Inventori Belajar
Berikut senarai 25 item yang berkaitan dengan tabiat belajar. Fikirkan dengan mendalam bagi setiap item. Jika item itu amat tidak bertepatan dengan diri anda, bulatkan nombor di ruangan sebelah kiri (A). Jika item itu amat bertepatan dengan diri anda, bulatkan nombor di sebelah kanan (C). Sekiranya tabiat belajar anda antara dua pilihan tersebut, bulatkan nombor yang ditengah (B). Jumlahkan semua nombor yang sudah dibulatkan bagi mendapatkan skor anda.
Bil. ItemA
Amat tidak bertepatan dengan
saya
B CAmat
bertepatan dengan
saya
1 Oleh kerana saya tidak suka kepada mata pelajaran tertentu, saya tidak akan mempelajarinya.
1 2 3
2 Saya cuba gunakan apa yang sudah dipelajari daripada suatu mata pelajaran lain.
3 2 1
3 Saya lebih suka menonton telivisyen walaupun saya tahu saya sepatutnya belajar .
1 2 3
4 Saya dapati sukar untuk belajar dengan baik.
1 2 3
5 Saya akan mencari beberapa orang kawan apabila tiba waktu belajar.
1 2 3
Inventori Belajar
Bil. ItemA
Amat tidak
bertepatan dengan
saya
B CAmat
bertepatan dengan saya
6 Saya suka belajar ditempat sunyi . 3 2 1
7 Saya suka berkhayal apabila hendak memulakan pelajaran.
1 2 3
8 Saya mengambil masa yang lama untuk mula belajar .
1 2 3
9 Saya dapati sukar memberikan tumpuan semasa belajar .
1 2 3
10 Saya memerlukan `mood` yang baik untuk belajar.
1 2 3
Inventori Belajar
Bil Item A
Amat tidak bertepatan
dengan saya
B CAmat
bertepatan dengan
saya
11 Saya tidak dapat belajar jika terikat dengan masa yang sudah ditetapkan bagi menyiapkan tugasan.
1 2 3
12 Saya banyak menghabiskan masa pada perkara-perkara yang tidak penting.
1 2 3
13 Saya selalu mendapati masa belajar tidak mencukupi.
1 2 3
14 Saya pastikan saya tahu masa tugasan perlu dihantar.
3 2 1
15 Saya menyiapkan tugasan yang penting terlebih dahulu.
3 2 1
Pengurusan Masa
Bil ItemA
Amat tidak bertepatan
dengan saya
B CAmat
bertepatan dengan
saya
16 Saya cuba menyimpulkan apa yang sudah saya pelajari
3 2 1
17 Saya menghadapi masalah semasa membaca semua bahan pelajaran
1 2 3
18 Saya menyusun nota-nota dengan rapi
3 2 1
19 Saya dapati sukar mencatat nota di dalam kelas
1 2 3
20 Saya cuba membaca semua isi pelajaran dengan seberapa segera yang boleh
1 2 3
Membaca dan mengambil Nota
Bil Item A
Amat tidak bertepatan
dengan saya
B CAmat
bertepatan dengan saya
21 Saya berasa takut dan sering tidak dapat menjawab soalan dengan baik.
1 2 3
22 Saya fikirkan dan merancang sebelum menjawab soalan.
3 2 1
23 Saya menyiapkan lebih awal dan menghantar kertas jawapan sebelum masa tamat.
1 2 3
24 Saya merancang pembahagian masa bagi setiap soalan sebelum saya mula menjawab.
3 2 1
25 Saya cuba menjawab setiap soalan berdasarkan nota-nota yang saya sediakan .
3 2 1
Peperiksaan
TAHAP BELAJAR SAYA Interpretasi
Skor Tahap belajar25 – 30 Tabiat belajar cemerlang. Anda pasti
memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang, insya-Allah. Kekalkan tabiat anda itu
31 – 40 Tabiat belajar baik . Tumpukan pada mana -mana aspek yang lemah.
41 – 50 Tabiat belajar sederhana. Masih ada ruang dan masa untuk memperbaiki tabiat belajar anda.
51 – 75 Tabiat belajar lemah. Perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tabiat belajar supaya anda tidak kecewa
Top Related