Download - Jom Lawat Pahang Dengan Fireflycontent.fireflyz.com.my/media/mediacoverage/PDF/jom-lawat-pahang... · dengan masakan ikan patin, terletak berdepan Sungai Kuantan. Anda wajib cuba

Transcript
Page 1: Jom Lawat Pahang Dengan Fireflycontent.fireflyz.com.my/media/mediacoverage/PDF/jom-lawat-pahang... · dengan masakan ikan patin, terletak berdepan Sungai Kuantan. Anda wajib cuba

66 J A N U A R I 2 0 1 2

santai acarateks : MAZLINA ABU BAKAR foto : AZUAN ZAHDI terima kasih : FIREFLY

Sempena dengan pembukaan semula laluan penerbangan ke Kuantan, Pahang, Firefly telah membawa rakan-rakan media melawat

negeri Mat Kilau ini. Biarpun kami berlepas dari Terminal SkyPark Subang dalam hujan lebat, namun penerbangan yang mengambil masa 45 minit selamat tiba Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah disambut salam ceria mentari pagi.Destinasi pertama setiba di Kuantan, kami dibawa melawat Bukit Gambang Resort City. Ia adalah satu-satunya resort yang diintegrasikan dengan taman tema air terbesar di kawasan Pantai Timur. Dibina dikeliling hutan sekunder, Bukit Gambang Resort City menyediakan persekitaran menghijau yang tenteram dan mendamaikan. Bukit Gambang Water Park pula menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi air yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan juga golongan dewasa seperti “Tree Top Hill”, “Coco Beach” dan “Penguin Island”. Selesai makan, perjalanan diteruskan ke kami Bandar Diraja Pekan. Rombongan singgah di Perkampungan Kebudayaan Pulau Keladi.

Kampung Pulau Keladi adalah antara kampung tertua di daerah Pekan. Salah sebuah rumah di sini adalah milik Haji Daud Abdul Rahman yang kemudian diwarisi kepada Tun Hussein Mohd Taib yang merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar ke-9. Beliau adalah ayahanda kepada Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Rumah tersebut telah diambil alih oleh Muzium Negeri Pahang pada April 1986 dan dibina semula seperti seni bina asalnya dengan menggunakan kayu cengal. Perkampungan kebudayaan ini juga menempatkan Pusat Pengembangan Tenun Pahang yang telah dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang pada Mei 2009. Tenun sutera Pahang dipercayai dibawa masuk dari Tanah Bugis pada kurun ke 16, diperkenalkan oleh seorang bangsawan Bugis bernama Keraing Aji yang tinggal di Kampung Mengkasar. Rekaan asal tenunan sutera adalah berciri-ciri bentuk berkotak-kotak. Kini rekaan fabrik ini telah dipelbagaikan mengikut kesesuaian permintaan.

Profil Kontributor DR. MAZLINA ABU BAKARLatarbelakang pendidikan dalam bidang perubatan tidak menghalang beliau untuk aktif dalam bidang kewartawanan. Beliau mula mendekati bidang penyiaran setelah terpilih memasuki finalis Malaysian Top Host TV3 2004. Pernah mengendalikan rancangan Edisi Siasat di NTV7 dan Panorama di TV1. Kini aktif menghasilkan penerbitan penyiaran untuk media tempatan dan luar negara, disamping penulisan berunsurkan pelancongan.

Jom Lawat Pahang Dengan Firefly

Page 2: Jom Lawat Pahang Dengan Fireflycontent.fireflyz.com.my/media/mediacoverage/PDF/jom-lawat-pahang... · dengan masakan ikan patin, terletak berdepan Sungai Kuantan. Anda wajib cuba

67J A N U A R I 2 0 1 2

Fakta Penerbangan Firefly Subang-Kuantan

n Perkhidmatan dilaluan ini diberhentikan pada September 2, 2009 kerana kekurangan pesawat

n Bermula 30 Oktober, penerbangan untuk laluan ini akan beroperasi dua kali sehari, pada waktu pagi dan lewat petang

Warisan Sungai Lembing

Rombongan tiba di Muzium Sungai Lembing yang memaparkan sejarah perlombongan timah secara subterranean yang begitu terkenal dimata dunia suatu masa dulu. Di sini juga terdapat satu jambatan gantung yang dibina sejak zaman pemerintahan British yang masih utuh hingga ke hari ini. Dalam perjalanan menuju ke Kuantan, kami singgah ke Gua Charas. Bukit Panching pula menempatkan sebuah patung “reclining Buddha”. Terdapat juga rekaan batu semulajadi yang menyerupai dewi Kwan Yin, seekor gajah, ikan dan puteri yang sedang berdandan. Tatkala siang melabuhkan tirainya, kami bermalam di sebuah hotel baru di Kuantan, iaitu The Zenith Hotel. Melancong ke Kuantan tidak lengkap sekiranya tidak menikmati makanan-makanan istimewa yang hanya boleh ditemui di sini. Istimewa untuk minum petang, kami dibawa menikmati makanan yang sangat sinonim dengan Bandar Diraja Pekan, iaitu murtabak Mengkasar. Selain itu, Akob Ikan Patin merupakan kedai yang yang popular dengan masakan ikan patin, terletak berdepan Sungai Kuantan. Anda wajib cuba masak lemak ikan patin di sini. Cukup asli rasanya… Satu lagi hidangan unik di Kuantan adalah hidangan autentik berasaskan mi, iaitu mi calong. Sekilas pandang, sajian ini tampak seperti bakso atau mi sup. Namun, apabila diamati, ianya adalah gabungan citarasa Melayu dan Cina. Mi biasa dimakan kaum Cina dan bebola ikan seakan keropok lekor yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Istimewanya, mi calong ini menggunakan bebola ikan yang diperbuat sendiri daripada pelbagai jenis ikan seperti ikan parang, tenggiri, selar.. Ini adalah hidangan ringan yang sangat sihat kerana ia tidak berminyak dan rendah kolesterol. Buat warga Pahang, anda kini boleh pulang ke Kuantan dengan cepat dan selesa.

Jom Lawat Pahang Dengan Firefly