PENGARUH RUANGAN TOKOH DAN TAHUKAH ANDA
MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP
MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT
JAYANTI A/P ARUMUGAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGARUH RUANGAN TOKOH DAN TAHUKAH ANDA
MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP
MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT
JAYANTI A/P ARUMUGAM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI, 2011
DEDIKASI
Teristimewa …..
Buat papa Arumugam a/l Munusamy
dan ma, Sukla Arumugam
yang menjadi semangat pendorong serta
mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga.
Tidak dilupakan adindaku yang dikasihi
yang sentiasa di hati,
Terima kasih tak terhingga di atas sokongan yang tak berbelah bahagi.
Untuk pensyarah yang dihormati dan disegani,
Profesor Madya Dr. Zaleha Ismail,
Terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan..
Semoga Tuhan membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan..
Ribuan terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan yang padu,
Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di hati selamanya….
Semoga kejayaan milik kita bersama..
PENGHARGAAN
Salam Sejahtera,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan di
atas segala petunjuk-Nya. Bersyukur saya kerana dengan restu-Nya telah membolehkan
saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Profesor Madya Dr. Zaleha Ismail selaku penyelia
Projek Sarjana Muda saya yang terlalu banyak membantu dan membimbing saya
sepanjang proses menyiapkan projek ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu daripada
beliau, mana mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini dengan sempurna.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak memberi sokongan dan dorongan di samping idea-idea yang bernas pada masa
saya ketandusan idea. Terima kasih sekalung budi di atas segala pertolongan mereka
yang saya amat hargai. Penghargaan khas ini ditujukan istimewa buat papa dan ma
tercinta, Arumugam a/l Munusamy dan Sukla Arumugam. Terima kasih yang tidak
terhingga kepada mereka yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah
ke hari ini supaya menjadi diri saya yang terbaik. Buat adindaku yang tercinta, terima
kasih yang tidak terhingga di atas segala dorongan, nasihat dan kasih sayang yang
dicurahkan dengan penuh keikhlasan. Kepada guru-guru dan pelajar yang turut
membantu dalam pembikinan projek ini, jasa baik anda tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak kerana sanggup berkorban
meluangkan masa untuk bekerjasama dalam proses menyiapkan kajian ini.
iii
ABSTRAK
Motivasi merupakan elemen penting dalam domain afektif setiap individu kerana
ianya akan mendorong mereka berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Terdapat dua
jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik atau dalaman dan motivasi ekstrinsik ataupun
luaran. Dalam konteks kajian ini, penekanan dalam majalah web Dunia Matematik,
khususnya terhadap ruangan Tokoh dan Tahukah Anda, dikaji dari segi pengaruhnya
terhadap motivasi pelajar dalam membina pengetahuan matematik. Kajian yang
dijalankan memberi fokus terhadap pengaruh ruangan Tokoh dan Tahukah Anda dalam
Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar Tingkatan 4 dalam
pembelajaran matematik. Pembangunan Majalah Web Dunia Matematik adalah
berlandaskan aplikasi model motivasi ARCS iaitu Perhatian (Attention),
Relevan(Relevance), Keyakinan (Confidence), dan Kepuasan (Satisfaction) dalam
penulisan setiap ruangan. Majalah Web Dunia Matematik terbahagi kepada dua bahagian
iaitu artikel matematik dan aktiviti matematik yang bertujuan mendedahkan pelajar
kepada konsep matematik yang menjangkau sempadan bilik darjah. Responden kajian
ini adalah seramai 37 orang pelajar dari Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di Johor
Bahru. Kajian telah dijalankan selama 2 jam secara berperingkat supaya pelajar dapat
mengalami sendiri suasana pembelajaran matematik menggunakan Majalah Web Dunia
Matematik secara spesifik Edisi Osos 2010. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
kesemua komponen Model Motivasi ARCS dapat mempengaruhi motivasi pelajar
terhadap pembelajaran matematik. Komponen keyakinan(Confidence) model motivasi
ARCS paling berpengaruh dalam ruangan Tokoh dengan nilai min 4.53 dan juga
ruangan Tahukah Anda dengan min 4.62 Majalah Web Dunia Matematik. Kajian
membuktikan Majalah Web Dunia Matematik sesuai untuk dimanfaatkan oleh pelajar
sebab berpotensi untuk mempengaruhi motivasi pelajar dalam pembelajaran matematik.
iv
ABSTRACT
Motivation is an essential element of one’s affective domain as it drives each and
every individual to be successful and achieve their goals in life. There are two types of
motivation namely intrinsic or internal motivation and extrinsic or external motivation.
In the context of this research, the major emphasis in the Dunia Matematik Web
Magazine, especially the sections Tokoh and Tahukah Anda, the aspect being researched
is its influence towards students’ motivation in the process of building mathematical
knowledge. The focus of this research is to investigate the influence of the section Tokoh
and Tahukah Anda in the Dunia Matematik Web Magazine on the motivation of Form 4
students towards the learning of mathematics. Every section of the Dunia matematik
Web Magazine is developed based on the ARCS motivational model with the
components Attention, Relevance, Satisfaction and Confidence. The Dunia matematik
Web Magazine has two parts which consist of articles and mathematical activities that
expose students to concept of mathematics beyond the classroom. The respondents’ of
this study consist of 37 Form 4 students from a secondary school in Johor Bahru. This
study was carried out for a duration of 2 hours so as to allow students to experience the
learning of mathematics using the August 2010 edition of Dunia matematik Web
Magazine. The findings of this study show that all the components of the ARCS
motivational model play an integral role in influencing students’ motivation toward the
learning of mathematics. However the most dominant component for both the Tokoh and
Tahukah Anda sections was Confidence with a mean of 4.53 and 4.62 respectively. This
study proves that the Dunia Matematik Web Magazine is appropriate for students to use
as it has the potential to influence students’ motivation in the learning of mathematics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
xviii
xix
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Kerangka Teori 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Kepentingan Kajian 10
1.9.1 Majalah Web 11
viii
1.9.2 Pelajar 11
1.9.3 Guru 12
1.9.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 12
1.10 Definisi dan Istilah 13
1.10.1 Pengaruh 13
1.10.2 Motivasi 14
1.10.3 Majalah Web 14
1.10.4 Ruangan Tokoh Majalah Web Dunia
Matematik
1.10.5 Ruangan Tahukah Anda Majalah Web
Dunia Matematik
15
15
1.10.6 Pembelajaran Matematik 16
1.11 Penutup 16
2 SOROTAN PENULISAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 17
2.3 Hubungan Antara Motivasi Pelajar Dengan
Pencapaian Dalam Matematik
19
2.4 Perubahan Motivasi Pelajar Terhadap
Matematik Menggunakan Kepelbagaian
Pengajaran Dan Komputer
21
2.5 Penutup 24
3 METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Pensampelan 26
ix
3.4 Instrumen Kajian 26
3.4.1 Data kuantitatif 27
3.4.2 Data Sokongan 31
3.5 Prosedur Kajian 31
3.6 Kajian Rintis 33
3.7 Analisis Data 33
3.8 Penutup 35
4 ANALISIS DATA 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Taburan Maklumat Diri Responden 37
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 37
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Peperiksaan
38
4.3 Analisis Ruangan Tokoh dalam Majalah Web
Dunia Matematik berdasarkan Model ARCS
38
4.3.1 Pengaruh ruangan Tokoh Ke Atas
Motivasi Pelajar Dari Aspek Perhatian
39
4.3.2 Pengaruh ruangan Tokoh Ke Atas
Motivasi Pelajar Dari Aspek Relevan
41
4.3.3 Pengaruh ruangan Tokoh Ke Atas
Motivasi Pelajar Dari Aspek Keyakinan
43
4.3.4 Pengaruh ruangan Tokoh Ke Atas
Motivasi Pelajar Dari Aspek Kepuasan
46
4.4 Analisis Ruangan Tahukah Anda dalam Majalah
web dunia Matematik berdasarkan model ARCS
48
4.4.1 Pengaruh ruangan Tahukah Anda Ke
Atas motivasi pelajar dari aspek
Perhatian
48
4.4.2 Pengaruh Ruangan Tahukah Anda Ke
Atas Motivasi Pelajar Dari Aspek
51
x
Relevan
4.4.3 Pengaruh Ruangan Tahukah Anda Ke
Atas Motivasi Pelajar Dari Aspek
Keyakinan
53
4.4.4 Pengaruh Ruangan Tahukah Anda Ke
Atas Motivasi Pelajar Dari Aspek
Kepuasan
56
4.5 Komponen Paling Dominan Model Motivasi
ARCS
58
4.5.1 Ruangan Tokoh 59
4.5.2 Ruangan Tahukah Anda 60
4.6 Analisis Komen Pelajar Dalam Majalah Web
Dunia Matematik
61
4.6.1 Ruangan Tokoh 61
4.6.2 Ruangan Tahukah Anda 62
4.7 Penutup 63
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
64
5.1 Pengenalan 64
5.2 Perbincangan Data 65
5.2.1 Motivasi Pelajar dalam ruangan Tokoh 65
5.2.1.1 Komponen Perhatian (Attention) 66
5.2.1.2 Komponen Relevan (Relevance) 67
5.2.1.3 Komponen Keyakinan
(Confidence)
68
5.2.1.4 Komponen Kepuasan
(Satisfaction)
69
5.2.2 Motivasi Pelajar Berdasarkan ARCS
dalam Ruangan Tahukah Anda
70
5.2.2.1 Komponen Perhatian(Attention) 71
xi
5.2.2.2 Komponen Relevan (Relevance) 72
5.2.2.3 Komponen Keyakinan
(Confidence)
73
5.2.2.4 Komponen Kepuasan
(Satisfaction)
74
5.3 Implikasi Kajian 75
5.3.1 Majalah Web Dunia Matematik 76
5.3.2 Responden Kajian 76
5.4 Cadangan Penambahbaikan Kajian 77
5.4.1 Masalah yang Dihadapi 77
5.4.2 Cadangan Penambahbaikan 78
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.6 Kesimpulan 80
RUJUKAN 81- 84
LAMPIRAN 85-106
xii
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Kerangka Teori 9
3.1 Prosedur Kajian 32
4.1 Peratus taburan responden mengikut jantina 37
4.2 Taburan Keputusan Peperiksaan Responden 38
4.3 Taburan purata min komponen model ARCS
ruangan Tokoh 59
4.4 Taburan purata min bagi komponen model
ARCS ruangan Tahukah Anda 60
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Skala Likert 5-mata
27
3.2
Penggubalan item bagi mengukur motivasi
pelajar selepas menggunakan majalah Majalah
Web Dunia Matematik berdasarkan komponen
dalam Model ARCS
27
3.3
Rangka penulisan ruangan Tokoh Edisi Ogos
2010 iaitu temuramah dengan P.M. Dr. Mohad
Anizu
29
3.4
Rangka penulisan ruangan Tahukah Anda
Edisi Ogos 2010 yang bertajuk “Matematik
dan Nutrisi”
30
3.5
Indeks Kebolehpercayaan dan Pengkelasan
Ujian
34
3.6
Nilai Kebolehpercayaan Ruangan Tokoh dan
Tahukah Anda
34
3.7 Klasifikasi nilai Purata Min
35
xiv
4.1 Taburan Kekerapan, Peratusan dan min bagi
Item 1
39
4.2 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 2
39
4.3 Taburan Kekerapan, Peratusan dan min bagi
Item 3
40
4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 4
40
4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 5
41
4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 6
41
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 7
42
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 8
42
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 9
42
4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 10
43
4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 11
43
4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 12
44
xv
4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 13
44
4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 14
45
4.15 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 15
45
4.16 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 16
46
4.17 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 17
46
4.18 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 18
47
4.19 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 19
47
4.20 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 20
48
4.21 Taburan Kekerapan, Peratusan dan min bagi
Item 1
48
4.22 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 2
49
4.23 Taburan Kekerapan, Peratusan dan min bagi
Item 3
49
4.24 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 4
50
xvi
4.25 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 5
50
4.26 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 6
51
4.27 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 7
51
4.28 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 8
52
4.29 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 9
52
4.30 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 10
53
4.31 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 11
53
4.32 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 12
54
4.33 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 13
54
4.34 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 14
55
4.35 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 15
55
4.36 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 16
56
xvii
4.37 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 17
56
4.38 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 18
57
4.39 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 19
57
4.40 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min bagi
Item 20
58
4.41
Nilai purata skor min bagi setiap komponen
Model Motivasi ARCS ruangan Tokoh
59
4.42
Nilai purata skor min komponen Model
Motivasi ARCS Ruangan Tahukah Anda
60
4.43 Komen responden terhadap ruangan Tokoh
61
4.44
Komen Responden terhadap ruangan Tahukah
Anda
62
xviii
SENARAI SINGKATAN
ARCS : Attention-Relevance-Confidence-Satisfaction
BBM : Bahan Bantu Mengajar
KBSM : Kurrikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPM : Sujil Pelajaran Malaysia
PMR : Peperiksaan Menengah Rendah
MOODLE : Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment
JOOMLA : Open Source Content Management System (CMS)
ICT : Information And Communication Technology
xix
SENARAI LAMPIRAN
A : Borang Soal Selidik Kajian
B : Analisis Maklumat Latar Belakang Responden
C : Analisis Nilai min setiap Ruangan
D : Analisis Statistik Deskriptif Ruangan Tokoh
E : Analisis Statistik Deskriptif Ruangan Tahukah Anda
F : Artikel Ruangan Tokoh Majalah Web Dunia
Matematik
G : Artikel Ruangan Tahukah Anda Majalah Web Dunia
Matematik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Model Taxonomi Bloom merupakan salah satu model yang paling kerap
diaplikasikan serta menjadi rujukan dalam bidang pendidikan (Houghton,2004).
Terdapat tiga domain utama dalam Model Taxonomi Bloom yang saling berkaitan antara
satu sama lain. Domain pertama adalah domain kognitif yang merangkumi keupayaan
intelek individu iaitu proses pemikiran seseorang. Seterusnya merupakan domain afektif
yang meliputi perasaan, emosi serta tingkah laku seseorang. Manakala domain ketiga
merupakan domain psikomotor iaitu aspek kemahiran serta keupayaan fizikal seseorang.
Dengan penggunaan teknologi, bagi memastikan proses pembelajaran yang
efektif, kedua-dua domain kognitif and afektif harus digunakan secara serentak dalam
proses pembelajaran. Menurut Goldfayl (1995) proses kognitif dan afektif umpama dua
muka syiling yang sama dan pembelajaran yang hanya fokuskan kepada salah satu aspek
sahaja merupakan pengajaran ataupun pembelajaran yang tidak efektif dan gagal
mencapai objektif pembelajaran. Fokus aspek kognitif menjurus ke arah logik serta
pembentukan konsep manakala domain afektif pula merangkumi aspek-aspek seperti
motivasi, perasaan dan minat terhadap subjek atau perkara lain.
Walaupun banyak kajian berfokuskan aspek kognitif sering dijalankan, namun
kajian mengenai aspek afektif pun tidak kurang bilangannya. Maka jelaslah disini
bahawa kedua-dua aspek ini adalah sama penting. Walaupun begitu, masyarakat hari ini
yang berorientasikan peperiksaan semakin menitik beratkan domain kognitif tanpa
menyedari bahawa domain afektif juga amat penting dalam proses pembelajaran dan jika
diabaikan boleh membantutkan pembelajaran seseorang.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh Majalah Web Dunia
Matematik terhadap motivasi pelajar terhadap matematik setelah mereka mengalami
persekitaran majalah web berkenaan. Secara ringkasnya, menurut Middleton dan Spanias
motivasi dipandang sebagai alasan individu untuk berperilaku dalam cara yang tertentu
dalam situasi tertentu (as cited in Aida Suraya dan Wan Zah, 2009). Motivasi merujuk
kepada kesanggupan, keperluan, keinginan, serta disiplin diri untuk melibatkan diri serta
mencapai kejayaan dalam proses pembelajaran (Aida Suraya dan Wan Zah, 2009).
Matematik merupakan cabang ilmu yang amat penting dalam kehidupan
seharian. Dalam arena pekerjaan moden, ilmu pengetahuan matematik semakin
dititikberatkan dan pemahaman para pekerja terhadap konsep serta pengiraan matematik
dalam konteks alam pekerjaan juga semakin penting (Hoyles et al. 2002). Pada era
teknologi maklumat ini, amatlah penting bagi para guru menerapkan unsur-unsur
Teknologi Maklumat (Information Technology, IT) di dalam proses P&P. Menurut
Selinger (2004), penggunaan ICT boleh mempertingkatkan mutu proses pengajaran dan
pembelajaran dengan penggunaan kandungan multimedia yang mampu memberikan
gambaran konsep-konsep sukar melalui kaedah yang tidak dapat dicapai dengan
mengunakan sumber dan metodologi pengajaran tradisional.
Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik yang berpunca dari dalam
serta motivasi ekstrinsik yang berpunca dari faktor luar. Kedua-dua jenis motivasi ini
memainkan peranan yang penting dalam membentuk tabiat serta minat pelajar terhadap
matematik. Motivasi intrinsik dalam akademik merupakan keinginan pelajar untuk
belajar demi menambah ilmu. Individu yang mempunyai motivasi dari dalam diri akan
cenderung melibatkan diri dengan tugas-tugas akademik kerana mereka menikmatinya.
Individu bermotivasi intrinsik cenderung menumpukan pada tujuan pembelajaran seperti
pemahaman dan penguasaan konsep matematik (Ames & Archer, 1988; Duda &
Nicholls, 1992; Dweck, 1986).
Manakala individu bermotivasi ekstrinsik, melibatkan diri dalam tugasan
akademik demi menerima ganjaran ataupun untuk mengelakkan hukuman. Maka
motivasi pelajar ini berkait rapat dengan performance goals seperti yang disebut tadi
yang akan menyebabkan pelajar sentiasa mengharapkan pujian daripada ibu bapa, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian ataupun mereka akan berusaha untuk mengelakkan kata-
kata negatif daripada orang di sekeliling.
Motivasi intrinsik serta ekstrinsik adalah penting dalam memastikan pelajar dapat
melalui proses pembelajaran dengan berkesan, menurut Middleton dan Spanias kajian-
kajian lepas telah membuktikan bahawa pencapaian tinggi dalam matematik memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan individu yang bermotivasi tinggi untuk
mencapai kejayaan (as cited in Aida Suraya dan Wan Zah, 2009). Pelajar akan lebih
berminat dan bermotivasi untuk menyiapkan tugasan yang menyeronokkan dan
mempunyai kebarangkalian untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi berbanding
dengan tugasan yang tidak menarik, sukar dan mempunyai peluang yang rendah untuk
berjaya.
Terdapat kemungkinan disebabkan sikap pelajar yang menganggap matematik
sebagai satu subjek yang tidak menarik, abstrak dan tidak ada kaitan dengan kehidupan
seharian mereka bersikap anti-matematik dimana pelajar mula mengelakkan daripada
membuat tugasan serta latihan matematik disebabkan minat dan kefahaman yang kurang.
Akibatnya pencapaian mereka dalam matematik akan kekal rendah menyebabkan
motivasi mereka terhadap subjek ini semakin berkurang.
Pada era teknologi ini, masyarakat telahpun menyedari kepentingan subjek
matematik dalam masa depan anak-anak mereka maka pelbagai langkah diambil untuk
mendorong pelajar supaya mencapai kejayaan dalam subjek ini seperti menghadiri kelas
tuisyen, kelas-kelas pemulihan, pusat Kumon dan sebagainya namun ini hanya akan
menyebabkan pelajar itu mempelajari matematik secara paksaan, membuta tuli dan tak
semestinya mereka betul-betul menyukai serta bermotivasi untuk mempelajari subjek
yang indah dan menyeluruh ini. Maka diharap melalui kajian ini pengkaji akan dapat
mengkaji kesan ruangan Tokoh dan Tahukah Anda dalam Majalah Web Dunia
Matematik yang telah dibangunkan selama hampir empat tahun, berfungsi sebagai
platform, untuk membantu perkembangan pendidikan matematik pelajar. Selain itu,
dengan mendedahkan pelajar kepada penggunaan Majalah Web Dunia Matematik akan
dapat memantapkan kemahiran generik yang perlu ada pada diri mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mengikut kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan proses pengajaran serta
pembelajaran haruslah mengalami anjakan paradigma supaya daripada P&P
berorientasikan guru dapat bertukar kepada proses yang berorientasikan pelajar. Agar
pelajar dapat melibatkan diri secara aktif daam proses P&P manakala guru hanya
bertindak sebagai fasilitator dan penunjuk arah. Maka dengan ini akan dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berminat mempelajari matematik.
Mengikut spesifikasi subjek matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah, guru-guru digalakkan mengintegrasikan elemen-elemen seperti sejarah
matematik, tentang tokoh-tokoh matematik dan yang paling penting aplikasi konsep
dalam kehidupan seharian bukan setakat dalam bentuk soalan pada kertas tapi secara
lebih kreatif serta konstruktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Agar pelajar
dapat melihat kerelevanan diantara konsep matematik dan aplikasinya dalam kehidupan
seharian. Maka persepsi pelajar terhadap matematik memainkan peranan yang penting
dalam mempengaruhi pembelajaran matematik mereka(Tahir, 2009)
Menurut Zeuli dan Ben-Avie (2003) guru-guru yang kurang mengaitkan konsep
matematik kepada kehidupan seharian, lebih berminat untuk mengajar teknik serta
proses dan mengabaikan pembanguan kemahiran pemikiran aras tinggi (Higher order
thinking skills) di kalangan pelajar. Maka pelajar tidak dapat menghayati keindahan serta
keunikan matematik dan menyangka matematik itu subjek yang membosankan serta
bersifat abstrak.
Matematik merupakan satu entiti yang menyeluruh serta subjek yang unik
dengan adanya berbagai cabang dalam ilmu matematik itu sendiri di samping itu
matematik juga memainkan peranan yang penting dalam bidang-bidang lain seperti seni
bina, teknologi maklumat, Artificial Intelligence dan aktiviti harian seperti proses
membeli, menjual barangan dan sebagainya. Maka ianya merupakan tanggungjawab
guru untuk mendedahkan pelajar kepada konsep matematik yang wujud di sekeliling
mereka. Namun mengikut Noor Azlan Zanzali(2003) disebabkan kepadatan jadual dan
bebanan kerja yang tinggi yang ditanggung oleh para guru, prinsip pengajaran
matematik mereka telah mengalami percanggahan dengan kemunculan teori-teori
pengajaran dan pembelajaran matematik yang terbaru.
Disebabkan kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru, mutu pengajaran telah
merosot dan hasilnya proses pembelajaran dan pengajaran telah menerima impak yang
negatif. Menurut kajian kebanyakan pelajar menganggap matematik subjek yang susah
dan tidak menarik. Ini akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap motivasi dan
pencapaian akademik pelajar. Menurut kajian Khamis et. al.(2008) tunjuk ajar serta
sokongan guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi aspek motivasi pelajar
terhadap matematik. Maka guru mempunyai impak yang besar ke atas motivasi
pembelajaran pelajar. Tambahan pula, walaupun terdapat pelajar yang menyedari
kepentingan matematik, namun bilangan pelajar yang ingin mengambil lebih banyak
matapelajaran berunsurkan matematik di peringkat sekolah tengah mengalami
penurunan yang berterusan (Dossey et al, 1988).
Walaupun terdapat kesedaran tentang kepentingan subjek matematik namun
pelajar masih tidak ingin menceburi kerjaya dalam disiplin ini (Shackow dan Thompson,
2005). Ini mungkin disebabkan ketiadaan budaya yang mendorong pelajar seronok dan
bermotivasi untuk mempelajari matematik secara penyelesaian masalah dengan
mengaitkannya kepada kehidupan seharian mereka di sekolah pada masa kini. Dengan
pengenalan tokoh-tokoh matematik, ahli-ahli matematik yang berjaya dalam pelbagai
bidang serta mendedahkan pelajar kepada konsep-konsep matematik yang terdapat
dalam pelbagai bidang seperti pengiraan kalori, penyimpanan akaun, gelombang radio
dan sebagainya pelajar akan lebih berminat untuk mempelajari matematik. Secara
langsung ini juga akan meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari matematik.
Maka dapatlah kita melihat bahawa penggunaan teknologi serta pendedahan
tentang aspek lain matematik seperti tokoh, ahli sejarah matematik dan fakta menarik
tentang matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik akan lebih
berkesan dalam menarik perhatian pelajar untuk belajar dan meningkatkan motivasi serta
pencapaian mereka dalam matematik. Dengan mengintegrasikan penggunaan Majalah
Web Dunia Matematik yang menggabungkan teknologi internet serta mempamerkan
edisi bulanan yang bertemakan matematik dimana artikel atau aktiviti yang diterbitkan
adalah berdasarkan aplikasi matematik di luar bilik darjah.
Norulhuda(2010) telah mengkaji perubahan sikap responden setelah
menggunakan Majalah Web Dunia Matematik selama 10 minggu iaitu mengkaji kesan
Majalah Web secara menyeluruh tetapi belum ada kajian yang menunjukkan pengaruh
ruangan terhadap motivasi pelajar. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada pengaruh
ruangan Tokoh dan Tahukah Anda Dunia Matematik ke atas motivasi terhadap
pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat.
Kajian ini akan menggunakan pendekatan yang amat berbeza iaitu dengan
mendedahkan pelajar kepada ruangan Tokoh dan Tahukah Anda Majalah Web Dunia
Matematik yang ditulis dan diterbitkan setiap bulan serta mengkaji perubahan motivasi
pelajar terhadap matematik selepas mengalami persekitaran Majalah Web Dunia
Matematik mengikut ruangan yang dinyatakan tadi. Majalah Web ini boleh digunakan
sebagai alat pengajaran yang mampu mendedahkan pelajar kepada penggunaaan
matematik dalam pelbagai bidang selain menggalakkan pelajar menerokai konsep
pembelajaran menjangkaui bilik darjah. Majalah web ini boleh digunakan sebagai bahan
bantu mengajar yang berkesan dan efektif untuk pelajar sekolah menengah disebabkan
kandungannya yang umum, sesuai dengan tahap pelajar menengah serta mudah
difahami.
1.3 Pernyataan Masalah
Selaras dengan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan, terdapat spesifikasi
kurikulum matapelajaran matematik iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang menggariskan kepentingan pelajar mengamalkan sikap yang positif ke
arah pembelajaran Matematik serta sentiasa menghargai keindahan dan kekuatannya
(Norulhuda binti Ismail, 2010).
Matematik merupakan subjek teras dalam kurikulum sekolah daripada sekolah
rendah sehingga ke tahap universiti. Ini memberikan indikasi tentang keluasan aplikasi
matematik dalam pelbagai sektor. Motivasi pelajar sama ada secara intrinsik ataupun
ekstrinsik akan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan pembelajaran
matematik pelajar adalah berguna dan bermakna kepadanya. Maka, pelajar akan lebih
berminat mempelajari matematik serta akan belajar menghayati keindahan matematik.
Mengikut Aida Suraya dan Wan Zah(2009) motivasi menyumbang kepada kebolehan
penyelesaian masalah. Kebolehan penyelesaian masalah adalah kemahiran asas yang
harus dikuasai oleh pelajar bagi mencapai kejayaan dalam matematik.
Dengan niat untuk membina motivasi pelajar dalam mempelajari matematik,
Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan berdasarkan Model Motivasi ARCS,
Perhatian(Attention), Relevan(Relevance), Keyakinan (Confidence) Kepuasan
(Satisfaction) yang diterbitkan setiap bulan agar dapat menyedarkan pelajar supaya
mengubah pandangan negatif mereka terhadap matematik iaitu ianya subjek yang
membosankan, tidak berfaedaah, tidak relevan dengan kehidupan seharian dan sukar.
Kajian ini akan memfokuskan kepada kesan dua ruangan dalam Majalah Web
Dunia Matematik iaitu Ruangan Tokoh serta Ruangan Tahukah Anda terhadap tahap
motivasi pelajar untuk belajar matematik. Kajian ini akan dijalankan dengan
mendedahkan pelajar kepada satu sesi selama 2 jam untuk mengalami persekitaran
Majalah Web Dunia Matematik bagi mengenalpasti kesannya ke atas motivasi pelajar
terhadap matematik.
1.4 Objektif Kajian
Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan berdasarkan Model Motivasi
ARCS yang merangkumi komponen perhatian, relevan, keyakinan dan kepuasan.
Objektif kajian ini ialah untuk menentukan pengaruh dua ruangan Majalah Web Dunia
Matematik iaitu Tokoh dan Tahukah Anda ke atas empat komponen Model Motivasi
Attention(Perhatian), Relevance(Relevan), Confidence(Keyakinan), dan
Satisfaction(Kepuasan) dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar Tingkatan
Empat.
1.5 Persoalan Kajian
Soalan-soalan kajian untuk mengenalpasti motivasi pelajar terhadap subjek
matematik serta menentukan tahap motivasi pelajar selepas menggunakan ruangan
Tokoh dan Tahukah Anda dalam Majalah Web Dunia Matematik adalah seperti berikut
berdasarkan komponen dalam model ARCS:
1. Adakah ruangan Tokoh dan Tahukah Anda mempengaruhi motivasi pelajar dari
aspek Perhatian?
2. Adakah ruangan Tokoh dan Tahukah Anda mempengaruhi motivasi pelajar dari
aspek Relevan?
3. Adakah ruangan Tokoh dan Tahukah Anda mempengaruhi motivasi pelajar dari
aspek Keyakinan?
4. Adakah ruangan Tokoh dan Tahukah Anda mempengaruhi motivasi pelajar dari
aspek Kepuasan?
Top Related