Ms 1 / 15
IKLAN JAWATAN SAMBILAN PENSYARAH/JURULATIH/DEMONSTRATOR SAMBILAN
KURSUS KOKURIKULUM SESI 2016/2017
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon
yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi kursus kokurikulum yang
disenaraikan dalam bidang seperti berikut (rujuk jadual mengikut bidang):
Bidang Beruniform dan Badan Penyelamat
Bidang Kepimpinan dan Kemasyarakatan
Bidang Kebudayaan dan Kesenian
Bidang Sukan dan Rekreasi
Bidang Bisnes, Agrotek dan Teknologi
Bidang Wajadiri
Kod lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut (bertanda √ dalam jadual):
BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)
LBU: Kampus Antarabangsa Labuan
SDK: Kampus Sandakan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti
Malaysia Sabah (PKPP), sila layari laman sesawang http://www.ums.edu.my/pkpp/
Ms 2 / 15
BIDANG BERUNIFORM DAN BADAN PENYELAMAT
KURSUS
LOKASI KAMPUS DITAWARKAN
BKI LBU SDK
Siswa Jatidiri (SEJATI) Kembara √
Siswa Jatidiri (SEJATI) Paramedik √ √ √
Siswa Jatidiri (SEJATI) Brassband
√
Jawatan : Jurulatih Sambilan Elaun : RM50.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki mana-mana kelulusan berikut: a) Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar
negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan: ATAU c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Mempunyai kebolehan dan pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya sebagai pengajar dalam bidang berkaitan serta telah menunjukkan bakat kepimpinan, ketrampilan dan tahap kompentensi yang tinggi atau pernah mewakili mana-mana pertubuhan/persatuan berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan atau antarabangsa.
iv. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
v. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 3 / 15
BIDANG BERUNIFORM DAN BADAN PENYELAMAT
Jawatan : Demonstator Sambilan Elaun : RM25.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dan pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang berkaitan.
ii. Mempunyai kebolehan dan pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya sebagai pengajar
dalam bidang berkaitan serta telah menunjukkan bakat kepimpinan, ketrampilan dan tahap kompentensi yang tinggi atau pernah mewakili mana-mana pertubuhan/persatuan berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan atau antarabangsa.
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 4 / 15
BIDANG KEPIMPINAN & KEMASYARAKATAN
KURSUS
LOKASI KAMPUS DITAWARKAN
BKI LBU SDK
Interaksi Institusi dan Masyarakat (INTERIM)
√ √ √
Pengurusan Organisasi Pelajar √ √
Kepimpinan dan Motivasi (Baktisiswa)
√
Pengurusan Organisasi Pengurusan Masjid dan Jenazah
√
Pidato √ √
Debat √
Jawatan : Pensyarah Sambilan Elaun : RM100.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki ijazah daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Mempunyai pengalaman dalam bidang kepimpinan dan aktiviti kemasyarakatan.
iv. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
v. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 5 / 15
BIDANG KEPIMPINAN & KEMASYARAKATAN Jawatan : Jurulatih Sambilan Elaun : RM 50.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki mana-mana kelulusan berikut: a) Diploma daripadainstitusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara diiktiraf atau
kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan: ATAU c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Mempunyai kebolehan dan pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya sebagai pengajar dalam bidang kepimpinan dan kemasyarakatan serta telah menunjukkan bakat kepimpinan, ketrampilan dan tahap kompentensi interaksi komuniti yang tinggi atau pernah mewakili mana-mana pertubuhan/persatuan kepimpinan dan kemasyarakatan di peringkat negeri/kebangsaan atau antarabangsa.
iv. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
v. Mempunyai tahap kesihatan baik. Jawatan : Demonstrator Sambilan Elaun : RM 25.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Mempunyai kebolehan dan pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kepimpinan dan kemasyarakatan.
ii. Mempunyai pengalaman sebagai pengajar dalam bidang kepimpinan dan kemasyarakatan serta
telah menunjukkan bakat kepimpinan, ketrampilan dan tahap kompetensi interaksi komuniti yang tinggi atau pernah mewakili mana-mana pertubuhan/persatuan kepimpinan dan kemasyarakatan diperingkat negeri/kebangsaan atau antarabangsa.
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 6 / 15
BIDANG KEBUDAYAAN& KESENIAN
KURSUS
LOKASI KAMPUS DITAWARKAN
BKI LBU SDK
Koir
Kompang √ √
Lakonan Teater √
Lukisan dan Catan √
Muzik Moden √
Gamelan √
Seni Batik √
Tarian Rakyat √
Tarian Sabah √ √
Seni Khat √
Jawatan : Pensyarah Sambilan Elaun : RM100.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki ijazah dalam bidang berkaitan daripada institusipengajian tinggi tempatan atau luar negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan dan kesenian serta telah menunjukkan bakat, ketrampilan dan tahap kompetensi seni yang tinggi atau pernah mewakili mana-mana pertubuhan/persatuan kebudayaan dan kesenian dalam pertandingan/festival seni sama ada diperingkat negeri/kebangsaan atau antarabangsa.
iv. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas
Kokurikulum.
v. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 7 / 15
BIDANG KEBUDAYAAN & KESENIAN
JAWATAN : Jurulatih Sambilan ELAUN : RM50.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki mana-mana kelulusan berikut: a) Diploma dalam bidang berkaitan daripadainstitusipengajian tinggi tempatan atau luar
negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; ATAU c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Mempunyai pengalaman sebagai jurulatih dalam bidang kebudayaan dan kesenian serta telah menunjukkan bakat, ketrampilan dan tahap kompetensi seni yang tinggi atau pernah mewakili mana-mana pertubuhan/persatuan kebudayaan dan kesenian dalam pertandingan/festival kebudayaan dan kesenian seni sama ada diperingkat negeri/kebangsaan atau antarabangsa.
iv. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
v. Mempunyai tahap kesihatan baik. Jawatan : Demonstator Sambilan Elaun : RM25.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dan pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
ii. Mempunyai pengalaman sebagai pengajar dalam bidang kebudayaan dan kesenian serta telah
menunjukkan bakat, ketrampilan dan tahap kompetensi seni yang tinggi atau pernah mewakili mana-mana pertubuhan/persatuan kebudayaan dan kesenian dalam pertandingan/festival kebudayaan dan kesenian seni sama ada diperingkat negeri/kebangsaan atau antarabangsa.
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 8 / 15
BIDANG SUKAN & REKREASI
KURSUS
LOKASI KAMPUS DITAWARKAN
BKI LBU SDK
Badminton √
Bola Jaring √ √
Bola Keranjang
Bola Sepak √
Bola Tampar √
Sukan Perahu √
Memanah √
Senamrobik √ √ √
Lawan Pedang √
Sepak Takraw √
Sukan Basikal √
Sukan Ragbi √
Tenis Meja √ √
Sukan Kenu √
Ms 9 / 15
BIDANG SUKAN & REKREASI Jawatan : Pensyarah Sambilan Elaun : RM100.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki ijazah dalam bidang Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan/Sains Sukan/Sukan Rekreasi/Sukan Spesifik atau mana-mana ijazah berkaitan daripadainstitusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DAN mempunyai pengalaman dalam bidang sukan berkaitan.
ATAU
Memiliki ijazah bukan dalam bidang Jasmani Dan Kesihatan/ Sains Sukan/Sukan Dan Rekreasi/ Sukan Spesifik daripadainstitusi pengajian tinggi tempatan atau luar Negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tetapi memiliki mana-mana kelulusan berikut:
a) Sijil lulus kejurulatihan Tahap 2 atau Lesen B (Peringkat Pertengahan) dalam bidang sukan berkaitan daripada mana-mana badan diiktiraf ATAU
b) Diploma Spesifik Sukan daripada mana-mana badan diiktiraf; ATAU c) Sijil lulus kursus Sains Sukan sekurang-kurangnya Tahap 1 (Peringkat Permulaan);
ATAU d) Sijil lulus pengadilan sukan berkaitan;
DAN mempunyai pengalaman bermain atau sebagai jurulatih dalam bidang sukan berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan/antarabangsa.
ATAU
Memiliki sijil lulus kejurulatihan Tahap 3 atau Lesen A (Peringkat Tertinggi) dalam bidang sukan berkaitan daripada mana-mana badan diiktiraf DAN mempunyai pengalaman bermain atau sebagai jurulatih dalam bidang sukan berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan/antarabangsa.
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 10 / 15
BIDANG SUKAN & REKREASI Jawatan : Jurulatih Sambilan Elaun : RM 50.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki mana-mana kelulusan berikut: a) Diploma dalam bidang Sains Sukan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar
negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU b) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ATAU c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DANmempunyai pengalaman dalam bidang sukan berkaitan.
ATAU
ii. Memilikimana-mana kelulusan berikut: a) Sijil lulus kejurulatihan sekurang-kurangnya Tahap 1 atau Lesen C (Peringkat Awalan)
sukan berkaitan daripada mana-mana badan diiktiraf; ATAU b) Sijil lulus lulus pengadilan sukan berkaitan;
DAN mempunyai pengalaman bermain atau sebagai jurulatih dalam bidang sukan berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan/antarabangsa.
iii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
v. Mempunyai tahap kesihatan yang baik. Jawatan : Demonstrator Sambilan Elaun : RM 25.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki mana-mana kelulusan berikut: a) Sijil asas kejurulatihan sukan berkaitandaripada mana-mana badan diiktiraf; ATAU b) Sijil penyertaan kursus Sains Sukan Tahap 1daripada mana-mana badan diiktiraf.
ii. Mempunyai pengalaman bermain atau sebagai jurulatih dalam bidang sukan berkaitan sekurang-
kurangnya di peringkat sekolah (MSSD) atau peringkat daerah (MSS Negeri).
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 11 / 15
BIDANG BISNES, AGROTEK & TEKNOLOGI
KURSUS
LOKASI KAMPUS DITAWARKAN
BKI LBU
Projek Sains Makanan √
Seni Animasi √ √
Bina Urus Komputer √
Jawatan : Pensyarah Sambilan Elaun : RM100.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki ijazah daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannyaoleh Kerajaan.
ii. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.
iv. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
v. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 12 / 15
BIDANG BISNES, AGROTEK & TEKNOLOGI
Jawatan : Jurulatih Sambilan Elaun : RM50.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki mana-mana kelulusan berikut: a) Diploma daripadainstitusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara diiktiraf atau
kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan: ATAU c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Mempunyai pengalaman sebagai jurulatih dalam bidang berkaitan.
iv. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
v. Mempunyai tahap kesihatan baik. Jawatan : Demonstator Sambilan Elaun : RM25.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dan pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang berkaitan.
ii. Mempunyai pengalaman sebagai pengajar dalam bidang berkaitan.
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas
Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 13 / 15
BIDANG WAJADIRI
KURSUS
LOKASI KAMPUS DITAWARKAN
BKI LBU SDK
Taekwondo √ √
Karate Do √
Silat Olahraga √ √
Seni Bela Diri Shorinji Kempo √
Jawatan : Pensyarah Sambilan Elaun : RM100.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki ijazah dalam bidang Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan/Sains Sukan/Sukan Rekreasi/Sukan Spesifik atau mana-mana ijazah berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DAN mempunyai pengalaman dalam bidang wajadiri berkaitan
ATAU Memiliki ijazah bukan dalam bidang Jasmani dan Kesihatan/Sains Sukan/Sukan dan Rekreasi/ Sukan Spesifik daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannyaoleh Kerajaan tetapi memilikimana-mana kelulusan berikut:
a) Sijil lulus kejurulatihan Tahap 2 atau Lesen B (Peringkat Pertengahan) dalam bidang wajadiri berkaitan daripadamana-mana badan diiktiraf;ATAU
b) Sijil lulus pengadilan bidang wajadiri berkaitan;
DAN mempunyai pengalaman bertandingatau sebagai jurulatih dalam bidang wajadiri berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan/antarabangsa.
ATAU
Memiliki sijil lulus kejurulatihan Tahap 3 atau Lesen A (Peringkat Tertinggi) dalam bidang wajadiri berkaitan daripada mana-mana badan diiktiraf DAN mempunyai pengalaman bertanding atau sebagai jurulatih dalam bidang wajadiri berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan/antarabangsa.
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 14 / 15
BIDANG WAJADIRI JAWATAN : Jurulatih Sambilan ELAUN : RM 50.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki mana-mana kelulusan berikut: a) Diploma dalam bidang Sains Sukan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar
negara diiktiraf atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU b) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ATAU c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DANmempunyai pengalaman dalam bidang wajadiri berkaitan.
ATAU Memiliki mana-mana kelulusan berikut:
d) Sijil lulus kejurulatihan sekurang-kurangnya Tahap 1 atau Lesen C (Peringkat Awalan) dalam bidang wajadiri berkaitan daripada mana-mana badan diiktiraf; ATAU
e) Sijil lulus pengadilan bidang wajadiri berkaitan; DAN mempunyai pengalaman bertanding atau sebagai jurulatih dalam bidang wajadiri berkaitan di peringkat negeri/kebangsaan/antarabangsa.
ii. Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik. Jawatan : Demonstrator Sambilan Elaun : RM 25.00 Sejam Syarat Kelayakan dan Pengalaman:
i. Memiliki mana-mana sijil berikut: a) Sijil asas kejurulatihan bidang wajadiri berkaitandaripada mana-mana badan diiktiraf;
ATAU b) Sijil penyertaan kursus bidang wajadiri Tahap 1daripada mana-mana badan diiktiraf.
ii. Mempunyai pengalaman bertandingatausebagai jurulatih dalam bidang wajadiri berkaitan
sekurang-kurangnya di peringkat sekolah (MSSD) atau peringkat daerah (MSS Negeri).
iii. Bertanggungjawab dan dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas mengendalikan kelas Kokurikulum.
iv. Mempunyai tahap kesihatan baik.
Ms 15 / 15
CARA MEMOHON:
i. Permohon hendaklah menghantar satu (1) BORANG PERMOHONAN JAWATAN SAMBILAN Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia yang telah lengkap diisi dan dua (2) salinan RESUME / CURICULUM VITAE (CV) berserta satu (1) keping gambar terkini berukuran passport ke alamat yang dinyatakan di bawah.
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan besama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
a) SALINAN KAD PENGENALAN b) SALINAN SIJIL KELAHIRAN c) SALINAN SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH BAGI KELAYAKAN YANG DISYARATKAN d) SALINAN TRANSKIP DIPLOMA/IJAZAH e) SALINAN SIJIL-SIJIL YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN
iii. Pemohon yang terdiri daripada kakitangan sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,
badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahunan disertakan bersama. Permohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.
iv. Pemohon yang terdiri daripada kakitangan sedang berkhidmat dalam perkhidmatan swasta hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan masing-masing, sekiranya dikehendaki oleh pihak majikan. Permohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.
CATATAN AM:
i. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tempoh dua (2) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
ii. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
iii. Pemohon yang berjaya wajib menghadiri satu bengkel kejurulatihan atau “Training of Trainers” (TOT) yang akan dilaksanakan sebelum sesi akademik 2016/2017 bermula.
iv. Kursus Kurikulum di Universiti Malaysia Sabah lazimnya diadakan pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) sepanjang sesi akademik berlangsung.
v. Dari masa ke semasa, tenaga pengajar juga akan dipanggil ke mesyuarat yang diadakan di pejabat Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar pada masa waktu pejabat pada hari bekerja.
ALAMAT MENGHANTAR PERMOHONAN:
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
PENGARAH
PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR (PKPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU, SABAH
NO TEL. :088-320 000 (Sambungan:4106/4105) NO FAKS: 088-320 885
TARIKH TUTUP: 17 JUN 2016 (SEBELUM JAM 5.00 PETANG)
Top Related