Download - jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

Transcript
Page 1: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 33

Majlis Mesyuarat disambung pada

jam 2.45 petang

Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara di peringkat Jawatankuasa masih lagi membincangkan Jadual di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Untuk membolehkan perbincangan di peringkat Jawatankuasa disambung semula, maka saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini.

(Majlis Mesyuarat Ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi: Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat perbincangan di peringkat Jawatankuasa disambung semula. Perbincangan Jawatankuasa yang telah diadakan di sebelah pagi tadi masih lagi membincangkan Tajuk SJ - Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seramai 16 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat telah membuat pernyataan berkenaan dengan tajuk ini. Mengikut catatan daripada Jurutulis sebanyak 59 soalan dan juga cadangan yang telah diajukan. Mungkin bukan semuanya berkehendakkan jawapan secara terperinci tetapi saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk mengulas. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi,

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih kerana memberi kaola peluang untuk menjawab 60 soalan kurang satu (59) dan daripada 16 Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya gembira dengan sambutan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kepada persoalan mengenai dengan agama ini, saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan, walaupun memang ada kelemahan tetapi juga menunjukkan minat dan ghairah kita sama-sama untuk menjunjung agama di Negara ini. Soalan yang datang daripada Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal yang menerangkan minat beliau kepada adanya kelas-kelas ugama di Negara ini. Alhamdulillah beliau telah memberikan penjelasan yang jelas megenai dengan kedudukan belajar ugama di masjid-masjid yang mana beliau menerangkan bahawa perempuan-perempuan yang datang haid, maka haram bagi mereka itu untuk berada di dalam masjid. Ini menjadi satu ingatan dan nasihat yang baik daripada ahli ugama kita Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, mudah-mudahan diambil perhatian khasnya golongan kaum wanita kita yang mana kaola merasa perkara ini telah dimaklumi oleh kaum wanita kita, tetapi mungkin juga ada yang memerlukan dan kaola rasa insya-Allah akan mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Masjid untuk menyediakan garis panduan mana apa-apa yang boleh dan apa-apa yang tidak boleh pada kaum wanita.

Page 2: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 34

Kemudian Yang Berhormat itu menjelaskan supaya usaha-usaha seperti ini hendaklah diperluaskan lagi di seluruh Negara dan insya-Allah memang itulah juga niat Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Mengenai dengan Fardu Haji supaya diusahakan tambang haji biasanya dulu mencukupi ataupun hampir-hampir mencukupi tidak banyak lagi untuk ditambah. Itu dahulu, tetapi sekarang sudah jauh beza, supaya diusahakan peningkatan tambang itu. Setelah bermesyuarat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan pihak-pihak yang tertentu, Alhamdulillah Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mendapat warkah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya tambang haji yang $3,500.00 ditambah menjadi $4,500.00 bagi pegawai-pegawai Kerajaan. Di samping itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengurniakan supaya diberi top up sebanyak $600.00 kepada orang-orang dewasa dan $475.00 kepada kanak-kanak bagi yang membuat haji kali yang pertama dan kali yang kedua sahaja, yang sudah itu tidak diberikan. Bermakna jika sekiranya tambang itu $4,000.00, maka $6,000.00 itu ditanggung oleh Kerajaan yang mana ia akan membayar $3,400.00 sahaja. Jadi top upnya $600.00 bagi orang dewasa. Syukur Alhamdulillah kita mendapat kurnia sebegini. Seperti firman Allah Subhanahu Wata’ala,

“Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah lagi kurnia-Ku kepada kamu”. Walaupun tidak dapat penuh tetapi kata orang perlahan-lahanlah kita akan berusaha dari semasa ke semasa. Walaupun tidak dapat dulunya kita fikir supaya dapat tambang haji kepada pakej haji, mungkin kepada pakej haji itu terlalu drastik. Apa yang telah dikurniakan ini Alhamdulillah diterima dulu.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Baginda berada di Kaherah iaitu mengumumkan dinaikan elaun bagi pelajar-pelajar di peringkat Ijazah lanjutan, dan ini juga kita bersyukur kehadrat Allah Subhana Wata’ala kerana yang demikian ini menjadi satu motivasi kepada para pelajar di peringkat Ijazah Lanjutan iaitu master, degree dan Ph.D. Kalau kaola boleh menambah di sini, kita cuma ada seorang sahaja yang memperolehi Ph.D daripada Universiti Al-Azhar iaitu Profesor Dato Mahmud Haji Saedon bin Haji Awang Othman. Memang bukan mudah untuk lulus PhD di Universiti Al-Azhar. Kalaulah sekiranya dapat diusahakan elaun khas bagi mereka yang berani untuk mencuba di Universiti Al-Azhar ini, memang kalau diberikan elaun yang istimewa, kaola rasa ada kemunasabahannya dan mungkin akan difikirkan pada masa akan datang, insya-Allah. Kemudian Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman ada menimbulkan mengenai dengan waktu persekolahan ugama. Penyelesaian yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama ini ialah mengadakan program Insyirah yang mana pelajar-pelajar dari Pra, Darjah 1, 2, 3. Jika belajar jika di

Page 3: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 35

sebelah pagi dari pukul 7.30 hingga 10.45 pagi dengan mengambil kira bahawa pelajar di sebelah petang ialah pukul 12.00 tengah hari. Itulah usaha yang dapat dibuat pada masa ini walaupun barangkali tidak dapat memuaskan hati semua pihak tetapi kita akan usahakan lagi cara-cara yang terbaik pada masa hadapan. Mengenai kenderaan kita mengikut sebagaimana Kementerian Pendidikan iaitu sekolah rendah tidak disediakan elaun kenderaan begitu juga sekolah ugama kerana pelajar-pelajar di sekolah ugama itu juga bersekolah di sekolah rendah Kerajaan. Biasanya pelajar-pelajar itu berada tidak berjauhan daripada tempat pelajar-pelajar itu bersekolah rendah. Walau bagaimanapun, jika ada aduan atau keperluan, apa-apa pun masalah akan kita cuba atasi dan akan kita bantu sehingga kanak-kanak itu belajar dengan sempurna dan selesa. Mengenai dengan penjadualan seperti yang saya perkatakan tadi yang mana jadual itu akan diteliti dan diperbaiki lagi supaya kanak-kanak bersekolah pagi dan petang itu akan belajar dengan selesa dan teratur. Mengenai dengan penggunaan sekolah rendah, Kementerian Pendidikan juga digunakan oleh sekolah ugama. Ini adalah berdasarkan kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya dimanfaatkan sebaik-baiknya institusi-institusi yang ada itu jika dapat berkongsi, maka setelah membuat perundingan dengan Kementerian Pendidikan, Alhamdulillah sekolah di Kementerian Pendidikan juga dapat digunakan oleh sekolah ugama tetapi tidak mengganggu perjalanan sistem masing-masing. Untuk membina sekolah

berasingan yang berdekatan dengan sekolah pendidikan, barangkali memandangkan situasi ekonomi kita belum lagi sesuai kerana setentunya ini akan membebankan ekonomi Negara kita jika diadakan setiap sekolah di Kementerian Pendidikan ada sekolah ugama di sebelahnya tentu akan membebankan buat masa ini. Mungkin di masa akan datang kita lihat macamana konsep itu dapat di jalankan di Negara kita. Mengenai dengan soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman Bin Haji Ahad mengenai dengan membanteras kesalahan syariah ataupun gejala sosial yang melakukan kesalahan-kesalahan jenayah syariah. Saya rasa ini tidak menimbulkan kerisauan kepada Yang Berhormat kerana kesalahan jenayah syariah di Daerah Temburong sangat rendah berbanding dengan kesalahan jenayah di daerah-daerah lain. Saya adalah sudah bertanya perkara ini kepada yang pihak Mahkamah dan pihak Pendakwaan Rendah di Daerah Temburong. Walau bagaimanapun, rendahnya kesalahan-kesalahan jenayah syariah itu adalah kemungkinan juga faktornya kerana mesyarakat di Daerah Temburong itu masih lagi merupakan mesyarakat yang belum terdedah kepada masalah-masalah sosial yang seperti yang melanda di bandar-bandar, masyarakatnya masih lagi perihatin kepada keadaan dan keolahan, perlakuan anak-anak muda mungkin segan silu untuk melakukannya. Walau bagaimanapun, saya menyeru kepada mesyarakat di seluruh Negara supaya memberi perhatian dalam mengawal gejala sosial dan mengawal kesalahan jenayah syariah ini bukan sahaja dibebankan kepada Kementerian Hal

Page 4: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 36

Ehwal Ugama ataupun pihak kuatkuasa ugama tetapi juga seluruh mesyarakat mengambil perhatian, sama-sama membuka mata dan membanteras. Kalau kita memahami konsep Negara kitani MIB, dan Negara Zikir maka sama-samalah kita mendukung. Jangan bersikap diam dan lihat sahaja. Kita bukan hidup di masyarakat Barat di mana apa yang dilakukan di hadapan orang tidak menjadi masalah tapi kita di dalam masyarakat Timur dan dalam keadaan berugama Islam. Satu lagi cara membanteras setentunya mencukupkan Pegawai Penguatkuasa di Temburong pada masa ini hanya ada 3 orang Pegawai Penguatkuasa. Baru-baru ini telah ditemuduga sebanyak 25 jawatan kosong untuk Penguatkuasa Ugama. Tentulah di Daerah Temburong juga akan ditambah dari 3 orang kepada beberapa orang lagi untuk bertugas di Daerah Temburong. Dengan bertambahnya nanti Pegawai Penguatkuasa , insya-Allah akan lebih banyaklah kawasan-kawasan yang dapat dipantau. Dalam hal kemahkamahan ini kita tidak boleh sewenang-wenangnya untuk campur tangan kerana soal-soal mahkamah ini adalah berbeza dengan institusi-institusi lain. Soal penyiasatan, perlu dengan rapi dan begitu juga waran tangkap atau bongkar. Jika kesalahan-kesalahan itu serius seperti berkesedudukan dan sebagainya mestilah memerlukan arahan dan kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Sesudah penyiasatan dibuat dengan rapi, diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan. Bahagian Pendakwaan pula akan meneliti lagi dan seterusnya akan disiasat. Setelah pendakwa berpuas hati barulah dibawa ke Mahkamah. Di Mahkamah pula jika saksi tidak datang akan ditangguh lagi. Banyak masalahnya,

tapi tidak pula semua masalah itu lambat ada juga masanya ia cepat selesai jika segala keperluannya cukup. Kalau ada kes-kes yang berat dan memerlukan penyiasatkan lanjut ianya akan menjadi lambat. Mengenai dengan pembinaan sekolah Arab di Daerah Temburong, walaupun sudah lama Sekolah Arab di Daerah Temburong ini berkongsi dengan sekolah ugama tapi keperluan pada masa itu belum ada untuk membina Sekolah Arab di Daerah Temburong. Tapi pada masa ini nampaknya sudah ada. Insya-Allah sekolah Arab di Daerah Temburong akan ditubuhkan di Kampung Gadong, Temburong dengan peruntukannya sebanyak $7 juta. Insya-Allah dalam masa yang tidak berapa lama lagi akan mula dibina di Daerah Temburong, sama juga keadaannya di Kuala Belait yang baru juga dibina dan siap sebagaimana yang saya katakan semalam 90% telah siap pembinaannya. Oleh itu, tidak berapa lama lagi Sekolah Arab di Belait akan siap. Daerah Temburong tidak perlu bersedih kerana dia sebenarnya tidak ditinggalkan. Maknanya, di Daerah Temburong dan di Kuala Belait hampir-hampir sama ia dibina. Untuk menubuhkan Pusat Pembelajaran Al-Quran di Daerah Temburong, saya rasa walaupun cadangan ini adalah cadangan yang baik dan cadangan yang mulia tetapi belum tiba masanya buat pada masa ini. Begitu juga di daerah-daerah lain (Kuala Belait dan Daerah Tutong) belum ada, yang ada hanyalah Institut Tahfiz Al-Quran di Bandar Seri Begawan yang merupakan pusat yang menjadi kebanggaan Negara kita.

Page 5: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 37

Pelajar-pelajar yang terpilih ke institut ini adalah pelajar-pelajar pilihan daripada segi Al-Qurannya, bacaannya, jawinya, fardu ainnya dan akhlaknya. Semua ini adalah diambil kira. Setelah ditemuduga, ia berjaya tetapi syarat-syaratnya memang ketat. Tegasnya kita jayakan dulu pusat yang ada di Bandar Seri Begawan ini seberapa cemerlang yang boleh. Soalan mengenai bantuan kepada fakir miskin, adakah akan diteruskan setelah tamat bantuan yang ada? Jawabnya ialah insya-Allah akan diteruskan. Tetapi jika memohon semula dan setelah disiasat berhak untuk mendapat bantuan seterusnya, maka bantuan tersebut akan diteruskan. Kita tidak akan memberhentikan sekali sahaja, lepas itu tidak lagi boleh memohon, tidak. Mereka boleh memohon, jika ia masih berhak dan berkelayakan. Kajian mengenai fakir miskin ini belum lagi dibuat secara terperinci. Tetapi apa yang dilihat ialah ada di antara mereka yang tidak memohon lagi, sudah berhenti memohon. Mungkin ini menunjukan yang mereka dalam kehidupan yang baik, mungkin anak-anaknya sudah bekerja dan sebagainya dan tidak perlu lagi memohon. Apa yang dilihat ialah PROPAZ misalnya ada lebih 50% yang mendapat kerja di sektor persendirian ataupun berusaha sendiri ataupun bekerja dengan kerajaan. Jadi ini menunjukkan bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh PROPAZ itu ada menunjukkan kejayaannya, cuma kita tinggal lagi untuk memberikan penekanan dan peningkatan yang lebih baik lagi. Soalan yang kelima daripada Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin

Haji Ahad ialah mengenai warga fakir miskin yang lambat dibayar sewa rumahnya sampai kepada 6 bulan. Setelah saya membuat tinjauan-tinjauan dan kajian, tidaklah sampai 6 bulan sebenarnya. Tetapi tidaklah diketahui, sekiranya ada mungkin ia merupakan masalah yang terpencil ertinya tidak lumrah. Mungkin terlepas pandang atau mungkin juga hal ini berlaku kerana kelalaian warga emas fakir miskin itu menghantar buku akaun, maklumlah mereka ini warga emas tidak berapa hiraukan tentang buku akaun ini. Apabila lambat menghantar kepada Majlis Ugama Islam maka tentulah bayaran pun lambat. Ada juga sesetengahnya yang telah tamat tempohnya, sehingga berlalu masa sampai beberapa bulan misalnya, tetapi mereka tidak memohon semula. Hal-hal seperti inilah yang mungkin menjangkau kepada 6 bulan ini. Tetapi Alhamdulillah, sekarang ini usaha-usaha sedang dipertingkatkan oleh Majlis Ugama Islam untuk mempercepatkan dalam masa yang berpatutan. Mengenai hal pengurniaan tambang haji yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad tadi, barangkali sudah kaola jawab di bawah soalan Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal tadi. Soalan keempat, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar menimbulkan tentang masalah akad nikah di masjid-masjid. Sekarang ini ramai orang berminat untuk nikah di masjid. Memanglah ini satu perkara yang baik tetapi yang tidak baiknya ialah sesetengahnya memakai pakaian yang tidak sesuai untuk ke masjid. Perkara ini memang tidak

Page 6: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 38

elok hingga menjejaskan kebersihan masjid. Insya-Allah, Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengambil perhatian perkara ini dan akan membuat garis pandu bagi orang-orang yang memohon untuk bernikah di masjid ini supaya menjaga peraturan-peraturan masjid, menjaga dari segi berpakaian, dari segi kesucian, dari segi kebersihan dan sebagainya. Kemudian isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat mengenai dengan sebilangan guru-guru ugama tidak berdaftar. Kalau boleh, mana-mana guru ugama yang tidak berdaftar itu dapat dilaporkan kepada Majlis Ugama Islam. Inilah merupakan sikap kerjasama yang sangat baik. Saya sukacita menasihatkan kepada guru-guru berkenaan ataupun kepada masyarakat yang berkenaan supaya menasihatkan guru-guru yang tidak berdaftar itu untuk mendaftar ke Majlis Ugama Islam, kerana jika sekiranya akan diadakan siasatan ataupun pemeriksaan ataupun pemantauan dan sebagainya oleh Majlis Ugama Islam apabila didapati tidak berdaftar maka ianya sudah menjadi satu kesalahan. Lebih baik ia awal-awal menyerah diri supaya mendaftar di Majlis Ugama Islam supaya tidak timbul dakwa-dakwi kemudiannya. Soal Mazhab Shafie, Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah memang menjadi salah satu syarat penting yang diberikan kepada guru-guru yang ingin mengajar ugama di Negara ini iaitu mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah Mazhab Shafie. Satu perkara lagi yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu ialah mengenai dengan tanda kiblat di rumah-rumah. Sebuah Negara Islam, Negara MIB, Negara Zikir, apa kiranya tanda kiblat itu

diberikan percuma kepada rumah-rumah orang Islam. Kaola rasa ini merupakan satu cadangan yang baik. Setiap rumah orang Islam mengadakan tanda kiblat di rumahnya supaya sesuai dengan konsep Negara kita tetapi memang ada bayaran tertentu yang mungkin tidaklah berapa mahal. Tetapi untuk percuma itu perlu difikirkan dan akan dihadapkan kepada yang berkenaan sama ada boleh diberi percuma atau tidak. Soalan Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim mengenai dengan masjid di Tanjung Bunut. Masjid Tanjung Bunut akan dibina di tapak masjid yang ada sekarang ini dan mungkin masjid baru itu akan disatukan dengan yang ada ini, tetapi dalam proses pembinaan masjid yang baru itu akan dibuat satu macam kotak atau kabin untuk orang bersembahyang sementara dalam sekitar 40 hingga 50 orang, untuk sementara menunggukan ia siap. Mengenai masjid di Tarap Bau ia akan dilihat dulu kesesuaiannya dan dibuat kajian sama ada bersesuaian untuk dibuat masjid di sana. Mengenai Lumapas, kaola pun sudah melihat masjid di Lumapas ini memang memerlukan kepada tambahan dan insya-Allah memang ada dalam usaha untuk membesarkan masjid ini di dalam Projek USAI. Mengenai Masjid Kampung Batong. Bila akan digunakan? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya difahamkan untuk dibangunkan sub-station terlebih dahulu dan insya-Allah dalam masa yang terdekat masjid ini akan dapat digunakan. Masjid Kampung Masin sudah padat dengan para jemaah, apa kiranya kalau dapat ditambahkan dan dibesarkan? Insya-Allah

Page 7: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 39

ini pun dalam usaha untuk penambahan kerana jika ia merupakan sebagai kes yang segera maka akan kita segerakan. Mengenai pembinaan sekolah ugama di Kampong Kasat. Ia akan dinaikkan taraf di bawah Projek USAI. Pada asalnya diperbuat daripada kayu dan kita akan dirikannya daripada konkrit. Sekolah ugama di Limau Manis sudah dilakukan pembaikan. Mengenai kubur Islam yang terdapat kerosakan dan kekotoran, insya-Allah kubur ini juga dalam pemantauan. Saya difahamkan oleh ketua bahagian Pemeliharaan Bangunan iaitu Pengiran Ali bahawa bukan saja kubur Islam di Putat malah semua kubur ini diadakan pembersihan secara berkala. Kalau sekiranya tidak mencukupi secara berkala ini mungkin akan dipesatkan lagi supaya ia kelihatan lebih cerah, bersih dan indah. Soalan kedua daripada Yang Berhormat Tuan Haji Jumat bin Akim iaitu mengenai kelambatan dalam proses dan penilaian Asnaf Fakir Miskin. Sebagaimana yang saya katakan tadi Alhamdulillah proses pemberian bantuan kepada Asnaf Fakir Miskin ini semakin baik dan dipercepatkan bergantung kepada tenaga yang ada. Jadi kalau kita mahukan cepat mungkin akan memerlukan tenaga yang lebih banyak tapi insya-Allah kita akan ikhtiarkan. Mengenai kemudahan masjid apa kiranya disediakan mini market dan sebagainya. Barangkali ini terpaksa kita fikirkan juga kalau kemudahan-kemudahan dalaman itu seperti perpustakaan, air condition, kapet dan sebagainya tapi kalau hendak mengadakan mini market, masjid kita di Brunei ini sebenarnya berkonsepkan beribadah. Kalau di luar negeri, misalnya

Singapura ia sudah bercampur dengan komersil dan apabila keluar saja daripada masjid ada sudah orang berjual-jualan. Kita berbeza, lebih-lebih lagi dalam konsep masjid adalah pagar dan tidak boleh kotor dan sebagainya. Berbeza dengan Singapura masjid ialah dewan. Tengah-tengah orang sembahyang itu adalah dikira masjid. Apabila keluar daripada dewan itu bukan masjid lagi sebab itu ia boleh berbuat apa saja. Mengenai kuota haji. Bagaimana dengan kedudukan orang haji tahun lepas yang tidak dapat menunaikan haji yang mana kita sudah sekat jumlahnya menjadi 400 orang sahaja selebihnya 700 hingga 800 orang belum dapat menunaikan fardu haji. Barangkali kalau kuota kita masih lagi tahun ini seperti itu maka insya-Allah kita akan berkecenderungan untuk melaksanakan seperti tahun lepas kerana mereka itu belum pernah menunaikan fardu haji. Bagi mereka yang sudah pernah menunaikannya Alhamdulillah selesai sudah kewajipannya sebagai seorang Islam. Kita berikan kesempatan dan peluang kepada orang yang belum pernah pergi haji. Konsep pada tahun lepas akan kita gunakan lagi pada tahun ini kecuali ada perubahan-perubahan nanti kemudian kriterianya juga akan turut berubah. Mengenai rumah orang daif. Apa kiranya kalau rumah mereka ini disempurnakan, sesuai dengan Negara kita yang mengamalkan falsafah Melayu Islam Beraja dalam falsafah itu ada Islam, keluarga Islam. Kalau dalam Islam konsep membuat rumah mestilah ada 3 buah bilik. Saya setuju, satu bilik untuk ibu-bapanya, satu bilik untuk anak

Page 8: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 40

perempuan dan satu bilik lagi untuk anak lelakinya. Soalan keenam daripada Yang Berhormat Tuan Haji A.Ahmad bin Husain mengenai galakan membaca Al-Quran. Alhamdulillah pada tahun lepas kita telah melaksanakan pemberian Anugerah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada seorang qariah kita yang berjaya di peringkat antarabangsa yang telah dikurniakan sebanyak $2,000.00 sebulan. Ini adalah mengikut contoh apa yang dibuat di Malaysia mengurniakan yang sedemikian itu. Kalau tidak silap jumlah yang serupa tetapi berbeza dengan nilai wang Malaysia. Cadangan Yang Berhormat Tuan Haji A.Ahmad bin Husain supaya di peringkat kebangsaan juga dapat diberikan pemberian yang serupa, jadi tidak disamakan. Ini adalah peringkat antarabangsa, 10 tahun sekali pun susah hendak mendapat. Oleh yang demikian, tidak boleh diberikan persamaan di antara johan antarabangsa dengan kebangsaan dengan anugerah yang sama akan tetapi jika ada pemikiran nanti bolehlah difikirkan. Jika sudah menang menjadi johan di peringkat kebangsaan ianya diberikan hadiah yang lumayan bagi setiap peraduan. Mengenai Melayu Islam Beraja apa kiranya Naskhah Perlembagaan 1959 dapat disebarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai kerajaan tapi kaola rasa Naskhah Perlembagaan 1959 ini sudah lama tersebar dan setiap orang sudah memiliki. Mengenai Perpustakaan Masjid elok juga jika masjid mempunyai perpustakaan yang cukup banyak bukunya yang

diadakan oleh Pegawai Pustakawan tetapi soal memberikan gaji itu mungkin boleh diberikan sebagai duit upah setiap bulan yang diambil daripada tabung masjid itu sendiri. Masalah begini perlu kita bawa ke dalam bajet kerajaan. Perpustakaan yang lengkap memerlukan Pegawai Perpustakaannya sendiri dan perkara ini boleh diusahakan. Mengenai kapal yang terapung-apung di Istana Lagun apa kiranya digunakan Astaka itu untuk majlis-majlis keugamaan seperti Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Pertandingan Nasyid dan sebagainya. Sebenarnya perkara ini memang disedari oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pada tahun lepas Kementerian Hal Ehwal Ugama telah memulakan untuk mengadakan Pertandingan Membaca Ayat Suci Al-Quran Bahagian Dewasa bagi Imam-Imam dan Pegawai-Pegawai Masjid di seluruh Negara di Istana Lagun berkenaan. Perkara ini akan dipromosikan dan diusahakan bukan sahaja oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama tetapi kementerian-kementerian lain juga boleh mengadakan acara-acara keugamaan yang bersesuaian. Kemudian mengenai derma Baitul Mal dan kepada Non-Government Organization (NG0) memang sudah dilaksanakan. Baitul Mal memang sentiasa menghulurkan derma kepada pihak-pihak yang berkenaan dan Non-Government Organization yang memohon mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Kalau daripada Baitul Mal memang boleh dihulurkan bantuan daripada zakat memang tidak boleh kerana zakat hanya diperuntukan kepada Asnaf Zakat sahaja.

Page 9: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 41

Kemudian mengenai kelemahan Koperasi kerana ada hutang dan meminta hutang itu dibayarkan oleh Baitul Mal. Perkara ini tidak munasabah untuk pihak Baitul Mal ataupun Al-Garimin menyelesaikan hutang-hutang Koperasi tersebut dan perkara ini adalah tidak sesuai. Masalah Koperasi kitani tidak berjaya dan mengalami kegagalan adalah kerana orang-orang kitani banyak berhutang kepada Koperasi dan kaola sendiri melihat perkara tersebut. Tetapi kenapa Koperasi kitani yang dimiliki oleh orang-orang Melayu ini dibenarkan kitani berhutang dengan Koperasi dan selepas itu menjadi lemah dan perkara ini sangat menghairankan. Satu perkara lagi yang menghairankan iaitu jika sekiranya kedai Melayu dan kedai bangsa asing berada di satu tempat yang berhampiran, orang akan pergi ke kedai bangsa asing dan tidak pergi ke kedai melayu sendiri. Mungkin kerana perkhidmatannya karang baik dan harganya terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga di kedai bangsa asing dan ini adalah satu kelemahan orang kitani kerana tidak mengkaji persekitaran dan bagaimana untuk bersaing dengan orang lain. Masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Zasia binti Sirin iaitu mengenai dermasiswa kepada bukan dibawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebenarnya biasiswa itu dinamakan biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama jadi bagaimana ianya akan diberikan kepada yang bukan di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama tetapi orang-orang yang bukan belajar di Sekolah Arab ataupun di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama memang

boleh memohon jika sekiranya ianya bersesuaian untuk mendapatkan biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama tersebut. Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama ini telah kaola jelaskan semalam dalam ucapan dan mungkin telah jelas aspek-aspek bahagian-bahagian biasiswa dan di Sekolah Arab pada masa ini sistemnya boleh mengambil peperiksaan ‘O’ Level, Sijil Pengajaran Ugama Brunei (SPUB), ‘A’ Level Sijil Tinggi Pengajaran Ugama Brunei (STPUB). Mereka-mereka yang lulus dalam bidang akademik ini seperti bidang sains dan ekonomi, mereka boleh memohon biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk melanjutkan pelajaran ke bidang-bidang yang lain bukan dalam bidang ugama saja. Adapun tujuan biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama lebih diutamakan kepada pelajar-pelajar di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Untuk mengadakan kelas-kelas ugama dalam Bahasa Inggeris bukan sahaja dalam Bahasa Melayu, kaola rasa ini juga satu cadangan yang baik supaya dapat menarik bangsa asing untuk memahami lebih dekat apa itu ajaran Islam dan cadangan ini kaola rasa mungkin baik difikirkan oleh Pusat Dakwah Islamiah supaya mereka dapat menjalankan program-program bagi saudara-saudara baru di dalam Bahasa Inggeris yang tidak dapat memahami Bahasa Melayu. Manakala mengenai Khutbah Jumaat yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris ini juga satu cadangan yang baik dan akan diberikan kepada jemaah selepas solat Jumaat dan akan dibagikan kepada mereka yang tidak memahami bahasa melayu. Tetapi untuk kitani mengadakan khutbah di dalam bahasa inggeris di Negara Brunei Darussalam ini mungkin

Page 10: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 42

belumlah lagi sesuai rasanya seperti yang diadakan di Singapura yang mana ada terdapat tempat-tempatnya yang memberikan khutbahnya di dalam bahasa Inggeris, bahasa India dan sebagainya, tetapi di Brunei mungkin belum sesuai lagi untuk diadakan perkara seperti ini kerana konsep Negara ini adalah Negara MIB yang mana Bahasa Melayu ialah bahasa utama. Bagi soalan berikutnya, iaitu mengenai mualaf yang tidak menerima zakat, ada baiknya Pusat Dakwah Islamiah berkerjasama dengan Majlis Ugama Islam Brunei untuk mengadakan database yang mana ini adalah satu cadangan yang baik. Dengan ini, ianya mungkin lebih memudahkan lagi pengurusan para mualaf ini untuk dilaksanakan oleh Projek SisMI yang mana telah disentuh oleh Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Zasia binti Sirin. Tetapi sejauh mana kesempurnaannya akan diteliti nanti supaya para mualaf ini akan menerima hak-hak mereka itu dengan sempurna. Mengenai Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) yang mana menurut Yang Berhormat itu belum ada perubahan yang dapat dilihat mengenainya. Sebenarnya Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) ini bergerak dan berusaha secara tidak gebar-gebur. Ia berusaha secara diam-diam selama dalam 2 tahun dan telah berusaha sehingga telah dapat menyiapkan lukisannya, strukturnya dan sehingga telah dapat melantik konsultan dan hanya untuk menunggu perkenan konsultannya lagi. Bajetnya telah pun diperuntukkan sebanyak $40 juta lebih supaya

diusahakan, dibelanjakan dulu dan nanti akan ditambah lagi setelah berjalan dengan baik. Manakala tapaknya ialah di Salambigar. Akan tetapi, keluasan kawasan yang diberikan hanyalah 56 ekar sahaja, jadi inilah yang menjadi persoalan kepada Majlis Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), bukan kaola sendiri. Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) berpendapat bahawa ianya perlulah mempunyai kawasan yang lebih daripada 56 ekar kerana sekolah menengah sahaja secara lazimnya dibina di tapak yang berkeluasan 50 ekar, jadi bagaimanakah sebuah Universiti yang akan membawa wawasan Negara kita sebagai sebuah Negara Islam, Negara Zikir, Negara MIB dan lebih-lebih lagi Universiti ini ialah berdasarkan pendidikan ugama, untuk didibina di kawasan yang keluasannya hanya 56 ekar sahaja. Majlis KUPUSB menyarankan pihak-pihak berkenaan, termasuklah kaola sendiri dan Timbalan Menteri untuk berunding dengan Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk mendapatkan lebih maklumat dan Alhamdulillah projek itu telah berjalan sejak bulan Jun tahun lepas, dan ianya telah dipersetujui secara lisan untuk mendapatkan kawasan yang akan menjadikan kawasan tersebut kepada 100 ekar di kawasan Salambigar, akan tetapi perkara tersebut belum lagi dapat dibagi ketetapan. Ada satu perkembangan baru lagi yang mana terpaksalah kaola menimbulkan perkara ini kepada Menteri Pembangunan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah berunding pada 2, 3 minggu yang lepas mengenai perkara ini. Perkembangan baru ialah untuk membina Stadium Negara di kawasan telah dikhususkan untuk pembinaannya.

Page 11: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 43

KUPUSB boleh dibangunkan di tanah yang berkeluasan 56 ekar sahaja tetapi di dalam keadaan kawasan perumahan dan kawasan sukan yang akan dibina akan datang, adalah tidak sesuai Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) untuk dibangunkan disana. Dalam perundingan tersebut adalah persefahaman untuk Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) sedia berpindah ke kawasan yang lebih luas lagi kira-kira sekitar 200 ekar yang abis kaola hadapkan dan juga agar ianya tidak diletakkan di tengah-tengah hutan. Kawasan itu Alhamdulillah dapatlah dibayangkan seperti di Kawasan Limau Manis dan mudah-mudahan jua perundingan ini akan berjaya dan kaola harapkan keluasan tanah 200 ekar itu akan dapat diusahakan untuk Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dan jua kaola menekankan supaya proses yang dijalankan selama 2 tahun ini tidak akan bermula lagi daripada A, jadi maknanya kami akan berpindah tempat daripada kawasan Salambigar ke Kampung Limau Manis seperti yang dibayangkan dan diharapkan. Jika kami bermula daripada A, tentu kami akan memakan masa yang lama lagi dan ini hanya urusan perundangan sahaja. Jika diluluskan oleh Kementerian-Kementerian berkenaan nanti dapatlah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dibina dalam masa yang tidak begitu lama untuk berpindah ke tempat baru itu seperti yang diharapkan. Maka inilah gambaran yang dapat kaola jelaskan mengenai dengan KUPUSB yang mana perubahan sebenar yang dibuat di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)

tidaklah digembar-gemburkan. Akan tetapi, di dalam segi akademik, kalau dulu kita mulakan dengan Ijazah Sarjana Muda di dalam Usuluddin dan Pendidikan Ugama Usuludin dan juga Sarjana Muda Pendidikan Syariah tapi kita sekarang sudah sampai ke peringkat PhD, jadi ada perkembangan dari segi akademik dan apa yang lebih penting lagi ialah kita memperkukuhkan lagi akademik itu, meramaikan lagi tenaga-tenaga pensyarah yang berkualiti dan mendapatkan profesor-profesor dalam pendidikan ugama. Tetapi bukan senang untuk mendapatkan pendidikan dalam ugama kerana saya sendiri pun sudah beberapa tahun mencari penasihat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Untuk mencari orang yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan ugama, tahu bahasa Inggeris, tahu bahasa Arab dan berlatarkan belakang keugamaan tidak dapat dicari sehingga sekarang dan inilah masalah yang dihadapi. Pembinaan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) adalah berdasarkan pengalaman yang kami ada iaitu daripada pengalaman anak tempatan yang telah membantu membina Institut Pengajian Islam (IPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan sekarang membina Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Inilah pengalaman yang kami gunakan dan mudah-mudahan juga Allah Ta’ala menolong. Lepasan daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) ini masih ada yang menganggur dan belum mendapat pekerjaan sebagaimana juga lulusan-lulusan yang lain dan bukan sahaja

Page 12: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 44

lepasan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) kerana lepasan daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) jua ada yang menunggu pekerjaan. Ini akan diusahakan kerana sepatutnya pengangguran di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) tidak harus berlaku kerana kita mempunyai IRK di Pendidikan dan kita ada Sekolah Arab, dan kita ada Sekolah Ugama dan kita ada pegawai-pegawai masjid yang memerlukan kelulusan ugama sepatutnya kita tidak ada berlaku pengangguran daripada kelulusan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Ini harus diteliti oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) sendiri mengenai graduan-graduan yang menganggur tersebut. Oleh yang demikian, saya berharap Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) membuat penelitian bersungguh-sungguh untuk mencari sebab-sebabnya dan seterusnya berharap Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) ini di masa yang akan datang untuk bekerjasama dengan Jabatan Pengajian Islam dalam menyelesaikan masalah pengangguran graduan-graduan kelulusan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) tersebut. Ini adalah jawapan bagi persoalan ketujuh daripada Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Zasia binti Sirin tadi dan diucapkan terima kasih. Persoalan kelapan daripada Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md. Daud bin Karim mengenai masalah tafsiran mushaf Negara Brunei Darussalam yang mana Kementerian Hal Ehwal

Ugama sedang berusaha untuk menyiapkan tafsiran mushaf Negara Brunei Darussalam tersebut. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana selama beberapa tahun ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah berusaha untuk menyiapkan tafsiran mushaf Negara Brunei Darussalam yang telah dilancarkan pada tahun 90an itu yang mana sekarang sudah siap. Tafsiran yang dimaksudkan ialah bukan tafsir huraian tetapi adalah tafsir maknanya. Ini telah diusahakan oleh para intelektual dan ulama anak tempatan kita yang saya sendiri merasa bangga yang mana kita tidak lagi perlu bergantung kepada ulama-ulama daripada luar. Saya juga merasa melalui penilaian saya sendiri bahawa tafsiran ini akan lebih baik berdasarkan daripada perbandingan dengan tafsiran keluaran daripada Malaysia, Indonesia dan merujuk kepada tafsir-tafsir yang muktabar sebagai misalan kalau memilih satu perkataan sahaja untuk ditafsir akan memakan masa perbincangan selama satu jam. Insya-Allah, kualiti bagi tafsiran kita ini mungkin akan lebih baik daripada yang lain. Dalam usaha untuk menterjemahkan hadith, saya tidaklah berapa cenderung untuk menggunakan tenaga para ulama kita kerana mungkin mereka diperlukan untuk menumpukan perhatian dalam satu usaha lagi iaitu membuat tafsir huraian selepas membuat tafsiran makna mushaf berkenaan. Lagi pun pada masa ini, terdapat banyak tafsiran yang diusahakan oleh luar negara sama ada di Indonesia atau Malaysia yang boleh kita baca.

Page 13: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 45

Seterusnya persoalan Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Md. Daud bin Karim mengenai kebersihan masjid yang tidak disediakan tugasan khusus dalam perkara ini. Perkara ini sebenarnya, ada masjid-masjid yang mempunyai syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan kebersihan masjid-masjid berkenaan secara berkontrak untuk pemeliharaan bangunan masjid-masjid. Peruntukan bagi perkara ini juga boleh digunakan daripada tabung masjid. Oleh yang demikian, saya berharap Jabatan Hal Ehwal Masjid akan memberi perhatian mengenai perkhidmatan pembersihan masjid ini. Dalam pada itu juga, jemaah-jemaah masjid perlulah menyedari bahawa masjid itu adalah hak dan dan tanggungjawab bersama untuk berusaha membersihkan, menjaga dan memelihara masjid-masjid berkenaan. Walau bagaimanapun, jika perkhidmatan swasta yang diperlukan khusus bagi pemeliharaan dan kebersihan masjid-masjid berkenaan juga memanglah baik. Mengenai Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam yang belum diwartakan (gazette) seperti di Kampung Batu Marang, mengikut sumber Kementerian Hal Ehwal Ugama bahawa perkara ini sudahpun dalam proses untuk diwartakan (gazette). Seterusnya persoalan kesembilan daripada Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin mengenai dengan Sekolah Ugama Kiarong yang mana zon ini mempunyai 80,000 orang penduduk dan sekolah ugama sebelah pagi ada masalah kerana terdapat pelajar-pelajar yang bukan dari Kampung Kiarong sendiri bersekolah di sana yang bermungkinan membuatkan sekolah

berkenaan dalam keadaan sempit dan tidak cukup menampung keperluan penduduk di sana. Walau bagaimanapun, saya rasa hal-hal seperti ini bukanlah dihadapi oleh semua pelajar yang bersekolah di sana. Kemungkinan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mana perkara ini bolehlah diadakan perundingan dengan pihak sekolah tanpa dijadikan sebarang permasalahan. Mengenai persoalan orang-orang dan pendakwah tabligh berkenaan perlulah dipantau kerana mereka ini mungkin bukan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Persoalan ini pernah ditimbulkan pada tahun lepas dan saya telah menjelaskan mengenai kumpulan jemaah tabligh ini yang merantau ke sana sini dan berdakwah ke rumah-rumah dan mengajak orang-orang ke masjid. Tetapi satu yang jelas bahawa jemaah tabligh ini tidak bercampur dengan hal-hal siasah politik yang mana mereka hanya berdakwah untuk ke masjid dan menyambung pertalian silaturahim. Walau bagaimanapun, Kementerian Hal Ehwal Ugama memang sentiasa memantau mereka ini tetapi sepanjang pengetahuan saya jua bahawa jemaah tabligh berkenaan adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam hubungan ini, Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dari tahun 1962 hingga 1993 pernah membolehkan dan tidak menghalang pergerakan dakwah mereka ini tetapi bukan sebagai menggalakkan kerana pergerakan mereka tersebut juga tidak menyalahi daripada segi akidah dan syariah.

Page 14: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 46

Oleh yang demikian, saya tidaklah berani untuk melangkahi atau mengambil tindakan yang drastik terhadap apa yang telah dibolehkan oleh Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam berkenaan. Seterusnya persoalan kesepuluh daripada Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit mengenai Pegawai Masjid dan Imam yang tidak berijazah untuk diserapkan secara khusus bagi pengajian tinggi. Sebenarnya perkara ini pernah berlaku pada 20 tahun dulu yang mana Institut Pengajian Islam di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama membukakan program yang salah satu daripadanya ialah bagi Imam-Imam untuk berkursus di Institut Pengajian Islam selama 6 bulan ataupun setahun. Selepas mereka menamatkan kursus ini akan diberikan sijil dan jika tidak silap, telah menerima sijil-sijil mereka semasa konvokesyen. Jika ada keperluan untuk mengadakan semula kursus-kursus ini tidaklah menjadi masalah kerana pada masa ini ada 2 buah universiti iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Mana-mana universiti ini boleh mengambil peranan dalam perkara ini untuk memberikan ilmu pengetahuan melalui kursus yang sesuai dalam bidang mereka itu sebagai Imam ataupun Bilal. Mengenai sebab-sebab statistik zakat yang telah menurun pada tahun 2007 tersebut, saya tidaklah dapat menjawabnya pada masa ini. Mungkin saya akan membuat kajian dengan pegawai-pegawai berkenaan bagi mengetahui sebab-sebab perkara ini.

Seterusnya mengenai pengiktirafan halal bagi pemakanan tradisional supaya dipermudahkan pengiktirafan memberikan sijil pengiktirafan halal itu kepada makanan-makanan tradisi juga seperti gerai-gerai ini sedang difikirkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama bagaimana caranya supaya tidak menyalahi peraturan-peraturan lesen-lesen yang dikeluarkan di negara kita ini. Perkara ini sedang diusahakan supaya mereka itu dapat dipermudahkan dan berharap semua makanan di negara ini dijamin halal dalam tahun 2014 atas usahasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengistyharkan pada bulan Januari 2014 pemegang lesen rampaian mesti ada lesen Halal. Jika tidak mempunyai Sijil Halal dapatlah diberi Lesen Rampaian. Kita sedang berusaha keras dengan bersungguh-sungguh untuk membincangkan perkara ini di mesyuarat Majlis Ugama Islam dan telah mencari jalan strategi langkah-langkah bagaimana untuk mempercepatkan sehingga dapat mencapai pada tahun 2014 semua restoran-restoran dan tempat-tempat makan di negara kita ini adalah halal. Perkara ini akan saya ajukan dengan lebih panjang lagi di sesi soal jawab mulut akan datang nanti. Insya-Allah. Pembinaan masjid keindahannya dan lengkap dengan keperluannya seperti perpustakaan, alat penghawa dingin, karpet dan sebagainya. Perkara ini sangat-sangat diharapkan bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama memang peka dalam perkara ini kerana kalau yang sudah-sudah kita membuat masjid sahaja tanpa

Page 15: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 47

memikirkan keperluan yang lain. Insya-Allah pada pembinaan masjid-masjid yang akan datang mudah-mudahan akan lebih menyerlah lagi daripada apa yang ada sekarang ini khasnya harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperuntukkan kita berjumlah $100 juta untuk membina masjid. Yang Berhormat Pengerusi: Yang Berhormat, adakah tiap-tiap soalan yang banyak 59 itu mesti dijawab satu persatu dengan terperinci atau secara umum sahaja. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: Yang Berhormat Pehin, itu pun sudah ringkas Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi: Jadi itu belum dikira panjang Yang Berhormat Pengiran. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: Belum juga dikira panjang. Tapi ada juga panjang sedikit kerana menghuraikan supaya lebih jelas dan tidak menjadi ragu. Adakah kaola meneruskan Pehin. Jadi kalau kaola meneruskan mengenai dengan soalan dari Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awang Haji Muhammad Taha bin Abd. Rauf pembinaan Sekolah Ugama Kampung Keriam dan Kampung Kupang adakah sudah diusahakan atau tidak. Jadi Alhamdulillah Sekolah Kampung Keriam dan Kampung Kupang dalam usaha yang terdekat untuk dibangunkan dengan kadar sewa rumah $500.00 sebulan adakah rumah bagi ibu tunggal tanpa bayaran. Ini kaola takut sedikit kalau diberi ibu tunggal tanpa bayaran nanti takut banyak orang meminang ibu tunggal ini karang.

Yang Berhormat Pengerusi: Jadi kalau sudah ia dipinang tidak hilang pertolongannya itu nanti. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: Dapat tinggal sama-sama di rumah itu. Yang Berhormat Pengerusi: Tidak lagi payah diberikan pertolongan. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kemudian soalan ke 3 dakwah public adakah mereka mendapat kebenaran berkunjung ke rumah-rumah?. Tidak. Tidak kami hanya dapat mengeluarkan surat untuk membenarkan mereka berkunjung ke rumah-rumah. Tidak ada. Tetapi tidak pula ada kami mengatakan jangan kamu berkunjung-kunjung ke rumah-rumah tetapi saya nasihatkan kepada Ahli-Ahli Tabligh yang mendengar di seluruh negara supaya eloklah berdakwah itu secara tertib dan berkunjung ke rumah dan tidak menggangu tuan rumah. Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli Yang Berhormat barangkali saatnya sudah tiba untuk kita menangguhkan perbincangan diperingkat jawatankuasa ini dan berpindah balik ke sebagai Majlis Mesyuarat Negara. Yang Berhormat Yang Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara disambung semula dan untuk membolehkan perbincangan Jawatankuasa diteruskan, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini.

(Majlis Mesyuarat Ditangguhkan)

Page 16: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 48

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi: Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbincangan di Peringkat Jawatankuasa disambung semula. Sebelum perbincangan Peringkat Jawatankuasa ditangguhkan tadi Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama masih lagi memberikan ulasan-ulasan terhadap soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang diajukan. Silakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyambung ulasan. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, saya menyambung dan terlebih dahulu menimbulkan soalan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Sulaiman bin Ahad mengenai dengan pengauditan wang Baitulmal. Barangkali Yang Berhormat itu concern mengenai dengan kesangsian orang ramai berkenaan dengan wang tersebut. Jadi saya ingin maklumkan di sini bahawa wang baitulmal itu di bawah istilah kami ialah Kumpulan Wang Pentadbiran Am. Di bawahnya ialah wang Baitulmal, wang wakaf dan daripada denda dan sebagainya. Jadi ini sudah diaudit sehingga 2003. Mengikut laporan daripada Setiausaha Majlis yang telah bersara pada masa ini wang zakat telah diaudit sehingga 2006. Jadi segala bahan-bahan selepas itu iaitu tahun 2004 hingga sekarang sudah diberikan kepada pihak Juruaudit Agung Negara yang mana belum ada sebarang makluman. Maknanya wang-wang yang ada di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama ini semuanya diaudit insya-Allah

dalam keadaan terjaga dan terpelihara. Terima kasih. Saya ingin menyambung mengenai dengan soalan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Shafiee mengenai dengan pakej umrah dan visa umrah yang tidak dapat dikeluarkan dan pada masa ini ada 900 orang yang tidak dapat menunaikan umrahnya. Angka itu mungkin dipertikaikan kerana yang pergi umrah mengikut Syarikat Darussalam Holdings Sdn. Bhd. tidak ada masalah. Sebenarnya, operator-operator umrah ini mesti memiliki satu lesen yang dinamakan IATA. Ini adalah mesin yang diperlukan oleh Kerajaan Arab Saudi. Sejak 5 tahun yang lalu, perkara ini telah timbul dan telah diberitahu kepada operator-operator umrah ini supaya mendapatkan IATA untuk membolehkan membawa jemaah-jemaah umrah. Selama ini Syarikat Darussalam Holdings Sdn. Bhd. Holdings Sdn. Bhd. mengcover mereka iaitu menggunakan Syarikat Darussalam Holdings Sdn. Bhd. yang mempunyai IATA ini dan juga Syarikat SCA yang juga ada memiliki IATA. Jadi selama 5 tahun Darussalam Holdings Sdn. Bhd. Juga melindungi syarikat-syarikat yang lain ini tetapi mulai tahun lepas sudah dimaklumkan dan pada tahun ini mereka tidak lagi dapat menggunakan Syarikat Darussalam Holdings Sdn. Bhd. kerana Kerajaan Arab Saudi mengetatkan peraturan-peraturan pada masa ini. Dikhuatiri kalau sekiranya umrah dibawa oleh syarikat lain seperti Humaira ataupun Titian yang membawa mereka itu yang ada membuat kesalahan dan kesilapan akan dipersalahkan kepada Syarikat Darussalam. Kemungkinan Syarikat Darussalam itu akan menerima masalah

Page 17: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 49

yang mana lesenya digantung dan sebagainya. Ini yang ditakuti oleh Syarikat Darussalam sebab itu mereka tidak berani lagi menggunakan lesen yang dimiliki oleh Syarikat berkenaan itu. Seperti yang saya difahamkan, sebahagian daripada jemaah-jemaah umrah itu telah pergi daripada Syarikat Darussalam dan sebahagiannya lagi daripada Syarikat lain kerana Syarikat Darussalam telah mengaturkan perjalanan penerbangan Royal Brunei Airlines (RBA) ke Arab Saudi dan ada menggunakan penerbangan yang lain yang tidak dapat diteruskan. Saya berharap syarikat-syarikat lain yang ingin meneruskan perkhidmatan mereka untuk membawa orang umrah di masa hadapan biarlah memiliki lesen IATA ini. Kemudian ditimbulkan jua masalah mengenai dengan menghormati Hari-Hari Kebesaran Islam seperti dalam bulan Syaaban dan Ramadan. Alhamdulillah sama-sama kita mendokong perkara ini dan kita menyeru kepada masyarakat supaya menghormati bulan Syaaban dan Ramadhan dari segi mengadakan majlis, hiburan-hiburan dan sebagainya dan jangan sampai bercanggah dengan kehormatan hari-hari kebesaran Islam itu. Ketiganya ialah mengenai dengan bangunan masjid di Daerah Brunei dan Muara sebanyak 54 buah, Daerah Belait 10 buah, Daerah Tutong 24 buah dan Daerah Temburong 8 buah yang menjadikan jumlahnya kepada 90. Akan tetapi, jumlah sebenarnya ialah 114 buah masjid di seluruh Negara iaitu termasuk surau dan balai ibadat. Mungkin yang dikira Yang Berhormat tadi itu adalah masjid sahaja. Jumlah 114 masjid ini adalah termasuk 3 buah masjid yang dibina pada tahun lepas di Kampung

Mulaut, Kampung Kilanas dan Kampung Katok, dan termasuk juga Masjid Ash-Shaliheen. Mengenai dengan sebab kenapa di Daerah Belait dibina 8 buah masjid sahaja sedangkan di Daerah Temburong yang penduduknya kecil dibina 10 buah masjid itu adalah kerana berkemungkinan penduduk di sana lebih ramai tetapi kebanyakannya merangkumi penduduk dari negara asing. Walau bagaimanapun, untuk faedah ilmiah barangkali boleh dibuat kajian pada masa hadapan. Kemudian yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi juga mengenai dengan Sijil Halal dan Label Halal dan mengapa ia mengambil masa yang lama untuk diluluskan. Soalan ini dapat kaola jawab semasa sesi soal jawab mulut. Soalan yang ke 13 yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Yussof bin Haji Dulamin iaitu mengenai dengan Perintah Pendidikan Ugama Wajib, kepadatan kelas ugama telah berlaku dan memerlukan tambahan bangunan sekolah ugama. Perkara ini adalah diakui kerana Peringkat permulaan pelaksanaan Perintah Pendidikan Ugama Wajib ini adalah perkara biasa yang mana berlaku permasalahan kerana pelajar-pelajar yang ramai dan para ibu bapa pula memilih sekolah tertentu yang tidak mengikut tadahan. Oleh itu mereka mahu sekolah yang terkenal ataupun sekolah yang memang sudah menjadi tumpuan kerana berdekatan dengan tempat bekerja dan sebagainya sedangkan tadahannya bukan di sana. Saya menyeru kepada para ibu bapa supaya dapat memahami kedudukan ini supaya sekolah ugama itu

Page 18: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 50

akan menjadi sekolah ugama yang kondusif, yang mana perjalanan pengajaran dan para pelajarnya selesa dan kanak-kanak dapat memahami dan menghayatinya. Biarlah mengikut apa yang telah diaturkan oleh Jabatan Pengajian Islam. Penambahan bangunan sekolah ugama ini, memang ada dalam perancangan seperti di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, memang ramai penuntut di sana itu. Kaola sudah melihat rata-ratanya seramai 35 orang penuntut di dalam satu kelas yang sepatutnya dalam 25 orang penuntut sahaja untuk sebuah kelas bagi mengadakan pratikal dan sebagainya. Jadi kami sedang membincangkan sekolah itu supaya sebahagian pelajar itu dapat dipindahkan ke sekolah lain yang boleh menerimanya, insya-Allah. Cadangan untuk menambah dewan ataupun kelas tambahan yang berdekatan dengan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah akan diusahakan. Soalan mengenai pembinaan masjid baru. Sebanyak 7 buah dan adakah terkandung di Kampung Mumong. Dapatlah saya maklumkan bahawa insya-Allah di Kampung Mumong ada terkandung dalam projek ini insya-Allah pembinaan masjid itu terkandung di bawah RKN ke-10. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal ada menimbulkan mengenai dengan perlunya Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk menubuhkan Badan Guaman Syarie. Sebenarnya kebetulan soalan yang ditimbulkan ini, Kementerian

Hal Ehwal Ugama bukan sahaja baru bermula bahkan sudah pun memikirkan perkara ini sejak beberapa ketika yang lalu dan telah bermesyuarat dan akan mengusahakan satu Guaman Syarie untuk diwujudkan di negara ini untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Jadi belumlah kaola dapat menghuraikan lebih lanjut kerana ia masih dalam tahap pemprosesan. Soalan yang kedua daripada Yang Berhormat ini, bagi mewujudkan kaunter di Bangunan Mahkamah Syariah supaya dapat melayani persoalan-persoalan Perundangan Islam seperti sudah ada di Klinikal Guaman di Swasta. Ini pun satu cadangan yang baik kalau sekiranya belum ada di Bangunan Mahkamah Syariah, kalau sudah ada di tempat swasta, apa salahnya kalau pihak Kerajaan untuk mengadakan Klinik-Klinik Guaman, Klinik Mahkamah Syariah atau apakah nama-nama yang difikirkan bersesuaian. Jadi ini akan diajukan dan dicadangkan perkara ini kepada pihak-pihak yang berkenaan. Yang ketiganya ialah mengenai pendidikan ugama selepas Darjah 6 bagi meneruskan ke menengah. Pada tahun lepas saya telahpun memperkatakan perkara ini, iaitu tujuan kerajaan ialah untuk memberikan Fardu Kifayah atau Fardu Ain kepada setiap pelajar kita bagi memahami apa kewajipan-kewajipan dirinya sebagai seorang Islam, iaitu selesai diajar sehingga Darjah 6. Jadi peningkatannya, saya telah menjelaskan iaitu kita mempunyai Sekolah Arab, bagi ingin melanjutkan dalam bidang Pengajian Ugama, , ia boleh mengambil mengengah SPU, STPU, STPUB dan terus ke Universiti di luar Negeri iaitu Al-Azhar atau Jordan dan kalau di dalam negeri iaitu Universiti

Page 19: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 51

Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Tetapi untuk meneruskan ke peringkat menengah ianya adalah sama seperti pendidikan yang ada di Tahun 7,8,9,10, ada juga bahagian ugama seperti Tahun 7,8,9,10, kerana kita ada Pengetahuan Agama Islam (IRK). Sebenarnya IRK itu ialah daripada darjah rendah kepada PSR, dari PSR sampai kepada Darjah 7,8,9,10 yang mempunyai matapelajaran IRK itu. Di situ dia boleh meluaskan pengetahuan ugamanya, selepas mengambil IRK O’Level, dia boleh mengambil dalam peringkat A’Level Usuluddin atau Syariah dalam Bahasa Melayu. Bukannya mereka tidak boleh melanjutkan, mereka boleh melanjutkan dengan satu subjek Usuluddin dan Syariah yang boleh ditampung dengan pelajaran Sejarah atau Ekonomi misalnya mereka boleh mengambil undang-undang di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), yang mana soalnya ialah bahasa sahaja. Soalnya kalau mereka ada bahasa Inggeris, boleh mereka melanjutkan kedalam peringkat Undang-Undang ataupun Kewangan Islam. Bahkan kalau mereka mahir Bahasa Arab, mereka boleh masuk dalam Usuluddin dalam Bahasa Arab. Jadi soalnya ialah kita mempromosikan lagi Bahasa Arab supaya anak-anak kita sebagaimana mereka pandai mengambil ‘O’Level dalam Bahasa Inggeris, kita juga akan datang berusaha untuk anak-anak kita mengambil ‘O’Level dalam Bahasa Arab dan kemudian mengambil ‘A’Level dalam Bahasa Arab. Jika mereka ini ada subjek Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab yang layak mereka ke Universiti, mereka boleh masuk ke Universiti Fakluti di Al-Azhar, tanpa masalah. Jadi tidak perlu kita menyaingi

pendidikan, ada sistem pendidikan yang ada tahun 7,8,9,10, dan ada ‘O’Level Ugama macam ini kena kerana kita sudah ada IRK, ada ‘A’Level Usuluddin dan Syariah. Jika mahu lebih awal lagi ia boleh pergi ke Sekolah Arab, dalam Bahasa Arab kerana Sekolah Arab sudah ada berjalan masa ini. Bahasa Arab adalah jalan masa hadapan. Kalau kita ada Bahasa Arab macam subjek Bahasa Inggeris sebagai individual subjek dan ada ‘A’Level Usuluddin dan Syariah, mereka boleh masuk ke Universiti Islam dalam Bahasa Arab. Itu adalah persoalannya Yang Berhormat Pengerusi, jadi tidak menjadi masalah untuk melanjutkan. Apa yang kita fikirkan pada masa ini ialah selepas darjah 6, yang sebenarnya, insya-Allah selepas darjah 6, ada lagi usaha kita untuk melengkapkan dan memantapkan pengetahuan pelajar-pelajar yang darjah 6 itu, iaitu kita ingin membuat satu peringkat sijil ataupun peringkat secara diploma atau sebagainya. Peringkat Tahasus, ini berlaku di Negeri Johor, kita pun mengikut sistem Negeri Johor. Dari darjah 1 hingga 6 mengikut sistem-sistem Negeri Johor, lepas daripada Tahasus, itulah guru-guru yang mengajar anak-anak kita. Jadi sistem itu bagus dahulu dan apa salahnya kalau kita mengadakan selepas darjah 6 ini ada tahasus selama setahun atau dua tahun supaya mereka itu lebih matang lagi pengetahuan dan penghayatan ugama. Ini yang sedang dibincangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, insya-Allah. Kemudian soalan daripada Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking mengenai dengan di Daerah Tutong ada Persatuan Persatu yang telah membuka 18 kelas ugama ini di antara yang ditubuhkannya.

Page 20: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 52

Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking dan juga penduduk Daerah Tutong yang telah berusaha ke arah meningkatkan pengetahuan ugama di sana. Ini adalah bagi saudara baru yang mana katanya ketiadaan guru agama, insya-Allah masalah ini dapat diselesaikan jika perkara ini dibincangkan bersama Jabatan Pengajian Islam. Perbezaan dengan pelajar dan pembimbing ini juga dapat diselesaikan jika kita memberi kefahaman tentang apa yang diperlukan oleh PESATU daripada guru-guru ugama tersebut. Daripada kita membiarkan masalah itu berpanjangan, tentulah kita tidak berpuas hati dan kita hendaklah menerangkan apa yang diperlukan seperti teknik mengajar yang mana ianya adalah cara untuk mengajar dan membimbing ertinya bimbingan di dalam dan di luar kelas. Oleh itu, perkara inilah yang perlu dijelaskan kepada guru ugama tersebut. Mengenai dengan saranan bagi tambahan elaun guru, sebenarnya sudah lama difikirkan dan insya-Allah elaun guru ini akan ditambah. Penambahan sedemikian itu akan mengalakkan guru-guru ugama untuk berkecimpung dalam bidang perguruan ugama. Soalan yang terakhir iaitu daripada Yang Berhormat Tuan Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman mengenai dengan produk makanan halal dan bagaimana cara untuk makanan halal itu dapat dikawal dengan sempurna dan kenapa kita mesti mengikut negara lain yang mengharamkan. Negara lain menghalalkan kita pun turut

menghalalkan. Sebenarnya tidak berlaku sebegitu, sebagai contoh mentega Golden Churn sudah awal lagi dibuat kajian di bawah makmal Kementerian Kesihatan dan di bawah makmal Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama bahawa bahan khinzir tidak terkandung dalam mentega Golden Churn. Pada asalnya, di Negara Malaysia di bawah pengawalan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) mengatakan tidak ada bahan khinzir di dalam mentega tersebut, akan tetapi perkara ini ditimbulkan oleh pihak Sarawak yang mengatakan bahawa terdapatnya unsur bahan khinzir di dalam mentega tersebut. Kuala Lumpur, Malaysia menyokong pendapat daripada Sarawak dan oleh kerana jiran kita sudah berkata perkara sedemikian, maka menjadikan kita was-was. Was-was ini memang ada dinyatakan di dalam Islam dan dalam hadis pun ada mengatakan ‘Walhalal Baihinun Walharam Baihinun Wabainahuma Mulmusbihatun’ jadi kalau ada perkara ini menganggu persekitaran kita dan menjadikan kita ragu-ragu. Ia sebenarnya seolah-olah meragui makmal kita yang telah menjalankan kerjanya dengan tepat. Buktinya ialah Malaysia, Kuala Lumpur akhirnya mengakui bahawa tidak ada bahan khinzir dalam mentega tersebut dan kita tidak terus mengatakan tidak tapi kita tunggu dulu. Kita tidak mahu mengesahkannya sehingga kita menghantar rombongan ke New Zealand di mana punca produk ini sudah diperiksa dan diteliti dengan sehalus-halusnya bahawa bahan khinzir disahkan tidak ada dan perkara ini dilaporkan kepada Majlis Ugama Islam seterusnya mengakui bahawa bahan khinzir disahkan tidak ada. Satu lagi

Page 21: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 53

contoh bahawa jenama Great Wall Cornbeef yang baru-baru ini telah dibuat kajian dan mendapati ada bahan khinzir di dalamnya. Apabila kita siasat di Kementerian Kesihatan ada, di MIPR pun ada dan kita pun yakin bahawa bahan khinzir itu memang ada. Alhamdulillah, setelah kedua-dua pihak bersepakat mengatakan tidak ada bahan khinzir, perkara itu mesti dimaklumkan kepada orang ramai setelah dimaklumkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Alhamdulillah, perkara-perkara kehalalan dan makanan ini kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan, memberikan dan mengawal makanan orang-orang Islam di Negara kita. Apa yang ingin saya katakan lagi, insya-Allah barangkali akan kaola sebut dalam jawapan mulut secara lisan. Yang Berhormat Pengerusi: Sekarang habis sudah penjelasan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum saya bukakan Tajuk ini untuk diundi, saya ingin memberikan sedikit pandangan. Nampaknya dari soalan-soalan dan pandangan-pandangan dan juga jawapan-jawapan dan penjelasan yang telah diberikan mengenai dengan Tajuk ini, saya tidak ternampak galakkan atau usaha

untuk mengalakkan semangat sukarelaan. Nampaknya semua berkehendakkan upah merupakan kewangan sebagai misalan kerja membersihkan masjid terpaksa dikontrakkan, membersihkan kubur-kubur orang Islam di kampung-kampung menunggu Kementerian Hal Ehwal Ugama mengusahakan. Tidakkah kerja-kerja sedemikian ini dibuat oleh anak-ank buah kampung dengan diketuai oleh Ketua Kampung atau Penghulu. Begitu juga perpustakaan di masjid ada cadangan supaya diadakan pegawai perpustakaan. Jadi tidakkah kerja-kerja sedemikian ini dibuat secara sukarela yang mana dulunya diadakan atau ditubuhkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama dalam tahun 50an selepas perlembagaan, kerja-kerja ugama dibuat secara sukarela oleh orang tua-tua dahulu tidak beupah, sekarang kebanyakan kerja-kerja ugama itu menkehendaki supaya diupahkan semangat sukarelawan itu nampaknya diganti oleh memerlukan upah berupa wang, mana pegangan kita sebagai orang Islam bahawa segala kerja berkaitan dengan ugama itu adalah ibadah dan mendapat pahala yang besar. Sekian, terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat ada baiknya Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama ini diundi. Yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua ahli mengangkat tangan bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih. Tajuk SJ Kementerian Hal Ehwal Ugama diluluskan. Yang Mulia Jurutulis II: Tajuk SJ Kementerian Hal Ehwal Ugama dijadikan

Page 22: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 54

sebahagian daripada Jadual. Tajuk seterusnya SK01A Jabatan Kementerian Pembangunan. Yang Mulia Jurutulis II: Kementerian Hal Ehwal Ugama dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk seterusnya SK01A - Jabatan Kementerian Pembangunan. Yang Berhormat Pengerusi: Tajuk SK01A – Jabatan Kementerian Pembangunan. Kita masih ada masa untuk mendengarkan Yang Berhormat Menteri Pembangunan memberikan mukadimah mengenai dengan kementerian ini. Silakan. Yang Berhormat Menteri Pembangunan: Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan hadirin yang dihormati sekalian. Sebelum Jawatankuasa ini membincangkan peruntukan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, saya ingin memohon izin untuk mengongsikan secara ringkas, tumpuan dan keutamaan Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2013/2014 ini. Alhamdulillah, Kementerian Pembangunan dan jabatan-iabatan di bawahnya telah disokong untuk disediakan peruntukan sebanyak $313,161,400 iaitu bertambah sebanyak $6,481,050 dari Peruntukan Tahun Kewangan 2012/2013. Kementerian Pembangunan mempunyai dua teras utama dalam memohon peruntukan Tahun Kewangan 2013/2014 iaitu:

1. Memantapkan dan meningkatkan kapasiti prasarana yang sedia ada; dan

2. Meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai.

Teras ini adalah sejajar dengan tema cadangan Belanjawan Tahun Kewangan 2013/2014 sepertimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II (Kedua) pada hari ketiga Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan bagi Majlis Mesyuarat Negara, iaitu “Belia Berwawasan Pemangkin Pembangunan Negara Yang Berdayatahan” kerana hasil pemantapan dan peningkatan kapasiti prasarana dan perkhidmatan kepada orang ramai ini juga akan dinikmati oleh golongan belia yang merupakan 47% dari jumlah penduduk Negara ini melalui kehidupan yang berkualiti, dan kerana kehidupan berkualiti itu adalah salah satu landasan asas pembinaan insan. Bagi mendokong teras pertama iaitu memantapkan dan prasarana yang sedia ada, Kementerian Pembangunan memberi keutamaan kepada 6 perkara: 1. Pemeliharaan dan penggantian paip-

paip yang air lama yang sudah menjangkau usia melebihi 40 tahun. Sebanyak $3.6 juta disokong bagi mengganti paip-paip di Daerah Brunei Muara, Belait dan Tutong.

2. Meningkatkan kapasiti bekalan air bagi menampung permintaan bekalan air yang meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah kawasan-kawasan perumahan dan perindustrian baru. Sebanyak $6.6 juta disokong untuk membiayai

Page 23: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 55

pembinaan tangki air baru di Daerah Belait, penggantian alat-alat mekanikal dan elektrikal loji rawatan air di Kampung Layong, serta mempertingkatkan keupayaan loji-loji rawatan dan sistem bekalan air di Daerah Tutong dan Pekan Seria.

3. Mengurangkan masalah banjir setempat melalui penaiktarafan sistem saliran, mendalam dan membesarkan hilir sungai serta membina longkang-longkang konkrit. Sebanyak $11.7 juta telahpun disokong. Antara kawasan-kawasan yang diliputi ialah: • Lumapas • Kawasan komersil Kiulap • Beribi • Tasek Meradun • Sungai Bebuhun • Kampung Jangsak • Simpang 248 Jalan Kota Batu • Kampung Sabun • Maraburong • Lamunin • Kiudang • Birau • Kampung Penanjong • Kampung Bukit • Bukit Beruang • Kupang • Kampung Rataie • Bokok • Kuala Belait

Ini adalah merupakan usaha kita berterusan untuk mengurangkan terjadinya banjir di beberapa tempat yang mudah banjir atau flood-prone areas. Tetapi kita tidaklah dapat menjamin bahawa banjir tidak akan berlaku kerana ada beberapa faktor yang masih

menyebabkan banjir berlaku, yang diluar dugaan dan disebalik usaha manusia. 4. Membaik pulih dan memelihara sistem

pembentungan, pemasangan sewage system, dan menaik taraf loji kawalan air kumbahan. Sebanyak $8.1 juta disokong. Sistem yang dibaikpulih atau dinaik taraf ialah di Pintu Malim, Belait, Lumut, Los Tanjong, dan penyambungan paip pembetungan meliputi kawasan tadahan Gadong, Bunut dan Jerudong.

5. Pemeliharaan, membaik pulih dan

menaik taraf jalan-jalan raya termasuk jalan-jalan penghubung dan slip roads serta jambatan-jambatan, dan pembinaan jejantas. Sebanyak $9.9 juta telahpun disokong. Antara jalan yang akan dinaik taraf atau dibina ialah:

(i) Jalan masuk ke Sekolah Menengah

Sungai Akar; (ii) Menaik taraf jalan ke Sekolah

Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kg Lumut;

(iii) Pembinaan jalan dari Institut

Tahfiz ke Jalan Kubah Makam Diraja;

(iv) Jalan Bengkurong Masin dari

simpang Jalan Tutong ke Jalan Mulaut;

(v) Melebarkan jalan Kampung Tungku;

Page 24: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 56

(vi) Membaik pulih Jalan Muara dari pusing keliling lebuh raya ke Pekan Muara;

(vii) Jalan-jalan di Belait;

(viii) Melapis jalan utama Belait;

(ix) Menurap aspal jalan lebuhraya Muara Tutong dan simpang Tutong hingga ke simpang empat di Kampung Sengkarai; dan

(x) Meninggikan beberapa jalan yang mengalami kebanjiran.

Usaha Jabatan Kerja Raya dalam kerja-kerja memelihara membaik pulih dan menaik taraf jalan raya semakin berkesan dengan adanya Highway Maintenance Unit ataupun HMU yang memantau sebarang kerosakan dan pembaikan yang diperlukan, sementara perkhidmatan ‘RIDE’ iaitu Road Inspection Division Enforcement yang baru diadakan akan meronda jalan-jalan raya bagi tujuan memeriksa keadaan jalan dan memaklumkan kepada pusat atau Call Centre 140 akan sebarang kerosakan. Di samping itu Jabatan Kerja Raya yang baru diperkenalkan dua bulan yang lalu, adalah bagi orang ramai melapor dengan menggambar dan menghantar melalui smartphone mereka mana-mana kerosakan infrastruktur termasuk jalan yang memerlukan perhatian. Kita juga akan mentafsir mana-mana akses kesesuaian jalan-jalan kecil tertentu untuk dinaik taraf iaitu jalan-jalan yang telah diserahkan oleh Pejabat Daerah. Tetapi dengan keupayaan yang ada pada masa ini, memang diakui tidak semua jalan-jalan kecil dapat dinaik taraf, atau diberikan perhatian serentak.

Terutamanya jalan-jalan kecil di kawasan persendirian yang belum memenuhi kriteria untuk dinaikan taraf. Walau bagaimanapun setiap permohonan akan direbiu dari semasa ke semasa Insya Allah, lambat laun ia akan diusahakan juga. Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan tumpuan kepada kawasan persekolahan serta lebuh-lebuh raya dan jalan-jalan utama serta mengadakan program-program keselamatan jalan raya. Sebanyak $1.2 juta disokong untuk pemasangan safety guardrail baru di zon sekolah-sekolah fasa 3, pemasangan guardrails di lebihraya dan jalan utama fasa 2, dan pembinaan jejantas di Pusar Ulak Radial dan juga di Jalan Gadong berdekatan Pusat Pengakap. Pada masa ini, 3 jejantas baru telah siap dibina dan telah diguna pakai iaitu di Sengkurong, Kiulap dan Jerudong.

Bagi mendukung teras kedua Kementerian Pembangunan iaitu “meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai” Kita mempunyai dua strategi utama: 1. Meningkatkan keberkesanan

perkhidmatan kepada orang ramai melalui pengurusan dan pemeliharaan estet-estet perumahan, menangani aduan orang ramai, penyediaan dan memelihara kemudahan-kemudahan awam, tempat-tempat riadah, Pusat komuniti (Committee Centres), Pusat Komersil dan infrastruktur kawasan Rancangan Perumahan Negara. Sebanyak $6.8 juta telah disokong, $2.2 juta darinya ialah untuk kemudahan riadah dan bersukan. Di sini Kementerian Pembangunan juga akan meneliti bagaimana pihak swasta dapat turut serta membekalkan

Page 25: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 57

bermacam kemudahan secara Public Private Partnership (PPP). Lain-lain perancangan ialah:

(i) Membaikpulih jeti sungai bunga; (ii) Pembaikan dan pelindungan

cerun bukit di kawasan RPN dan STKRJ;

(iii) Membaiki kerosakan di Lagun di

Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan;

(iv) Membaikpulih gerai dan jeti

di Serasa; dan (v) Membaiki kerosakan rumah

akibat ground settlement. 2) Meningkatkan institutional capacity

antaranya melalui perkhidmatan ‘One Stop Agency’ bagi memperbaiki kedudukan Negara dan indeks ‘Ease of Doing Business’, dan peningkatan tenaga kerja teknikal. Sebanyak $9.9 juta disokong untuk membiayai pelbagai usaha termasuk yang bersifat menjaga keselesaan kakitangan. Khusus mengenai “Ease of Doing Business bagi tahun 2013”, Alhamdulillah, kedudukan Negara Brunei Darussalam dalam kategori construction permit menunjukkan peningkatan dari tangga 88 ke 43, iaitu naik 45 tangga daripada tahun 2012.

Mengenai pembayaran kepada pemborong pula, menurut data yang diperolehi dari sistem TAFIS Kementerian Kewangan, dalam tempoh dari 1 April 2012 hingga 26 Februari 2013, dari $26,170 pembayaran yang dibuat, 86.1% atau sebanyak $22,539

pembayaran telah dapat dibuat dalam tempoh 30 hari, manakala 13.9% atau $3,631 pembayaran telah dibuat dalam tempoh melebihi 30 hari. Kementerian Pembangunan akan berusaha memperbaiki lagi prestasi pembayaran ini.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pembangunan juga telah mengemaskinikan beberapa peraturan yang berkaitan dengan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai oleh pemaju atau developers, pemborong atau contractors, tenaga professional secara individu atau melalui syarikat mereka, konsultan, Qualified Persons (QP), dan yang lain-lain lagi. Ini adalah untuk memastikan kepentingan orang ramai dan pelanggan atau clients sentiasa terpelihara.

Di samping itu, satu Lembaga bagi mendaftar dan mengawal selia kejuruan (Akitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan) telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan sebagai usaha dalaman bagi memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan ditahap yang memuaskan Authority Building and Construction Industry (ABCI) juga menitikberatkan prestasi seseorang itu atau syarikatnya jika mereka mahu berurusan dengan Kementerian Pembangunan melalui projek-projek Kerajaan yang ditawarkan. Perbelanjaan Berulang-Ulang yang disokong ialah sebanyak $148,901,400. Sasaran Perbelanjaan Berulang-Ulang ini juga sejajar dengan teras pertama Kementerian Pembangunan bagi peruntukan 2013/2014 ini iaitu

Page 26: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 58

memantapkan dan meningkatkan kapasiti prasarana yang sedia ada dengan menyokong peruntukan sebanyak $81.7 juta bagi Pemeliharaan Aset.

Lain-lain perbelanjaan yang disokong bagi Tahun Kewangan 2103/2104 secara menyeluruh bagi Kementerian Pembangunan ialah: 1) $5.5 bagi Pemeliharaan Sistem

Komputer; 2) $4.4 juta bagi Perbelanjaan Operasi; 3) $1.3 juta bagi Perkembangan Sumber

Tenaga Manusia; dan 4) $1.2 juta bagi Pengutipan Sampah

di bawah JASTRE.

Gambaran sepenuhnya skop kerja Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya tidak akan lengkap tanpa saya juga menyatakan bahawa sebahagian besar projek-projek yang dijalankan adalah juga projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN). Secara ringkasnya jumlah-jumlah yang disokong di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) bagi Tahun Kewangan 2013/2014 ini ialah: 1) $113.8 juta disokong bagi projek-

projek Rancangan Perumahan Negara (RKN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ); dan

2) $69.4 juta disokong bagi projek-projek

jalan raya, bagi pelebaran dan penaikan taraf beberapa jalan utama dan jua beberapa jejambat persimpangan seperti Lebuhraya

Muara-Tutong, bersimpang dengan Jalan Penghubung Berakas. Lebuhraya Muara Tutong yang bersimpang dengan Perumahan Bukit Beruang. Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Jalan Pengiran Babu Raja, Jalan Gadong dan Jalan Telanai.

Tambahan kepada itu, projek-projek berikut juga telah disediakan peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) iaitu Jalan Penghubung Jerudong-Tungku sekarang untuk di aspal. Bagi Fasa 2, Jalan Sengkurong Bypass yang telahpun diberi peruntukan dan Jalan Residency Fasa 2. $59.9 juta disokong bagi projek-projek air bagi meningkatkan keupayaan dan menjamin bekalan air, termasuk meneruskan kerja-kerja Empangan di Ulu Tutong, meneruskan kerja pemasangan paip utama dari Bukit Barun ke Daerah Brunei dan Muara, meningkatkan kapasiti loji rawatan air Bukit Barun, meneruskan pembinaan tangki air baru, mengganti paip-paip utama yang lama dan sebanyak $29.3 juta juga disokong bagi projek-projek pembetungan yang termasuk penaikan taraf loji-loji rawatan di Pandan, Pekan Seria, Mukim Gadong dan Jerudong. Dan juga skim pembetungan yang meliputi kawasan-kawasan berikut: 1) Kampung Berangan, Kianggeh dan

Subok; 2) Kampung Menglait, Batu Bersurat

dan Pengkalan Gadong; 3) Bandar Daerah Tutong; 4) Pekan Bangar; 5) Kampung Kiulap; 6) Kampung Delima dan Sungai Akar; 7) Kampung Kiarong; 8) Kampung Beribi;

Page 27: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 59

9) Jalan Manggis Satu dan Dua; 10) Kampung Pandan Utara; 11) Kampung Mumong; 12) Kampung Telanai, Madewa, Bunut

dan Bengkurong; 13) Jalan Berakas dari Jalan Kustin

hingga ke Simpang 412, Jalan Berakas; dan

14) Kampung Lumut dan Kampung Telisai.

Sebanyak $22.7 juta bagi projek-projek saliran di kawasan-kawasan berikut: 1) Sungai Kedayan; 2) Sungai Menglait; 3) Kampung Ban/Mulaut; 4) Tadahan Damuan; 5) Kampung Lugu; 6) Pekan Seria; 7) Kampung Selayun dan Sengkurong; 8) Kampung Tanjong Bunut ; 9) Kampung Bebuhun; 10) Pekan Daerah Tutong; 11) Daerah Temburong; 12) Dataran Sungai Tutong; 13) Sungai Belaban; 14) Kampung Jangsak; 15) Kampung Sungai Tilong dan

Salambigar; 16) Outfall ke laut di Kuala Belait; 17) Kampung Lumapas; 18) Sungai Mentiri; dan 19) Mukim Lumut dan Kuala Belait. Sebanyak $11.1 juta disokong bagi projek Alam Sekitar dan Kawalan Pantai. Dan akhir sekali $2.0 juta disokong bagi projek kajian kemungkinan dan perancangan. Semua projek-projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke-10 yang saya sebutkan tidak bermakna akan siap pada tahun ini juga kerana ia adalah projek Rancangan

Kemajuan Negara dan dijangka akan siap dalam tempoh Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke-10 ini. Ini semua membuktikan komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memajukan prasarana di Negara ini bukan sahaja untuk masa kini tetapi bagi masa dan generasi akan datang. Insya Allah, projek-projek yang mana peruntukan telahpun disediakan, akan dilaksanakan secepat mungkin dan hasil serta faedahnya akan dapat kita semua saksikan serta nikmati setelah apabila siapnya nanti. Itulah tujuan kita dan menghadapkan permohonan peruntukan tahun ini dan juga permohonan yang dipohonkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke-10. Sekianlah sahaja mukadimah dari saya dan saya harap ia dapat memberikan gambaran yang jelas akan perancangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya sepanjang Kewangan 2013/2014 dan tahun selanjutnya. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Ahli-Ahli Yang Berhormat perbincangan di Peringkat Jawatankuasa ini ditangguhkan dahulu dan kita besidang semula di Peringkat Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa

Ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang semula)

Page 28: jam 2.45 petang - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports... · jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. ... saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan,

PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 60

Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara disambung semula. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini ditangguhkan dan insya-Allah kita akan bersidang pada esok hari Rabu, 20 Mac 2013 pada jam 9.30 pagi. Sekian terima kasih.

(Majlis Mesyuarat Ditangguhkan)