7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online
https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 1/7
. . mutiaraislam online . .
ʺpenyampai ilmu, pemangkin minda ummahʺ
GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA
iRate This
Bersempena Sambutan Hari Guru yang diadakan saban tahun diseluruh negara pada 16Mei, saya ingin menyingkap resepi kejayaan para guru melahirkan insan cemerlang,seterusnya dapat membina sebuah negara menuju kearah kemakmuran dan keberkatandisisi ALLAH SWT.
Guru adalah ibarat cahaya yang menerangi kegelapan diwaktu malam, sanggup berkonbanmasa dan tenaga demi mendidik anak‑anak bangsa menjadi insan berguna, rela pulamengenepikan kepentingan diri sendiri demi memastikan kejayaan anak‑anak didiknyadimasa hadapan. Guru juga adalah merupakan insan pendidik yang tidak pernah kenal ertipenat dan jemu, sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak‑anakdidiknya dan tidak pula berputus asa dengan kegagalan yang mereka hadapi. Inilahkerjaya dan rutin harian seorang guru.
7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online
https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 2/7
Guru merupakan asas utama kepada pembinaan negara dan bangsa. Tanpa didikan guru,maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir urus negara dan akan rosaklah bahasa yangdipimpin. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejayaan sesebuah bangsa dannegara adalah juga merupakan kejayaan seorang guru dalam mendidik pada hari ini kitadapat melihat pemimpin‑pemimpin negara kita dapat mentakbir negara dengan baik. Padahari ini juga kita dapat melihat para ‘engineer’ dan arkitek kita mampu membina kemajuandengan terdirinya bangunan‑bangunan pencakar langit dan segala bentuk pembangunandan lain‑lain. Tidak kurang juga para cendiakawan kita yang mendapat pengitirafan dalamdan luar negara kerana sesuatu kejayaan yang mereka tempuhi. Kesemua itu adalahbermula dari didikan seseorang insan yang bernama guru. Faktor kejayaan seorang guruatau pendidikan didalam mendidik anak bangsa banyak bergantung kepada beberapaperkara antaranya:
Pertama: meletakkan sifat ikhlas sebagai keutamaan didalam menyampaikan ilmupengetahuan kepada anak‑anak didikannya. Sifat ikhlas mempunyai pengaruh yang amatbesar didalam amalan dan gerak kerja seharian manusia semudah amalan‑amalan peribadi yang berhubung kait dengan orang lain. Sekiranya sifat ikhlas itu tidak , maka sudah akantimbul pula sifat‑sifat mazmumah dikalangan guru seperti riak, hasad dengki, taksubdengan pendapat diri sendiri, tiada sifat tawaduk dengan ilmu yang dimilikinya dan lain‑lain lagi.
Kedua: meletakkan matlamat untuk melahirkan insan rabbani. Untuk mencapai matlamatitu, guru itu sendiri dari guru sifat‑sifat rabbani iaitu dengan sifat ketaatan, pengabdianterhadap syariat allah s.w.t disamping sifat2 mahmudah yang lain. Guru yang telahmemiliki sifat‑sifat ini secara tidak langsung akan memberi kesan mendalam didalamucapan dan tingkah‑lakunya ketika berhadapan dengan anak‑anak didiknya. Seterusnya ia
7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online
https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 3/7
akan dijadikan contoh terbaik untuk di dan dapat pula menunaikan sifat‑sifat rabbanididalam diri anak‑anak didiknya. Sebaliknya,tanpa memiliki sifat‑sifat itu,sudah pastimatlamat tarbiah islamiah itu tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Firman Allah S.W.Tdidalam surah Al‑Imran ayat 79:
“Tidaklah patut bagi seorang manusia yang allah berikan kepadanya kitab dankenabian,kemudia ia tergamak mengatakan kepada orang ramai:”Hendaklah kamu menjadiorang‑orang yang menyembahku dengan meninggalkan dengan perbuatan menyembahAllah”.Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadikan orang‑orang rabbani(orang yang hanya menyembah Allah S.W.T dengan ilmu dan amal yang sempurna),keranakamu sentiasa menjadi insan Allah itu,dan kerana kamu selalu mempelajarinya”.
Ketiga: mengutamakan kesuburan didalam meyampaikan ilmu dan segala maklumatkepada anak‑anak didikannya. Seorang guru perlu sabar dan tabah menghadapi segalabentuk kerenah anak‑anak didikannya. Ini adalah kerana setiap manusia tidak memilkiterhadap kemampuan yang sama ketika melalui suatu proses pembelajaran. Dalam masayang sama, sikap sebilangan pelajar yang acuh tak acuh didalam pelajarannya jugamerupakan suatu cabaran besar kepada guru. Jesteru, sifat sabar inilah yang amatdiperlukan didalam diri setiap guru. Rasullullah S.A.W adalah merupakan seorang nabidan guru yang patut dicontohi. Kesabaran baginda s.a.w didalam menyampaikan risalahdakwah kepada umat manusia telah menghasilkan suatu kejayaan yang tidak dapatditandingi oleh orang lain.
Keempat: seorang guru haruslah menjadikan dirinya sebagai contoh teladan yang baikkepada anak‑anak didiknya. Percakapan seorang guru samada berbentuk nasihat,pengajaran atau sebagainya haruslah disusuli dengan perbuatanya. Ini adalah kerana gurumerupakan ‘role’ model kepada anak‑anak didiknya. Setiap gerak‑geri dan perlakuan gurudihadapan anak‑anak didiknya sudah pasti akan diperhatikan oleh mereka. Sekiranyaperlakuan itu menyalahi diri apa yang diucapkannya, maka ini akan menimbulkan persepsiyang tidak baik dikalangan anak‑anak didiknya. Seterusnya perkara ini akan menimbulkankesan jangka panjang yang negatif dalam aspek pembinaan generasi yang akan mewarisikepimpinan negara kita. Firman Allah S.W.T didalam surah Al‑Saff ayat 2 dan 3:
Maksudnya:
“Wahai orang‑orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidakmelakukannya!. Amat besar kebenciannya disisi Allah bahawa kamu mampu katakansesuatu yang kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.
Kelima: seorang guru berlaku adil dikalangan anak‑anak didiknya.
Tidak melebih‑lebihkan atau membeza‑bezakan diantara satu dengan yang lain kecualipada perkara‑perkara yang sepatutnya. Sikap adil, apabila telah ditanamkan kedalam jiwaanak‑anak didik kita, sudah pasti akan dapat melahirkan generasi pimpinan yang dapatmenjalankan tanggungjawab secara jujur dan amanah. firman Allah S.W.T didalam surahAl‑Ma’idah ayat 8:
7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online
https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 4/7
Maksudnya:
“Wahai orang‑orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang‑orangyang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali‑kalikebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu mendorong kamu kepada tidak melakukankeadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebihhampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahuidengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Selain daripada itu,guru juga mempunyai tanggungjawab dan berperanan melindungianak‑anak didiknya dari terpengaruh dengan budaya‑budaya negatif yang telah menulardidalam masyarakat kita pada hari ini.Keagaraban,kemesraan,dan perhatian yang diberikanguru kepada anak‑anak didiknya akan memudahkan tugas mereka membentuk generasa inimengikut acuan yang mereka kehendaki.Sikap seperti inilah juga yang telah dianjurkanoleh dianjurkan oleh Rasulluh S.A.W kepada umatnya ketika mendidik anak‑anak mereka.
Demikianlah beberapa sifat terpuji yang dimiliki oleh kaum guru.Sifat‑sifat seperti inimemang amat jarang didapati didalam bidang‑bidang pekerjaan yang lain.Sifat‑sifat yangterpuji yang dibawa oleh para guru ini sebenarnya memberikan kesan yang amat besardidalam pembentukkan bangsa dan negara.Justeru itu, sumbangan mereka dipersadapendidikan negara seharusnya mendapat penghormatan yang sebaik‑baiknya.
7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online
https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 5/7
Hari Guru 4
Apa yang kita dapati sejak kebelakang ini, pelbagai persepsi negatif yang telah yangdilontarkan kepada guru. Ada yang beranggapan guru masa ini tidak seperti guru zamandahulu, suka mengeluarkan kata‑kata lucah, suka mendera dan sebagainya. Hakikatnya kes‑kes seperti ini hanyala merupakan isu‑isu pinggiran yang sengaja diperbesar‑besarkankerana kepentingan peribadi pihak‑pihak tertentu. Apa yang pasti, kejayaan yang dicapaioleh guru didalam melahirkan insan‑insan cemerlang amat banyak sekali.Justeru, adalahtidak adil bila sedikit kesilapan mereka diseret kemukan pengadilan dan kejayaan merekamendidik anak bangs tidak mendapat pengitirafan yang sewajarnya.
Oleh itu, marilah kita bersama mengembalikan semula darjat kemulian kaum guru serta
7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online
https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 6/7
Oleh itu, marilah kita bersama mengembalikan semula darjat kemulian kaum guru sertamenangkis segala dakyah yang boleh merosakkan imej mereka. Berterima kasihla kitakepada kaum guru yang telah memberikan pengorbanan yang tidak terkira yang manadengan pengorbanan mereka itu, kita dapat berada pada kedudukan yang amat selesa padahari ini.
Maksudnya:
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhikan perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yangsoleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang‑orang islam (Yang berserahbulat‑bulat kepada allah)!”
Guru yang mampu membina negara dan bangsa guru yang dapat menyalurkan sifat‑sifatikhlas, melahirkan insan rabbani, menjadi contoh yang baik dan adil untuk dihayati olehanak didik mereka.Pendidikan yang diberikan memberi pengaruh yang amat besar darisudut keperibadian kepada generasi pemimpin didalam mentakbir sebuah negara.
Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam online
~ oleh Lokman Hashim, Editor ‑ MutiaraIslam Online di Mei 19, 2009.
Dikirim dalam Pelbagai
Create a free website or blog at WordPress.com. The ChaoticSoul Theme.
About these ads
7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online
https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 7/7
Ikut
Follow “mutiaraislam online”
Bina laman anda dengan WordPress.com
Top Related