JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 1/9
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan layak membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan pegawai setelah memegang jawatan yang ditawarkan, terhad kepada perkara berikut:
i. Pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/Elaun Perjalanan Kenderaan/tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/berkursus/menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap; dan
ii. Tambang Pengangkutan Awam/Tuntutan Perjalanan Kenderaan/tiket kapal terbang yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat penempatan tetap pegawai. Bagi tujuan tuntutan ini, keluarga bermaksud bagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan ialah suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan terpakai.
1PP WP1.4 Para 12
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 2/9
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
TAKRIFAN
GRED
Gred Gaji dibawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan bil 4 Tahun 2002. Pegawai yang memilih tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran dibawah pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing dibawah Sistem Saraan Baru (SSB) / Kumpulan gaji masing-masing dibawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana berkenaan.
PEGAWAI
Seorang pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri termasuk yang dilantik secara tetap dan sementara.
JAWATAN TETAP Seseorang yang dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan atau pihak yang diwakilkan kuasa olehnya.
JAWATAN SEMENTARA
Jawatan yang diwujudkan untuk menjalankan sesuatu fungsi bagi suatu tempoh tertentu di mana peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah anggaran belanja mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 3/9
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
IBU PEJABAT
Tempat biasa seorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya :-
i. 25km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;
ii. 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor;
iii. 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal dan
sungai.
KELUARGA
Keluarga bermaksud jika bagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan ialah suami dan anak-anaknya tidak termasuk orang gaji. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang.
Walaubagaimanapun, anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan terpakai.
KENDERAAN SELAIN DARI KEPUNYAAN SENDIRI
Ketua Jabatan boleh menimbangkan permohonan untuk menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan daripada pegawai yang menggunakan kenderaan selain dari kepunyaannya sendiri semasa menjalankan tugas rasmi dengan syarat :
i. Kenderaan Jabatan tidak dapat disediakan bagi kegunaan pegawai;
LAMPIRAN A
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 4/9
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
ii. Pegawai hendaklah mengesahkan bahawa kenderaan yang dipinjam itu berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum dan semasa digunakan; dan
iii. Tuan punya kenderaan tersebut tidak ada menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan ke atas kenderaan yang sama di sepanjang tempoh tuntutan dibuat oleh pegawai.
1.0 Pastikan Kenyataan Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama dalam Perkhidmatan Awam dan dokumen sokongan disertakan.
1.1 Borang Tuntutan Elaun Perjalanan;
1.2 Surat Tawaran Perlantikan Kali Pertama;
1.3 Surat Arahan Penempatan Tetap;
1.4 Salinan Penyata Bank; dan
1.5 Resit-resit berkaitan (Satu perakuan hendaklah dibuat iaitu disahkan bahawa perbelanjaan ini adalah perbelanjaan rasmi kerajaan).
2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi syarat berikut :-
2.1 Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun kewangan semasa.
2.2 Baki peruntukan dalam tahun perbelanjaan dan semasa adalah mencukupi.
Sekiranya syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan surat kelulusan perbendaharaan disertakan.
Arahan Perbendaharaan
58
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 5/9
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
3.0 Kelayakan Tuntutan
3.1 Tentukan sama ada pegawai membuat tuntutan
perjalanan melapor diri untuk lantikan pertama di
Jabatan Perkhidmatan Awam, berkursus atau
mana – mana tempat yang diarahkan atas tujuan
rasmi dari rumah kediaman mengikut alamat surat
tawaran lantikan ke penempatan tetap/sementara
pegawai.
3.1.1 Pegawai layak menuntut Tambang
Pengangkutan Awam/ Elaun Perjalanan
Kenderaan/ tiket kapal terbang dari tempat
kediaman ke mana-mana tempat yang
diarahkan untuk melapor diri/ berkursus/
menghadiri taklimat dan sebagainya
sehingga ke Pejabat yang diarahkan
bertugas secara tetap.
3.2 Seorang Pegawai yang baru pertama kali dilantik
ke dalam perkhidmatan kerajaan yang
diarahkan melapor diri dimana-mana tempat di
Malaysia adalah layak menuntut tambang
perjalanan bagi diri dan keluarganya dari rumah
kediamannya ke tempat yang pegawai tersebut
diarahkan bertugas mengikut kelayakan
tambang perjalanan yang layak diperolehinya
setelah memegang jawatan yang ditawarkan itu.
3.2.1 Tambang pengangkutan awam/ tuntutan
perjalanan kenderaan/ tiket kapal terbang
yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah
dari tempat kediaman ke tempat
penempatan tetap pegawai.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 6/9
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
4.0 Elaun Perjalanan
4.1 Pegawai Membawa Kenderaan Sendiri.
4.1.1 Tentukan had kelayakan tuntutan berdasarkan kuasa kenderaan dan hitungan batu (kadar per km mengikut kelas kenderaan).
Kuasa Kenderaan
Linkungan Gaji (RM) termasuk Elaun Memangku
KELAS CC KENDERAAN
Tidak kurang dari RM2,625.45 sebulan
A 1400 s.s dan
ke atas
Tidak kurang dari RM2,333.00 sebulan
B 1000 s.s dan
ke atas
Tidak kurang dari RM1,820.75 sebulan
C Di bawah
1000 s.s.
Kurang dari RM1,820.75 sebulan
D Tidak kurang 175 s.s.
Kurang dari RM1,820.75 ke bawah
E Di bawah 175 s.s.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
Kadar per km
Jarak (KM) A B C D E
500 km pertama 70 60 50 45 40
501 - 1000 km 65 55 45 40 35
1001 – 1700 km 55 50 40 35 30
1701 km dan seterusnya
50 45 35 30 25
4.2 Pegawai Menggunakan Pengangkutan Awam.
4.2.1 Tuntutan tambang yang boleh dibuat adalah seperti berikut :
i. Teksi / kereta sewa / bas / motobot dan lain-lain. Mengikut tambang lazim dan disokong dengan resit sekiranya resit dikeluarkan. Sekiranya tiada, buat perakuan bahawa perbelanjaan telah dilakukan dan dibayar oleh pegawai.
ii. Keretapi / kapal laut dan lain-lain. Kelas 1 : Gred 27 ke atas Kelas 2 : Gred 1 – 26
4.3 Sekiranya kemudahan pengangkutan disediakan oleh jabatan atau penganjur, pegawai tidak layak menuntut elaun perjalanan kenderaan / tambang pengangkutan awam.
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 7/9
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
5.0 Pastikan perbelanjaan diperakaunkan kod objek yang dipertanggungkan di atas baucar bayaran adalah menggunakan objek lanjut di bawah kod objek sebagai B0221000.
Perkara Kakitangan
Awam Polis/
tentera
Kereta Api/ ERL/ LRT/ Komuter
B0221103 B0221303
Pejalanan Kenderaan (Kereta/ Teksi/ Bas)
B0221104 B0221304
Feri/ Bot B0221105 B0221305
Kapal Terbang/ Tambang Gantian
B0221106 B0221306
Tol/tempat Letak Kereta/ Telefon/Fax
B0221199 B0221399
LAMPIRAN B
ANM(OC)03/1 Jld.5 (65) bertarikh
24.08.2009
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 8/9
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan Perjalanan Melapor Diri Kali Pertama
Contoh :
Situasi 1: Pegawai dari rumah kediamannya di Kedah melapor diri kali pertama di JANM Putrajaya dan kemudian ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Kemudian beliau diarahkan berkursus di IPN Sabak Bernam dan pengangkutan disediakan oleh penganjur.
Situasi 2: Pegawai dari rumah kediamannya di Kedah melapor diri kali pertama di JANM Putrajaya dan kemudian beliau diarahkan berkursus di IPN Sabak Bernam dengan menaiki kenderaan sendiri. Kemudian beliau ditempatkan secara tetap di JANM Negeri Kedah.
Situasi 3: Pegawai dan keluarga dari rumah kediamannya di Kedah dengan menaiki kapal terbang bagi melapor diri kali pertama di JANM Putrajaya dan terus ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Putrajaya. Kemudian beliau diarahkan berkursus di IPN Sabak Bernam dan pengangkutan disediakan oleh penganjur.
Situasi 4: Pegawai dan keluarga dari rumah kediamannya di Alor Setar,Kedah dengan menaiki kapal terbang bagi melapor diri kali pertama di JANM Putrajaya dan kemudian beliau ditempatkan secara tetap di JANM Kedah dan melapor diri dengan menggunakan kenderaan sendiri.
Contoh Borang Tuntutan di Lampiran 1
Contoh Borang Tuntutan di Lampiran 2
Contoh Borang Tuntutan di Lampiran 3
Contoh Borang Tuntutan di Lampiran 4
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA
TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 9/9
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4
Top Related