HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH
TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI
PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
NASIRAH BINTI MANSOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
Buat suami tercinta
Khairil Anuar b. Mohamed
terima kasih atas kepercayaan dan keikhlasan
hidupku selalu kan damaikan hatimu
Teristimewa buat ayah dan ibu
Mansor b. Abdullah dan Zahrah bt. Awang
terima kasih atas segala pengorbanan dan nasihat
along, angah, eloh
moga kemesraan bersemi selamanya
Allahyarham Abdul Qahhar b. Mansor
moga rohmu dicucuri RahmatNya
Penyelia, Ustaz Abdullah Sulong
Pensyarah-pensyarah di UTM
bimbingan dan tunjuk ajar kalian amat ku hargai
Sahabat-sahabat yang disayangi
Terima kasih kerana sudi menemani
Moga ukhuwah mekar selamanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas
Rasul junjungan Muhammad SAW. Setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini hingga ke noktah yang terakhir.
Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing,
mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan
sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
menyumbangkan idea dan bahan sampingan.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan
mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Mudah-mudahan hasil kajian ini
memberi manfaat kepada semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat pengetahuan peserta selepas menghadiri
Kursus Pra Perkahwinan Islam dan mengenal pasti faktor-faktor modul yang
mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal
pengantin. Faktor-faktor modul tersebut ialah Asas Pembinaan Insan, Prosedur
Undang-Undang Keluarga Islam dan Asas Pengurusan Keluarga. Satu set soal
selidik yang mengandungi 47 item telah diedarkan kepada 128 responden yang
mengikuti kursus anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Ianya akan
dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min
menggunakan Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Hasil kajian
rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.961. Secara keseluruhannya, hasil
analisis menunjukkan bahawa pengetahuan ilmu rumah tangga responden setelah
menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah tinggi iaitu pada tahap min 4.39.
Di samping itu, faktor Modul Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-
Undang Keluarga Islam dan Modul Asas Pengurusan Keluarga juga berada pada
tahap nilai min yang tinggi iaitu masing-masing 4.44, 4.34 dan 4.37. Analisis secara
inferensi dilakukan menggunakan pekali korelasi Pearson (r) untuk melihat
hubungan yang wujud antara kedua-dua angkubah. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan antara faktor peningkatan ilmu rumah tangga
dengan Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam iaitu r = 0.572, Modul
Asas Pembinaan Insan r = 0.565 dan Modul Asas Pengurusan Keluarga r = 0.564.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to see the participants’ knowledge after
attending the Islamic Pre Marriage Course and also to identify the module factors
that are related with the increase of family management knowledge. The module
factors are The Basic Human Development, The Islamic Family Law Procedures and
The Basic Family Management. A set of questionnaire with 47 questions were
distributed to 128 participants at the Kuala Terengganu Islamic District. A
descriptive analysis has been done obtain the frequency value, percentage, and mean
by using Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14.0 for Windows.
The pilot research conducted shows that the Cronbach’s Alpha value is 0.961.
Overall, the result of the analysis shows that the increases of family management
knowledge among the participants with the highest mean level of 4.39. In addition,
The Basic Human Development Module, The Islamic Family Law Procedures
Module and The Basic Family Management Module have highest mean the value of
4.44, 4.34 and 4.37. The data obtained has been analyzed by using Pearson
correlation (r) which is the inference statistic, to see the relationship between the two
variables. The findings of this research shows that there are significant relations
between the increase of family management knowledge factors The Islamic Family
Law Procedures Module is r = 0.572 followed by The Basic Human Development
Module with the value r = 0.565 and The Basics Family Management Module with
the value r = 0.564.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI AYAT AL-QURAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
viii
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Hubungan 10
1.9.2 Modul 11
1.9.3 Kursus 11
1.9.4 Pra Perkahwinan 11
1.9.5 Ilmu Rumah tangga 12
1.10 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Rumah Tangga Dari Kaca Mata Islam 15
2.3 Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) 18
2.4 Latar Belakang KPPI 20
2.5 Objektif KPPI 21
2.6 Kepentingan KPPI 22
2.7 Faktor-faktor Modul Yang Mempunyai Hubungan
Dengan Peningkatan Ilmu Rumah Tangga
23
2.7.1 Modul Asas Pembinaan Insan
2.7.1.1 Akidah Islamiah
2.7.1.2 Ibadah
2.7.1.3 Akhlak Islamiah
2.7.1.4 Munakahat
24
24
25
27
27
2.7.2 Modul Prosedur Undang-undang Keluarga
Islam
2.7.2.1 Prosedur Perkahwinan Mengikut
Undang-undang Keluarga Islam
28
28
2.7.3 Modul Asas Pengurusan Keluarga
2.7.3.1 Hubungan Dalam Keluarga
2.7.3.2 Pengurusan Sumber Keluarga
2.7.3.3 Komunikasi Suami Isteri
2.7.3.4 Pengurusan Konflik
29
29
30
30
31
2.8 Kajian Lepas 32
ix
2.9 Penutup 34
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Pengumpulan Data Primer
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder
38
38
41
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 41
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Analisis Data 43
3.9 Penutup 45
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Pekerjaan
4.2.4 Latarbelakang Responden Mengikut Tahap
Pendidikan Terakhir
4.2.5 Latar Belakang Kategori Responden Yang
Mempunyai Pasangan
47
48
48
49
50
4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 50
4.3.1 Analisis Data Mengenai Pengetahuan
Peserta Kursus Setelah Menghadiri KPPI Di
PADKT
4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Peserta
KPPI Terhadap Faktor-Faktor Modul Yang
50
x
Penting Kepada Peningkatan Ilmu Rumah
Tangga Dalam Kalangan Bakal Pengantin
Di PADKT
4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Faktor Modul Asas
Pembinaan Insan
4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Faktor Modul
Prosedur Undang-Undang Keluarga
Islam
4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Faktor Modul Asas
Pengurusan Keluarga
57
57
64
71
4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 79
4.4.1 Analisis Korelasi 79
4.5 Anlisis Keseluruhan 81
4.6 Penutup 82
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden
5.2.2 Pengetahuan Peserta Kursus Setelah
Menghadiri KPPI Di PADKT
5.2.3 Persepsi Peserta KPPI Terhadap Faktor-
Faktor Modul Yang Penting Kepada
Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam
Kalangan Bakal Pengantin Di PADKT
5.2.3.1 Modul Asas Pembinaan Insan
5.2.3.2 Modul Prosedur Undang-Undang
Keluarga Islam
5.2.3.3 Modul Asas Pengurusan Keluarga
5.2.4 Analisis Inferensi
83
84
85
87
87
89
90
92
xi
5.3 Rumusan
5.3.1 Melihat Pengetahuan Peserta Kursus Setelah
Menghadiri KPPI Di PADKT
5.3.2 Mengenal Pasti Faktor-Faktor
Modul Seperti Modul Asas Pembinaan
Insan, Modul Prosedur Undang-Undang
Keluarga Islam Dan Modul Asas
Pengurusan Keluarga Yang Penting Kepada
Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam
Kalangan Bakal Pengantin Di PADKT
5.3.3 Hubungan Faktor Modul KPPI Dengan
Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam
Kalangan Bakal Pengantin
93
93
94
94
5.4 Cadangan
5.4.1 Menitikberatkan Modul Prosedur Undang-
undang Keluarga Islam
5.4.2 Memberi Perhatian Terhadap Modul Asas
Pembinaan Insan
5.4.3 Mengemaskini Semula Faktor Modul Asas
Pengurusan Keluarga
95
95
96
96
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97
5.6 Penutup 98
RUJUKAN 99
LAMPIRAN 105
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1 Jumlah peserta KPPI di PADKT 37
Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 39
Jadual 3.3 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk dan
jumlah item dalam soal selidik
40
Jadual 3.4 Nilai skor min 43
Jadual 3.5 Interpretasi Nilai Korelasi 44
Jadual 4.1 Taburan jantina responden 47
Jadual 4.2 Taburan umur responden 48
Jadual 4.3 Taburan pekerjaan responden 48
Jadual 4.4 Taburan tahap pendidikan terakhir responden 49
Jadual 4.5 Taburan kategori responden sama ada mempunyai
pasangan atau tidak
50
Jadual 4.6 Taburan skor min bagi item satu 50
Jadual 4.7 Taburan skor min bagi item dua 51
Jadual 4.8 Taburan skor min bagi item tiga 51
Jadual 4.9 Taburan skor min bagi item empat 52
Jadual 4.10 Taburan skor min bagi item lima 52
Jadual 4.11 Taburan skor min bagi item enam 53
Jadual 4.12 Taburan skor min bagi item tujuh 53
Jadual 4.13 Taburan skor min bagi item lapan 54
Jadual 4.14 Taburan skor min bagi item sembilan 55
xiii
Jadual 4.15 Taburan skor min bagi item sepuluh 55
Jadual 4.16 Taburan min keseluruhan bagi pengetahuan
peserta setelah menghadiri KPPI
56
Jadual 4.17 Taburan skor min bagi item 11 57
Jadual 4.18 Taburan skor min bagi item 12 57
Jadual 4.19 Taburan skor min bagi item 13 58
Jadual 4.20 Taburan skor min bagi item 14 58
Jadual 4.21 Taburan skor min bagi item 15 59
Jadual 4.22 Taburan skor min bagi item 16 59
Jadual 4.23 Taburan skor min bagi item 17 60
Jadual 4.24 Taburan skor min bagi item 18 60
Jadual 4.25 Taburan skor min bagi item 19 61
Jadual 4.26 Taburan skor min bagi item 20 62
Jadual 4.27 Taburan skor min bagi item 21 62
Jadual 4.28 Taburan skor min bagi item 22 63
Jadual 4.29 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul Asas
Pembinaan Insan
63
Jadual 4.30 Taburan skor min bagi item 23 64
Jadual 4.31 Taburan skor min bagi item 24 65
Jadual 4.32 Taburan skor min bagi item 25 65
Jadual 4.33 Taburan skor min bagi item 26 66
Jadual 4.34 Taburan skor min bagi item 27 67
Jadual 4.35 Taburan skor min bagi item 28 67
Jadual 4.36 Taburan skor min bagi item 29 68
Jadual 4.37 Taburan skor min bagi item 30 69
Jadual 4.38 Taburan skor min bagi item 31 69
Jadual 4.39 Taburan skor min bagi item 32 70
Jadual 4.40 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul
Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam
71
Jadual 4.41 Taburan skor min bagi item 33 71
Jadual 4.42 Taburan skor min bagi item 34 72
Jadual 4.43 Taburan skor min bagi item 35 73
Jadual 4.44 Taburan skor min bagi item 36 73
xiv
Jadual 4.45 Taburan skor min bagi item 37 74
Jadual 4.46 Taburan skor min bagi item 38 74
Jadual 4.47 Taburan skor min bagi item 39 75
Jadual 4.48 Taburan skor min bagi item 40 76
Jadual 4.49 Taburan skor min bagi item 41 76
Jadual 4.50 Taburan skor min bagi item 42 77
Jadual 4.51 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul Asas
Pengurusan Keluarga
78
Jadual 4.52 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga
dengan faktor Modul Asas Pembinaan Insan
79
Jadual 4.53 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga
dengan faktor Modul Prosedur Undang-Undang
Keluarga Islam
80
Jadual 4.54 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga
dengan faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga
80
Jadual 4.55 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 81
Jadual 4.56 Keputusan Korelasi 82
Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 92
xv
SENARAI AYAT AL-QURAN
AL-QURAN HALAMAN
Surah al-Rum, 30: 21 1
Surah Yaasin, 36: 36 15
Surah al-Ahzab, 33: 21 16
Surah al-Dzariyaat, 51: 56 25
xvi
SENARAI SINGKATAN
Bil. Bilangan
dsb Dan sebagainya
Ha Hipotesis alternatif
Ho Hipotesis nol
JAIS Jabatan Agama Islam Selangor
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAWI Jabatan Agama Wilayah Persekutuan
JHEAT Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
KPP Kursus Pra Perkahwinan
KPPI Kursus Pra Perkahwinan Islam
KS Kurang Setuju
MBKPPI Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
N Jumlah Responden
No. Nombor
PADKT Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu
r Pekali Korelasi
S Setuju
SAW Sallallahu ’Alaihi Wasallam
SPSS Statistical Package for Social Science
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
TS Tidak Setuju
x Pemboleh Ubah Bebas
y Pemboleh Ubah Bersandar
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 106
B Tentatif KPPI di PADKT, Terengganu 112
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kehidupan lebih indah apabila wujudnya suasana berkasih sayang dan
harmoni seperti di alam perkahwinan. Terdapat sebahagian manusia menjadikan
tujuan nikah itu sebagai untuk mendapatkan keseronokan semata-mata. Bagi orang
Islam, tujuan ini adalah menyimpang dari tujuan sebenar. Perkahwinan adalah suatu
ikatan suci dan mulia bagi manusia untuk menjamin kelangsungan generasi akan
datang. Matlamat ini dijelaskan oleh Allah SWT:
⎯ ÏΒuρ ÿ⎯ Ïμ ÏG≈ tƒ# u™ ÷βr& t, n=y{ / ä3 s9 ô⎯ ÏiΒ öΝ ä3 Å¡àΡr& %[`≡ uρø—r& (# þθãΖä3 ó¡ tFÏj9 $yγ øŠs9 Î) Ÿ≅ yèy_uρ Νà6 uΖ÷ t/
Zο ¨Š uθ̈Β ºπ yϑôm u‘ uρ 4 ¨βÎ) ’ Îû y7 Ï9≡ sŒ ;M≈ tƒ Uψ 5Θöθs) Ïj9 tβρã©3 x tGtƒ ∩⊄⊇∪
Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
2
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ” .
(Surah al-Rum, 30: 21)
Setiap rumah tangga yang didirikan adalah bertujuan untuk mencipta suatu
mahligai yang bahagia dan aman damai dan rasa kasih sayang antara suami isteri.
Dalam firman Allah SWT di atas menunjukkan bahawa sesungguhnya isteri-isteri
merupakan pasangan yang boleh menghiburkan suami dan begitu juga sebaliknya.
Ayat di atas juga menyebut dengan jelas tabii semulajadi manusia yang suka
berpasangan dan mengingini ketenteraman jiwa wujud di antara pasangan lelaki dan
perempuan. Oleh itu, membujang tidak digalakkan dalam ajaran agama Islam. Ini
kerana, perkahwinan digolongkan sebagai sunnah Rasulullah SAW dan baginda
menggalakkan golongan belia berkahwin jika mempunyai persiapan-persiapan yang
mencukupi (Mohd. Nor Manuty, 2003: 2).
Menurut Nik Azis Nik Pa (2002: 1), perkahwinan ialah satu bentuk komitmen
dan dedikasi antara seorang lelaki dengan seorang perempuan untuk hidup bersama
dalam sebuah rumah tangga. Penyatuan antara kedua-duanya yang saling kasih
mengasihi dalam perkahwinan wajib melalui akad beserta syarat dan rukun
perkahwinan yang sah. Jalinan perkahwinan bukan sahaja meghasilkan satu ikatan
yang sah, tetapi ianya juga akan melahirkan zuriat yang bakal mewarisi kehidupan
manusia hari ini dan akan datang.
Keluarga tidak akan wujud tanpa adanya perkahwinan di antara lelaki dan
perempuan. Untuk membina keluarga, pasangan suami isteri tidak hanya melalui
akad sahaja, bahkan yang lebih penting adalah persediaan untuk menempuh alam
rumah tangga itu sendiri. Lebih-lebih lagi keluarga yang perlu dibina adalah
keluarga bahagia umpama “baiti jannati” yang bermaksud Rumahku Syurgaku.
Bertepatan dengan itu, Islam memandang serius hal-hal yang berkaitan dengan
perkahwinan dan pembentukan institusi keluarga agar tercapai hasrat untuk
mewujudkan sebuah keluarga aman lagi damai bahkan Islam telah menggariskan
3
bimbingan dan panduan yang mantap untuk menuju ke arah itu (Syarifah Syukriah
Tuan Habib, 2003: 13).
Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Mereka juga perlu sabar
dalam menghadapi masalah yang timbul dalam keluarga di samping mencari
penyelesaian dengan bijaksana. Perkara asas yang yang perlu dipelajari atau
dikuasai oleh ibu bapa termasuklah pengetahuan agama tentang keibubapaan,
kebolehan mendidik anak, kemahiran berkomunikasi, kebolehan memberikan kasih
sayang, kebolehan menguruskan rumah tangga, dan kecekapan mengatasi
ketegangan dalam keluarga (Nik Azis Nik Pa, 1996: 5). Oleh itu, jelas di sini
bahawa pendidikan sebelum perkahwinan adalah amat penting bagi pasangan yang
ingin mendirikan rumah tangga.
1.2 Latar Belakang Masalah
Islam memandang bahawa permasalahan dalam pembentukan keluarga
bahagia perlu diberi perhatian sebelum sesebuah ikatan perkahwinan terjalin lagi. Ini
kerana terdapat pelbagai aspek dalam perkahwinan yang mesti diketahui oleh setiap
pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Antaranya adalah perkara-perkara
yang berhubung dengan tanggungjawab suami isteri, nafkah, hak-hak suami isteri,
perkongsian biologis dan seksual, kepimpinan dan sebagainya. Jika setiap aspek ini
dapat difahami dengan baik, maka akan tercapailah sebuah rumah tangga yang
bahagia dan stabil.
Jika dilihat pada hari ini, masyarakat lebih memandang mudah tentang hal-
hal yang berkaitan perkahwinan. Ini kerana, masyarakat hari ini lebih terpengaruh
dengan budaya Barat yang menganggap perkahwinan boleh dilangsungkan apabila
pasangan pengantin mempunyai persefahaman. Bagi mencari persefahaman, mereka
4
melakukan pelbagai perkara yang ditegah oleh agama mereka, malah ada yang telah
mempunyai beberapa orang anak dan setelah sekian lama, mereka mengambil
keputusan untuk melangsungkan perkahwinan.
Fenomena tersebut amat dilarang di dalam Islam. Perkahwinan adalah proses
awal ke arah pembentukan sebuah keluaga. Keluarga pula adalah asas kehidupan
yang penting dalam sejarah kehidupan anak-anak Adam. Tanpa ikatan kekeluargaan
yang kukuh, masyarakat akan menjadi tidak harmoni. Menurut Syarifah Syukriah
Tuan Habib (2003: 15), membangunkan keluarga diumpamakan membentuk dan
membangun syurga dunia yang merupakan impian setiap insan. Namun
pembentukan dan pembangunan syurga dunia ini adalah tidak semudah yang
disangka kerana asas-asas keimanan dan ketaqwaan yang kukuh perlu ditanam dalam
sesebuah keluarga.
Proses membina keluarga yang bahagia adalah satu proses yang berterusan.
Sesebuah keluarga tidak hanya dikatakan bahagia apabila institusi keluarganya
sempurna. Bahkan ianya adalah sempurna apabila institusi keluarganya bahagia.
Menurut Yahaya Mahamood dalam Noorzila Jamaluddin (2003: 28), dalam keadaan
normal kehidupan kita termasuk alam perkahwinan pasti ada naik turunnya. Tetapi
tidak dinafikan banyak kes yang berlaku sekarang memberi kesan kepada hubungan
dalam rumah tangga. Antaranya kes keganasan rumah tangga, penderaan dan
pengabaian tanggungjawab.
Pembentukan sesebuah rumah tangga yang aman dan bahagia terhasil dari
kombinasi suami isteri yang faham dengan jelas akan peranan dan tanggungjawab
masing-masing. Suami diwajibkan berusaha mencari nafkah untuk menampung
kehidupan keluarga, melindungi serta mempertahankan keluarganya. Namun
demikian, kebelakangan ini seringkali dilaporkan bahawa ramai suami yang alpa dan
lupa akan tanggungjawab mereka. Mereka gagal untuk memimpin dan memelihara
diri sendiri, apatah lagi untuk berfungsi sebagai peneraju utama dalam keluarga.
5
Pada 19 Feb 2007, Utusan Malaysia memaparkan berita yang berlaku di
Pulau Pinang. Seorang ibu dilaporkan menjerut dua orang anaknya sehingga
meninggal dunia. Ini adalah disebabkan suaminya memberitahu bahawa dia
berhasrat untuk berkahwin lagi. Undang-undang dalam kehidupan Islam telah
melarang setiap manusia berbunuhan antara satu sama lain. Di sini menunjukkan
bahawa betapa pentingnya iman dan taqwa dalam diri seseorang terhadap Allah
SWT. Apabila ianya ditanam di dalam hati, hidup kita dijamin dengan kebahagiaan.
Kegagalan memahami dengan jelas hak dan tanggungjawab dalam
perkahwinan, gagal berkomunikasi dengan baik dalam menyelesaikan masalah
rumah tangga menjadikan sesebuah rumah tangga itu bermasalah. Ianya tidak akan
terhenti setakat itu sahaja, bahkan akan mengakibatkan kepada berlakunya perceraian
antara suami dan isteri. Menurut Khairul Arifin Mohd Munir (2004: 33), pencarian
ilmu tidak terbatas kepada membaca dalam skop kursus tertentu, bidang akademik
tertentu atau di atas faktor orientasi peperiksaan. Ia perlu diperluaskan kepada
pelbagai disiplin keilmuan. Tambahnya lagi, ilmu bukan sekadar mendapat
maklumat tetapi kemampuan kita untuk membudayakan dan memanfaatkan ilmu
tersebut.
Oleh itu, pendidikan kekeluargaan dan keibubapaan adalah penting dalam
suasana kini agar institusi kekeluargaan yang akan dibina oleh setiap pasangan tidak
menghadapi masalah. Ianya juga perlu bagi menghapuskan pemikiran golongan kini
yang lebih menjuruskan ke arah Barat. Seterusnya, akan dapat melahirkan generasi
yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi
sahsiah dan dalam masa yang sama mampu memberi sumbangan bermakna kepada
masyarakat (Khairul Arifin Mohd Munir, 2004: 34).
6
1.3 Pernyataan Masalah
Jika dilihat kepada masalah yang berlaku kini, terdetik rasa bimbang tentang
masa depan umat manusia. Ini termasuklah masalah keruntuhan rumah tangga yang
sering terjadi. Statistik penceraian di kalangan pasangan Islam menjadi bukti dan
turut mengundang kebimbangan kepada semua. Pada tahun 2005 sahaja seramai
16,500 pasangan Islam yang bercerai berbanding dengan penceraian dikalangan
pasangan bukan Islam yang mencatat sejumlah 3,000 pasangan yang bercerai (Berita
Harian, 15 Disember 2006).
Masalah keruntuhan rumah tangga juga sering dikaitkan secara langsung
dengan keberkesanan Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) yang diwajibkan oleh
kerajaan kepada pasangan bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga. Isu
ini perlu dipandang serius agar masyarakat tidak lagi manyalahkan KPPI jika
berlakunya lagi kes-kes seumpama yang disebutkan di atas.
Sehingga ke hari ini, sememangnya amat banyak KPPI dianjurkan oleh
semua pihak sama ada badan kerajaan ataupun institusi swasta. Namun, masih juga
berlaku kes seperti perceraian, penderaan dan sebagainya di dalam keluarga. Di sini
masalahnya ialah, adakah KPPI mampu member kesan yang positif dalam
membekalkan rumah tangga kepada bakal pengantin? Oleh itu, kajian dijalankan
untuk melihat kepentingan modul KPPI berkenaan dalam membantu
mempertingkatkan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin.
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
1.4.1 Untuk mengetahui pengetahuan peserta KPPI setelah menghadiri kursus
anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), Terengganu,
mengenai ilmu rumah tangga.
1.4.2 Untuk mengenal pasti persepsi peserta KPPI terhadap faktor-faktor Modul
Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan
Modul Asas Pengurusan Keluarga yang penting kepada peningkatan ilmu
rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.
1.4.3 Untuk menganalisa hubungan antara faktor Modul Asas Pembinaan Insan,
faktor Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan faktor Modul
Asas Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam
kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik telah menggariskan beberapa
persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian yang telah digariskan. Antara
persoalan kajian tersebut ialah:
8
1.5.1 Apakah pengetahuan peserta KPPI setelah menghadiri kursus anjuran Pejabat
Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), Terengganu, mengenai ilmu
rumah tangga?
1.5.2 Bagaimanakah persepsi peserta KPPI terhadap faktor-faktor Modul Asas
Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan
Modul Asas Pengurusan Keluarga yang penting kepada peningkatan ilmu
rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu?
1.5.3 Sejauh manakah hubungan antara faktor Modul Asas Pembinaan Insan, faktor
Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan faktor Modul Asas
Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan
bakal pengantin di PADKT, Terengganu?
1.6 Hipotesis Kajian
Bagi menjawab persoalan adakah terdapat hubungan di antara faktor Modul
Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan Modul
Asas Pengurusan Keluarga dalam meningkatkan ilmu rumah tangga, beberapa
hipotesis telah dibentuk seperti berikut:
Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Asas
Pembinaan Insan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam
kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.
Ha 2: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Prosedur
Undang-Undang Keluarga Islam dengan peningkatan ilmu rumah
tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.
9
Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Asas
Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam
kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.
1.7 Kepentingan Kajian
Pengkaji berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat memberi pendedahan
dan dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai
beberapa kepentingan yang ingin disampaikan iaitu:
1.7.1 Kajian ini membolehkan pihak berwajib seperti JAKIM dan jabatan agama
negeri-negeri untuk bertindak dengan bijaksana dalam menilai kembali
MBKPPI.
1.7.2 Kajian ini diharap dapat menyedarkan bakal pengantin khususnya dan
masyarakat Islam umumnya supaya lebih prihatin terhadap pelaksanaan
KPPI.
1.7.3 Hasil kajian diharap memberi maklumat kepada institusi swasta yang
menganjurkan KPPI untuk bakal pengantin untuk sama-sama membantu
memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
Top Related