Hubungan Nabi Muhammad (s.a.w.)
Dengan Quraysh Selepas Hijrah
PPPY1272 FIQH SIRAH
Ezad Azraai Jamsari, JPATI, FPI, UKM
(Bab 5)
Objektif Bab 5
Memberi penjelasan mengenai
hubungan antara pihak Islam
dengan Quraysh setelah hijrah
berlaku.
Mengenal pasti siri ghazwah yang
berlaku sehingga kota Makkah
dibuka.
Menganalisa faktor sesebuah
ghazwah berlaku dan implikasinya
kepada masyarakat Islam dan pihak
Quraysh sendiri.
Bab 5 • 2
HUBUNGAN ISLAM-QURAYSH
Nabi Muhammad dan umat Islam terima tentangan hebat daripada Quraysh; siksaan dan cubaan membunuh.
Nabi gagal mendapatkan perlindungan daripada: Banu Thaqif di Ta’if.
Suku-suku Arab masa musim haji.
Puak ‘Aws & Khazraj dari Yathrib bersetuju utk beri suaka politik dan ketenteraan.
Ini direalisasikan menerusi Bay’ah al- ‘Aqabah al-Thaniyah.
Bab 5 • 3
HUBUNGAN ISLAM-QURAYSH
Nabi berkeyakinan satu tombokan tentera perlu digerakkan untuk ganggu kafilah perdagangan Quraysh.
Apabila ekonomi digugat, politik dan kuasa tentera turut tergugat.
Saraya bertujuan untuk membuktikan bahawa Islam memiliki kekuatan sendiri dan tidak boleh dipermainkan oleh musuh.
Saraya bertujuan untuk mengadakan hubungan baru dengan kabilah-kabilah Arab yang lain.
Bab 5 • 4
GHAZWAH BADR Berlaku pada 17 Ramadan 2H, hari
Jumaat
Pertempuran Islam pertama dengan pihak Quraysh.
Tujuan asal: menyekat perjalanan pulang kafilah Quraysh bernilai 50,000 dinar dari Syria (pimpinan Abu Sufyan).
Abu Sufyan minta bantuan Makkah. Abu Jahl sediakan satu angkatan tentera utk berperang.
Kafilah ini terselamat kerana Abu Sufyan guna laluan pantai.
Bab 5 • 5
GHAZWAH BADR
Abu Sufyan gesa Quraysh untuk
tidak keluar berperang, kerana
kafilahnya telah terselamat.
Quraysh tetap bertekad untuk
memerangi orang Islam dan
menghapuskan ancaman Islam.
Islam 300 orang, Quraysh 1000
orang.
70 org Qurasyh mati, 70 org
ditawan; 14 org Islam gugur syahid.
Bab 5 • 6
GHAZWAH BADR
Faktor kemenangan:
Keimanan yg tinggi kpd Allah s.w.t.
Keyakinan kpd kebenaran Nabi.
Kesatuan barisan tentera.
Semangat yang berkobar-kobar.
Kepatuhan kepada arahan Nabi.
Keikhlasan berjihad di jalan Allah.
Berjuang tanpa sebarang bentuk paksaan.
Quraysh tidak bersatu dalam peperangan ini.
Bab 5 • 7
GHAZWAH UHUD
Uhud berlaku setelah setahun
Perang Badr berlalu.
Qurasyh dibantu Banu Kinanah &
penduduk Tihamah; 3000 orang.
Berkumpul di Bukit Uhud, 5 batu
dari Madinah.
Nabi panggil bermesyuarat;
sahabat veteran mahu bertahan
di Madinah, tapi golongan muda
mahu berperang.
Bab 5 • 8
GHAZWAH UHUD
Golongan muda ialah suara majoriti, Nabi akur dengan keputusan mereka.
Tentera Islam seramai 1000 org.
Mereka menuju ke Uhud. Tiba di satu kawasan bernama al-Shawt, Abdullah b. Ubayy bersama pengikutnya seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah.
Nabi bersama 700 org pergi berjuang di lembah Uhud.
Bab 5 • 9
GHAZWAH UHUD
Satu pasukan pemanah dikhaskan
di atas bukit Uhud.
Pertempuran berlaku pada Sabtu,
3 Shawal 3H dan kemenangan
berpihak kpd Quraysh yang
dipimpin oleh Abu Sufyan.
Peringkat awal, kemenangan
hampir dikecapi oleh Islam.
Tapi, tentera pemanah telah
terpukau dengan harta di medan.
Bab 5 • 10
GHAZWAH KHANDAQ Didalangi oleh Yahudi Banu Nadir yang
diusir keluar dari Madinah kerana
merancang untuk membunuh Nabi.
Mereka menghasut suku-suku Arab
untuk menentang Nabi.
Quraysh dibantu suku Ghatafan,
Murrah, Sulaym, Asad, Ashja’; dikenali
sebagai pakatan al-Ahzab; seramai
10,000 orang.
Nabi panggil mesyuarat; Salman al-
Farisi cadang buat parit sebagai
benteng pertahanan. Nabi setuju.
Bab 5 • 11
GHAZWAH KHANDAQ Kerja menggali selesai dalam tempoh
enam hari, Zulkaedah 5H.
Quraysh jangka mereka dapat menang
dengan mudah dan cepat.
Mereka gagal untuk menyeberangi
parit yang digali oleh pihak Madinah.
Mereka mula merasa lemah dan buntu
menghadapi ujian ini sehingga
bertempiaran lari akibat ribut dan
taufan yang hebat.
Quraysh dan Yahudi tidak dapat
kerjasama penuh drpd Arab lain. Bab 5 • 12
Setelah kedudukan Madinah agak
selamat, Nabi bersama 1600 org Islam
lain telah ke Makkah untuk kerjakan
umrah; Zulkaedah 6H.
Umat Islam Muhajirin mula rasa rindu
pada Makkah; tiada usaha untuk
tawan kota Makkah kerana tiada
kelengkapan senjata.
Setiba di al-Hudaybiyyah, rombongan
dihalang daripada memasuki kota
Makkah.
SULH HUDAYBIYYAH
Bab 5 • 13
Pihak Quraysh mula hantar wakil
untuk berbincang tapi tiada sebarang
kata sepakat dicapai.
Nabi pula hantar ‘Uthman b. ‘Affan
untuk berunding dengan Quraysh.
Sampai berita ‘Uthman telah dibunuh,
lalu orang Islam berjanji dalam Bay’ah
al-Ridwan untuk pertahankan Islam.
Dalam perjalanan menuju ke Makkah,
tiba-tiba ‘Uthman pulang dengan
selamat.
SULH HUDAYBIYYAH
Bab 5 • 14
Quraysh hantar Suhayl b. ‘Amr untuk
berbincang. Berjaya mencapai kata
sepakat: Sulh al-Hudaybiyyah:
Gencatan senjata – 10 tahun.
Nabi dan Quraysh bebas bersekutu
dengan sesiapa.
Orang Quraysh yang anut Islam dan pergi
ke Madinah, dikehendaki untuk kembali
ke Quraysh. Manakala orang Islam yang
larikan diri ke Makkah, tidak perlu
dikembalikan.
Orang Islam dikehendaki pulang; tunaikan
hasrat pada tahun depan dan dibenarkan
untuk menginap selama 3 hari.
SULH HUDAYBIYYAH
Bab 5 • 15
SULH HUDAYBIYYAH Beberapa Sahabat menentang
perjanjian ini seperti ‘Umar, tap Nabi
tetap terima sebab ada keuntungan
jangka panjang.
Quraysh mengiktiraf kedaulatan Madinah.
Tempoh perdamaian memberi ruang
seluasnya untuk menyebarkan Islam.
Tempoh itu juga beri peluang kepada
orang Quraysh untuk memahami Islam.
Ramai pemimpin mula anut Islam.
Madinah dapat perkukuhkan kedudukan
ekonomi, sosial dan politik.
Orang Islam berpeluang untuk hapuskan
orang Yahudi. Bab 5 • 16
FATH MAKKAH Belaku pada tahun 8H kerana Quraysh
mengkhianati perjanjian kedua
Hudaybiyyah.
Quraysh utus Abu Sufyan untuk
berbincang tetapi gagal.
Nabi mengerahkan orang Islam untuk siap
berperang.
Seramai 10,000 orang berjaya
dikumpulkan dengan bantuan suku Arab
yang lain.
Nabi bersetuju untuk menjaga
kehormatan Makkah dan tidak
menumpahkan darah.
Bab 5 • 17
FATH MAKKAH Penduduk Makkah menyerah kalah dan
umat Islam berjaya memasuki Makkah.
Penduduk Makkah diberi ampun, semua
berhala dihapuskan.
Ini menunjukkan sifat Nabi yang begitu
mulia.
Orang Islam langsung tidak berdendam
dengan Quraysh setelah mereka disiksa
dan ditentang hebat selama ini.
Ini telah menimbulkan keinsafan kepada
penduduk Makkah. Sebahagian besar
telah menerima Islam sebagai anutan.
Bab 5 • 18
RUMUSAN
Hubungan Islam dengan Quraysh
sentiasa tegang dengan
beberapa siri peperangan.
Antaranya seperti Badr, Uhud
dan Khandaq. Perjanjian turut
dimeterai seperti Sulh al-
Hudaybiyyah.
Setiap peristiwa yang berlaku
memberi impak positif dan
negatif kpd. kedua belah pihak.
Bab 5 • 19
Top Related