1
PEMARKAHAN
1. Isi
2. Bahasa
3. Keselarasan
4. Format
JUMLAH
SEMESTER 1
HNS 2013: KENEGARAAN
KUMPULAN D1
DISEDIAKAN OLEH
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH: ________________
ISI KANDUNGAN
Bagaimanakah sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia menyumbang kepada perpaduan negara.Bincangkan
2
No Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 4
2.0 Latar Belakang Pendidikan Malaysia 6
3.0 Sejarah Pendidikan Di Malaysia
3.1 Pendidikan Sebelum Merdeka
3.2 Perwujudan Sistem Persekolah Kebangsaan
7
4.0 Penyata Razak 8
5.0 Dasar Pendidikan Kebangsaan
5.1 Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan
5.2 Penekanan Dasar Pendidikan Kebangsaan
8
6.0 Pelan Induk Pembanguan Pendidikan(PIPP)
6.1 Enam Teras Pelan Induk Pemabngunan Pendidikan(PIPP) Dan
Strategi Pelaksanaan PIPP
10
7.0 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 12
8.0 Sukan Alat Perpaduan 12
9.0 Wawasan 2020
9.1 Target
9.2 Peranan Pendidikan Dalam Proses Pembinaan Bangsa Malaysia
12
10.0 Penubuhan Sekolah Wawasan
10.1 Pelaksanaan Sekolah Wawasan
10.2 Matlamat Sekolah Wawasan
10.3 Ciri-ciri Pelaksanaan Sekolah Wawasan
10.4 Kesimpulan
14
11.0 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP)
11.1 Konsep
11.2 Matlamat
11.3 Contoh Aktiviti Program RIMUP
11.4 Kesimpulan
17
12.0 1 Malaysia
12.1 Matlamat
21
3
12.2 Aspek-Aspek Utama 1 Malaysia
12.3 Pendidikan Dan Perpaduan Kebangsaan Di Bawah 1 Malaysia
12.4 Kesimpulan
13.0 Rukun Negara
13.1 Latar Belakang
13.2 Pengisytiharan
13.3 Ikrar
13.4 Tujuan Penerapan Rukun Negar Dalam Rancangan Kurikulum
26
14.0 Perpaduan Melalui Kurikulum Dan Aktiviti Kokurikulum sekolah
14.1 Melalui Kegiatan-Kegiatan Kurikulum
14.2 Melalui Aktivit Kokurikulum
14.3 Melalui Program-Program Yang Dianjurkan Oleh Sekolah
14.4 Melalui Kegiatan Gotong-Royong Dan Kerja Amal
14.5 Melalui Pendidikan Sejarah
14.6 Melalui Pendidikan Sivik
14.7 Melalui Program Bahasa
32
15.0 Kesimpulan 38
16.0 Rujukan 40
1.0 Pendahuluan
4
Sejarah pendidikan tidak formal negara Malaysia bermula sejak tertubuhnya kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka. Dalam tempoh beberapa abad, pendidikan di Malaysia telah
mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Secara amnya, perubahan pendidikan ini mengikut kehendak masyarakat pada masa itu
contohnya di zaman Kerajaan Melayu Melaka di mana masyarakat Melayu telah berubah
daripada zaman Hindu kepada zaman kegemilangan Islam. Zaman pemerintahan Portugis sekitar
tahun 1511 sehingga tahun 1641 dan Belanda tidak banyak membawa perubahan terutamanya
dalam bidang pendidikan kepada penduduk peribumi sehingga kedatangan Inggeris pada tahun
1786. Inggeris telah memulakan era baru dalam bidang pendidikan kepada anak peribumi waktu
itu. Walau bagaimanapun kejayaan tentera Jepun menawan Tanah Melayu pada tahun 1941 dan
memerintah sehingga tahun 1945 telah membantutkan perkembangan pendidikan Malaysia. Pada
tahun 1946 Tanah Melayu telah diambil alih oleh kerajaan Inggeris sekali lagi, dan Inggeris mula
mencorak pendidikan di tanah jajahannya sehingga pada 31 Ogos 1957 apabila negara Tanah
Melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.
Persoalan besar yang dihadapi oleh para pemimpin dan pendidik selepas kemerdekaan
ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni
masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia. Para pemimpin dan pendidik pada masa itu sedar bahawa satu-satu cara
untuk mewujudkan perpaduan(perpaduan menurut Kamus Dewan edisi empat mentakrifkan
sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya )di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.
Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina
kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.
Sebagaimana yang kita tahu sistem pendidikan merupakan asas penting bagi
membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik dari segi ekonomi, politik, dan
sosial. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan
adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang
dilaksanakan perlu selari dengan keperluan dan kesesuaian masyarakat. Dasar pendidikan yang
dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi
5
sebagai alat dan saluran untuk menyampaikan wadah perjuangan negara yang sangat
mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi merealisasikan
perpaduan bangsa kepada rakyat. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan
memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna
kulit.
Pelbagai dasar telah dijalankan kerajaan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa
perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai melalui Wawasan 2020 tidak mungkin akan
menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Jika kita lihat
sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Dalam usaha
menjanakan perpaduan, Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat
penting dalam membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi.Misi
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan
bertaraf dunia, di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa
Malaysia yang taat setia, bersatupadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan,
sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi
peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.Semua hasrat kementerian dapat dilihat
dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara kita.Berikut adalah Falsafah Pendidikan Negara
kita.
Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
http://www.moe.gov.my/?id=77&lang=my
6
Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak
mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan
bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan
sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang, 2000:xvi).
Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan
membentuk insan.
Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan dan memperdebatkan
berkenaan pelaksanaan sistem persekolahan negara dalam konteks perpaduan nasional melalui
analisis terhadap strategi yang telah dirangka oleh kerajaan Malaysia sejak sebelum merdeka
hingga kini. Kertas kerja ini akan menerangkan bagaimana pelaksanaan dan keberkesananya
sehingga sekarang.
2.0Latar Belakang Pendidikan Malaysia
Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia
tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan
kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam
usaha negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Pendidikan di Malaysia bukan sahaja
memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk
meningkatkan perpaduan antara kaum. Untuk mencapai wawasan 2020 dan menjadi negara yang
maju, perpaduan kaum memainkan peranan yang penting. Penyata Razak 1956 dengan nyata
menjelaskan bahawa pendidikan digunakan untuk mencapai perpaduan antara kaum.
3.0Sejarah Pendidikan Di Malaysia
7
Sebelum Kedatangan British
Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan
berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negeri-negeri SemenanjungTanah
Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam
datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan
sekolah pondok. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong-
royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 terdapat sekolah pondok yang
banyak di Terengganu, Kelantan dan Kedah .Ramainya tokoh-tokoh agama muncul
menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di
Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20, masih tiada
sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.
3.1Pendidikan sebelum merdeka
Kerajaan British mengamalkan dasar ‘pecah dan perintah’ ( laissez-faire) dengan
membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Ia
mewujudkan empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini
menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat berbilang
kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu
pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang
perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan
Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula
diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian. .
3.2Perwujudan Sistem Persekolahan Kebangsaan
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai
alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji
sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956.
8
4.0Penyata Razak
Laporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi teras
pembangunan pendidikan negara kita. Pertama, laporan ini mencadangkan setiap kanak-kanak
diberi peluang mendapat pelajaran apabila mencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan
perwujudan satu sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan rakyat yang
bersatu padu dan berdisiplin.
Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistem pelajaran kebangsaan
yang pertama di Tanah Melayu. Penyata Razak ini kemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
yang mengasaskan satu sistem bercirikan nasional dan menjamin tempat di sekolah-sekolah
rendah bagi setiap kanak-kanak di negara ini.
Laporan Penyata Razak mengemukakan cadangan iaitu:
Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun
1957. Ordinan ini juga mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang
sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar secara langsung berkait rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa
Melayu digunakan dalam konteks untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana
yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek.
Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.
5.0Dasar Pendidikan Kebangsaan
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam keselamatan
negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat perpaduan untuk membina rakyat
yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan. Pembangunan pendidikan mestilah
selaras dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu
kesatuan nilai untuk menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi nasional. Dasar
9
Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 sasaran Kerja Utama bagi mencapai matlamat
wawasan pendidikan. Sasaran kerja yang berkait rapat dengan aspek perpaduan dan pendidikan
ialah kurikulum Perpaduan Negara .
5.1Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran,1961,iaitu:
“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam
Ordinan Pelajaran,1957 ialah untuk menubuhkan satu system
pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politiknya.
“Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya,
Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960,telah mentafsirkan nya sebagai
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan
menyediakan tenaga kerja(“tenaga rakyat,”istilah yang digunakan oleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif ini dikhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan
bidang tugasnya ditetapkan. Ia mencerminkan hasrat Dasar Pendidikan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga manusia negara ini dalam jangka masa yang panjang dan pendek
serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. (Modul Pjj UPSI Unit8
Dasar Pembangunan Negara hlm 153)
5.2Penekanan Dasar Pendidikan Kebangsaan
10
Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap:
(i) Penguasaan dalam kemahiran membaca,menulis dan megira(3M);
(ii) Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982;
(iii) Kurikuum Bersepadu sekolah Menengah(KBSM) yang dioerkenalkan pada tahun
1989.
Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Nilai Teras Pendidikan seperti hormat-
menghormati, bekerjasama dan semangat bermasyarakat adalah penting untuk diterapkan dalam
jiwa dan sahsiah para pelajar. Nilai murni telah dilaksankan dalam kurikulum KBSR yang
menekankan konsep perpaduan kaum.
Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan adalah berdasarkan matlamat Pendidikan
Kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Nilai-nilai murni yang diterapkan
di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti menanamkan semangat cintakan nilai-
nilai suci dan membentuk sikap positif yang berguna kepada diri, agama dan bangsa. Nilai moral
ini sebenarnya di ambil dan dipetik daripada pelbagai ajaran agama seperti ajaran agama Islam,
Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Confucious.
6.0Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP )
Pelan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada 16 Januari 2007. Ia bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan
mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.
6.1Enam Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) Dan Strategi Pelaksanaan
PIPP
11
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan Enam teras strategik bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional
menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Enam teras itu adalah:
a) Membina Negara Bangsa
b) Membangunkan Modal Insan
c) Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
d) Merapatkan Jurang Pendidikan
e) Memartabatkan profesion perguruan
f) Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan
kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun2020.Matlamat PIPP
dalam membina Negara Bangsa ialah melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, patriotik,
bermoral, berpegang teguh kepada ajaran agama, penyayang, demokratik, liberal, berbudaya
saintifik dan hidup bersatu padu.Antara strategi perlaksanaannya ialah:
(i) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
(ii) Memperkasa Bahasa Kebangsaan
(iii) Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam
(iv) Memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa.
Agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah Teras strategik yang ketiga di
dalam PIPP 2006-2010 bermatlamat iaitu:
(i) Sekolah Kebangsaan sebagai aliran perdana dan menjadi pilihan utama masyarakat
(ii) Sekolah Kebangsaan sebagai wahana yang paling sesuai untuk perpaduan kaum
Kedua-dua matlamat ini perlu didokong bersama kerana kita yakin bahawa Sekolah
Kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat
cinta akan negara dalam diri anak-anak didik kita. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006))
12
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti
dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara. Matlamat negara ialah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan dengan
menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Semua sekolah pelbagai aliran dibina dalam satu kompleks
(ii) Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat/ Kerajaan Negeri serta Sekolah ‘Missionary’
selaras dengan sistem pendidikan Negara.
(iii) Memberi penekanan kepada tema dan fokus perpaduan di dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum
(iv) Sekolah Wawasan
(v) SBP Integrasi
7.0Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat
Malaysia.Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui
kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada
tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu,
tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan
rakyat Malaysia.
8.0Sukan Alat Perpaduan
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-
Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia
(SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara
negeri.
13
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah
menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi
sokongan dan dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.
9.0Wawasan 2020
Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir
Mohamad pada 28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika
zaman pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun
pemerintahannya, Jepun menjadi negara maju setanding dengan negara maju lain.
Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang
kuat membaca dan mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita.
Beliau mempunyai pandangan yang jauh dan bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun
2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri yang maju di dunia.
9.1Target
Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan
tersendiri setanding negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di
negara-negara maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan
kemajuan bersepadu.
Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik,
ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian
maruah bangsa serta semangat keyakinan bangsa.
Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan
Malaysia sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.
Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9
cabaran yang perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.
14
9.2Peranan Pendidikan Dalam Proses Pembinaan Bangsa Malaysia
Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada
Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depanmasyarakat Malaysia yang
bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020
(i) Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
(ii) Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
(iii) Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
(iv) Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.
(v) Pembentukan Masyarakat yang Toleran
(vi) Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
(vii) Pembinaan Masyarakat Penyayang
(viii) Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
(ix) Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur
Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya dan dingatkan bahawa
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN negara.
10.0Penubuhan Sekolah Wawasan
Kementerian Pendidikan giat merancang dan melaksanakan program Sekolah Wawasan.
Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya
reaksi negatif daripada pihak pembangkang.Dalam hal ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang
agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan
melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa
depan.
10.1Pelaksanaan Sekolah Wawasan
Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu
bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.Konsep ini bermaksud
dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang
15
sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat
sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya.
Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan
nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara
kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi.
10.2Matlamat Sekolah Wawasan
Antara matlamat yang ingin dicapai dalam penubuhan sekolah wawasan adalah:
(i) Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid dari pelbagai bangsa, latar
belakang dan fahaman agama.
(ii) Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
(iii) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
(iv) Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
10.3Ciri-Ciri Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan
a)Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan
Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran
(SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar masing-
masing. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah,
lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan terus kekal seperti yang
diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan,
Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain) bagi
16
aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.Pelaksanaan Sekolah
Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah berkenaan.Warga Sekolah Wawasan
digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti kantin, lapangan
perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.
Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru dari
setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan
dan keselamatan sekolah.Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada
Guru Besar dari Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada
satu atau dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga
Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil).
Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam
urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan kepada
sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid.Makanan yang disediakan adalah makanan yang
halal dan juga mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum.
b)Kurikulum dan Bahasa Pengantar
Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di
Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan
SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi
jenis aliran sekolah.Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut
jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang
telah ditetapkan.
c)Kokurikulum
Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah
Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.Bahasa pengantar
17
masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh sekolah
masing-masing.
Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti
kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah masing-
masing.Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah
wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai
ramai penyertaan.
Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah
digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin
secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan acara-acara
tersebut secara berasingan.
Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil
juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan.Sekolah-
sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan perhimpunan-perhimpunan
lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
10.4Kesimpulan
Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang bersatu
padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak
berbelah bahagi terhadap bangsa dan Negara.Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak
kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk
kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat
penting iaitu dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan saling memahami antara satu
sama lain.
18
11.0Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnyatelah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke
semua sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2005.KPM memandang
berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai
kaum d i s eko l ah supaya wu jud ke se f ahaman dan pe rpaduan an t a r a mereka.
Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasanahormat-
menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum
yang lain.KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul
mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat
tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat.Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan
hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.
11.1Konsep
RIMUP ini menekankan kepada penglibatan dan kerjasama murid-murid dari ketiga-tiga jenis
sekolah yang jenis sekolah yang berkenaan di bawah:
a) Penggabungan kegiatan-kegiatan khas,
b) Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah;
c) Perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang sedia ada
11.2Matlamat
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan,memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu
menghadapicabaran kolektif dan bersepadu.
RIMUP meliputi aktiviti-aktiviti bercorak integrasi kaum melibatkan tiga sekolah
berlainan aliran terutamanya daripada kawasan yang berhampiran.Projek-projek yang
19
dilaksanakan itu akan melibatkan penggabungan kegiatan-kegiatan khas, penggunaan bersama
kemudahan dan peralatan sekolah serta perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman
dan kepakaran yang ada.
Matlamat akhirnya ialah perpaduan kaum antara pelajar daripada ketiga-tiga aliran
persekolahan.Konsep kesefahaman, kerja sama, tolong menolong, muhibah dan toleransi antara
pelajar daripada ketiga-tiga jenis aliran persekolahan ini juga adalah unsur-unsur yang akan
disemai menerusi program RIMUP.
11.3Contoh Aktiviti Program RIMUP
Antara kegiatan-kegiatan khas yang dicadangkan untuk dilakukan secara bersama ialah
seperti merentas desa, lumba jalan kaki, bola sepak, bola keranjang, bola baling, sukaneka dan
juga kegiatan-kegiatan bercorak khidmat masyarakat seperti gotong royong membersihkan dan
mengindahkan kawasan sekolah.
1. Para guru dan murid serta warga sekolah dalam program RIMUP ,organisasi PIBG
menubuhkan biro RIMUP supaya penglibatan PIBG dapat ditingkatkan lagi bagi menyokong
aktiviti yang dilaksanakan.
2. Pihak sekolah mengadakan pelbagai promosi program RIMUP dan kempen kesedaran
supaya masyrarakat setempat mengunakan lokasi umum bagi tujuan memudahkan pihak
masyrakat setempat turut serta .
3. Sekolah-sekolah swasta harus melibatkan diri dalam semua aktiviti RIMUP dan KPM perlu
memberi penekanan kepada sekolah-sekolah ini dalam usaha mewujudkan integrasi nasional
dalam kalangan pelbagai kaum di semua jenis sekolah.
20
4. Pihak sekolah perlu meminjam peralatan ,tenaga dan kepakaran ,kemudahan bagi
memastikan semua aktiviti RIMUP boleh mencapai matlamatnya.Senarai kemudahan peralatan
perlu disediakan dan dikongsi dengan sekolah yang terlibat .Pengunaan peralatan secara kolektif
akan menjalin kejayaan aktiviti.
5. Pengunaan ICT dengan optimum dalam usaha melibatkan murid dari pelbagai kaum
untuk berinteraksi melalui laman web ,laman web sekolah sosial dan khidmat ( SMS) serta
pengunaan e-mail. Di samping itu,integrasi juga dapat dipupuk melalui pertandingan rekacipta
yang berunsurkan budaya pelbagai kaum
6. Aktiviti-aktiviti kenegaraan iaitu Jalur Gemilang pada tali leher,tanda nama pada murid
dengan aktiviti-aktiviti menfokuskan tokoh-tokoh Negara serta pengetahuan tempat-tempat
bersejarah terutamanya hari kemerdekaan dalam program RIMUP.
7. Aspek kenegaraan dengan menitikberatkan prinsip Rukunegara di perbanyakkan dalam
bentuk buku-buku dan maklumat dalam pusat sumber sekolah dengan kerjasama KPM dalam
pembinaan laman web yang berkaitan dengan program RIMUP di pertingkatkan dari masa ke
masa.
8. Perlaksanaan program RIMUP dari segi akademik dengan aktiviti-aktiviti akademik
seperti khidmatrunding,bimbingan kaunseling,program motivasi dancara-cara menjawab
soalan dapat mengeratkan perpaduan nasional.
9. Program-program berunsurkan pelbagai kebudayaan seperti pertandingan
congkak,mereka cipta tanglung, pertandingan slogan kenegaraan yang terbaik dengan
penglibatan terutamanya ibubapa dapat mengeratkan perpaduan pebagai kaum di Negara ini
dengan kerjasama PIBG.Pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam usaha melibatkan ahli
masyrakat dalam aktiviti kokurikulum pelbagai kaum.
21
11.4Kesimpulan
Teori hujah-hujah di atas dapat membantu perpaduan Negara berasaskan RIMUP,
perlaksanaan program-program memerlukan biro jawatan kuasa di peringkat dan peringkat
sekolah di mana semua jabatan yang terlibat perlu merancang bermula dari idea-idea yang
dipraktiskan dengan mengambil kira bajet dari KPM,tempoh perlaksanaan ,ahli-ahli jawatan
kuasa yang terlibat,pernilaian makro dan mikro ,perlaksanaan program adakah memenuhi
objektif KPM dan sebagainya .
Sebagai rumusan,penglibatan semua pihak iaitu peruntukan bajet dari KPM dengan
program-program RIMUP peringkat nasional dan negeri, guru dan murid sekolah,serta sokongan
terutamanya ibubapa murid adalah amat penting untuk mencapai perpaduan Negara.
12.0 1 Malaysia
Malaysia terdapat pelbagai kaum dan agama. Dengan itu, rakyat Malaysia perlu bergerak
seiring sebagai satu bangsa yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama.
Perpaduan perlu diperkukuhkan bagi mewujudkan negara yang lebih aman, maju, selamat dan
makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, , YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
telah memperkenalkan Konsep “1 Malaysia” pada tahun 2009. Motonya “rakyat didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini selari dengan peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Konsep ini juga menekankan
sikap penerimaan antara kaum di Malaysia agar semua pihak saling hormat-menghormati antara
satu sama lain dalam aspek budaya, bahasa dan agama.
22
12.1Matlamat
“1Malaysia” bermatlamat mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam
pelbagai aspek yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya. Kelebihan ini
akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk kita menghadapi sebarang cabaran.
Melalui slogan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu “Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan”, “1 Malaysia” juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat.
12.2Aspek-Aspek Utama 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia terdapat dua aspek utama yang perlu dilaksanakan. Dua aspek utama adalah
seperti berikut:
Aspek 1: Teras-teras Perpaduan
Penerapan teras-teras perpaduan perlulah menjadi budaya dan amalan semua rakyat Malaysia.
Teras perpaduan merupakan komponen utama yang menguatkan semangat bersatu padu di
kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang
sepatutnya menjadi amalan dan praktis rakyat di Malaysia.
(a) Teras-teras perpaduan
1. Penerimaan: 1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya
agar dapat kita hudup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai
rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-
mata.
2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara.
3. Keadilan Sosial: semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak
akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum
23
yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-
peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang
memerlukannya akan tetap dilaksanakan.
(b) Penerapan nilai-nilai murni
1. Hormat-menghormati: semua kaum menghormati adar resam serta budaya kaum
lain. Dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat mengenai kaum lain dan tidak
menyentuh persoalan peruntukan-peruntukan undang-undang mengenai sentiviti
kaum.
2. Rendah hati(Tawadhuk): perasaan insaf bahawa setiap rakyat hidup dalam satu
negara yang sama secara harmoni. Setiap kaum serta setiap individu mempunyai
kelemahan dan kelebihan sendiri, kita harus memanfaatkan kelebihan masing-masing
untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.
3. Kesederhanaan: Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk, kita perlu
mengamalkan nilai sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit kerana tindakan atau
kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima oleh semua pihak malahan boleh
membawa ketida stabilan sosial yang lebih parah.
4. Berbudi bahasa: bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih era,
tuturkata dan tingkahlaku yang tertib dan berpaksikan kesantunan perlu diamalkan
dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain.
Aspek 2: Nilai-nilai Aspirasi
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
dalam konsep “1 Malaysia”. Nilai-nilai aspirasi ini diharap dapat menyatu padukan rakyat
Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu negara. Lapan
nilai-nilai aspirasi tersebut adalah:
24
1) Budaya Berprestasi Tinggi: setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mesti
mencapai tahap yang terbaik. Masyarakat yang berdaya maju tidak boleh wujud sikap
sambil lewa dan “acuh tak acuh”.
2) Budaya Ketepatan: rakyat Malaysia perlu mengenali dengan budaya ketepatan
termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua
tugas dan kewajipan untuk mencapai status negara maju.
3) Budaya Ilmu: rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi akan mendorong sesebuah
negara benar-benar maju dan berjaya. Sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan
kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
4) Integriti: melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab dengan integriti yang tinggi
agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak.
5) Ketabahan: rakyat Malaysia seharusnya mempunyai sifat tidak mudah mengaku kalah,
sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi dalam bidang yang diceburi.
6) Kesetiaan: sedia untuk berbakti dan berkorban untuk negara yang tercinta.
7) Kebijaksanaan: tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati danperasaan
mana-mana pihak dengan cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh
berkhemah dan teliti.
8) Budaya Inovasi: sebagai rakyat Malaysia, kita mesti mempunyai kesediaan untuk
mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.
12.3Pendidikan Dan Perpaduan Kebangsaan Di Bawah 1 Malaysia
Berdasarkan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996, terdapat beberapa aliran
yang menggunakan medium pengajaran yang berbeza merentas tahap sekolah rendah, sekolah
menengah dan pengajian tinggi. Justeru, pelajar-pelajar boleh mempelajari bahasa ibunda
komuniti masing-masing.
25
Sistem pendidikan Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya dan bahasa,
terutamanya pada tahap sekolah rendah. Bagi membina identiti kebangsaan dan semangat
patriotism, satu kurikulum daan sukatan pelajaran yang sama dimanfaatkan. Bahasa Malaysia
diwajibkan di sekolah rendah Cina dan Tamil, sementara Bahasa Inggeris adalah wajib kepada
semua.
Pada peringkat sekolah menengah, sekolah menengah kebangsaan (SMK) adalah
kebanyakan pelajar di tiga aliran pergi. Terdapat juga sekolah agama Islam, sekolah Persendirian
Cina dan sekolah dwibahasa Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris.
Dengan itu, sistem pendidikan dapat mengahasilkan para pelajar yang berupaya bahasa
berbeza (Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab).
Selain itu, bahasa yang berbeza membolehkan rakyat Malaysia berkomunikasi dan meneroka
peluang pembelajaran dan perniagaan dalam pasaran-pasaran utama di dunia. Contohnya China,
India, negara-negara Islam dan Barat. Ini menjadi satu kelebihan bagi rakyat Malaysia kerana
berupaya pelbagai bahasa dapat meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara
perdagangan utama dunia sekiranya kelebihan ini ditambah baik dan dimanfaatkan dengan
sewajarnya.
Tetapi terdapat cabaran untuk meningkatkan lagi penguasaan dan kecekapan setiap
bahasa yang penting ini, terutamanya bagi kebanyakan pelajar menguasai pelbagai bahasa
bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pemindahan linguistik dan budaya tiga komuniti utama
dibenarkan di pelbagai aliran pada peringkat sekolah, hakikatnya sampai keperingkat sekolah
menengah dan pengajian tinggi pelajar daripada kaum yang berbeza condong terus terpisah.
Justeru, untuk menggalakkan integrasi dalam sistem pendidikan formal terdapat keperluan
terhadap usaha yang berterusan dan inisiatif baru. Oleh itu, beberapa langkah awal sudah diambil
dan juga beberapa langkah yang akan ditambahkan dengan idea-idea baru, termasuk:
(a) sekolah kebangsaan perlu meningkatkan kualiti dari segi kecemerlangan dalam
pengajaran dan pembelajaran sebagai sekolah pilihan bagi semua pelajar(tanpa mengira
kaum atau agama). Memperuntukan bahasa ibunda dan lebih pelbagai keterangkuman
dari segi suasana, sebagaimana kesnya badi beberapa sekolah-sekolah mubalighutama di
kawasan bandar.
26
(b) Untuk menggalakkan interaksi antara pelajar SK dengan SJK, Rancangan Integrasi
Murid-murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang lebih ekstensif dan berkesan perlu
dilaksanakan.
(c) Seklah Berasrama 1 Malaysia digalakkan dengan menjadi sekolah berasrama semasa
lebih berciri pelbagai kaumdalam komposisi pelajar dan menubuhkan sekolah asrama
berkualiti tinggi yang terbuka kepada semua.
(d) Sebagai tambahan kepada pelbagai skim biasiswa kerajan yang sedia ada, pelajar
berprestasitinggi dianugerahkan biasiswa kebangsaan secara ketatnya berdasarkan merit
untuk pelajar menyambung pengajian di universiti antarabangsa terkemuka.
(e) Menyediakan insentif dan dermasiwa tambahan kepada pelajar Bumiputera untuk
menjadikan IPT swasta lebih berciri pelbagai kaum dalam komposisi pelajar.
Guru yang mempunyai pengetahun disediakan , membekalkan daya sesedaran dan
kemahiran yang menjadikan mereka sentitif terhadap latar belakang pelajar yang berbeza-
beza dan menangani perhubungan antara kaum dalam kaedah yang positif dan pro-aktif.
12.4Kesimpulan
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia, tanpa mengira
keturunan, etnik, agama malah kefahaman politik harus menghayati dan menerapkan teras-teras
perpaduan dan nilai-nilai aspirasi supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang
maju, aman, damai dan sejahtera dipersada dunia.
13.0Rukun Negara
13.1Latar Belakang
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun
kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei
1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan
tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam
27
Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan
dan kestabilan Malaysia.
13.2Perisytiharan
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
13.3Ikrar
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan Kepada TuhanKesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7957-rukun-negara.html
Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan,
berakhlak mulia,bertanggungjawab, setia kepada Negara dapat direalisasikan ke arah:
(i) Perpaduan kaum dan polariasi kaum;
(ii) Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan;
(iii) Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
(iv) Penerapan nilai-nilai Islam dan
(v) Pembentukan insane yang harmonis dan seimbang
28
Kesemua penyataan di atas menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara yang
mengamalkan prinsip-prinsip mulia untuk menjadi warganegara yang bersatu padu, demokratik,
adil, toleransi, progresif dan hidup dalam suasana aman dan makmur.
13.4Tujuan Penerapan Rukun Negara Dalam Rancangan Kurikulum
Pada era pasca kemerdekaan lewat alaf ketiga ini, perpaduan kaum dilihat semakin rapuh.
Generasi baharu terutama yang lahir selepas dekad 90-an seperti sudah hilang arah dan pedoman
berkaitan penghayatan dan amalan Rukun Negara. Maka, kerajaan melalui Jabatan Penerangan
Malaysia kembali menjalankan kempen Rukun Negara sejak 5 tahun lepas hingga tahun 2020
bagi memberi kefahaman yang jelas terhadap amalan menghayati Rukun Negara.Pihak sekolah
menjadikan amalan membaca ikrar Rukun Negara dalam perhimpunan rasmi yang diadakan pada
setiap minggu.Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia yang terbentuk pada 31 Ogos
1970 oleh Majlis Gerakan Negara yakni setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Persoalannya sejauh manakah penghayatan
terhadap Rukun Negara ini menjamin perpaduan masyarakat?
Seiringan dengan persoalan yang dibangkitkan, kepercayaan kepada tuhan merupakan
doktrin pertama dalam Rukun Negara. Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan
yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama
dilarang sama sekali. Sehubungan dengan hal ini, mengikut lunas agama Islam, setiap individu
masyarakat sewajarnya berpegang teguh kepada konsep dosa dan pahala serta ganjaran syurga
dan neraka. Manakala, penganut agama Hindu percaya pada konsep “kelahiran semula”.Justeru
setiap individu masyarakat yang ampuh pendirian agamanya akan sentiasa memastikan mereka
tidak tergelincir daripada landasan keagamaan anutan masing-masing. Individu yang memiliki
kemantapan iman di dada sentiasa akur akan kehendak agama masing-masing dan sentiasa
memastikan mereka menjadi kebanggaan dan menyumbang kepada pembangunan diri,
masyarakat dan negara dengan berpaksikan pegangan yang utuh terhadap agama
29
mereka.Sesungguhnya, tiada satu agama pun di dunia ini yang mengajar umatnya hidup
berpecah-belah.Mutiara kata Benjamin Franklin “Manusia masih berbuat jahat padahal sudah
ada agama, bagaimana jadinya kalau tidak ada agama?”.Di Malaysia, meskipun rakyatnya
menganuti agama yang berbeza-beza, namun asas kepercayaan kepada tuhan ini menjadi teras
pemupukan keharmonian antara kaum.Buktinya, belum pernah terakam insiden pergaduhan
kaum setiap kali perayaan Maulidur Rasul, Thaipusam mahupun Baihakhi dirayakan.Tuntasnya,
prinsip kepercayaan kepada Tuhan telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara
bagi menjamin keharmonian masyarakat.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kesetiaan kepada raja dan negara turut memainkan
peranan vital dalam pembentukan prinsip rukun negara.Hal ini demikian kerana, Malaysia
mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan
Negara membawa konotasi, bahawa setiap warganegara menumpukan sepenuh taat setia, jujur
dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Sebagaimana yang
kita sedia maklum, raja merupakan teraju utama, payung negara serta penaung tunggak kekuatan
dalam sesebuah negara.Tanpa naungan raja ibarat bahtera tanpa nakhoda.Lantaran itu, jika kita
berada di bawah payung yang begitu selamat pasti kita akan lebih bersemangat untuk menjaga
nama baik negara.Selagi rakyat tetap berpegang pada prinsip, “Raja adil, raja disembah…”,
maka kerukunan negara akan terus terpelihara. Meskipun realiti pernah memperlihatkan institusi
diraja beberapa kali dicabar dan dipertikaikan, namun sentimen rakyat yang masih menghormati
institusi diraja ini tetap utuh dan tidak akan goyah sama sekali. Senario ini jelas membuktikan
bahawa rakyat di bumi Malaysia ini masih memerlukan penaung negara yang menjadi tunjang
kekuatan ummah. Sekali gus situasi ini memanifestasikan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa
meletakkan keharmonian sebagai kunci kejayaan dan kemapanan negara. Lantaran itu, atas rasa
hormat terhadap institusi beraja, maka segala sentimen yang tercetus dapat dijernihkan. Sebagai
intiha, kesetiaan kepada raja dan negara merupakan tunjang kekuatannegara bagi menjamin
keharmonian masyarakat.
30
Jika ditinjau dari perspektif yang berbeza, keluhuran perlembagaan merupakan prinsip
ketiga dalam pembentukan Rukun Negara. Prinsip ini menekankan perihal perlunya rakyat
menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan negara yang
berperanan sebagai sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya adalah untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan perlembagaan
negara.Perlembagaan negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak
di negara ini.Dengan demikian perlembagaan ini merupakan satu kontrak sosial rakyat yang
tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana
pihak.Perlembagaan Malaysia juga menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi
rakyat di negara ini.Dalam konteks negara kita, setiap aspek kehidupan semuanya telah
dipelihara oleh perlembagaan secara adil dan saksama.Misalnya dari segi hak mendapatkan
pendidikan secara percuma hinggalah kepada hak untuk memilih teraju utama negara.Semuanya
telah termaktub dalam perlembagaan yang digubal sebaik-baik mungkin demi kesejahteraan
setiap rakyat. Maka,rakyat tidak berhak mempertikaikan sebarang perkara yang telah termaktub
dalam perlembagaan negara.Izhar sekali bahawa, keluhuran perlembagaan merupakan
tunjangnegara bagi menjamin keharmonian masyarakat.
Selari dengan isu yang difokuskan,kedaulatan undang-undang merupakan antara prinsip
Rukun Negara keempat yang wajar ditekankan oleh setiap individu bagi menjamin keharmonian
negara.Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang yakni setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat
dan bernegara tidak aman dan stabil.Oleh itu, undang-undang negara dijamin oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa.Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan
undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan,yakni semua anggota masyarakat akan berasa
selamat.Misalnya, setiap kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa, sudah pasti akan diberi
perhatian dari segi perundangan agar pihak plaintif mahupun defenden mendapat hak dan
pembelaan yang sewajarnya. Hieraki mahkamah yang wujud di negara kita membuktikan
31
bahawa sistem perundangan kita amat telus dan jauh daripada sebarang unsur penganiayaan.
Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang
serta perkara-perkara yang dijamin oleh perlembagaan negara. Pendek kata, kedaulatan undang-
undang merupakan antara prinsip yang wajar dititikberatkan oleh segenap lapisan masyarakat
bagi menjamin keharmonian masyarakat.
Jika dilihat dari kaca mata yang berbeza, nilai kesopanan dan kesusilaan memainkan
peranan yang tidak kurang pentingnya dalam pembentukan Rukun Negara bagi menjamin
perpaduan masyarakat. Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun
dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni. Tatasusila ini mengutuk tingkah laku dan perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah
kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Nilai hormat-
menghormati , jujur, ikhlas, amanah dan sebagainya, wajar diterapkan dan dihayati oleh setiap
rakyat agar mampu mewujudkan suasana yang aman dan harmoni pada bila-bila masa dan di
mana-mana juga. Seperkara lagi, pelajar sayugia mempamerkan ketinggian sahsiah agar tidak
terjerumus dalam kancah maksiat ibarat kata pepatah Melayu dahulu kala, “terlajak perahu boleh
digalang, terlajak perbuatan binasa padahnya”.Dalam konteks ini, mereka bukan sahaja perlu
mengetahui, memahami dan menghayati nilai-nilai murni, malah jauh lebih penting ialah mereka
wajar mengaplikasilkannya serta memanifestasikannya dalam pertuturan dan tingkah
laku.Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.Jelaslah bahawa, nilai
kesopanan dan kesusilaan amat penting dalam pembentukan Rukun Negara bagi menjamin
keharmonian masyarakat.
Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum adalah atas
kesedaran bahawa:
(i) Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan
pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak kita;
32
(ii) Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh mengikut nilai-nilai dan
norma-norma masyarakat yang kita cita-citakan.
Justeru, adalah penting bagi kanak-kanak diserapkan nilai-nilai murni dalam proses
pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di
antara kaum.
Konklusinya, prinsip kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan merupakan
antara lima prinsip asas dalam Rukun Negara yang patut diaplikasikan dalam kehidupan sehari-
harian oleh setiap individubagi menjamin keharmonian masyarakat. Setiap warga Malaysia perlu
berusaha bersama-sama memperkukuh perpaduan nasional. Kita harus mempertahankan dan
meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin dalam kalangan warga yang berlatarbelakangkan
pelbagai agama, etnik dan ,budaya.Kita harus terus istiqamah dalam membina satu kesamaan
identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran negara Malaysia selaras dengan prinsip dan
gagasan 1Malaysia. Penghayatan terhadap Rukun Negara secara keseluruhannya akan mampu
melahirkan generasi yang benar-benar patriotik dan berkomimen dalam usaha menjulang
martabat negara. Keupayaan Malaysia menterjemahkan makna keharmonian mengikut acuan
kita sendiri, sesungguhnya sentiasa menjadi ikutan bagi banyak negara di seantero dunia.
Sesungguhnya Malaysia mampu menjadi “role model” yang terbaik dalam usaha melestarikan
keharmonian negara dengan berpegang teguh atas prinsip-prinsip Rukun Negara. “Kita tidak
mahu memiliki infrastuktur kelas pertama tetapi mentali kelas rakyat ketiga…”.Petikan kata-kata
Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjelaskan bahawa untuk meletakkan kita sebagai rakyat yang
bermentaliti pertama,antara dorongan positifnya ialah penghayatan terhadap Rukun Negara.
Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Nilai Teras Pendidikan seperti hormat-menghormati,
bekerjasama dan semangat bermasyarakat adalah penting untuk diterapkan dalam jiwa dan
sahsiah para pelajar. Nilai murni telah dilaksankan dalam kurikulum KBSR yang menekankan
konsep perpaduan kaum.
33
14.0Perpad uan melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah
Perpaduan, merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapat dicapai melalui
dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hasrat kerajaan melalui dasar, pelan dan
program yang sistematik ini perlu difahami oleh pelajar yang akan menjadi tonggak negara
kelak. Perpaduan kaum akan dapat diwujudkan melalui aktiviti di sekolah. Sekarang marilah
kita lihat antara kegiatan atau aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah demi menyemaikan nilai
perpaduan di dalam jiwa para pelajar.
14.1Melalui kegiatan-kegiatan kurikulum
Dalam hubungan ini, kita sebagai seorang guru memainkan peranan yang sangat penting.
Kita mesti menunjukkan contoh yang baik dalam usaha menyedarkan para pelajar betapa
pentingnya perpaduan kaum dan pertentangan antara kaum tidak menguntungkan sesiapa. Para
pelajar harus sedar, ” Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh”. Hakikat ini perlu disedari dan
dihayati bersama. Di dalam kelas, semua kegiatan kurikulum hendaklah melibatkan semua
pelajar tanpa mengira kaum. Para pelajar harus diberi galakan untuk berinteraksi dan bergaul
antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, perbahasan, forum dan kegiatan
akademik yang lain perlu disertai oleh semua pelajar untuk mencapai tujuan di atas.
Kita tidak seharusnya mengamalkan diskriminasi dan memperlihatkan sikap perkauman.
Ianya adalah tanggungjawab kita untuk membimbing para pelajar agar bermesra dan
berinteraksi secara positif. Kerjasama dan komitmen kita dan sekolah merupakan faktor utama
yang dapat membendung masalah perkauman antara pelajar.
34
14.2Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum
Di samping kegiatan di dalam bilik darjah, kerjasama antara pelajar berlainan bangsa
boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburi bidang sukan dan
permainan, aktiviti kelab dan persatuan dan aktiviti unit beruniform.Aktiviti yang melibatkan
tradisi-tradisi warga Malaysia harus diserap ke dalam aktivit kokurikulum. Contohnya,semasa
perkhemahan badan beruniform kita boleh memasukkan program tarian melayu atau tarian singa
semasa sesi suai kenal (ice-breaking), program memasak roti canai semasa latihan memasak di
dalam hutan dan lain-lain aktiviti yang memberi peluang untuk para pelajar menghayati aktiviti-
aktiviti tradisi kaum yang berlainan.
a.Aktiviti permainan dan sukan
Selain daripada menyihatkan tubuh badan,sukan juga dapat meneguhkan lagi pembentukan sikap
kenegaraan dan moral,misalnya melalui permainan bola sepak dan bola tampar,pelajar
berpeluang:
(i) Berinteraksi dengan pelbagai kaum.
(ii) Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan.
(iii) Bekerjasama dalam pasukan.
(iv) Mengamalkan sikap tolenrasi terhadap rakan.
b.Aktiviti kelab dan persatuan.
(i)Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
(ii) Berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan.
(iii) Perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab dan persatuan
mereka.
c.Aktiviti Unit Beruniform
35
(i) Membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat, berkhemah, gotong-royong, latihan
kecemasan dan lain-lain.
(ii) Menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan semangat kemasyarakatan.
(iii) Melatih pelajar menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.
Kesimpulannya, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan
beruniform akan mengajar para pelajar berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Kegiatan-kegiatan
ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan menghargai pendapat atau pandangan rakan.
Melalui kegiatan kokurikulum ,kita dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-
pelajar antara kaum.
14.3 Melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah
Selain daripada aktiviti kurikulum dan kokurikulum ini, demi memperkukuhkan
keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajar, mereka boleh didorong
untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, pelajar perlu diberi
kesempatan untuk merancang aktiviti-aktiviti penting di sekolah. Mereka boleh diberi peluang
untuk merancang program sambutan Hari Kanak-kanak, temasya sukan tahunan dan pesta Hari
Kantin dan lain-lain lagi. Penglibatan pelajar ini semestinya akan mendorong mereka untuk
berinteraksi dan bergaul. Mereka dapat bertukar-tukar idea dan saling memahami seterusnya
merapatkan hubungan sesama pelajar.
Selain itu, para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan sambil belajar,
perkhemahan dan perkelahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini sudah tentu menggalakkan mereka
untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, para pelajar juga boleh digalakkan mengadakan
jamuan di dalam kelas. Pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, pelajar-pelajar
Islam patut mengadakan jamuan Aidilfitri di dalam kelas, begitu juga dengan perayaan-perayaan
lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Dengan merayakan perayaan kaum-
kaum lain, impak yang kukuh boleh disemaikan dalam hubungan persahabatan antara kaum.
36
Sesungguhnya aktiviti-aktiviti seperti ini, dapat menjalinkan hubungan mesra antara pelajar
berlainan kaum tanpa perasaan curiga dan prasangka.
14.4 Melalui kegiatan gotong-royong dan kerja amal
Para pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong-menolong dan toleransi.
Contohnya kegiatan gotong-royong yang dianjurkan diperingkat sekolah dapat mewujudkan
semangat yang sayangkan sekolah, cintakan kebersihan dan memupuk semangat muhibah antara
pelajar. Melalui kerja-kerja amal pula seperti mengadakan pungutan derma bagi mereka yang
memerlukan bantuan dan pungutan makanan-makanan semasa atau sebelum perayaan untuk
rumah-rumah yatim atau rumah-rumah warga tua adalah satu usaha murni. Hal ini sangat sesuai
untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada pelajar dalam perkara-
perkara kemasyarakatan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.
14.5 Melalui Pendidikan Sejarah
Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di sekolah menengah.
Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan kita sebagai warga pendidik, perlu
menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotisme bagi tujuan penyatuan perpaduan
dan pembangunan kewarganegaraan. Pelajar perlu peka bahawa asas-asas pembinaan negara
bangsa ini merujuk kepada pendidikan Sejarah. Sejarah awal ketamadunan bangsa, sejarah
perjuangan bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu dimantapkan
dalam kurikulum sekolah. (Ahamad Fawzi,2007)Pendidikan Sejarah berperanan sebagai alat
sosialisasi bagi pembinaan bangsa Malaysia. Mata pelajaran sekolah mempunyai kaitan erat
dengan proses perpaduan kaum dan membina masyarakat yang bersatu padu di negara ini. Kita
perlu jelas bahawa mata pelajaran Sejarah amat penting untuk mendidik pelajar mengenal erti
nilai patriotisme, nasionalisme da identity bangsa.
37
Pendidikan Sejarah mempunyai peranan besar untuk generasi muda supaya celik sejarah
seperti menghargai semangat juang generasi terdahulu mempertahankan hak dan rasa cinta akan
tanah air demi kemakmuran bangsa dan negara. Contohnya pelajar digalakkan menyambut Hari
Kemerdekaan melalui kempen mengibarkan jalur gemilang. Hal ini, dapat melibatkan penyertaan
semua pelajar untuk menyertai perarakan sekaligus memupuk nilai perpaduan.
14.6Melalui Pendidikan Sivik
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan
peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menengah bagi melahirkan murid yang
patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Selaras
dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan
pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan
tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam KBSM.(Panel Penulis
Pusat Perkembangan Kurikulum,2004)Melalui pendidikan sivik, pelajar dididik supaya
menghormati hak orang lain, membentuk peribadi mulia dan menjadi model kepada rakan-rakan,
mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar sekolah. Mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan yang diajar di sekolah akan mewujudkan semangat kekitaan dan sikap
bertanggungjawab pelajar terhadap diri, sekolah, masyarakat dan negara. Contohnya mereka
tidak akan membuang sampah merata-rata tempat demi menjaga keselesaan orang lain dan alam
sekitar. Hal ini akan mendorong wujudnya hubungan baik sesama insan dan secara tidak
langsung hubungan dapat dipereratkan.
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan dapat mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang
boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Anak muda dapat
memahami pelbagai agama,tradisi, dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu.Di samping itu, melalui pendidikan ini dapat menjelaskan usaha
kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progesif, dinamik dan patriotik. Pembelajaran mata
38
pelajaran ini dapat menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap
pembangunan negara. Mudah-mudahan anak murid dapat mengetahui cara-cara menangani
cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan ini mempunyai objektif bernilai antaranya
mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri,masyarakat dan negara. Seseorang dapat
menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.Seterusnya
berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat.Dengan ini
masyarakat Malaysia dapat menghargai alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
Pendidikan ini menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang
bertanggungjawab ,cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Seterusnya ,
pendidikan juga menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan
kehormanian negara dan sejagat.
Keseluruhannya, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi kesedaran kepada
murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk
melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh
menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
14.7 Melalui program Bahasa
Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan
antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah.
Contohnya dengan mmenganjurkan Minggu Bahasa, pelajar digalakkan menyertai pertandingan
deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen.
Melalui aktiviti ini, pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
15.0Kesimpulan
39
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam
konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad
ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk
memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan
perubahan sosialisasi masyarakat hari ini..
Sebagaimana yang kita boleh lihat perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata
mengalami banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas
merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang
sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor
pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik
kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.
Dengan adanya aspek-aspek pendidikan yang berasaskan kesepaduan , hasrat Falsafah
Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan potensi individu yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,perpaduan rakyat dijangka boleh dicapai bila-bila
masa .
Untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu
berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru.
Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak
kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan
Wawasan 2020.
Kita sebagai warga pendidik perlu menyedari betapa pentingnya tujuan untuk
memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi
negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan
diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran negara.
40
Secara tuntasnya, komitmen daripada semua pihak dalam dunia pendidikan khususnya
para pendidik amatlah diperlukan dalam mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan
sekolah sekaligus memenuhi wawasan negara.
Sebagai orang yang paling hadapan dalam dunia pendidikan, para pendidik merupakan
‘role model’ bukan sahaja kepada anak-anak didik tetapi juga kepada keseluruhan anggota
masyarakat. Peranan guru amat berat dan mencabar dalam mencanai dan membentuk anak
bangsa agar aspirasi negara menjadi kenyataan. Dalam hal ini, semua pendidik harus meletakkan
kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-
masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-
usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan
mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan
aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.
Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini yang bakal mengganti pemimpin dan pembina
negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan,menjadi
ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan
kakitangansokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan medan
terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peripentingnya perpaduan ke arah
pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya
memperkasakan sekolah.
Keadaan ini dapat meletakkan Malaysia bukan sahaja setanding dengan negara-negara
maju yang mampu mengangkat sisitem pendidikan negara ke tahap tertinggi dan bertaraf dunia
tetapi juga sebagai negara yang mempunyai perpaduan yang amat didahagai oleh negara
lain.Pada masa itu,kita boleh memberitahu orang lain bahawa kita adalah warga Malaysia dengan
bangganya.
41
16.0Rujukan
1. Ahmad Fawzi Bin Mohn.Basri Buku Teks(2007) Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7957-rukun-negara.html
3. http://www.moe.gov.my/?id=77&lang=my
4.Kamus Dewan edisi empat.Dewan Bahasa Dan Pusaka
5.KBSM.Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum.(2004).Kementerian Pelajaran Malaysia.
‘K’ Publishing Sdn Bhd.
6. Modul Pjj UPSI .2011.Dasar Pembangunan Negara
7.Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.,edisi ketujuh
8. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Top Related