1
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAJUK : “ALLAH SENTIASA MENDUGA”
14 MAC 2014M / 12 JAMADIL AUWAL 1435H
.
2
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan
sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan
sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang
kepada tali Allah S.W.T yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai
hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah
dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah S.W.T yang penuh
barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan
yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan
meningkatkan amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita
dengan Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan
hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri
rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T di
dalam surah Ali-Imran ayat 103:
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,
dan janganlah berpecah belah”.
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “ALLAH
SENTIASA MENDUGA”.
3
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Menjadi hamba Allah SWT di dunia ini, merupakan satu anugerah nikmat
yang tidak ternilai. Kita seharusnya berasa syukur atas kurniaan ini yang
mana banyak kelebihan yang kita perolehi sebagai manusia. Allah
mencipta kejadian manusia melalui beberapa peringkat bermula daripada
proses persenyawaan hinggalah kepada proses di mana roh ditiup masuk
ke dalam tubuh manusia. Apa yang uniknya dalam proses kejadian
manusia, kita mendapat anugerah Allah SWT yang paling utama, iaitu akal
fikiran. Inilah kriteria penting yang membezakan manusia daripada
makhluk lain. Islam memandang tinggi kedudukan akal fikiran kerana ia
adalah sumber ilmu dan dalam al-Quran banyak disebut tentangnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr, ayat 21:
Yang bermaksud : “Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah
gunung, nescaya engkau akan melihat gunung itu khusyuk serta pecah
belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), perumpamaan ini Kami
kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka berfikir”.
Ayat di atas jelas kepada kita bahawa Allah SWT mengurniakan anugerah
akal fikiran untuk kita menggunakannya, mengkaji sebab dan akibat atas
4
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
sesuatu kejadian dan berfikir untuk mencari kebaikan dan mengelakkan
keburukan. Konsep tanggungjawab dalam Islam juga menitikberatkan
tentang akal fikiran apabila golongan yang berakal sahaja yang diberi
tanggungjawab untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT. Imam al-
Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber, tempat terbit dan
asas ilmu. Ilmu pula apabila dinisbahkan kepada akal, ibarat buah
kepada pokok, cahaya kepada matahari dan pandangan kepada mata.
Akal fikiran membolehkan manusia menilai baik dan buruk, mampu
membezakan yang benar dan palsu, bersih dan kotor, untung atau rugi,
malah memandu manusia mengenal Penciptanya.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Islam turut memandang tinggi penggunaan akal fikiran yang membawa
kepada perkembangan sains dan teknologi. Pemikiran ini seterusnya
membawa kita kepada keyakinan kewujudan dan keagungan Allah SWT.
Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui firman-Nya dalam ayat 164,
surah al-Baqarah :
5
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Yang bermaksud : “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
perubahan malam dan siang, kapal yang belayar di lautan dengan
(barangan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan oleh Allah
dari langit (air), lalu dengan itu dihidupkan bumi setelah mati (kering), dan
Dia tebarkan pelbagai binatang di dalamnya, dan peredaran angin dan
awan di antara langit dan bumi, sesungguhnya itu menunjukkan tanda-
tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir”.
Dari perspektif yang jelas, kita telah diberitahu sejak dahulu lagi bahawa
semua kejadian yang berlaku di dunia ini akan membawa kita mengingati
tentang kewujudan, kekuasaan, kebijaksanaan dan keagungan Allah SWT
melalui perantaraan akal yang dianugerahkan kepada manusia. Gabungan
antara akal dan wahyu mampu memandu manusia ke jalan kebenaran.
Hasil daripada ingatan yang berterusan inilah manusia akan sentiasa hidup
dalam lindungan rahmat Allah SWT.
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Menjalani liku-liku kehidupan sebagai manusia, kita tidak dapat lari
daripada sebarang bentuk ujian dan dugaan Allah SWT. Atas nikmat
anugerah tertinggi yang diberi kepada manusia iaitu akal fikiran, maka kita
sering diuji dan diduga oleh Allah SWT. Allah SWT menguji dan menduga
6
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
hamba-Nya melalui pelbagai perkara dan cara. Baginda Rasulullah SAW
sendiri pernah diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang hebat tatkala
berdepan dengan bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Lahab. Pelbagai
bentuk penindasan dilakukan terhadap Baginda dalam usaha untuk
menyebarkan dakwah Islamiyah. Pada tahun ke 10 selepas menjadi Nabi,
Rasulullah SAW sekali lagi menghadapi ujian yang sangat getir apabila
kedua-dua orang yang menjadi kesayangan Baginda iaitu bapa
saudaranya Abu Talib dan isterinya Saidatina Khadijah kembali ke
rahmatullah. Kesedihan Baginda menghadapi ujian ini amat terasa bila
mana orang-orang Quraish mula bertindak menyakiti Nabi SAW dengan
cara yang mereka tidak akan lakukan jika Abu Talib masih hidup. Ada
riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Muhammmad SAW pernah
ditaburkan tanah di atas kepalanya sehingga puteri Baginda bangun
membasuh tanah tersebut sambil menangis. Namun atas sifat sabar dan
redha yang ada dalam sanubari Rasulullah SAW, Baginda berkata kepada
anaknya : "Jangan menangis anakku, sesungguhnya Allah SWT akan
mempertahankan bapamu". Begitulah sikap mulia Baginda SAW yang
menyandarkan segala-galanya kepada Allah dan mengetahui bahawa
Allah SWT sentiasa bersamanya.
Ujian dan dugaan-Nya adalah satu proses tarbiah yang ditekankan dalam
Islam, iaitu mengajar erti kesabaran, ketabahan, keteguhan pendirian dan
pegangan, kemantapan keimanan serta ketinggian darjat ketaqwaan. Allah
SWT tidak menguji dan menduga hamba-Nya tanpa mengambilkira
kesanggupan atau keupayaan mereka untuk menghadapinya. Ini
bertepatan dengan firman Allah SWT dalam ayat 286, surah al-Baqarah :
7
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Maksudnya : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kemampuannya....”.
Dan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang
bermaksud : “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,
nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan”.
Dalam sedar atau tidak, Allah SWT telah mendidik kita dengan sikap sabar
dan redha. Setiap orang akan diuji dan tidak akan terlepas daripada ujian
Allah SWT. Ada yang merasa ujian itu sangat berat, tapi di pihak yang lain
mungkin tidak seberat itu. Pada orang miskin, mungkin kemiskinan itu
ujiannya tetapi kepada orang kaya, kekayaan itulah yang menjadi ujian
bagi mereka. Ada yang diberi kesakitan, kesusahan dan kesempitan,
namun ada yang diuji dengan kesihatan, kesenangan dan kemewahan.
Lain orang lain ujiannya dan lain cara ia diuji. Pendek kata setiap orang
akan, telah dan sedang diuji namun dengan cara berbeza dan dengan
perasaan yang berlainan. Cara kita berinteraksi dengan ujian dan dugaan
itu menjadi manifestasi keimanan kita kepada Allah SWT. Inilah
kebijaksanaan dan kehebatan Allah SWT yang menjadikan sesuatu pada
ukuran yang tersendiri.
8
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Fitrah manusia bila diuji pasti tidak akan lari daripada perasaan resah dan
gelisah. Keluhan hati dan menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku
bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah. Sebagai orang-orang yang
beriman, untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar perlu ada sifat redha
dan pasrah. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah
SWT berbanding orang mukmin yang lemah. Hakikat ini telah
digambarkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud:
“Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada
Allah dan jangan bersikap lemah”.
Melalui ujian dan dugaan yang paling berat sekalipun masih ada sedikit
manfaat. Jangan biarkan dugaan melalaikan kita daripada meraih manfaat
yang berbaki. Apa yang berlaku memang di luar kawalan kita, ia bukan
urusan kita, ia adalah urusan dan aturan daripada Allah SWT. Maka
seharusnya sebagai umat Islam kita menyerahkan segala-galanya kepada
Allah SWT. Ketika ditimpa ujian dan dugaan, kita menjadi lemah dan
kelemahan ini tentunya di luar kawalan kita. Kita tidak ada pilihan untuk
mengelak daripada ia berlaku, namun kita mempunyai pilihan bagaimana
untuk melahirkan sikap kita dalam menerima serta menghadapi ujian dan
dugaan tersebut.
Pelbagai cara boleh kita lakukan dalam menangani ujian dan dugaan yang
menimpa kita. Antaranya ialah:
9
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Pertama : Bersikap sabar dan redha. Kesabaran adalah pelampung
bagi orang-orang yang beriman. Kesabaran juga sumber kekuatan kepada
manusia. Redha pula adalah sikap mulia dan amat dituntut dalam Islam.
Orang-orang yang beriman telah diperingatkan oleh Allah SWT supaya
bersabar dan redha dalam menghadapi ujian dan dugaan-Nya. Allah SWT
berfirman dalam ayat 200, surah Ali-‛Imran :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(dalam ketaatan dan musibah) dan kuatkan kesabaranmu dan bertahanlah
dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu beruntung”.
Kesabaran perlu dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk
mengelakkan kerapuhan iman serta sikap berputus asa. Melalui ketaatan
juga manusia akan redha atas ujian yang berlaku. Sabar itu sikap yang
amat disukai Allah SWT dan kita jelas mengetahui bahawa Allah SWT
sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.
Cara kedua untuk menangani ujian dan dugaan ini ialah : Meminta
pertolongan Allah SWT. Doa merupakan salah satu cara yang sangat
berkesan. Kepada siapa lagi kita harus memohon pertolongan kalau
bukan kepada Allah SWT. Kita sedia maklum bahawa ujian dan dugaan
yang menimpa kita adalah urusan, aturan dan kehendak-Nya, maka sudah
tentu kepada Allah SWT kita panjatkan doa mohon segala bentuk
10
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
pertolongan. Jaminan Allah SWT kepada hamba-Nya yang berdoa amat
pasti. Mohonlah dengan hati yang benar-benar ikhlas kerana Allah SWT
akan memperkenankannya. Dalam al-Quran, Allah SWT mengajar kita
berdoa melalui kisah para Nabi dan bagaimana para Nabi memohon
pertolongan Allah SWT dengan pelbagai cara dan dalam pelbagai situasi.
Contoh nya musibah yang melanda Nabi Nuh ketika diuji melalui kaumnya
yang ingkar termasuk anaknya. Dalam surah Hud ayat 47, Allah telah
mengajar doa kepada Nabi Nuh ketika menghadapi musibah. Begitu juga
dengan peristiwa yang berlaku kepada Nabi Musa yang mendapat
tentangan daripada Firaun.
Cara yang ketiga : Sandarkan harapan kepada Allah SWT.
Setiap ujian dan dugaan yang datang sebenarnya mempunyai hikmah di
sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan atau kesulitan yang kita
tempuhi pasti diganti oleh Allah SWT dengan kesenangan dan
kebahagiaan. Gunakanlah akal fikiran yang telah dianugerahkan oleh
Allah SWT untuk memikirkan perkara-perkara yang positif. Inilah masanya
untuk kita menilai diri dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita
kepada Allah SWT kerana Dia lebih mengetahui segalanya dan
menyayangi kita hamba-Nya.
Keempat : Jangan berasa kesal dan kecewa atas apa yang
menimpa. “Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu
bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-
orang yang beriman”. (Maksud Surah Ali-‛Imran, ayat 139).
11
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Yakinlah dengan janji Allah SWT dan jangan cepat berputus asa dengan
ujian dan dugaan yang dihadapi, sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan
semangat untuk menghadapinya.
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Ketika ini kita sedang berdepan dengan ujian dan dugaan yang mampu
mengganggu gugat keimanan andai tidak ditangani secara baik dan
berhemah. Negara kita, Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai isu
yang sangat rumit dan perlu melalui pelbagai cara penyelesaian agar
semua pihak yang terlibat dengan masalah ini berpuas hati. Antaranya
cuaca panas berpanjangan yang melanda seluruh negara hingga
menyebabkan kemarau menjadikan sumber bekalan air semakin
berkurangan. Kita semakin keluh kesah. Tindakan kerajaan mencatu
bekalan air merupakan satu tindakan yang bijak kerana dengan itu ia dapat
menjimatkan penggunaan air. Berdepan dengan masalah dan dugaan ini,
kita harus tabah, kuat, sabar dan redha pada ketentuan Ilahi. Pelbagai
usaha dan cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan
rakyatnya hidup dalam keadaan baik, tenteram dan harmoni. Justeru itu,
kita sebagai rakyat wajar memberi sokongan padu tanpa merumitkan lagi
masalah yang melanda. Kita sebagai hamba-Nya wajib percaya dan yakin
akan ketentuan Allah SWT dan sebagai rakyat pula kita harus percaya dan
yakin dengan keupayaan kerajaan mengatasi masalah ini.
Menzahirkan sifat sabar dan redha tidak semudah yang diucap. Mungkin
kita sabar dan redha, tetapi dalam masa yang sama kita asyik merungut
akan kesusahan yang dialami. Mungkin juga kita sabar dan redha, namun
12
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
kita menjauhkan diri dari ikatan silaturrahim kerana kesedihan yang kita
alami. Mungkin kita sabar dan redha, tetapi kita hanya mengadu pada
orang lain akan keluh kesah hati kita bukan mengadu kepada Allah SWT
yang memberi ujian itu kepada kita. Contohilah peranan para Nabi dan
Rasul serta sahabat mereka dalam menangani ujian dan dugaan yang
diturunkan Allah SWT. Sebagai umat Islam apa yang penting dalam
menghadapi ujian dan dugaan ini, jagalah aqidah dan keimanan kita.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita bersama-sama membantu
mendoakan kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan semua pihak
tidak mengira bangsa, agama dan negara. Moga Allah SWT memberi
hidayah dan pertolongan atas usaha kita bersama. Firman Allah SWT
dalam ayat 60, surah al-Mukmin :
Maksudnya : “Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku, nescaya
Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak
mahu menyembahku, akan Aku masukkan mereka ke dalam Neraka
Jahanam dalam keadaan yang hina”.
Top Related