HCHC 9401 Set11 Sem 1 20132014 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP ETIKA
DAN PROFESIONALISME
Nama: Chin Zi YingNo. Matrik: A144410Program Pengajian: FarmasiNama Pensyarah: Prof. Dr. KAMSIAH BT. JAARINAktiviti: Pesta Tanglung UKM ke-34Kod Program: DN00441/2013
PEMBENTANGAN AKHIR
SINOPSIS
Pada 24 September 2012, Majlis Pengenalan Pesta Tanglung telah dianjurkan di
Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM. Tujuan majlis tersebut adalah untuk
memperkenalkan Pesta Tanglung kepada semua pelajar dii KTSN terutamanya pelajar
tahun 1.
Kemudian, sesi temuduga bagi peserta nyanyian dan lakonan telah dilaksanakan di
Pusanika, UKM Bangi pada1 Oktober 2013. Sesi ini bertujuan untuk memilih pelakon dan
penari yang berbakat di kalangan pelajar UKM. Selepas sesi teuduga, beberapa Kem
Peserta juga telah dianjurkan bagi melatih pelakon dan penyanyi.
Mesyuarat bahagian telah dilaksanakan sebanyak 7 kali pada bulan Oktober dan
November. Tujuan utama mesyuarat bahagian bagi setiap kali adalah untuk menyampaikan
informasi yang terbaru kepada semu ahli-ahli AJK. Dalam mesyuarat bahagian,
Mesyuarat bahagian telah dilaksanakan sebanyak 7 kali pada bulan Oktober dan
November. Tujuan utama mesyuarat bahagian bagi setiap kali adalah untuk menyampaikan
informasi yang terbaru kepada semu ahli-ahli AJK. Dalam mesyuarat bahagian, sesi seperti
pengenalan exco external dan ahli-ahli AJK dan nyanyian lagu Pesta Tanglung telah diadakan.
Selain itu, exco pun membahagikan semua ahli kepada beberapa kumpulan dan sesi
pembahagian tugasan pun dilaksanakan. Semus kumpulan dikehendaki membentang idea
masing-masing untuk menghiaskan lobi A, lobi B dan pintu besar Dectar, UKM.Dectar.
Perbincangan antara ahli kumpulan dan proses pencarian maklumat telah dilakukan bagi
menyumbang idea yang terbaik.Selepas itu, semua AJK dikehendaki mencari bahan-bahan
yang diperlukan dengan menggunakan budget yang paling minima. Selain membuat bahan-
bahan pameran, aktiviti “MV Shooting” telah diadakan bagi membuat video pembentangan
pada malam persembahan pentas.
6 Disember 2013 merupakan malam persembahan Pentas.
Akitiviti merupakan aktiviti utama Pesta Tanglung. Beberapa hari
sebelum itu, semua ahli AJK telah pergi ke Dectar untuk membuat
persiapan dan menghiaskan Dectar. Tema persembahan malam itu
adalah mengenai masyarakat kaum Cina yang 70-an dan 80-an.
Malam Persembahan Pentas telah berjaya dilaksanakan dan
semua ahli AJK bergotong-royong untuk membersihkan Dectar
selepas majlis tamat.
ISI KANDUNGANPengenalanMisiMatlamatObjektifPenyataan MasalahKaedahHasilRefleksiRujukan Lampiran
PENGENALANNegara kita, Malaysia, merupakan sebuah negara yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang mempunyai kepelbagaian dan keistimewaan dari beberapa segi, terutamanya dari segi kebudayaan. Sehubungan dengan itu, kebudayaan didefinisikan sebagai satu keseluruhan gagasan yang meliputi kepercayaan, nilai – nilai, cara hidup, amalan, adat, dan juga segala aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah masyarakat. Lantaran itu, kebudayaan pelbagai etnik yang kukuh di negara kita merupakan aset yang terpenting untuk memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia supaya proses pembangunan negara kita, Malaysia boleh berjalan dengan lancar.
Tamadun sesebuah negara amatlah bergantung kepada tahap kebudayaan negara tersebut. Di samping itu, tidak ada sesebuah negara yang dapat melangkah kepada era yang lebih majmuk dan maju jika kebudayaannya tidak dapat diwariskan dan dipertahankan. Selain daripada itu, Kebudayaan juga melambangkan identiti negara tersebut, seperti mana kepelbagaian kebudayaan yang melambangkan negara kita, Malaysia. Memandangkan kepentingan kebudayaan dalam memastikan perwarisan tamadun negara kita, persefahaman kebudayaan adalah amat penting, kepentingannya bukan sahaja penting dalam negara kita yang berbilang kaum, tetapi juga penting dari segi internasional kerana melalui persefahaman kebudayaan peperangan dan beberapa bencana buatan manusia dapat dielakkan. Justeru, “Persefahaman Budaya Asas Kebudayaan” akan dijadikan sebagai tema asas Pesta Tanglung UKM ke-34.
Maklumat-maklumat yang diperolehi akan dikemaskini, dianalisis dan disusun semula supaya dapat memberi kesedaran kebudayaan kepada masyarakat Malaysia. Melalui penganjuran Pesta Tanglung UKM ke-34, pihak kami berharap dapat memberi satu kesedaran budaya kepada masyarakat Malaysia di samping mempereratkan silaturahim antara kaum demi mencapai perpaduan nasional.
MISIMemperkenalkan budaya- budaya Tiong
Hua di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Menyatukan mahasiswa-mahasiswi berlainaan kaum melalui persefahaman budaya.
Memperkenalkan dan meningkatkan imej UKM.
MATLAMAT Mendedahkan mahasiswa – mahasiswi kepada aktiviti
kebudayaan supaya dapat mempertingkatkan keprihatinan dan kesedaran mahasiswa – mahasiswi terhadap kepentingan secara aktif dalam aktiviti bersifat kebudayaan.
Menjalinkan tali silaturahim dan memupuk persefahaman kaum yang erat di kalangan warga UKM dan masyarakat Malaysia umumnya.
Meningkatkan imej UKM di kalangan masyarakat luar.
OBJEKTIFMemperkenalkan budaya Tiong Hua yang
unik kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Mengenali budaya kaum-kaum lain melalui persefahaman budaya
PERNYATAAN MASALAHBudget bagi aktiviti ini adalah terhad
Kesukaran untuk memperoleh bahan-bahan bagi membuat barangan pameran dan hiasan
Kekurangan idea untuk membuat barang pameran
KAEDAH Menggunakan bahan-bahan yang murah dan
mudah dicari Mencari maklumat melalui laman web untuk
mendapatkan idea yang terbaik
HASILBarangan pameran yang kumpulan saya buat adalah makanan tradisi bagi masyarakat kaum Cina.
REFLEKSI
Pesta Tanglung merupakan sesuatu perayaan yang disambut
oleh kaum Cina pada setiap tahun. Melalui aktiviti ini, saya telah
memahami dengan lebih jelas lagi tentang tradisi Pesta Tanglung dan
makna sebenarnya. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti
ini, generasi muda akan dapat mempunyai kesedaran tentang
kepentingan mengekalkan warisan budaya kaum yang unik.
Penganjuran aktiviti seperti ini juga dapat memupuk kesedaran
orang ramai bahawa betapa pentingnya untuk mengekalkan warisan
budaya kaum.
Melalui program tersebut, saya telah memupuk nilai-nilai murni dalam
jiwa saya. Saya telah menyemai sikap menepati masa setiap kali
menghadiri mesyuarat bahagian. Apabila kumpulan lain
membentangkan idea mereka, saya sebagai pendengar perlu
menumpukan penuh perhatian tanpa berbual-bual dengan kawan lain.
Hal ini telah menunjukkan sikap saling menghormati antara satu sama
lain. Saya telah memupuk keyakinan diri semasa membentangkan idea
di hadapan AJK lain.
Selain itu, saya dengan AJK lain telah mengamalkan
sikap bekerjasama bagai aur dengan tebing semasa
membuat tugasan yang diberikan. Kita telah
membincangkan idea dan merancangkan projek dengan
menyumbangkan cadangan masing-masing. Kita juga
mencari bahan-bahan dan membuat barangan pameran dan
hiasan bersama-sama. Semasa membuat tugasan bersama-
sama, hubungan kita telah dieratkan.
Di samping itu, nilai kesabaran telah disemai dalam
jiwa saya melalui program ini. Contohnya, saya telah
mengunakan masa yang lama dan berhati-hati semasa membuat
barangan hiasan seperti bunga. Saya juga menunjukkan sikap
berfokus semasa menjalankan tugasan saya. Misalnya, saya
berfokus dan berhati-hati semasa mewarnai barangan hiasan
yang kecil dengan menggunakan warna poster.
Tambahan pula, sikap rajin dan bertanggungjawab turut
dipupuk melalui program tersebut. Hal ini kerana barangan hiasan
memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan, saya bersama-sama
ahli kumpulan telah rajin membuat barangan tersebut selepas waktu
kelas. Kami mengorbankan masa lapang kita untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan dengan penuh semangat. Akhirnya, tanggungjawab kami
telah dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan. Hal ini menunjukkan
kecekapan dalam melaksanakan tugasan dalam aspek pengurusan
masa.
Dalam proses membuat barangan pameran dan hiasan, kami
telah banyak menghadapai masalah seperti kekurangan budget dan
kesusahan mencari bahan-bahan. Kami pun berbincang bersama-sama
dan merancangkan cara dan idea yang terbaik untuk penyelesaian
masalah. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk membuat
barangan hiasan dengan menggunakan bahan yang tidak perlu dibeli
dan senang dicari seperti kotak. Hal ini telah menunjukkan sikap
kemampuan dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
RUJUKAN
Rujukan1.http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fblog.sina.com.cn%2Fs
%2Fblog_5938d5d7010008k8.html&h=JAQESzzn2.https://www.facebook.com/photo.php?
fbid=630370840348317&set=a.617601364958598.1073741825.132843600101046&type=3&theater
3.https://www.facebook.com/photo.php?fbid=415471218576366&set=a.259093314214158.60006.259088130881343&type=1&theater
4.https://www.facebook.com/photo.php?fbid=454253301349647&set=gm.638337592885312&type=1&theate
LAMPIRAN
TERIMA KASIH =)
Top Related