TAJUK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI BELAJAR PELAJAR DI SEBUAH SEKOLAH SMK(A)
KAJIAN KUALITATIF-KAJIAN KES
BAB 1: PENGENALAN KAJIAN
Penyataan masalah:
Isu:
Pelajar kelihatan sering mengantuk dan hilang fokus
semasa proses pengajaran & pembelajaran (P&P).
Berasaskan refleksi oleh 5 orang guru berpendapatsenario ini berpunca daripada jadual aktiviti sekolahterlalu padat dan faktor jarak dari satu tempat ke satutempat.
Tujuan & objektif kajian:1.Mengenalpasti bagaimana guru dalam mempengaruhi
motivasi belajar pelajar.
2.Mengenalpasti bagaimana ibu bapa dalam menggalakkananak-anak untuk belajar.
3.Mengenalpasti bagaimana pelajar berhadapan dengan isupembelajaran secara berbeza.
4.Mengenalpasti bagaimana faktor sekolah memberi kesanterhadap tingkahlaku pelajar.
Persoalan kajian
1. Bagaimana guru berperanan dalam mempengaruhi tahapmotivasi belajar pelajar?
2.Bagaimana ibu bapa berperanan menggalakkan anak-anak untuk belajar?
3.Bagaimana pelajar berhadapan dengan isu pembelajaransecara berbeza?
4.Bagaimana faktor sekolah memberi kesan kepadatingkahlaku pelajar?
Kerangka Asas KajianAngkubah bebas (A) Angkubah bersandar(B)
Faktor sekolah
Faktor diri sendiri
Faktor ibu bapa
Faktor guru
Motivasi belajar pelajar
Pencapaian pelajar
Kerangka Asas Kajian berasaskan Teori Pembelajaran Konstruktivisme Sosial(Vygotsky) dan Teori Keperluan Maslow
1) TEORI KEPERLUAN MASLOW
FISIOLOGI
KESELAMATAN
KASIH SAYANG
HARGA DIRI
PENYEMPURNAAN KENDIRI
HIRARKI KEPERLUAN MASLOW
Keperluan manusia :
a) Keperluan fisiologi
b) Keperluan psikologi
Motivasi instrinsik-melibatkan kuasadalaman. Contoh: minat /kesediaan belajar
Motivasi ekstrinsik-melibatkan kuasa luaran.
Contoh: peranan guru, ibu bapa.
2) Teori Konstruktivisme Sosial(Vygotsky)
Dipelopori oleh Vygotsky(1978).
Prinsip: Konsep Zone of Proximal Developement.
Contoh:
kerjaya ibu bapa mempengaruhi persekitaran proximal perkembangan anak-anak.
semakin tinggi kepuasan kerja semakin tinggi berkesangaya keibubapaan (autoritative)
Perkaitan teori dengan kajian:
memerlukan pelajar membina kefahamankendiri. (gaya pembelajaran, pencetusmotivasi, kesediaan belajar)
masih memerlukan bimbingan guru melaluiscaffolding.
Contoh: guru menyediakan suasanapembelajaran yang kondusif dan menarik.
Kajian Literatur:
Dapatan kajian mendapati guru memainkan perananutama dalam mempengaruhi motivasi belajar dan minatterhadap subjek melalui kaedah pengajaran daninterpersonal guru.( Rohani Arbaa et.al (2010); Muhammad Aziz (nd);Salleh& Hattie (2013); Uk Raai(2014); Abdul Hakim et.al (2014)).
Sebaliknya, kajian Foo Siet Chooi (1988),faktor minatdan usaha yang tinggi sebagai faktor penggerak utamabukan ibu bapa.
BAB 3: METODOLOGI Lokasi kajian: sekolah agama di padalaman Sabah.
Teknik persampelan: purposif (bertujuan) Populasi :
a)292 orang peserta kajian (pelajar)b) 40 orang peserta kajian(guru)
Sampel kajian: a)9 orang pelajar (3 lelaki , 6 perempuan)b) 2 orang guru
Alat kajian: 1) pemerhatian
2) temu bual
3) Jurnal Refleksi4) Rujukan dokumen
Kesahan dan kebolehpercayaan:
Melalui cross checking
Sampel kajian bercampur jantina
Berbeza pencapaian akademik (pesertapelajar)
Pengalaman mengajar yang berbeza(pesertaguru)
Tringulasi:
Tringulasi sumber:
temu bual pelajar
temu bual guru
Tringulasi kaedah:
pemerhatian
Temu bual
Jurnal refleksi
Rujukan dokumen
Fasa persediaan:
-membuat kajian rintis (soalan temu bual, keperluan temu bual, peralatan).
-membuat rappo dengan peserta kajian
-senaraikan checklist bagi kaedah pemerhatian
Pemprosesan data• Banding-beza
- mengenalpasti persamaan dan perbezaan data.
• Pengelasan
-mengenalpasti data mana yang menjadi subset kepada data lain. Data yang samaakan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.
• Penyusunan
Penyusunan data d dengan mengenalpasti tema kajian. Proses menganalisisdata melibatkan 5 langkah:
- Penyusunan data
-Membuatkan perkaitan di antara tema, kategori dan topik.
-Menguji “emerging hypothesis” bagi data.
- Mencari alternatif bagi menghuraikan data
- Menulis laporan.
BAB 4: DAPATAN KAJIAN
Soalan 1: Bagaimana guru berperanan dalam mempengaruhi tahap motivasi
belajar pelajar?
Dapatan kajian mendapati faktor adalah faktor yang paling dominan
dalam mempengaruhi motivasi belajar pelajar.
Tema 1: Pengiktirafan pelajar terhadap profesionalisme dan kredibiliti guru.
Subtema: Interpersonal
Contoh skrip pelajar: ““..saya memang tidak pandai mengantuk bila Cikgu Z mengajar, dia tegas tapi suka buat lawak dan sporting ”
(Jalak, 13 tahun)Contoh skrip guru: “saya bersuara lantang, nampak macam garang mungkin sebabmisai saya, tapi pelajar closed dengan saya”
(Amru, 26 tahun)Rumusan: Dapatan pelajar dan guru adalah berselari. Interpersonal guru mampumempengaruhi motivasi pelajar.
Subtema: Kaedah pengajaran
Contoh skrip pelajar: “ .. masa saya di sekolah rendah dahulu hanyamendapat gred C dan D sahaja bagi subjek Sains, tapi cikgu saya disini akan mengajar menggunakan Peta Minda I-Think. Saya mudahmau faham. Pastu warna-warni lagi!..”
(Ani, 17 tahun)
Contoh skrip guru: “ Pelajar sekarang adalah generasiY...sukakanpenerokaan. Kebanyakan guru sering menggunakan buku teks sebagaibahan bantu mengajar memandangkan kekangan masa untuksediakan bahan yang menarik.”
(Cikgu Ana, 30 tahun)
Huraian: Kaedah pengajaran guru melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik mampu menarik minat pelajarterhadap subjek.
Rumusan: Interpersonal dan kaedah pengajaran guru mampumeningkatkan motivasi belajar pelajar.
Soalan 2: Bagaimanakah ibu bapa berperanan menggalakkananak-anak untuk belajar?
Tema 2:Pengaruh ibu bapa melestarikan motivasi belakarpelajar
Subtema: Sokongan ibu bapa
Contoh skrip pelajar:
“...ibu bapa saya banyak belikan saya buku rujukan supaya senang mauulangkaji..”
(Bedah, 17 tahun)
Contoh skrip guru:
“....ibu bapa yang selalu terlibat dengan program sekolah. Bagisumbangan peribadi lagi” (Cikgu Amru, 26 tahun)
Rumusan: Ibu bapa mempengaruhi motivasi belajar pelajar melaluisokongan dan dorongan.
Soalan 3: Bagaimanakah pelajar berhadapan dengan isu pembelajaran secaraberbeza?
Tema 3: Keperluan Asas Pertumbuhan (Model Maslow) kepada pelajar.
Subtema: Motivasi instrinsik & ekstrinsik
Contoh skrip pelajar:
“ ...saya ada cita-cita yang tinggi, jadi saya perlu fokus semasa guru mengajar supaya saya tidak ketinggalan..” (Ana, 17 tahun)
“Sebenarnya saya tidak suka belajar. Saya suka sama muzik” (Abu, 14 tahun)
Contoh skrip guru: ““Ye betul. Saya ada buat program Guru Muda. Program tuuntuk bantu pelajar yang tahap sederhana dan lemah. Pelajar yang cemerlangsaya lantik sebagai Guru Muda”
(Ali, 16 tahun)
Rumusan: Pelajar yang cemerlang mempunyai kesediaan belajar yang baikmanakala pelajar yang sederhana kurang bermotivasi untuk belajar.
Soalan 4: Bagaimanakah faktor persekitaran memberi kesan kepada sikap dantingkahlaku pelajar?
Tema 4: Implikasi Program Intensif sekolah dan asrama terhadap sikap dantingkahlaku pelajar.
Contoh skrip pelajar: “sekolah terlalu pack dengan aktiviti. Semua benda kenaon time. Dari subuh sampai malam kami ke bergerak sana sini. Sebab tu banyakhomework tak siap. Ada jak benda yang perlu dibuat”
(Mat, 13 tahun)
Contoh skrip guru: “Terdapat pelajar yang sering tidak menyiapkan kerjarumah. Pelajar tersebut terdiri daripada pelajar yang lemah dalam pelajaran. Masih ramaai pelajar tidak pandai urus masa”
(Cikgu Ana, 30 tahun)
Rumusan: Program sekolah mempengaruhi sikap dan tingkahlaku pelajar. Pelajarcemerlang pandai urus masa sebaliknya bagi pelajar yang sederhana.
Bab 5: Perbincangan & kesimpulan
-Terdapat 4 faktor yang mempengaruhi motivasi belajarpelajar iaitu: faktor guru, faktor ibu bapa, faktor dirisendiri dan faktor sekolah.
-Faktor guru adalah faktor yang paling dominan iaituinterpersonal guru dan kaedah pengajaran.
-Ini berselari dengan kajian dapatan kajian mendapati guru memainkan peranan utama dalam mempengaruhi motivasi belajardan minat terhadap subjek melalui kaedah pengajaran daninterpersonal guru.( Rohani Arbaa et.al (2010); Muhammad Aziz (nd);Salleh& Hattie (2013); Uk Raai (2014); Abdul Hakim et.al (2014)).
-Faktor ibu bapa dipengaruhi oleh sokongan danlatar belakang keluarga.
Dapatan ini disokong oleh Teori KonstruktivismeSosial (Vygotsky) :
semakin tinggi kepuasan kerja ibu bapa semakinmereka menggunakan gaya keibubapaan yang paling berkesan iaitu authoritative
Dapatan ini berselari dengan dapatan kajian olehMohamad Johdi et.al (2009) berkenaan status sosioekonomi serta komitmen ibu bapa mempengaruhipencapaian pelajar dalam Peperiksaan PenilaianMenegah rendah (PMR).
Faktor diri sendiri dipengaruhi oleh motivasi instrinsikdan ekstrinsik
Dapatan kajian berselari dengan Teori Maslow (KeperluanPendidikan)
Dapatan kajian berselari dengan dapatan kajian lepas oleh kajianFoo Siet Chooi (1988) mendapati bahawa, minat, usaha dansemangat yang tinggi dikalangan pelajar adalah faktor penggerakutama bagi meningkatkan tahap pencapaian pelajar.
Faktor sekolah mempengaruhi sikap dan tingkahlaku pelajar.
- Program sekolah yang terlalu padat menyebabkan pelajarkepenatan rentetan faktor jarak.
- Hasil analisis jurnal refleksi guru, masih ramai pelajar yang tidakpandai mengurus masa dengan baik.
- Pelajar yang cemerlang tidak menganggap program sekolah sebagai
membebankan manakala sebaiknya bagi pelajar sederhana.
Cadangan kajian lanjutan:
1- mengambil sampel yang lebih besar
2- menjalankan kajian antara pelajar yang tinggal di asrama dan tidak tinggal di asrama
3- menggunakan sampel yang sama bukansahaja dengan melihat tahap motivasi belajarpelajar bahkan pencapaian bagi subjektertentu.
4- menggunakan tringulasi (mix-methods) iaitukualitatif dan kuantitatif.
Kesimpulan:
Terdapat 4 faktor yang mempengaruhimotivasi belajar pelajar iaitu: faktor guru, faktor ibu bapa, faktor diri sendiri dan faktorsekolah. Faktor guru adalah faktor yang paling dominan berbanding faktor-faktor lain iaituinterpersonal guru dan kaedah pengajaran.
Rujukan:
Hattie, J. 2003. Teachers Make a Difference What is the Research
Evidence? Retrived 7 November 7 from: www.docstoc.com/docs/2251792/Teachers-Make-a-
Difference.Mohammad Aziz Shah. nd. Faktor, Kesan Dan Strategi menangani
Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengahdi Dalam Kelas. RetrivedNovember 7 from:
http://digilib.unimed.ac.id/public/UNIMED-Proceeding-31604-Mohammad%20Aziz%20Shah%20Bin%20Mohamed%20Arip.pdf
Mohd. Johdi et.al. 2009. Status Sosio Ekonomi Dan Komitmen Ibu bapa
Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. Retrived10 November 2014 from:
http://irep.iium.edu.my/13004/1/Procedng_-_SES_Ibubapa_%26_Pencapaian_PMR_-_14th_ICE_Brunei_2009.pdf
Top Related