TAJUK 6: KESELAMATAN DIRI & ADAB BERTATASUSILA
Pembentang:Mohd Shahrul Bin Suliman
Mohammad Firdaus Bin Che SohMohd Amer Faris Bin Mohd Asri
RUMAH
• Kecederaan atau kemalangan yang berlaku dalam rumah adalah lebih tinggi berbanding kejadian di luar rumah
• Dapur merupakan kawasan yang paling kerap berlakunya kemalangan.
Faktor yang menyebabkan kemalangan di rumah
• Pencahayaan yang kurang baik• Permukaan lantai yang tidak baik• Tangga-kurang tempat memegang• Ubat-ubatan
Faktor luaran(extrinsic)
• Kebolehgerakan dan daya imbangan• Masalah pendengaran dan juga
penglihatan• Kemurungan• Sakit kronik
Faktor dalaman (intrinsic)
Bilik tidur
• Periksa benda-benda yang terdapat di atas katil seperti bantal dan selimut. Ini dapat mengurangkan masalah lemas pada kanak-kanak.
• Bilik tidur perlulah sentiasa dikemas dan teratur.
• Suis alatan elektrik perlulah ditutup selepas digunakan.
Bilik mandi
• Awasi diri semasa mandi di tab mandi atau menggunakan air dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun pada air yang hanya sedalam 5 cm.
• Pastikan alatan-alatan di dalam tandas disimpan dengan baik. Pisau cukur dan bahan kimia sekiranya tidak digunakan dengan betul boleh menyebabkan kecederaan.
• Pastikan lantai tidak licin supaya tidak terjatuh.
Tangga
• Merupakan lubuk bahaya dalam rumah yang bertingkat.
• Pintu kecil perlu dipasang terutamanya jika mempunyai kanak-kanak kecil.
• Jangan tinggalkan barang-barang seperti alat permainan di atas tangga kerana boleh terpijak dan jatuh.
Lantai
• Gunakan pengalas lantai yang betul seperti pelapik kaki.• Lantai yang basah boleh menyebabkan kecederaan.• Cepat bersihkan lantai jika tertumpah sesuatu di atas
lantai.• Simpan hamparan atau permaidani yang dilipat.Pastikan
benda-benda tidak bersepah di atas lantai.• Simpan pisau dan segala objek yang tajam di temapt
yang selamat, yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Dapur
• Bahagian yang selalu menyebabkan kecederaan. Selalunya disebabkan oleh peralatan dalam dapur.
• Minyak masak yang panas, air mendidih, kuali panas, rempah dan juga pisau boleh mewujudkan persekitaran yang berbahaya.
Laman rumah
• Terdedah dengan bahaya semula jadi seperti ular, lipan dan serangga berbisa.
• Bahaya buatan manusia pula ialah bahan kimia (baja), racun serangga dan juga peralatan berkebun.
• Simpan alatan dan bahan berbahaya di stor-stor khas.
Racun dan ubat-ubatan
• Simpan ubat dan juga bahan-bahan beracun di dalam almari yang berkunci.
• Simpan ubatnya di dalam bekas yang asal.• Ubat yang tidak lagi digunakan lagi haruslah
dimusnahkan-dibuang di dalam singki, ditanam ataupun dibakar.
• Detergen atau sabun basuh adalah bahan yang merbahaya sekiranya terminum atau terpercik pada kanak-kanak. Simpanlah di dalam tempat yang selamat.
SEKOLAH
• Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan, sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan.
• Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan.
• Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).
http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Sekolah_Selamat
Masalah disiplin di sekolah
Mencuri
Mencederakan orang
Buli
Gangguan fizikal, verbal, perkauman,
seksual
Dadah
ArakPergaduhan
Vandalisme
Gangsterisme
Pencerobohan
penculikan
Peraturan Keselamatan Persekitaran Fizikal
• Definisi: – Menjadikan sekolah sebuah tempat yang selamat– Mewujudkan suasan yang kondusif– Melibatkan semua aspek seperti kemudahan,
bangunan dan kawasan
Pendawaian dan Peralatan Elektrik
• Boleh menyebabkan kemalangan maut atau kecerderaan fizikal
• Perlu diawasi dengan segera.• Jika berlaku kerosakan, murid boleh
melaporkan segra keppada pihak sekolah untuk dibaiki oleh juruteknik yang berkelayakan dan mempunyai pengetahuan untuk membaikinya.
Keselamatan Padang Permainan dan Gelanggang Sukan
• Merupakan kawasan yang paling digemari oleh murid.
• Perlukan pemantauan:– Rumput perlulah sentiasa pendek.– Permukaan rata dan lembut.– Peralatan berkeadaan baik.– Kerosakan perlu dibaiki dengan kadar segera.– Setiap alat mesti mempunyai peraturan yang jelas
tentang penggunaannya.
Keselamatan Tapak Ko-Kurikulum
• Kawasan aktiviti Ko-Kurikulum seperti tapak perkhemahan dan tapak perkebunan mestilah selamat.
• Perlu ada peraturan yang khusus di kawasan tapak Ko-kurikulum.
• Peralatn perlu disimpan denagn rapi.• Penggunaan alatan perlu diawasi oleh guru.
Keselamatan di kawasan gelap dan sunyi
• Perlu di kenal pasti sebagai kawasan gelap dan sunyi.
• Mempunyai papan tanda dan larangan memasuki .
• Perlu pemantauan secara berkala-pengawal keselamatan
Bilik Pentadbiran
• Aspek yang perlu diawasi:• Pendawaian elekterik yang baik, sempurna dan
selamat. • Perabot yang sempurna dan berkeadaan baik,
diselenggara dan dibaiki jika ada kerosakan. • Susunan perabot yang sempurna. • Pintu/tingkap tidak pecah. Tiada kaca dan alat
yang tajam. • Sistem pengudaraan yang baik
Makmal & Bengkel
• Ciri-ciri keselamatan yang perlu dimiliki Susunan tempat kerja yang selamatPeralatan/Radas disusun rapi di tempat yang
selamat. Bahan yang berbahaya seperti asid disimpan dan
dikunci. Sistem pengudaraan yang baik.Alat pemadam api yang mudah dicapai.Terdapat Kit Kecemasan
Keselamatan Kebakaran• Bangunan di tempat anda mempunyai pelan
pengungsian. Pelajari dan cuba turut serta dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
• Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu bagi memastikan anda dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
• Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 lebih tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkan bateri dari pengesan asap.
• Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda dari dijilat api. la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.
• Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang keci!. Jangan bermain dengan pemadam kebakaran.
• Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik sahaja anda meninggalkan tempat itu
Setor
• Tempat menyimpan peralatan dan bahan-bahan. • Perlu ada rak atau perabot yang boleh
menampung penyimpanan peralatan. • Susunan peralatan dan bahan yang bersesuaian. • Ada tatacara pengeluaran dan • penyimpanan peralatan.
Pondok Pengawal Apabila seseorang pelawat datang ke sekolah atas apa jua urusan dan
sebab, orang pertama yang patut ditemui ialah pengawal keselamatan. Pelawat itu akan diberi Buku Daftar Pelawat dan di situ nama mereka dicatatkan dan ditandatangani.
Selepas itu mereka akan menerima PAS PELAWAT yang mesti dilekatkan pada baju bukan dipegang.
Jika ada pelawat yang berdegil untuk menyematkan pas pelawat tersebut,adalah wajar bagi pengawal keselamatan itu sendiri menyematkan pas pelawat itu di baju pelawat.
Perlu diingat, pas pelawat yang diterima daripada pengawal keselamatan yang bertugas bukanlah lesen untuk para pelawat masuk ke kawasan sekolah sesuka hati mereka.
Semua pelawat tanpa mengira kedudukan, pangkat dan tujuan perlu melaporkan diri di pejabat dan memberitahu tujuan kedatangan mereka kepada Pengetua, atau penolong-penolong kanan yang ada atau kepada kerani yang ada di pejabat ketika itu.
• Pengawal keselamatan hendaklah memberitahu pelawat yang mereka perlu ke pejabat dahulu. Di pejabat itulah nanti keputusan sebenar akan dibuat sama ada mereka akan diberi kebenaran atau dihalang, bukan di pondok pengawal.
• Peraturan masuk ke kawasan sekolah seperti peraturan berpakaian, pemakaian dan membawa barang larangan, penggunaan telefon bimbit, penggunaan kenderaan, kekemasan diri, rambut dan sebagainya mesti dipatuhi seperti biasa.
• Selain memastikan semua item dan prosedur di atas dipatuhi, pengawal keselamatan mesti memastikan pelajar yang datang itu adalah pelajar sekolah itu melalui uniform sekolah yang dipakai, atau kemeja T sekolah atau kemeja T putih kosong berkolar, jika tiada kemeja T rasmi sekolah.
• Pengawal keselamatan berhak untuk tidak membenarkan pelajar yang tidak mematuhi peraturan berpakaian, peraturan penggunaan kenderaan dan peraturan-peraturan sekolah yang lain daripada memasuki kawasan sekolah.
TEMPAT AWAM
• Peraturan-peraturan utama ke arah menjamin keselamatan anak-anak di rumah, di jalan raya dan di sekolah.
Langkah-langkah keselamatan di tempat awam
• Galakkan perhubungan secara bebas antara anda dan anak anda, kerana ini bermakna mereka berkemungkinan menceritakan kepada anda sebarang pengalaman yang menakutkan di sekolah atau diluar pengetahuan anda.
Berbincang dengan ibu bapa/waris
• Beritahu anak anda bahawa menyebut Tidak Boleh terhadap orang yang lebih tua daripada mereka dan juga kepada orang yang tidak dikenali adalah dibenarkan dalam keadaan kanak-kanak itu yakin dia diminta melakukan sesuatu yang " buruk".
• Antara contoh buruk ialah apabila seorang dewasa mahu membawa kanak-kanak itu ke suatu tempat tanpa kebenaran Emak atau Ayah, atau melakukan sesuatu dan meminta kanak-kanak supaya jangan memberitahu perkara itu kepada Emak atau Ayah.
Latih murid untuk
berkata ‘Tidak Boleh’
• Beritahu murid , jika terdapat orang yang tidak dikenali yang menawarkan gula-gula, sedia membawanya pulang atau bertanyakan tentang Emak atau Ayah mereka, kadangkalanya merupakan orang "tidak baik" yang mahu mencederakan kanak-kanak atau sesiapa saja yang mereka sayangi.
• Beritahu murid supaya menyebut "Tidak Boleh", terima kasih sja" dan jika orang dewasa itu menambahkan kata "saya akan beritahu Emak saya" atau " Saya perlu meminta izin Emak saya dahulu".
Elakkan berbual
dengan orang yang tidak
dikenali
• Anak anda harus diajar cara dan bila telefon hendak digunakan, jika berlaku kecemasan. Ibu bapa perlu meninggalkan nombor telefon pejabat, nombor telefon jiran dan nombor-nombor lain yang difikirkan perlu agar dapat dihubungi jika ibu bapa tidak ada di rumah.
• Mereka perlu juga diajar bagaimana melayani panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali sekiranya anda tidak ada di rumah.
Latih mereka gunakan telefon
• Apabila seseorang yang tidak dikenali datang ke pintu pagar atau pintu rumah, beritahu muridtentang bahayanya untuk terus membuka pintu.
• Beritahu mereka supaya jangan sekali-kali membuka kunci pintu biar apapun alasannya jika ibu bapa tidak ada di rumah, dan ibu bapa ada, kanak-kanak itu perlu memberitahu sebelum membuka pintu.
Jangan buka pintu pada orang yang
tidak dikenali
• Dia harus diberitahu tentang bahaya yang sentiasa wujud di jalanraya, di padang permainan dan perkarangan sekolah. Tunjukkan kepada anak cara yang selamat menyeberang jalan, tempat yang selamat untuk berbasikal, bagaimana untuk menghadapi mereka yang gemar menakut-menakutkan orang lain, bagaimana mereka harus berhati-hati di luar rumah.
Tunjukkan kepada anak
anda cara-cara yang selamat semasa di lua
Kemudahan awam
• Merupakan kemudahan infrastruktur yang disediakn bagi kemudahan orang awam seperti jalan raya, telefon, tandas dan sebagainya.
Pendidikan Keselamatan untuk Murid (Jalan Raya)
• Tulis peraturan keselamatan dan pamer di dinding yang boleh dilihat oleh semua kanak-kanak.
• Adakan latihan menghadapi kecemasan ( fire drill ).• Ajar langkah-langkah keselamatan jalan raya kepada kanak-
kanak seperti menyeberang jalan dan penggunaan lampu isyarat.
• Kanak-kanak diajar keselamatan di air, terutama sebelum melaksanakan aktiviti berkelah.
• Kanak-kanak diberi penerangan tentang tanda-tanda keselamatan seperti bahan beracun dan selekoh merbahaya.
• Sepadukan tema keselamatan dan kesihatan di dalam pengajaran dan pembelajaran
Contoh Aktiviti 1:
• Tajuk:Keselamatan
• Isi:Definisi - Sikap sentiasa berhati-hati dapat mengelakkan diri daripada mendapat kemalangan
• Kemahiran /Butir Mengajar- Bahaya di tempat permainan.- Menyenaraikan bahaya di tempat permainan.- Apa yang perlu dilakukan oleh murid untuk mengelakkan bahaya
kepada diri.- Perkara yang tidak boleh dilakukan di tempat permainan.
Contoh Aktiviti 2:
• Tajuk: Keselamatan
• Isi:– Definisi - Sikap sentiasa berhati-hati dapat mengelakkan diri
daripada mendapat kemalangan• Kemahiran /Butir Mengajar- Bahaya Di Sekolah Dan Langkah-langkah Keselamatan - Menyenaraikan bahaya di sekolah- Bagaimana cara untuk mengatasinya.
ADAB BERTATASUSILA
• Definisi: Pengucapan beradab, bersopan dan santun berbahasa.
• Terbahagi kepada aspek pertuturan, pakaian, tingkah laku dan gerak-geri seseorang semasa berada dis esuatu tempat.
Adab-adab
Bersopan-santun
Mendengar nasihat
Tolong-menolong
BerkerjasamaBertanggungjawab
Rajin
Mematuhi peraturan
Pakaian menghadiri majlis rasmi
• Baju kurung• Baju melayu• Baju batik• Kot• Ceongsam/samfu• Sari/dhoti
Cadangan aktiviti
Bersoal jawab mengenai nama atau majlis rasmi
Menamakan pakaian mengikut majlis rasmi yang
ditunjukan
Mengasingkan pakaian-pakain (gambar ikut majlis
rasmi)
Mengadakan pertunjukan fesyen pakain majlis-
majlis rasmi
Top Related