8/2/2019 Jurnal Minggu 2 (Sem 6)
1/2
BILANGAN JURNAL : 2
MINGGU PRAKTIKUM : KEDUA
TARIKH PERISTIWA : 10 JULAI 2011 - 14 JULAI 2011
TAJUK JURNAL : MASALAH KAWALAN KELAS
1. MASALAH KAWALAN KELAS
Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah masalah pengawalan kelas.
Masalah ini berlaku pada hari Isnin dan Selasa iaitu 11 Julai 2011 dan 12 Julai 2011.
Apabila kawalan kelas kurang memuaskan, proses pengajaran dan pembelajaran saya
terganggu. Hal ini seterusnya akan membuatkan objektif yang dirancang tidak akan
dapat dicapai.
2. ANALISIS
Masalah ini mungkin timbul kerana saya kurang ilmu dalam pengawalan kelas
dan sebagai guru baru rasa hormat murid kepada saya adalah kurang. Di dapati murid
kurang memberi perhatian, bermain-main dan berbual-bual ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Di samping itu masalah ini juga mungkin wujud kerana
kerana murid berasa bosan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
saya jalankan.
8/2/2019 Jurnal Minggu 2 (Sem 6)
2/2
3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
A ) Saya perlu berfikir dan mencari kaedah terbaik dalam pengawalan kelas. .
B ) Saya perlu membanyakkan bacaan dalam kaedah mengawal kelas yang baik.
C ) Saya perlu mengadakan perbincangan dan mendapatkan bimbingan dari guru
dan pensyarah pembimbing di samping bertanyakan pendapat rakan rakan
guru pelatih.
4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera, pasti segala objektif pengajaran
saya di dalam kelas tidak akan dapat dicapai. Ini kerana apabila suasana kelas
adalah terkawal, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan
dengan lancar yang seterusnya membuatkan murid memahami apa yang ingin
disampaikan.
Disemak oleh guru pembimbing,
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh pensyarah pembimbing,
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Top Related