Download - Kad kredit

Transcript
Page 1: Kad kredit

PENGAJIAN AM

KAD KREDIT

Page 2: Kad kredit

KUMPULAN 8

Ahli Kumpulan1. Wan Nurhidayah Adila

2. Siti Aishah

3. Annabella Jane

Page 3: Kad kredit

DEFINISI Kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran

yang membolehkan penggunanya memperolehi barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai.

Apabila menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membuat pembayaran kepada saudagar terlebih dahulu dan menghantar bil kepada penggunanya kemudian nanti.

Page 4: Kad kredit

Pemegang kad kredit boleh menggunakannya di mana-mana kedai saudagar yang mempamerkan jenama kad kredit,baik di dalam mahupun di luar negara.

Page 5: Kad kredit

SEJARAH KAD KREDIT Sejarah penggunaan kad kredit bermula di New York pada

tahun 1951. Frank NcNamara, Pengerusi Hamilton Credit Corporation

bersama rakan lamanya, Alfred Bloomingdale dan peguamnya, Ralpd Sneider makan malam di sebuah restoran terkemuka di New York untuk berbincang mengenai masalah pelanggan yang membuat pinjaman dengan syarikat beliau.

Selesai sahaja makan malam, beliau menyedari dompetnya tertinggal ketika beliau hendak membayar bil makanan.

Beliau menghubungi isterinya supaya membawa wang untuk beliau bagi membayar bil makanan di restoran tersebut.

Kejadian ini telah memalukan beliau.

Page 6: Kad kredit

Dari peristiwa tersebut, beliau telah mendapat idea untuk memulakan penggunaan kad kredit di mana seseorang boleh makan dan minum dengan menggunakan kad tanpa membawa wang bersama.

Kemudian, beliau mencadangkan kepada beberapa buah restoran dan mereka mula dapat melihat manfaatnya.

Dengan itu, bermulalah Diners' Club dengan Frank NcNamara sebagai pengasasnya.

Mereka telah memberikan kad kepada 200 pelanggan dan mereka boleh menggunakannya di 27 restoran terkemuka di New York.

Page 7: Kad kredit

Kaedahnya ialah pelanggan-pelanggan akan makan di restoran dan Diners' Club akan membayar bil mereka.

Kemudian, pelanggan akan membayar kepada Diners' Club dengan caj tertentu ke atas kad yang digunakan.

Sejak daripada itu, kad kredit American Express telah diperkenalkan pada tahun 1958 dan Bank of America memperkenalkan kad kredit Bank America card yang sekarang dikenali sebagai Visa.

Page 8: Kad kredit

Penggunaan kad kredit meletus selepas tahun 1970 dengan penggunaan jejalur magnetik di belakang kad berkenaan.

Pada hari ini, penggunaan kad kredit telah meluas di seluruh dunia.

Sehingga 2002, hutang kad kredit di Amerika Syarikat ialah AS$750 billion.

Malah, sehingga akhir tahun 2007, Bank Negara melaporkan hutang tertunggak kad kredit ialah RM10.6 billion dan pasarannya akan terus meningkat 20% setahun di Malaysia.

Anda boleh melihat kuasa kad kredit yang menjadi kegilaan orang ramai pada hari ini.

Page 9: Kad kredit

KAD KREDIT Terdapat banyak kad kredit di pasaran, antara yang

popular ialah MasterCard dan Visa. Kad kredit mengetepikan keperluan menggunakan

wang tunai dalam sesuatu urus niaga. Kad kredit juga boleh digunakan untuk mendapatkan

pendahuluan wang tunai di mesin-mesin ATM dan di kaunter-kaunter pengeluar kad kredit.

Page 10: Kad kredit

Walau bagaimanapun, selain daripada caj kewangan, pemegang kad kredit juga akan dikenakan yuran pendahuluan wang tunai setiap kali mereka berbuat demikian.

Tidak ada tempoh faedah diberikan bagi pendahuluan wang tunai.

Caj kewangan akan dikira bermula dari tarikh pengambilan pendahuluan wang tunai berkenaan dibuat.

Page 11: Kad kredit

Pengeluar kad kredit akan menghantar penyata bulanan kad kredit kepada penggunanya yang mencatatkan butir-butir pembelian penggunanya termasuk pendahuluan wang tunai, jumlah baki belum jelas, jumlah bayaran minimum dan tarikh untuk membuat pembayaran.

Caj-caj yang lazim dikenakan ialah :Yuran penyertaanYuran tahunanCaj kewangan (faedah) Yuran pendahuluan wang tunaiCaj bayaran lewat

Page 12: Kad kredit

Pada masa ini, pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan 50 peratus adalah mereka yang berpendapatan kurang daripada RM36 000 setahun.

Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Devinder Singh berkata ramai golongan muda diisytiharkan muflis disebabkan perbelanjaan berlebihan menerusi penggunaan kad kredit dan kegagalan untuk mengikut peraturan asas dalam pengurusan kewangan yang bijak.

Page 13: Kad kredit

Dalam laporan Bank Negara, 50 peratus pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap berusia dibawah lingkungan 30 tahun.

Di bawah Akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30 000.

Ketua pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Pail Selvaraj menyifatkan sikap mementingkan jenama di kalangan generasi muda menyebabkan mereka tidak mengambil peduli soal kemampuan dalam perbelanjaan.

Page 14: Kad kredit

CARA MEMOHON KAD KREDIT

Memohon daripada institusi-institusi yang mengeluarkan kad kredit asalkan orang tersebut berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan minimum RM18 000 setahun dan memenuhi sebarang syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pengeluar kad kredit tersebut.

Page 15: Kad kredit

Untuk menyokong permohonan, dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan :

a) Salinan kad pengenalan

b) Surat perlantikan jawatan

c) Penyata cukai pendapatan terkini

d) Slip gaji untuk bulan-bulan terdahulu

Page 16: Kad kredit

KESAN POSITIF PENGGUNAAN KAD KREDIT

Page 17: Kad kredit

PENGGUNAANNYA LEBIH SELAMAT

Kemungkinan wang tunai tercicir atau dicuri amat besar dan tidak mungkin dapat diperoleh semula.

Sebaliknya, kehilangan kad kredit mudah diatasi kerana dapat diganti semula.

Pemegang kad hanya perlu menghubungi syarikat kad kredit untuk melaporkan kehilangan kad kreditnya.

Kad kredit akan dibatalkan serta-merta.

Melindungi pemegang kad kredit itu daripada menanggung kerugian besar.

Page 18: Kad kredit

PENGGUNAAN LEBIH MUDAH

Terpaksa membawa wang tunai yang banyak jika mahu berbelanja besar.

Mengira wang tunai yang banyak di hadapan orang ramai menjadi masalah.

Penggunaan kad kredit mengelakkan semua kesulitan dan bahaya itu kerana pemegang kad kredit hanya perlu menandatangani skrip kecil yang mencatatkan jumlah perbelanjaan mereka.

Apabila melancong ke luar negara, tidak perlu menukarkan wang tunai kepada mata wang asing jika menggunakan kad kredit.

Page 19: Kad kredit

PEMEGANGNYA MENIKMATI PELBAGAI KEMUDAHAN ISTIMEWA

Pemegang kad kredit dapat membeli-belah melalui pos ataupun Internet dan menempah hotel dengan menggunakan kad kredit.

Syarikat kad kredit menyediakan kemudahan pembayaran bil, premium insurans, dan bayaran berkala lain.

Pemegang kad kredit hanya perlu memberikan butir-butir pembayaran kepada syarikat kad kredit dan syarikat kad kredit akan membuat pembayaran itu bagi pihak pemegang kad.

Page 20: Kad kredit

PEMEGANGNYA MENDAPAT PERLINDUNGAN INSURANS

Mendapat perlindungan insurans kemalangan diri sekiranya membeli tambang perjalanan dalam kenderaan awam menggunakan kad kredit.

Barang-barang yang dibeli dengan kad kredit juga diberi perlindungan insurans.

Mereka boleh menuntut ganti rugi jika barang-barang itu rosak, hilang atau dicuri.

Page 21: Kad kredit

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN KAD KREDIT

Page 22: Kad kredit

PENGGUNAAN YANG KURANG BIJAK MENDATANGKAN MASALAH KEWANGAN

Ada golongan tertentu yang menggunakan kad kredit sebagai simbol status untuk berlagak di hadapan kawan-kawan dan dapat berbelanja besar.

Hanya bertujuan untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh kad kredit dan tidak teragak-agak untuk berbelanja berlebihan kerana boleh membayar secara ansuran kepada syarikat kad kredit.

Pemegang kad boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal membayar hutang.

Page 23: Kad kredit

PENGELUARAN KAD KREDIT YANG TIDAK TERKAWAL MENGAKIBATKAN INFLASI

Kita cenderung berbelanja lebih, misalnya membeli barang mahal, melancong ke luar negara, dan sebagainya.

Kemudahan kad kredit yang ditawarkan membolehkan pemegang kad bebelanja dahulu dan bayar kemudian.

Menggalakkan sikap boros dan tidak cermat dalam perbelanjaan.

Menyemarakkan api inflasi dan menjejaskan ekonomi negara.

Page 24: Kad kredit

MENYEBABKAN SESEORANG ITU

DISENARAI HITAM ATAU BLACKLIST

Kes tertinggi adalah melibatkan pengguna kad kredit (blacklisted due to creditcard) yang telah gagal menyempurnakan bayaran yang diperlukan oleh pihak bank

Kes - kes ini kemudian menjadi semakin teruk jika pengguna menpunyai lebih dari satu kad kredit.

Page 25: Kad kredit

CONTOH KAD KREDIT

Page 26: Kad kredit

CARA MENGATASI MASALAH MELIBATKAN KAD KREDITMengawal Emosi (Afektif) Mengawal emosi ialah salah satu daripada elemen dalam

domain afektif. Semasa membuat perbelanjaan ataupun merancang

kewangan bulanan atau mingguan, pemegang kad seharusnya dapat mengawal perasaan agar cara ini dapat mengawal mereka daripada berbelanja secara berlebihan.

Generasi muda terutamanya wanita yang memang sinonim dengan membeli belah perlu mencatat dalam bentuk jadual mengenai barang yang hendak mereka beli dan dapat berfikir antara barang yang penting dengan yang kurang penting.

Page 27: Kad kredit

Amalan Pengurusan Kewangan Berhemat Bank Negara Malaysia mengumumkan syarat-syarat

baharu yang lebih ketat berkuat kuasa serta-merta pada 18 mac 2011 bagi pemilikan kad kredit.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit memerlukan pendapatan minimum RM24 000 setahun berbanding RM18 000 sebelum ini.

Pemegang kad yang berpendapatan RM36 000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

Garis panduan baharu ini merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan yang berhemat.

Page 28: Kad kredit

KAJIAN KES Di Washington, Rogelio Haskett, 24 tahun, telah

mencuri lebih daripada setengah juta nombor kad kredit digunakan untuk mengumpulkan wang hampir 40 juta dalam bentuk hutang haram.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan didenda sebanyak 100 000.

Haskett dilaporkan bersalah pada bulan April kerana menyeludup masuk kad kredit palsu dan melakukan rompakan identiti.

Ketika ejen-ejen Perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat menggeledah rumahnya dua tahun lepas, mereka telah menemui lebih daripada 675 000 nombor kad kredit yang dicuri.

Page 29: Kad kredit

Beberapa buah syarikat kad kredit telah mengenal pasti berpuluh ribu transaksi pemalsuan menggunakan nombor dan berjumlah lebih daripada 36 juta.

Haskett mengaku bahawa dia telah menyeludup kad kredit curi sejak tahun 2002.

‘ Menggodam dan rompakan identiti adalah satu cara kehidupan bagi Encik Haskett’, kata Penolong Pendakwa Raya Agung AS Lanny Breurer berkata dalam satu kenyataaan . “ Selama beberapa tahun beliau menggunakan Internet untuk mencuri dan menjual identiti untuk pemalsuan berjuta-juta dolar. - AFP

Page 30: Kad kredit

Statistik penggunaan kad kredit

Page 31: Kad kredit

Panduan penggunaan kad kredit secara bijak Buat perbandingan terlebih dahulu untuk

mendapatkan kad kredit terbaik. Pilih kad memberi pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan.

Membeli secara online hanya di laman web dipercayai.

Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran bagi mengelak dikenakan caj bayaran lewat atau penalti.

Page 32: Kad kredit

Untuk mengelak dikenakan faedah, bayar baki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerima penyata bulanan. Berwaspada kesan membayar jumlah minimum

Jika anda menghadapi masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum terlebih dahulu dan berusaha menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin.

Elak guna kad kredit jika anda tidak mampu membayar jumlah minimum bulanan.

Page 33: Kad kredit

Jangan guna kad kredit bagi mendapat pendahuluan wang tunai ATM. Ingat setiap kali anda menggunakan kad kredit mengeluarkan wang tunai, anda meningkatkan komitmen pinjaman selain dikenakan yuran pendahuluan wang tunai dan faedah harian.

Hadkan bilangan kad kredit berdasarkan keperluan dan kemampuan pembayaran anda.

Page 34: Kad kredit

RUMUSAN Kad kredit seharusnya digunakan sebagai kaedah

pembayaran secara elektronik bagi menggantikan penggunaan wang tunai.

Kad kredit tidak harus digunakan sebagai alat mendapat kredit mudah.

Sentiasa jelaskan semua baki kad kredit tepat pada masanya.

Dengan hanya membuat bayaran minimum ke atas kad kredit, anda akan menanggung kos faedah yang lebih banyak.

Page 35: Kad kredit

Baca dan fahami semua terma dan syarat sebelum menggunakan kad kredit anda.

Sentiasa menjaga kad kredit dan semak butiran transaksi anda.

Page 36: Kad kredit

SEKIAN TERIMA KASIH