7/22/2019 Group Cardio
1/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
1.0 PENGENALAN.
Salah satu komponen asas dalam kecergasan fizikal iaitu daya tahan
kardiovaskular. Ia juga merangkumi pengucupan otot besar yang memerlukan
penyesuaian dengan sistem peredaran respirasi.
Manakala daya tahan kardiovaskular dari aspek fisiologi iaitu dari sudut
kecekapan ( rehat dan sub maksimum ), daya tahan dan keupayaan maksimum
merupakan pengukuran fungsi kardiorespiratori (Safrit,1981). Pakar perubatan dan juga
saintis selalu menggunakan ujian senaman bagi menilai secara objektif fungsi kapasiti
aerobik (VO2 max). Bagi mengklasifikasikan tahap kecergasan kardiovaskular
seseorang, maka VO2 max yang tentukan dari ujian senaman maksimum dan
submaksimum digunakan. Jumlah pengambilan oksigen maksimum biasanya dianggap
sebagai petunjuk atau tanda terbaik bagi kecergasan kardiorespiratori seseorang.
2.0 DEFINISI
Mengikut Safrit (1981), kecergasan daya tahan kardiorespiratori adalah sistem
peredaran respitoratori semasa menjalankan aktiviti fizikal atau bersukan di mana ia
memerlukan usaha yang tinggi.
1
7/22/2019 Group Cardio
2/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Corbin & Lindsey ( 1994 ) mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai
keupayaan saluran darah dan sistem respiratori menyalurkan oksigen ke otot dan
keupayaan otot menggunakan tenaga ini untuk aktiviti senaman.
Corbin dan Lindsey ( 1994 ) juga menjelaskan kuasa aerobik maksimun adalah
kiraan isipadu maksimun seminit oksigen atau VO2 max. Kadar pengambilan oksigen
maksimun ini boleh diukur di dalam makmal melalui larian di atas Treadmill atau
Berbasikal Ergometer.
Daripada kenyataan di atas dapatlah dirumuskan bahawa adanya perhubungan
antara kadar nadi dan penggunaan oksigen semasa senaman dijalankan. Pada amnya
kadar nadi seseorang berubah secara linear dengan penambahan penggunaan oksigen.
Keadaan ini adalah sama bagi setiap individu tetapi terdapat perbezaan antara individu
terlatih dengan tidak terlatih. Bagi individu yang terlatih, selalunya kadar nadi adalah
kurang semasa senaman berbandingan dengan individu yang tidak terlatih. Gambahrajah
2.1 dapat merumuskan bahawa individu yang menjalankan senaman akan mempunyai
kecergasan kardiovaskular yang lebih baik.
2
7/22/2019 Group Cardio
3/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Pengambilan O2
VO2 MAX
Beban kerja
Gambarajah 2.1 :Perkaitan antara pengambilan oksigen dengan beban kerja
Bagi mengukur pengambilan oksigen yang maksimun, Baumgartner dan Jackson
( 1991 ) mengesyorkan supaya beban kerja ditingkatkan secara beransur - ansur sehingga
subjek tidak berupaya meneruskan aktiviti tersebut. Pengambilan oksigen yang
maksimun adalah pada tahap di mana peningkatan beban kerja tidak mempengaruhi lagi
peningkatan pengambilan oksigen. Ini bermaksud dalam menentukan kuasa aerobik
maksimun dicapai apabila Vo2 max mula mendatar atau menurun sedikit sejajar dengan
peningkatan beban kerja seperti yang ditunjukan dalan gambarajah 2.1.
Mengikut Clarke ( 1976 ), pengukuran VO2 max mempunyai keesahan yang tinggi
dalam kecergasan kardiovaskular. Ia dilakukan dengan menganalisis udara yang disedut
dan dihembus subjek semasa melakukan kerja berintensiti tinggi. Terdapat beberapa
Gambarajah 2.1
3
7/22/2019 Group Cardio
4/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
keadah digunakan di makmal untuk menentukan kadar pengambilan VO2 max. Salah
satu adalah ujian Submaximal Treadmill Walking seperti berikut :
UJIAN SUBMAXIMAL TREADMILL WALKING
Objektif :
Menguji dan mengetahui anggaran VO2 max semasa latihan.
Peralatan :
1. Treadmill
2. heart Rate Monitor
Langkah keselamatan :
1. Pastikan subjek memanaskan badan sebelum ujian
2. Subjek harus memijak di tepi kiri dan kanan treadmill ketika menaikinya dan
bukan terus memijak belt yang sedang bergerak, dengan memegang palang di
hadapan
3. Sewaktu ujian dijalankan, kelajuan dan gred harus dipertingkatkan perlahan
lahan atau berperingkat agar subjek biasa dengannya dan harus memastikan ada
orang yang berdiri di belakang subjek yang sedang diuji.
4. Memulakan ujian setelah subjek benar benar selesa dengan alat dan langkahan
kaki yang stabil.
4
7/22/2019 Group Cardio
5/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
5. Selepas ujian, turunkan gred perlahan lahan dan diikuti dengan penurunan
kelajuan sebelum membenarkan subjek meninggalkan belt treadmill.
6. Pastikan subjek meninggalkan belt treadmill dengan memijak di tepi kiri dan
kanan treadmill, bukannya terus melangkah turun untuk mengelakkan subjek
tersungkur atau jatuh. Subjek harus diarahkan supaya terus berjalan selama 3 4
minit sebelum boleh duduk/berhenti.
Prosedur :
1. Terangkan langkah langkah keselamatan sebelum menjalankan ujian.
2. Galakkan peserta memanaskan badan sebelum ujian dijalankan.
3. subjek diberi keterangan tentang teknik berjalan yang betul dan latihan pada gred
0% sehingga peserta merasa selesa dengan alat treadmill.
4. Pasangkan ` heart rate monitor pada badan peserta.
5. Peserta melakukan aktiviti memanaskan badan antara 2 4 minit pada gred 0%
dengan kelajuan antara 2.0 4.5 mph
6. Pastikan subjek selesa dengan kelajuan dan tingkatkan gred kepada 5% dan
mulakan ujian selama 4 minit.
7. Sebaik tam at ujian, kadar nadi jantung dicatatkan pada borang penilaian
berpandukan catatan ytang ditunjukkan oleh ` heart rate monitor.
8. Turunkan gred kepada 0% dan kelajuan pada 0.1 sebelum subjek meninggalkan
treadmill.
9. Setelah turun dari treadmill, subjek dikehendaki berjalan dengan perlahan selama
3 4 minit untuk menyejukkan badan bagi mengelakkan venous pooling.
5
7/22/2019 Group Cardio
6/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Pengukuran :
Anggaran pengiraan VO2 max berdasarkan :
( ml.kg-1. min-1 ) = 15.1 + ( 21.8 X speed kmh ) - ( 0.327 X HR(bpm) - ( 0.263 X
speed X umur9y) + ( 0.00504 X jantina* )
jantina lelaki =1 , wanita = 0
- Ebbeling, C.b., Ward, A., Puleo, E. M. , Windrick, J., & Ripple, J.M. (1991).
Development of A Single - Stage submaximal treadmill walking test.Medicine
and Sience in Sport And Exercise. Vol.23, 966 973.
Walaupun bagaimanapun ujian sebegini tidak dapat dilakukan di sekolah kerana :-
1. peralatan yang digunakan terlalu mahal.
2. memerlukan kepakaran dalam menjalankan ujian ini.
3. ujian mengambil masa yang terlalu lama .
4. subjek memerlukan motivasi yang tinggi untuk melakukan aktiviti walaupun
dalam keadaan letih dan lesu.
Antara ujian-ujian lain adalah larian 12 minit, ujian menapak Harvard, larian 2.4 km
dan ujian 600 ela jalan lari. Walau bagaimanapun Corbin dan Linsey ( 1994 ) ,
menyatakan Ujian Treadmill dan Ujian pengambilan oksigen maksima adalah ujian
terbaik untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular berbanding dengan ujian lain.
6
7/22/2019 Group Cardio
7/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
3.0 MEKANISMA FISIOLOGI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR.
3.1 Komponen Daya Tahan Kardiovaskular.
Gambarajah 3.1 Komponen sistem kardiovaskular terdiri daripada paru-paru,
jantung dan saluran darah.
Menurut McArdle (1991) daya tahan boleh didefinisikan sebagai kemampuan otot
- otot atau jantung melaksanakan kerja berulang - ulang kali untuk mengatasi rintangan
atau beban yang tinggi pada jangka masa yang panjang dan dapat mengatasi kelesuan.
Gambarajah 3.1
7
7/22/2019 Group Cardio
8/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan jantung dan sistem peredaran
darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu melakukan kerja untuk tempoh
masa yang lama. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efisien tiga
komponen seperti gambarajah 3.1 iaitu:-
1. paru-paru .
2. jantung .
3. saluran darah.
Aktiviti yang berat memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisien
kerana situasi ini memerelukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang
kaya dengan oksigen yang membolehkan otot dapat menjalankan aktiviti tersebut.
Peringkat daya tahan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat dan
menjadikan jantung lebih sihat. Hasil daripada keadan ini, peredaran darah menjadi
lebih efisien serta peningkatan kebolehan peparu ke kapasiti penggunaan yang optima
dapat diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan kepada otot bagi mengelakkan keletihan
dan kelesuan. Daya tahan kardiovaskular juga dikenali sebagai daya tahan aerobik, atau
kuasa aerobik kerana komponen kecergasan jasmani melibatkan sistem tenaga aerobik.
Kecergasan kardiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan kegemukan.
8
7/22/2019 Group Cardio
9/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Gambarajah 3.2 kandungan darah dan oksigen dalam paru-paru.
3.1.1 Paru-paru.
McArdle (1991) dalam Exercise Physiology:Energy, menyatakan paru-paru
menjadi perantaraan darah dan udara luar. Walaupun isipadu paru-paru antara 4
6 liter. Gambarajah 3.2 dan 3.3 menunjukkan lakaran paru-paru. Bahagian
paru-paru ini mempunyai banyak pembuluh dan dipadatkan ke dalam ruang dada
yang terhad. Luas permukaan perantaraan untuk pengudaraan darah adalah
tinggi kerana untuk setiap senaman maksima, tidak kurang 1 pain darah dalam
bentuk jaringan pembuluh darah yang menyelubungi tisu paru-paru. Terdapat
Gambarajah 3.2
9
Tt
7/22/2019 Group Cardio
10/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
banyak alveolus dalam paru-paru yang membolehkan pertukaran gas-gas
pernafasan .
Gambarajah 3.3 Pandangan sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung
serta kitaran pulmonari dan kitaran sistemik.Warna yang digelapkan menunjukkan
darah yang kaya dengan oksigen dalam arteri dan darah yang ternyah oksigen dalamvena/vein bagi warna cerah.Dalam kitaran pulmonari
keadaannya mengundur dan darah beroksigen kembali ke jantung dalam vena pulmonarikanan dan kiri.
Terdapat lebih 300 juta alveolus. Pundi-pundi ini mempunyai dinding membran
nipis dan kenyal. Alveolus penting untuk pertukaran gas antara paru-paru dan darah.
Gambarajah 3.4 menunjukkan alveolus mengandungi oksigen dan sel darah merah. Tisu
alveolus ini mempunyai bekalan darah tertinggi berbanding dengan organ-organ lain.
Berjuta-juta kapilari berdinding nipis diatur sebelah menyebelah alveolus untuk
pengaliran udara dan darah.
Untuk setiap minit rehat, lebih kurang 250 ml O2 meninggalkan alveolus dan
masuk ke dalam darah dan kurang 200 ml CO2 diserapkan dalam arah
Gambarajah 3.3
10
7/22/2019 Group Cardio
11/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
bertentangan dalam alveolus.Ketika senaman berat bagi ahli sukan, hampir 25 kali
kuantiti O2 dipindahkan melalui membran alveolus. Tujuan utama ventilasi ketika
rehat dan senaman adalah untuk mengekalkan kepekatan O 2 dan CO2 yang tetap
dalam ruang alveolus. Ini akan menjamin pertukaran gas cukup sebelum udara
meninggalkan paru-paru dan dipindahkan ke seluruh badan.
Gambarajah 3.5 Menunjukkan alveolus di sekitarnya sel-sel darah merahbergerak di dalam pembuluh-pembuluh darah sambil menyerap oksigen dan
mengkumuhkan karbon dioksida.
Gambarajah 3.5
11
7/22/2019 Group Cardio
12/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
3.1.2 Jantung.
Menurut McArdle (1991),jantung menyediakan daya kekuatan untuk pengaliran
darah. Ia terletak di tengah dada iaitu dari bahagian 2/3 daripada kiri badan.
Walaupun organ yang mempunyai 4 ruang ini beratnya kurang dari 1 paun, tetapi ia
berdenyut dengan kuat dan kencang 40 juta denyutan setahun .
Gambarajah 3.6 menunjukkan lakaran jantung. Secara keseluruhan jantung
mungkin dapat digambarkan sebagai 2 pam yang berbeza. Bahagian yang paling kanan
merupakan bahagaian yang paling penting dan berfungsi sebagai penerima aliran darah
dari semua bahagian badan dan mengempam darah ke paru-paru untuk dialirkan ke
seluruh badan.
Jantung kiri menerima darah yang mengandungi oksigen dari paru-paru dan
mengempamnya melalui aorta untuk mengagihkannya ke seluruh tubuh dalam pusingan
yang sistematik. Satu dinding yang teguh serta kental atau septum memisahkan hati
kanan dan hati kiri.
Lebih kurang 70% darah yang kembali ke artri dan mengalir terus ke dalam
ventrikel sebelum arteri menguncup.Kepantasan pengucupan kedua-dua arteri ini
menolak pengaliran darah ke dalam ventrikel. Selepas penguncupan arteri, ventrikel
mula menguncup dan menolak darah ke sistem arteri.
12
7/22/2019 Group Cardio
13/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Gambarajah 3.6 Pengaliran darah melalui atria dan ventrikel dan dipan ke paru-
paru untuk dialirkan ke seluruh badan.
3.1.3 Saluran Darah
McArdle (1991) menyatakan arteri adalah tiub yang bertekanan tinggi
berperanan menghantar darah yang beroksigen ke bahagian tisu-tisu. Darah dipam dari
ventrikel kiri ke dalam arteri-arteri terdiri dari lapisan yang licin untuk melancarkan
perjalanan darah.
Aliran darah memasuki aorta seiring dengan pengucupan di ventrikel kiri
disebabkan saluran periferi tidak membenarkan darah daripada sistem arteri secara tiba-
tiba apabila ventrikel menguncup. Sebahagian darah akan melalui aorta. Ini
menghasilkan tekanan dalam sistem arteri menyebabkan gelombang tekanan ini mengalir
daripada aorta ke cabang arteri. Ini dapat dirasai melalui ciri degupan arteri di anggota
Gambarajah 3.6
13
7/22/2019 Group Cardio
14/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
badan dan bagi individu yang sihat kadar degupan dan kadar denyutan jantung dapat
dikenalpasti.
Arteri bersambung ke cabang dan membentuk saluran darah yang kecil dipanggil
metarterioles. Jaringan ini berakhir di microscopic darah yang dipanggil kapilari.
Kapilari ini biasanya mempunyai 5% dari jumlah darah keseluruhan. Jumlah permukaan
bagi dinding kapilari adalah lebih daripada 100 kali besarnya berbanding purata
permukaan luar bagi lelaki dewasa. Bila permukaan ini bercantum dengan kadara
pengaliran darah yang lambat, maka ini akan mewujudkan pertukaran darah dan tisu.
Kesinambungan sistem kardiovaskular terpelihara apabila kapilari membawa
darah yang tidak mengalir melalui vena yang kecil yang bercantum. Setelah sampai ke
bahagian sistem vena pengaliran darah menjadi banyak. Ini kerana keratan sistem vena
pada peringkat ini lebih kecil daripada kapilari.
Vena yang lebih kecil di bahagian bawah tubuh akhirnya dikosongkan kerana
darah memasuki vena yang besar. Dalam kitaran darjah, darah kembali ke dalam vena
palmonari ke bahagian kiri jantung dan seterusnya sekali lagi berkitar ke seluruh badan.
Dengan tiap-tiap dengupan jantung, membawa kekuatan jantung menekankan
masuk darah ke dalam arteri kronari. Semasa rehat, darah biasa membawa kepada
miokardium 200 hingga 250 ml setiap seminit, ini lebih kurang 5% jumlah keluaran
jantung.
14
7/22/2019 Group Cardio
15/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
3.2 Metabolisma Miokardium.
Seperti semua tisu, jantung mempelbagaikan tenaga kimia yang tersimpan dalam
makanan untuk menghasilkan tenaga bekerja. Walau bagaimanapun, jantung
melepaskan hampir sejumlah tenaga dalam tindak balas aerobik.
Otot jantung mempunyai 3 kali ganda kapasiti mengoksida berbanding dengan
otot rangka. Otot miokardium mempunyai kontraksi miokardium yang kuat pada semua
tisu-tisu dan ini diadaptasikan untuk katabolisma lemak yang merupakan sumber ATP
utama.
Jantung menggunakan tenaga berdasarkan tahap fizikal semasa latihan berat, bila
pengaliran kelur, asid laktik daripada otot rangka ke dalam darah meningkat serta-merta.
Memperolehi lebih daripada 60% daripada jumlah tenaga semasa peredaran oksidasi asid
laktik. Semasa submaxima aktiviti yang panjang berlaku dalam larian jarak jauh,
meluncur salji atau berenang, metabolisma miokardium yang bebas daripada asid lemak
meningkat hampir 70% daripada jumlah tenaga yang diperlukan. Corak metabolisma ini
sama untuk subjek yang terlatih dan tidak terlatih walaupun pengagihan lemak kepada
jumlah daripada tenaga dianggarkan lebih besar di kalangan atlit yang terlatih. Perbezaan
ini menghasilkan gambaran yang lain terhadap kesan penjimatan karbohidrat terhadap
latihan dan juga berlaku dalam melatih otot rangka. Bantuan adaptasi untuk
15
7/22/2019 Group Cardio
16/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
membekalkan simpanan glikogen dalam tubuh sangat genting terhadap metabolisma otot
dan otak semasa latihan yang panjang.
3.4. Menyukat Keluaran Jantung.
Mc Ardle dan Katch ( 1991 ) menyatakan keluaran jantung merupakan penunjuk
kapasiti bekerja peredaran darah untuk memenuhi permintaan aktiviti fizikal.Keluaran
jantung ditentukan oleh kadar nadi dan jumlah darah yang dipam bagi setiap degup
( isipadu stroke ). Oleh yang demikian keluaran jantung dikira dengan :
Keluaran jantung ketika rehat berbeza di antara individu dan dipengaruhi oleh
emosi. Secara purata 5 liter darah dipan dari ventrikel kiri setiap minit.
Contoh:
Keluaran jantung = Kadar Nadi X Isipadu Stroke
Ketika Rehat
Keluaran Jantung = Kadar Nadi X Isipadu Stroke
Tidak Terlatih : 4 , 970ml = 70 x /m X 71 ml
Terlatih : 5 , 000ml = 50 x /m X 100 ml
16
7/22/2019 Group Cardio
17/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Latihan daya tahan akan memperlahankan jantung. Sebaliknya latihan daya tahan
akan menguatkan otot jantung membolehkan degupan yang lebih kuat setiap kali jantung
berdegup.
Keluaran jantung ketika senaman menunjukkan peningkatan bagi kedua-dua
kumpulan yang diuji.
Bagi atlit berdaya tahan yang terlatih ketika senaman maksima, keluaran
jantungnya adalah lebih tinggi. Ini adalah disebabkan isipadu strokenya yang lebih
tinggi.
3.5 Kesan Latihan Terhadap Isipadu Stroke .
1. Atlit berdaya tahan terlatih mempunyai isipadu stroke yang lebih besar
ketika rehat dan bersenam jika dibandingkan dengan mereka sebaya.
2. Maksima isipadu stroke dicapai pada 40 hingga 50% penggunaan oksigen
maksima, biasanya pada kadar 110 hingga 120 denyutan seminit untuk
remaja.
3. Kumpulan tidak terlatih menunjukkan sedikit sahaja peningkatan isipadu
stroke dalam tempoh transisi dari rehat ke senam.
Ketika Senaman Maksima
Keluaran Jantung = Kadar Nadi X Isipadu stroke
Tidak Terlatih : 22 , 035 ml = 195 x / m X 113 ml
Terlatih : 32 , 041 ml = 179 x / m X 179 ml
17
7/22/2019 Group Cardio
18/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
4. Lapan minggu latihan aerobik meningkatan isipadu strok untuk kumpulan
yang sebelum ini tidak aktif.
3.6 Kesan Latihan Terhadap Kadar Nadi .
Kadar isipadu stroke yang besar untuk atlet elit berdaya tahan dan penambahan
isipadu stroke subjek yang tidak aktif selepas latihan selalunya disertai oleh pengurangan
kadar nadi ketika senaman sederhana.
Apabila kesukaran atau beban latihan ditingkatkan, atlet terlatih menunjukkan
kadar kenaikan nadi yang lebih perlahan berbanding mereka yang tidak aktif.
Ketika rehat hanya 250 ml oksigen sahaja digunakan manakala oksigen selebihnya
( 750 ml ) dihantar kembali ke jantung tanpa digunakan. Oksigen ini dipanggil oksigen
simpanan yang boleh digunakan sebaik sahaja diperlukan.
Oksigen memerlukan sesetengah tisu sama seperti otak yang tidak meningkat
secara mendadak semasa senaman, akhirnya tisu-tisu ini memerlukan bekalan darah
yang banyak. Peningkatan keluaran jantung maksima secara langsung mempengaruhi
kapasiti seseorang mengedarkan darah.
3.7.1 Intensiti
Intensiti bermaksud kerap seseorang itu perlu bersenam untuk meningkatkan
kecergasan kardiovaskularnya. Ini juga dikenali sebagai zon latihan dan boleh ditentukan
melalui cara berikut;
18
7/22/2019 Group Cardio
19/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
1. Menentukan kadar Nadi Maksimum (KNM) = 220 - (umur)
2. Kadar Nadi Kerja (KNK) = KNM - Kadar Nadi Rehat ( KNR)
3. 70 % x KNK + KNR = X
4. 80 % x KNK + KNR = Y
5. Zon latihan adalah antara kadar nadi X dan Y
3.7.2 Kekerapan
Kekerapan yang ideal adalah 4 hingga 5 kali seminggu tetapi senaman aerobik 3
kali seminggu sudah mencukupi untuk mengekalkan kecergasan.
3.7.3 Mod.
Jenis-jenis senaman yang boleh meningkatkan kadar nadi. Pemilihan bergantung
kepada kebolehan individu, keperluan, situasi, masa, dan persekitaran. Antara latihan
yang kerap digunakan seperti berlari anak, senam robik, dan latihan bebanan.
3.7.4 Jangka Masa.
Adalah dicadangkan seseorang itu mengekalkan kadar nadi latihannya antara 15 -
60 minit. Kalau latihan pada kadar 80% jangka masa 15 - 20 minit adalah memadai dan
jika kadarnya antara 60% - 70% maka senaman sekurang-kurangnya 30 minit
dicadangkan.
3.7.5 Menentukan Kadar Nadi.
Adalah menjadi kebiasaan apabila mengambil kadar nadi kita akan mengiranya
selama 6 saat atau 10 saat dan kemudian mendarab untuk meningkatkan kadar nadi
19
7/22/2019 Group Cardio
20/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
selama 1 minit. Namun begitu, pengiraan tersebut tidak mengambil kira perubahan fasa
pemulihan yang dialami dalam jangka masa 1 minit tersebut. Oleh itu, lebih lama kita
mengiranya akan lebih tepat pengiran kita.Contohnya pengiraan 30 saat lebih baik
keputusannya berbanding dengan 15 saat.
4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENGUKURAN KARDIOVASKULAR.
Pengukuran dan penilaian kecergasan kardiovaskular mempunyai sejarah yang
tersendiri di mana ia dimulakan sekurun yang lalu dan terus berkembang hingga masa
kini. Fungsi ujian kecergasan kardiovaskular telah bermula pada tahun 1984, apabila
Angelo Masso, seorang ahli fisiologi Itali mencipta Ergograph. Ujian yang dijalankan
adalah berkaitan dengan sistem pengaliran darah yang cekap dan berkesan kepada
prestasi otot.
Crampton (1905), membentuk satu ujian untuk menilai fungsi perubatan denyutan
jantung dan tekanan darah ketika seseorang mengubah kedudukan dari terbaring kepada
berdiri. Ujian ini seterusnya telah diikuti oleh pengkaji-pengkaji lain seperti Mc.Curdy,
Meylan (1913), dan Barach (1917). Walau bagaimanapun, ujian mereka dianggap kurang
berjaya.
Campbell (1925), telah mencipta sebuah ujian yang melibatkan proses pernafasan
dan masa pemulihan selepas latihan. Ujian ini dikenali sebagai Campbell Pulse Ratio
Test dan seterusnya Mc Hoy telah mengubahsuainya dan ianya dikenali sebagai Mc Hoy
20
7/22/2019 Group Cardio
21/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Test Present Situasition. Kemudian ujian ini telah diubahsuai oleh Mc Crudy dan
dikenali sebagai Mc Curdy Larson Test of Organic Efficiency.
Menurut petikan Sheehan (1977), American Alliance for Health, Physical
Education and Recreation (AAHPER) pada tahun 1976, telah memperkenalkan
AAHPER Youth Fitness Test. Antara ujian tersebut ialah mendagu, bangkit tubi, lari
ulang alik, baling bola sofball, lari pecut 50 ela, lompat jauh berdiri dan jalan 600 ela.
Kuruez (1967), telah memperkenalkan Ohio State University Step Test (OSU
Step Test) sebagai pengbahsuaian kepada ujian menapak Harvard. Witten (1973) pula
telah mengubahsuai OSU Step Test kepada F-EMU Step Test. Ujian ini dikhususkan
untuk perempuan. Callan (1968), mengubahsuai OSU Step Test untuk kanak-kanak
lelaki di sekolah rendah ( petikan Jonson dan Nelson, 1986 ). Ujian ini bertujuan untuk
mengukur kecergasan kardiovaskular.
Balke (1968), telah menjalankan kajian pengambilan oksigen maksimum dengan
menggunakan 15 minutes Field Test ( petikan Borrow dan Mac Gee, 1979 ). Ujian
Cooper telah diperkenalkan oleh Cooper pada tahun 1968. Ia merupakan larian 12 minit
dan larian 1.5 batu untuk menguji daya tahan dan kecergasan kardiovaskular ( petikan
Johnson dan Nelson, 1986). Kajian ini menunjukkan kepentingan aktiviti-aktiviti berlari,
berenang, berbasikal, berjalan, dan lain-lain dalam perkembangan kecergasan peredaran
respiratori.
21
7/22/2019 Group Cardio
22/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Penyelidik dalam pengukuran dan penilaian kecergasan kardiovaskular sentiasa
membawa perubahan dan kemajuan dalam cara pengukuran yang terbaik dan canggih
dengan bertambahnya peralatan makmal bagi menganalisis tindakbalas peredaran.
5.0 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN
Walaupun bidang pengujian dan pengukuran kecergasan kardiovaskular telah
banyak mengalami kemajuan, namun kajian demi kajian terus dijalankan untuk
memajukan bidang ini supaya hasil dapatannya digunakan untuk pengukuran yang lebih
berkesan dan efisyen yang dapat membantu guru pendidikan jasmani dan jurulatih
melaksanakan program pengukuran kecergasan kardiovaskular. Ia juga dapat membantu
individu yang ingin meningkatkan kecergasan kardiovaskular.
5.1 Kajian-Kajian Lampau
Hermansen (1974) dalam Exercise Physiology Energy, Nutrition and Human
Performance oleh McArdle, Katch & Katch (1996) menyatakan bahawa selepas
seseorang telah mencapai umur 25 tahun, VO2 Max akan menurun secara stabil pada
22
7/22/2019 Group Cardio
23/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
purata lebih kurang 1% per tahun. Oleh itu, pada umur 55 tahun, lebih kurang 27%
rendah berbanding semasa berumur 20 tahun. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
walaupun seseorang dewasa tersebut sentiasa aktif, masih terdapat penurunan keupayaan
VO2 Max.
Pollock (1975) dalam Practical Measurement for Evaluation in Physical Education
oleh Johnson & Nelson (1986) telah mengkaji fungsi kardiovaskular bagi aktiviti larian,
berjalan dan berbasikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis latihan ini
memberikan kesan yang sama ke atas fungsi kardiovaskular jika kekerapan, jangka masa
dan intensiti ketiga-tiga latihan tersebut berada pada tahap yang sama.
Pollock, Jackson & Pate (1980) dalam Johnson & Nelson (1986) telah membuat
kajian perbezaan dari aspek fisiologi ke atas pelari biasa dengan pelari elit jarak jauh.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelari elit jarak jauh menunjukkan perbezaan yang
nyata dalam keberkesanan menyeluruh fungsi fisiologi. Pelari-pelari maraton
mempunyai asid laktik yang rendah pada nilai submaksima dan pelari jarak sederhana
mempunyai nilai VO2 Max yang tertinggi.
5.2 Kajian-Kajian Terkini
Bouchard & Perusse (1994) dalamExercise Physiology, Energy, Nutrition
And Human Performance oleh McArdle, Katch & Katch (1996) telah mengkaji pengaruh
baka ke atas perbezaan individu dalam fisiologi dan kapisiti metabolik. Kajian telah
23
7/22/2019 Group Cardio
24/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
dijalankan ke atas 15 pasang kembar seiras dan 15 pasang kembar tidak seiras yang
dibesarkan dalam bandar dan latarbelakang sosioekonomi ibu bapa yang sama. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa genetik dianggarkan mempengaruhi 10 30 % ke atas VO 2
Max, 50 % kepada kadar nadi maksimum dan 70 % ke atas kapisiti kerja fizikal.
Mc Ardle, Katch & Katch (1996) menjalankkan kajian tentang perbezaan
keupayaan VO2 Max di antara lelaki dan wanita. Kajian mendapati bahawa VO 2 Max
wanita 15 - 30 % lebih rendah berbanding lelaki dalam kumpulan yang sama. Perbezaan
VO2 Max di antara lelaki dan wanita dipengaruhi oleh perbezaan komposisi tubuh dan
kepekatan hemoglobin. Walau bagaimanapun, kapisiti aerobik wanita yang aktif secara
amnya lebih tinggi berbanding lelaki sedentari.
Dr. Lakata, Fleg, Connor,Goldberg dan Becker (1996) telah mengkaji kesan latihan
terhadap kecergasan kardiovaskular di kalangan orang tua. Sampel kajian terdiri
daripada 10 orang lelaki sedentari dan 8 orang atlet terlatih berusia 58 hingga 62 tahun.
Lelaki sedentari berlatih selama 32 minggu, manakala atlet menghentikan latihan mereka
selama 12 minggu. Pengkaji menguji kapisiti aerobik dan keupayaan kardiovaskular
subjek semasa permulaan dan pada akhir kajian dengan menggunakan treadmill. Kajian
mendapati bahawa keupayaan kardiovaskular subjek meningkat semasa menjalani
latihan. Melalui latihan, lelaki sedentari dapat meningkatkan fungsi manakala atlet yang
menghentikan latihan akan menurun.
24
7/22/2019 Group Cardio
25/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Martini & Bartholomew (1997) menyatakan bahawa keupayaan kardiovaskular
jelas dapat dipertingkatkan melalui latihan. Atlet terlatih mempunyai jantung yang lebih
besar dan isipadu strok yang lebih berbanding
bukan atlet. Atlet profesional dalam keadaan rehat boleh mengekalkan peredaran darah
secara normal kepada tisu-tisu periperal pada kadar nadi serendah 50 dsm berbanding
lebih kurang 80 dsm bagi bukan atlet.
6.0 MATLAMAT UJIAN
Di akhir ujian kecergasan kardiovaskular terutamanya peserta-peserta Pendidikan
Jasmani dan Sains Sukan dapat :
i) Mengetahui tentang sejarah, perkembangan, penyelidikan dan kepentingan
ujian kecergasan kardiovaskular di dalam Pendidikan Jasmani dan Sains
Sukan.
ii) Mengetahui bagaimana merancang, mengelola dan mentadbir ujian
kecergasan kardiovaskular dengan teliti dan teratur. Memahami istilah dan
konsep kecergasan kardiovaskular.
iii) Mengenal pasti ujian-ujian yang sesuai untuk dijadikan pengukuran dan
penilaian mengikut kriteria yang ditetapkan bagi Pendidikan Jasmani dan
sukan.
25
7/22/2019 Group Cardio
26/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
iv) Menambah pengetahuan tentang penggunaan ujian dan alat pengukuran
yang sesuai bagi kecergasan kardiovaskular dalam Pendidikan Jasmani dan
sukan.
v) Mempraktikkan kaedah mengira kadar denyutan kadar nadi rehat, semasa
dan selepas melakukan aktiviti fizikal dengan cara yang betul dan tepat.
vi) Mengetahui dengan jelas cara membuat perbandingan berdasarkan norma-
norma kecergasan kardiovaskular mengikut ujian.
vii) Mengumpul dan menganalisis data secara sistematik supaya maklumat itu
dapat digunakan dengan berkesan.
7.0 OBJEKTIF UJIAN.
Di antara objektif ujian yang ingin dicapai setelah pelajar melalui ujian
kecergasan kardiovaskular ialah ;
i. Menerangkan definisi dan konsep kecergasan fizikal serta komponen yang
berkaitan dengan jelas dan tepat.
ii. Mengetahui secara jelas cara membuat perbandingan antara kecergasan
kardiovaskular yang sedia ada.
iii. Mengukur kecergasan kardiovaskular dan keupayaan individu sebelum dan
selepas melakukan aktiviti latihan dengan kaedah yang betul.
iv. Pendedahan yang jelas tentang pelbagai jenis ujian menjadi aspek penting
kepada kecergasan kardiovaskular dan dapat mengenal pasti ujian yang sesuai
untuk dijadikan kriteria penilaian yang hendak dicapai.
26
7/22/2019 Group Cardio
27/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
v. Menggunakan alatan, melaksanakan prosedur pengelolaan, dan menjalankan
aktiviti kecergasan kardiovaskular dengan yang betul.
vi. Mengetahui pengambilan kadar denyutan nadi semasa rehat dan selepas
melakukan aktiviti ujian dengan kaedah yang betul dan tepat.
vii. Menganalisis data dan membuat penilaian ke atas kecergasan dengan teknik
yang betul dan berkesan.
viii. Mengenalpasti kelemahan dan limitasi kecergasan kardiovaskular dengan
jelas.
ix. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan ujian dan
pengukuran kecergasan kardiovaskular.
8.0 KEGUNAAN UJIAN KARDIOVASKULAR .
Sebagai seorang pelajar kita selalu didedahkan dengan pelbagai ujian. Di mana
ujian adalah sesuatu kaedah penilaian bagi menilai prestasi seseorang individu tersebut
dan juga ujian adalah satu pengukuran bagi memberi petunjuk kepada individu tentang
komponen-komponen kecergasan seperti kelembutan dan juga ketangkasan. Ujian
kardiovaskular mestilah dirancang dengan rapi mengikut kehendak individu. Ia mesti
berdasarkan matlamat yang ingin dicapai dan juga minat individu terhadap sesuatu
aktiviti.
Ujian kardiovaskular mempunyai ujian tersendiri dan antara kegunaan ujian
tersebut ialah :-
27
7/22/2019 Group Cardio
28/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
1. Ianya sebagai suatu petunjuk fizikal. Contohnya, ianya digunakan bagi
menentukan tahap kecergasan pemain bagi jangka masa yang lebih panjang.
2. Ia digunakan sebagai andaian tentang tahap kemampuan kardiovaskular
seseorang individu. Bagi pelari jarak jauh mereka mempunyai pace bagi
menamatkan perlumbaan dan dapat menyaingi perserta lain.
3. Bahan pengajaran bagi sistem peredaran darah dan sistem jantung seperti
kadar denyutan jantung, tekanan darah, VO2 Max, dan juga kadar denyutan
nadi.
4. Keputusan ujian sebagai panduan bagi criteria pemilihan bagi atlit. Ia juga
dapat membantu sebagai norm yang dijadikan sebagai kayu pengukur untuk
tahap kemajuan pelajar.
5. Ia juga sebagai bahan kajian para penyelidik terutamanya pendidik bagi
program Sains Sukan dan juga Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
6. Sebagai motivasi kepada pelajar agar mereka dapat mempertingkatkan daya
tahan kardiovaskular mereka berdasarkan sukan yang mereka ceburi.
9.0 LIMITASI UJIAN.
28
7/22/2019 Group Cardio
29/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Mengukur tahap kecergasan kardiovaskular manusia, terdapat berbagai ujian yang
dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat banyak kelemahan atau limitasi dalam ujian
kardiovaskular. Di antaranya kelemahan atau limitasi adalah seperti berikut;
1. Perngguna peralatan yang efisien akan membantu memberikan keputusan
yang tepat. Kemahiran menggunakan peralatan dan teknik menjalankan
pengujiaan adalah penting untuk menjamin keesahan data yang diperolehi.
Penguji-penguji perlu terdiri daripada mereka yang mahir, terlatih
berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang tersebut.
2. Ujian-ujian kecergasan kardiovaskular menyebabkn otot kelesuan. Oleh itu
komitmen dan kesungguhan subjek dalam menjalankan ujian akan
mempengaruhi keputusan ujian. Kadar motivasi subjek dalam menjalankan
ujian mempengaruhi prestasinya.
3. Kebanyakan alat pengukuran kecergasan kardiovaskular adalah mahal
harganya. Ketiadaan alatan tersebut merumitkan pengujian yang dijalankan.
4. Mendorong seseorang untuk melakukan suatu aktiviti ke tahap maksimum
adalah merbahaya kerana subjek yang berkenaan mungkin menglami patologi
yang mereka sendiri tidak sedari.
29
7/22/2019 Group Cardio
30/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
5. Kadar denyutan nadi dipengaruhi oleh umur, jantina, tingkah laku, sistem-
sistem penghadaman, perubhan postur badan, pernafasan, metabolisma,
emosi, dan cuaca. Ole itu semasa menjanakan ujian, perlulah diberi
perhatian faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan ujian.
6. Faktor persekitaran, psikologi dan sosiologi seperti ketidakstabilan emosi,
status kesihatan, dan ketegangan yang dialami oleh subjek semasa
mengalami ujian akan mempengaruhi keputusan ujian.
10.0 SUKAN MENGGUNAKAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR.
i. Marathon
ii. Renang
iii. Trialthon
iv. Lumba jelajah basikal
v. Lumba Basikal bukit
vi. Acara olahraga jarak jauh
- 3000 meter
- 3000 meter lari berhalangan
- 5000 meter
- 10 000 meter
30
7/22/2019 Group Cardio
31/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
- jalan kaki 10 km dan 20 km.
11.0 12 MINIT COOPERS UJIAN BERLARI / BERJALAN.
11.1 Cara Melaksanakan Ujian.
Perkara
Keterangan
Tujuan Untuk menentukan kecergasan kardiorespiratori melalui catatan
jarak yang dilalui dalam masa 12 minit.
Peralatan Pengukur laluan larian, stop watch, kon penanda, borang catatan.
31
7/22/2019 Group Cardio
32/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Kesahan Cooper ( 1968 ) melaporkan korelasi 0.90 antara VO2 max dan
jarak yang dilalui dalam 12 minit berjalan / berlari.
Kebolehpercaya
an
Kebolehpercayaan adalah bergantung kepada latihan dan strategi
melangkah serta paras motivasi, persediaan dan strategi.
Kebolehpercayaan adalah lebih baik jika hal ini telah dikhususkan.
Arahan Subjek adalah diarahkan menghabiskan jarak sebanyak / sejauh
yang mungkin samada melalui larian atau berjalan. Isyarat
Ready , go atau satu wisel akan digunakan untuk memulakan
ujian. Satu isyarat yang kuat seperti wisel atau pistol digunakan
untuk menamatkan ujian. Subjek diberitahu jumlah jarak
keseluruhan yang dilalui selepas mereka menamatkan larian.
Kelebihan Kumpulan yang besar boleh diuji pada satu-satu masa dan ianya
sangat murah serta mudah untuk dijalankan.
Kelemahan Latihan melangkah / langkahan diperlukan , dan pencapaian ke
atas ujian ini akan memberi kesan yang besar ke atas motivasi
32
7/22/2019 Group Cardio
33/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
11.2 Norma .
Kump. Umur 13 - 19 20 - 29 30 - 39 40 - 49 50 - 59
Sangat lemah
( L )
( P )
< 2.09
< 1.61
< 1.96
< 1.54
< 1.90
< 1.53
< 1.83
< 1.43
< 1.66
< 1.35
Lemah ( L )
( P )
2.09 2.20
1.61 1.90
1.96 2.11
1.54 1.79
1.90 2.10
1.53 1.70
1.83 2.00
1.45 1.58
1.66 1.87
1.35 1.49
Sederhana
( L )
( P )
2.21 2.52
1.91 2.08
2.12 2.40
1.80 1.97
2.11 2.34
1.71 1.90
2.01 2.24
1.59 1.79
1.88 2.10
1.50 1.70
Baik ( L )
( P )
2.53 2.77
2.09 2.30
2.41 2.64
1.98 2.16
2.35 2.52
1.91 2.08
2.25 2.47
1.80 2.00
2.11 2.32
1.71 1.90
Cemerlang ( L )
( P )
2.78 3.00
2.31 2.43
2.65 2.84
2.17 2.34
2.53 2.73
2.09 2.24
2.48 2.66
2.01 2.16
2.33 2.55
1.91 2.10
Sangat ( L )
Cemerlang( P )
> 3.01
> 2.44
> 2.85
> 2.35
> 2.74
> 2.25
> 2.67
> 2.17
> 2.56
> 2.11
Sumber : Ubahsuai John Schell and Boonseng Leelarthaepin. ( 1994 : 198 ).
33
7/22/2019 Group Cardio
34/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Physical Fitness Assessment in Exercise and sport science ( 2 edition ) Matroville :
Leelar Bio , Services.
11.3 Pengiraan.
Pengiraan adalah seperti berikut apabila menggunakan litar 400 meter :
i. Darabkan jumlah pusingan yang lengkap yang telah dibuat dengan 400
meter.
ii. Campurkan dengan jarak bahagian yang tidak lengkap yang terakhir
dilalui.Contoh pengiraan :
5 pusingan lengkap 5 X 400 meter = 2000 meter
100 meter jarak tidak lengkap + 100 meter
2100 meter
2100 meter = 2.1 Kilometer.
iii. Bandingkan dengan norma ujian untuk dapatkan status kecergasan diri.
34
7/22/2019 Group Cardio
35/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
12.0 UJIAN BLEEP.
Perkara Keterangan
Objektif Diakhir ujian pelajar dapat menguji dan mengetahui kecergasan
kardiovaskular.
Kesahan Tidak dilaporkan.
Kebolehpercayaan. Tidak dilaporkan.Alatan 1. Radio kaset.
2. Kaset.
3. Jam randik.
4. Wisel.
5. Peta pengukur.
Prosedur a. Subjek dikehendaki berada di satu hujung yang bertentangan
dengan permulaan apabila kedengaran bunyi beep.
b. Subjek dikehendaki meneruskan larian pada kelajuan ini,
iaitu berada di satu hujung setiap kali bunyi beep.
c. Selepas setiap minit jeda bunyi beep berkurangan
menandakan subjek perlu berlari dengan pantas.
d. Subjek dikehendaki memastikan sebelah kaki berada
dihujung.
e. Jika subjek tiba di garisan hujung sebelum bunyi beep
35
7/22/2019 Group Cardio
36/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
mereka dikehendaki menunggu dan selepas bunyi barulah
teruskan larian.
f. Setiap kali subjek dikehendaki berlari selama yang mereka
tidak berupaya mengekalkan kelajuan yang ditetapkan.
g. Bila keadaan ini berlaku, subjek perlu berhenti.
h. Anggaran VO2 max subjek perlu dilihat berdasarkan jadual
yang diberikan.
Kebaikan a. Boleh melakukan dimana-mana sahaja.
b. Satu ujian yang mudah, tidak memerlukan peralatan yang
canggih.
Keburukkan a. Merbahaya kepada pelajar yang mengalami masalah
kesihatan seperti penyakit asma.
c. Susah dilakukan dalam kelas yang mempunyai bilangan
pelajar yang ramai.
12.1 Jarak Ujian Bleep.
36
7/22/2019 Group Cardio
37/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
20 M
Diberi jangkamasa piawai selama 60 saat. Sebuah jam randik ( ketepatan ke 1/10
saat ), semak sama ada jangka masa piawai berkenaan adalah 60 saat, perbetulkan jarak
larian 20 meter mengikut jadual di bawah.
Jangka Piawai ( Saat ) Jarak Larian ( meter )
55.0
55.5
56.0
57.0
57.5
58.0
58.5
59.0
59.5
60.0
18.333
18.500
18.666
18.833
19.166
19.333
19.500
19.666
19.833
20.000
37
MULA
7/22/2019 Group Cardio
38/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
60.5
61.0
61.5
62.0
62.5
63.0
63.5
64.0
64.5
65.0
20.166
20.333
20.500
20.686
20.833
21.000
21.166
21.333
21.500
21.666
Sumber : Leger L. (1989), Fit test.Thought Technology Ltd.
12.2 Norma Ujian Bleep-Lelaki.
Kumpulan Umur Pencapaian Skor Pencapaian Tahap Lakuan
38
7/22/2019 Group Cardio
39/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
15 hingga 19
Melebihi 11 /7 30 Superior
7/7hingga 9/6 24 Cemerlang
6/5 hingga 7/4 18 Baik
5/4 hingga 6/4 12 Sederhana
Kurang atau sama 5/3 6 Lemah
20 hingga 29
Melebihi 8/6 30 Superior
6/5 hingga 8/5 24 Cemerlang
5/5 hingga 6/4 18 Baik
4/4 hingga 6/3 12 Sederhana
Kurang atau sama 4/3 12 Sederhana
30 hingga 39
Melebihi 7/6 30 Superior
5/5 hingga 7/6 24 Cemerlang
3/5 hingga 5/4 18 Baik
2/5 hingga 3 / 4 12 SederhanaSama atau kurang 2/4 6 Lemah
13.0 UJIAN MENAPAK HARVARD.
13.1 Cara Melaksanakan Ujian Menampak Harvard.
Perkara Keterangan
Objektif Diakhir ujian, pelajar dapat menguji kecekapan kardiovaskular dan
39
7/22/2019 Group Cardio
40/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
keupayaan pemulihan sebelum atau selepas melakukan aktiviti dengan
kaedah yang betul dan tepat.
Kesahan Kesahan lahir diterima
Kebolehpercayaa
n
Brouha ( 1954 ), : 0.82
Hettinger ( 1961 ), : ).412
Meyers ( 1996 ), : ).65
Safrit ( 1973 ), : Ketidakadilan pekali kesalahan di atas
kemungkinan disebabkan oleh perubahan fizikal atau ralat dalam
pengiraan kadar nadi.
Alatan a) Jam Randik. d) Bangku ( 18 X 20 )
b) Metronom e) Kad Skor.
c) Wisel
Prosedur a) Cadence 30 langkah seminit, tetapkan pada metronom.
b) Subjek berdiri di tepi bangku setinggi 20 inci.
c) Subjek naik turun bangku dengan kaki lurus dan tubuh tegak
selama lima minit. Berhenti jika tidak berupaya menamatkan
aktiviti.
d) Jika metronom tidak diperolehi proses menampak dilakukan
berdasarkan 4 kriteria ;
i) Sebelah kaki naik atas bangku.
ii) Sebelah kaki kedua naik atas bangku.
iii) Sebelah kaki turun ke lantai.
40
7/22/2019 Group Cardio
41/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
iv) Sebelah kaki kedua turun ke lantai.
e) Setelah tamat aktiviti, subjek duduk diam dan pembantu akan
mengira denyutan nadi.
f) Denyutan nadi diambil dari masa ;
i) 1 ke 1.5 minit.
ii) 2 hingga 2.5 minit.
iii) 3 hingga 3.5 minit.
g) Indek Kecekapan Fizikal ( Physical Efficiency index PEI ).
Dikira berdasarkan rumus yang diberi.
i)
Pengukuran Indek Kecekapan Fizikal ( PEI ) boleh dikira dalam 2 bentuk :
a) Rumus bentuk panjang PEI ( Lelaki )
PEI = Jangkamasa aktiviti (saat) X 100
2 Jumlah Kiraan Nadi Pulih.
Jumlah kiraan nadi pulih ialah jumlah denyutan nadi yang
diambil dari 1 ke 1.5 minit, 2 hingga 2.5 minit dan 3
hingga 3.5 minit.
b) Rumus dalam bentuk pendek PE ( Perempuan )
PEI = Jangkamasa Aktiviti (saat) X 100
5.5 X Kadar Nadi Pulih.
Kira kadar nadi pulih dari 1 hingga 1.5 minit selepas aktiviti.
41
7/22/2019 Group Cardio
42/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Norma a) Klasifikasi PEI berbentuk panjang ( lelaki )
> 90 Cemerlang.
80 89 Sangat Baik.
65 79 Memuaskan.
55 64 Memuaskan.
< 50 Lemah.
b) Klasifikasi PEI bentuk pendek (Perempuan )
> 80 Cemerlang.
50 80 Sederhana.
< 50 Lemah.
Sumber : John B. L & Nelson , J . K ( 1986 )
Kebaikan a) Boleh dikendalikan untuk kumpulan yang besar
( sekolah ).
b) Melibatkan kos yang rendah.
c) Boleh dikendalikan tanpa memerlukan kepakaran yang
tinggi.
Keburukan a) Mungkin membahayakan kepada pelajar yang tidak sihat.
b) Ujian tersebut akan menjadi bahaya apabila pelajar
tersilap langkah semasa melakukan aktiviti.
42
7/22/2019 Group Cardio
43/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
14.0 ROCKPORT FITNESS WALKING TEST .
14.1 Pengenalan
Pengujian dan pengukuran adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat yang
berkaitan dengan penilaian. Keputusan telah dibuat tetapi kita perlu ingat bahawa
terdapat pelbagai faktor yang akan mempengaruhi keputusan.
14.2 Objektif
Objektif ujian ini adalah untuk memerhatikan perkembangan VO2 Max seseorang
atlet.
43
7/22/2019 Group Cardio
44/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
14.3 Sumber Diperlukan
Bagi mengadakan ujian ini kita memerlukan :-
1. Trak 400 meter
2. Jam Randik.
3. Seorang penolong.
14.4 Prosedur menjalankan ujian.
Ujian ini dijalankan seperti berikut :-
a. Pilih hari yang tidak berangin untuk menjalankan ujian.
b. Ambil berat badan.
c. Berjalan sejauh 1609 meter ( satu batu) sepantas yang boleh.
d. Rekodkan masa yang diambil selepas berjalan 1609 meter.
e. Selepas ujian berjalan ambil kadar denyutan nadi.
f. Tentukan VO2 max dengan menggunakan pengiraan seperti di bawah.
Perkara Keterangan
Objektif Di akhir ujian pelajar dapat menguji dan mengetahui tahap
kecergasan kardiovaskular
Kesahan Tidak dilaporkan
Kebolehpercayaan Tidak dilaporkan
Alatan 1. Trek 400 meter
2. Jam randik
3. Wisel
4. Kad skor
5. Penolong pencatat
44
7/22/2019 Group Cardio
45/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Prosedur 1. Subjek bersedia di belakang garisan permulaan.
2. Apabila isyarat mula diberikan, subjek dikehendaki
berjalan secepat mungkin sejauh 1609 meter.
3. Pembantu sentiasa memerhati subjek dan memberikan
dorongan.
4. Masa akan dicatat apabila subjek tamat menjalankan
aktivititi.
5. Denyutan nadi akan diambil selama 15 saat sebaik sahaja
subjek tamat menjalankan aktiviti.14.5 Norma Ujian Berjalan Rockport .
Pemeringkatan Berjalan Bagi Lelaki.
220
200
Hearts Rate
180(beats/min)
45
BelowHighAboveaverage
Average
Low
7/22/2019 Group Cardio
46/49
7/22/2019 Group Cardio
47/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
200
Hearts Rate
180
(beats/min) 160
140
120
10 12 14 16 18 20 22Time ( Min )
Sumber : Diperolehi daripada Rockport Fitness Charts, Vivian H. Heyward,PhD. University Of New Mexico. Pemeringkatan di atas adalah
bagi peringkat umur antara 30 hingga 39 tahun.
Bibliografi.
Cooper,K.H. ( 1968).Aerobic. New York : Bantam Books.
47
7/22/2019 Group Cardio
48/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Corbin,C.B.,& Lindsey,R. (1994). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (8th
ed.).Dubuque:Wm.C.Brown Publishers.
Hastad, D.N., Lacy, A.C. (1998).Measurement and Evalution In Physical Education andExercise Science. United States :Allyn and Bacon.
KirKendall, D.R., Gruber, J.J., Johnson, R.E. (1987).Measurment and Evaluation forPhysical Educators .(2nd.ed.), United States: Human Kinetics.
Willis, J.D., Campbell, LF. (1992).Exercise Psychology. US:Human KineticsPublishers..
Johnson, B.L.,& Nelson, J.K. (1996).Practical Measurement For Evalution In PhysicalEducation (4th .ed.).United States: Macmillan Publishing Company.
Lakata, E., Fleg, J.L., Connor, F.C., Goldberg, A.G., Hagberg, J.M., & Becker,
L.C. (1996).Exercise can boost cardiac fitness in conditioned and out of
shape older people.
Retrieved January 15,2003 from http://www. Hhs.gov/news/press/1996
pres/960802.html
Satrit, M.J., Wood, T.M. (1989).Measurement Concepts in Physical Education and
Exercise Science. United States: Human Kinetics Books.
Martini, F.H., Bartholomew, E.F. (1997).Essential of anatomy & Physiology(2nd.ed.).New Jersey : Prentice-Hall,Inc.
McArdle, W.D., Katch, F.I., & Katch, V.L. (1996).Exercise physiology:Energy,
Nutrition and Human Performance (4th. ed.). Baltimore : Williams & Wilkins.
McArdle, W.D.,Katch, F.I,Katch,V.L. (1991). Exercise Physiology :Energy, Nutrition
and Human Performance. USA: Lea & Febiger.
Safrit, M.J. (1981).Evalution In Physical Education (2nd ed.).New Jersey : Prentice-
Hall,Inc.
48
7/22/2019 Group Cardio
49/49
Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073
Heyward, V.H. (1998).Advanced Fitness Assessment & Exercise Prescription ( 3rd. ed. ).United States :Human kinetics.
Preatice, W.E. (1997).Fitness for College and Life.(5th.ed.) .Mosby, St.Louis:Missouri.