Download - HOTS 1

Transcript

IMPLIKASI LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.

PENGENALAN: Laporan Aminuddin Baki 1964 adalah antara satu laporan dalam sistem pendidikan yang dihasilkan selepas merdeka.

DAKWAAN : Dalam laporan Aminuddin Baki sekolah menengah teknik ditubuhkan .SEBAB : Bagi menampung permintaan pelajar yang ramai, sekolah teknik menengah telah ditubuhkan.

: Sekolah menengah teknik menyediakan kursus kepada tingkatan empat dan lima.

: Ia juga berperanan dalam menyediakan pelajaran am yang mirip kepada aliran teknik

yang menjadi asas bagi pelajaran melanjutkan pelajaran tinggi di bidang teknikal.

BUKTI : Kursus yang ditawarkan dalam bidang teknikal ialah kaji sawat, binaan bangunan, perdagangan dan sains pertanian.

WARAN : Sejajar dengan penubuhan sekolah menengah teknik, ia dapat melahirkan para pelajar

yang celik akal dalam bidang teknikal.

QUALIFIER : Kebanyakkan pelajar mengambil kursus yang ditawarkan dalam bidang teknikal sebelum

menduduki peperiksaan SPM.

PEMBANGKANG: Jika sekolah menengah teknik tidak ditubuhkan, maka banyak pelajar tidak

dapat menceburkan diri mereka dalam bidang teknikal.