TAJUK:
ISU-ISU KELUARGAAN YANG MELIBATKAN INTEGRITI
INTEGRITI AWAM DALAM URUSTADBIR NEGARA
DISEDIAKAN BERSAMA
OLEH:
UMIE NUR HIDAHYU
NAZUWA
RABIATUL ADAWIYAH
NORAINI BTE YAZID
=31 APRIL 2008=
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 ISU SALAH LAKU 12.1 Poligami 12.2 Pengabaian 42.3 Keganasan rumah tangga 62.4 Penderaan 112.5 Penderaan Seksual 122.6 Sumbang Mahram 13
3.0 FAKTOR-FAKTOR SALAH LAKU 173.1 Agama 183.2 Kekeluargaan 183.3 Kewangan 203.4 Perbezaan Budaya 21
4.0 KESAN SALAH LAKU 224.1 Individu 224.2 Keluarga 234.3 Masyarakat 24
5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI 24
6.0 KESIMPULAN 26
LAMPIRAN
1.0 PENDAHULUAN
Dewasa ini keruntuhan institusi kekeluargaan sering dikaitkan dengan salah laku tidak
berintegriti. Intergiti bermaksud peribadi mulia yang terdapat pada diri individu meliputi
nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, telus, bertanggungjawab dan
mempunyai ciri-ciri positif yang lain. Kerajaan telah memperkenalkan TEKAD 2008
yang telah mengemukakan 5 sasaran utama dimana salah satu daripada sasaran tersebut
adalah berkait rapat dengan memantapkan institusi keluarga.
Fokus utama perbincangan ini adalah berkait dengan isu salah laku tidak
berintegriti dalam institusi keluarga yang dipaparkan di dada-dada akhbar. Terdapat
faktor-faktor, kesan dan langkah-langkah untuk mengatasi yang turut sama dibincangkan
untuk mengupas isu salah laku tidak berintegriti dalam institusi keluarga pada masa kini
2.0 SALAH LAKU INTEGRITI DALAM INSTITUSI KELUARGA
2.1 Poligami
Salah laku integriti dalam institusi kekeluargaan juga boleh dikaitkan dengan isu
poligami. Dimana poligami dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menistilahkan
poligami sebagai amalan atau perbuatan seorang lelaki atau suami yang beristeri lebih
daripada satu orang.Walaupun daripada hukum syarak tidak menghalang sekiranya
seorang lelaki atau suami berkahwin lebih daripada satu atau dengan istilah lain poligami
tetapi sekiranya si suami tidak mampu untuk berlaku adil dan sehingga mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang suami akan timbul pula masalah dan kesan yang negatif
kepada kerukunan sesebuah institusi keluarga tersebut. Keadaan ini berlaku apabila
konsep poligami tersebut disalahguna dan dijadikan sebagai alasan untuk memenuhi
tuntutan hawa nafsu semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul
sekiranya keputusan untuk berpoligami tersebut dilakukan.
Situasi ini dapat kita lihat apabila timbul pelbagai masalah atau isu yang
berkaitan kesan daripada poligami dalam sesebuah institusi kekeluargaan tersebut. Sikap
pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasaan dan tanggungjawab terhadap
isteri pertama dan anak-anak menyebabkan wujudnya isu berkaitan dengan salah laku
apabila suami berkahwin lain lebih daripada satu tanpa pengetahuan dan izin daripada
isteri. Sikap tidak menghormati hak dan kepentingan isteri pertama demi mencapai hasrat
untuk berkahwin lebih daripada satu ini menyebabkan timbul pula isu-isu yang berkaitan
dengan keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan tersebut sehingga mencetuskan
komflik dalam rumahtangga dan menyebabkan berlakunaya pnceraian.
Selain itu, poligami juga boleh menimbulkan isu salah laku integriti dalam
institusi keluarga apabila suami tidak mampu untuk berlaku adil terhadap isteri-isteri
yang telah dinikahi dimana wujud isu pengabaian terhadap isteri dan anak-anak isteri
pertama apabila si suami telah berkahwin lebih daripada satu. Sebagai contoh isu yang
didedahkan oleh surat khabar harian Metro pada 2 April 2008 memaparkan kisah seorang
suami yang bertindak menceraikan kedua-dua orang isteri yang telah dipoligamikan
sekaligus dan pada hari yang sama apabila berang dengan tidakkan kedua-dua orang isteri
yang telah dimadukan tersebut berpakat menuntut fasakh lantaran sikap si suami yang
mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua-dua isteri tersebut berikutan suami gagal
untut memberi nafkah antara enam dan sebelas bulan. Dimana dalam tuntutan fasakh
tersebut isteri kedua mendakwa defenden tidak memberi nafkah zahir lebih daripada
enam bulan ,tiada lagi sefahaman dengannya, tidak bertanggungjawab sebagai ketua
keluarga serta gagal menunaikan tuntutan syarak iaitu solat dan puasa.
Wujud juga isu tidak berintegriti dalam institusi kekeluargaan yang dapat
dikaitkan dengan poligami apabila wujud sikap sanggup mengetepikan peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan apabila si suami sanggup bertindak berkahwin
lebih daripada satu secara sembunyi dan melibatkan penipuan dan di mana pernikahan
buat kali kedua dan seterusnya di lakukan di luar luar negara. Tindakan menyembunyikan
pernikahan daripada pengetahuan isteri pertama atau sebelumnya ini adalah satu tidak
berintegriti yang akhirnya bukan sahaja menimbulkan masalah kepada hubungan antara
isteri dan anak sebelumnya tetapi wujud juga masalah dengan isteri yang baru dinikahi.
Seringkali kita dipaparkan dengan isu yang berkait dari segi pengiktirafan sijil
pernikahan yang mana keadaan ini bukan sahaja akan menyebabkan keretakan
rumahtangga dalam keluarga isteri sebelumnya tetapi kepada isteri yang baru sahaja
dinikahi.
Keadaan ini menunujukkan bahawa isu poligami dalam perkahwinan boleh
menimbulkan kesan negatif kepada keharmonian dan kerukunan sesebuah institusi
kekeluargaan sekiranya suami tidak mampu untuk memenuhi tanggungjawab dengan adil
dan saksama serta mampu untuk memastikan bahtera rumahtangga yang dibina mampu
bertahan walaupun dilanda ombak dan badai. Sikap adil dalam poligami perlu dijadikan
sebagai satu peganggan yang mampu disemai dan dipraktikkan dalam mengemudi dan
mengetuai sesebuah keluarga.
2.2 Pengabaian
Pengabaian juga merupakn salah satu daripada salah laku integriti yang dapat kita kaitkan
dalam institusi kekeluargaan. Dimana pengabaian dalam institusi kekeluargaan ini
melibatkan salah laku yang berpunca daripada sikap ibu bapa yang terhadap anak-anak,
antara suami isteri itu sendiri dan melibatkan anak terhadap ibubapa.
Pengabaian tanggungjawab yang wujud dalam institusi kekeluargaan ini
menimbulkan pelbagai isu dan kes kesan daripada masalah tersebut. Faktor pengabaian
tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak memberi kesan sehingga wujudnya kes-kes
yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar dan di corong-corong radio. Sebagai contoh
kes anak lari daripada rumah adalah berpunca daripada pengabaian tanggungjawab dan
kelalaian ibu bapa itu sendiri. Akhbar Utusan Malaysia 9 September 2007 mengupas isu
anak lari daripada rumah berpunca daripada kesalahan ibu bapa itu sendiri. Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Ibu bapa patut dipersalahkan sepenuhnya dalam
setiap kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang melarikan diri daripada rumah. Di
mana Tan Sri Musa menegaskan tugas menjaga anak-anak bukan terletak di bahu polis
tetapi merupakan tanggungjawab hakiki yang perlu dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.
Tugas menjaga anak tak kan hendak diserahkan kepada jiran pula untuk menjaganya,itu
sudah jelas tanggungjawab ibu bapa. Keadaan ini menunjukkan Ibu bapa perlu
mengambil berat menjaga dengan sebaik mungkin anak masing-masing dan perlu ambil
tahu setiap gerak-geri, ke mana mereka pergi dan apa mereka buat serta mengambil berat
dengan siapa anak-anak mereka berkawan.
Isu berkaitan dengan kehilangan tiga kanak-kanak perempuan di Bukit Beruntung,
Selangor, kematian menyayat hati seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg
pakaian dan misteri kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang masih belum terjawab
sehingga ke hari ini. Situasi ini membuktika bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang
penting dalam memastikan keselamatan anak-anak tidak terabai dan ibu bapa perlu tahu
dengan siapa anak masing-masing berkawan serta tahu latar belakang orang yang anak-
anak mereka dampingi. Sekiranya tanggungjawab melindungi dan menjaga dengan
sepenuh perhatian dapat dihayati oleh setiap ibu bapa kes kanak-kanak hilang dapat
dibendung.
Sementara itu, Statistik Orang Hilang/Jumpa Seluruh Negara yang dikeluarkan
oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan sebanyak 759 kes kanak-kanak dan
remaja hilang dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Daripada jumlah
itu, sebanyak 34 kes melibatkan kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah, 66 kes
(10-13tahun) dan 659 kes membabitkan remaja berusia 14 hingga 17 tahun. Statistik itu
juga menunjukkan remaja perempuan Melayu paling ramai dilaporkan hilang iaitu 497
orang diikuti remaja lelaki Melayu sebanyak 119 orang.
Pengabaian dalam institusi kekeluargaan juga sering dikaitkan dengan salah laku
apabila terdapat kes yang melibatkan suami meninggalakan isteri tanpa nafkah zahir dan
batin tanpa sebab-sebab yang tertentu dalam jangka masa yang panjang sehingga
mamberi kesan kepada keluarga yang telah diabaikan itu. Situasi ini juga boleh
diistilahkan sebagai “gantung tidak bertali”.Di mana situasi ini menyebabkan keluarga
yang terabai ini akhirnya musnah dan tidak dapat diselamatkan manakala anak-anak yang
ditinggalkan menghadapi komflik jiwa sehingga mudah untuk terjebak dengan masalah
sosial dan jenayah.
2.3 Keganasan Rumah Tangga
Keganasan merupakan perbuatan atau pengabaian terhadap seseorang yang
mengakibatkan penderitaan fizikal dan mental. Selain itu, keganasan juga isu sejagat
yang tidak mengenal batasan agama, budaya dan bangsa. Pengabaian nafkah zahir dan
batin juga merupakan salah satu keganasan terhadap wanita dalam rumah tangga. Kadang
kala, keganasan rumah tangga sehingga melibatkan kes kematian atau penganiayaan yang
menyentuh perasaan. Menurut statistik yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia
( PDRM ) sepanjang tahun 2005, sebanyak 39 peratus wanita di seluruh negara menjadi
mangsa keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh suami ataupun teman lelaki
mereka. Jumlah kes yang tinggi ini pastinya akan terus meningkat sekiranya masing-
masing sekadar bersikap lepas tangan tanpa mengambil kira implikasi yang bakal wujud
di kemudian hari.
Namun demikian, terdapat sebab mengapa masih banyak lagi kes yang tidak
dilaporkan adalah berikutan sikap kaum wanita ataupun isteri yang tidak mahu
mengaibkan si suami. Mereka beranggapan sekiranya mereka melaporkan perkara
tersebut kepada pihak polis, akan menjatuhkan maruah suami mereka. Selain itu,
kebanyakan isteri beranggapan bahawa laporan tersebut hanya akan menyusahkan diri
mereka sendiri kerana mereka terpaksa turun naik mahkamah dan memakan masa
bertahun lamanya untuk diselesaikan. Si isteri tidak seharusnya memikirkan tentang
perasaan malu kerana amanah yang diberi oleh Allah yang wajib dijaga sempurna
mungkin terabai kerana malu. Hal ini berkaitan tentang maruah dan hak kaum wanita
yang kian dipinggirkan oleh si suami.
Oleh itu, terdapat akta yang telah digubal oleh kerajaan bagi membantu kaum
wanita iaitu Akta Keganasan Rumah Tangga, Kanun Keseksaan, Akta atau Enakmen-
Enakmen Keluarga Islam setiap negeri, Akta Perempuan Bersuami dan sebagainya
adalah bukti keprihatinan kerajaan menangani masalah tersebut. Undang-undang yang
digubal ini bertujuan untuk melindungi mereka dari semua perbuatan jenayah
termasuklah keganasan rumah tangga. Jika dirujuk pada Akta Keganasan Rumah Tangga
1994, tafsiran terhadap mangsa keganasan rumah tangga dilihat lebih luas kerana tidak
hanya melibatkan penganiayaan terhadap wanita semata mata. Akta tersebut mengambil
kira keganasan rumah tangga sebagai penindasan berbentuk fizikal dan mental terhadap
suami dan isteri, bekas suami dan isteri, kanak-kanak, orang dewasa kurang upaya dan
ahli-ahli dalam sesebuah keluarga. Oleh yang demikian setiap individu sama ada lelaki
mahupun wanita berhak mendapat perlindungan dan pembelaan sekiranya mereka adalah
mangsa keganasan rumah tangga.
Antara contoh keganasan rumah tangga yang diterima aduannya oleh Jabatan
Kemajuan Islam. Seorang isteri yang hamil 3 bulan mengalami keguguran akibat
ditendang suami sehingga dimasukkan ke hospital. Pasangan berikut berusia dalam
lingkungan 20-an dan tinggal di rumah mertua di Lembah Klang. Walaupun pada
peringkat awal si isteri mengadu ke pejabat agama meminta nasihat tetapi akhirnya
menerima semula suaminya walaupun pasangan seorang penganggur dan penagih dadah.
Alasannya adalah kerana masih sayangkan suaminya.
Selain itu, terdapat isteri yang berusia dalam lingkungan 40-an, suaminya
menghantuk kepala isteri ke dinding batu rumah mereka sehingga berdarah, luka dan
bengkak. Keganasan yang dilakukan telah berulang kali namun isteri sabar dengan alasan
tidak mahu memisahkan si ayah dengan anak-anak seramai lima orang. Suami wanita
tersebut seorang pensyarah manakala si isteri pegawai tinggi kerajaan.
Namun begitu, walaupun adanya undang-undang yang melindungi wanita tetapi
bagaikan tidak mempunyai makna langsung sekiranya wanita tidak bertegas untuk
mempertahankan hak mereka dan membanteras kezaliman yang dilakukan ke atas mereka
dengan mengetepikan faktor remeh-temeh yang lain seperti malu dan sebagainya.Wanita
harus ingat bahawa bukan mereka sahaja yang menanggung derita dan kekaburan masa
depan tetapi juga mungkin ahli keluarga yang lain seperti anak-anak di bawah jagaan
sekiranya tidak bertindak melalui undang-undang atau sekurang-kurangnya menghalang
keganasan daripada terus dilakukan.
Di dalam institusi kekeluargaan, wang adalah merupakan aspek penting untuk
membina sebuah keluarga. Sebagai ketua di dalam sesebuah keluarga, suami perlulah
menyediakan keperluan yang secukupnya untuk keluarganya. Sekiranya menghadapi
masalah kewangan, si suami perlulah seboleh-bolehnya mengelak dari membuat
pinjaman wang dari ceti-ceti haram ataupun Ah Long. Hal ini kerana, sekiranya si suami
tidak dapat membuat pembayaran pada tempoh yang telah ditetapkan, akan mengancam
keharmonian dalam keluarga dan seterusnya menyebabkan hilangnya ketenteraman
dalam keluarga tersebut. Apabila si suami membuat pinjaman dari ceti haram, secara
tidak langsung akan menyebabkan keselamatan nyawa dan harta benda keseluruhan ahli
keluarganya terancam.
Apabila berasa tertekan dengan ancaman dari ceti-ceti haram, maka si suami akan
terjerumus untuk terlibat di dalam melakukan keganasan rumah tangga. Hal ini secara
tidak langsung akan menyebabkan wujudnya situasi yang tegang di dalam keluarga. Hal
ini berlaku kebanyakannya kepada golongan peniaga kecil, kaki judi dan individu yang
berpendapatan rendah. Pertelingkahan di antara suami isteri berlaku dan menyebabkan
hubungan di antara ahli keluarga menjadi renggang. Anak-anak selalunya menjadi
mangsa bapa mereka untuk melepaskan kemaharan. Sikap suami yang hilang
pertimbangan di dalam mengawal kemarahan yang berpunca dari masalah di tempat kerja
mahu pun masalah lain menyebabkan anak-anak dan isteri terabai. Selain itu, kejadian
mencederakan pasangan juga berlaku berikutan kegagalan mengawal emosi dan gemar
bertindak secara melulu. Kadang kala anak-anak dipukul kerana mereka melakukan
perbuatan yang tidak sengaja seperti membuat bising di dalam rumah ataupun bermain
sehingga lewat petang.
Oleh yang demikian, fungsi masyarakat adalah perlu menjadi warga yang peka
dan sensitif terhadap hal-ha1 yang berkaitan dengan isu ini. Peranan mereka boleh
digembleng sekiranya masing-masing berfungsi sebagai ejen kepada kerajaan dalam
usaha mengurangkan kadar keganasan rumah tangga. Tahap pemahaman dan kesedaran
setiap individu perlu ditingkatkan agar usaha mengatasi masalah moral ini dapat
dilaksanakan secara kolektif. Peranan masyarakat sama ada sebagai mangsa mahupun
pemerhati perlu bermula dari dalam diri dengan memahami pelbagai maklumat
berkenaan keganasan rumah tangga agar langkah susulan mencari jalan penyelesaian
dapat diuruskan dengan sempurna. Sememangnya terdapat segelintir masyarakat yang
masih keliru dalam mengklasifikasikan keganasan sehingga mereka mengambil sikap
berkecuali dalam menghadapi isu tersebut. Akibatnya, isu yang sepatutnya boleh
diredakan, hanya sekadar menjadi bualan di meja-meja kopi dan di tepi-tepi tembok.
Selain itu, keganasan juga perlu diatasi kerana ia boleh menyebabkan lebih
banyak penderaan sama ada berbentuk fizikal mahu pun emosi. Malah generasi dan
datang iaitu anak-anak juga berpotensi menggunakan keganasan untuk menyelesaikan
masalah sekiranya ibu bapanya menjadikan medium keganasan sebagai penyelesai
masalah. Dalam aspek yang berkaitan, masalah keruntuhan rumah tangga yang
disebabkan oleh keganasan juga amat membimbangkan kerana ia menggambarkan masa
depan institusi kekeluargaan di negara yang semakin terancam.
2.4 Penderaan
Mengikut statistik kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di seluruh Negara bagi
tempoh Januari sehingga November 2000, sebanyak 3,165 kes yang dilaporkan.
Manakala negeri Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 813 kes, diikuti pula negeri
Pulau Pinang iaitu 370 kes. Perbandingan mengikut kaum pula, lelaki Melayu paling
tinggi mencatatkan jumlah kes keganasan rumah tangga berbanding kaum-kaum lain
sejak Akta Keganasan Rumah Tangga dikuatkuasakan pada tahun 1996. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 1,409 kes adalah melibatkan lelaki Melayu. Manakala kaum India
mencatatkan kes kedua tertinggi dengan jumlah kes sebanyak 811. Manakala kaum Gina
sebanyak 652 kes dan lain-lain kaum sebanyak 293 kes sahaja.
Individu yang mendera sebenarnya mempunyai masalah dalaman seperti tekanan
perasaan ataupun tidak dapat berfikir secara waras sehingga menyebabkan individu
tersebut sanggup mencederakan ahli keluarganya sama ada isteri, anak, emak atau pun
adik beradik mereka. Manakala bagi kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak
berlaku dikenalpasti dari pelbagai punca antaranya masalah disiplin, tidak mendengar
cakap, selalu menangis, pesalah mabuk, tekanan emosi, seks, cuai dan malas untuk
belajar.
2.5 Penderaan Seksual
Selain itu, kebanyakan penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak, puncanya
tidak dapat dikesan kerana kanak-kanak yang menjadi mangsa tidak berupaya untuk
melawan atau menghalang kerana masih kecil. Selain itu, tidak mengetahui bahawa
perbuatan tersebut adalah merupakan satu jenayah. Individu lain tidak mengetahui kerana
penderaan seksual tersebut bukan penderaan fizikal dan tidak meninggalkan “parut”.
Jenayah ini juga boleh berlaku sama ada secara fizikal ataupun kata-kata.
Kanak-kanak yang didera akan diselamatkan dan sekiranya kanak-kanak tersebut
memerlukan perlindungan dan mereka akan ditempatkan di rumah kanak-kanak selama
tiga tahun atau mangsa mencapai umur 18 tahun. Selain itu, mangsa juga akan diletakkan
dalam jagaan seseorang yang layak dan sesuai selama tempoh dinyatakan oleh
mahkamah dengan pengawasan pegawai kebajikan masyarakat.
Cadangan mahupun langkah-langkah yang dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk
mengatasi masalah penderaan seksual di kalangan kanak-kanak adalah menerusi kempen-
kempen dan juga seminar serta bengkel untuk kanak-kanak, guru, ibu bapa bagi memberi
pengetahuan dan menyedarkan masyarakat tentang jenyah tersebut. Program-program
yang dijalankan bertujuan untuk memberi kuasa kepada masyarakat supaya bertindak dan
tidak mendiamkan diri sekiranya mengetahui sebarang jenayah seksual terhadap kanak-
kanak di sekeliling mereka. Apabila masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai
jenayah seksual terhadap kanak-kanak, maka secara tidak langsung masyarakat dapat
membuat laporan kepada pihak berkuasa jika tahu berlaku kes sedemikian di sekitar
tempat tinggal mereka. Selain itu, masyarakat juga boleh membantu dengan menjauhkan
mangsa daripada pemangsa supaya jenayah tersebut tidak berulang lagi.
2.6 Sumbang Mahram
Dari sudut syarak, sumbang mahram adalah zina, andainya jenayah itu dilakukan atas
asas suka sama suka antara kedua-dua pihak. Rogol pula mengikut syarak disebut “zina
bi al-jabr”, yang bermaksud “zina dengan paksaan, atau melakukan persetubuhan kerana
tapaksa”. Dalam konteks jenayah zina bi al-jahr ini, jenayah sumbang mahram yang
dilakukan secara paksa oleh pesalah terhadap mangsanya pasti tergolong di dalamnya.
Menteri Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga pada ketika itu, iaitu
Datuk Shahrizat Abdul Jalil memerangi jenayah sumbang mahram secara habis-habisan.
Langkah tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
kesalahan sumbang mahram yang berlaku di kalangan masyarakat .Pada ketika itu, iaitu
tahun 2001, hukuman maksimum yang boleh dikenakan (di bawah Seksyen 376) ialah
penjara 20 tahun, selain hukuman sebat. Keputusan Jemaah Menteri bermakna
penjenayah sumbang mahram masa depan boleh dipenjara bagi satu tempoh yang lebih
lama dari itu, mungkin hingga 30 tahun, atau mungkin juga sehingga akhir hayat.
Perangkaan rasmi yang didedahkan oleh akhbar tempatan membuktikan bahawa
jenayah sumbang mahram ini sudah lama sampai ke tahap yang parah. Pada tahun 1998
sahaja, jumlah jenayah ini yang dilaporkan ialah 205 kes. Pada 1999, angka ini turun
sedikit hingga 184 kes, manakala pada tahun 2000, ia turun lagi ke angka 136. Sepanjang
5 bulan pertama, Januari hingga Mei 2001, sebanyak 73 kes dilaporkan.
Menurut Akhbar Utusan Malaysia, 29.02.2004, seorang guru agama berusia 66
tahun dihadapkan di Makamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol adik iparnya
kira-kira dua tahun lalu. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram
dengan mangsa. Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan
sebatan jika disabitkan kesalahan.
Apabila dilihat salah laku di atas dilakukan oleh individu yang berpendidikan
termasuklah mempunyai pengetahuan dalam pendidikan agama. Namun begitu, individu
tersebut masih juga terlibat dalam perbuatan sumbang mahram. Walaupun mempunyai
pendidikan agama, individu tersebut masih tidak berupaya menjaga tingkah laku dan
perasaan nafsunya itu. Individu tersebut hanya mengajar ilmu agama tetapi tidak
memahami serta mengamalkan secara mendalam ilmu tersebut.
Dari sudut perundangan pula, semasa sidang Dewan Negara terdapat senator yang
meminta pihak kerajaan menimbang cadangan menghapuskan prosedur pemeriksaan
balas yang digunapakai di mahkamah terhadap mangsa sumbang mahram terutama
kanak-kanak. Cadangan tersebut penting bertujuan bagi melindungi mangsa daripada
kesan yang tidak diingini akibat memberi keterangan di mahkamah ataupun di balai polis.
Hal ini kerana, selama ini kebanyakan mangsa sumbangmahram atau jenayah seksual
yang lain sanggup menderita bersendirian daripada tampil ke hadapan untuk membuat
laporan polis kerana tidak mahu masyarakat mengetahui mengenainya. Fenomena
seumpama ini juga berlaku kerana mangsa sumbang mahram berasa malu dengan
penerimaan masyarakat sekiranya mereka membuat laporan.
Pemeriksaan oleh young interrogator wajar menjadi perhatian kerajaan berikutan
peningkatan kes sumbang mahram kebelakangan ini. Penyiasat muda (young
interrogator) akan menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa di rumah mangsa sendiri
atau di pejabat penyiasat. Penyiasat Muda ini akan menentukan keadaan yang sesuai bagi
mangsa untuk memberi keterangan di mahkamah sekiranya perlu. Jika difikirkan mangsa
tidak sesuai hadir di mahkamah, keterangann hanya akan disampaikan melalui penyiasat
muda dan tidak dianggap sebagai keterangan dengar cakap (hearsay),” katanya.
Sehubungan dengan itu, selain penggubalan undang-undang yang bertujuan
melindungi mangsa sumbang mahram dan rogol, pihak kerajaan juga disaran untuk
mewujudkan satu badan khusus berperanan melindungi serta memastikan mangsa
sumbang mahram dan keluarga mereka mendapat pembelaan sewajarnya. Selain kerajaan
juga perlu mengenal pasti mengapa masalah tersebut berlaku, badan terbabit juga
bertanggungjawab menyalurkan bantuan termasuk sara hidup dan keperluan lain bagi
membolehkan keluarga yang tinggal meneruskan kehidupan tanpa ‘tempat bergantung.’
Ketua Puteri UMNO pada ketika itu, Azalina Othman Said ketika menyarankan cadangan
tersebut berkata, langkah itu perlu memandangkan usaha membanteras gejala sumbang
mahram di kalangan masyarakat sehingga’ kini masih menemui jalan buntu berikutan
keluarga mangsa bimbang akan hilang punca pendapatan.
Situasi yang berlaku sekarang ialah keluarga mangsa terutamanya si ibu takut
untuk membuat laporan kerana yang merogol adalah ayah atau datuk atau abang kepada
mangsa. Mereka ini merupakan ketua yang menyara keluarga, sekiranya mereka
ditangkap oleh pihak berkuasa, jadi si ibu dan anak-anak yang lain akan menghadapi
masalah untuk meneruskan hidup mereka. Hal ini yang menyebabkan banyak kes
sumbang mahram tidak dilaporkan dan dibimbangi gejala ini semakin berleluasa.
Selain itu, satu tabung yang dikendalikan oleh badan khusus berkaitan, diharap
dapat diusahakan bagi membantu kehidupan golongan malang tersebut. Pihak kerajaan
perlu mengkaji cara untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa dan ahli-ahli keluarga
mereka yang tinggal selepas pesalah yang biasanya terdiri daripada ketua keluarga
dibicara dan dijatuhkan hukuman. Sebagai contoh program perlindungan saksi yang
dipraktikkan di Amerika Syarikat.
Pihak kerajaan harus lebih tegas dalam melaksanakan undang-undang dengan
mewajibkan setiap pesalah jenayah rogol mahupun sumbang mahram menjalani hukuman
sebat selain penjara. Undang-undang yang ada menyatakan sebat atau penjara, ‘atau’
bermakna mereka ada pilihan. Hukuman sebat ini pula mesti sama dengan bilangan tahun
penjara yang dikenakan ke atas pesalah. Sekiranya pesalah berumur 50 tahun, maka
sebatan yag dikenakan juga perlu 50 sebatan. Persepsi serong masyarakat sering memberi
tekanan sehingga menjejaskan masa depan mangsa rogol dan keluarga mereka yang
kebanyakannya terpaksa menderita dalam senyap.
3.0 FAKTOR YANG MENYUMBANG KE ARAH SALAH LAKU TIDAK
BERINTEGRITI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN
Isu salah laku tidak berintegriti dalam institusi keluarga di Malaysia didapati semakin
meningkat, hal ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor-faktor yang
menyumbang ke arah masalah ini ialah pendidikan, ekonomi,sosial, agama dan budaya.
Setiap pasangan mengimpikan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia tetapi setelah
berkahwin pelbagai cabaran yang terpaksa mereka hadapi. Sekiranya pasangan suami dan
isteri tidak dapat menempuhi alam perkahwinan yang pelbagai cabaran sudah tentu
rumahtangga akan goyah sehingga akan menimbulkan krisis rumahtangga dan berakhir
dengan penceraian. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya salah laku tidak
berintegriti tersebut ialah:
3.1 Agama.
Setiap pasangan suami dan isteri haruslah memiliki ilmu agama yang cukup kerana
agama akan memandu arah hidup mereka, sekiranya pasangan tidak mempunyai
pendidikan agama yang baik dengan mudah mereka akan bertindak mengikut perasaan
tanpa berfikir panjang. Hal ini akan menyebabkan penceraian mudah berlaku. Sepatutnya
pasangan suami dan isteri haruslah memiliki peribadi yang mulia dan mengetahui
bagaimana memimpin keluarga. Peribadi yang kotor akan menimbulkan masalah
perhubungan dan komunikasi yang baik antara suami dan isteri. Menurut Ghafani bin
Awang Teh (1997) mengatakan peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang
yang rosak akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti
pemarah, tamak, dengki, pendendam, panas baran, sombong, tidak amanah dan
sebagainya. Apabila pasangan ini berkahwin sudah tentunya pelbagai masalah akan
wujud sebagai contoh suami yang panas baran sudah tentu cepat melenting dan bertindak
mengikut emosi seperti memukul dan mendera isteri. Hal ini disebabkan oleh tahap
pendidikan agama yang rendah
3.2 Keluarga.
Masalah salah laku ini turut berlaku apabila terdapatnya campur tangan daripada pihak
ketiga seperti keluarga mentua, ipar duai, saudara mara dan rakan-rakan dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasangan.Masalah yang sering dihadapai oleh
pasangan adalah dari segi penjagaan anak, calon menantu bukan pilihan keluarga, suami
atau isteri yang tidak melaksanakan tanggungjawab menguruskan rumahtangga, suami
berpoligami dan masalah fitnah seperti suami main kayu tiga dan irihati daripada pihak
luar yang tidak senang melihat pasangan keluarga ini bahagia. Masalah yang pertama
iaitu dari segi penjagaan anak. Bagi pasangan yang berkerja mereka tidak mempunyai
masa dalam pengurusan anak-anak seperti menghantar ke sekolah, memberi pendidikan
pada anak-anak, dan mengambil berat akan hal anak-anak. Kebiasaannya ibu bapa akan
membiarkan anak-anak menguruskan sendiri hal peribadi atau menghantar ke rumah
datuk atauk nenek mereka sehingga mereka merasakan diri mereka tidak mendapat
perhatian dan kasih sayang.
Hal ini akan menyebabkan anak-anak akan melakukan aktiviti yang tidak sihat
seperti melepak, buli, berpeleseran dan sebagainya yang boleh menjejaskan perhubungan
kekeluargaan dan akan menyebabkan ibu bapa bertengkar untuk menyelesaikan masalah
anak-anak. Sering kali masalah ini berlaku, ibu bapa pasangan suami isteri akan masuk
campur untuk mengatasi masalah tersebut tetapi jarang masalah ini dapat di selesaikan
oleh ibu bapa mereka kerana sesetengah ibu bapa suka menyalahkan anak menantu
apabila berlaku masalah rumah tangga anak mereka sehingga ibu bapa ini tertekan dan
mengambil jalan mudah untuk bercerai. Masalah seterusnya calon pilihan tidak disukai
oleh keluarga mentua. Apabila pasangan ini berkahwin selalunya keluarga mentua akan
mencampuri urusan peribadi keluarga anak mereka sehingga menimbulkan
ketidakpuashatian pasangan dan hal ini akan menyebabkan penceraian akan berlaku.
Seterusnya, masalah poligami turut menyebabkan masalah penceraian suami isteri. Hal
ini kerana, kebanyakkan isteri tidak ingin berpoligami kerana akan menimbulkan
pelbagai masalah kepada isteri dan anak-anak seperti isteri terpaksa menangung beban
keluarga yang selama ini di bawah tanggungjawab suami. Oleh sebab itu, penceraian
akan terjadi apabila isteri tidak mahu memikul beban keluarga terutama anak-anak.
3.3 Kewangan
Faktor kewangan merupakan penyebab utama peningkatan isu salah laku tidak
berintegriti sehingga menyebabka penceraian di kalangan rakyat Malaysia. Masalah
kewangan yang melanda dalam kehidupan berkeluarga sering kali menyebabkan suami
isteri bertengkar untuk menjelaskan pelbagai perbelanjaan seharian, sewa, bayaran
sekolah anak-anak dan sebagainya. Hal ini yang menyebabkan suami isteri sering
bergaduh untuk menyelesaikan masalah mereka dan kadang-kadang boleh menimbulkan
perkara yang lebih serius apabila masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan cara yang
betul dan jalan mudah untuk menyelasaikan masalah tersebut ialah melalui penceraian.
Selain itu, taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar menyebabkan masalah ini
sering berlaku bagi penduduk di kawasan bandar. Hal ini kerana, pendapatan yang tidak
cukup untuk menampung keperluan hidup seharian boleh mendatangkan masalah
penceraian apabila pasangan suami isteri tidak dapat menyelasaikan masalah mereka.
Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar boleh memberi tekanan kepada penduduk di
kawasan bandar yang sudah berkahwin dan boleh menimbulkan keretakan rumahtangga
dan seterusnya berlakunya masalah penceraian.
Bukan itu sahaja, tahap status antara suami dan isteri turut menyumbang kepada
masalah penceraian. Tahap status yang tidak setaraf boleh menyebabkan isteri atau suami
berasa malu dan merendah diri. Sebagai contoh, taraf suami lebih rendah berbanding
isteri dalam pekerjaan ataupun tahap pendidikan menyebabkan mereka tidak mempunyai
pendapat yang sama dalam mengurus rumah tangga mahupun menyelasaikan masalah.
Pendapatan atau kuasa isteri lebih tinggi dalam pekerjaan turut memberi faktor kepada
masalah penceraian seperti gaji, pangkat atau sebagainya menyebabkan suami berasa
tertekan, merendah diri dan malu untuk berdepan dengan rakan-rakan dan khalayak lain
kerana merasa terdapat jurang status antara mereka. Oleh sebab itu, pasangan suami isteri
tidak lagi mesra dan saling berhubungan baik kerana sering berselisih faham sehingga
berlaku penceraian untuk mengatasi masalah tersebut.
3.4 Perbezaan budaya.
Budaya yang berbeza antara pasangan suami isteri turut menyumbang kepada masalah
penceraian. Faktor tersebut berlaku apabila ada sebahagian pasangan suami isteri yang
berkahwin berlainan bangsa yang mempunyai budaya yang berlainan. Masalah budaya
yang berlainan antara pasangan suami isteri seperti citarasa, pemikiran, adat resam dan
sebagainya akan menyebabkan mereka tidak ada persefahaman apabila mereka hidup
berumahtangga. Sekiranya pasangan suami isteri tidak dapat memahami dan mahu
mempelajari budaya pasangan masing-masing akibatnya mereka tidak mempunyai
persefahaman sehingga boleh menimbulkan masalah penceraian. Selain itu, budaya
berlainan antara pasangan suami isteri akan menyukarkan mereka untuk menjalinkan
perhubungan rapat dengan keluarga mertua dan ini juga merupakan salah satu punca
menyebabkan kes penceraian turut berlaku. Hal ini kerana, sukar keluarga mertua untuk
menerima pasangan anak mereka yang berlaianan bangsa kerana tidak memenuhi citarasa
mereka.
4.0 KESAN SALAH LAKU TIDAK BERINTEGRITI DALAM INSTITUSI
KEKELUARGAAN
Sebenarnya kes penceraian yang berlaku ekoran daripada salah laku tidak berintegriti
terhadap sesetengah pasangan suami isteri akan memberi kesan kepada individu,
keluarga, masyarakat dan negara.
4.1 Kesan kepada Individu
Pertama, kesan terhadap individu tersebut ialah kehilangan tempat pergantungan
terutamanya kepada isteri. Kebanyakkan isteri yang sudah bercerai akan mencari
pekerjaan untuk menampung keperluannya dan anak-anak. Mereka akan bekerja untuk
menyara kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan dan terpaksa memikul beban
yang sebelum ini hanya bergantung kepada suami. Mereka tidak mempunyai tempat
perlindungan dan kewangan lain untuk meneruskan kehidupan. Hal ini menyebabkan
mereka merasa tertekan dan menanggung masalah tersebut sendirian. Didapati,
kebanyakkan kes penceraian yang berlaku, pihak suami tidak memberi nafkah penjagaan
anak-anak dan memberi bebanan tersebut kepada pihak isteri. Kesan kepada isteri selepas
berlakunya penceraian memberi masalah kepada mereka untuk meneruskan kehidupan
untuk menyara segala keperluan anak-anak dan diri sendiri. Selaian itu, terdapat juga
sebahagian daripada isteri selepas penceraian akan melakukan perkara yang tidak elok
untuk meneruskan mereka kerana tidak mempunyai tempat pergantungan.
4.2 Kesan Kepada Keluarga
Kedua, kesan kepada keluarga, kebanyakkan keluarga yang mengalami penceraian
memberi kesan buruk kepada anak-anak. Anak-anak yang hidup dalam keluarga yang
mengalami penceraian sering kali melakukan perbuatan yang tidak elok seperti melepak,
merempit, mengambil alkohol dan dadah. Hal ini kerana mereka berasa tertekan dengan
keadaan kehidupan keluarga yang berpecah belah. Mereka tidak dapat perhatian, kasih
sayang yang secukupnya, tempat untuk mengadu dan sebagainya daripada ibu bapa maka
cara penyelasaian bagi mereka untuk mengatasi masalah, kesunyian dan mendapat
perhatian ialah melalui rakan-rakan sebaya dengan melakukan gejala sosial. Bukan itu
sahaja, penceraian ibu bapa menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa apabila
salah seorang daripada mereka yang menjaga anak-anak dan apabila mereka menghadapi
masalah mereka akan melepaskan tekanan mereka kepada anak-anak yang tidak bersalah.
Sebenarnya, anak-anak yang berhadapan dengan situasi sebegini akan bertindak ganas
dengan melakukan perkara yang tidak bermoral untuk melepaskan geram mereka kepada
ibu-bapa.
4.3 Kesan Kepada Masyarakat
Seterusnya, kesan kepada masyarakat apabila banyak kes penceraian ibu bapa adalah
akan melahirkan generasi muda yang tidak bermoral. Hal ini kerana, anak-anak yang
baik bermula daripada didikan dan asuhan ibu bapa yang baik namun apabila berlakunya
masalah penceraian ibu bapa maka perkara ini akan menjejaskan perkembangan anak-
anak untuk membesar yang memerlukan kasih-sayang dan didikan sempurna oleh ibu
bapa. Perkara ini yang menyebabkan ramai anak-anak membesar dalam keadaan tidak
sempurna kerana perpecahan keluarga maka melahirkan generasi tidak bermoral.
Kehidupan bermasyarakat apabila mereka bekerja akan membentuk modal insan yang
tidak baik dan melanggar peraturan.
5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI
Justeru itu bagi mengelakkan berlaku penceraian selepas berkahwin, pelbagai pihak harus
mengambil langkah-langkah bagi membantu menurunkan kadar penceraian yang semakin
meningkat angkara masalah yang kecil diperbesar-besarkan sehingga terjadinya
penceraian. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menerusi pihak kerajaan
dan jabatan agama untuk memberi pendekatan ataupun pendedahan kepada pasangan
yang ingin berkahwin.
Antara pendekatan yang diambil adalah mengadakan kursus-kursus, bengkel dan
seminar kekeluargaan bagi memberi penerangan asas tentang tanggungjawab dan
perkahwinan. Sebagai contohnya kursus perkahwinan yang diwajibkan kepada setiap
pasangan yang ingin berkahwin sangat memberi manfaat dan ilmu rumahtangga kepada
pasangan. Hal ini akan menyebabkan pasangan telah mendapat pendedahan awal darisegi
agama dan ilmu-ilmu yang lain, justeru itu masalah penceraian dapat dielakan kerana
mereka boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi secara baik dan berhikmah. Apabila
pasangan yang ingin berkahwin diwajibkan menghadiri kursus pra perkahwinan sudah
tentu mereka mendapat pelbagai ilmu dan pendedahan berkaitan pengurusan
rumahtangga.
Selain itu juga pihak media massa menerusi media cetak dan elektronik boleh
juga turut membantu dengan menyiarkan ruangan atau forum berbentuk kekeluargaan.
Sebagai contohnya memaparkan cerita, motivasi dan tanggungjawab menerusi ruangan
agama dan keluarga.
Selain itu juga, pihak kerajaan boleh menubuhkan pusat pembangunan keluarga
Islam dan pusat pembangunan sosial menerusi di bawah kementerian pembangunan
wanita dan keluarga ataupaun menerusi agensi-agensi ataupun NGO. Hal ini untuk
memudahkan masyarakat mendapat khidmat nasihat dan juga rujukan. Disamping itu
juga pasangan yang dalam proses penceraian digalakkan menjalani proses kauseling atau
rundingan terlebih dahulu oleh pihak jabatan agama islam sebelum dibenarkan bercerai
dan menetapkan undang-undang setiap penceraian mestilah dilafazkan di mahkamah
syariah bukannya diluar makamah, sekiranya pasangan ini bercerai atupun melafazkan
cerai duluar makhmah tindakan undang-undang atau denda boleh diambil. Pihak
makhmah atau jabatan agama boleh mengetatkan undang-undang supaya setiap pasangan
yang ingin bercerai perlulah menjalani beberapa prosedur terlebih dahulu.
6.0 KESIMPULAN
Institusi keluarga penting dalam membentukkan masyarakat yang tingggi penghayatan
nilai dan etikanya. Usaha untuk membentuk integriti dan meningkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan masyarakat dan seterusnya negara perlu dipupuk dan disemai bermula
daripada peringkat keluarga. Kemerosotan integriti dalam institusi keluarga ini akan
menimbulkan kesan negatif kepada pembangunan sahsiah dan moral dalam sesebuah
masyarakat.Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan penting dan
bekerjasama dalam usaha meningkatkan nilai integriti.Kerjasama dan sinergi semua
sektor menjadi kekuatan ke arah perubahan nilai dan amalan masyarakat.
RUJUKAN
Rosni Hassan. (2001, 26 Julai ). Shahrizat isytihar “perang” jenayah sumbang mahram
Utusan Malaysia, hlm 3: 1
Salleh Buang. ( 2001, 31 Julai ). Menghukum penjenayah sumbang mahram.
Utusan Malaysia, hlm. 6
Noraini Abdul Razak. (2001, 17 Ogos). Sumbang Mahram : Ubah prosedur. Utusan
Malaysia, hlm. 11
Noralita Mohd Sies. (2003, 19 Julai). Tubuhkan badan lindungi mangsa
sumbang mahram. Utusan Malaysia, hlm. 12:1
Norzahiran Ismail. (2003, 10 Januari ). Penjara hingga 30 tahun. Utusan Malaysia,
hlm. 12
Bekas guru agama tidak mengaku salah rogol adik ipar. (2004, 29 Februari ). Utusan
Malaysia , hlm 11: 1
Habibah Omar. ( 2004, 05 Ogos ). Pertubuhan mangsa rogol ditubuhkan. Utusan
Malaysia, hlm.8:2
Zabry Mohamad, ( 2005, 01 Disember ).Penderaan Seksual, masyarakat perlu
bertindak. Utusan Malaysia, hlm 13
Yuspisman Asli. ( 2006, 01 Januari). Tegas tangani keganasan rumah tangga.
Utusan Malaysia, hlm.11: 1
Top Related