Download - ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

Transcript
Page 1: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM

KE-12: KAJIAN KES PARLIMEN TUARAN DAN KOTA BELUD

PENDAHULUAN

A/ohamad Shaulchi bin Mohd Radzi

Rizal Zaman; bin Jdris

Persoalan etnik dan ikatan kekerabatan merupakan suatu isu yang dilihat begitu sensitif

bagi kebanyakan masyarakat di dunia ini.Apatah lagijika isu-isu berkenaan melibatkan

pennasalahan pemilihan pemimpin yang bakal mewakili suara mereka di peringkat

sesuatu organisasi. dewan perwakilan dan sebagainya. Pada era demokrasi zaman moden ini khususnya di Malaysia. pemilihan kepimpinan di peringkat tertinggi

disinonimkan dengan pemilihan calon pilihan raya yang bakal mewakili sesuatu

masyarakat sebagai wakil di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan di

peringkat Parlimen. Calon<alon yang berjaya akan mendapat status dan dilantik

sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen. Pada zaman moden ini, walaupun sesebuah masyarakat yang di dalamnya

diwakili entiti sesuatu atau pelbagai bangsa. suku hum dan etnik telah mengalami

proses evolusi pemodenan, proses urbanisasi dan pembaharuan sosial, persoalan etnik

dan ikatan kekerabatan masih kelihatan sangat relevan untuk diperkatakan sarna ada

dalam aspek pemilihan dan keberkesanan trek kepimpinan sese orang calon yang dipilih. Dengan merujuk langsung terhadap situasi di negeri Sabah yang juga dilihat

mewakili sedikit banyak kes di seluruh Malaysia dalam persoalan tersebut, dapat

dikatakan isu-isu etnik dan kekerabatan ini hangat diperkatakan dalarn kempen pilihan raya umum ke-12 yang baharu lalu.

Politik yang berunsUJ"i(an komposisi etnik bukan suatu isu yang baharu di

Malaysia. Menurut Rizal Yaakop& JwnaatAbd. Moen (2002: 61), proses pembentukan

parti politik dan pemilihan calon serta proses pengundian turut berkait rapat dengan

kehendak dan aspirasi etnik tertentu. Bagi mencapai tujuan tertentu sarna ada politik

atau ekonomi. faktor etnik seperti latar belakang etnik calon yang bertanding, parti politik yang bercirikan multietnik atau tidak dan isu atau polisi yang dimainkan oleh

parti politik dengan kepentingan etnik tertentu menjadi prinsip penting yang diambil

kira dan dipertimbangkan dengan saksama demi menjamin kejayaan dan survival parti politik tersebut. Faktor etnik ini juga dikatakan dimainkan oleh kumpulan elit yang bersifat oportunis untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Page 2: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

Kajian ini secara khususnya akan menyingkap isu-isu etnik dan kekerabalan dalam pemilihan calon pilihan raya umum ke-12 dalam kalangan masyarakat Bajau di Kota Belud dan Tuaran. Pemilihan Daerah Kota Belud dan Tuaran adalah disebabkan kawasan ini merupakan kawasan yang mempunyaijumlah penduduk masyarakat Bajau yang paling ramai dan dominan di negeri Sabah. Struktur sosial masyarakat Bajau di kedua-dua kawasan ini juga telah berlangsung sejak sekian lama. Struktur sosial yang sudah lama diamalkan ini dan diadun oleh pengalaman sejardh telah sebali dalam jiwa raga masyarakat Bajau di kawasan Kota Belud dan Tuaran (dan kawasan yang lain) dilihat telah mencorakkan pembentukanjati diri, pendirian, pegangan dan sikap patriotik dalam kalangan setiap ahli masyarakat ini. Oleh yang demikian, persoalan-persoalan tersebut sangat relevan dan sesuatu yang menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam.

Pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia telah dilakukan olch V.A.B. Perdana Menten Malaysia, Daluk Sen Abdullah Ahmad Badawi pad a 13 Februari 2008 di Putrajaya selepas diperkenankan olch Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Penuan Agons bagi membolehkan pilihan raya umum kc-12 diadakan. Serentak dengan itu semua DUN kecuali bagi negeri Sarawak telah dibubarkan (Utusan Malaysia, 13 Februari 2008). Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Rashid Abd. Rahman telah mengumumkan bahawa SPR telah memilih tari"-h 8 Mac 2008 sebagai hari mengundi pada pilihan raya umum kc-12. Han penamaan ealon pula ditetapkan pada 24 Februan 2008. Tempoh berkempen dalam pilihan raya itu adalah selama 14 han (Utusan Malaysia, 14 Februari 2008). Tcmpoh berkempen yang agak lama tersebut membolehkan para ealon yang mewakili parti-parti politik yang bertanding memperjelaskan isu-isu, manifesto serta misi masing-masing dengan mendalam dan terperinci.

SKOPKAJIAN

Penjelasan berkaitan skop kajian adalah perlu bagi mcnjadikan kajian ini tidak dipersoalkan sertajelas tujahannya. Seeara khususnya, kajian ini akan memfokuskan berkaitan isu-isu sosiopolitik yang ditimbulkan dalam pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini. Dalam kontes yang lebih khusus, kajian ini akan meninjau isu-isu berkaitan pertalian kekeluargaan dan etnik yang muncul sarna ada dalam persoalan pemilihan calon, prestasi kerja pemimpin serta isu-isu pembangunan yang terdapat dalam kawasan-kawasan yang menjadi fokus kajian. Semua persoalan terse but akan cuba dikaitkan dengan isu utama iaitu pertalian kekeluargaan dan etnik.

Kajian inijuga hanya memfokuskan terhadap kawasan-kawasan dominan masyarakat Bajau di kawasan pantai barat iaitu di Kala Belud dan Tuaran. Dalarn erti kata lain, kajian ini akan menjurus kepada kawasan-kawasan kerusi yang ditandingi oleh Parti UMNO (United Malay National Organization) dan calon

144

Page 3: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

lsu-isu EtmA: dan Kekerabatan

pembangkang yang beragama Islam sahaja. Langkah ini dibuat kerana boleh dikatakan majoriti masyaralat Bajau beragama Islam yang dominannya menghuni kawasan-kawasan yang ditandingi oleh parti terse but manakala calon PBS atau parti yang lain alan mewakili kawasan yang majoritinya etnik KadazanDusun. Kajian ini alan merangkumi kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di kedua-dua daerab tersebut Oleh yang demikian, persoalan tunjang sejarah, struktur sosial serta aspek-aspek yang yang berkaitan masyarakat Bajau di kedua-dua kawasan ini alan bersama-sama dikaji, saling berkait antara satu aspek dengan aspek yang lain. Walau bagaimanapun, tumpuan utama skop kajian ini menjurus kepada isu-isu yang wujud dalarn pilihan raya umum ke-12.

METODE KAJIAN

Kajian ini menggunakan metode kualitatif yakni dengan membuat penilaian terhadap sesuatu falta yang didapati. Kaedah temu bual dan pemerhatian dari kajian lapangan bagi mendapatkan fakta merupakan kaedah terpenting dalam kajian ini. Temu bual dilalukan terhadap pemimpin atau cal on pilihan raya itu sendiri, pengikut-pengikut sesebuah parti, pengundi secara ram bang, golongan profesional, "orang lama atau tua" dalam sesebuah kampung dan seumpamanya.

Kajian kepustakaan juga dilakukan bagi mendapatkan fakta-fakta yang diperlukan. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yayasan Sabah, labatan Arkib, keratan akhbar dan buku-buku dari pelbagai aspek ditelaah bagi mendapatkan hasil yang berwibawa. Sumber-sumber ini mempunyai dua kategori yakni primer dan sekunder.

KAWASAN-KAWASAN PILIHAN RAYA DI NEGERI SABAH

Bagi pilihan raya urnurn kali ke-l2 ini, negeri Sabab telab diperuntukkan sebanyak 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN. Jumlah ini mencatatkan jumlah kedua terbanyak selepas negeri Sarawak iaitu 30 kerusi bagi kerusi Parlimen (bagi kerusi DUN negeri Sarawak telah diadakan pada tabun 2006). Hal berkenaan adalah disebabkan oleh keluasan negeri ini yang memerlukan banyak kawasan Parlimen dan DUN. Suatu perkara yang tidak dapat diketepikanjuga ialab negeri Sabah dan Sarawak merupakan kubu kual bagi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang dilihat mampu menjadi faktor penentu dan kubu kuat bagi kemenangan dalam sesuatu pilihan raya. Perkara ini terbukti sejak sekian lama dalam siri-siri pilihan raya yang telah diadakan di Malaysia.

Dalam pilihan raya yang ke-12 baru-baru ini juga jelas menunjukkan bahawa negeri Sabah masih menjadi kubu kuat bagi BN. Perkara ini terbukti apabila

145

Page 4: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

BN telah memenangi 24 kerusi Parlimen daripada 2S kerusi yang dipertandingkan serta 59 kerusi DUN daripada 60 kerusi yang dipertandingkan. Jelaslah di sini bahawa kekuasaan atau hegemoni BN masih utuh di negeri Sabah.

PILI HAN RAYA UMUM KE-Il DAN IMPAK TERHADAP KEPUTUSAN DI NEGERI SABAH

Seperti yang tdah dijelaskan. keputusan pitihan raya umum ke-12 baru-baru inijuga telah mengejutkan arena politik negara Malaysia. Hal ini demikian kerana Parti pemerintah. BN yang diketuai oleh UMNO telah gagal memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Buat pertama kalinya dalam sejarah pitihan raya di Malaysia.. BN gagal memenangi majoriti tersebut. BN memenangi 140 kerusi Parlimen yakni lapan kerusi kurang untuk mendapat dua pertiga, manakala pembangkang (Pakatan Rakyat) memenangi 82 kerusi. Kejatuhan lima buah negeri iaitu Kelantan. Kcdah, Pulau Pinang. Perak dan Selangor juga telah menggugat kegemilangan BN yang sekian lama dikecapi. Malah. beberapa pihak telah berpcndapat bahawa V.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sen Abdullah Ahmad Radawi akan meletakjawatan demi pertanggungjawaban terhadap kekalahan tersebut. Walau bagaimanapun. beliau menafikan sekeras-kerasnya hal berkenaan. Malah, beliau mempertahankan bahawa BN mendapat mandat yang besar dari rakyal. Kekalahan yang dialami adalah petanda dari rakyat supaya BN lebih bckerja kuat untuk memenuhi tuntutan rdkyat (New Strait TImes. Utusan Malaysia, Berita Harian 14 Mac 2(08).

146

Page 5: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

/su-isu Elm! dan Kelcerabalan

Jaduall :

Ktputusan pilihan raya 2008

PARLI'IDI DUN NEGERI

B~ PDIBA~GKA~G BEBAS D~ PEMBANGKANG BEDAS

W.P.KL 1 10 0 0 0 0

w.P. PUTRAJAYA I 0 0 0 0 0

WP. LABUAN 1 0 0 0 0 0

PERLIS 3 0 0 14 I 0

KEDAH 4 II 0 14 21 1

PENANG 2 II 0 II 29 0

PERAK 13 II 0 28 31 0

SELAI'GOR S 17 0 20 36 0

f'EGERI S 3 0 21 15 0 SEMRII.AN

MELAKA S I 0 23 5 0

JOHOR 25 I 0 50 6 0

KELANTAN 2 12 0 6 39 0

TERENGGANU 7 I 0 24 8 0

PAHANG 12 2 0 37 4 I

SARAWAK 30 I 0 0 0 0

SABAH 24 I 0 59 1 0

JVl\ILAH 140 82 0 307 196 1

(Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BHlklikkhasIpilihanrayal index_html (03:0612008»

147

Page 6: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

Walau bagaimanapun, tsunami yang melanda BS di Semenanjung Malaysia tidak mengancam politik di Sabah. BN telah memenangi 24 kerusi Parlimen dad 2S kerusi yang dipertandingkan. Bagi kerusi DUN pula, BN Sabah telah memperoleh S9 kerusi dari 60 kerusi yang dipertandingkan. Kelihatan ketuanan BN di negeri Sabah masih relevan untuk diperkatakan. Ramai para sarjana politik memperdebatkan hal berkenaan kemenangan besar ini. Temyata, faktor-faktor yang bersifat insula,. dan local sarna ada dari aspek sejarah, survival politik, pengalaman, pembinaan jati diri dan seumpamanya yang terdapat di negen Sabah masih merupakan 'senjata' yang kuat daJam mempertahankan ketuanan tersebut. Terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kegemilangan pencapaian tersebut. Peranan agensi kerajaan umpamanya seperti media massa, elektronik dan lain-lain telah digunakan semaksimum yang mungkin untuk menyebarkan kempen dan propaganda Parti BN_ Kempen Politio o/Deveiopment(POD) sentiasa sahaja diketengahkan. Usaha meuar­uarkan apa yang dikatakan '"politik pembangunan" 53ngat berkesan membentuk inlelektual pengundi yang secara langsung diterjemahkan melalui solidariti undian terhadap BN. Serenlak dengan itu juga, negen Sabah memang masih memerlukan pertolongan Kerajaan Pusat dalam 50al-soal pembangunan kerana masih dikategorikan sebagai negen termundur di Malaysia. Semenlara itu, propaganda memburukkan pembangkang juga tidak kurang hebatnya. Hal yang sama mungkin sedikit banyak boleh disinonimkan dengan suasana yang berlaku di negen Sarawak_

Di penngkat yang lebih umwn, keputusan pilihan raya kali ini menunjukkan bahawa dari segi stralegi pilihan raya lidak banyak berbeza dengan pilihan raya­pilihan rayayang lepas dalam erti kala betapa dominannya faktor 3M (MeJia, Money and Machinery) yang didominasikan oleh pihak pemerintah. Parti pembangkang bukan sahaja berhadapan dengan kempen-kempen parti politik yang mewakili BN namun turut berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan yang melalui proses id~'Ologi statism yang begitu menghakis sempadan di antara 'parti' dan 'kerajaan' (Wan AbdUl Rahman Wan Abdul latif, 2003: 11-12).

Menurut Zaini. keunggulan BN dalam sesuatu pilihan raya adalah disebabkan oleh dasar-dasar Purpruive-depoliticization yang diamalkan okh kerajaan BN sama ada berbentuk institutional atau non-institutional. Akta-akta rasmi kerajaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negen (ISA), Akta Hasutan (AH), Akta Rahsia Rasmi (OSA). Akta Pendaftaran Pertubuhan (APP) dan penguasaan ke alas aparat_ aparat pemerintah seperti SPR, Pentadbiran Awam. Jabatan Penerangan dan sebagainya telah memben kelebihan kepada Kerajaan BN unluk menghalang saingan politik yang telah diwujudkan oleh pihak pembangkang bagi mengekalkan slal'U$

quo (Zaini. 2003:46). . Namun demikian, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh BN telah

mengalami penurunan undi popular kecuali di beberapa kerusi. Sebagai rumusan •

148

Page 7: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

ISU-ISil t:.mll[ aan J{et.erabalt»l

hal sedemikian disebabkan oleh dasar keterbukaan pimpinan pusat terhadap pihak pembangkang di Sa bah. isu-isu nasional yang memberi kesan langsung terhadap rakyal seperti isu kenail.an harga minyak dan barangan as as, isu pembahagian kekayaan serta penyelewengan yang berlaku dalam kalangan pemimpin nasional dan tempatan. isu pembahagian kerusi dalam kalangan calon yang agak "kelam kabut" di peringkat negeri sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kaJangan pemimpin itu sendiri dan lain-lain faktor setempat yang akan diterangkan

dengan lebih lanjul.

KAWASAN-KAWASA~ PILlHA~ RAYA UMUM 01 DAERAH KOTA BELUD

DAN TUARAN

Sebelum menjelaskan dengan lebih lanjut isu-isu berkaitan kekeluargaan dan etnik di kawasan majoriti masyarakat Bajau di Tuaran dan KOla Belud, latar belakang kawasan-kawasan terse but perlu diteliti sarna ada dari aspek demografi penduduk dan seumparnanya. Kajian ini penting kerana berkait rapat dengan isu-isu yang akan

diketengahkan dalarn kajian ini. Kawasan pilihan raya merangkumi kawasan pilihan raya Parlimen dan kawasan pilihan raya DUN. Seperti kebiasaannya, kawasan Parlimen ini mengandungi beberapa buah kawasan pilihan raya DUN.

Di kawasan pilihan raya Parlimen Tuaran (P.70), terdapat tiga kawasan DUN iaitu DUN Tamparuli (N.9), DUN Sularnan (N.lO) dan DUN Kiulu (N.ll) manakala bagi kawasan Parlimen KOla Belud (P.169), kawasan ini juga mempunyai tiga kawasan DUN iaitu DUN Tempasuk (N.6), DUN Kadamaian (N.7) dan DUN Usukan (N.S) (Iihat Jadual 3). Jika dilihat dari cal on yang bertanding, kawasan yang akan dikaji merangkumi kedua-dua kawasan Parlimen kerana diwakili oleh calon UMNO dan

calon pembangkang yang beragama Islam (bagi Parlimen Tuaran) manakala bagi DUN dalam Parlimen KOla Belud. kawasan yang terlibat ialah DUN Tempasuk dan DUN Usukan. Bagi DUN dalam Parlimen Tuaran pula ialah DUN Sulaman. Pemilihan kawasan ini dibuat berdasarkan dominasi masyarakat bumiputera Islam khususnya yang berbangsa Bajau.

ISU-ISt: PILlH.\~ RA\A \"A~G 'IE!\fPt:~YAI KAITAN DENGAN PERSOALAN ETNIK DAS Hl"Bl"~GAS KEKELUARGAA~

Isu Etnik Pemilihln Cllon Pilihln rlyl

Isu pemilihan calon pilihan raya ini merupakan isu yang besar terhadap sesuatu masyarakat. Masalah ini bukan sahaja melanda negeri Sabah, malah di seluruh Malaysia. Bagi kawasan Parlimen KOla Belud, isu ini merupakan topik utama yang

149

Page 8: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

begitu menonjol bagi Daerah Tuaran berbanding isu etnik. Namun begitu, bagi Daerah Tuaran isu ini diadun dengan trek perkhidmatan calon-calon yang bertanding (Datuk Hajiji adalah penyandang sejak beberapa pilihan raya yang lepas). Hal ini juga disebabkan kawasan Tuaran, tidak mempunyai pemimpin yang diwarisi sejak turun­temurun (dalam kes Kola Belud dirujuk kepada keluarga Tun Said Keruak) mengakibalkan isu ini agak kurang diketengahkan.

Pemilihan Daluk Abd. Rahman DahJan sebagai caJon BN teJah menimbuJkan pelbagai poJemik dalam kalangan masyarakat Bajau di Kola Belud. BeJiau dikalakan calon "import" bagi mengganlikan Datuk Seri Md. Salleh Tun Md. Said Keruak yang lelah sekian lama mewakili kawasan DUN dan Parlimen di Kota Belud. Isu yang limbul bukan berkisar mengenai persoalan etnik kerana Daluk Abd. Rahman Dahlan juga berketurunan Bajau. Malah, keluarganya juga kebanyakannya dikalakan berasal dan masih menetap di KOla Belud. Cuma pada peringkat awalny .. ramai penduduk KOla Belud lidak mengenali beliau leerana lidak menetap di kawasan tersebut. Jilea dibandingkan dengan Datuk Seri Md. Salleh Tun Md. Said Keruak, beJiau merupakan orang tempatan yang mewarisi kepimpinan bapanya Tun Said Keruak yang disifalkan oleh masyarakat Kola Belud sebagai "War Lord·' di daerah lersebul Tun Said Keruak merupakan pemimpin yang banyak berjasa terhadap masyarakat Bajau yang beragama Islam serta banyak bersama dengan Tun Dalu Muslapha (dianggap pemimpin paling utama dalam masyarakat bumiputera Islam di Sabah) dalam perjuangan.

Di sini muncul isu lain selain isu etnik yakni yang melibatkan isu kekerabatan khususnya bagi penyokong selia kepada Datuk Seri Md. Salleh. Mereka menyatakan bahawa Datuk Abd. Rahman Dahlan tidak mempunyai "personel louch" temadap penduduk Kola Belud keranajarang berada di KOla Belud. Beliaujarang menghadiri majlis-majlis kenduri, kematian, perkahwinan dan majlis 50sial di kawasan lersebut walaupun dikatakan mempunyai kaum kerabat yang ramai di daerah ini. Kedudukan Datuk Japlin lJkin sebagai orang kuat UMNO di Negeri Sabah tidak dapat membantu pencalonan semula Datuk Seri Salleh (temu bual dengan calon PKR, DUN Usukan,. Mohd. Shukor Abdul Mumin, 6 Mac 2008).

Sejak awallagi, iaitu selepas senarai calon yang akan mewakili kawasan KOla Belud diumwnkan oleh Pengerusi BN Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Musa Aman terdapat polemik politik akan berJaku di Kola BeJud berkaitan dua tokoh utama yan~ tidak dilantik semula iaitu Datuk Seri Md. SalJeh Tun Md. Said Keruak dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang digantikan dengan Daluk Musbah Jamli. Ada yang berpandangan bahawa situasi ini berlaku disebabkan hubungan yang tidak "mesra" antara kedua pemimpin ini dengan kepimpinan negeri. Perkara ini dikatakan ada kaitan dengan pakatan pemimpin United Sabah Bajau Organization (USBO) iaitu Oatuk Seri SalJeh, Tan Sri Pandikar dan Datuk Amir Kahar yang memberi tekanan dan persaingan kepada kepimpinan Musa Aman. Ada juga yang berpandangan

152

Page 9: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

ISU-ISU t.tlllk dan Kekerabatan

polemik ini diwujudkan oleh penyokong-penyokong setia dan kaum kerabat tokoh­

tokoh inL Suasana '"tidak meriah" dalam kern BN sewaktu hari penamaan calon sedikit banyak membuklikan kebenaran bahawa penyokong kedua-dua tokoh ini agak tawar hali dengan calon yang dipilih. Dalam kajian yang dilakukan, penyelidik banyak mendapal pandangan dari orang ramai bahawa hal ini berlaku kerana faktor kekerabalan dan kepimpinan (Har Lord) Datuk Seri Salleh dan bapanya Tun Said Keruak yang begilU menonjol di daerah ini.

Kepimpinan kekerabatan keluarga Keruak di Kola Belud bennula dari zaman penjajahan British. Hal ini demikian kerana Keruak bin Buruk (ayahanda kepada Tun Said) merupakan ketua kaum Bajau yang sering dirujuk oleh British dan masyarakat bagi hal eh",al masyarakat Bajau. Beliau dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat Bajau di KOla Belud ketika itu (Tun Mohd Said Keruak: Dari Rakyal Bersama Rukyal, 1994; 14-15). Kepimpinan keluarga Keruak diteruskan oleh anaknya, Tun Said Keruak. Bennula bekerja sebagai seorang kerani, Setiausaha Majlis Tempalan KOla Iklud, seterusnya dipilih menjadi ADUN dan Ahli Parlimen Kola Belud. menjadi Menlen Kabinet Sabah, pemimpin Kanan USNO, Ketua Menteri

Sabah dan selerusnya Tuan Yang Terulama Negeri Sabah (TYT) sudah cukup menggambarkan betapa Tun Said mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat Bajau di KOla Belud (The Keruak Clan, 2004: 93).

Walau bagaimanapun. perpecahan yang berlaku terse but umpama "ribut dalarn cawan" dalarn keluarga BN alau UMNO sahaja. Hal ini dibuktikan apabila kedua-dua pemimpin ini hadir sewaklu hari penamaan calon di Kota Belud. Mereka berjanji akan memberikan sokongan padu kepada calon BN. Datuk Seri Salleh menjelaskan bahawa pencalonan Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak perlu dipenikaikan kemampuannya. Beliau juga berpandangan bahawa Datuk Abdul

Rahman merupakan pemimpin muda dari Sabah yang perlu diketengahkan di peringkat pusat sebaris dengan para pemimpin di Semenanjung Malaysia (Utusan Borneo, I Mac 2008). Ketika kajian lapangan ini dilakukan, Datuk Seri Salleh sering kelihatan menemani Daluk Abdul Rahman untuk berkempen dari rumah ke rumah. Hal sedimikian sedikit banyak telah "menyejukkan" penyokong-penyokong beliau dalarn hal berkenaan.

Dari sudut hal lain. persepsi berkaitan isu calon import di Kola Belud ini agak berbeza antara golongan pengundi veteran dan muda. Bagi Tuan Haji Timbul bin Sinyor yang berumur dalam lingkungan 70-an, beliau menyokong sepenuhnya

sebarang calon yang dilantik oleh pani walaupun menjelaskan agak kecewa kerana Datuk Seri Salleh tidak dipilih kerana beliau menyatakan pemimpin berkenaan adalah udenakan" (saudara) dan "bukan orang lain" yakni cucu saudara kepada beliau. Beliau

juga berkala bahawa perjuangan Tun Said Keruak bersama Tun Datu Mustapha merupakan suatu isu yang amat mempengaruhi masyarakat Bajau dan orang Islam

153

Page 10: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

di Kola Belud khususnya dan Sabah amn) •. Beliau juga berkal&. keluarga Oatuk Abdul Rahman juga mempunyai hilan kekeluargaan dengan beliau. Secara prinsipnya. beliau akan terarah untuk memilih parti (UMNO) dan berharap persoalan pemilihan ealon yang ditimbulkan itu akan reda (temu bual dengan Tuan Haji Timbu. bin Sinyor di kediaman beliau di KOla Belud. 6 Mac 2008). Pengkaji berpandangan bahawa golongan veteran lebih menunjukkan kesetiaan kepada parti kerana faktor pengalaman, petjuangan,jati din bersama dengan pemimpin terdahulu masih menebal dalam diri mereka. Namun begitu, menurut Tuan Haji Timbuljika BN dapat memilih Dr. Saujan yang merupakan ealon yang menentang Datuk Sen Salleh dalam pilman raya terdahulu menjadi calon BN. Dr. Saujan merupakan saudara rapat kepada beliau menunjukkan sekali lagi isu kekerabatan begitu ditekankan.

Bagi golongan muda pula, perasaan berbelah bahagi wujud dalam diri mereka. Aliuddin Haji Timbul (dan ramai lagi) berpandangan persoalan calon import masih lagi relevan bagi masyarakat Kota Belud kerana tiada silapnya dengan calon terdahulu. Cuma hubungan yang kurang mesra mungkin menyebahkan Datuk Seri Salleh tidak diealonkan. Mercka juga berpandangan bahawa calon-calon yang mewakili pembangkang seperti Saidil1i)Saidi Simoi (PKR) bagi Parlimen KOla Belud dan Mohd. Shukor Abdul Mumin (PKR) bagi DUN Usukan adalah MJenaA:lIn" 5epeni Datuk Seri Saidjuga. Malah, calon-alon ini mempunyai "perJo""/louch" berbanding Datuk Abdul Rahman yang dianggap sebagai calon import. Bapanya, Datuk Dahlan berpindah ke Tuaran dan menjadi Ketua Anak Negeri di situ. Namun, setelah diperjelaskan oleh golongan veteran, sentimen kekerabatan agak reda sedikit Jelas sekali isu ikalan kekerabatan arau Mdenalcan". "jomo Ait,.... (orang kita), "jomo mit,,'" (orang sini) sangat menebaJ dalam kalangan masyarakat Bajau di KOla Be\ud terutama di Kg. Sembirai, Kg. Kulambai dan Kuala Abai (temu bual dengan Aliudin Hajj Timbul di KOla Belud, 6 Mac 2(08).

Isu Trek Perkhidmat .. Calon dan Perkaitan Tuhadap bu [Inik Bajau

Isu trek perkhidmatan seseorang pemimpin merupakan suatu perkara yang sangat penling dalam sebarang kempen pilihan raya. Malah, isu ini menjadi kayu pengukur untuk masyarakal menilai semula kclayakan seseorang ealon tersebut untuk dipilih semula atau sebaliknya. Bagi kawasan Parlimen KOla Belud dan DUN yang berada di dalam kawasan tersebut, isu ini dibangkitkan khususnya bagi calon BN yang sudah mewakili sesuatu kawasan pilihan raya. Bagi masyarakat Bajau di kedua-dua kawasan in~ isu ini sering dihubungkaitkan dengan persoalan perkhidmatan terhadap etnik tersebuL

Bagi kawasan Kola Belud, bebera.pa o~~g infonn.an t.elah ditemui yang menyatakan walaupun Daerah KOla Be\ud dlwakllt oleh pemlmpm yang berjawatan

IS4

Page 11: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

lsu-isv Em/A: dan KeJcerabalan

tinggi. tarafhidup serta insfrastruktur kawasan tersebut masih lagi dianggap paling mundur dan tenniskin. Datuk Sen Salleh pemah menjadi Ketua Menteri Sabah dan Tan Sri Pandikar bekas Timbalan Menteri Persekutuan sepatutnya mampu mengubah persoalan-persoalan kemunduran dan kemiskinan di Daerah Kota Belud. Dahulunya kawasan Kota Belud merupakan kawasan pengeluar padi di negeri Sabah dan aktiviti penanaman padi mampu memben pendapatan bagi penduduk di Kota Belud. Namun. sekarang aktiviti terse but dilihat sudah tidak dihiraukan. Salah satu faktomya ialah tiada usaha yang bersungguh-sungguh dari pemimpin itu sendiri. Semua isu ini dikaitkan dengan isu etnik Bajau yang tidak dibela oleh pemimpinnya yang juga beretnik Bajau. Malah. isu kekerabatanjuga timbul dalam membicarakan

hal terse but. Bagi kebanyakan golongan muda, persoalan kekerabatan juga diadun dengan

isu trek kepimpinan dan isu-isu tempatan serta nasional yang menghambat kehidupan mereka. Oleh yang demikian. ada di antara mereka menyatakan hahawa walaupun bendera BN dan UMNO tergantung di rumah-rumah mereka, belum tentu mereka akan memangkahnya pada hari pengundian. Hal ini menjadi persoalan yang serba mungkin. Penyelidik melihal hal ini berlaku kerana faktor pengalaman golongan muda yang berbeza dengan golongan veteran yang mengalami sendiri perjuangan sesebuah parti seperti USNO dan UMNO (yang amat berpengaruh dalam konteks masyarakat Bajau). Begitu juga faktor pendidikan yang dilihat menjadi agen perubahan skema mental dan intelektual yang melihal persoalan kepimpinan hams dilihat hukan sahaja dari sudut pani yang diwakilinya namun keberkesanan kepimpinan seseorang calon )'ang dipilih.

Dalam salah satu daripada kempen PKR yang diadakan di Kg, Gerinsing, Mengkabong. Tuaran pula. calon Parlimen dan Negeri (P, 170 dan N, I 0) Haji Ansari Abdullah telah menyatakan secara lantang tentang kegagalan kerajaan dalam membangunkan penduduk Tuaran. Setelah sekian lama Daerah Tuaran dipimpin oleh Datuk Hajiji Mohd Nor. masalah-masalah penduduk Tuaran seolah-olah tidak diendahkan. Ucapan beliau terse but tidak lepas dari mengaitkan bahawa masyarakat yang ketinggalan akibat ketidakcekapan pemimpin terse but ialah masyarakat Bajau yangjuga lerdiri dan "denakan" (saudara mara) Datuk Hajijijuga.lsu pembangunan turnt menjadi isu utama pada pilihan raya kali ini. Walaupun pemhangunan fizikal dapat disaksikan berlaku di Pekan Tuaran. pembangunan infrastruktur yang lain dilihat masih tidak menyeluruh. Contohnya pembinaan jalan raya bertar. lampu lebuh raya dan masalah bekalan air paip. Selain itu., satu masalah yang boleh dianggap kritikal ialah pemilikan tanah oleh orang luar di kawasan Kg, Mengkabong. Menurut Hj, Ansari, banyak lot tanah di Kg, Mengkabong telah diambil alih oleh orang luar (yang bukan berasal daripada kampung tersebut) melalui prosedur yang tidak betul. Akibatnya, penduduk tempatan kehilangan tanah dan lama-kelamaan mereka mungkin akan

ISS

Page 12: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

merempat di tanah mereka sendiri (ucapan kempen Hj. Ansari Abdullah, Kg. Gerinsing, Mengkabong, 6 Mac 2008).

Salah satu daripada isu utama yang diketengahkan oleh PKR ialah masalah kemiskinan yang dihadapi oleh pen·duduk Tuaran. Kcmiskinan merupakan masalah yang boleh dianggap serius di Tuaran, terulamanya di Kg. Mengkabong kerana penduduk di kampung lersebut kebanyakannya terdiri daripada ne\ayan dan hidup dcngan pendapatan kurang daripada R..\1400 sebulan. Masalah kemiskinan menjadi semakin serius apabila ditambah pula dengan masalah pengangguran. Ramai anak muda Tuaran dikatakan mengalami masalah unluk mendapatkan pekerjaan di tempat mereka. Oleh yang demikian, ramai anak muda terpaksa berhijrah daripada Tuaran untuk mencari pekerjaan sarna ada di Kota Kinabalu ataupun Kuala Lumpur. Kerajaan dikatakan telah mengabaikan tanggungjawabnya dalam membangunkan kampung-kampung di Daerah Tuaran. Jika ada pun kawasan yang membangun, hanyalah melibalkan kampung­kampung yang berdekatan dengan YB Datuk Hajiji seperti Kg. Serusop dan Simpangan (temu bual dengan Tuan Haji Ansari Abdullah, 3 Mac 2008).

Terdapat banyak lagi isu yang berkaitan dengan trek perkhidmatan yang diadun dengan isu etnik (Bajau) di Tuaran. Antaranya ialah isu pengambilan pasir di kuala Sungai Tuaran yang amat menjejaskan hasil penangkapan ikan para nelayan (telah disiarkan dalam Buletin Utama, TV3), isu penggunaan bot pukat tunda di pesisiran pantai yang mengancarn keselarnatan nelayan kecil yang kurang diambil tindakan, isu hutan simpan bakau di Kg. Simpangan (dinafikan serta dijelaskan oleh Datuk Hajiji dalarn akhbar tempatan) dan lain-lain lagi. Hasil tinjauan yang didapati menunjukkan kesemua isu akan dikaitkan dengan isu ctnik )·ang diwakili oleh seseorang calon (terutamanya calon parti pemerintah) yang dilihat tidak dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada etnik sendiri, malah kepada kaum kerabat yang terlibat.

Narnun, secara kebiasaannya calon parti BN (yang sudah lama mewakili kawasan berkaitan) menjelaskan usaha-usaha kerajaan sedang dilakukan. Malab. mereka juga menafikan pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan. Bagi mereka, mustahil untuk memenuhi semua kehendak rakyat pada masa yang terhad dcngan peruntukan yang tidak mencukupi. Hal ini akan diperbaiki dari masa ke semasa.

PENUTUP

Jelas sekali isu-isu yang berkaitan etnik dan kekerabalan masih relevan dan menebal dalarn kalangan masyarakat Bajau di Kota Belud dan Tuaran, walaupun keadaannya agak berbeza sedikil Walaupun berada di dalarn dunia yang serba moden ini, isu-isu atau faktor-faktor sejarah perjuangan, agama Islam, jati diri, survival dan seumpamanya masih lagi menjadi raktor utama yang mencorakkan sokongan dalarn sesuatu pemilihan calon di kawasan ini.

156

Page 13: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

ISII-;su Ern;! dan Keke,abaJan

RUJUKAN

Rizal Yaakob & Jumaat Abd. Moen. 2002. Polilik Elnik dan Perkembangan Polilik Baru dIm. Mohd. YusofKasim & Azlan Ahmad (ed.), Politik Baru dalam Pilihan Raya Umun. UKM: Bangi.

____ .2004. The Keruak Clan: Potrail of A Bajau Patriol. Sungai Buloh: Jeng Printedmatter Editions.

____ . 1994. Tun Mohd Said Kerualc: Dari Rakyal Bersama Rakyal. Kuala Lumpur: Sadndra Sdn. Bhd.

Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. 2003. Pilihan Raya DUN Sarawak: Satu Analisis. Jurnai Jebal. Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. UKM: Bangi.

Zaini Othman. 2003. Pilihan Raya dan Hegemoni Politik: Satu Analisis PiIihan Raya DUN Sarawak 2001. Jurnal Jebat. Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. UKM: Bangi.

Akhbar

UlUSan Malaysia, 1312/2008

Utusan Malaysia, 1412/2008

Utusan Borneo, 11312008

New SirailS Times, 14/312008

Berila Harlan, 14/312008

Temu bual

Temu bual dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Usukan, Mohd. Shukor Abdul Mumin di KOla Belud, 6/312008.

Temu bual dengan Tuan Haji Timbul bin Sinyor di Kota Belud, 6/3/2008.

Temu bual dengan Aliudin Haji Timbul di Kota Be\ud, 6/312008.

Temu bual dengan Tuan Haji Ansari Abdullah di Tuaran, 3/312008.

Temu bual dengan Ag. Anuar bin Madiana di Mengkabong, 6/312008.

157

Page 14: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

MoItaIrurtod SItmIAJg bm Mond. &xI:i & Rcall.DIN1IIi

Ucapan

Ucapan kern pen Hj. Ansari Abdullah, Kg. Gerinsing. Mengkabong, 6/312008

Laman Web

http://www.bharian.com.rny!Current_News..BlL.klikkhasipilihanraya index _ html (03/0612008)

h up:/ Iwww.utusan.com.my/utusan spec ial. asp?pr=pi I i hanraya200 8& pg = sabah.htm (20/0512008)

http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pFpilihanraya2008&pg=sabah.htm. (20/0512006)

http://www.utusan.com.my/utusanlspecial.asp?pr=pilihanraya2008&pg=kawasanl sabah-p169.htm (20/05,'2008)

http://www.utusan.com.my/utusanlspecial.asp.?pr=pilihanraya2008&pg=kawasan! sabah-p 170.htm (20/0512008)

hUp://www.utusan.com.my/utusaninfo.asp?y-2008&dt-0213& pub ... Utusan_Malaysia &sec=Terkini&pg=bt_02.hlm. (13/0212008)

hup://images.google.com.my/images?gbvz 2&hl=en&qz Oatuk+Seri+Md. +SaIleh+ Tun+Md. +Said+Keruak+&btnG=Search+lmages (21/0312008)

http://images.google.com.my/images?hl=en&q=Datuk+Abdul + Rahman+ Dah Ian &btnG=Search+lmages&gbv=2 (21/0312008)

IS8

Page 15: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

lsu-i.su ElniJ; dan Ke4erabalan

Lampiran

Jadual2: Ktpulusan pilihan raya umum Ke-12 : Sabah

, I I ~ J., . ~ "\ !. ~~: :3 [' .~,A Hl J- [1 f . .1 ~:' E. BAI'.1 t,t4l1 ~ " ........ _ .'1i ~" " " ~ I< '-. ' ,,'. ~ _- ';$

Parlimen ' 8N I , DAP: r' •..• PKR ~ " "Beb8s .. ; ~.' Bersekutu"1. ,........ •. _ .. ~~ _ ........ ""'" 1. ____ -.....::._ .. i.~......... ....... .. ..... ~.

24 I 0 0 0 (25) (5) (19) (18) (2)

t'i~' •..• ' .•. ', .•. ".~,.~ •. '. d.-.;., IOi. ~ ~ ......... fi.!i.,·,.. .' .,i ~, ...... E.8A. i •. ' .• ~'.~ t.I.,~.'.I~, .••. ,l DUN " ~ .. .' \ !,' ... -~ -', 7:' ~ ,. ... . '~ ~"" . . J ~ .. ' ','.. "";

BN .... _ ~_ .. ~ 1...,.PAt'.....;;.o.:J ~.....lKll...;.. ... L..~~\l.' ~~~I!, ~ 0 I 000

(60) (2) (10) (54) (52) (15)

Sumber:hnp:l!www.utusan.com.my/utusanlspecial.asp?pr=pilihanraya2008& pg=sabah.htm (20/0512008)

Jadual 3: Kawasan-Kawasan Pilihan Raya Oi Oaerah Kola Belud

Jumlab Pengundi: 43,071 Peratusan Kaum: BII: 58.82% BIBII: 38.97% C: 2.08% L: 0.13%

I. Oatuk Abd. Rahman Dahlan (RN) (7,964) 2. Saidil@Saidi Simoi (PKR) (3,941)

Majoriti: 4,023 Jumlah undi: 12,951

Peratus mengundi: 30.07% Undi rosak: t ,046

Penyandang: Datuk Md. Salleh Tun Md. Said (BN) (Majoriti: 10,421 undi)

Jumlab Pengundi: 14,291 Peratusan Kaum: BII: 66.01% BIBII: 33.19010 C: 0.50% L: 0.30%

I. Musbah Jamli (RN) (6,541) 2. Laiman Ikin@Ag Laiman Kakimin (PKR) (4,109)

3. Ibrahim Linggam (Bebas) (191)

159

Page 16: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

Majoriti: 2.432 Jumlah undi: 11.165

Peratus mengundi: 78.13%

Undi rosak: 324

Penyandang: Tan Sri Pandikar Amin Mulia (BN) (Majoriti: 3.440 undi)

Jumtah Pengundi: 15,816 Peratunn Kaum: BII: 89.48% BIBII: 5.86% C: 4.62% L: 0.04°/.

Jumlah Pengundi: 12.964 Peratann Kaum: 811: 13.50% BIBII: 85.72% C: 0.72% L: 0.06%

I. Herbert Timbon Lagadan (ON) (5,382) 2. Lukia Indan (PKR) (2.909)

3. Peter Marajin@Peter Marazing (Bebas) (1.729)

Majoriti: 2,473 Jumlab undi: 10,288

Peratus mengundi: 79.36% Undi rosak: 268

Penyandang: Herbert Timbon Lagadan (BN) (Majoriti: 3,17S undi)

I. Datuk Japlin Akim@Abd. Hamid (ON) (7,964) 2. Mohd. Shukor Abdul Mumin (PKR) (3,941)

Majoriti: 4,023 Jumlab undi: 12.241

Peratus mengundi: 71.4°,4 Undi rosak: 336

Penyandang: Datuk Japlin Aldm@Abd. Hamid (BN) (Majoriti: 1.735 undi)

Sumber:hup:!lwww.utusan.com.my.utusan.special.ac;p? pr=pilihanraya2008&pg=kawasan 'sahah _P IM.hlm (~O 05:!008)

160

Page 17: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

lsu-isu ElniA; dan Kekerabatan

Jadual 4: Kawasan-Kaw"asan Pili han Raya Di Daerah Tuaran

Jumlah Pengundi: 40,761 Peratusan Kaum: BIl: 43.53% BIBIl: 48.72% C: 7.54% L: 0.21%

I. Datuk Wilfred Bumburing (BN) (17,645) 2. Ajin@Hazin Gagah (Bebas) (879) 3. Ansari Abdullah (PKR) (11,023)

Majoriti: 6,622 Jumlah uodi: 30,526

Peratus mengundi: 74.89010 Undi rosak: 979

Penyaodang: Datuk Madius Tangau (BN) (Majoriti: 8,499 undi)

Jumlab Peogundi: ]4,912 Peratu5an Kaum: BIl: 23.28% B/BIl: 60.79% C: 15.67% L: 0.26%

I. Datuk Jahid@Noordio Jahim (BN) (6,568) 2. Henry Misun (PKR) (3,825) 3. Silim Yamin (Bebas) (l88)

Majoriti: 2,743 Jumlab uodi: 10,778

Peratus meogundi: 72.28% Undi rosak: 197

Penyandaog: Datuk Jahid @ Noordin Jahim (BN) (Majoriti: 5,758 undi)

Jumlah Pengundi: ]6,076 Peratusan Kaum: SIl: 82.360/0 SIBil: 14.75% C: 2.73% L: 0.16%

I. Datuk Hajiji Noor (BN) (8,961) 2. Umsery@Ansari Abdullah (PKR) (3,505)

Majoriti: 5,456 Jumlah undi: 12,770

Peratus mengundi: 79.44% Undi r05ak: 304

Penyandang: Datuk Hajiji Noor (BN)

J61

Page 18: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

~'~-""-"""'~':~7r'~~' ~~:~!~¥.~~u~_~~c~~~.~. '.~~.~~ .. ''--,,=~,~J1~ Jumlab P~ngundi: 9,773

P~ratusan Kaum: B!l: 10.55% BIB;l: 86.180/. C: 3.06°;. L: 0.21%

I. Datuk Lovis Rampas (RN) (4,051) 2. Gaibin Ransoi (PKR) (2,785)

Majoriti: 1.266 Jumlab undi: 6,968

Peratus mengundi: 71.3% Undi rosak: 132

Penyandang: Datuk Lovis Rampas (BN) (Majoriti: 2,279)

Penyandang: Datuk Hajiji Noor (BN) (Majoriti: 3,482 undi)

Sumber:hllp:llv.ww,utusan,com.my 'utusan sp~cial.asp? pr=pilihanra~a2008&pgo·"a",a~an '3abahyl70.hllll (20 05.~008)

162

Page 19: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

isu-isu Etnile dan Kelcerabalan

Lampiran 2

Foto I: Markas PKR di Kampung Mengkabung

(Sumber: Kajian Lapangan)

Foto 2: Suasana hari penamaan calon di Dewan Masyarakat Kota Belud

(Sumber: Kajian Lapangan)

161

Page 20: ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM …ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/lsu-isu Etnik dan...ISU-ISU ETNIK DAN KEKERABATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DALAM KEMPEN PILIHAN

foto 3: Antara bin rentang yang menonjolbn 15U-isu talon tempatan

(Sumber: Kajian Lapangan Penyelidik)

folo 4: Isu insrrastruktur menjadll5u utama dalam kmtpen pilihan raya dl Kola Beluel.

Jalan ray. dl Kampunl Tempasuk

(Sumber: Kajian Lapangan Penyelidik)

164