Arahan no 20 : Majlis Keselamatan Negara
Dasar dan Makanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara
Takrif Bencana
Sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan sumber tenaga manusia yang ektensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan dalam mana memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka masa yang panjang.
Kejadian Bencana
Bencana Alam Bencana Industri Kemalangan Melibatkan Bahan Berbahaya Keruntuhan Bangunan Pelanggaran /Kegelinciran Keretapi Kemalangan Udara Kebakaran besar Empangan pecah Kemalangan Nuklear dan Radiologi Pelepasan gas beracun Kejadian jerebu
Kejadian Bukan Bencana
Kejadian atau kemalangan yang bersifat kecemasan yang melibatkan jumlah kecil mangsa dan kesannya hanya kepada mangsa tersebut
Kejadian atau kemalangan begini tidak mempnyai kemungkinan merebak seperti kebakaran kecil atau mati lemas
Kejadian atau kemalangan ini biasanya dapat dikendalikan dalam masa yang singkat oleh agensi-agensi berkenaan dengan menggunakan sumber-sumber dan kemudahan yang minima diperingkat tempatan
Pengurusan bencana dibahagikan kepada 3 tahap
1. Bencana tahap I2. Bencana tahap II3. Bencana tahap III
Tahap Pengurusan Bencana (Tahap I)
Kejadian setempat yang terkawal Tidak berpotensi untuk merebak Tidak begitu kompleks Kehilangan nyawa & hartabenda yang kecil Tidak menjejas aktiviti penduduk setempat Ditangani diperingkat daerah Atau dengan bantuan yang terhad dari peringkat negeri
Tahap Pengurusan Bencana (Tahap II)
o Kejadian yang lebih serius o Meliputi 2 daerah atau lebiho Berpotensi untuk merebako Menjesakan aktiviti setempato Berkemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang
banyak
Tahap Pengurusan Bencana (Tahap III)
Kejadian ini memusnahkan infrastruktur Menyulitkan dari segi usaha mencari dan menyelamat Perlu dikendali oleh pihak berkuasa negeri Jika perlu bantuan luar, ianya adalah dalam keadaan terhad Kejadian berpunca dari bencana tahap II Bersifat lebih kompleks Meliputi kawasan yang lebih luas iaitu 2 buah negeri atau lebih Perlu dikendalikan oleh agensi kerajaan di peringkat pusat
Perintah Dan Kawalan
Bagi memastikan tindakan menangani bencana dapat diambil dengan teratur dan berkesan maka 2 peringkat perintah dan kawalan diwujudkan iaitu:
1. Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)2. Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
Fungsi PKOB
Apabila sesuatu kejdian disahkan sebagai bencana dan memerlukan tindakan bersepadu, PKTK akan dibuka
Tindakan membuka PKTK akan dikendalikan oleh PDRM Ketua polos daerah (OCPD) akan bertanggungjawab sebagai komander operasi Semua agensi dikehendaki menghantar seorang pegawai sebagai wakil di PKTK PDRM menyediakan semua peralatan komunikasi yang lengkap sepanjang tempoh
operasi Satu rangkaian komunikasi akan diwujudkan antara PKTK dan PKOB mengikut tahap
bencana yang berlaku PKOB hendaklah melaporkan perkembangan operasi kepada pihak atasan
Fungsi PKTK
Dalam kejadian yang berpunca dari Nuklear dan Radiologi, Lembaga perlesenan tenaga atom (AELB) akan bertindak sebagai agensi teknikal utama menangani bencana tersebut
Semua agensi yang terlibat dalam pengrusan bencana ditempat kejadian hendaklah melaporkan kehadiran agensi mereka ke PKTK sebelum memulakan tugas
Semua wakil agensi hendaklah ditempatkan di PKTK dalam menyelaras dan melancarkan perjalanan tugas komander operasi
Agensi pengurusan bencana
Agensi dan badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1) Agensi penyelamat utama
SMART, PDRM, JBPM, Jabatan Perubatan dan Kecemasan, ATM, dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh agensi yang mempunyai kepakaran khas untuk menjalankan tugas bersama pasukan penyelamat utama
2) Agensi penyelamat sokongan
Jabatan pertahanan awam dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana-mana agensi yang boleh membantu pasukan penyelamat utama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat
3) Agensi bantuan dan pemulihan
Jabatan pertahanan awam, KKM, JKR, RELA, PBSM, ST. JOHN Ambulance, TNB, STMB dan mana-mana agensi atau badan sukarela yang lain.
Pengurusan bencana mengikut Zon
Bagi memudahkan kawalan, pengawasan dan pengendalian tugas, kawasan operasi bencana dibahagikan kepada 3 zon :
ZON MERAHZON KUNINGZON HIJAU
Pengurusan dan bantuan bencana di tempat kejadian mengikut zon
Carta peranan agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan dan bantuan bencana di tempat kejadian
Top Related