JKKK
KAMPUNG SAWAH RING,
84700 GERSIK,
LEDANG, JOHOR DARUL TAKZIM
TEL : 019-7792331 Ruj. Kami :Bil (1)dlm.PJKKKSR/ICT/10/01
Ruj. Tuan :
Tarikh : 30 Mac 2010Kepada ,YB Hj. Hamim bin Samuri
Ahli Parlimen Ledang
YB
MOHON KELENGKAPAN KEMUDAHAN ASAS ICT BAGI BIRO ICT JKKK KG SAWAH RING 2010
Merujuk perkara di atas, Biro ICT telah merancang beberapa program untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat kampung seperti belajar komputer, pengenalan jalur lebar (internet) dan sebagainya. Walaubagaimanapun Biro ICT mengalami kesulitan kerana tiada kemudahan asas ICT yang dapat membantu menjalankan program berkenaan.2.Sehubungan dengan itu mohon pertimbangan YB menyalurkan sedikit peruntukan kepada Biro ICT sebanyak RM 10,000.00 bagi pembelian kemudahan ICT yang dinyatakan di bawah.
i. 4 buah PC komputer
= RM 9000.00
ii. Sebuah mesin pencetak= RM 300.00
iii. Sebuah kamera digital
= RM 700.00
3. Besarlah harapan saya sekiranya perkara ini mendapat perhatian dan kelulusan YB. Segala
kerjasama yang diberi diucapkan jutaan terima kasih
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKANSaya dengan hormatnya,....
( WIRA BIN PAIRAN )
Setiausaha
Sk ; Penghulu Mukim GersikJKKK Sawah Ring
Pengerusi JKKK Sawah Ring