Tindakan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 21
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI
1. Bagaimanakah pengiklanan berkembang dari mesej yang berorientasikan
jualan sehingga kepada mesej berorientasikan pengiklanan?
(25 markah)
2. Di dalam merancang sesuatu iklan, adalah sangat penting untuk menentukan
objektif yang hendak dicapai oleh iklan tersebut. Terangkan dengan jelas
EMPAT objektif bagi pemasar untuk mengiklankan produk atau
perkhidmatannya.
(25 markah)
3. Apakah pendapat anda tentang hubungkait antara objektif pengiklanan yang
telah anda pelajari dengan konsep pengiklanan yang anda ketahui?
(25 markah)
4 Pengiklanan adalah merupakan salah satu eleman dalam campuran promosi
yang penting di dalam memasarkan produk dan memperkembangkan
perniagaan syarikat. Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan
peringkat-peringkat objektif pengiklanan seperti yang dinyatakan di dalam
Model DAGMAR.
(25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 22
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
5 Model AIDA adalah model pengiklanan paling lazim digunakan didalam
pembentukan objektif iklan. Bincangkan.
(25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 23
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Jawapan 1
Jawapan bagi soalan penilaian kendiri boleh dirujuk pada nota unit 1
Jawapan 2
a. menimbulkan kesedaran
b. memberi pengetahuan
c. menimbulkan keyakinan
d. membuat tindakan
Jawapan 3
Rujuk nota unit 1
Jawapan 4
Model DAGMAR
a. peringkat kesedaran
b. peringkat pengetahuan
c. peringkat minat
d. peringkat kecenderungan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 24
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
e. peringkat keyakinan
f. peringkat tindakan belian
Jawapan 5
Model AIDA
a. peringkat kesedaran/awareness
b. minat/interest
c. keinginan/desire
d. tindakan/action
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 2
FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN
(FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN DARI PELBAGAI ASPEK)
OBJEKTIF Objektif am : Memahami fungsi-fungsi pengiklanan terhadap pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
• Menerangkan fungsi iklan terhadap pemasaran dan komunikasi.
• Menghuraikan fungsi iklan terhadap pendidikan,ekonomi dan sosial.
• Membincangkan kesan iklan terhadap ekonomi.
• Menenghuraikan kesan iklan terhadap sosial.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT 2.0 PENGENALAN
Pelajar akan melihat bagaimana fungsi pengiklanan berperanan didalam menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak tertentu dan kesannya terhadap masyarakat samada dari segi ekonomi mahupun sosial. 2.1 Fungsi Pengiklanan.
Pengiklanan mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri, iaitu terhadap pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial. Fungsinya ini mampu untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada orang ramai.
2.1.1Fungsi Iklan Terhadap Pemasaran. Iklan dapat menyalurkan maklumat dengan meluas , cepat dan berkesan. Ia merupakan elemen di dalam promosi. Pengeluar dapat menggunakan kaedah ini bagi melariskan jualan. Ia juga membantu orang ramai bagi mendapatkan sesuatu produk yang diperlukan. Contoh :- Iklan di televisyen, radio, majalah, suratkhabar dan internet semuanya ini mampu meningkatkan jualan di pasaran. Ini kerana kita menonton televisyen, mendengar radio dan membaca suratkhabar dan melayari halaman internet setiap har,i maka ini memberi pengaruh besar kepada minda dan pemikiran kita. Oleh itu media-media ini begitu luas digunakan sebagai alat penyalur informasi berkenaan dengan produk dan perkhidmatan dan mampu mempertingkatkan jualan di pasaran. Seterusnya kita akan melihat bagaimana pula pengiklanan dikaitkan dengan 4 P.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
2.1.1.1 Kaitan Iklan Dengan 4 P
2.1.1.1.1 Pengiklanan Dengan Keluaran (Produk)
Iklan memainkan peranan yang penting untuk menunjukkan perbezaan antara satu produk dengan produk yang lain. Alasannya kerana jika tiada perbezaan antara produk lain pelanggan tidak dapat tahu mengenai produk sesebuah syarikat.
Terdapat 3 cara pembezaan produk :-
(i) Pembezaan Nyata - perubahan yang dapat
dikenalpasti atau dilihat dengan jelas melalui iklan. Contoh : jenama, rekabentuk, pembungkusan, warna, saiz. Contoh : perubahan warna seperti Milo (hijau), Ovaltine (Merah) dan Vico (kuning)
(ii) Pembezaan yang tidak nyata – pembezaan
yang tidak jelas dari pandangan kasar. Contoh Iklan sos- menggunakan bahan-bahan segar. Iklan ubat gigi ( Fresh & White ) – dimana kandungan ditambah supaya menjadi lebih segar.
(iii) Pembezaan kerana didorong – pengguna
didorong melalui iklan Contoh : Rokok dilarang dibuat iklan jadi ada cara lain yang digunakan untuk mengiklan rokok tersebut secara tidak langsung seperti bolasepak yang ditaja Dunhill.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Iklan juga mempunyai kaitan rapat dengan Kitaran Hayat Produk. Huraian di bawah akan menjelaskan dengan lebih mendalam lagi akan perkara ini.
Perkaitan Pengiklanan Dengan Kitaran Hayat Produk (KHP)
Peringkat Pengenalan
Iklan digunakan untuk mengenalkan produk baru di pasaran. Produk baru seperti bubur ayam yang diperkenalkan oleh McDonald. Iklan juga memperkenalkan jenama baru bagi produk yang telah sedia ada di pasaran contoh makanan segera bukan sahaja KFC, Maggie, McDonald tetapi banyak lagi jenama lain yang keluar di pasaran selepas mee Maggie diperkenalkan seperti Mee In My Mug, Bubur Segera dan lain-lain.
Peringkat Perkembangan / Pertumbuhan.
Produk telah dikenali ramai, jualan bertambah dimana orang ramai amat memerlukannya. Pada masa ini iklan menjadi semakin penting. Lebih berbentuk promosi jualan, meletakkan harga yang lebih murah dan terpaksa bersaing dengan keluaran lain dan penting syarikat mengadakan perubahan ke atas produk. Contoh yang ketara adalah telefon selular(cell-phone) yang mana harga makin murah dan ciri-ciri yang semakin canggih mengikut perkembangan teknologi.
Peringkat Kematangan.
Pada peringkat ini wujudnya pelanggan yang setia terhadap produk. Permintaan yang stabil dan pelanggan baru tidak banyak yang membeli. Iklan digunakan untuk mengingatkan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
pelanggan yang produk itu masih ada dipasaran. Iklan tidak kerap disiarkan cuma sekali-sekala sebagai mengingati pengguna terhadap produk tersebut. Contoh-contoh iklan Trojan, Axion, Marigold dan sebagainya.
Peringkat Kejatuhan
Peringkat ini di mana produk telah mengalami kemerosotan jualannya. Biasanya pada peringkat ini pelanggan akan beralih ke produk lain kerana produk atau jenama produk tersebut tiada di pasaran lagi. Produk-produk minuman seperti Kickapoo, Mountain Dew, Scweppes telah tidak ada di pasaran maka iklan jenama produk tersebut tidak disiarkan lagi. Di sini pihak syarikat perlu melakukan strategi pemasaran bagi mewujudkan semula pengguna jenama produk tersebut dan menyiarkan iklan menyatakan produk tersebut telah kembali ke pasaran.
2.1.1.1.2 Pengiklanan Dengan Harga ( Price )
(i) Permintaan Pasaran. Sejauh mana penerimaan sesuatu produk dan perkhidmatan di pasaran?. Di sini hukum penawaran dan permintaan ada diamalkan iaitu jika permintaan pasaran adalah tinggi maka harga produk tersebut akan menjadi tinggi. Maka peranan iklan menjelaskan bahawa harga sesuatu produk itu tinggi adalah disebabkan kualiti produk tersebut. Seperti produk lampin bayi pakai buang Pampers dengan jenama lain di mana Pampers lebih mahal kerana kualitinya. Contoh-contoh lain seperti detergen Dynamo dengan cecair cucian lain di mana Dynamo mahal sedikit kerana permintaannya tinggi.
(ii) Kos Pengeluaran Dan Kos Penghantaran. Jika kos pengeluaran meningkat dan kos penghantaran meningkat maka harga produk akan meningkat. Iklan biasanya akan menunjukkan kesukaran bagi menghasilkan sesuatu produk. Contohnya Minyak Masak Seri Murni yang mana penghasilannya sukar iaitu melalui proses pemeringkatan. Jadi jika harganya tinggi orang ramai yang melihat iklan akan faham keadaannya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
(iii) Persaingan. Syarikat-syarikat akan bersaing antara satu sama lain dengan mengiklankan produk mereka. Oleh itu orang ramai akan membandingkan mana produk yang lebih baik. Oleh itu iklan akan cuba menonjolkan produk merekalah yang terbaik. Contoh: Sabun Ekonomi Handalan lebih bermutu dan mempunyai harga yang lebih rendah berbanding dengan serbuk cuci yang lain.
(iv) Objektif Korporat Syarikat akan cuba menggambarkan di dalam iklan imej yang diinginkan. Jika syarikat meletakkan imej yang tinggi maka iklan yang disiarkan haruslah menunjukkan imej yang tinggi sesuai dengan kehendak syarikat pengeluar contohnya Dunhill, jadi syarikat akan memastikan iklan tersebut setanding dengan imej yang dikehendaki.
2.1.1.1.3 Pengiklanan Dengan Agihan (Place)
(i) Agihan Intensif Agihan yang dibuat secara meluas. Pemasar akan mengagihkan ke merata kawasan supaya mudah diperolehi oleh orang ramai. Iklan perlu ditunjukkan sekerap yang mungkin dan memberi maklumat di mana tempat yang mudah untuk mendapatkan produk tersebut. Contoh produk baru di pasaran seperti syampu Sunsilk boleh didapati di gedung-gedung membeli-belah dan kedai-kedai yang berdekatan di tempat pengguna.
(ii) Agihan Selektif Memilih tempat-tempat yang tertentu sahaja untuk jualan produk. Iklan perlu tunjukkan di mana produk ini boleh didapati. Contoh-contoh produk kosmetik dan penjagaan badan seperti Citra Ayu, BML dan Marie France Bodyline.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
(iii) Agihan Eksklusif Biasanya untuk barangan mewah. Agihan yang digunakan adalah terhad. Hanya terdapat di tempat-tempat yang tertentu sahaja. Iklan jarang dibuat dan hanya memilih media yang sesuai dan terhad bagi golongan yang tertentu sahaja. Contoh-contoh seperti kereta BMW, Mercedes dan Volvo jarang menggunakan iklan di media massa tetapi sebaliknya di media cetak dalam majalah-majalah tertentu.
2.1.1.1.4 Pengiklanan Dengan Promosi.
(i) Iklan disiarkan di televisyen atau radio kemudian disusuli
dengan jurujual pergi dari rumah ke rumah membuat promosi bagi mendapatkan jualan.
(ii) Iklan dan publisiti contohnya sidang akhbar diadakan bagi
mewujudkan komunikasi dua hala dengan ini dapat membetulkan tanggapan yang salah terhadap sesuatu produk.
2.1.1.2 Fungsi Iklan Terhadap Komunikasi.
Iklan menyampaikan maklumat dan mesej kepada orangramai. Pelbagai cara boleh digunakan antaranya dengan menggunakan perkataan, gambar, audiovisual dan berbagai cara terkini. Ia memberi peluang kepada orangramai untuk mentafsir mesej daripada iklan yang didengar atau dilihat.
Contoh :- Iklan Notis Awam Memberitahu mengenai sesuatu pihak telahpun bangkrap, perletakkan jawatan dan sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
2.1.1.3 Fungsi Iklan Terhadap Pendidikan.
Memberi pengetahuan mengenai cara penggunaan sesuatu produk. Mengajar pengguna menggunakan perkhidmatan dengan cara yang betul. Langkah demi langkah akan ditonjolkan supaya orang ramai faham. Contoh :- Iklan Smartshop memaparkan alat-alat senaman untuk kesihatan. Ia mengajar pengguna dengan jelas cara-cara yang betul menggunakan alat senaman.
2.1.1.4 Fungsi Iklan Terhadap Ekonomi.
Iklan, mampu untuk meningkatkan jualan syarikat dan seterusnya menambahkan keuntungan. Prestasi syarikat akan berada dalam keadaan baik kerana orang ramai akan mencari-cari produk yang diiklankan. Oleh yang demikian tidak hairan jikalau kita lihat syarikat akan membelanjakan wang yang banyak bertujuan membuat pengiklanan.
Pengguna juga mampu membuat perbandingan produk mana yang terbaik di pasaran. Perlulah melihat iklan-iklan yang disiarkan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan ini ekonomi rumahtangga juga mampu diawasi jika pelanggan bijak didalam pembelian.
2.1.1.5 Fungsi Iklan Terhadap Sosial.
Membantu memperbaiki taraf hidup yang lebih baik dengan adanya produk yang pelbagai di pasaran. Produk-produk ini akan digunakan bagi membantu kerja-kerja seharian dengan lebih cepat dan berkesan. Contoh : Pada zaman dahulu kita lihat membasuh pakaian menggunakan tangan tetapi dengan ada iklan akan mampu menyedarkan orang ramai akan kemunculan peralatan mencuci pakaian dan ada yang tidak perlu menyidai pakaian di luar seperti menggunakan mesin pengering. Contoh : Fesyen berpakaian mampu mempengaruhi personaliti dan pergaulan sesama kumpulan. Di mana satu pihak akan membeli dan mempengaruhi pihak yang lain supaya mereka akan dianggap sebagai berada di dalam satu kumpulan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 2A
Arahan : Pelajar-pelajar dikehendaki memikirkan semula apa yang telah dipelajari dan mengapplikasikan kepada keadaan yang sebenar.
1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai ,jelaskan fungsi-fungsi pengiklanan yang berkaitan dengan faktor pendidikan dan ekonomi dan para pelajar dikehendaki mencari produk-produk yang berkaitan dengan faktor tersebut dan terangkan kefahaman anda mengenai cara penggunaanya.
2. Pelajar-pelajar dikehendaki menunjukkan produk yang mereka miliki dan menjelaskan dari mana datangnya kesedaran mendapatkan produk tersebut.
???????
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A Jawapan 1 :
Contoh produk : Alat senaman , sabun basuh, dan seumpamanya.
Faktor Pendidikan : Iklan mengajar para pengguna tentang cara penggunaannya sesuatu produk atau perkhidmatan. Contohnya seperti iklan barangan senaman oleh Smartshop. Contoh lain ialah iklan keselamatan di rumah oleh Dian P. Ramlee dimana perkara-perkara yang melalaikan kita mungkin akan menyebabkan kematian kepada anak kita.
Faktor Ekonomi : Iklan mempengaruhi faktor ekonomi dengan meningkatkan jualan dan imej sesuatu perniagaan. Pengguna yang melihat iklan juga mampu memikirkan barangan mana yang lebih murah dan lebih menguntungkan. Jawapan 2 :
Produk : kasut, jam, pakaian dan lain-lain lagi
Kesedaran datang dengan melihat iklan di media-media.
Iklan dapat mendidik seseorang itu cara menggunakan sesuatu produk dengan cara yang betul.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
2.2 Kesan Iklan Terhadap Ekonomi.
Pengiklanan begitu berperanan besar di dalam perniagaan. Bagi pihak pengeluar iklan akan dapat meningkatkan pengeluaran hasil dari permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai. Produk akan dapat dipelbagaikan dan diperbaharui demi permintaan yang menggalakkan hasil dari iklan yang dibuat.
Tahun 1990 1991 1992 Pendapatan Perkapita ( RM) 6,209 6,817 7,541 KDNK ( % ) 9.8 8.8 8.0 Pengangguran ( % ) 5.6 4.3 4.1
Jadual 2.1: Petunjuk Penting Mengenai Ekonomi Malaysia. Berdasarkan jadual 2.1 didapati pendapatan per kapita dari tahun 1990 hingga 1992 adalah meningkat. Manakala kadar pengganguran pula adalah sebaliknya. Ia mempunyai kaitan dari segi kuasa beli orang ramai. Oleh itu pengeluar akan lebih banyak mengadakan pengiklanan jika pendapatan per kapita dalam keadaan baik iaitu pada tahun 1992 di mana kemampuan membeli lebih tinggi berbanding dengan tahun 1990. Bagi pihak media pengiklanan seperti televisyen, radio, majalah dan sebagainya sama-sama berperanan menyedarkan orang ramai akan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
wujudnya produk di pasaran. Media yang lebih berpengaruh akan mengenakan kadar bayaran iklan yang lebih tinggi kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Ini secara tidak langsung melibatkan juga harga produk yang akan ditetapkan. MEDIA 1990 1991 1992 Suratkhabar 44 43.5 42.5 Televisyen 43 40 39.5 Majalah 6 8.5 10 Radio - 2 2 Lain-lain 7 6 6
Jadual 2.2 : Perbelanjaan Pengiklanan Berdasarkan Media (%) Media juga berperanan memberikan kesan peningkatan ekonomi. Berdasarkan jadual 2.2 diatas didapati peranan suratkhabar dan televisyen menyedarkan orang ramai supaya membeli produk di pasaran. Kedua-dua media ini mampu menarik pelanggan berbanding media-media lain. Bagi pelanggan yang bijak mengatur belanjawan keluarga, tidak akan terlalu terpengaruh dengan apa-apa yang dipaparkan. Pelanggan sebegini akan mengawasi agar tidak mudah terpengaruh kerana setiap pembelian melibatkan wang ringgit bagi memenuhi keperluan keluarga. Pelanggan perlu bijak di dalam membuat keputusaan pembelian bagi mendapatkan kepuasan yang sepadan. Secara amnya masyarakat dapat dibahagikan kepada dua. Iaitu mereka yang peka dengan maklumat pengiklanan dan yang tidak peka pada maklumat pengiklanan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
2.3 Kesan Iklan Terhadap Sosial. Masyarakat terpengaruh dengan keadaan di sekelilingnya. Ada di antara masyarakat ini yang gemar terikut-ikut dengan apa yang dipunyai oleh rakan-rakan mereka. Mereka ini mudah dipengaruhi oleh iklan yang disiarkan di televisyen, radio dan sebagainya. Kesan iklan ini mempengaruhi masyarakat supaya membeli produk mereka. Namun begitu ada kesan-kesan positif terhadap iklan yang disiarkan. Kesan baik:- (a) Iklan dapat memberitahu produk-produk yang terkini dengan ini
dapat membantu menjalankan aktiviti seharian dengan lebih mudah dan berkesan. Contohnya telefon bimbit yang memudahkan perhubungan sesama manusia walau dimana anda berada.
(b) Menjadikan pelanggan yang mempunyai maklumat dan mampu
membanding produk mana yang lebih murah dan mencadangkan kepada kawan-kawan mereka. Oleh syarikat perlu mengeluarkan produk yang berkualiti bagi menjamin sambutan orang ramai.
Kesan buruk:- (a) Iklan pula mampu mempengaruhi diri seseorang berserta dengan
rakan-rakan dimana sejumlah wang yang besar digunakan bagi memenuhi hasrat diri dan terpengaruh dengan kawan-kawan bagi menunjukkan kelebihan diri yang mana kesannya akan dirasa sendiri bila mengalami kesempitan kewangan.
(b) Iklan juga kadang-kala agak mengelirukan dan adanya unsur-unsur penipuan di mana iklan yang disiarkan agak keterlaluan maklumat berkenaan kebaikan produk tersebut. Jadi orang ramai perlulah berhati-hati sebelum membuat keputusan membeli.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 2B Arahan : Pelajar-pelajar dikehendaki memikirkan semula apa yang telah dipelajari dan mengaplikasikan kepada keadaan yang sebenar.
1. Terangkan kesan-kesan pengiklanan keatas masyarakat dari segi baik dan buruknya.
2. Pelajar-pelajar dikehendaki menyatakan jumlah wang yang ada mereka bawa sekarang dan menyenaraikan apakah barang yang akan dibeli mengikut keperluan dan motif membeli barangan tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2B
Jawapan 1
Kesan Baik : - Melalui pengiklanan ini, pelanggan mempunyai pelbagai pilihan barangan dan mampu membuat penilaian dengan tepat. Contohnya serbuk pencuci yang banyak dipasaran seperti Ekonomi Handalan, Trojen , Kleenex dan sebagainya. Jadi peranan masyarakat menilai berdasarkan maklumat yang ada dalam diri seseorang. Jika kita mempunyai kesedaran maklumat yang baik mengenai produk tersebut sudah tentu ia mampu membuat keputusan yang bijak. Masyarakat harus peka dengan media iklan tetapi tidak seharusnya mempercayai keseluruhan apa yang dipaparkan. Harus memastikan kesahihannya dengan apa cara juapun, tidak tertipu iklan yang dipaparkan.
Kesan Buruk :- Melalui pengiklanan ini dapat menggalakkan pembelian tanpa rancangan. Biasanya pembelian tanpa rancangan ini melibatkan barangan yang tidak perlu seperti kosmatik mahal dan lain-lain. Sebagai contoh jualan yang diadakan di Parkson yang begitu mempengaruhi pembelian walaupun keperluan tidak mendesak. Keinginan yang tidak dapat dikawal (nafsu) sentiasa berhasrat untuk membeli apa-apa sahaja yang ditawarkan. Kesannya kewangan keluarga akan terjejas hasil pembelian yang tidak berasaskan keperluan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 16
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Jawapan 2
RM 30.00, RM 45.00 dan lain-lain lagi.
Contoh akan membeli buku, makanan, pakaian, peralatan pembelajaran dan sebagainya.
Motif pembelian tersebut untuk keperluan hidup, menjaga tubuh badan supaya sihat atau keperluan bersosial
Mendapat kesedaran daripada pengiklanan di televisyen, radio, majalah dan sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 17
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI 1. Bagaimana cara pemasar mengiklankan sesuatu produk dengan berkesan dan
mampu mendidik orangramai supaya memahami menggunakan sesuatu produk dengan betul.
(25 markah)
2. Di dalam keadaan ekonomi yang berkembang pesat ini, permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan semakin meningkat. Dengan adanya pengeluaran secara besar-besaran, pengguna dapat membuat pembelian ke atas pelbagai bentuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran. Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui pengiklanan, setiap pengguna boleh membuat suatu pilihan yang tepat untuk menyesuaikan produk dengan keperluan, citarasa dan taraf kehidupan masing-masing.
Bincangkan tiga fungsi pengiklanan yang dimaksudkan dengan kenyataan di atas.
(25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 18
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI Jawapan soalan 1 Fungsi iklan terhadap pendidikan. Jawapan soalan 2 Fungsi iklan terhadap Ekonomi – Sila huraikan berdasarkan kes.
Fungsi iklan terhadap Sosial – Sila huraikan berdasarkan kes.
Fungsi iklan terhadap Pemasaran. – Sila huraikan berdasarkan kes.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 3
STRATEGI PENGIKLANAN
(STRATEGI KREATIF PENGIKLANAN)
OBJEKTIF
Objektif Am :-
Memahami pengertian dan konsep pengiklanan, asas pembinaan strategi kreatif dan
menulis strategi kreatif.
Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat
• Menjelaskan pengertian strategi pengiklanan
• Menjelaskan konsep strategi pengiklanan
• Membincangkan cara-cara menulis strategi kreatif
• Menghuraikan cara untuk membina strategi kreatif
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
3.0 PENGENALAN
Pengiklanan yang kreatif akan dapat menarik minat pengguna dan akan sentiasa
diingati. Dalam membentuk iklan yang kreatif pelbagai langkah perlu dijalankan.
3.1 STRATEGI PENGIKLANAN
Apa yang diberitahu oleh pengiklan tentang produk yang diiklankan dan
formula mesej jualan yang dapat mengkomunikasikan faedah utama
produk/jenama atau bagaimana ia dapat menyelesaikan masalah
Konsep Strategi Pengiklanan
Dalam membentuk strategi pengiklanan, pengiklan perlu mengambil lima
langkah utama.
• Mengklasifikasikan fakta utama (key fact)
Fakta utama dalam strategi pengiklanan adalah pendapat pengguna yang
mengenalpasti alasan mengapa mereka membeli/tidak membeli produk
dan perkhidmatan atau jenama/tidak memikirkan langsung berkaitan
barangan.
Contoh : Pepsi menjalankan kajian mengapa pengguna membeli
produknya/tidak membeli/lebih gemar produk lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
• Masalah Utama Pemasaran
Langkah ini menyatakan masalah dari pandangan pemasar. Masalah
utama mungkin berkaitan imej, tanggapan terhadap produk/masalah
persaingan
Contoh :- Pepsi menghadapi persaingan dari minuman berkarbonat lain,
tanggapan pengguna yang mengatakan kandungan gula dalam minuman
terlalu banyak gula dan tidak baik untuk kesihatan dan lain-lain
• Objektif Komunikasi
Langkah ini adalah untuk menentukan apakah objektif pengiklanan yang
diperlukan terhadap pasaran sasaran dan bagaimana ia dapat memujuk
pengguna
Contoh :- Pengiklanan sama ada ingin memberi kesedaran/
mengingat/memberi keyakinan ataupun meggalakkan pengguna membuat
tindakan belian.
• Strategi Mesej Kreatif
Mesej yang kreatif adalah jantung dalam keseluruhan strategi pengiklanan.
Melaksanakan strategi mesej kreatif memerlukan perlaksanaan langkah-
langkah berikut;-
a) Kenalpasti sasaran pasaran
Boleh dikenalpasti menggunakan kaedah demografik, geografi, kebiasaan
pengunaan media, paten penggunaan produk/jenama
b) Kenalpasti pesaing utama
Perlu mengenalpasti pesaing utama, siapa, apa kekuatan dan kelemahan
bagi membolehkan perletakan produk bertentangan dengan pandangan
pengguna terhadap produk pesaing.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
c) Memilih janji yang diberikan kepada pengguna
Memilih faedah utama /idea penjualan utama (major selling idea).
Biasanya adalah janji penyelesaian masalah/ pemberian faedah kepada
pengguna.
d) Memberikan alasan
Fakta yang menyokong janji. Merupakan maklumat yang benar, berkaitan
dan menarik dan adakalanya memerlukan ‘authority figures’ seperti
pakar/selebriti untuk menyokong janji apabila janji berbentuk simbolik
atau psikologi
• Keperluan Korporat
Langkah akhir melibatkan keperluan mandatori yang dimasukkan di dalam
iklan iaitu aspek strategi pengiklanan yang teknikal dan tidak kreatif
termasuklah slogan korporat, keperluan undang-undang seperti label dan
lain-lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 3A Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat
orang ahli. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan soalan di bawah :-
1. Pelajar dikehendaki mencari satu iklan samada dari media cetak atau
elektronik. Bincangkan berkaitan 5 langkah utama dalam konsep
strategi pengiklanan berdasarkan iklan yang telah dipilih.
2. Di dalam langkah strategi mesej kreatif terdapat beberapa perlaksanaan
program yang perlu dilakukan. Dengan memilih satu produk sebagai
contoh laksanakan program tersebut.
Pelajar dikehendaki membentangkan hasil dapatan perbincangan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 3A
1. Lima (5) langkah utama dalam Konsep strategi pengiklanan Mengklasifikasi fakta utama Masalah utama pemasaran Objektif komunikasi Strategi mesej kreatif Keperluan korporat
2.Program strategi kreatif Kenalpasti sasaran pasaran Kenalpasti pesaing utama Memilih janji yang akan diberikan Memberi alas an yang menyokong janji
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
3.2 STRATEGI KREATIF
Elemen yang penting dalam penciptaan sesuatu iklan. Langkah utama yang
menerangkan dengan nyata apakah mesej/idea utama yang hendak disampaikan
mengenai keluaran /perkhidmatan kepada pengguna dan mengaitkan maklumat
keluaran/perkhidmatan dengan kehendak , keperluan dan harapan pengguna.
Ciri-ciri Strategi Kreatif
Mesej yang hendak disampaikan mestilah :
a) Mudah
Mudah difahami pengguna, menggunakan bahasa yang jelas
b) Khusus
Menyatakan sesuatu secara terus terang, jangan membuat pengguna
mengagak/membuat pendirian tertentu
c) Layak diiklankan
Tidak melanggar mana-mana etika pengiklanan/tipu pengguna/ beri maklumat
yang tidak tepat.
d) Tahan lama
Mesej bolah digunakan/disampaikan pada jangkamasa yang lama.
Menggunakan mesej yang sama walaupun bentuk iklan berlainan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Penulisan Strategi Kreatif
Terdapat 5 cara dalam penulisan strategi kreatif
• Objektif
Tentukan tujuan kita membentuk sesuatu iklan
Contoh :- Iklan VICO dibuat bertujuan adalah untuk memberi kesedaran
kepada pengguna terhadap produk baru iaitu minuman berperisa coklat.
• Audien Sasaran
Pasaran pengguna iklan hendak ditujukan. Gunakan audien sasaran dalam
iklan supaya boleh mengaitkan diri (relate).
Contoh :- Pasaran sasaran adalah suri rumah dan kanak-kanak maka
gunakan mereka dalam iklan.
• Faedah utama keluaran
Perlu terangkan sebab pengguna perlu buat pembelian. Mesej utama yang
perlu disampaikan.
Contoh :- Produk VICO lebih berkhasiat berbanding minuman berperisa
coklat yang lain
• Sandaran
Alasan pengguna harus percayai faedah yang dinyatakan. Fakta yang
menyokong faedah
Contoh :- Produk VICO menggunakan lebih banyak coklat/coco maka
lebih berkhasiat
• Arahan Kreatif
Kenyataan dibuat berdasarkan personaliti keluaran/ produk itu sendiri.
Contoh :- Mengaitkan produk VICO dengan aktiviti kecergasan atau
kesukanan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Pembinaan Strategi Kreatif
Pembinaan strategi kreatif dapat membantu mesej yang hendak disampaikan.
Beberapa perkara perlu diambilkira dalam membina strategi kreatif
• Latarbelakang keluaran
Maklumat tentang produk/perkhidmatan yang hendak diiklankan seperti
aspek pengeluaran, kedudukan kewangan pengeluar, kemampuan
pemasaran pengeluar, kemampuan pengeluar/kapasiti pengeluaran, proses
pengeluaran jika berbeza, imej yang cuba ditonjolkan, bahan digunakan
dan lain-lain lagi. Perkara-perkara berikut boleh digunakan sebagai mesej
utama
Contoh :- Minyak Seri Murni yang menjalani proses pemeringkatan dua
kali berbeza dengan minyak jenama lain
• Persaingan
Mesti mendapatkan maklumat pesaing yang berada dalam operasi yang
sama. Antara maklumat yang perlu diketahui ialah seperti keluaran
pesaing samada dari segi rekabentuk, harga dan lain-lain, syer pasaran
pesaing iaitu sejauh mana syarikat menguasai pasaran dari segi jualan,
strategi kreatif syarikat pesaing bagi mengelakkan menggunakan mesej
yang sama.
Contoh :- Serbuk pencuci Kao Attack menggunakan mesej penggunaan
yang kurang, Breeze Color mengekalkan warna dan Ekonomi Handalan
harga yang lebih jimat.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
• Pengguna
Perlu mengetahui siapa yang menggunakan produk bagi memudahkan
mengatur strategi kreatif. Siapa pengguna sebenar produk, yang
mempengaruhi keputusan pembelian, bila dan bagaimana sesuatu produk
itu digunakan dan bagaimana produk digunakan(idea/pengguna baru).
Contoh :- Planta menggunakan idea baru penggunaan bila ibu masak nasi
campur planta. KFC memasukkan ibubapa dalam iklan walaupun
pengguna sebenar tertumpu kepada kanak-kanak kerana ibubapa
mempengaruhi keputusan pembelian
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengguna maka perlu jalankan
kajian. Antara kajian yang boleh dijalankan adalah :
Kajian Pengguna Keluaran
Untuk kenalpasti siapa pengguna sebenar dan bukan pengguna.
Diukur berdasarkan :-
a) sifat demografik - jantina, umur, agama, pendapatan dan lain-lain
b) sifat psikografik - personaliti, kelas sosial, sikap dan sebagainya
c) sifat am - pengetahuan dimiliki berkaitan jenama lain.
Kajian Persegmenan
Dibahagi kepada bahagian tertentu/segmen tertentu. Digunakan bagi
produk yang sesuai diguna oleh semua segmen. Tujuan pembahagian
segmen adalah untuk mengkaji minat terhadap produk tersebut dan
bagaimana pengguna menggunakan produk yang disegmenkan.
Contohnya Uphamol dimakan oleh orang yang sakit kepala dan kaum
wanita juga guna pada waktu tertentu.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 3B Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan secara individu dan aktiviti ini berbentuk simulasi. 1 Pelajar dikehendaki bersedia untuk menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat
yang menjalankan perkhidmatan penyelidikan pemasaran dan konsultan. Jalankan sedikit kajian terhadap syarikat yang bersesuaian bagi memudahkan pelajar menjawab soalan temuduga dan antara soalan temuduga yang perlu anda jawab adalah berdasarkan lima cara penulisan kreatif.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 3B Jawapan adalah bergantung kepada soalan penemuduga dan antara jawapan yang mesti terkandung dalam sesi temuduga adalah berdasarkan 5 cara penulisan kreatif
Objektif pelajar menghadiri temuduga Audiens sasaran pelajar ketika ditemuduga/audiens syarikat yang perlu pelajar
ketahui Faedah utama yang pelajar dapat beri kepada syarikat/faedah yang pelajar
fikirkan akan diperolehi dari syarikat Sandaran/alasan mengapa syarikat mesti memilih pelajar sebagai calon yang
paling layak/ alasan kepada faedah yang syarikat boleh berikan Arahan kreatif/ kenyataan yang pelajar boleh buat berdasarkan personaliti
dirinya agar syarikat memilihnya bukan calon lain
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI 1. Strategi kreatif adalah penting kerana ia akan memberi arah tuju bagi penciptaan sesuatu iklan
a) Apakah yang dimaksudkan dengan strategi kreatif? (5 markah)
b) Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam strategi kreatif? (8 markah)
c) Terangkan 5 cara penulisan kreatif (12 markah)
2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan strategi pengiklanan (5 markah)
b) Terangkan berkaitan Konsep strategi pengiklanan (20 markah)
3. Huraikan cara-cara membina strategi kreatif. (25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Jawapan 1
a) Strategi kreatif ialah adalah langkah yang menerangkan dengan nyata mesej/idea
utama yang hendak disampaikan mengenai keluaran/perkhidamatan dan mengaitkan
maklumat ini dengan kehendak, keperluan dan harapan pengguna
b) Ciri-ciri strategi kreatif
Mudah
Khusus
Layak diiklan
Tahan lama
c) 5 cara panulisan kreatif
Objektif - dalam penciptaan iklan
Pasaran sasaran - pengguna/ pembeli yang mempunyao potensi
Faedah utama keluaran - faedah yang akan ditawarkan/kelebihan keluaran
Sandaran - alasan supaya pengguna percaya dan mestilah benar
Arahan kreatif - keyataan yang dibuat berdasarkan personaliti produk juga
mesti bersesuaian dan maklumat benar.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Jawapan 2
a) Strategi pengiklanan ialah apa yang diberitahu oleh pengiklan tentang produk yang
diiklan dan ia adalah formula mesej jualan utama yang mengkomunikasikan faedah
utama produk/jenama atau bagaimana ia dapat menyelesaikan masalah pengguna.
b) Konsep strategi pengiklanan
Mengklasifikasikan fakta utama
Masalah utama pemasaran
Objektif komunikasi
Strategi mesej kreatif
Kenalpasti sasaran pengguna
Kenalpasti pesaing utama
Memilih janji yang diberikan
Memberikan alasan yang menyokong janji
Keperluan korporat
Jawapan 3
Pembinaan strategi kreatif
Latarbelakang keluaran
Persaingan
Pengguna
Setiap jawapan pelajar mestilah berserta penerangan yang lengkap dan contoh yang
bersesuaian.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 4
STRATEGI PENGIKLANAN
(TEKNIK DAN RAYUAN PENGIKLANAN)
OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami teknik-teknik persembahan dan rayuan dalam strategi kreatif Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat
• Menghuraikan rayuan pengiklanan • Menggunakan rayuan pengiklanan dalam membentuk iklan • Menerangkan teknik-teknik persembahan • Menggunakan teknik persembahan dalam membentuk iklan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT 4.0 PENGENALAN
Kita telah mempelajari cara penulisan dan pembinaan strategi kreatif.
Sekarang kita akan mempelajari teknik persembahan mesej yang bersesuaian
supaya iklan yang kita bentuk dapat menarik perhatian dan kekal dalam
ingatan pengguna.
Persembahan mesej terbahagi kepada :-
Rayuan pengiklanan
Teknik Persembahan
4.1 RAYUAN PENGIKLANAN
Rayuan pengiklanan juga adalah satu cara membentuk pengiklanan dan
ia menimbulkan tindakbalas pengguna dari segi emosi dan pemikiran.
Terdapat tiga jenis rayuan yang boleh digunakan dalam pengiklanan
4.1.1 Rayuan berkaitan dengan produk atau perkhidmatan
Rayuan berdasarkan ciri yang terdapat pada produk tersebut.
Rayuan ciri-ciri keluaran - mengkaitkan dengan prestasi produk
atau ciri tertentu tanpa membuat perbandingan dengan produk lain
dan yang penting menunjukkan ciri-ciri istimewa produk seperti
Iklan Energizer, bateri tahan lama dan prestasi tinggi
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Rayuan faedah bandingan keluaran - merayu pengguna membuat
pembelian berdasarkan perbandingan dengan produk lain yang
tidak disebutkan jenamanya seperti iklan Ekonomi Handalan yang
mempunyai kehebatan yang sama tetapi harga lebih murah.
Rayuan harga patut - menggunakan strategi jualan promosi seperti
diskaun dan lain-lain. Iklan Courts Mammoth keluarkan iklan
setiap kali adakan jualan diskaun atau potongan harga.
Rayuan berita keluaran - maklumat terkini mengenai keluaran,
keluaran baru, diubahsuai atau pembaikan dan lain-lain. Iklan
Pantene dengan pek baru dan penambahan produk contohnya Dove
bukan lagi sabun mandi sahaja malahan ia telah memperkenalkan
syampu Dove.
Rayuan keluaran kegemaran ramai - produk paling popular dan
kena pastikan produk betul-betul lain dan digemari ramai
berbanding produk lain. Iklan susu pekat F&N menggunakan
perkataan digemari ramai.
Rayuan generis - iklan keluaran tertentu dalam industri tertentu
tanpa menyebut apa-apa jenama dan biasanya bukan dikeluarkan
oleh pemasar sebaliknya oleh persatuan atau agensi kerajaan
tertentu untuk galakkan penggunaan terhadap asas-asas produk
seperti minyak kelapa sawit, nanas dan lain-lain
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
4.1.2 Rayuan berkaitan dengan pengguna keluaran/perkhidmatan
Berkaitan denngan pengguna itu sendiri dengan menunjukkan kesan-
kesan yang akan diperolehi selepas menggunakan produk /
perkhidmatan.
Rayuan perkhidmatan pengguna - iklan memberitahu pengguna
bagaimana cara mengguna produk supaya lebih berfaedah kepada
penggguna biasanya dalam iklan masakan seperti iklan susu Ideal
yang boleh digunakan di dalam minuman, buat kuih, masakan dan
lain-lain. Pengguna dapat lebih faedah/kelebihan
Rayuan berjimat cermat menerusi pengguna - pengguna dapat
berjimat cermat dalam pembelian barang-barang yang diiklankan.
Biasanya iklan pengurangan harga seperti iklan penjimatan hingga
beratus ringgit dalam pembelian barangan di Courts.
Rayuan memperbaiki diri - menggunakan iklan dengan
menunjukkan bahawa dengan penggunaan barangan pengguna
dapat memperbaiki diri supaya kelihatan lebih menarik, cantik dan
lain-lain. Iklan Fair & Lovely menunjukkan perubahan kulit lebih
cerah jika menggunakannaya
Rayuan ketakutan - iklan cuba menimbulkan desakan ketakutan,
gambarkan keadaan yang mencemaskan. Menonjolkan mesej
utama bahawa produk dapat membantu atasi rasa ketakutan itu.
Iklan insurans biasanya akan tunjukkan kebaikan sekiranya
memiliki polisi.
Rayuan mencuba keluaran - biasanya dijalankan untuk produk
baru dimana pengguna yang mencuba produk akan dapat
tawaran/potongan harga atau insentif lain seperti sampel dan lain-
lain
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
4.1.3 Rayuan yang tiada kaitan dengan keluaran atau pengguna
Pemasar akan cuba menunjukkan aktiviti bukan perniagaan/ lain-lain
aktiviti syarikat kepada masyarakat. Tujuan ianya dijalankan adalah
untuk mendapat sokongan daripada pengguna dan membina imej baik
syarikat
Rayuan korporat - bertujuan menunjukkan gambaran yang baik
tentang syarikat kepada orang ramai seperti syarikat-syarikat besar
menaja aktiviti sukan. Menggambarkan bahawa sekiranya arena
sukan negara maju maka syarikat pun boleh maju. Pepsi menaja
Sukan Komanwel dan lain-lain
Rayuan pelaburan - iklan menunjukkan kepada pengguna tentang
pelaburan syarikat dan keuntungan yang syarikat perolehi atau
pengguna akan perolehi sekiranya melabur dalam syarikat seperti
iklan Amanah Saham.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 4A
Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi tiga hingga empat
orang ahli. Setiap kumpulan perlu mencipta satu iklan untuk satu produk dengan
menggunakan teknik rayuan yang telah dipelajari. Pelajar boleh memilih samada
ingin membentu iklan cetak atau elektronik dan pelajar boleh menggunakan
strategi kreatif yang telah dipelajari sebelumnya.
Anda dikehendaki menulis dan membentangkan hasil dapatan pada pertemuan
seterusnya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 4A Pelajar boleh memilih antara rayuan berikut atau mencampurkan beberapa jenis rayuan.
Rayuan ciri keluaran
Rayuan faedah bandingan keluaran
Rayuan harga berpatutan
Rayuan berita mengenai keluaran
Rayuan keluaran kegemaran ramai
Rayuan generis
Rayuan pekhidmatan pengguna
Rayuan berjimat cermat melalui pengguna
Rayuan memperbaiki diri
Rayuan ketakutan
Rayuan mencuba keluaran
Rayuan korporat
Rayuan memohon pelaburan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
4.2 TEKNIK-TEKNIK PERSEMBAHAN DALAM PENGIKLANAN
Pernahkah anda terfikir bagaimanakah persembahan dalam iklan
dilakukan? Apakah teknik yang digunakan? Sebenarnya kita boleh
menggunakan pelbagai teknik persembahan yang bersesuaian bagi
membantu keberkesanan pengiklanan yang akan kita jalankan.
4.2.1 Teknik Persembahan di media cetak dan elektronik
• Kenyataan fakta secara terus terang
Sampaikan fakta secara terus terang kepada pengguna biasanya
produk yang memerlukan bantuan teknikal, barangan berbentuk
teknikal, cara ia berfungsi dan penerangan lebih mendalam
Contoh :- Iklan-iklan Smart shop menyiarkan fakta dan cara
penggunaan barangannya
• Kenyataan merangsang
Iklan dimulakan dengan soalan yang merangsang pemikiran
pengguna. Biasanya bagi iklan media cetak. Tanpa menunjukkan
produk terlebih dahulu.
Contoh :- Tunjuk mukasurat berwarna hitam dan pada muka
surat sebelah baru tunjuk produk.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
• Perbandingan Keluaran
Membandingkan produk kita dengan produk pesaing dan tunjuk
kelebihan produk berbanding dengan pesaing.
Contoh :- Iklan Ekonomi Handalan
• Demonstrasi
Menunjukkan ciri-ciri tertentu sesuatu produk. Boleh ditunjukkan
dalam 2 keadaan :-
Keadaan sebenar - menunjukkan keadaan sebenar
bagaimana penggunaan produk.
Keadaan simulasi - membuat demonstrasi dalam keadaan
seolah-olah berada dalam keadaan sebenar
Contoh :- Iklan Pampers - curah air atas pampers dan kemudian
tekan dengan gelas kaca.
Iklan kemalangan jalanraya menggunakan buah tembikai sebagai
ganti kepala manusia.
• Gambar pegun(terpaku)
Produk/sesuatu keluaran akan menjadi fokus atau tumpuan dalam
iklan. Terutamanya untuk iklan cetak
Contoh :- fokus bahagian dalam kereta/ bahagian-bahagian lain
kereta untuk iklan kereta.
• Kiasan/ibarat
Tunjukkan kesan yang dialami selepas guna sesuatu produk atau
perkhidmatan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Contoh :- Iklan Proton Waja, mengibaratkan memandu kereta
tersebut seperti memandu kereta buatan Jerman
• Dramatis
Iklan penggunaan produk dalam bentuk drama/jalan cerita
Drama biasa - menunjukkan keadaan biasa yang dialami oleh
pengguna
Penyelesaian masalah - watak utama dalam iklan selesaikan
masalah
Contoh :- Iklan Horlicks - boleh dikaitkan dengan kehidupan
harian/biasa. Ibu yang bekerja buatkan anak minuman pagi.
Iklan sabun Trojan - hero menyelesaikan masalah baju kotor dan
berbau.
• Jurucakap
Menggunakan individu untuk menerangkan tentang produk. Tidak
semestinya personaliti terkenal/pakar. Personaliti mestilah sesuai
dengan produk yang diiklankan.
Contoh :- Iklan Rejoice menggunakan Budak Sinki
Iklan Lux menggunakan Era Fazira dan Joanna Bassey.
4.2.2 Teknik Reka Letak dalam Iklan Cetak
• Unsur-unsur reka letak
Elemen-elemen/perkara yang akan dimasukkan dalam sesuatu iklan
cetak
Illustrasi - gambar, lukisan, carta, peta, gambar
produk graf pertambahan jualan dan lain-lain
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Tipografi - rekabentuk perkataan (rupataip) iaitu saiz
dan jenis huruf
Ruang putih dan ruang warna - bahagian iklan pada
kertas yang tidak digunakan biasanya digunakan
sebagai border
Slogan - dalam bentuk perkataaan/ ungkapan
biasanya tidak terlalu panjang
Logotaip - boleh terdiri dari 2 jenis iaitu gambar
seperti PUMA menggunakan gambar harimau
kumbang dan tulisan seperti KFC atau NESTLE
Harga - jualan murah, dengan meletakkan harga
sebenar dan harga promosi
Teks naskah - penerangan ciri-ciri produk, cara
penggunaan produk. Saiz tipografi akan menjadi lebih
kecil
Unsur tajuk - menggunakan tajuk tertentu/tajuk utama
• Corak reka letak
Cara meletakkan unsur reka letak dalam ruang tertentu
Mondrian - Anda boleh merujuk gambarajah 4.1 di
mana gambar digabungkan berbentuk persegi yang
diatur secara berkaitan/interlocking. Disusun secara
rapi dalam bentuk persegian lebih tersusun. Gambar-
gambar ditunjuk secara satu persatu atau
sebahagiannya kemudian barulah gambar tersebut
ditunjukkan sepenuhnya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Gambarajah 4.1 Reka letak Mondrian
Tingkap gambar - Rekaletak paling popular sekali
bagi media cetak. (Rujuk gambarajah 4.2) Guna ruang
yang paling besar dalam iklan cetak. 2/3 atau lebih
halaman mukasurat digunakan untuk gambar.
Gambarajah 4.2 Tingkap gambar
gambar
slogan
Teks naskhah
Logotype
Illustrasi
Teks naskhah
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Padat bernaskah - ruang paling besar digunakan
untuk teks naskah, saiz tajuk yang besar, saiz illustrasi
kecil dan teks naskhah boleh diletakkan dimana-mana
asalkan saiznya besar dan dapat tarik perhatian. Anda
boleh merujuk gambarajah 4.3
Gambarajah 4.3 Reka letak padat bernaskah
Bingkai (susunan off-beat) - Mari kita lihat
gambarajah 4.4 yang mana teks naskhah akan
dikelilingi oleh illustrasi seolah-oleh membentuk
bingkai gambar.
Gambarajah 4.4 Susunan Berbingkai
Tajuk
Teks Naskhah
Logotype
Teks Naskhah
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Sarkis/Bentuk omnibus - timbulkan suasana ceria
dengan menggabungkan unsur reka letak kecil. Saiz
setiap unsur kecil dan tiada unsur-unsur sistematik dan
banyak unsur. Anda boleh merujuk gambarajah 4.5
Gambarajah 4.5 Bentuk Sarkis
Multipanel (jalur komik/ comic stripe) - Gambarajah
4.6 menunjukkan teknik mulitipanel dimana setiap
kotak menceritakan secara bebas tentang sesuatu
barangan. Menggunakan konsep komik.
Gambarajah 6.6
Gambarajah 4.6 Multipanel
Teks Teks Naskhah Teks Teks Naskhah Naskhah Teks naskhah
Illustrasi
Illustrasi
Teks Naskhah Teks naskhah Teks Naskhah Teks naskhah
Illustrasi
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Corak bebayang - teks naskah mengelilingi illustrasi
dengan mewujudkan ruang warna dan ruang putih.
Anda boleh merujuk gambarajah 4.7
Gambarajah 4.7 Corak Bebayang
Corak huruftaip - Gambarajah 4.8 menunjukkan
kepada kita corak huruftaip yang memfokus kepada
bentuk huruf/tulisan. Menggunakan tajuk yang besar
untuk tarik perhatian. Gambar/illustrasi dan teks
naskhah yang kecil.
Gambarajah 4.8 Corak Huruftaip
Ruang warna
Tajuk Teks naskhah (ruang hitam putih)
Teks naskhah
Illustrasi
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 16
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
4.2.3 Jenis-Jenis Tajuk yang Boleh Digunakan
Adakah anda sudah membaca tajuk utama akhbar hari ini? Tajuk
utama biasanya dapat menarik perhatian pelanggan begitu juga
dengan tajuk iklan. Mari kita lihat jenis-jenis tajuk yang boleh kita
gunakan dalam pembentukan iklan.
Berita
Menyampaikan sesuatu yang terkini atau maklumat
terbaru tentang produk. Memulakan perkataan tertentu
seperti ‘kini’, ‘sekarang’, ‘memperkenalkan’ Sesuai
digunakan untuk produk baru
Dakwaan
Kenyataan tegas dan dapat dipercayai. Dakwaan yang
dibuat mestilah betul dan tepat seperti ‘yang terbaik’,
‘yang terlaris’, ‘termurah’ dan sebagainya.
Nasihat
Menggunakan pakar untuk mengatakan sesuatu/ untuk
memberi nasihat tentang sesuatu. Biasanya iklan
perkhidmatan awam seperti iklan jalanraya dan
kesihatan
Tandatanya
Tajuk iklan dalam bentuk soalan atau pertanyaan.
Menanya kepada pengguna supaya pengguna berminat
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 17
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
membeli sesuatu seperti ‘sudahkah anda memiliki…?’
‘anda ingin memiliki…?’ dan sebagainya
Arahan/Cabaran
Memberi arahan kepada pengguna tentang sesuatu
perkara seperti menggunakan perkataan ‘jangan lupa
dapatkan…’, ‘dapatkan segera…’ dan lain-lain.
Nama Barangan
Biasanya digunakan oleh produk/jenama yang telah
dikenali ramai bukan produk baru seperti ‘MILO’,
‘PAMPERS’ dan lain-lain
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 18
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 4B Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang
ahli. Setiap kumpulan dikehendaki menghias sehelai kertas manila yang
dianggapkan sebagai papan notis menggunakan salah satu teknik-teknik
persembahan iklan cetak pengiklanan yang telah dipelajari.
Senang je nak hias papan notis ni…..kan dah belajar………
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 19
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 4B Pelajar boleh mengikut mana-mana salah satu teknik persembahan pengiklanan
yang telah dipelajari
Mondrian
Tingkap gambar
Padat bernaskah
Bingkai
Sarkis
Multipanel
Corak berbayang
Corak huruf type
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 20
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI
1. Terangkan berkaitan teknik persembahan yang boleh digunakan dalam
iklan
(25 markah)
2. Teknik di dalam iklan cetak berbeza sedikit daripada iklan elektronik
kerana ia mempunyai 2 eleman penting iaitu unsur reka letak dan corak
reka letak
a) Bincangkan 6 ciri dalam unsur reka letak dalam iklan cetak
(12 markah)
b) Dengan menggunakan illustrasi yang bersesuaian terangkan ciri 3
daripada corak reka letak
(13 markah)
3. Bagi mendapatkan atau menimbulkan tindakbalas/mempengaruhi
pengguna dari segi emosi dan pemikiran anda perlulah menyelitkan unsur
rayuan di dalam iklan. Bincangkan ketiga-tiga rayuan pengiklanan dalam
membentuk iklan itu sendiri.
(25 markah)
Selamat
Mencuba….!
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 21
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Jawapan Soalan 1
Kenyataan fakta secara terus terang
Kenyataan merangsang
Perbandingan keluaran
Demonstrasi
Gambar pegun
Kiasa/ibarat
Dramatis
Jurucakap
Jawapan Soalan 2
a)
Illustrasi
Tipografi
Ruang putih dnn warna
Slogan
Logotaip
Teks naskah
Harga
Unsur tajuk
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 22
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
b)
Mondrian
Tingkap gambar
Padat bernaskah
Bingkai
Sarkis
Multipanel
Corak berbayang
Corak huruftype
Jawapan Soalan 3
Rayuan berkaitan produk/keluaran
Rayuan berkaitan pengguna
Rayuan yang tiada kaitan dengan produk dan pengguna
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 5
PERNIAGAAN PENGIKLANAN
(INDUSTRI DAN AGENSI PENGIKLANAN)
OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami fungsi-fungsi industri dan agensi pengiklanan dan sumbangannya dalam perkembangan ekonomi. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-
• Menghuraikan fungsi-fungsi industri pengiklanan • Menerangkan peranan-peranan agensi pengiklanan • Membincangkan jenis-jenis agensi pengiklanan • Menjelaskan struktur organisasi agensi pengiklanan • Membincangkan bentuk ganjaran yang diterima oleh agensi pengiklanan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
5.0 PENGENALAN
Agensi pengiklanan adalah salah satu elemen yang penting dalam industri
pengiklanan. Industri pengiklanan telah menyumbangkan sebahagian dari
pembangunan ekonomi negara.
5.1 FUNGSI INDUSTRI PENGIKLANAN
Di Malaysia, industri pengiklanan telah berkembang pesat sejak 10 tahun
lepas dan telah memberi sumbangan dalam pembangunan ekonomi
negara. Industri ini telah menyumbang dalam meningkatkan :-
• Tenaga kerja
Perkembangan dalam industri pengiklanan telah membuka
peluang pekerjaan.
• Perbelanjaan pengiklanan
Dalam tahun 1991, perbelanjaan pengiklanan telah meningkat
sebanyak 20% dan 12% adalah sumbangan dari pemasar baru.
Sila rujuk rajah 5.1.
• Pengiklan baru dalam industri pengiklanan
Bertambahnya pemasar-pemasar baru seperti institusi
kewangan untuk iklan kad kredit dan Petronas untuk Hari
Merdeka.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
JENAMA
RM JUTA
Shipping Advertisements 15.1
Malaysia Airlines 8.1
Perilly’s Black & Gold
Collection
7.3
Benson & Hedges Golden
Gallery
5.5
Road Safety Council 5.0
John Player’s Classic Collection 5.0
Peter Stuyvesant 4.7
Salem in Concert 4.5
Salem Holidays 3.9
Telekom Malaysia 3.7
(Sumber: SRM Adex Report, 1993)
Rajah 5.1: Senarai 10 Pemasar Penyumbang Terbesar dalam
Perbelanjaan Pengiklanan:1992
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 5A
Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 - 5 orang ahli
bagi menjawab tugasan dibawah :-
Cari data terkini berkaitan :-
Tenaga kerja yang terlibat dalam bidang pengiklanan
Peratusan sumbangan industri pengiklanan dalam sektor ekonomi
Senarai 10 pemasar , penyumbang terbesar dalam perbelanjaan
pengiklanan.
Dari data yang diperolehi pelajar dikehendaki membuat ulasan
Sertakan juga data yang telah diperolehi sebagai lampiran.
Lepas buat
graf kena
ulas pulak…..
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A
Jawapan pelajar mestilah data yang berkaitan dengan:-
• Tenaga kerja pengiklanan
• Peratus sumbangan
• Senarai 10 syarikat penyumbang terbesar
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
5.2 AGENSI PENGIKLANAN
Agensi pengiklanan memainkan peranan yang penting dalam industri
pengiklanan. Peranan-peranannya meliputi dengan pemasar dan agensi
pengiklanan lain.
5.2.1 PERANAN-PERANAN AGENSI PENGIKLANAN
Terdapat empat peranan yang penting iaitu:
a. Memberi pandangan luar yang lebih objektif.
Agensi memberi pandangan tentang aktiviti-aktiviti pengiklanan
kepada pemasar dari sudut masa siaran, teknik promosi yang
sesuai, media-media yang akan digunakan dan juga memberi
cadangan-cadangan yang bernas tentang strategi kreatif yang
hendak digunakan.
b. Membantu untuk menyediakan tenaga pakar dalam bidang
pengiklanan.
Sesebuah agensi pengiklanan perlu menyediakan tenaga pakar
contohnya pengarah seni, pereka grafik, jurufoto dan sebagainya.
Selain dari itu penyediaan alat produksi dan lokasi juga ditentukan
oleh agensi pengiklanan tetapi bergantung juga kepada kehendak
pemasar.
c. Mengatur pembelian ruang dalam media cetak dan masa siaran
dalam media elektronik.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Membantu media dalam tempahan ruang untuk media cetak dan
masa siaran untuk media elektronik. Contohnya iklan Citibank
menempah untuk iklan produknya di muka belakang majalah
Astro.
d. Memberi perkhidmatan yang baik kepada pengiklan.
Agensi pengiklanan seharusnya memberi perkhidmatan yang
terbaik untuk pelanggannya. Perkhidmatan seperti khidmat-nasihat
dalam pengiklanan, penyelidikan pemasaran dalam perkembangan
pasaran produk, melayan aduan-aduan daripada pelanggan dan
sebagainya.
5.2.2 JENIS-JENIS AGENSI PENGIKLANAN
Agensi pengiklanan boleh dikategorikan kepada dua iaitu berdasarkan
jenis perniagaan yang dijalankan dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan.
Terdapat lima jenis agensi pengiklanan iaitu:-
Agensi pengiklanan pengguna am
Agensi pengiklanan perindustrian
Agensi pengiklanan membeli media
Butik kreatif
Agensi pengiklanan perkhidmatan penuh
A. Agensi pengiklanan pengguna am.
Sebuah agensi yang menguruskan pelbagai jenis pelanggan.
Kebiasaannya ia menguruskan iklan bagi barangan pengguna seperti
iklan serbuk pencuci, makanan segera, pakaian dan barang keperluan
harian yang lain.
Penggunaan pelbagai jenis media untuk iklan pengguna am seperti
papan iklan, tv, radio, internat dan majalah.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
B. Agensi pengiklanan perindustrian.
Kebiasaannya iklan dibuat melalui media cetak kerana prospek tidak
meluas. Contohnya menggunakan majalah perdagangan, jurnal
perniagaan dan lain-lain.
Komisen diterima adalah rendah sebaliknya agensi ini mengenakan
yuran pengiklanan yang lebih tinggi.
C. Agensi pengiklanan membeli media
Agensi ini tidak mencipta iklan, sebaliknya membantu pemasar
membeli ruang iklan dalam media cetak dan masa siaran di media
elektronik. Agensi ini pakar dalam susun atur pembelian media seperti
broker. Pembelian iklan termasuk mengatur masa iklan.
D. Butik/Gedung Kreatif
Satu agensi yang focus kepada penciptaan dan strategi kreatif sesuatu
iklan. Biasanya terdiri daripada beberapa pekerja penting seperti
pengarah seni, pereka grafik dan lain-lain. Adakalanya memberi
perkhidmatan pada agensi pengiklanan yang lain.
E. Agensi pengiklanan perkhidmatan penuh
Satu agensi yang menawarkan semua perkara yang berkaitan dengan
iklan. Dua bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi ialah:
a. Perkhidmatan pengiklanan
Mencipta strategi kreatif, penerbitan filem iklan dan lain-lain
lagi termasuk mengurus aspek-aspek pembayaran bagi pihak
pemasar.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
b. Perkhidmatan bukan pengiklanan
Menjalankan aktiviti berkaitan dengan iklan secara tidak
langsung. Contohnya menghasilkan bahan-bahan promosi
jualan yang mungkin ada kaitan dengan iklan yang disiarkan.
5.2.3 SUMBER-SUMBER PENDAPATAN AGENSI PENGIKLANAN
Apa-apa firma perniagaan mahukan keuntungan. Keuntungan tersebut
dalam bentuk keuntungan, pendapatan, komisen, yuran dan sebagainya.
Bagi agensi pengiklanan, sumber-sumber pendapatan tersebut datangnya
dari empat bentuk iaitu:-
Komisen media
Tokokan harga terhadap pembelian luar
Perkara bukan komisen
Bayaran yuran/perkhidmatan
1. Komisen Media
Merupakan sumber pendapatan yang paling besar kepada pendapatan
agensi iaitu 60-75%. Komisen ini dibayar oleh pihak media contohnya
iklan Waikiki burger oleh KFC di mana setiap kali ia disiarkan agensi
akan menerima komisen dari pihak media.
Berikut adalah contoh pengiraan, bagaimana komisen media
diperolehi.
Komisen media - 15%
Bayaran pengiklanan oleh KFC - RM250,000 setahun
Diskaun 2% untuk bayaran cepat
Oleh itu: 250,000 x 15% = 37,500
Maka ini adalah komisen media yang diterima oleh agensi
pengiklanan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Untuk mengira pendapatan yang diterima oleh pihak media pula adalah
seperti berikut:
250,000 – 37,500 = 212,500
Jika dibayar cepat, maka boleh menerima diskaun.
212,500 x 2%=4,250
212,500 – 4,250=208,250
Oleh itu bayaran yang diterima oleh pihak media adalah sebanyak
RM208,250.
2. Tokokan harga terhadap pembelian luar
Dalam menyediakan sesuatu iklan, kadang kala agensi perlu
membayar perkhidmatan yang mereka gunakan seperti model-
model, peralatan, perkhidmatan syarikat penerbitan filem dan lain-
lain lagi.
Agensi akan mengenakan tokokan (mark-up) sebanyak 20-25%
kepada pembayaran yang dibuat terlebih dahulu.
3. Perkara bukan komisen
Perkara bukan komisen adalah masa tambahan yang diperlukan
untuk menyiapkan sesuatu kerja iklan contohnya kerja lebih masa
oleh staf agensi yang mana ditanggung oleh pemasar.
4. Bayaran yuran perkhidmatan
Yuran-yuran lain yang dikenakan oleh agensi kepada
pemasar/klien bagi bahan-bahan yang digunakan seperti alatulis.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 5B Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri dari 4 – 5 orang ahli bagi
menjawab soalan tugasan di bawah
1. Cari senarai 5 agensi pengiklanan di Malaysia dan kategorikan agensi
mengikut jenis agensi pengiklanan yang telah dipelajari. Berikan alasan
mengapa anda mengkategorikannya seperti itu.
2. Dari senarai tersebut di atas pilih satu agensi dan lukiskan struktur
organisasi agensi tersebut.
Camne le pulak nak
susun struktur
oraganisasi ni….?
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 5B
1. Agensi yang dipilih oleh pelajar mestilah agensi pengiklanan dengan
menyertakan lampiran sebagai rujukan pelajar.
2. Struktur organisasi samada pelajar boleh lukis struktur/carta organisasi
atau menyenaraikan jawatan-jawatan yang terdapat atau
kemahiran/kelayakan yang perlu ada pada tenaga kerja dalam agensi
pengiklanan tersebut.
Syabas!!!
Teruskan usaha
anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI
1. a. South-east Asia Sdn.Bhd menandatangani kontrak dengan Tanjung Tuan Bhd untuk mengeluarkan iklan syarikat tersebut. Dalam kontrak tersebut Tanjung Tuan bersetuju membayar RM2,000,000.00 kepada South-east Asia Sdn.Bhd. Pihak media Kerangkraf bersetuju memberi sebanyak 15% kepada South-east Asia Sdn.Bhd sebagai komisen. Berapakah komisen yang diterima oleh South-east Asia Sdn.Bhd?
(5 markah)
b. Jelaskan peranan yang dimainkan oleh South-east Asia Sdn. Bhd. kepada Tanjung Tuan Bhd.
(25 markah)
2. “Industri pengiklanan menyumbang kepada pendapatan negara”. Bincangkan. (25 markah)
3. Terangkan lima jenis agensi pengiklanan dan peranannya pada pihak
pemasar tersebut.
(25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Jawapan 1
a) RM2,000,000 x 15% = RM300,000
Komisen media yang diterima oleh pihak agensi ialah RM300,000
Pihak media akan menerima RM2,000,000- RM300,000 =
RM1,700,00
b) Peranan agensi pengiklanan kepada pemasar atau klien
Rujuk nota 5.2 di muka surat 6
Jawapan 2
Industri pengiklanan penyumbang kepada pendapatan negara dengan:
• Membuka peluang pekerjaan
• Menambahkan lagi pendapatan agensi-agensi iklan dan badan penyiaran
• Membuka peluang pelaburan oleh pelabur-pelabur asing dalam industri
iklan
• Menambahkan lagi perbelanjaan penggunaan dan pelaburan dalam
masyarakat
Jawapan 3
5 jenis agensi-agensi pengiklanan antaranya:-
• Agensi pengiklanan pengguna am
• Agensi pengiklanan perindustrian
• Agensi pengiklanan membeli media
• Gedung kreatif
• Agensi pengiklanan perkhidmatan penuh
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 6
PERNIAGAAN PENGIKLANAN
(HUBUNGAN PENGIKLAN DAN AGENSI SERTA PEMBEKAL PENGIKLANAN)
OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami peranan pengiklan dan hubungannya dengan agensi dan pengiklanan. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat:-
• Menerangkan hubungan antara pengiklan dengan agensi. • Menjelaskan peranan studio seni • Menerangkan peranan syarikat percetakan dan produksi. • Mengkaji peranan syarikat penyelidikan pemasaran • Menghuraikan peranan agensi mencari bakat.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
6.0 PENGENALAN
Dalam perniagaan hubungan yang baik merupakan satu aset penting dalam
memajukan perniagaan. Dalam industri pengiklanan hubungan antara agensi
dengan kliennya/pemasar sangat penting. Dengan hubungan seperti inilah
maka agensi seperti Mc Caan Erikson telah menjadi agensi pengiklanan bagi
Coca Cola untuk sekian lama.
6.1 Sumber Klien
Sekiranya anda berkerja di agensi pengiklanan dan ditugaskan untuk
mencari klien baru, apakah yang akan anda lakukan? Terdapat pelbagai
cara untuk anda mencari pelanggan baru antaranya :-
Melalui rujukan
Agensi boleh membuat rujukan kepada agensi pengiklanan
lain mengenai pelanggan baru. Contohnya agensi tidak dapat
menerima klien baru yang bersaing dengan klien sedia ada
sebagai contoh Mc Cann Erikson tidak boleh terima Pepsi
Cola sebagai klien kerana telah ada Coca Cola.
Mencari klien baru.
Agensi pengiklanan boleh mencari kliennya sendiri melalui :-
1) berjumpa sendiri dengan pelanggan prospek.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Semasa proses ini wakil agensi perlu bijak menyampaikan
maklumat agensi termasuk tentang perkhidmatan yang
ditawarkan.
2) melalui halaman kuning (Yellow Pages)
Mencari pelanggan melalui buku panduan telefon,
direktori, majalah perniagaan dan sebagainya
3) menghantar surat kepada klien-klien yang berpotensi
Surat mengandungi latarbelakang syarikat produk yang
ditawar, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi dan
sebagainya.
Melalui Persembahan.
Membuat persembahan di hadapan pelanggan berpotensi
seperti tayangan video, slide, menunjukkan hasil produk iklan
agensi dan lain-lain sebagai bukti agensi sebuah syarikat
pengiklanan yang baik dan boleh dipercayai. Agensi juga
boleh mengemukakan cadangan iklan atau kempen cadangan
iklan (pitching) kepada syarikat pemasar.
6.1.1 Pertimbangan Mencari Klien.
Dalam meluaskan pasaran iklan, sesebuah agensi
pengiklanan tidak boleh membuat keputusan memilih klien
sesuka hati. Klien-klien baru yang dipilih adalah :-
Klien yang tiada konflik dengan klien sedia ada atau
klien baru bukanlah saingan dengan klien sedia ada.
Bukan transien (suka bertukar). Klien yang suka
bertukar agensi @ pembekal perlu dielakkan bagi
menjaga rahsia syarikat.
Klien yang tidak ada hubungan perniagaan dengan
agensi pengiklanan yang lain bagi mengelakkan
kebocoran rahsia syarikat.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Klien yang tidak akan menyebabkan hubungan dengan
klien sedia terjejas dari segi keuntungan. Agensi
mestilah memilih klien yang menawarkan produk bukan
pengganti kepada produk klien sedia ada. Sebagai
contoh Bloomingdale Advertising yang mengeluarkan
iklan kereta Citroen ZX tidak boleh menerima klien
yang mengeluarkan motorsikal (produk pengganti tidak
langsung bagi kereta).
6.1.2 Bagaimana Mengekalkan Hubungan Baik dengan Klien
Mengekalkan hubungan baik dengan klien adalah satu tugas
yang berat bagi agensi pengiklanan. Bagaimanakah anda
sebagai eksekutif di agensi pengiklanan dapat
mengekalkan hubungan baik ini? Antara perkara yang
boleh anda lakukan ialah:-
Memastikan tidak ada 2 klien yang bersaing di bawah
agensi yang sama.
Agensi perlu bijak menguruskan hal-hal berkaitan
pembayaran iklan, penetapan komisen dan memastikan
tiada kerja yang tertangguh.
Agensi perlu mengekalkan rekod prestasi yang baik,
sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik kepada
pelanggan dan pihak media.
Agensi sentiasa mempunyai idea-idea terkini,
pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengiklanan
untuk mencapai kehendak pelanggan dan menjaga
kualiti produk serta reputasi syarikat.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 6A
Arahan : Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi 4 hingga 5 orang ahli. Anda perlu menjawab soalan tugasan di bawah dan membentangkan hasil dapatan pada pertemuan seterusnya. Anda dan rakan anda adalah eksekutif yang telah ditugaskan oleh agensi untuk mencari klien baru bagi memperkembangkan lagi syarikat. Huraikan cara yang boleh anda lakukan untuk mencari klien baru ? Bagi setiap cara anda perlu mengandaikan anda berada di dalam situasi sebenar.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 6A
Cara –cara mencari klien baru:-
Berjumpa sendiri dengan prospek pelanggan
Melalui halaman kuning (yellow pages)
Menghantar surat kepada klien berpotensi
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
6.2 PEMBEKAL PENGIKLANAN
Apakah yang anda faham tentang pembekal pengiklanan ? Adakah
ianya sama penting dengan pembekal produk ? Peranan pembekal
pengiklanan amat penting di dalam membantu menjayakan aktiviti
pengiklanan. Tanpanya syarikat-syarikat akan mengalami masalah di
dalam melariskan produk jualan. Siapakah pembekal pengiklanan ?
Mari kita lihat siapakah pembekal pengiklanan dan perkhidmatan yang
mereka tawarkan :-
6.2.1 Perkhidmatan pembekal pengiklanan
Perkhidmatan- perkhidmatan pengiklanan seperti
menyediakan studio seni, khidmat percetakan untuk iklan-
iklan di majalah, penyelidikan pemasaran dan syarikat
produksi.
(a) Studio Seni.
Iaitu tempat dimana pekerja-pekerja bertugas mencipta dan
membuat kerja-kerja lukisan dan illustrasi sebelum
menghasilkan iklan yang sebenar. Pekerja disini terdiri
daripada pelukis-pelukis yang mahir dan juga terdapat
ramai pakar-pakar seperti pengarah seni , pelukis grafik
dan sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Contohnya :- New Straits Times Press dan Syarikat
Karangkraf mempunyai studio seni untuk membuat kerja-
kerja pengiklanan bagi pihak pemasar @ agensi.
(b) Syarikat Pencetak.
Menjalankan kerja-kerja pencetakan di kilang-kilang
menghasilkan iklan dalam bentuk percetakan . Biasanya
syarikat ini mempunyai peralatan yang lengkap dan canggih
bagi menghasilkan output yang berkualiti. Sebagai contoh
brosur, kad perayaan, katalog dan sebagainya.
Contohnya : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
Menerbitkan majalah Nona, Impiana dan Remaja.
Kumpulan Utusan menerbitkan Majalah Wanita, URTV
dan lain-lain.
(c) Syarikat Produksi / Penerbitan.
Syarikat yang menjalankan aktiviti membuat iklan di
televisyen. Di syarikat ini terdapat studio yang dikhaskan
bagi sesi penggambaran iklan. Ada pekerja yang pakar di
dalam produksi filem dengan ini mampu memaparkan iklan
yang berkesan.
(d) Syarikat Penyelidikan Pemasaran.
SRM adalah singkatan untuk Survey Research
Management, iaitu merupakan sebuah badan yang pakar
didalam bidang penyelidikan pemasaran. Terdiri daripada
penganalisis yang akan mengkaji atau menganalisa data-
data. Antara badan penyelidikan lain ialah AC Nielsen,
Oracle dan lain-lain lagi
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Antara contoh kajian yang dibuat ialah mengenai :-
Kajian mengenai demografik
Kajian mengenai potensi produk.
Kajian mengenai produk baru yang perlu diwujudkan di pasaran.
Kajian psikografik
Kajian gelagat pengguna
e) Agensi mencari bakat (Talent agency)
Sebuah agensi yang membekalkan tenaga manusia yang pakar dalam
bidang tertentu contohnya :- model-model, pelakon iklan, pelakon
tambahan, penyanyi lagu iklan dan lain-lain
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 6B
Arahan : Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi empat atau lima orang ahli bagi menjawab soalan tugasan dibawah. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan ini pada pertemuan seterusnya Andaikan anda berada di sebuah studio seni. Cuba rangkakan contoh iklan mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan seperti kertas warna, gambar, gam , blok tulisan dan sebagainya bagi membantu penghasilan iklan yang menarik untuk di siarkan di majalah.
Ooo.. kengkawan… jom buat iklan ni…
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 6B
Tunjukkan contoh iklan yang sebenar .
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 6C
Arahan: Bentukkan kumpulan yang terdiri dari empr atau lima orang ahli. Persembahkan tugasan yang diberi ini pada pertemuan seterusnya. Pelajar-pelajar dikehendaki mencipta lirik lagu untuk iklan di radio atau televisyen. Kemudian lirik tersebut hendaklah digubah dan dipersembahkan dalam bentuk nyanyian. Gubahan boleh diciplak dari lagu yang sedia ada atau pelajar menggubah sendiri lagu tersebut. Pelajar-pelajar diminta mempersembahkan lagu iklan tersebut tidak lebih dari satu minit.
SELAMAT MENCUBA
Ini nak belajar iklan ke nak jadi penyanyi…
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 6C
Lirik di tulis dalam sehelai kertas dan diserahkan kepada pensyarah dan pelajar
mempersembahkan lagu iklan berdasarkan lirik tersebut tidak lebih dari satu
minit.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI
1. a) Terangkan perbezaan antara fungsi agensi pengiklanan dengan fungsi
jabatan pengiklanan syarikat pengiklanan.
(10 markah)
b) Apakah pertimbangan yang perlu dibuat untuk memilih klien?
(15 markah)
2. a) Bezakan antara studio seni dengan syarikat produksi?
(12 markah)
b) Jelaskan peranan syarikat penyelidikan pemasaran dalam menjayakan
sesuatu
iklan dan agensi mencari bakat
(13 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Maklumbalas Penilaian Kendiri
Jawapan 1
a) Perbezaan
Agensi pengiklanan
Memberi khidmat pengiklanan pada pemasar dan pencipta iklan
Membuat pembelian media untuk iklan
Menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti promosi yang lain
Menyediakan rancangan-rancangan pengiklanan dan alat-alat
promosi yang lain
Jabatan Pengiklanan
Sebagai pendapatan kepada syarikat
Mencari klien baru
Bertanggungjawab dalam semua hal-hal berkaitan pengiklanan
Mengurus hal-hal pembayaran iklan untuk pihak media
b) Pertimbangan yang perlu dibuat
Tiada konflik
Tidak bersaing
Tidak berhubungan dengan agensi pengiklanan yang lain
Bukan transien
Agensi boleh melakukan tugas klien mengikut masa yang ditetapkan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/16
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Jawapan 2 a) Jawapan merujuk kepada 6.2 (a) dan (c) serta contoh-contoh selain dari
contoh yang diberi
b) Peranan syarikat penyelidikan pemasaran ialah :-
Membuat kajian berkaitan produk yang hendak dipasarkan
Kajian psikografik
Kajian gelagat pengguna
Kajian produk
Kajian pasaran produk baru
Peranan agansi mencari bakat
Mencari bakat baru dalam bidang modeling, lakonan dan nyanyian
yang akan digunakan oleh agensi pengiklanan
Tadi ingat jawapannya… Sekarang dah lupa lak….
Mana la pulak….?
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 7
MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN
(FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN MEDIA & TEORI MEDIA)
OBJEKTIF
Objektif Am
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menilai faktor-faktor penentu dalam
pemilihan media dan mempelajari teori-teori media.
Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
• Menjelaskan strategi dan objektif kempen iklan.
• Menerangkan saiz dan ciri-ciri khalayak sasaran.
• Menerangkan liputan geografi.
• Mengkaji kecekapan kos.
• Melihat nilai-nilai pendedahan, perhatian dan motivasi media.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
7.0 PENGENALAN
Apakah itu media ? Bagaimana media digunakan untuk menyampaikan iklan
dan bagaimanakah ia dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu iklan. Persoalan
ini perlu dijawab, kerana sekiranya anda ingin menjalankan pengiklanan
berkesan langkah-langkah berikut perlu diambilkira.
7.1 Sebelum kita memilih media untuk menyiarkan sesuatu iklan ada
beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Faktor-faktor yang
perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut :-
Strategi dan objektif kempen iklan
Saiz dan ciri-ciri khalayak sasaran
Liputan geografi
Kecekapan kos
Nilai-nilai pendedahan, perhatian dan motivasi media
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
(a) Strategi & Objektif Kempen Iklan.
Apakah kaedah atau cara yang dapat disesuaikan dengan pasaran
sasaran perlulah difikirkan dahulu sebelum memutuskan media yang
sesuai. Memastikan mesej yang hendak disampaikan sesuai dengan
media yang dipilih kerana penyebaran sesuatu mesej mungkin sesuai
untuk media-media yang tertentu sahaja.
Contoh :- Bagi mewujudkan kesan yang cepat untuk diingati, perlu
menggunakan media elektronik seperti televisyen, radio, internet dan
sebagainya. Bagi tujuan memberitahu sahaja , perlu menggunakan
media cetak seperti suratkhabar, majalah dan sebagainya.
(b) Saiz & Ciri-Ciri Khalayak.
Saiz di sini bermaksud berapa ramai pengguna yang bakal
menggunakannya. Samada kecil, besar ataupun sederhana sahaja perlulah
diketahui. Manakala ciri-ciri khalayak pula merangkumi :-
Dari segi demografi – iaitu umur, bahasa, bangsa, pendidikan , pekerjaan
dan sebagainya. Dari segi minat pengguna – iaitu suka membaca atau
suka menonton.
(c) Liputan Geografi.
Iaitu luas kawasan di mana produk ingin diagihkan secara meluas atau
kawasan tertentu sahaja.
Contoh :- Dalam negara, luar negara ataupun peringkat antarabangsa.
Perlu mengenalpasti dahulu cara agihan sampai ke kawasan yang hendak
dipasarkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
(d) Kecekapan Kos.
Perlu mengkaji kecekapan kos bagi setiap media yang digunakan, adakah
ianya mencapai keberkesanan kos dengan menggunakan media tersebut
Anda boleh merujuk Gambarajah 7.1 bagi kadar harga pembelian ruang
iklan di Berita Harian Anda juga boleh merujuk contoh pengiraan seperti
di bawah.
Pengiraan :-
Bagi menentukan kecekapan kos untuk setiap 1000 orang
Formula : Kos Untuk Suratkhabar
Bil. Pembaca Sasaran
Contoh :- RM 1,000.00 -- Mewakili Kos Untuk sratkhabar
30,000 -- Mewakili Bil Pembaca Sasaran.
= 0.033
0.033 x setiap 1000 orang = RM 33.00
Ini bermakna kos suratkhabar untuk 1000 orang ialah RM 33.00
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
DISPLAY ADVERTISMENT RATES
BERITA HARIAN & BERITA MINGGU (BROADSHEET PUBLICATIONS
Display Casual (National Edition) RM35p.s.c.cm
Series rates (minimum size 60 col cm) 6 insertions in one year RM31p.s.c.cm 13 insertions in one year RM30p.s.c.cm 26 insertions in one year RM28p.s.c.cm 52 insertions in one year RM27p.s.c.cm Joint rate (with NST/NsuT) RM29p.s.c.cm Note : If the total advertisement insertions utilize is below the number contracted within the specified period, than the next applicable rate on the series scale or the casual rate will apply. Color surcharge (minimum size 108 col cm) 1 spot (Process color) RM2000.00 2 spot (Process color) RM6000.00 Standard spot RM2500.00 (Combination of process colors. Separated colors negatives must be supplied) Full color surchege RM10,000.00 Special Ink Costs Iron – On Ink ( 1 spot) RM8000.00 Joint rate RM7000.00 Fluorescent Ink(1 spot) RM8000.00 Joint Rate RM7500.00 Scented Ink (1 spot) RM4500.00 Joint Rate RM3500.00 *Subject to change in costs For Full colors scented advertisements the costing will be : Black & white advertisement costs + full color surcharge+ 3 times the costs of scented ink. Clients must provide their own essence (fragrance) if it is not readily available from the ink manufacturer. Bookings will only be confirmed after a test run to ensure compatibility Sumber : Rate Cards 1996 – Berita Harian
Rajah 7.1: Kadar Harga Ruang Iklan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
(e) Nilai-Nilai Pendedahan, Perhatian & Motivasi Media.
Sejauh mana media dapat mendedahkan pengguna dengan
iklan yang sama. Sebagai contoh media elektronik seperti
televisyen dapat mendedahkan maklumat secara meluas kerana
menyiarkan iklan berulang-ulang berbanding media cetak di
mana liputannya agak terhad kerana hanya pembeli majalah
sahaja yang mendapat maklumat serta pembacaan yang tidak
berulang.
Mengenai sejauh mana media dapat menarik perhatian
khalayak sasaran perlu difikirkan juga. Sebagai contoh media
elektronik mampu memberi perhatian yang lebih berkesan
kerana dapat memaparkan gambar, suara secara hidup
berbanding media cetak yang statik, hanya warna-warna dan
gambar yang mampu menarik perhatian orang ramai.
Akhirnya sejauh mana motivasi media mampu mendorong
deria-deria terangsang seperti mata, telinga dan pemikiran bagi
membeli sesuatu produk hasil pengamatan yang dilihat atau
didengarnya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 7A
Arahan :- Tugasan ini perlu dibuat secara individu dan tugasan perlu dihantar pada
pertemuan seterusnya
Anda dikehendaki menonton televisyen dan cuba kenalpasti satu iklan dan kemudian
sila kaji dari aspek faktor-faktor pemilihan media yang telah dipelajari dan samada
ianya bersesuaian atau tidak dan kemukakan fakta-fakta anda terhadap iklan yang
ditonton.
Mari-mari…kita tengok tv!!!!!
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 7A
Jawapan yang diberikan adalah begitu fleksible , perlu berdasarkan contoh iklan yang telah dipilih oleh pelajar dan fakta-faktanya juga berdasarkan contoh iklan tersebut.
Yeehaa… jawab
betul…..
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
7.2 TEORI-TEORI MEDIA
Adalah perlu memahami teori media bagi memudahkan pelajar menentukan
pemilihan media. Antara perkara yang meliputi teori media ialah teori
gelombang, dominan, penumpuan dan kesampaian.
7.2.1 Teori Gelombang
Mengikut pendekatan ini, pengiklan membeli ruang atau masa dalam
beberapa media bagi satu jangkamasa pendek bagi setiap satu media
(contoh selama 3 minggu). Masuk dan keluar dari media tersebut
seumpama gelombang iaitu iklan disiarkan di dalam televisyen selama
3 minggu pertama, kemudian dihentikan dan masukkan pula dalam
majalah selama tiga minggu dan seterusnya sehingga balik semula ke
siaran televisyen.
Andaian bagi pendekatan ini adalah, kesan pengiklanan masih dapat
dirasai akibat penumpuan dalam masa tertentu walaupun tanpa
pendedahan dari media tersebut.
7.2.2 Teori Dominan
Pengiklan membeli masa atau ruang dalam satu media dalam kuantiti
yang besar dari biasa. Setelah dominan dapat dibina dalam media
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
tersebut, belanjawan akan dialihkan ke media lain untuk jangka waktu
pendek. Pengiklan akan dapat kekerapan pendedahan dalam beberapa
media dalam jangka pendek, mencapai kesampaian menerusi
penggunaan pelbagai media dan mencapai keselanjaran menerusi
penggunaan media lepas satu-persatu walaupun keselanjaran adalah
rendah.
7.2.3 Teori Penumpuan
Pendekatan ini mengorbankan aspek kesampaian bagi mencapai
kekerapan pendedahan dan keselanjaran. Jumlah belanjawan hanya
ditumpukan kepada satu media sahaja dalam jangkamasa pemasaran
keluaran.
Contoh :- pengiklan membeli satu ruang untuk tiap penerbitan
bulanan dalam majalah atau membeli 30 saat dalam siaran televisyen,
tiap-tiap minggu dalam program popular seperti Senario dan
sebagainya.
7.2.4 Teori Kesampaian
Teori ini memaksimumkan kesampaian dengan mengorbankan
keselanjaran dan kekerapan pendedahan Pelbagai jenis media
digunakan untuk mendapatkan kesampaian yang besar.
Contoh :- Pengiklan membeli satu pakej masa televisyen selama 30
saat dalam beraneka program televisyen atau menyiarkan iklan sekali
dalam pelbagai majalah atau menyiarkan iklan dengan kekerapan
terhad dalam kombinasi media cetak dan elektronik.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 7B
Pelajar diminta mengkaji contoh iklan yang biasa mengamalkan :-
a) Teori Gelombang
b) Teori Kesampaian
Buat perbandingan, teori mana yang berkesan dan praktikal.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 7B
Teori Gelombang
Membeli masa atau ruang dalam beberapa media, untuk jangkamasa pendek. Masuk dan keluar iklan seperti gelombang. Iklan disiarkan di TV untuk 2 minggu, dihentikan dan masuk pula iklan
majalah selama 2 minggu dan seterusnya sehingga ke siaran TV semula. Kesan pengiklanan dalam setiap media akibat penumpuan masih dapat dirasai
Teori Kesampaian
Memaksimunkan kesampaian dengan korbankan keselanjaran dan kekerapan pendedahan.
Beraneka jenis media digunakan untuk mendapatkan kesampaian yang lebih besar.
Pengiklan membeli pakej masa selama30 saat di TV dalam pelbagai program atau siarkan iklan dalam pelbagai majalah atau siarkan iklan dengan kekerapan terhad dalam kombinasi media cetak dan elektronik.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI
1. ‘Motivasi Media’ adalah penting dalam pengiklanan. Nyatakan apakah implikasi
kepada audien.
(10 markah)
2. Anda seorang eksekutif pemasaran yang ditugaskan untuk membuat keputusan
pemilihan media untuk pengiklanan produk syarikat. Syarikat bercadang memilih
Kumpulan Kerangkraf yang mengeluar majalah ‘Bonda’ dan bayaran yang
dikenakan sebanyak RM6400 bagi sekali keluaran. Syarikat bercadang
mengiklankan sebanyak 13 kali. Dijangka bilangan pembaca yang membaca
majalah tersebut seramai 10,000 orang. Syarikat juga bercadang untuk
mengiklankan di akhbar ‘The Moon’ yang dikeluarkan oleh New Ocean Times
dengan bayaran RM3000 bagi sekali keluaran dan syarikat bercadang untuk
mengiklankan selama sebulan pada bulan Julai. Bilangan pembaca akhbar
dijangka mencapai jumlah 18000 orang.
Anda dikehendaki mengira kecekapan kos untuk 1000 orang dan membuat pilihan
media berdasarkan jawapan yang anda perolehi.
(15 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
3. Huraikan dengan jelas, apakah yang diamalkan oleh Teori Dominan dan Teori
Penumpuan dan pendekatan manakah yang biasa diamalkan oleh media di
Malaysia.
(25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Maklumbalas Penilaian Kendiri
Jawapan 1
Sesuatu iklan yang baik akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada audien
yang menontonnya. Hasil motivasi media, ia mampu mendorong audien untuk
melakukan pembelian. Sebaliknya iklan yang tidak mempunyai unsur motivasi
kurang meninggalkan kesan kepada audien dan seterusnya mengurangkan pembelian
Jawapan 2
Majalah Bonda
Rm 6400 x 13 kali = Rm 83,200 - kos yang perlu dibayar kepada Kerangkraf
Kecekapan kos = Rm83,200 _________ 10,000 pembaca sasaran
= 8.32
Oleh itu kecekapan kos untuk 1000 ornag pembaca = 8.32 x 1000 orang
= Rm 8320
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 16
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Akhbar The Moon
Rm 3000 x 31 kali = Rm 93,000 - kos yang perlu dibayar kepada Kerangkraf
Kecekapan kos = Rm93,000 _________ 18,000 pembaca sasaran
= 5.167
Oleh itu kecekapan kos untuk 1000 ornag pembaca = 5.167 x 1000 orang
= Rm 5167
Jawapan 3
Teori Dominan
Membeli masa atau ruang dalam satu media dalam kuantiti yang lebih besar.
Setelah bina dominan, belanjawan dialihkan ke media lain untuk
jangkapendek.
Kekerapan pendedahan dapat dicapai dalam jangkapendek, kesampaian
menerusi penggunaan pelbagai media dan mencapai keselanjaran dengan
penggunaan lepas satu- persatuwalaupun pada tahap rendah.
Teori Penumpuan.
Mengorbankan aspek keasampaian bagi mencapai keselanjaran dan
kekerapan pendedahan dengan menumpukan belanjawan pada satu media
sahaja dalam jangkamasa pemasaran keluaran
Beli satu ruang untuk tiap penerbitan bulanan atau membeli masa 30 saat
dalam siaran televisyen tiap-tiap minggu dalam program popular.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 8
MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN (MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN, KELEBIHAN DAN
KELEMAHAN)
OBJEKTIF
Objektif Am
Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai media-media pengiklanan , kelebihan
dan kelemahan setiap media.
Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
• Menerangkan mengenai media cetak
• Menjelaskan mengenai media elektronik.
• Menerangkan mengenai media luaran
• Menjelaskan mengenai pos langsung
• Mengkaji kelebihan setiap media.
• Mengkaji kelemahan setiap media.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
8.0 PENGENALAN.
Pada masa kini terdapat banyak media-media yang digunakan untuk
mengiklankan sesuatu barangan. Semuanya bertujuan untuk menyedarkan
audien tentang wujudnya barangan dipasaran. Antara media-media tersebut
adalah seperti media cetak, elektronik, media luaran dan pos langsung.
8.1 JENIS-JENIS MEDIA PENGIKLANAN
• Media Cetak
Pelajar seharusnya mengetahui apakah media cetak. Ia merangkumi
akhbar, majalah dan yang seumpamanya di mana ia dicetak di kertas.
Namun begitu , iklan di media cetak mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
sehingga ia menjadi pilihan utama bagi sesetengah-sesetengah syarikat
bagi mengiklankan barangan mereka.
• Media Elektronik.
Mengenai media ini pula ia merangkumi radio, televisyen, video dan di
internet. Media ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orang ramai.
Ia melibatkan kesan bunyi, gambar yang hidup dan warna yang mampu
meninggalkan kesan yang mendalam pada naluri audien.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
• Media Luaran.
Ia adalah berbeza sedikit dengan yang di jelaskan seperti di atas di mana,
ia melibatkan poster, iklan persinggahan dan aktiviti pengiklanan
Ia lebih bersifat terus kepada audien dan bersifat pelbagai.
(a) Poster.
Poster atau papan iklan, iaitu “billboard” merupakan satu bentuk
pengiklanan luar. Terdapat ukuran yang standard dan ukuran yang tidak
standard bagi papan iklan ini, dan ia biasanya dibina pada struktur
tersendiri di atas tanah, di tempat tinggi, pada bangunan atau hanya
ditampalkan di dinding.
(b) Iklan Persinggahan.
Iklan persinggahan atau “transit advertising” sebenarnya dibuat dalam
bentuk tanda-tanda luaran seperti poster, peragaan, buletin dan sebagainya
yang diletakkan di tempat-tempat persinggahan atau kenderaan awam
seperti bas, stesen kereta api, troli, teksi dan sebagainya.
(c) Aktiviti Pengiklanan Luar.
Contohnya syarikat Utusan Pearl & Dean adalah merupakan organisasi
utama di negara kita dalam pengiklanan luar. Pada umumnya terdapat 5
bentuk iklan luar yang dikendalikan oleh organisasi ini iaitu :-
(i) Poster 4 hamparan.
(ii) Poster Kilau.
(iii) Poster Neon.
(iv) Iklan 48 hamparan.
(v) Iklan di lapangan terbang.
Selamat Datang ke Café House PPD
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
e) Bunting
Merupakan salah satu media cetak luaran yang popular digunakan pada masa
kini. Ia seperti poster di mana reka letaknya secara menegak iaitu tulisan
ditulis secara menegak dari atas ke bawah dan ia biasanya digantung di tiang-
tiang lampu jalan raya. Contoh-contoh menggunakan bunting ini apabila
menyambat satu-satu perayaan seperti ulang tahun sesuatu bandar/bandaraya,
hari keputeraan atau jualan “Mega Sale”.
• Pos Langsung.
Pos langsung atau “direct mail” merupakan mesej iklan peribadi yang
disebarkan kepada pelanggan melalui perkhidmatan pos. Pengiklanan pos
langsung merupakan mesej pengiklanan peribadi, dan mesej biasanya
menawarkan barangan atau perkhidmatan yang khusus melalui surat atau
menawarkan koleksi barangan melalui katalog dan menjemput sebarang
tindakbalas langsung. Pos langsung juga kerap kali bersifat pemajuan atau
promosional , iaitu memberikan maklumat-maklumat barangan dengan
menawarkan ciri atau harga yang istimewa yang dapat diperoleh melalui
pengedar-pengedar yang tertentu.
Sebagai contoh : Surat jualan, helaian (leaflet/flier), Folder, Poskad,
Katalog dan Majalah Syarikat (House Organ)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 8A
(a) Cuba dapatkan sebuah radio transister dan dengar satu iklan yang
disiarkan. Dalam masa tersebut anda bebas melakukan apa-apa
aktiviti sambil mendengar. Cuba anda terangkan iklan yang anda
dengar tadi. Setiap pelajar perlu memberikan penjelasan secara
individu.
(b) Dapatkan sebuah majalah dan kemudian pilih mana satu iklan yang
menarik dan mampu mempengaruhi diri anda . Sila nyatakan alasan-
alasan anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 8A
(a) Jawapan mungkin berbagai-bagai, berdasarkan apa yang pelajar
dengar. Sila dengar penjelasan pelajar dan nilai kenyataan tersebut
betul atau salah.
(b) Jawapan mungkin juga berbagai-bagai . Rujuk kenyataan pelajar dan
nilai sebab-sebab yang diberikan adakah ia menasabah atau
bersesuaian.
Bangganya dapat
jawab…he…he…
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
8.2 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SETIAP MEDIA
.
• Kelebihan Media Cetak.
(a) Ia di cetak setiap hari dan oleh itu, ia memberi peluang pemasaran
kepada pengiklan.
(b) Akhbar boleh didapati di mana-mana dan harganya murah. Oleh itu,
bilangan pembelinya ramai. Kos bandingannya dengan media yang
lain adalah rendah apabila dilihat dari segi jangkauannya yang tinggi.
(c) Akhbar memberi jangkauan yang cepat. Pada hari pertama akhbar
disiarkan, pasaran sasaran sudah dimaklumi tentang barangan atau
perkhidmatan.
(d) Majalah merupakan media yang selektif dan mempunyai pembaca-
pembaca yang khusus. Oleh itu pengiklan dapat menghubungi
sasarannya dengan lebih tepat.
(e) Iklan-iklan boleh diterbitkan secara sisipan dalam bentuk sample,
kupon dan sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
• Kelemahan Media Cetak.
(a) Akhbar mempunyai jangka hidup yang sangat pendek, iaitu biasanya
sehari sahaja dan berita-berita yang disiarkan pada hari itu dianggap
basi pada hari yang berikutnya.
(b) Terdapat banyak iklan dalam akhbar dan oleh itu, terdapat persaingan
dengan iklan-iklan yang lain untuk merebut perhatian itu. Selain itu,
ada iklan yang ditenggelamkan oleh iklan-iklan lain.
(c) Kualiti kertas akhbar tidak sesuai untuk iklan berwarna yang bermutu
tinggi.
(d) Pembaca majalah biasanya merupakan pembaca yang sama oleh itu
terdapat pertindihan audien. Ini menjadikan kecekapan kos agak
tinggi.
(e) Terdapat majalah yang meletakkan iklan di bahagian-bahagian khusus
sama ada di hadapan atau di belakang sahaja. Jikalau hal ini berlaku,
maka iklan-iklan itu mungkin tidak akan dapat dibaca dan oleh itu ia
tidak mendatangkan kesan.
• Kelebihan Media Elektronik.
(a) Televisyen mempunyai pengaruh yang kuat kerana ia amat rapat
dengan audien, dimana kebanyakan rumah sekarang mempunyai
media ini.
(b) Iklan yang disiarkan adalah menarik di mana terdapat warna-warna
yang hidup dan dapat ditunjukkan dengan jelas.
(c) Radio adalah media yang popular dan dapat didengar sepanjang masa
tidak kira apa yang sedang dilakukan oleh seseorang.
(d) Radio dan televisyen mempunyai audien yang besar dan mempunyai
ramai peminat.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
(e) Radio mampu mendedahkan iklan beberapa kali dalam masa yang
singkat dan ini dapat menjadi motivasi kepada pendengar.
• Kelemahan Media Elektronik.
(a) Iklan di televisyen terlalu cepat dan kadangkala agar sukar untuk
difahami bagi mereka yang kurang pendedahan dan pengetahuan
produk tersebut.
(b) Di dalam masa sekarang ini terdapat siaran di TV yang menjadi
pesaing mengikut siaran seperti TV1, TV2, TV3 dan NTV7, jadi
persaingan berlaku mengikut siaran yang disiarkan.
(c) Siaran radio hanya dapat didengar dan tidak dapat dilihat. Ini
membataskan keberkesanan khususnya untuk barangan atau
perkhidmatan yang perlu dipaparkan secara visual.
(d) Iklan radio adalah ringkas, pendek dan berlalu segera. Pendengar
tidak dapat menyimpan atau membacanya apabila dia suka.
(e) Iklan radio terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian audien
kerana mereka mendengar sambil membuat kerja-kerja lain.
• Kelebihan Pos Langsung.
(a) Mesej yang disampaikan adalah fleksible kerana ia boleh disampaikan
dengan sebarang cara yang disukai oleh pengiklan dan sebanyak mana
atau sedikit mana maklumat yang ingin dikemukakan.
(b) Pos langsung juga boleh ditujukan kepada sebarang kumpulan audien
melalui senarai nama yang digunakan sama ada senarai nama dari
buku panduan telefon, senarai nama pekerja organisasi, senarai nama
keanggotaan persatuan dan sebagainya.
(c) Mempunyai penguasaan yang tinggi ke atas edaran dan kualiti mesej.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
• Kelemahan Pos Langsung.
(a) Cara ini agak mahal kerana kosnya melibatkan perkara-perkara seperti
penyediaan bahan yang akan disebarkan seperti brosur, sampul surat,
kos mendapatkan atau mengumpulkan senarai projek, kos setem pos
dan sebagainya.
(b) Kerap kali juga perkhidmatan pos menghadapi masalah kelambatan
dan ini akan memberikan akibat yang tidak baik kepada iklan pos
langsung.
(c) Pembaca majalah selalunya ingin membaca rencana atau maklumat
yang disukainya dan pada masa yang sama dikemukakan dengan
bahan iklan itu sahaja.
• Kelebihan Media Luaran.
(a) “Billboard” contohnya dihiasi dengan lampu-lampu dan warna
yang mampu menarik perhatian audien.
(b) “Transit advertising” pula mampu mencuri perhatian di kala
masa terluang oleh audien dan mampu memberi input kepada
siapa yang melihatnya.
(c) Kos pengiklanan yang lebih murah berbanding media
elektronik dan media cetak.
• Kelemahan Media Luaran.
(a) Gambar yang dipaparkan adalah pegun ataupun tetap.
(b) Mesej yang hendak disampaikan adalah amat terbatas.
(c) Ada lokasi yang tidak sesuai dan menggangu, ini menyebabkan tiada
tumpuan daripada audien.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 8B
(a) Nyatakan secara berkumpulan kebaikan media cetak. Setiap pelajar
perlu menghuraikan maklumat tersebut berserta contoh.
(b) Nyatakan secara berkumpulan keburukan media elektronik. Setiap
pelajar perlu menghuraikan maklumat tersebut berserta contoh.
????????????
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 8B
(a) i. Setiap akhbar mempunyai jenis pembaca yang berlainan dan
pengiklan dapat menentukan pasaran sasarannya.
ii. Akhbar merupakan media yang diberikan promosi yang baik oleh
penerbitnya sendiri dan di samping itu, pada umumnya ia mempunyai
imej yang baik.
(b) i. Iklan radio adalah ringkas, pendek dan berlalu segera. Pendengar
tidak dapat menyimpan atau membacanya semula apabila dia suka.
ii. Iklan radio terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian
khalayak kerana mereka mendengar radio biasanya sambil melakukan
tugas-tugas lain seperti membaca buku, memandu dan sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan mendengar radio dan menonton tv, pilih satu iklan yang
sama dan kaji keberkesanan dari segi mesej yang disampaikan
mana yang lebih jelas.
( 10 markah )
2. Dengan membaca akhbar dan majalah pilih juga satu iklan yang
sama dan kaji keberkesanan dari segi mesej yang disampaikan,
manakah yang lebih menarik. ( Cuba dapatkan keratan iklan
berkenaan untuk dijadikan rujukan )
(10 markah)
3. Cuba buat analisa secara perkiraan setiap media sebagai contoh
antara majalah dengan akhbar atau antara radio dengan tv. Media
manakah yang lebih murah.
(10 markah)
4. Apakah yang dimaksudkan dengan iklan persinggahan atau “transit
advertising” cuba pelajar kenalpasti contoh-contohnya dan cara
mana yang lebih ketara dipraktikan di Malaysia pada masa kini.
(10 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Maklumbalas Penilaian Kendiri
1. Television adalah lebih berkesan kerana ia lebih menarik dan
audien memberi tumpuan yang lebih.
2. Majalah adalah lebih berkesan kerana kualiti kertas yang baik dan
berwarna-warni dan memfokuskan pada pasaran sasaran yang
tepat.
3. TV adalah lebih mahal berbanding radio manakala majalah adalah
lebih mahal berbanding dengan akhbar.
4. Contohnya : poster, peragaan, buletin dan sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 9
PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN
PENGIKLANAN
(PENYELIDIKAN DALAM PENGIKLANAN : HUBUNGAN DAN PERANANNYA)
OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami hubungan dan peranan penyelidikan dalam pengiklanan. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-
• Menerangkan hubungan keperluan penyelidikan pemasaran dengan pengiklanan
• Membincangkan peranan penyelidikan pemasaran
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
9.0 PENGENALAN
Dalam unit ini kita akan mempelajari hubungan penyelidikan pemasaran
dengan aktiviti pengiklanan. Selain dari itu, kita juga akan mempelajari
penyelidikan pemasaran dan peranannya.
9.1 HUBUNGKAIT PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN
PENGIKLANAN
• Definisi Penyelidikan Pemasaran Penyelidikan pemasaran adalah satu aktiviti mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan pemasaran dan perkhidmatan.
Cara mengenalpasti yang sistematik dan objektif, mengumpul, menganalisis, menyebar dan menggunakan maklumat yang ada bagi tujuan untuk memperbaiki keputusan yang berkaitan dengan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam pemasaran.
(Naresh K. Malhotra, 1999)
• Hubungkait keperluan penyelidikan dalam pengiklanan Berdasarkan definisi penyelidikan pemasaran di atas dapat kita simpulkan bahawa penyelidikan pemasaran dapat memberikan maklumat asas tentang isu-isu penembusan pemasaran baru, kaedah peragaan produk, pemilihan saluran agihan, promosi, perletakan harga dan lain-lain aktiviti pemasaran.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Oleh itu, penyelidikan pemasaran amat penting dalam eleman promosi di mana pengiklanan adalah sebahagian dari program promosi itu sendiri. Ia amat penting dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin timbul sebelum dan selepas pengiklanan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 9A
Arahan : Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi tiga atau
empat orang ahli . Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan soalan di
bawah.
Soalan 1
Bincangkan isu-isu pemasaran yang anda ketahui dan senaraikan alternatif-
alternatif yang mungkin boleh digunakan dalam mengatasi masalah tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 9A
1. Isu-isu pemasaran yang mungkin timbul:-
• Kenaikan harga barangan terkawal terutama semasa perayaan
• Produk tidak menepati spesifikasi kesihatan dan keselamatan
• Penipuan pemasar dalam menerangkan faedah-faedah yang akan
diterima oleh pemasar.
• Dan lain-lain isu yang berkaitan.
Alternatif-alternatif yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah.
• Penetapan harga siling oleh kerajaaan
• Mengadakan pemantauan oleh pihak berkuasa atau persatuan-
persatuan pemasar dan juga badan bukan kerajaan.
• Menarik lesen-lesen perniagaan terhadap pemasar yang cuba
menipu.
• Wujudkan kesedaran tanggungjawab sosial pemasar.
• Dan lain-lain alternatif yang bersesuaian dengan isu yang di
bincangkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
9.2.1 PERANAN PENYELIDIKAN PEMASARAN
Peranan penyelidikan pemasaran amat penting dalam dunia pemasaran
kerana ia menjadi penentu kejayaan sesuatu program permasaran itu.
Berikut adalah peranan yang dimainkan oleh penyelidikan dalam bidang
pemasaran:-
9.2.1.1 Analisis Situasi
Penyelidikan pemasaran berperanan dalam mengumpul
maklumat dalam mengenalpasti peluang dan ancaman,
memahami persekitaran dan pasaran, serta menilai tahap
persaingan sesebuah syarikat.
9.2.1.2 Pembangunan strategi
Ia juga berperanan dalam menentukan skop perniagaan dan
sasaran pasaran, membangunkan kelebihan bersaing dan
menentukan objektif strategi.
9.2.2 Pembangunan program pemasaran
Membantu dalam pembuatan keputusan berkaitan produk dan saluran
agihan, komunikasi dan perletakan harga (4p’s)
9.2.3 Implementasi
Mengawasi perlaksanaan pemasaran dan menjana semula strategi
program. Bertindak sebagai alat pemantauan dan kawalan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 9B Arahan : Berdasarkan kumpulan yang sebelumnya, pelajar dikehendaki
menjawab soalan di bawah:-
“ Syarikat anda adalah pengeluar pakaian dan ingin memasuki pasaran baru iaitu
busana muslim/pakaian untuk wanita muslim. Sebagai pegawai pemasaran, anda
telah diarahkan untuk menjalankan penyelidikan pemasaran berdasarkan peranan
penyelidikan itu sendiri.”
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 9B
Peranan penyelidikan dalam pemasaran :-
• Analisis situasi
Menjalankan analisis SWOT, analisis pasaran dan persaingan
• Pembangunan strategi
Skop perniagaan, sasaran pasaran, kelebihan bersaing dan menentukan
objektif strategi.
• Pembangunan program pemasaran
Keputusan tentang produk dan saluran agihan, komunikasi serta
perletakan harga.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
9.3 PERANAN PENYELIDIKAN PENGIKLANAN
Dalam membentuk iklan pelbagai faktor perlu diambil kira bagi
memastikan keberkesanan iklan tersebut. Penyelidikan dapat membantu
pemasar dalam pembentukan iklan melalui peranan-peranannya:-
9.3.1 Memberi input dalam perancangan pengiklanan.
Membantu dalam menentukan perkara yang perlu disampaikan
dalam iklan, menentukan audien sasaran, menentukan perbelanjaan
iklan dan sebagainya.
9.3.2 Memberi panduan kepada kreativiti pengiklanan
Membantu dalam mencetuskan idea-idea inovatif dan kreatif
disamping menggalakkan perkembangan teknologi terkini dalam
industri pengiklanan.
9.3.3 Penilaian kepada iklan dan kempen pengiklanan
Membantu menilai sejauhmana perlaksanaan komunikasi
disampaikan dengan berkesan, menilai kesesuaian penggunaan
media dan kecekapan kos.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
9.3.4 Teori bagaimana pengiklanan dilaksanakan
Dengan penyelidikan, kita dapat mengenalpasti teori-teori media
dan strategi-strategi kreatif yang bersesuaian dengan kempen iklan
yang akan atau telah disiarkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 9C Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi empat atau lima
orang ahli. Pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan dan membuat
pembentangan hasil dapatan pada pertemuan seterusnya.
“ Salah satu dari syarikat pemasar telah melantik syarikat pengiklanan anda untuk
membentuk satu konsep pengiklanan bagi produk baru mereka iaitu sejenis coklat
berkalori rendah. Temuduga seratus orang pengguna untuk mengenalpasti
kelakuan mereka terhadap produk baru dan kesedaran berkaitan produk sama yang
telah ada di pasaran. Dari hasil penyelidikan, bentuk konsep pengiklanan yang
akan digunakan.”
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 9C
Berdasarkan hasil dapatan dari temuduga ke atas seratus orang pengguna, pelajar
perlu membentuk konsep pengiklanan yang bersesuaian samada dalam bentuk
media cetak atau elektronik.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah definisi penyelidikan pemasaran dan apakah hubungkait penyelidikan
pemasaran dengan pengiklanan? (25 markah) 2. Peranan penyelidikan pemasaran dapat menentukan kejayaan sesuatu produk
itu. Bincangkan. (25 markah)
3. Penyelidikan juga perlu di dalam membentuk sesuatu program pengiklanan.
Bincangkan peranan penyelidikan di dalam pengiklanan.
(25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Jawapan 1
Definisi Penyelidikan Pemasaran Penyelidikan pemasaran adalah satu aktiviti mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan pemasaran dan perkhidmatan.
Cara mengenalpasti yang sistematik dan objektif, mengumpul, menganalisis, menyebar dan menggunakan maklumat yang ada bagi tujuan untuk memperbaiki keputusan yang berkaitan dengan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam pemasaran Jawapan 2
Peranan penyelidikan pemasaran
• Analisis situasi
• Pembangunan strategi
• Pembangunan program pemasaran
• Implementasi
Jawapan 3
Peranan penyelidikan pengiklanan
• Perancangan pengiklanan
• Panduan kepada kreativiti media
• Penilaian kepada iklan dan kempen pengiklanan
• Teori bagaimana pengiklanan berjalan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 10
PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN
PENGIKLANAN
(PENYELIDIKAN DALAM PENGIKLANAN : APLIKASI DAN MODEL)
OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami penyelidikan dalam pengiklanan serta model praujian pengiklanan. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-
• Mengaplikasikan penyelidikan dalam pengiklanan. • Membincangkan model praujian pengiklanan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
10.0 PENGENALAN
Unit ini akan menerangkan kepada kita berkaitan aplikasi penyelidikan
dalam pengiklanan dan model praujian pengiklanan yang boleh digunakan
bagi menguji iklan yang akan disiarkan.
10.1 APLIKASI PENYELIDIKAN KEPADA SITUASI PENGIKLANAN
Perkara yang paling penting dalam pengiklanan adalah keberkesanannya
dan pemilihan media yang paling efektif. Bagi mendapatkan maklumat
berkaitan dua jenis penyelidikan boleh dijalankan iaitu penyelidikan
pemilihan media dan penyelidikan keberkesanan pengiklanan.
10.1.1 Penyelidikan Pemilihan Media
Bertujuan untuk mengelakkan dari mengalami kerugian dalam
pengiklanan dan promosi dengan menganalisis secara objektif
media yang ada bagi memajukan produk.
Aktiviti–aktiviti yang terpenting dalam penyelidikan ini ialah :-
• Penyelidikan Percetakan
Kajian dan tinjauan dijalankan bagi mengetahui maklumat
demografik pembaca. Firma juga dapat mengetahui
jumlah pembaca bagi sesuatu majalah atau akhbar.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Maklumat yang mungkin dikehendaki berkaitan majalah,
akhbar, medium bahasa, jumlah sirkulasi dalam sehari,
seminggu dan sebulan, kadar kos pengiklanan berdasarkan
kegunaan warna, saiz, muka surat hadapan, tengah atau
belakang juga maklumat tentang media terbanyak
digunakan oleh pengiklan. Maklumat-maklumat ini dapat
membantu dalam memilih sesuatu media tertentu.
• Penyelidikan Poster atau Papan Tanda
Melibatkan pemerhatian trafik lalulintas (pergerakan
manusia dan kenderaan) yang melalui tempat poster/papan
tanda diletak/didirikan samada di pusat membeli belah,
ditepi jalanraya, di tempat penjualan atau pada kenderaan.
Tujuan nya adalah untuk mengetahui jumlah saiz dan sifat-
sifat mereka yang melalui poster atau papan tanda tersebut.
Ia juga dapat mengenal pasti tempat papan tanda yang
strategik, kejelasan pada waktu malam, tinggi di atas tanah,
jarak dari bahu jalan, jumlah poster yang sudah ada di
lokasi, jenis lampu yang disediakan dan sebagainya.
• Penyelidikan Televisyen
Kajian dan tinjauan dibuat ke atas penonton televisyen.
Maklumat yang ingin diperolehi termasuk bila masa
menonton paling digemari, saluran televisyen yang
popular, rancangan yang digemari ramai dan juga iklan
yang menarik perhatian, kos pengiklanan televisyen dan
cara persembahan yang diminati ramai.
Beberapa cara boleh digunakan untuk memperolehi
maklumat antaranya ialah mendapatkannya dari buku
catatan atau diari menonton televisyen yang khas dari segi
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
masa menonton, saluran televisyen dan rancangan yang
ditonton setiap hari. Seterusnya soal selidik akan dihantar
kepada panel untuk menjawab soalan-soalan yang
berkaitan. Cara lain ialah dengan memasang alat Odimeter
yang dipasang ke televisyen dengan mendapat persetujuan
dan kerjasama dari pengguna. Alat akan merekodkan apa
yang ditonton setiap minit dan saluran-saluran yang
ditonton. Satu lagi cara yang boleh digunakan ialah
dengan mengemukakan soalan-aoalan melalui telefon.
Boleh juga mengedarkan soal selidik melalui pos.
10.1.2 Penyelidikan Keberkesanan Pengiklanan
Melibatkan kerja menganalisis setiap media dan kombinasi media
dan menilai peringkat kejayaan berdasarkan matlamat pengiklanan
yang telah ditetapkan. Kriteria penilaian kejayaan iklan yang biasa
digunakan ialah :-
• Kadar peningkatan jualan
• Kenaikan bahagian pasaran
• Kesedaran pengguna terhadap barangan dan firma.
Kriteria-kriteria ini biasanya kurang tepat kerana terdapat factor
lain yang mempengaruhi jumlah penjualan sesuatu barang.
Cara Menilai Keberkesanan Pengiklanan
Di dalam menilai keberkesanan, kita tidak dapat mengukur ke
tahap manakah pengiklanan dapat menyumbang kepada pembelian.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seperti produk,
harga, tempat, situasi kewangan dan sebagainya. Iklan perlu diuji
sebelum, semasa dan selepas pelancaran sesuatu produk kerana kos
yang terlibat amat tinggi terutama di televisyen.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Berdasarkan perangkaan Radio Televisyen Malaysia (RTM), iklan
TV selama 60 saat melibatkan kos purata sebanyak lebih kurang
RM10,000 hingga RM20,000 untuk setiap tayangan, bergantung
kepada hari, masa, program dan sebagainya.
Oleh itu pemasar mestilah yakin bahawa iklan atau mesej sampai
kepada pengguna serta menarik minat untuk membeli barangan.
Kriteria yang sewajarnya digunakan untuk menilai keberkesanan
termasuk kriteria-kriteria mendapat perhatian, komunikasi, minat
penerimaan maklumat dan pengaruh.
a) Pengukuran Kriteria Mendapat Perhatian
Responden membandingkan iklan firma dengan pesaing
Menggunakan alat automatik yang mengukur jumlah
masa selak kertas untuk iklan dalam majalah atau
akhbar.
Menggunakan alat yang boleh ukur kekerapan kelipan
mata, saiz mata hitam, degupan jantung atau kadar
peluh bila melihat sesuatu iklan.
Menunjukkan pelbagai jenis iklan kepada responden
untuk seketika dan mengarahkan mereka mengingati
kembali apa yang mereka nampak.
b) Pengukuran Komunikasi
Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk mengukur
komunikasi sesuatu iklan.
Adakah responden ingat tema pengiklanan barangan.
Contoh:- Bank Bumiputra Commerce berada di mana-
mana dan sentiasa menyokong.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Adakah responden dapat mengingat lagu atau senikata
lagu yang dinyanyikan dalam iklan. Contoh :- Minum
Milo, anda jadi sihat dan kuat.
Bolehkan responden mengingat apa yang diperkatakan
dalam iklan. Contoh :- Tak pe, Bumiputera Commerce
dekat aje.
c) Pengukuran minat.
Menggunakan cara yang sama dalam pengukuran mendapatkan
perhatian termasuk :-
Mengarahkan responden menilai iklan kita berbanding
pesaing
Menggunakan projector slaid dengan membenarkan
responden mengawal masa dedahan. Lebih lama
responden menahan slaid, maka lebih berminat.
Menggunakan alat mengukur peluh atau kadar
penafasan bila melihat sesuatu iklan
Menguji kelipan mata dan mengukur saiz biji mata
hitam. Semakin kerap berkelip dan besar saiz mata
hitam, maka semakin menarik iklan.
Perbincangan secara berkumpulan mengenai sesuatu
iklan.
d) Pengukuran Penerimaan Maklumat
Sekiranya responden menerima maklumat bermakna ia telah
melibatkan diri dalam mengenali iklan lebih lanjut. Cara
mengukur penerimaan maklumat ialah dengan menjalankan
ujian yang terkandung dalam penyelidikan motivasi seperti
perbincangan secara berkumpulan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
e) Pengukuran Pengaruh Iklan
Pengaruh iklan boleh diukur dengan mengemukakan beberapa
soalan :-
Jenama yang responden gemar beli
Pengiklanan mana yang mempengaruhi responden
dalam pembelian.
Jenama apa yang dibeli oleh responden sebelum dan
selepas iklan dilancarkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 10A
Arahan : Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi tiga atau
empat orang ahli . Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan soalan di
bawah. Pelajar dikehendaki membentangkan hasil dapatan pada pertemuan
seterusnya.
Pilih 50 orang yang bersesuaian sebagai sampel dengan produk bagi
menjalankan kajian anda. Kaji Pengukuran Komunikasi Pengiklanan dan
Pengukuran Pengaruh Iklan. Buat kesimpulan tentang pengiklanan yang lebih
berkesan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 10A
Pengukuran komunikasi pengiklanan
Tema pengiklanan
Mengingat senikata lagu yang dinyanyikan dalam iklan
Mengulang apa yang diperkatakan dalam iklan.
Pengukuran pengaruh iklan
Jenama yang digemari
Iklan yang mana mempengaruhi pembelian
Jenama yang dibeli sebelum dan selepas iklan dilancarkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT 10.2 MODEL PRAUJIAN PENGIKLANAN
Kebolehpercayaan dan keesahan setiap prosedur ujian salinan pengiklanan
perlulah didemonstrasikan. Ujian kebolehpercayaan akan dapat
menyediakan keputusan yang sama setiap kali iklan diuji dan ujian
keesahan akan membantu dalam meramalkan prestasi sesebuah iklan
dalam pasaran. Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mengukur
keupayaan sesuatu iklan menarik perhatian pengguna. Dibawah adalah
beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam mengukur
keberkesanan pegiklanan sebelum ia disiarkan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Ujian Berkaitan
Pengiklanan
(melibatkan respon
terhadap mesej)
Ujian Berkaitan Produk
(melibatkan kesan mesej
terhadap kesedaran
tentang produk)
Pengukuran Makmal
(ujikaji)
I. Prosedur Praujian
a) Juri pengguna
b) Ujian portfolio
c) Ujian
kebolehbacaan
d) Pengukuran
psikologi
II. Prosedur praujian
a) Ujian panggung
b) Ujian trailer
c) Laboratory store
Pengukuran Sebenar
III. Prosedur Praujian
a) Dummy
advertising
vehicles
b) Ujian pertanyaan
c) Ujian keudara
Rajah 10.1 : Gambarajah Klasifikasi Pengukuran Keberkesanan Pengiklanan
(Model Praujian Pengiklanan)
10.2.1 Ujian Berkaitan Pengiklanan (Pengukuran Makmal)
10.2.1.1 Juri Pengguna (Consumer Jury)
Ambil 50 hingga 100 orang pengguna dari pasaran sasaran,
ditemuduga samada secara individu atau berkumpulan. Biasanya
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
sampel diminta menyusun rangka kasar iklan mengikut
keutamaan (ranking). Soalan yang biasanya diajukan adalah
seperti berikut :-
a) Iklan mana yang akan anda baca sekiranya anda lihat di
majalah?
b) Tajuk utama yang mana dapat menarik minat anda
untuk terus membaca?
c) Iklan yang mana dapat meyakinkan anda tentang kualiti
sesuatu produk?
d) Iklan yang manakah lebih berkesan yang menyebabkan anda
membeli produk.
Keputusan dari ujian dianggapkan menunjukkan keberkesanan
setiap persembahan. Pendekatan ini digunakan secara meluas
tetapi adakalanya keputusan dipengaruhi oleh sikap pengguna
yang berat sebelah.
10.2.1.2 Ujian Portfolio (Portfolio Tests)
Kaedah ini memerlukan sekumpulan responden yang diberi
pendedahan kepada portfolio yang mengandungi kedua-dua
iklan ujian dan kawalan. Prinsip ujian ini menentukan kriteria
keberkesanan berasaskan ingatan selepas pendedahan. Iklan
ujian yang paling mudah diingat dianggap paling efektif untuk
menarik perhatian pengguna.
10.2.1.3 Ujian Kebolehbacaan (Readability Tests)
Prosedur ini membenarkan analisis kebolehbacaan dijalankan
tanpa menemuduga pengguna. Kaedah ini memfokus kepada
minat pengguna terhadap bahan bacaan, panjang ayat dan
kebiasaan terhadap perkataan. Faktor ini berhubungkait dengan
kebolehan pengguna yang terdiri dari latarbelakang yang
berbeza untuk memahami bahan yang ditulis.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
10.2.1.4 Pengukuran Psikologi (Psychological Measures)
Antara kaedah psikologi yang boleh digunakan ialah:-
10.2.4.1 The Eye Camera
Dalam kaedah ini pergerakan mata dianalisa dengan
menggunakan alat tertentu bagi mengenalpasti
bahagian mana dalam iklan dapat menarik perhatian
dan apakah tanggapan terhadap setiap elemen adalah
sama seperti yang dikehendaki oleh personel kreatif.
Kaedah ini mempunyai kelemahannya iaitu mata
mungkin tidak menggambarkan perasaan sebenar
pembaca. Berada lama disesuatu tempat mungkin
pengguna menghadapi kesukaran memahami bahan.
10.2.4.2 The Tachistoscope
Alat yang terdiri dari “slide projector” yang
membolehkan persembahan dijalankan dalam pelbagai
kelajuan dan illuminasi. Kelajuan respon direkodkan
untuk setiap iklan dalam pelbagai elemen(illustrasi,
produk dan jenama). Berdasarkan keputusan didapati
kebolehbacaan yang tinggi berkait rapat dengan kelajuan
mengenal elemen yang dianalisis.
10.2.2 Ujian Berkaitan Produk (Pengukuran Makmal)
Menguji kesan mesej terhadap kesedaran, kesukaan dan keinginan
untuk membeli produk.
10.2.2.1 Ujian Panggung (Theatre Tests)
Perubahan dari segi keutamaan terhadap produk selepas
pendedahan kepada pengiklanan dapat dikaji. Tiket akan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
dipos kepada responden yang dipilih secara rawak,
menjemput orang ramai untuk menonton rancangan tv yang
baru dengan menyelitkan iklan ditempat tertentu sepanjang
tayangan. Sebelum tayangan, lakaran akan ditunjukkan dan
responden dibenarkan memilih produk yang disukai sebagai
hadiah. Pilihan produk akan dikenalpasti, selepas tayangan
dan pendedahan terhadap iklan, lakaran sekali ditunjukkan
dan pengguna dibenarkan memilih semula hadiah.
Perubahan dalam keutamaan dapat dikenalpasti. Komen
bertulis juga boleh diselitkan dalam kaedah ini.
10.2..2.2 Ujian Trailer (Trailer Test)
Responden akan dibawa ke lokasi pusat di mana trailer atau
van diletak berdekatan kompleks membeli belah di mana
mereka akan didedahkan kepada beberapa iklan. Biasanya
penilaian perbandingan dibuat untuk satu tema yang sama.
Responden akan memilih yang paling disukai antara dua
formula iklan. Kaedah ini amat berguna untuk kefahaman
salinan iklan dan ianya hanya memerlukan kos yang
rendah.
10.2..2.3 Kedai Makmal (Laboratory Stores)
Kaedah ini adalah variasi dari ujian panggung. Responden
didedahkan kepada pengiklanan dalam pelbagai situasi dan
dibenarkan membeli dari sebuah kedai kecil. Biasanya
kupon akan diberikan untuk ditukarkan dengan barangan.
Pergerakan produk dapat dipantau hasil dari tindakbalas
kepada pengiklanan.
10.2.3 Ujian Berkaitan Pengiklanan (Pengukuran Sebenar)
Kaedah ini melibatkan pendedahan di dalam situasi sebenar yang
dihadapi oleh pengguna seperti di rumah sendiri dan lain-lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
10.2.3.1 Dummy Advertising Vehicles
Sesetengah organisasi menggunakan majalah “dummy”
untuk tujuan praujian pengiklanan. Majalah diedarkan ke
rumah-rumah dibeberapa kawasan geografi secara rawak.
Responden diberitahu bahawa penerbit berminat untuk
menilai isi kandungan editor majalah. Temuduga
kemudiannya akan dijalankan dengan memfokus kepada
isikandungan majalah dan iklan yang disiarkan dalam
majalah tersebut. Mengingat semula kandungan iklan
dalam situasi sebenar dapat menentukan kejayaan iklan
yang lebih realistik.
10.2.3.2 Ujian Pertanyaan (Inquiry Test)
Kaedah ini memerlukan sekumpulan responden diberi
pendedahan kapada portfolio yang mengandungi kedua-dua
bentuk iklan ujian dan kawalan. Prinsip ujian ini
mengambilkira keberkesanan iklan dari kriteria ingatan
selepas pendedahan. Iklan yang paling mudah diingat dan
diminati dianggap paling berkesan untuk menarik perhatian
pengguna.
10.2.3.3 Ujian keudara (On-the –Air-Test)
Kaedah ini mengukur tindakbalas kepada pengiklanan
dengan menyelitkannya dalam program tv atau radio
sebenar untuk pasaran tertentu. Responden akan ditanya
mengenai program yang mereka lihat atau dengar pada hari
sebelumnya. Sekiranya mereka ingat barulah ke soalan
seterusnya mengenai iklan tentang sesuatu produk dan
seterusnya adakah mereka ingat tentang iklan produk
tertentu. Bagi mereka yang ingat boleh meneruskan ke
soalan lain sekiranya mereka ingat akan iklan tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/16
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI AKTIVITI 10B
Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga
empat orang. Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu prosedur praujian
pengiklanan dan menjalankan kajian tersebut. Pelajar hendaklah memilih
prosedur bersesuaian dengan sumber yang ada. Pelajar juga boleh memilih
sample (20-30 orang) samada yang terdiri daripada pelajar politeknik ataupun
pengguna lain. Hasil kajian perlu ditulis dan dibentangkan dua minggu dari tarikh
soalan aktiviti ini diberikan.
Nak kaji ape ni???
Kaji le ape2 pun….
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/17
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 10B Jawapan pelajar berdasarkan prosedur kajian yang digunakan.
1. Consumer Jury 2. Portfolio Tests 3. Readability Tests 4. Psychological Measures 5. Theatre Tests 6. Trailer Tests 7. Laboratory Stores 8. Dummy Advertising Vehicles 9. Inquiry Tests 10. On-the Air-Test
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/18
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan 1. Penyelidikan adalah elemen penting dalam pemasaran terutamanya dalam
pengiklanan. Terangkan berkaitan penyelidikan media yang boleh dijalankan samada sebelum atau selepas media dipilih.
(25 markah) 2. Keberkesanan sesuatu iklan amat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu produk. Bagaimanakah caranya pemasar boleh menilai keberkesanan iklannya. (25 markah) 3. Iklan boleh diuji keberkesanannya samada sebelum dan selepas ditayang. Berdasarkan model praujian pengiklanan terangkan ujian berkaitan pengiklanan dalam situasi makmal/ujikaji dan sebenar. (25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/19
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Jawapan 1
- Penyelidikan percetakan
- Penyelidikan poster dan papan tanda
- Penyelidikan televisyen
Jawapan 2
- Pengukuran kriteria mendapat perhatian
- Pengukuran komunikasi
- Pengukuran minat
- Pengukuran penerimaan maklumat
- Pengukuran pengaruh iklan
Jawapan 3
Situasi Makmal
- Consumer jury
- Portfolio Tests
- Readability Tests
- Psychological Measures
Situsi Makmal
- Dummy Advertising Vehicles
- Inquiry Tests
- On-the Air Tests
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 11
UNDANG-UNDANG DAN ETIKA
PENGIKLANAN (KONTRAK PENGIKLANAN, LIBEL, SLENDER,
FITNAH, PENGGUNAAN KANAK-KANAK DALAM
IKLAN, TATATERTIB AMALAN PENGIKLANAN DAN
AHLI JAWATANKUASA DAN KOD PENGIKLANAN )
OBJEKTIF
Objektif Am
Mempelajari dan memahami kontrak dalam pengiklanan serta perkara-perkara
yang berkaitan dengan pengiklanan secara umum.
Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-
• Menerangkan maksud kontrak pengiklanan
• Menjelaskan maksud libel dan slender.
• Membezakan antara libel dan slender
• Menerangkan garis panduan dalam penggunaan kanak-kanak dalan iklan
• Mengenalpasti tatatertib yang harus dipatuhi dalam pengiklanan
• Menjelaskan ahli jawatankuasa pengiklanan di Malaysia
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
11.0 PENGENALAN
Dalam pemasaran produk, peranan iklan penting dalam memperkenalkan
produk baru dan lama di pasaran. Oleh itu, beberapa perkara yang harus
diketahui oleh pemasar, agensi dan pihak media berkaitan peraturan
pengiklanan sebelum ia disiarkan kepada sasaran pengguna.
11.1 KONTRAK PENGIKLANAN (ADVERTISING CONTRACT)
Satu perjanjian antara agensi pengiklanan (advertiser) dengan pihak media
untuk mengikat satu kontrak iklan yang bakal disiarkan di media yang
dipilih oleh pengiklan.
Berikut adalah sebahagian perkara yang terkandung dalam kontrak
pengiklanan:
i. Nama pengiklan
ii. Kadar bayaran yang dikenakan
iii. Tarikh akhir (deadline) salinan iklan dihantar kepada pihak media
iv. Alamat pengiklan
v. Tanda tangan pengiklan
vi. Tanda tangan wakil pihak media
Sila rujuk gambarajah 11.1 untuk keterangan lebih lanjut.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Advertising Contract
Name of Advertiser________________________________ Date___________
Size of Ad Purchased:
_______Business Card (3”x2”) _______1/2 Page (7.5”x5”) _______1/8 Page (3”x2.5”) _______Full Page (7.5”x10.5”) _______1/4 Page (3”x5”) _______Back Cover (8.5”x11”) _______Inserts Number of Issues_____________ Total Price____________
Advertising Copy Deadline________________
The firm above agrees to purchase advertising space in GenerAsians magazine. Purchase of advertising space is subject to the following conditions: RATES: Refer to the rate sheet for appropriate pricing of the advertisement. Advertisers will receive a ten percent discount for advertising in two or more issues. COPY: Advertisers may provide an electronic copy (JPEG, GIF, TIFF or PDF format) or a camera-ready copy, make specifications, or leave the design up to the discretion of the magazine’s designers. INSERTS: Inserts will be placed in each copy of the magazine and distributed as such. Advertisers must provide 900 copies of inserts at least one day prior to distribution. BILLING: GenerAsians will bill advertisers after each issue unless other arrangements have been made. A tear sheet of the advertisement will be provided as proof of performance. DEADLINE: Advertisers must provide electronic or camera-ready copy by the deadline. Address of Advertiser__________________________________ ____________________________________________________ Telephone Number_________________________ Signature of Advertiser______________________ GenerAsians Representative___________________ (Sumber: GenerAsians: Asian-American Magazine)
Rajah 11.1: Contoh Borang Kontrak Pengiklanan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
11.1.1 Fitnah
Kenyataan palsu atau tuduhan terhadap seseorang atau menghina
seseorang. Fitnah boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu libel dan
slender. Pengiklan perlu peka dan berhati-hati dalam membuat
kenyataan , agar tidak menjadi masalah khususnya dalam proses
pengiklanan dan memasarkan produk secara amnya.
11.1.1.1 Liabel
Merupakan kenyataan palsu secara bertulis yang
disiarkan di media cetak seperti suratkhabar, majalah atau
lain-lain bentuk penerbitan.
11.1.1.2 Slender
Merupakan kenyataan palsu secara lisan yang disiarkan di
media elektronik seperti radio, televisyen atau saluran
komunikasi yang lain.
11.1.2 Penggunaan Kanak-kanak Dalam Iklan
Menurut etika pengiklanan, penggunaan kanak-kanak dalam iklan
tidak digalakkan melainkan barangan yang diiklankan berkaitan
langsung dengan kanak-kanak. Kanak-kanak tidak boleh
digunakan dalam iklan yang menjual barang-barang yang bukan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
untuk kanak-kanak. Sebagai contoh, iklan yang menjual vitamin
atau ubat-ubatan untuk golongan dewasa..
Ada beberapa garis panduan lain yang perlu dipatuhi oleh
pengiklan dalam penggunaan kanak-kanak dalam iklan mereka,
antaranya:-
i. Iklan tidak boleh mempromosikan barang yang boleh
membahayakan kanak-kanak samada dari segi fizikal, mental
mahupun moral.
ii.Tidak dibenarkan pengiklan mengambil kesempatan ke atas sifat
mudah percaya dan ketaatan kanak-kanak.
iii.Pengiklan tidak dibenarkan untuk mengesyorkan kanak-kanak
membeli produk mereka atau membuat ibu bapa membeli untuk
mereka.
iv.Pengiklan tidak dibenarkan menunjukkan kanak-kanak atau orang
dewasa membuat sesuatu yang merbahaya dengan produk mereka.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 11A
Arahan: Pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri dari 3
hingga 4 pelajar.
Cipta satu borang kontrak pengiklanan. Borang tersebut terdiri dari nama syarikat, logo, alamat dsb. Pelajar boleh mencipta sendiri kreativiti dengan melihat contoh borang kontrak sebelum ini sebagai panduan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 11A
Mencipta satu contoh borang kontrak pengiklanan yang terdiri dari:-
i. Nama pengiklan
ii. Kadar bayaran yang dikenakan
iii. Tarikh akhir (deadline) salinan iklan dihantar kepada pihak
media
iv. Alamat pengiklan
v. Tanda tangan pengiklan
vi. Tanda tangan wakil pihak media
vii. Logo syarikat
Lain-lain ciri bergantung kepada kreativiti pelajar
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
11.2 TATATERTIB AMALAN PENGIKLANAN DI MALAYSIA DAN
AHLIJAWATANKUASANYA.
Di Malaysia tiada sebarang undang-undang yang digubal untuk mengawal
pengiklanan begitu juga di peringkat antarabangsa, tetapi yang ada
merupakan kod amalan atau “code of conduct” yang mengawal kegiatan-
kegiatan pengiklanan. Di peringkat antarabangsa kod amalan pengiklanan
merupakan satu garis panduan pemasar sebelum menghasilkan iklan-iklan
mereka. Sebagai contoh Kod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
menyediakan satu kod yang berkaitan dengan pemasaran susu..
11.2.1 Jawatankuasa Pengiklanan Di Malaysia
Terdapat garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Kepiawaian
Periklanan atau “Advertising Standard Authority” (ASA) yang
ditubuhkan pada 1978 terdiri dari anggotanya termasuk Persatuan
Penerbit Akhbar, Persatuan Agensi-agensi Periklanan Bertauliah,
Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persekutuan Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA) tetapi FOMCA kemudiannya
menarik diri atas alasan tidak bersetuju dengan beberapa prinsip
ASA.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
11.2.2 Tatatertib Amalan Pengiklanan Di Malaysia
Kod dan etika pengiklanan di Malaysia berdasarkan kod
pengiklanan Kementerian Penerangan yang mengawal iklan dalam
media siaran kerajaan. Dalam kod ini menggariskan bahawa semua
iklan mestilah:-
11.2.2.1 Sopan
Iklan tidak boleh mengandungi apa-apa penyampaian
secara oral dan atau visual yang bercanggah atau
menghina kesopanan yang lazim dipraktik oleh
masyarakat Malaysia. Iklan juga tidak boleh
mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai dengan
budaya masyarakat Malaysia, sebagai contoh iklan yang
mengandungi adegan-adegan yang mengghairahkan yang
membawa aksi yang tidak bermoral.
11.2.2.2 Benar
Iklan mesti jujur, benar dan betul. Ia perlu mengelakkan
apa sahaja yang boleh meragukan.
11.2.2.3 Peka
Iklan hendaklah peka terhadap suasana dalam masyarakat
Malaysia yang berbilang agama, kaum dan adat dan tidak
menyinggung perasaan atau menghina jantina atau politik
atau orang perseorangan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
11.2.2.4 Ketakutan dan Tahyul
Iklan tidak boleh mengeksploitasi kepercayaan tahyul dan
ketakutan dan lain-lain perihal yang mudah dipercayai di dalam
kes-kes yang munasabah.
11.2.2.5 Perbandingan
Perbandingan secara tidak langsung adalah dibenarkan bagi
menggambarkan aspek teknikal, elektronik, faedah-faedah yang
berkaitan dan objektifnya serta sifat-sifat barangan dan
perkhidmatan yang diiklankan.
11.2.2.6 Penghinaan dan Memburukkan Nama
Penghinaan dan memburukkan aktiviti, syarikat atau barangan
lain, walaupun tidak disebut secara khusus adalah tidak
dibenarkan.
11.2.2.7 Gerenti
Penggunaan perkataan gerenti perlu disertakan dengan maklumat
kandungan dan jaminan yang ditawarkan atau petunjuk maklumat
yang terdapat tentang jaminan tersebut.
11.2.2.8 Keganasan, Kekerasan, Perbuatan Sumbang
Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan atau gambaran fizikal
atau perbuatan sumbang atau sesuatu yang dianggap sebagai
biadap, lucah, jijik terhadap perasaan dan citarasa pengguna.
11.2.2.9 Moral, Sivil, Pegangan Agama dan Penghormatan Diri
Iklan tidak boleh menghina moral, sivil dan pegangan agama
rakyat. Iklan mesti menghormati kemuliaan manusia dalam
segala bentuk dan ungkapan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 11B
Arahan: Pelajar-pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri
daripada empat hingga lima ahli. Setiap kumpulan dikehendaki:-
i. Memilih satu dari mana-mana iklan yang pernah disiarkan di
televisyen
ii. Iklan tersebut mestilah mempunyai idea dan ciri-ciri keMalaysiaan
iii. Pelajar-pelajar kemudian dikehendaki menulis:-
a. Nama iklan tersebut/tema iklan tersebut
b. Organisasi/syarikat pengeluar iklan tersebut
c. Jalan cerita iklan
d. Strategi kreatif yang digunakan
e. Mesej yang ingin disampaikan
iv. Komen pelajar berkenaan iklan tersebut.
.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 11B
i. Nama iklan/tema iklan – Selamat Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Hari Kebangsaan dan sebagainya yang disiarkan di
televisyen
ii. Syarikat pengeluar – Telekom, Perodua, EON, TNB, Dunhill,
Kementerian Kesihatan dan lain-lain
iii.
“Selamat Hari Kebangsaan” oleh Petronas
Babak 1: Kedengaran seorang lelaki sedang menyanyi sebuah lagu Tamil di belakang rumput pagar (model tidak kelihatan) Babak 2: Lelaki tersebut berdiri di belakang rumput pagar sambil memotong rumput dan sambung menyanyi lagu Tamil. (model berbangsa Cina kelihatan sambil menyanyi ) Strategi kreatif: Lelaki berbangsa Cina menyanyikan lagu Tamil Mesej: Malaysia mempunyai satu rumpun bangsa Komen: Salah satu iklan yang berjaya memaparkan ciri budaya Malaysia melalui pendekatan bangsa dan bahasa yang digunakan di mana ciri ini sesuai dengan kod amalan pengiklanan Malaysia
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
iii. Komen pelajar boleh rujuk nota 11.2.2 iaitu iklan tersebut berunsur
• Sopan
• Peka
• Tiada unsur menghina dan memburukkan nama
• Tidak berunsurkan keganasan dan sumbang
• Bermoral dan menghormati pegangan agama
• dsb
Mana mau lari????
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
11.3 KOD PENGIKLANAN
Di Malaysia kod amalan pengiklanan digunakan berdasarkan kod
pengiklanan RTM dan beberapa panduan dijelaskan kepada
pemasar dan pengiklan berkaitan pembikinan dan pengeluaran
iklan secara khususnya.
11.3.1 Wanita dan Lelaki Di Dalam Iklan
Penggunaan wanita dan lelaki dalam pembikinan iklan
haruslah mematuhi peraturan di mana kaum lelaki dan
wanita mempunyai otoriti dan hak di dalam menentukan
sesuatu. Hak di sini sebagai contoh, mereka sama-sama
berkuasa membuat keputusan di dalam menentukan
pembelian. Selain dari itu, pengiklan tidak boleh
menunjukkan kaum lelaki mengugut atau menindas kaum
wanita dan sebaliknya serta pengiklan tidak boleh
mengeksploitasi kaum wanita dan lelaki berdasarkan jantina
dalam mempromosikan barangan mereka. Iklan mesti
menunjukkan bahawa kaum wanita dan lelaki dipelbagai
peringkat umur boleh turut serta di dalam sebarang bentuk
aktiviti baik di rumah mahupun di luar rumah.
11.3.2 Barangan Jenama Rokok
Apa-apa jenis perniagaan yang menggunakan jenama rokok
hendaklah menjalankan urusniaga yang bukannya
mengiklankan rokok. Gambar pek atau rokok atau
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/15
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
sebahagian gambar pek atau rokok tidak dibenarkan. Begitu
juga, barangan yang menyerupai atau mirip dengan pek
rokok, rokok atau aksesori merokok juga tidak dibenarkan.
11.3.3 Iklan-iklan Ubat, Racun Makhluk Perosak, Makanan dan
Minuman Dan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara
Pemasar yang memasarkan produk-produk perubatan, racun
makhluk perosak tertakluk pada akta-akta dan bidang kuasa
pihak tertentu. Sebagai contohnya, iklan ubat, rawatan
perubatan dan fasiliti perubatan serta iklan makanan dan
minuman yang mengandungi tuntutan adalah di bawah
bidang kuasa Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan
Malaysia. Manakala, iklan racun makhluk perosak di bawah
kuasa Lembaga Racun Makhluk Perosak, Kementerian
Pertanian Malaysia. Iklan-iklan IPTS dan IPT luar negara
adalah di bawah kuasa Unit Pengajian Swasta, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan kepada pengiklan di
Malaysia selain dari yang dijelaskan tadi dalam penghasilan sesuatu iklan.
Antaranya adalah seperti berikut:-
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/16
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Barangan Dan Adegan Yang Tidak Boleh Diiklankan
khinzir dan barangan yang berkaitan dengannya
minuman beralkohol dan arak dan jenama barangan yang berkaitan
apa-apa bentuk spekulasi kewangan
notis-notis kematian, urusan pengkebumian, tugu-tugu perkuburan
ahli nujum atau tukang tilik nasib dan sebagainya
agensi perkahwinan dan kelab persahabatan atau mencari jodoh
apa-apa bentuk perjudian termasuk memberi tip pertaruhan dan
perjudian
tuala wanita dan lampin orang dewasa
pakaian dalam
adegan menonjolkan ketiak
adegan yang mengghairahkan dan kurang sopan termasuk adegan
bercumbu
adegan-adegan disko
barangan untuk melangsingkan badan yang digunakan secara oral
ataupun aplikasi luar badan
permainan bunga api dan mercun
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/17
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 11C
Pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri dari empat hingga
lima pelajar.
Arahan: Pelajar dikehendaki mencari tiga iklan di media cetak.
Bincangkan iklan tersebut dan kenalpasti perkara-perkara yang
menyalahi kod dan etika pengiklanan yang telah dipelajari.
Pelajar kemudian dikehendaki membentangkan hasil perbincangan
mereka pada kelas akan datang.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/18
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 11C
Pelajar mendapatkan tiga iklan di media cetak yang berbeza dan membentangkan
perkara-perkara yang menyalahi etika pengiklanan seperti:
• Iklan berjenama rokok
• Iklan minuman keras dan beralkohol
• Iklan-iklan yang mengeksploitasikan kaum wanita, dll
(sila rujuk nota 11.3)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/19
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Arahan: Jawab semua soalan berikut.
.
1. a. Apakah perbezaan antara libel dan slender?
(5 markah)
b. Berikan lima perkara yang terkandung dalam sesebuah kontrak
pengiklanan.
(10 markah)
c. Sesuatu iklan mestilah sopan, benar dan peka. Senaraikan lima (5)
panduan lain yang menjadi garis panduan pengiklan dalam
menghasilkan sesuatu iklan.
(10 markah)
2. Sesuatu iklan yang baik, ia dapat menonjolkan ciri-ciri budaya sesebuah
negara. Bincangkan. (25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/20
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN
KENDIRI
JAWAPAN 1
a. Liabel
• Merupakan kenyataan palsu secara bertulis yang disiarkan di media cetak
seperti suratkhabar, majalah atau lain-lain bentuk penerbitan.
Slender
• Merupakan kenyataan palsu secara lisan yang disiarkan di media
elektronik seperti radio, televisyen atau saluran komunikasi yang lain.
b. Berikut adalah sebahagian perkara yang terkandung dalam kontrak
pengiklanan:
i. Nama pengiklan
ii. Kadar bayaran yang dikenakan
iii. Tarikh akhir (deadline) salinan iklan dihantar kepada pihak
media
iv. Alamat pengiklan
v. Tanda tangan pengiklan
vi. Tanda tangan wakil pihak media
c. Pilih mana-mana lima jawapan dari
• Ketakutan dan tahyul
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/21
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
• Perbandingan
• Penghinaan dan memburukkan nama
• Gerenti
• Keganasan, kekerasan, perbuatan sumbang
• Moral, sivil, pegangan agama dan penghormatan diri
JAWAPAN 2
Iklan yang baik bercirikan:-
• Kesopanan
• Moral
• Peka
• Tidak berunsurkan keganasan
• Tidak lucah, dsb
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/22
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/23
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/24
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/25
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/1
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
UNIT 12
UNDANG-UNDANG DAN ETIKA
PENGIKLANAN (KOD PENYIARAN, GARIS PANDUAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL
PENGGUNA)
OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami kod penyiaran dan fungsi Kementerian Dalam Negeri dalam mengawal industri pengiklanan di Malaysia. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-
• Menerangkan kod-kod etika penyiaran di Malaysia • Menjelaskan akta-akta serta perkara-perkara yang berhubung kait dengan
pengiklanan di Malaysia • Menjelaskan fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna dalam mengawal aktiviti pengiklanan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/2
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT
12.0 PENGENALAN
Industri pengiklanan begitu pesat berkembang di Malaysia. Setiap hari, kita
boleh melihat iklan-iklan baru disiarkan di media-media elektronik serta
teknik-teknik dan ide-ide baru yang dipersembahkan dalam media massa dan
sebagainya. Semua ini adalah untuk merayu agar pengguna membeli produk
yang diiklankan oleh pemasar. Walau bagaimanapun, pemasar dan pengiklan
harus mematuhi kod atau etika dalam pengiklanan yang menjelaskan
beberapa perkara yang berkaitan dengan amalan pengiklanan di Malaysia.
12.1 Garis Panduan Penyiaran
Garis panduan penyiaran tertakluk di bawah Akta Penyiaran (Pindaan)1997.
Ia bertujuan memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan
televisyen memenuhi dasar-dasar dan aspirasi negara ke arah pencapaian
Wawasan 2020. Ia ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan
dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio dan televisyen.
Beberapa garis panduan dijelaskan berkaitan juga dengan penyiaran iklan di
radio dan televisyen. Pemasar dan pengiklan-pengiklan harus mematuhinya
agar penyiaran iklan dapat dijalankan dengan lancar.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/3
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
12.1.1 Bahan-bahan Siaran
Iklan-iklan yang menyentuh politik, aspek keagamaan, budaya dan
tatatertib tidak mungkin dapat disiarkan. Sebaik-baik bahan siaran
haruslah bercirikan:-
i. menyokong wawasan negara
ii. menghormati sensitiviti/kepekaan rakyat
iii. memaparkan keindahan dan kemajuan negara
iv. mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta
v. menggambarkan masyarakat berbilang kaum
Contoh-contoh iklan yang menepati ciri-ciri tersebut seperti iklan
kemerdekaan oleh Petronas, iklan Hari Raya dan Tahun Baru oleh
Perodua, Telekom dan sebagainya. Manakala iklan yang bercirikan
seperti:-
a. Ideologi dan Politik
Iklan yang menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan
ideologi negara serta menggambarkan negara Malaysia yang
tidak benar di mana boleh menjejaskan imej Malaysia adalah
tidak boleh disiarkan. Bahan siaran dari negara komunis ataupun
dari negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik juga
tidak dibenarkan.
b. Aspek keagamaan
Aspek keagamaan menyentuh pada unsur-unsur tidak
mempercayai Tuhan atau merosakkan kerukunan umat beragama.
Mana-mana iklan tidak boleh menyentuh amalan-amalan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/4
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
keagamaan dengan menghina, menyinggung perasaan dan
sentimen mana-mana kaum dan penganut agama.
c. Aspek Budaya Sosial
Iklan yang berunsurkan perkara-perkara yang boleh merosak,
membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan
rakyat Malaysia tidak boleh disiarkan. Selain dari itu perkara-
perkara yang menimbulkan kekeliruan dan ejekan terhadap adat
istiadat dan budaya serta perbuatan tidak bermoral dan memberi
perangsang kepada perkembangan “counter culture”.
12.1.2 Perihal Artis/Model Iklan Artis-artis atau model-model yang digunakan dalam iklan harus
mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Penerangan dalam pembikinan iklan untuk disiarkan di televisyen.
Panduan seperti pakaian, rambut, kelakuan dan gerak geri semasa
persembahan hendaklah mengikut etika yang ditentukan. Sebagai
contohnya, pakaian artis lelaki dan wanita hendaklah sopan,
kelakuan dan gerak-geri artis hendaklah bersopan santun dan
penonton tidak dirangsangkan sehingga bertindak liar.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/5
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Sebarang tindakan yang tidak mematuhi etika dan garis panduan penyiaran ini
maka bahagian penguatkuasaan akan mengambil tindakan ke atas penerbit dan
pengarah termasuk pengiklan, artis/model begitu juga stesen penyiaran. Tindakan
seperti menggantung atau membatalkan lesen penyiaran dan melarang mana-mana
pengarah, penerbit dan artis dari disiarkan di mana-mana program di televisyen
dan juga radio.
Iklan atau sebarang produksi yang disiarkan akan melalui proses penapisan.
Tujuannya supaya iklan atau sebarang produksi tersebut memenuhi garis panduan
yang ditetapkan selain dapat membendung gejala yang tidak diingini hasil dari
penyiaran iklan tersebut. (Lihat rajah 12.1)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/6
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
Perpustakaan Stesyen Televisyen Terima filem/jadual harian T/lengkap Semak Kembalikan Lengkap Kepada Stesen Membuat penapisan Lengkap Haram/Tolak Keputusan Lulus bersih Lulus dengan potongan Sediakan laporan Sediakan laporan Sediakan Laporan Kemukakan kepada penyelia T/lengkap
Semak Pembetulan Ahli-ahli Lengkap Panel Kemukakan pada Pengerusi/ Timbalan Pengerusi T/lengkap Lengkap Pembetulan oleh Panel Stesyen Keputusan Pengerusi/Timbalan Pengerusi Terima Keputusan Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Rekodkan keputusan/ Maklumat penapisan Kemukakan kepada Penyelia Kemukakan keputusan Kepada stesyen Rajah 12.1: Carta Aliran Kerja Penapisan Bagi Stesyen Televisyen
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/7
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 12A
Pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri dari empat hingga
lima pelajar.
Arahan: Pelajar dikehendaki menulis satu esei berkaitan dengan pengiklanan.
Contoh-contoh tajuk esei seperti:-
i. Penyalahgunaan kanak-kanak dalam industri periklanan
ii. Pengeksploitasian wanita dalam iklan
iii. Dilema industri rokok: Mengapa tidak boleh diiklankan
iv. Dsb
Pelajar dikehendaki menulis dan memberi sendiri tajuk esei tersebut. Pelajar
dibenarkan membawa apa-apa bahan sebagai rujukan. Esei tersebut sekurang-
kurangnya ditulis dalam empat hingga lima muka surat dan mengandungi perkara-
perkara seperti:-
a. Pengenalan
b. Isi
c. Penutup/kesimpulan
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/8
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 12A
Pelajar menulis satu esei berkaitan dengan pengiklanan dalam empat hingga lima mukasurat dan setiap esei tersebut mengandungi perkara –perkara berikut:-
a. Pengenalan b. Isi c. Kesimpulan/Penutup
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/9
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
INPUT 12.2 FUNGSI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN
HAL EHWAL PENGGUNA
Di bawah Kementerian ini terdapat beberapa akta yang mengawal amalan-amalan
kegiatan perdagangan yang buruk. Akta-akta seperti:-
Akta Pengawalan Penawaran, 1961
Akta Pengawalan Harga, 1946
Akta Timbangan dan Ukuran, 1972
Akta Sewa Beli, 1967
Akta Deskripsi Perdagangan, 1972
Akta Deskripsi Perdagangan menerangkan tentang pengawalan ke atas iklan-iklan
yang tidak tepat tentang barangan, harga, perkhidmatan dan kemudahan. Tujuan
akta ini untuk menghalang penerangan yang salah tentang barangan dan juga
kenyataan-kenyataan yang salah tentang produk. Semua ini adalah bertujuan
untuk melindungi pengguna daripada amalan-amalan pihak tertentu yang tidak
adil serta penipuan dan lain-lain amalan yang menyekat persaingan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/10
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
a. Akta Perlindungan Pengguna 1999
Akta ini memperuntukan larangan terhadap perilaku yang
mengelirukan dan memperdayakan dalam urusniaga dengan pengguna.
Contohnya ialah pengakuan terhadap ciri-ciri barang dan kesesuaian
dan penggunaannya yang didapati tidak benar. Ia juga melarang
seseorang membuat representasi yang palsu, mengelirukan seperti
memberi penerangan yang salah terhadap jenis, standard, kualiti,
keperluan jaminan dan keadaan barang (baru atau telah dibaikpulih).
b. Dasar Periklanan Negara
Dasar periklanan negara bertujuan memberi sumbangan ke arah
pembentukan nilai, sikap dan tingkah laku pengguna supaya selaras
dengan pola sosio-budaya dan ekonomi negara. Ia dibina atas
kesedaran di mana iklan begitu besar pengaruhnya pada masyarakat.
Selain dari itu, industri periklanan begitu pesat berkembang.
Memandangkan industri ini masih kurang penglibatan Bumiputera,
maka beberapa tindakan perlu diambil supaya sumbangan Bumiputera
dalam industri ini khususnya dan sektor ekonomi amnya dapat
dibanggakan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/11
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
AKTIVITI
AKTIVITI 12B
Pelajar dikehendaki bentukkan satu kumpulan yang terdiri dari empat hingga lima
pelajar. Baca arahan berikut.
Arahan: Pelajar dikehendaki mencari kenyataan mengenai:-
i. Akta Filem (Penapisan), 1952
ii. Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
1981 (Akta 244)
iii. Garis Panduan Penapisan
iv. Akta Hasutan
v. Akta Sewa Beli
vi. Akta Hak Cipta Terpelihara
vii. Paten
viii. Akta Jualan Langsung
Pelajar dikehendaki menulis sumber hasil dapatan mereka di muka surat akhir
tugasan mereka.
Pensyarah akan membahagi-bahagikan setiap satu soalan aktiviti tersebut pada
setiap kumpulan. Pelajar dikehendaki menghantar hasil dapatan kepada pensyarah
pada kelas yang akan datang.
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/12
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI
MAKLUMBALAS AKTIVITI 12B
Setiap kumpulan pelajar harus mendapatkan akta-akta tersebut . Setiap kumpulan
akan menghantar tugasan mereka kepada pensyarah iaitu akta-akta berikut:-
i. Akta Filem (Penapisan), 1952
ii. Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
1981 (Akta 244)
iii. Garis Panduan Penapisan
iv. Akta Hasutan
v. Akta Sewa Beli
vi. Akta Hak Cipta Terpelihara
vii. Paten
viii. Akta Jualan Langsung
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/13
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
PENILAIAN KENDIRI Arahan: Jawab semua soalan berikut. SOALAN 1 Terangkan perkara-perkara berikut yang terdapat dalam garis panduan pengiklanan:-
i. Aspek budaya dan sosial ii. Aspek keagamaan iii. Garis panduan artis/model iv. Dasar periklanan negara v. Unsur ideologi dan politik
(25 markah) SOALAN 2
a. Apakah fungsi-fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam industri pengiklanan.
(15 markah)
b. Jelaskan maksud Akta Perlindungan Pengguna 1999. (10 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/14
JABATAN PERDAGANGAN / PPD
MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI
JAWAPAN 1
Rujuk nota 12.1.1 dan 12.1.2. Setiap satu membawa 5 markah.
JAWAPAN 2
a. Fungsi-fungsinya adalah:-
i. mengawal iklan-iklan yang tidak benar berkaitan barangan, harga
dan perkhidmatan
ii. menghalang penerangan/kenyataan palsu mengenai sebarang
produk yang diiklankan
iii. melindungi pengguna dari kegiatan pemasar-pemasar yang tidak
adil. Boleh rujuk akta perlindungan pengguna
b.Akta Perlindungan Pengguna 1999 menjelaskan bahawa larangan perilaku
yang mengelirukan dan memperdayakan urusniaga dengan pengguna. Akta ini
juga melarang demonstrasi palsu dan memberi penerangan yang salah
terhadap barang yang dijual.
http://modul2poli.blogspot.com/
Top Related