ISU-ISU KEKELUARGAAN
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. NURUL NATASHA BINTI MOHD JAIS2. NORALIYA NATASHA BINTI SARKAM3. NUR AFIFAH BINTI MOHD YUSOF4. NURIN AQIAH BINTI5. NURIN JAZLINA BINTI
KELAS: 1 KPD 1
ISI KANDUNGAN
ISU- ISU KEKELUARGAAN
BIL. PERKARA
1. POLIGAMI
2. PERCERAIAN
3. PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB
4. KEGANASAN RUMAH TANGGA
5. SUMBANG MAHRAN
MAKSUD SUMBANG MAHRAM
Sumbang mahram atau inses ialah kegiatan seks antara ahli–ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan
satu pantang larang dalam kebanyakan budaya, baik pada masa lampau mahu pun pada masa kini,
termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks
yang lain. Di dalam masyarakat Melayu jenayah sumbang mahram sering dikaitkan dengan istilah
‘Haruan makan Anak’.
Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang berbeza
mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan dengan "kegiatan
seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang
mempunyai hubungan melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai
pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat. Ada juganya kebudayaan yang
melarang sebarang hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama,
manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah
tangga yang berkait.Sumbang mahram boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun
berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya,
serta antara saudara-saudara dewasa.
Sumbang mahram dari segi syarak pula memberi maksud perbuatan zina yang dilakukan oleh
seorang yang ada pertalian darah atau nasab (keturunan) dengan mangsa atau hubungan jenis
antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan di mana perkahwinan antara mereka adalah tidak
sah di sisi agama, undang-undang dan adat resam sesuatu budaya tersebut.
ULASAN TENTANG SUMBANG MAHRAM
Hubungan sumbang mahram diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara
biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan berbahaya (membawa maut).
Fenomena ini juga umum dikenal dalam dunia haiwan dan tumbuhan sebagai pembiakbakaan dalam.
Ini boleh terjadi akibat pengumpulan homozigot atau gen-gen pembawa 'sifat lemah' dari kedua-dua
induk pada satu individu (anak).
Hampir setiap hari kita dipaparkan dengan berita rogol dan sumbang mahram di media-media cetak
dan elektronik. Ada kes-kes yang tidak dapat diterima akal seperti datuk merogol cucu, cucu merogol
nenek, abang merogol adik dan bapa yang sanggup merogol anak kandungnya sendiri. Dalam
konteks kanak-kanak, sering kali mereka diingatkan supaya berwaspada dengan orang asing tapi
nampaknya kini dengan terjadinya kes-kes sumbang mahram mereka lebih terdedah kepada
perlakuan tidak elok dari ahli keluarga sendiri iaitu orang-orang yang mereka kenali. Undang-undang
yang ada masih belum cukup untuk menakutkan masyarakat dari melakukan perbuatan terkutuk
tersebut. Di mana kewarasan lelaki yang merogol seorang nenek yang sudah berkedut, atau
seronokkah memperlakukan cucu dan anak perempuan sendiri dengan perlakuan hina itu. Perbuatan
ini disifatkan sebagai sesuatu yang sukar diterima akal apatah lagi ia berlaku dalam masyarakat yang
bertamadun dan maju. Ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa ada segelintir di kalangan
mereka yang mempunyai taraf akhlak yang sangat rendah dan tiada lagi nilai-nilai kemanusiaan
dalam diri mereka. Apa yang pasti, jika permasalahan ini tidak ditangani sewajarnya ia mampu
meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat keseluruhannya.
KESAN SUMBANG MAHRAM KEPADA KELUARGA
1. Hubungan kekeluargaan akan menjadi retak dan boleh menimbulkan kepincangan
dalam rumahtangga. Apabila hal ini berlaku, hubungan ini tidak dapat dipulihkan lagi. Tiada
lagi sifat saling percaya mempercayai antara ahli keluarga dan keakraban.
2. Kadar perceraian juga akan meningkat kerana gejala sumbang mahram sebagai faktornya.
Isteri yang mempunyai sifat keibuan ini akan sentiasa bersama-sama anaknya walaupun
dalan situasi yang menyedihkan jika akibat daripada perbuatan si suami yang tidak bermoral
itu.
3. Mangsa sumbang mahram juga akan bertindak dengan sedaya upaya untuk
menjauhkan diri daripada keluraga sendiri dengan melarikan diri. Bagi mereka rumah
sendiri bukanlah tempat berlindung yang selamat lagi. Mereka rela menumpang di rumah
kawan-kawan yang tidak mempunyai sebarang pertalian saudara. Keluarga mangsa juga
tidak dapat lari daripada cemuhan dan tohmahan masyarakat dan seterusnya di pulaukan
dan di hina.
4. Maruah dan nama baik keluarga sudah tiada nilainya di sisi masyarakat. Keluarga
mangsa akan dipandang hina oleh masyarakat dan akan menjadi bualan busuk masyarakat
setempat.
Top Related