HAK DAN TANGGUNGJAWAB
KANAK-KANAK
Bagaimanakah Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak Dapat Menjamin Kesejahteraan Hidup
Seorang Kanak-Kanak?
Mengapa Dan Bagaimana Kita Membantu Kanak-
Kanak Mengetahui Tentang Hak Dan Tanggungjawab
Mereka?
Kita renung……………kenapa kami sebagai
kanak-kanak perlu dilindungi…..
Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak?
• Lingkungan umur yang dikategorikan sebagai kanak-kanak ialah :• Mereka yang berumur kurang
daripada 18 tahun termasuk bayi dalam kandungan ibu
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Hak Asasi Kanak-Kanak ?
Hak merupakan perkara asas yang perlu kanak-kanak miliki
Hak kanak-kanak dari segi kehidupan
• Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup• Orang dewasa hendaklah memlihara kanak-kanak
agar mereka boleh hidup dan membesar dengan sihat
• Ini bermakna mereka perlu memastikan kanak-kanak diberi makanan dan pakain yang sempurna
• Sekiranya anda sakit, mereka bertanggungjawab memberi rawatan agar anda sembuh.
• Ini adalah hak anda sebagai kanak-kanak
Hak kanak-kanak dari segi perlindungan
• Orang dewasa hendaklah memberi perlindungan kepada kanak-kanak
• Anda mempunyai hak untuk dijauhi daripada dadah, dilindungi daripada penjahat dan kecederaan supaya anda dapat hidup dengan sempurna seperti orang lain
• Anggota polis boleh melindungi anda. Begitu juga ibu bapa anda.
• Bolehkah anda fikirkan siapa lagi yang boleh melindungi anda?
Hak kanak-kanak dari segi perkembangan
• Kanak-kanak berhak untuk ke sekolah• Sebagai kanak-kanak, banyak perkara yang
perlu anda dipelajari agar anda dapat menjadi seorang dewasa yang cerdik dan sempurna
• Maka, orang dewasa hendaklah memastikan kanak-kanak dapat belajar sebaik mungkin
• Cara terbaik untuk belajar adalah dengan ke sekolah.
• Anda patut berbangga dengan sekolah anda, kerana ia sememangnya hak anda
Hak kanak-kanak dari segi peryertaan
• Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk berjumpa dengan kanak-kanak lain
• Anda boleh menyertai kelab atau persatuan dan berbincang dengan sesama rakan anda dengan bebas
• Adakah anda boleh mempunyai teman karib sebagai teman berbual? Sudah tentu boleh kerana itu hak anda.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK?
Tanggungjawab Kanak-Kanak
• Menghormati dan mengenang jasa ibu bapa• Mendapatkan pertolongan yang sewajarnya• Jangan berdiam diri !! Suarakan ketidakselesaan
anda.• Berusaha sedaya upaya untuk berjaya dan
menghargai pengorbanan yang dibuat• Bersopan santun setiap masa• Menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-
baiknya• Bertoleransi dengan amalan budaya semua
kaum
Apakah Bentuk Pencabulan Hak Dan
Tanggungjawab Kanak-Kanak?
Pencabulan hak dan tanggungjawab kanak-kanak yang sering berlaku ialah :
1. Penderaan Fizikal
2. Penderan Seksual
3. Penderaan Emosi
4. Pengabaian
Apakah Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Kanak-Kanak
Tersebut Dianiayai?
Penderaan Fizikal
• Kecederaan fizikal seperti kecederaan ringan dan kecederaan teruk seperti patah atau kematian
• Ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan
• Buli dan “shaken baby syndrome” termasuk dalam penderaan fizikal
Penderaan Seksual
• Sebarang aktiviti untuk mendapatkan kepuasan atau memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja dimana mengikut umur atau perkembangan yang sepatutnya bertanggungjawab dan dipercayai
• Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar
Penderaan Emosi
• Membuli kanak-kanak di sekolah• Memperkecil dan memalukan kanak-
kanak• Mengurung kanak-kanak di dalam almari
gelap
Pengabaian
• Fizikal : Gagal menyediakan makanan & minuman
: Gagal menyediakan tempat tinggal
• Perubatan : Gagal menyediakan perawatan kesihatan
• Emosi : Kaunseling kepada kanak-kanak• Pendidikan dan penyeliaan : Gagal
memberikan pendidikan sebaiknya
Apakah Hukuman Kepada orang yang Menganiayai Kanak-Kanak?
• Hukuman bergantung pada penderaan yang dilakukan. Contohnya, jika menggunakan tangan hukuman adalah dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, penjara 1 tahun atau denda RM 2000 atau kedua-duanya sekali
• Jika menggunakan pisau dan jika didapati bersalah, hukumannya dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
• Jika melibatkan kematian atau cuba membunuh, hukuman mandatori melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Jika Anda Mendapati Seorang Kanak-Kanak Dianiayai?
• Jabatan Kebajikan Masyarakat• Polis Diraja Malaysia• Talian teledera
Bagaimana Membuat Laporan Mengenai Penderaan ??
• Nama kanak-kanak• Lokasi / alamat• Sebab-sebab disyaki penderaan• Sila berikan nama anda dan cara
menghubungi anda sebagai pelapor, supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh menghubungi anda semula sekiranya gagal menemui kanak-kanak tersebut.
Top Related