ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Setitik Tinta Dari Ketua Pegawai Operasi
2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen
2.1 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 1-2
2.2 Pembayaran Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain
Bayaran/Hutang Tertunggak 2-5
2.3 Pemulangan Bahan / Kunci Loker / Denda Perpustakaan Laman
Hikmah 5-6
2.4 Kajian Pengesanan Graduan IPT 2018 6-8
2.5 Cenderahati Konvokesyen 8-9
2.6 Kad Jemputan, Pas Masuk, Pas Kenderaan dan Q-Card 9-10
2.7 Pengambilan Jubah 10-11
3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen
3.1 Pendaftaran Graduan 12
3.2 Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen 13-15
3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 16
4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen
4.1 Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood 17-18
4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 19-20
4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 20
4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 20-21
4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 21
5. Tatacara Berpakaian
5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 22
5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 22-23
5.3 Penampilan Diri Graduan 24
6. Raptai 24
7. Graduan Kurang Upaya / Yang Memerlukan Bantuan Khas (Cacat
atau Kemalangan) 24
8. Gambar Konvokesyen 25-26
9. Seni kata Lagu UTeM 27
10. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 28
11. Senarai Semak 29-32
Lampiran A 33-34
SETITIK TINTA DARI KETUA PEGAWAI OPERASI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan kerana
telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Majlis Konvokesyen Ke-14 UTeM akan dilaksanakan pada 26 & 27 November 2018 (Isnin dan Selasa)
bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Majlis Konvokesyen
adalah satu majlis pengiktirafan yang sangat bererti dan bermakna kepada graduan. Justeru,
kerjasama daripada semua graduan adalah diperlukan untuk menjadikan Majlis Konvokesyen ini
sebagai yang terbaik.
Buku ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada graduan mengenai perkara-perkara yang
perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri Majlis Konvokesyen. Buku Panduan Kepada
Graduan ini WAJIB dibaca dan difahami oleh setiap graduan bagi mengelakkan kekeliruan dan
ketidaksampaian maklumat penting yang perlu diketahui seperti pendaftaran graduan, tarikh raptai,
tarikh pengambilan jubah, tuntutan Sijil & Transkrip Akademik, penahanan Sijil & Transkrip Akademik,
pakaian graduan & ibu bapa, tuntutan gambar graduan dan Borang Kajian Pengesanan Graduat
IPTA, IPTS dan Politeknik 2018.
Panduan ini diharap membantu graduan sebelum, semasa dan selepas menghadirkan diri ke Majlis
Konvokesyen. Graduan turut diingatkan supaya sentiasa melayari laman sesawang di
konvo.utem.edu.my mendapatkan maklumat terkini tentang perjalanan Majlis Konvokesyen.
Kerjasama daripada semua graduan amat saya harapkan untuk menjamin kejayaan keseluruhan
Majlis Konvokesyen Universiti ini.
Syabas dan tahniah kepada semua graduan.
MASDZARIF BIN MAHAT
Ketua Pegawai Operasi
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
1
MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 (2018)
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
PADA 26 & 27 NOVEMBER 2018 (ISNIN & SELASA)
Selamat Sejahtera
Tuan/Puan
MAJLIS KONVOKESYEN KE – 14 UTeM (2018)
Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan tuan/puan menamatkan
pengajian di UTeM pada tahun ini. Majlis Konvokesyen Ke-14 UTeM akan diadakan pada 26 & 27
November 2018 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal,
Melaka. Para graduan adalah dijemput hadir pada Majlis Konvokesyen di atas.
Graduan diminta supaya membaca dengan teliti Buku Panduan Graduan ini dan mengikuti arahan
yang terkandung di dalamnya. Satu senarai semak telah disediakan di muka surat akhir Buku
Panduan Graduan ini untuk kemudahan tindakan oleh graduan. Jika mempunyai kemusykilan, para
graduan diminta untuk menghubungi pegawai- pegawai Universiti yang dinyatakan.
2. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
2.1 PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI)
Bagi memastikan Majlis Konvokesyen UTeM berjalan lancar, setiap graduan
DIWAJIBKAN mengambil gambar untuk Kad Alumni. Kad Alumni bertujuan untuk
memaparkan maklumat graduan semasa naik ke atas pentas. Para graduan
diingatkan supaya berpakaian kemas semasa proses mengambil gambar Kad Alumni
seperti berikut:-
Graduan lelaki : Memakai kemeja. Graduan turut diingatkan
supaya berambut pendek
Graduan perempuan : Memakai pakaian yang sopan
Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan gambar (Kad Alumni) :
Tempat : Ruang Santai,
Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
2
: 23 November 2018 (Jumaat)
- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang
: 24 November 2018 (Sabtu)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 25 November 2018 (Ahad)
- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengambilan gambar atau kad alumni, sila
berhubung dengan pegawai di Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi,
Pejabat Pendaftar seperti berikut:
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Puan Azrina binti Alwi [email protected] 06-270 1900
Encik Muhammad Shuhaimi bin Abu
Bakar [email protected] 06-270 1977
Encik Zuhaimi bin Alias [email protected] 06-270 2847
NOTA PENTING:-
i) SILA BAWA KAD ALUMNI INI KE KHEMAH PERSEDIAAN GRADUAN UNTUK MENDAFTAR
DIRI SEBELUM NAIK KE PENTAS.
ii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI
AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH
HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI) AKAN HANYA
BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.
2.2 PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN / YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG
TERTUNGGAK
2.2.1 YURAN KONVOKESYEN
a) Semua graduan DIWAJIBKAN membuat bayaran yuran konvokesyen.
b) Graduan yang TIDAK HADIR ke Majlis Konvokesyen juga masih perlu
menjelaskan yuran konvokesyen untuk menuntut Sijil dan Transkrip
Akademik.
c) Kadar yuran konvokesyen bagi setiap program adalah seperti berikut:
i. Diploma : RM100.00
ii. Sarjana Muda : RM130.00
iii. Sarjana : RM150.00
iv. Kedoktoran : RM150.00
3
d) Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui empat (4)
kaedah :
Kaedah 1:
Pembayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – Graduan
perlu mengemukakan nombor kad pengenalan graduan semasa
hendak membuat pembayaran di kaunter BIMB. Graduan dikehendaki
menyerahkan satu salinan slip bayaran (bank-in-slip) yang telah
diperakui oleh Bank Islam di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah
di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A)
Kaedah 2:
Pembayaran yuran secara on-line dengan melayari laman sesawang
www.bankislam.com.my. Resit perlu dicetak dan diserahkan di Kaunter
Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah.
(Arahan seperti di Lampiran A)
Kaedah 3:
Pembayaran dibuat melalui mesin auto-teller BIMB. Resit perlu dicetak
dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum
mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di
Lampiran A)
Kaedah 4:
Pembayaran secara online melalui Financial Processing Exchange (FPX
Payment) dengan melayari laman sesawang UTeM www.utem.edu.my.
Resit perlu dicetak dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter
Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. Untuk
makluman kaedah pembayaran secara FPX ini hanya untuk graduan
pra siswazah sahaja.
Semua graduan DIMESTIKAN membuat pembayaran yuran
konvokesyen bermula dari 24 September 2018 (Isnin) sehingga 16
November 2018 (Jumaat) sebelum jam 4.00 petang.
e) Kegagalan graduan untuk membuat bayaran yuran konvokesyen
akan menyebabkan proses-proses seterusnya TIDAK BOLEH DITERUSKAN
iaitu:-
i. mengambil cenderahati dan kad jemputan konvokesyen;
ii. mengambil jubah konvokesyen;
iii. menghadiri Majlis Konvokesyen; dan
iv. mengambil Sijil dan Transkrip.
4
2.2.2 YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK
a) Graduan yang mempunyai yuran / lain-lain bayaran / denda / hutang
tertunggak dinasihatkan untuk menjelaskan semua pembayaran
sebelum minggu pengambilan jubah bagi melancarkan urusan
pengambilan jubah kelak.
b) Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 11/2011 berkenaan Peraturan
Pembayaran Pelajar, pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran
selepas tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan seperti
berikut:
i. Ditahan daripada membuat pendaftaran mata pelajaran
ii. Ditahan slip menduduki peperiksaan
iii. Ditahan keputusan peperiksaan
iv. Digantung pengajian
v. Diberhentikan
vi. Ditahan menghadiri konvokesyen
vii. Ditahan Sijil dan Transkrip
c) Pembayaran yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak boleh
dibuat menggunakan kaedah “Financial Processing Exchange”
dengan melayari laman sesawang UteM atau melalui kaedah bank
draf/wang pos atas nama ‘Bendahari UTeM’ dan dipos ke Pejabat
Bendahari atau selewat-lewatnya diserahkan di Kaunter Yuran sebelum
mengambil jubah.
d) Status yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak graduan akan
disemak di Kaunter Yuran. Segala urusan pembayaran di Kaunter Yuran
adalah menggunakan debit kad/kredit kad/bank draf/wang pos.
PEMBAYARAN SECARA TUNAI TIDAK AKAN DITERIMA.
Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Yuran:
Tempat : Ruang Santai,
Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 23 November 2018 (Jumaat)
- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
5
- 2.45 petang hingga 5.00 petang
: 24 November 2018 (Sabtu)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
:
25 November 2018 (Ahad)
- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam
Untuk sebarang pertanyaan mengenai yuran, sila berhubung dengan pegawai di
Pejabat Bendahari seperti berikut:
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Cik Farah Farhanah binti Md Lani [email protected] 06-270 2032
Encik Afiq bin Hashim [email protected] 06-270 2029
Encik Muhamad Hazwan bin Hassan [email protected] 06-270 2028
Puan Siti Hajar binti Abd Latiff [email protected] 06-270 2027
NOTA PENTING:-
i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN MENYEBABKAN
PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN.
ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN JUGA MASIH PERLU
MENJELASKAN YURAN KONVOKESYEN UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.
ii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI
AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH
HARI. OLEH ITU, KAUNTER YURAN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI
MAJLIS RAPTAI.
2.3 PEMULANGAN BAHAN / KUNCI LOKER / DENDA PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH
Semua graduan dinasihatkan untuk memulangkan bahan, kunci loker dan
menyelesaikan pembayaran denda sebelum 22 November 2018 bagi melancarkan
urusan pengambilan jubah. Status pemulangan bahan, kunci loker dan denda akan
disemak di kaunter Perpustakaan Laman Hikmah dan bayaran (jika ada) boleh dibuat
di Kaunter Pemulangan Bahan / Kunci Loker / Denda Perpustakaan Laman Hikmah.
Sila simpan resit transaksi sebagai bukti.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pemulangan bahan/ kunci loker / denda
Perpustakaan Laman Hikmah, sila berhubung dengan pegawai di Unit Sirkulasi,
Perpustakaan Laman Hikmah seperti berikut:
6
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Puan Norfazlin binti Tambi Chek [email protected] 06-270 1200/
06-270 1202
Puan Norfaradilla Idayu binti Ab.
Ghafar [email protected] 06-2701232
Encik Thaqif bin Mohd Isa
06-2701277
NOTA PENTING:-
i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN MENYEBABKAN
PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN.
ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN MASIH PERLU MEMBUAT
PEMULANGAN BAHAN / KUNCI LOKER / DENDA PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH
UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.
iii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI
AHAD 25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH
HARI. OLEH ITU, KAUNTER AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS
RAPTAI.
2.4 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPT 2018
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan kajian pengesanan graduan
bagi semua graduan Universiti Awam (UA) dan IPTS secara on-line mulai tahun 2006.
Sehubungan dengan itu, semua bakal graduan diwajibkan mengisi borang kajian
pengesanan graduan IPT 2018.
Kajian pengesanan graduan IPT merupakan satu kajian tahunan bertujuan untuk
mengukur daya tahap employability dan marketability graduan, mendapat
pandangan / persepsi graduan tentang keberkesanan program akademik, sistem
pengajian prasarana di IPT masing-masing, mewujudkan pangkalan data graduan-
graduan IPT serta merupakan salah satu cara graduan untuk menyumbang kembali
kepada institusi masing-masing dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti
pelbagai program pengajian di IPT.
Justeru itu, bakal graduan UTeM adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi borang tersebut
yang boleh dilayari secara on-line di http://graduan.moe.gov.my/ atau melayari
portal UTeM http://www.utem.edu.my (ruang campus events) bermula 26 Oktober
2018 (Jumaat) sehingga 25 November 2018 (Ahad).
Graduan PERLU mencetak “Slip Pengesahan Kajian” dan mengemukakan slip tersebut
semasa proses pengambilan jubah konvokesyen.
7
Graduan dikehendaki menyerahkan Slip Pengesahan Kajian kepada petugas Kaunter
Kajian Pengesanan Graduan seperti ketetapan berikut:
Tempat : Ruang Santai,
Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 23 November 2018 (Jumaat)
- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang
: 24 November 2018 (Sabtu)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 25 November 2018 (Ahad)
- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam
Kerjasama graduan adalah dipohon untuk mengemaskini status pekerjaan masing-
masing dalam tempoh enam (6) bulan setelah konvokesyen dalam laman sesawang
http://graduan.moe.gov.my/update/
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila berhubung
dengan ‘UTeM Career Connect’, Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran
Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-
JIM) seperti berikut:
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Encik Mohd Zahier bin Mohd Yusoff [email protected] 06-270 1916
Encik Ahmad Haikal bin Shamshul
Bahrin [email protected] 06-270 4013
Tuan / puan juga adalah DIGALAKKAN untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni
UTeM (AUTeM). Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Pengesanan Graduan atau di
Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib
Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM), Samsung IoT, Kampus
Teknologi UTeM dengan yuran sebanyak RM30.00 (secara tunai).
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ahli AUTeM, sila berhubung
dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong
Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:
8
NOTA PENTING:-
SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD
25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH
ITU, KAUNTER KAJIAN PENGESANAN GRADUAN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH
SELESAI MAJLIS RAPTAI.
2.5 CENDERAHATI KONVOKESYEN
Semua graduan diberikan cenderahati konvokesyen daripada AUTeM. Sehubungan
dengan itu, graduan dikehendaki mengambil cenderahati tersebut seperti ketetapan
berikut:
Tempat : Ruang Santai,
Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 23 November 2018 (Jumaat)
- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang
: 24 November 2018 (Sabtu)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 25 November 2018 (Ahad)
- Selepas raptai hingga jam 7.00 petang
Untuk sebarang pertanyaan mengenai cenderahati, sila berhubung dengan Pusat
Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-
Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Puan Ernawatie Binti Md Sah [email protected] 06-270 4011
Encik Muhammad Akmal bin
Mad Yatim [email protected] 06-270 4014
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Puan Ernawatie binti Md Sah [email protected] 06-270 4011
Encik Muhammad Akmal bin
Mad Yatim [email protected] 06-270 4014
9
NOTA PENTING:-
SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD
25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH
ITU, KAUNTER CENDERAHATI KONVOKESYEN AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH
SELESAI MAJLIS RAPTAI.
2.6 KAD JEMPUTAN, PAS MASUK, PAS KENDERAAN DAN Q-CARD
2.6.1 Kad jemputan, pas masuk, pas kenderaan dan Q-Card akan diserahkan mulai
22 November (Khamis) hingga 25 November 2018 (Ahad).
2.6.2 Setiap graduan yang hadir dibenarkan membawa tetamu bagi menyaksikan
Majlis Konvokesyen. Bilangan tetamu yang dibenarkan masuk ke dalam
dewan adalah seperti mana yang dinyatakan di atas pas masuk mengikut sesi
penganugerahan masing-masing seperti berikut:
2.6.3 Tetamu graduan hendaklah memegang pas masuk ini untuk ditunjukkan
kepada petugas di pintu masuk dewan. Tetamu graduan yang tidak
membawa kad pas masuk ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
2.6.4 Graduan DIWAJIBKAN meletakkan pas kenderaan di atas papan pemuka
(dashboard) sebelah kanan cermin kenderaan yang dinaiki oleh graduan
untuk kelancaran trafik.
2.6.5 Sila patuhi arahan petugas keselamatan dan papan tanda yang disediakan
semasa anda meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan dan
halangan kepada kenderaan lain.
2.6.6 Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Kad Jemputan, Pas Masuk,
Pas Kenderaan Dan Q-Card:
SESI TARIKH BIL. TETAMU
I 26 November 2018 (Isnin, Pagi) 2
II 26 November 2018 (Isnin, Petang) 2
III 27 November 2018 (Selasa, Pagi) 2
IV 27 November 2018 (Selasa, Petang) 2
10
Tempat : Ruang Santai,
Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 23 November 2018 (Jumaat)
- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang
-
: 24 November 2018 (Sabtu)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 25 November 2018 (Ahad)
- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam
Untuk sebarang pertanyaan mengenai kad jemputan, pas masuk, pas kenderaan dan
Q-Card, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti
berikut:
NOTA PENTING:-
SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD
25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH
ITU, KAUNTER KAD JEMPUTAN, PAS MASUK, PAS KENDERAAN DAN Q-CARD AKAN HANYA
BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.
2.7 PENGAMBILAN JUBAH
Graduan DIWAJIBKAN untuk menyelesaikan urusan-urusan di perenggan 2.1 hingga
2.6 sebelum membuat pengambilan jubah. Berikut adalah ketetapan bagi
pengambilan jubah :
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Encik Sahhizam bin Maamin [email protected] 06-2701962
Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-2701968
Encik Mohd Reduan bin Ahmad @
Samad [email protected] 06-2702839
11
Tempat : Aras 3,
Dewan Canselor,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22 November 2018 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 23 November 2018 (Jumaat)
- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang
: 24 November 2018 (Sabtu)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
: 25 November 2018 (Ahad)
- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam
Pengambilan jubah selepas daripada tempoh di atas TIDAK AKAN DILAYAN.
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian
Pengurusan Akademik seperti berikut:
NOTA PENTING:-
SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD
25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH
ITU, KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH AKAN HANYA BEROPERASI SETELAH SELESAI MAJLIS
RAPTAI.
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Encik Sahhizam bin Maamin [email protected] 06-2701962
Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-2701968
Puan Siti Salwah binti Ahmad [email protected] 06-2701961
Puan Sharifah Intan binti Osman [email protected] 06-2701965
Encik Mohd Asri bin Mohd
Mokhtar [email protected] 06-2701966
12
3. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
3.1 PENDAFTARAN GRADUAN
3.1.1 Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehendaki mendaftarkan
diri kepada petugas di Khemah Persediaan Graduan dengan membawa
bersama-sama Q-Card dan Kad Alumni. Masa pendaftaran adalah seperti di
perenggan 3.2 di bawah.
3.1.2 Graduan diminta supaya TIDAK MEMBAWA sebarang beg / beg tangan
semasa melaporkan diri kerana ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan
Canselor UTeM. HANYA Q-CARD DAN KAD ALUMNI SAHAJA YANG PERLU
DIBAWA BERSAMA. Beg / beg tangan / apa-apa barangan peribadi juga tidak
dibenarkan disimpan/ditinggalkan di Khemah Persediaan Graduan. Universiti
tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa kehilangan/
kerosakan kepada beg/ beg tangan / apa-apa barangan peribadi graduan
jika ditinggalkan di dalam Khemah Persediaan Graduan
3.1.3 Graduan Sesi I dan III (Sesi Pagi) dinasihatkan agar bersarapan pagi lebih awal
sebelum mendaftar diri.
3.1.4 Graduan Sesi II dan IV (Sesi Petang) dikehendaki mendaftar diri selepas
menunaikan solat zohor.
Jika menunaikan solat zohor selepas mendaftar diri, anda dikehendaki segera
masuk ke dalam barisan sebaik sahaja selesai solat zohor mengikut susunan
yang telah ditetapkan. (Waktu solat bagi negeri Melaka adalah seperti di
belakang buku ini)
3.1.5 Semua graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga selesai
Majlis Konvokesyen.
NOTA PENTING:
GRADUAN YANG DIDAPATI TIDAK KEMBALI SEMULA KE DALAM BARISAN SEHINGGA BARISAN
GRADUAN TELAH MASUK KE DALAM DEWAN, TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK KE DALAM
DEWAN.
13
3.2 PECAHAN SESI MAJLIS KONVOKESYEN:
SESI TARIKH PROGRAM MASA
PENDAFTARAN
I
(Pagi)
26/11/2018
(Isnin)
Kedoktoran
Doktor Falsafah
Doktor Kejuruteraan
Sarjana Sains
Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektrik
Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekatronik
Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektronik
Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekanikal
Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Pembuatan
Sarjana Sains Dalam Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi
Sarjana Sains Dalam Pengurusan Teknologi
Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia
Sarjana Mod Campuran
Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa &
Pemacu)
Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Tenaga)
Sarjana Mod Kerja Kursus
Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan
Komputer)
Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik)
Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem
Telekomunikasi)
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Kejuruteraan
Tenaga)
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan Sistem
Pembuatan)
Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan
Sistem Kualiti)
Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan
Industri)
Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian
Internet)
Sarjana Sains Komputer (Teknologi Pangkalan Data)
Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Dan
Kepintaran)
Sarjana Sains Komputer (Sains Keselamatan)
Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran
Multimedia)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi
Termaju)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan
Teknologi Dan Inovasi)
7.30 pagi
14
Sarjana Muda
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan
Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan
Komputer) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik
Industri) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik
Telekomunikasi) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi
Wayarles) Dengan Kepujian
Penyampaian Anugerah/Hadiah Akademik Pelajar
Cemerlang
II
(Petang)
26/11/2018
(Isnin)
Sarjana Muda
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa
Industri) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik
(Automasi Industri & Robotik) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik
(Telekomunikasi) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik
(Elektronik Industri) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer
(Sistem Komputer) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
(Teknologi Automotif) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
(Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) Dengan
Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
(Teknologi Penyelenggaraan) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
(Proses dan Teknologi) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
(Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan
Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Robotik &
Automasi) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Bahan
Kejuruteraan) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Proses
Pembuatan) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk
Pembuatan) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan
Pembuatan) Dengan Kepujian
1.00 petang
15
III
(Pagi)
27/11/2018
(Selasa)
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan,
Instrumentasi & Automasi) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa
& Pemacu) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan
Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)
Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer)
Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan
Pangkalan Data) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi
Permainan) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan)
Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif)
Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan
Perisian) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan
Komputer) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknousahawanan Dengan Kepujian
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan
Kepujian (Inovasi Teknologi)
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan
Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi)
7.30 pagi
IV
(Petang)
27/11/2018
(Selasa)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan
Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk &
Inovasi) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Loji &
Penyenggaraan) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur &
Bahan) Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal-
Bendalir) Dengan Kepujian
Diploma
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Pembuatan
Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1.00 petang
16
3.3 PANDUAN KEPADA GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
PENTING:- Sila baca panduan ini dengan teliti.
3.3.1 Penganugerahan Ijazah Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda dan Diploma
akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd
Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka selaku Canselor UTeM atau
oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Ismail bin Saleh atau Yang Berbahagia Tan
Sri Datuk Dr. Hadenan bin Jalil selaku Pro-Canselor UTeM.
3.3.2 Apabila nama tuan/puan diumumkan, tuan/puan diminta berjalan terus ke
arah Tuan Yang Terutama Tun Canselor, tunduk sebagai tanda hormat,
berjabat tangan dan menerima album Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda
/ Diploma dengan kedua-dua belah tangan dan mengucapkan “TERIMA
KASIH TUN”. Bagi penganugerahan oleh Pro-Canselor, ucapannya adalah
“TERIMA KASIH DATUK WIRA” atau “TERIMA KASIH TAN SRI”.
3.3.3 Gambar penganugerahan akan diambil semasa tuan/puan berjalan di atas
pentas dan sewaktu menerima ijazah daripada Canselor / Pro-Canselor.
Tuan/puan diminta memastikan posisi dan postur diri yang betul semasa
berjalan dan ketika menerima ijazah agar gambar tersebut dapat diabadikan
dengan sempurna. Tuan/puan diminta agar sentiasa mengikut arahan
petugas di dalam perkara ini.
17
4. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD
4.1.1 Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood WAJIB dipulangkan sebaik sahaja
sesi penganugerahan Ijazah Kedokoran / Sarjana / Sarjana Muda / Diploma
tuan/puan berakhir.
4.1.2 Graduan Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki memulangkan jubah
mengikut ketetapan berikut:-
Tarikh Tempat Masa
a) 26 November 2018
(Isnin)
Ruang Santai,
Aras 1,
Perpustakaan Laman
Hikmah,
Kampus Induk, Durian
Tunggal, Melaka
12.00 tengah hari
hingga 7.00 malam
b) 27 November 2018
(Selasa)
8.00 pagi hingga
7.00 malam
Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas, graduan
dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di
Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar pada hari bekerja sahaja
bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tertakluk kepada pengenaan
kadar sewaan dan denda lewat pemulangan jubah.
4.1.3 Graduan Kedoktoran dan Sarjana dikehendaki memulangkan jubah mengikut
ketetapan berikut:-
Tarikh Tempat Masa
a) 26 November 2018
(Isnin)
Pejabat Pentadbiran,
Aras 2, Pusat
Pengajian Siswazah
Kampus Induk, Durian
Tunggal, Melaka
12.00 tengah hari
hingga 7.00 malam
b) 27 November 2018
(Selasa)
8.00 pagi hingga
5.00 petang
c) 28 November 2018
(Rabu)
8.00 pagi hingga
5.00 petang
Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas, graduan
dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di
Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar pada hari bekerja sahaja,
bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tertakluk kepada pengenaan
kadar sewaan dan denda lewat pemulangan jubah.
18
4.1.4 Graduan akan dikenakan bayaran sewa jubah dan denda lewat
memulangkan jubah bermula pada 29 November 2018 (Khamis) dan
seterusnya. Kadar sewaandan denda lewat adalah seperti di jadual berikut:-
Tempoh Pemulangan Kadar Sewaan/ Denda Lewat
29 November 2018 (Khamis) hingga 5
Disember 2018 (Rabu)
RM2.00/sehari
06 Disember 2018 (Khamis ) dan seterusnya RM30.00/sehari
*kadar sewaan dikira termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.
4.1.5 Mana-mana graduan yang telah menghilangkan jubah dan/atau mana-
mana kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) akan
dikenakan denda kehilangan seperti berikut:
Item Kadar Denda
a) Jubah RM700.00
b) Mortarboard RM100.00
c) Bonnet RM200.00
d) Hood RM100.00
4.1.6 Bagi graduan yang memulangkan jubah dan/atau mana-mana
kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) di dalam
keadaan rosak, graduan dianggap telah menghilangkannya dan akan
dikenakan bayaran mengikut denda kehilangan.
4.1.7 Jika graduan turut lewat memaklumkan mengenai kerosakan atau kehilangan
ini, graduan akan dikenakan bayaran sewaan, denda lewat dan denda
kehilangan.
4.1.8 Semua bayaran berhubung dengan sewaan, denda lewat atau denda
kehilangan hendaklah dibayar di Kaunter Pejabat Bendahari sebelum
mengambil Sijil dan Transkrip.
19
4.2 TUNTUTAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
4.2.1 Sijil dan Transkrip akan diserahkan selepas graduan memulangkan jubah,
mortar board dan hood dan telah menyelesaikan yuran konvokesyen / yuran
/ lain-lain bayaran / denda / hutang tertunggak dengan Universiti.
4.2.2 Graduan Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip
masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :-
Tarikh Tempat Masa
a) 26 November 2018
(Isnin)
Ruang Santai,
Aras 1,
Perpustakaan Laman
Hikmah,
Kampus Induk, Durian
Tunggal, Melaka
12.00 tengah hari
hingga 7.00 petang
b) 27 November 2018
(Selasa)
8.00 pagi hingga
7.00 petang
Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di
Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar. Waktu pengambilan
adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
4.2.3 Graduan Kedoktoran dan Sarjana, dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip
masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :
Tarikh Tempat Masa
a) 26 November 2018
(Isnin)
Pejabat Pentadbiran,
Aras 2,
Pusat Pengajian
Siswazah,
Kampus Induk, Durian
Tunggal, Melaka
12.00 tengah hari
hingga 7.00 petang
b) 27 November 2018
(Selasa)
8.00 pagi hingga
5.00 petang
Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di Pusat
Pengajian Siswazah. Waktu pengambilan adalah pada hari bekerja sahaja
bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
4.2.4 Sijil dan Transkrip hendaklah dituntut di dalam tempoh 90 hari dari tarikh Majlis
Konvokesyen. Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak
Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan,
kehilangan atau sebagainya.
4.2.5 Bagi graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil Sijil dan Transkrip, boleh
berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik (bagi graduan
20
program Diploma dan Sarjana Muda) atau Pusat Pengajian Siswazah (bagi
graduan program Kedoktoran dan Sarjana) dan meminta Sijil dan Transkrip
berkenaan diposkan dengan memberikan alamat terkini yang lengkap serta
salinan Kad Pengenalan. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab
sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa perjalanan pos. Semua
urusan pos untuk menghantar Sijil dan Transkrip akan dibuat melalui Pos Laju.
Pihak Universiti akan hanya mengirimkan Sijil dan Transkrip setelah graduan
mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah
menyelesaikan Yuran Konvokesyen / yuran / lain-lain bayaran / denda /
hutang tertunggak dengan Universiti.
4.2.6 Graduan yang mewakilkan individu lain untuk mengambil Sijil dan Transkrip
bagi pihaknya dikehendaki mengemukakan surat kebenaran dan salinan kad
pengenalan graduan serta mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan
individu yang diwakilkan di dalam surat kebenaran. Pihak Universiti akan hanya
menyerahkan Sijil dan Transkrip kepada wakil yang dilantik jika graduan telah
mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah
menyelesaikan Yuran Konvokesyen / yuran / lain-lain bayaran / denda /
hutang tertunggak dengan Universiti.
4.3 PENAHANAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
Graduan yang masih berhutang dengan pihak UTeM atau belum memulangkan buku
Perpustakaan atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana Pejabat di
UTeM, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan Pejabat berkenaan selewat-
lewatnya 1 minggu sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Sekiranya bayaran atau
penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan sewaktu
menuntut Sijil dan Transkrip. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Sijil dan
Transkrip graduan ditahan.
4.4 KEHILANGAN /KEROSAKAN SIJIL ATAU TRANSKRIP AKADEMIK
4.4.1 Pihak UTeM telah menetapkan bahawa Sijil Dan Transkrip Akademik asal cuma
dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk
menggantikan yang hilang atau rosak. Sekiranya sijil dan/atau transkrip hilang
atau rosak, pihak Universiti cuma dapat mengeluarkan salinan sijil dan/atau
transkrip berkenaan.
4.4.2 Bagi kes kehilangan sijil dan/atau transkrip, pelajar perlu membuat laporan
kepada pihak polis dan laporan tersebut hendaklah dilampirkan semasa
21
membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik bagi graduan
Sarjana Muda dan Diploma atau Pusat Pengajian Siswazah bagi graduan
Kedoktoran dan Sarjana.
4.4.3 Bagi kes kerosakan sijil atau transkrip, graduan perlu melampirkan sijil atau
transkrip yang rosak tersebut kepada Bahagian Pengurusan Akademik atau
Pusat Pengajian Siswazah (mana yang berkenaan) semasa membuat
permohonan.
4.4.4 Permohonan salinan sijil atau transkrip akan dikenakan bayaran RM50.00 setiap
satu bagi graduan Sarjana Muda dan Diploma. Manakala bagi graduan
Kedoktoran dan Sarjana bayaran yang dikenakan untuk setiap salinan sijil
adalah RM100.00 dan transkrip RM50.00. Oleh itu, para graduan dinasihatkan
menyimpannya dengan baik dan selamat. Juga dinasihatkan graduan
membuat salinan yang mencukupi.
4.5 KESILAPAN MAKLUMAT DALAM SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
Sebaik sahaja menerima Sijil dan Transkrip Akademik, setiap graduan perlu
menyemaknya untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan
maklumat dalam Sijil atau Transkrip Akademik ianya boleh diganti baru dengan syarat
kesilapan itu adalah dari pihak UTeM sendiri dan dilaporkan secara bertulis dalam
tempoh empat (4) minggu selepas tarikh konvokesyen atau 90 hari bagi mereka yang
tidak menghadiri konvokesyen. Selepas daripada tempoh ini Sijil atau Transkrip
Akademik tidak lagi dikeluarkan.
22
5. TATACARA BERPAKAIAN
5.1 PAKAIAN TETAMU/IBU BAPA SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
5.1.1 Tetamu Lelaki (Islam/Bukan Islam)
Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/lounge suit atau pakaian tertib. Maksud
pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas)
adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang (Kemeja-T adalah
tidak dibenarkan).
5.1.2 Tetamu Wanita (Islam/Bukan Islam)
a) Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke
atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.
b) Bagi tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun atau
skirt mestilah melebihi paras buku lali.
c) Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar yang tidak mencapai paras
buku lali adalah dianggap tidak sesuai dan tidak dibenarkan masuk ke
dalam Dewan Canselor UTeM.
NOTA PENTING
i) Panduan pemakaian untuk tetamu/ibu bapa ini adalah berdasarkan panduan
etika protokol berpakaian untuk majlis-majlis rasmi.
ii) Kanak - kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam
dewan.
iii) Petugas/Penyambut tetamu berhak untuk tidak membenarkan tetamu/ibu
bapa graduan dari memasuki Dewan jika gagal mematuhi peraturan pakaian
yang telah ditetapkan.
5.2 PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
5.2.1 Graduan lelaki:-
a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).
b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
c) Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap serta
bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna bebas
ATAU
23
Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima (Baju Melayu cekak
musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan
dipakai tanpa menggunakan bengkung.
d) Kasut kulit hitam bertutup penuh.
5.2.2 Graduan perempuan:-
a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).
b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
c) Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya
Sarung tanpa menggunakan belah (split) di tepi tetapi boleh memakai
lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
ATAU
Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang
berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).
d) kain pakaian jenis “lace” boleh dipakai dengan syarat mempunyai
lining.
e) Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.
f) Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
g) Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi tudung
tersebut adalah bebas.
h) Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit. Kasut sarung (sandal)
tidak dibenarkan sama sekali.
5.2.3 Jubah Graduan
NOTA PENTING
PAKAIAN SELAIN DARIPADA JENIS PAKAIAN YANG DISENARAIKAN DI ATAS
ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. (SILA LIHAT LAMPIRAN DI BELAKANG
IAITU CONTOH PAKAIAN GRADUAN YANG DIBENARKAN)
a) Kedoktoran : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan tiga jalur
dilengan mengikut warna Fakulti dengan hood
b) Sarjana : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan dua jalur di
lengan mengikut warna Fakulti dengan hood
c) Sarjana Muda
: Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu jalur di
lengan mengikut warna Fakulti dengan hood
d) Diploma : Blue Black tanpa jalur di lengan tangan
24
5.3 PENAMPILAN DIRI GRADUAN
5.3.1 Graduan lelaki
Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak berwarna dan tidak mencecah
kolar baju.
5.3.2 Graduan Perempuan
Hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
6. RAPTAI
Semua graduan DIWAJIBKAN menghadiri raptai bagi melancarkan Majlis Konvokesyen.
Semasa raptai, graduan akan diberi taklimat mengenai proses-proses sebelum dan semasa
Majlis Konvokesyen tersebut. Berikut ialah ketetapan bagi majlis raptai tersebut.
Tempat : Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka.
Tarikh : 25 November 2018 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Semasa raptai, graduan dikehendaki berlatih menyanyikan lagu “UTeM TERBILANG”. Seni
kata/ lirik lagu tersebut ada di muka surat akhir Buku Panduan ini.
7. GRADUAN KURANG UPAYA / MEMERLUKAN BANTUAN KHAS (CACAT ATAU KEMALANGAN)
Graduan kurang upaya (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan
seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Bahagian
Pengurusan Akademik di Kaunter Pengambilan Jubah semasa mengambil jubah atau
kepada petugas penyusunan graduan semasa raptai.
JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN
DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI
KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN
MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.
25
8. GAMBAR KONVOKESYEN
8.1 PENGAMBILAN GAMBAR KONVOKESYEN (DI ATAS PENTAS)
Graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau membenarkan orang lain
berbuat demikian semasa di dalam dewan. Semua pengambilan gambar graduan di
atas pentas semasa Majlis Konvokesyen berlangsung akan diuruskan oleh KOPERASI
UTeM BERHAD.
Harga bagi satu set gambar tersebut ialah RM65.00 (termasuk kos penghantaran).
Set tersebut mengandungi :-
a) Saiz gambar 11R (11” x 14”) : 1 keping (Gambar menerima penuh)
b) Saiz gambar 8R (8” x 10”) : 1 keping (Gambar menerima separuh)
c) Saiz gambar 5R (5” x 7”) : 1 keping (Gambar berjalan)
d) Saiz gambar 4R (4” x 6”) : 1 keping (Gambar menerima penuh)
e) 1 Salinan CD gambar penerimaan
Berikut adalah ketetapan bagi urusan tempahan gambar konvokesyen (di atas
pentas):
Tempat : Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk Durian
Tunggal, Melaka.
Tarikh/Masa
: 22 November 2018 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
23 November 2018 (Jumaat)
- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang
24 November 2018 (Sabtu)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang
25 November 2018 (Ahad)
- Selepas raptai hingga jam 7.00 malam
Gambar yang telah siap boleh dituntut sehari selepas Majlis Konvokesyen dengan
membawa resit bayaran gambar.
Berikut adalah ketetapan bagi urusan tuntutan gambar konvokesyen (di atas pentas):
Tempat
: Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk Durian Tunggal,
Melaka.
Tarikh : 27 November 2018 (Selasa)
26
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
2.30 petang hingga 5.00 petang
Selepas daripada tempoh yang dinyatakan di atas para graduan boleh menuntut
gambar tersebut seperti diketetapan berikut:-
Tempat
:
Koperasi UTeM Bhd., Bangunan Pusat Persatuan Pelajar Kampus
Induk Durian Tunggal, Melaka.
Tarikh : 28 November 2018 (Rabu) hingga 31 Disember 2018 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
2.30 petang hingga 5.00 petang
Selepas daripada tarikh di atas semua gambar akan diposkan kepada graduan
mengikut alamat yang diberikan.
Bagi graduan yang tidak menggunakan khidmat penghantaran gambar secara pos,
bayaran sebanyak RM15.00 akan dikembalikan semula kepada graduan semasa
urusan tuntutan gambar dibuat (sila sertakan resit pembayaran).
NOTA PENTING:
SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD
25 NOVEMBER 2018 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH
ITU, KAUNTER GAMBAR KONVOKESYEN HANYA AKAN BEROPERASI SETELAH SELESAI
MAJLIS RAPTAI.
Maklumat tempahan dan bayaran boleh diperolehi daripada:
Nama untuk dihubungi : Puan Nuraihan Abdul Wahab / Puan Masniza Ab. Lah
No. Telefon Pejabat : 06-553 2550/ 1726
No. Telefon Bimbit : 012- 2290820 / 012-3864467
27
9. SENI KATA LAGU UTeM
“UTeM TERBILANG”
DI SINI SEGALA BERMULA
CEMERLANG MENCIPTA GEMILANG
BERTUAH BUMIKU MENYAKSI
BERSAMA KITA BERJUANG
TERSOHOR PERSADA DUNIA
SENADA WAWASAN NEGARA
MELAHIR INSAN LUHUR JIWA
MAMPAN MENAMBAT DUNIA
PERKONGSIAN PINTAR
UNIVERSITI DAN INDUSTRI
KREATIF INOVATIF
PEMBELAJARAN TERAS
APLIKASI DAN KOMPETENSI
TEKAD MENCAPAI VISI
DEMI SEMANGAT NEGARA
KAMI MENCURAH BAKTI
NASIB PERTIWI TERUS DIBELA
KEPADA IBUNDA KAMI BERJANJI
UTeM KU CEMERLANG
UTeM KU GEMILANG
UTeM KU TERBILANG
UTeM TERUS BERJUANG
28
10. WAKTU SOLAT BAGI NEGERI MELAKA
Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
25-11-2018 Ahad 5:36 6:57 12:59 16:22 18:59 20:12
26-11-2018 Isnin 5:36 6:57 13:00 16:23 18:59 20:12
27-11-2018 Selasa 5:37 6:58 13:00 16:23 18:59 20:13
28-11-2018 Rabu 5:37 6:58 13:00 16:23 18:59 20:13
Sumber daripada www.al-azim.com
29
11. SENARAI SEMAK
APA PERLU ANDA BUAT:
MASA BIL. TINDAKAN DOKUMEN PERLU
DISERTAKAN/DIBAWA
SEBELUM MAJLIS
KONVOKESYEN
1 Layari laman web konvo.utem.edu.my dari masa ke
semasa untuk mengetahui berita terkini Majlis
Konvokesyen
2 Semak sesi konvokesyen anda
3 Semak tatacara berpakaian dan penampilan
semasa konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika
tiada.
Maklumkan kepada tetamu/ibu bapa mengenai
tatacara berpakaian tetamu/ibu bapa semasa
Majlis Konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada.
4 Layari laman web http://graduat.mohe.gov.my
atau http://www.utem.edu.my dan isikan Kajian
Pengesanan Graduan IPT 2018. Sila cetak Slip
Pengesahan Kajian dan simpan dengan baik (anda
perlu menyerahkan slip ini kepada petugas di
Kaunter Pengesanan Graduan)
5 Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah di
perenggan 2.2.1 Buku Panduan Graduan. Simpan
resit dengan baik (anda perlu menunjukkan resit ini
kepada petugas di Kaunter Yuran)
6 Semak dan bayar yuran / lain-lain bayaran / hutang
tertunggak mengikut kaedah di perenggan 2.2.2
Buku Panduan Graduan. Simpan resit atau bukti
bayaran dengan baik (anda perlu menunjukkan
resit/bukti ini kepada petugas di Kaunter Yuran)
7 Datang ke Universiti pada tarikh yang ditetapkan
untuk urusan pengambilan jubah.
- Slip Pengesahan
Kajian
- Resit-resit bayaran
Yuran
Konvokesyen/
yuran / lain-lain
bayaran / hutang
tertunggak
30
8 Ambil gambar untuk Kad Alumni di Kaunter
Pengambilan Gambar. Ambil, semak dan simpan
Kad Alumni dengan baik (sila bawa Kad Alumni ini
semasa Majlis Konvokesyen)
- Kad Alumni
9 Tunjukkan resit bayaran yuran konvokesyen dan
yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak
dan/atau semak status berhutang anda di Kaunter
Yuran. Jelaskan hutang (jika masih ada) dan simpan
resit pembayaran. (Sijil dan Transkrip tidak akan
diserahkan jika masih berhutang kepada Universiti)
- Resit-resit bayaran
Yuran
Konvokesyen/
yuran / lain-lain
bayaran / hutang
tertunggak
- debit kad/kredit
kad/bank
draf/wang pos
10 Semakan pemulangan bahan / kunci loker / denda
di Kaunter Perpustakaan Laman Hikmah
- Resit bayaran
sekiranya ada
11 Tunjukkan Slip Pengesahan Kajian di Kaunter Kajian
Pengesanan Graduan (PJIM)
- Slip Pengesahan
Kajian
12 Ambil cenderahati di Kaunter Cenderahati
Konvokesyen.
- Cenderahati
Konvokesyen
13 Terima Kad Jemputan menghadiri konvokesyen, pas
masuk, pas kenderaan dan Q-Card (sila serahkan
pas masuk kepada tetamu/ibu bapa yang akan
masuk ke Dewan Canselor UTeM)
- Kad Jemputan
- Pas Masuk
- Pas Kenderaan
- Q-Card
14 Ambil jubah konvokesyen di Kaunter Pengambilan
Jubah (sila bawa jubah konvokesyen dan Q-Card
semasa Majlis Konvokesyen)
- Jubah Graduan
15 Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa dan
tarikh yang ditetapkan. Kehadiran bagi majlis raptai
adalah diwajibkan kepada semua graduan (sila
rujuk Buku Panduan Graduan)
- Kad Alumni
- Q- Card
SEMASA MAJLIS
KONVOKESYEN
16 Datang ke Khemah Persediaan Graduan di Dewan
Canselor UTeM dan mendaftar diri kepada petugas
pengurusan graduan (sila tepati masa dan tatacara
berpakaian yang telah ditetapkan di dalam Buku
Panduan Graduan). Graduan Sesi I dan III
dinasihatkan bersarapan lebih awal.
- Pas Kenderaan
(letakkan pada
sebelah kanan
cermin depan
kenderaan)
- Kad Jemputan
(dipegang oleh
ibubapa/ tetamu
graduan)
- Pas Masuk
(dipegang oleh
ibubapa / tetamu
31
graduan yang
masuk ke Dewan
Canselor UTeM)
- Kad Alumni
(dipegang oleh
graduan)
- Q-Card (dipegang
oleh graduan)
- Jubah, mortar
board atau bonnet
hood (dipegang
oleh graduan)
PERINGATAN:
Graduan diminta
supaya tidak
membawa sebarang
beg / beg tangan,
barang berharga dan
dompet wang
semasa mendaftar diri
kecuali beg
konvokesyen untuk
menyimpan Jubah
sahaja. Beg / beg
tangan tidak
dibenarkan untuk
dibawa masuk ke
dalam Dewan
Canselor UTeM. Pihak
Universiti tidak akan
bertanggungjawab
jika berlaku sebarang
kehilangan /
kerosakan harta
benda.
17 Beratur di dalam barisan / kursus anda mengikut
arahan petugas
- Q- Card
18 Berarak masuk ke dewan dengan tertib
19 Ambil tempat duduk di dalam dewan mengikut
arahan Pepandu Graduan
20 Tunggu giliran Fakulti/kursus anda menerima Ijazah /
Diploma
32
21 Beratur untuk menerima Ijazah/Diploma apabila
mendapat arahan Pepandu Graduan
22 ‘Swipe’ Kad Alumni apabila diminta oleh petugas
untuk tujuan paparan nama di skrin.
- Kad Alumni
23 Terima Ijazah / Diploma (sila rujuk perenggan 3.3
Buku Panduan Graduan). Gambar semasa berjalan
dan semasa penganugerahan akan diambil oleh
jurufoto.
24 Keluar dewan apabila dimaklumkan majlis selesai.
SELEPAS MAJLIS
KONVOKESYEN
26 Pulangkan jubah konvokesyen, hood dan
motarboard/bonnet dalam keadaan baik. Tempat
pemulangan jubah konvokesyen adalah seperti
mana yang dinyatakan di perenggan 4.1 Buku
Panduan Graduan.
27 Ambil Sijil dan Transkrip Akademik di Kaunter Sijil dan
Transkrip adalah seperti mana yang dinyatakan di
perenggan 4.4 Buku Panduan Graduan.
- Resit-resit bayaran
Yuran
Konvokesyen/
yuran / lain-lain
bayaran / hutang
tertunggak
33
LAMPIRAN A
A) Kaunter Bank – Cara Pembayaran
1. Isikan maklumat nama dan nombor kad pengenalan pelajar di Slip Pembayaran/Bill
Payment.
2. Isikan di ruangan nama universiti dengan nama “Universiti Teknikal Malaysia Melaka”.
3. Isikan di ruangan No. Rujukan/No Akaun Bil dengan “YK” dan diikuti dengan no matrik
pelajar. Contoh : YKB010110111
4. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat
seperti di bawah.
Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui Kaunter Bank Islam
B) Internet Banking – Cara Pembayaran
Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ melalui Perbankan Internet Bank Islam
1. Layari www.bankislam.com.my
2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”
3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank
Islam.
4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.
5. Pilih Universiti pada bahagian senarai Universiti.
6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”
7. Senarai bil akan dipaparkan. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan
nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.
34
8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account”
yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar
dan klik “pay”
9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.
10. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan
adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan
sebagai rujukan.
C) ATM BANK ISLAM – Cara Pembayaran
Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui ATM Bank Islam
Pilih Menu:
LAIN-LAIN
PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
YURAN IPT
Pilih AKAUN PEMBAYAR ( akaun yang akan didebit )
Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR
Pilih Bil yang ingin dibayar. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor
matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.
Sahkan amaun yang ingin dibayar
* Transaksi selesai dan ambil Resit
35
Segala pertanyaan umum boleh dimajukan kepada:
Bahagian Pengurusan Akademik,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Telefon : 06-270 1990/ 1961 / 1965 / 1966 / 1962 / 1968 / 2839 /
1970 / 1974 / 1963 / 1964/ 1959
Faks : 06-270 1067
E-mel : [email protected]
Top Related