“KAD PINTAR PLKN”
Kumpulan SMART,Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan
1. PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) merupakan sebuah Jabatan
Persekutuan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan.
Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) yang mula secara rasminya dilaksanakan pada tahun 2004.
Berpandukan Visi utama Jabatan iaitu untuk menjadi organisasi terunggul dalam
melahirkan bangsa Malaysia dan misi Jabatan untuk memastikan PLKN
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, tanggungjawab Jabatan ini digerakkan
oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Ketua
Pengarah.
Sebagai pusat latihan remaja Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun,
pentadbiran JLKN merangkumi seluruh lokasi di Malaysia. Ibu pejabat JLKN
bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur manakala Kem-kem PLKN pula
ditempatkan di kesemua negeri. Setiap Kem PLKN diketuai oleh seorang Komandan
yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada ketiga-tiga
cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara.
Fungsi utama JLKN adalah seperti berikut :
i) Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai pelaksanaan Program
Latihan Khidmat Negara;
ii) Menguruskan penubuhan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN),
pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang
diperuntukkan di dalam Akta Khidmat Negara;
iii) Menyediakan modul latihan yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada
komponen yang ditetapkan;
iv) Merancang penyediaan kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik,
peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan PLKN;
v) Merangka sistem maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod
semua warganegara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan
dilaksanakan;
vi) Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta;
vii) Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan
pelaksanaan PLKN;
viii) Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri, bersemangat
patriotisme dan cintakan negara;
ix) Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta
integrasi nasional;
x) Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni
dalam PLKN; dan
xi) Menyediakan PLKN yang terancang dengan penyediaan keperluan yang
berkesan ke arah mencapai matlamat dasar latihan khidmat negara.
Rajah 1 di bawah menunjukkan carta organisasi Jabatan Latihan Khidmat Negara
1.2 PENUBUHAN KUMPULAN SMART
Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak ketinggalan di dalam menyahut seruan
kerajaan dengan menubuhkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi mencapai
matlamat membangunkan sumber tenaga manusia agar menjadi lebih efisien dan
efektif. Ini adalah kerana aset paling bernilai bagi sesebuah organisasi adalah
pekerja yang dapat menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi memastikan
kualiti perkhidmatan dan kualiti diri bertambah baik, berkembang dan meningkat dari
semasa ke semasa.
Oleh hal yang demikian, sebanyak 11 kumpulan KIK telah ditubuhkan di JLKN
yang melaksanakan projek-projek bagi memacu kejayaan JLKN dalam pelbagai
aspek dan salah satu kumpulan KIK tersebut adalah Kumpulan SMART.
Kumpulan SMART yang dianggotai oleh tujuh (7) orang ahli dari pelbagai
Bahagian di JLKN telah ditubuhkan pada 9 Oktober 2009. Surat permohonan
bertarikh 2 September 2009 telah dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan bagi
mendapatkan kebenaran menubuhkan kumpulan dan seterusnya membantu
Jabatan di dalam melaksanakan projek yang berkaitan.
Kumpulan SMART diketuai oleh Puan Hamidah Binti Ahmad selaku Fasilitator,
Puan Sharifah Rodziah binti Syed Sagap sebagai Ketua Kumpulan manakala Encik
Hanafi bin Kamyon sebagai Penolong Ketua Kumpulan dan 5 orang ahli iaitu Puan
Siti Nur Aslinda binti Mohamad Ayob, Encik Shahrizal bin Nuar @ Anuar, Encik
Muthalagan a/l Murugappan, Encik Amir Rithauddin bin Roslan dan Puan Nur
Syatirah binti Mohd Adzhar.
Tidak lengkap tanpanya, etika yang sentiasa menjadi pegangan ahli Kumpulan
SMART adalah kreatif, bertanggungjawab, mendokong satu sama lain dan ikhlas
dalam menjalankan tugas.
Rajah 2 di bawah menunjukkan Carta Organisasi Kumpulan SMART:
2. PEMILIHAN PROJEK/ PENJELASAN PROJEK
2.1 Pemilihan Projek
Bagi memulakan projek kumpulan, kaedah Brainstorming merupakan tools
pertama yang digunakan dalam mengenalpasti masalah. Kaedah Brainstorming
merupakan kaedah yang memerlukan setiap ahli untuk berfikir dan membuat
percambahan fikiran bagi mencari beberapa masalah yang dihadapi.
Sehubungan itu, sebanyak lapan (8) masalah telah dikenalpasti oleh setiap
ahli kumpulan iaitu:
1. Maklumat Pelatih diisi di kem tidak lengkap
2. Merangkaikan pangkalan data JLKN dengan jabatan kerajaan lain untuk
mendapatkan maklumat Pelatih
3. Pengemaskinian maklumat SPKN oleh Pelatih sendiri di sekolah-sekolah
4. Kesukaran menjejak bekas Pelatih PLKN
5. Pembaziran kertas sebagai borang maklumat bekas Pelatih
6. Ruang storan untuk penyimpanan maklumat Pelatih yang terhad
7. Pengemaskinian maklumat bekas Pelatih semasa promosi tidak efisien
8. Masalah kekurangan staf untuk Cawangan Alumni
Daripada lapan (8) masalah di atas, tiga (3) masalah utama telah dipilih
dengan menggunakan kaedah Force Ranking yang mana penetapan masalah
utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan masalah tersebut kepada
Pertahanan Menyeluruh, Akta Khidmat Negara 1952 dan juga Akta Latihan Khidmat
Negara 2003. Tiga (3) masalah utama tersebut adalah seperti berikut:
1. Maklumat Pelatih diisi di kem tidak lengkap
2. Pengemaskinian maklumat bekas Pelatih semasa promosi tidak efisien
3. Kesukaran menjejak bekas Pelatih PLKN
Cadangan Penyelesaian
Dalam usaha untuk merealisasikan projek tersebut, kumpulan telah
membentangkannya kepada pihak pengurusan atasan JLKN dan beberapa syarikat
luar telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja mereka. Beberapa cadangan
kertas kerja antaranya bernilai RM50,000.00 dan RM100,000.00 telah diterima untuk
membangunkan projek ini.
Setelah dikaji dan diperhalusi, Koperasi Usahawan dan Pengguna
Perniagaan Elektronik Kuala Lumpur (KO-UPAY) dengan dibenarkan di bawah Akta
Koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah dipilih untuk membangunkan
satu sistem yang dapat membantu menyelesaikan masalah pengemaskinian data
bekas pelatih PLKN dan secara tidak langsung dapat memberikan imej atau identiti
kepada mereka.
Kumpulan sekali lagi telah membuat brainstorm dan mendapati 3 perkara berikut
perlu ditekankan bagi memastikan projek tidak gagal iaitu:
1. Menarik bekas pelatih
2. Kelebihan kepada bekas pelatih
3. Pengemaskinian data
Sehubungan itu, kumpulan mendapati kad pintar adalah penyelesaian terbaik.
Rajah di bawah menunjukkan rekabentuk yang dipersetujui di mana bekas pelatih
diberikan kad pintar dan akaun kad pintar. Akaun kad pintar adalah laman utama
bagi menikmati semua keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegang kad.
Pemegang kad pula boleh menikmati pelbagai keistimewaan dan kelebihan melalui
transaksi elektronik. Bonus tambahan akan diberikan kepada pemegan kad
berdasarkan transaksi yang telah dijalankan dan akan dihubungi semula melalui
maklumat terkini yang didaftarkan. Justeru itu, pemegang kad secara tidak langsung
akan mengemaskini maklumat peribadi.
Sebarang maklumat yang dikemaskini akan direkodkan dan dimasukkan ke
dalam pangkalan data berpusat. Melalui rangkaian, Jabatan boleh mengakses
maklumat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Rajah di atas menunjukkan situasi sebelum dan selepas tindakan
penyelesaian dijalankan. Sebelum ini terdapat tiga (3) proses kerja secara manual
yang berbeza dalam pengumpulan dan pengurusan data pelatih dan bekas pelatih
PLKN iatu:
1. Proses mengumpul maklumat pelatih
2. Mengemaskini maklumat pelatih
3. Menghubungi bekas pelatih
Kad pintar akan meringkaskan ketiga-tiga proses kerja ini kepada satu proses
kerja mengumpul dan mengemaskini data bekas pelatih dan memudahkan mereka
dihubungi semula. Tambahan lagi, pengemaskinian data boleh dibuat pada bila-bila
masa dan turut boleh menikmati pelbagai keistimewaan dan kelebihan tambahan.
3. PELAKSANAAN KAD PINTAR PLKN
Melalui Kad Pintar ini semua maklumat berkenaan pelatih dapat disepadukan
dengan program ganjaran keistimewaan berterusan yang di luluskan oleh Kerajaan.
Pemilikan kad tersebut juga dapat memenuhi tujuan untuk mencipta identiti unik
kepada bekas pelatih yang berjaya tamat menjalani PLKN. Hal ini akan
menimbulkan kebanggaan kepada bekas pelatih yang menunjukkan bahawa mereka
adalah kelompok yang berjaya membawa hasrat kerajaan dalam penyuburan sifat
patriotik kepada negara. Antara maklumat atau data yang dapat dikemaskini secara
komprehensif melalui pemilikan Kad Pintar ini ialah:
(i) Nama pelatih
(ii) No. Kad Pengenalan
(iii) Alamat
(iv) E-mail
(v) No. Telefon
(vi) Status Pekerjaan
(vii) Nama Organisasi/ Syarikat/ Institut Pembelajaran/ Kem
(viii) Nama Pewaris
(ix) Alamat Pewaris
Rajah di atas menunjukkan pelaksanaan penghasilan kad pintar PLKN yang
bermula dengan rekabentuk kad dipersetujui pada Februari 2010 dan seterusnya
pemasangan mesin ATM pada Oktober 2010.
Terdapat tiga (3) keistimewaan kad pintar PLKN iaitu:
1. Eksklusif untuk mereka yang berjaya menamatkan latihan sahaja
2. Menjadi identiti kepada pelatih dan bekas pelatih
3. Kebanggaan menjadi sebahagian daripada individu yang terpilih menjalani
PLKN
3.1 Kad Pintar PLKN
Objektif utama projek ini dilaksanakan adalah untuk memastikan proses
pengemaskinian data adalah lengkap dan terkini bagi memudahkan bekas pelatih
dihubungi pada masa hadapan sekiranya diperlukan selaras dengan definisi Akta
Khidmat Negara 1952 (Akta 425) menyatakan bahawa remaja Malaysia perlu sedia
untuk berkhidmat dalam 3 perkhidmatan iaitu:
1. Perkhidmatan Angkatan tentera Malaysia
2. Perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia
3. Perkhidmatan Pertahanan Awam
Selain itu, setelah PLKN dilaksanakan selama 7 tahun, kumpulan
berpendapat telah tiba masanya pelatih dan bekas pelatih yang telah tamat
menjalani latihan PLKN diberi penghargaan dengan mewujudkan satu identiti PLKN
kepada mereka yang berjaya melaluinya. Hasil daripada sesi pencambahan idea di
kalangan ahli kumpulan, maka dicadangkan supaya proses pengemaskinian data
bekas pelatih PLKN dibuat melalui satu sistem pengemaskinian data terkini dengan
melancarkan projek penghasilan kad yang dinamakan “Kad Pintar PLKN”. Kad
tersebut bukan sahaja dapat membantu jabatan di dalam usaha mengemaskini
maklumat bekas-bekas pelatih malah dapat mewujudkan satu identiti yang jitu
terhadap pelatih dan bekas pelatih PLKN.
Selain menjadi identiti kepada pelatih dan bekas pelatih PLKN, Kad Pintar
yang dihasilkan ini turut berfungsi sebagai sebuah akaun transaksi virtual di mana
pengguna dapat membuat urusniaga secara elektronik melalui internet ataupun
telefon bimbit. Sistem ini menggunakan “distributed flexible acceptance channel” di
mana pengguna boleh melakukan transaksi melalui saluran fizikal UPAY yang
dihubung menggunakan “virtual point of sales (VPOS)”. Semua transaksi yang
dilakukan dikemaskini secara “real-time” kepada pemegang akaun. Oleh hal yang
demikian, data pelatih dan bekas pelatih dapat dikemaskini dari semasa ke semasa
dan tidak timbul masalah data yang tidak tepat atau salah.
Permohonan untuk memiliki kad pintar ini boleh dilakukan melalui dua cara
iaitu secara manual di kem-kem PLKN dan secara atas talian. Pelatih atau bekas
pelatih hanya perlu mengisi borang permohonan dari pihak Ko-Upay sekiranya
secara manual dan melawati laman sesawang www.1plkn.com untuk permohonan
secara atas talian. Kedua-dua cara ini adalah sama yang mana memerlukan data
terkini pemohon untuk dikemaskini secara “real time”.
Rajah 3 menunjukkan proses kerja penghasilan Kad Pintar PLKN yang bermula dari
permohonan sehinggalah kepada penghantaran kad kepada pemohon iaitu pelatih
dan bekas pelatih:
Rajah 3: Proses kerja penghasilan Kad Pintar
3.2 Kad Dan Akaun e-Payment
Pelatih dan bekas pelatih yang memohon akan menerima Kad pintar PLKN
dengan nama pemegang dan nombor akaun ePayment tertera di atas kad pintar
tersebut. Sekiranya pemegang kad ingin menggunakan akaun ePayment, mereka
boleh melawat laman sesawang www.upay.com.my yang menyediakan pelbagai
kemudahan untuk pelatih dan bekas pelatih antaranya ialah butir akaun seperti baki
semasa, menukar nombor pin kad dan kata laluan, pindahan wang ke akaun
ePayment yang lain, pembayaran bil, insurans, menambah nilai prabayar, laporan
prestasi, Deposit ke akaun ePayment dan pengeluaran wang dari akaun ePayment.
4. KELEBIHAN/KEISTIMEWAAN KAD PINTAR PLKN
4.1 Keistimewaan Kad Pintar PLKN
Dengan adanya Kad Pintar PLKN ini, ia bukan sahaja memberikan identiti kepada
pelatih dan bekas pelatih malah turut menyediakan pelbagai insentif sampingan
antaranya ialah:
4.1.1 Transaksi Pengeluaran Wang
Kad Pintar ini boleh digabungkan dengan akaun bank pemegang kad dimana
ianya membolehkan pengeluaran wang di semua mesin ATM yang
memaparkan logo KoUpay serta mesin ATM yang disediakan oleh KoUpay.
Dengan adanya mesin ATM di kem-kem PLKN, maka pengeluaran wang
elaun boleh dibuat tanpa perlu pergerakan keluar dan tidak membuang masa
serta menjamin keselamatan pelatih.
4.1.2 Tambah Nilai Pra Bayar Mudah Alih
Pembelian tambah nilai pra Bayar di akaun ePayment membolehkan pemilik
kad menerima debit tunai yang dikreditkan secara langsung ke dalam akaun
selepas membuat pembelian. Ini secara tidak langsung dapat menambah
wang saku kepada bekas pelatih sekiranya mereka kerap menambah nilai pra
Bayar mereka.
4.1.3 Insurans Berkelompok
Dengan adanya kad ini juga, pemilik kad dilindungi oleh Sayrikat Insurans Uni
O Asia dengan bayaran premium RM3 setahun yang membolehkan pemilik
kad membeli insurans untuk suami/isteri dan tiga (3) orang anak.
4.1.4 Perkhidmatan Pembayaran Bil
Transaksi pembayaran bil Astro, TNB dan juga Maxis juga boleh dilakukan
menerusi kad ini.
4.1.5 Diskaun Pembelian Tiket Bas
Pembelian tiket bas Mara Liner di website www.maraliner.com.my yang
memberikan diskaun 10% pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
4.2 Pencapaian Hasil Projek
Kaedah ini telah mula digunapakai pada Siri 7/2010. Ianya telah melepasi
peringkat percubaan dan bilangan pelatih dan bekas pelatih yang memohon dan
memiliki kad semakin meningkat. Sistem ini juga dibangunkan tanpa melibatkan
sebarang kos tambahan kepada Jabatan. Rajah 4 menunjukkan jumlah permohonan
kad pintar oleh pelatih dan bekas pelatih PLKN sejak kaedah ini digunapakai. Impak
pelaksanaan kaedah ini akan diperincikan pada bab seterusnya.
Rajah 4: Jumlah Permohonan Kad Pintar PLKN 2010
5. IMPAK PELAKSANAAN PROJEK
Setelah 7 tahun pelaksanaan PLKN, JLKN perlu menjana transformasi dan
berusaha untuk membuat anjakan paradigma ke arah yang lebih baik dan Kumpulan
SMART mengambil tanggungjawab tersebut dengan membantu Jabatan melalui
pelaksanaan projek Kad Pintar ini. Pelaksanaan projek ini bukan sahaja dapat
memberikan impak secara langsung dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh JLKN dalam menjejaki bekas pelatih PLKN namun ianya juga berupaya
memberikan impak tidak langsung yang diperolehi hasil kesepaduan data di dalam
sistem kad pintar itu sendiri.
5.1 Impak langsung
Impak langsung diperolehi apabila keperluan khusus dan tidak khusus seperti
yang dibincangkan di Bab 2 di atas dapat dipenuhi. Sehubungan itu impak-impak
langsung di bawah akan wujud, sama ada secara berterusan atau pada satu-satu
masa yang diperlukan:
5.1.1 Pengekalan semangat patriotisme selaras konsep HANRUH
Semangat patriotisme negara yang disemai di dalam diri pelatih akan
sentiasa subur dan memudahkan kerajaan melaksanakan konsep HANRUH
tanpa perlu menghadapi cabaran yang besar dari golongan muda Malaysia.
5.1.2 Keperluan Akta Khidmat Negara 1952 (Akta 425)
Penyediaan remaja Malaysia selaras keperluan Akta Khidmat Negara 1952
dapat dipenuhi. Melalui data kad pintar yang sentiasa dikemaskini, kedudukan
tepat bekas pelatih dapat diperolehi dan ini memudahkan panggilan ke atas
mereka apabila keadaan memerlukan kelak.
5.1.3 Identiti unik bagi bekas pelatih PLKN yang boleh dibanggakan
Keunikan identiti khas kepada bekas pelatih PLKN yang tamat latihan
memperlihatkan bahawa kerajaan sangat serius dalam membentuk
perpaduan rakyat tanpa mengira kaum. Perpaduan kaum diterjemahkan
melalui pewujudan satu identiti yang khusus kepada bekas pelatih PLKN agar
mereka dapat berpadu di bawah satu kerangka yang sama diantara satu
dengan lain merentasi kaum dan agama yang dianuti.
5.1.4 Hubungan berterusan bagi mengikis persepsi negatif ibubapa
Persepsi negatif ibubapa dan masyarakat tentang kebaikan PLKN kepada
remaja Malaysia dapat dikikis melalui hubungan berterusan antara JLKN
khasnya dan Kerajaan amnya dengan bekas pelatih PLKN. Pewujudan
hubungan yang berterusan melalui kad pintar ini menunjukkan JLKN
bersungguh-sungguh mahu memastikan misi JLKN iaitu melaksanakan PLKN
dengan cekap dan berkesan tercapai.
5.1.5 Keistimewaan berterusan tanda penghargaan kepada bekas pelatih
Kerajaan yang prihatin adalah kerajaan yang sentiasa membela nasib
rakyatnya. Melalui konsep itu, JLKN berusaha membela nasib bekas pelatih
PLKN melalui pemberian skim istimewa kepada mereka. Pewujudan skim
istimewa dibawah kad pintar ini adalah tanda penghargaan kerajaan yang
hanya diberikan kepada bekas pelatih yang sanggup mengorbankan masa
dan tenaga menghadiri PLKN selama 3 bulan.
5.2 Impak tidak langsung
Impak tidak langsung adalah kesan yang berlaku secara tidak langsung dan
secara rantaian (chain reaction) dalam usaha menepati keperluan khusus dan tidak
khusus permasalahan yang dinyatakan di Bab 2. Impak ini sesetengahnya dapat
diukur seperti kesan penjimatan masa dan wang. Namun wujud juga impak yang
tidak dapat diukur seperti peningkatan perpaduan dikalangan rakyat.
5.2.1 Penjimatan wang
Pewujudan kad pintar yang mengandungi maklumat diri pelatih termasuk juga
maklumat kewangan pelatih membolehkan mereka menggunakan kad
tersebut bagi mengeluarkan wang di mesin ATM. Pembinaan mesin ATM di
kem-kem telah memudahkan pelatih untuk mengeluarkan wang simpanan
mereka tanpa perlu ke pekan berhampiran untuk tujuan tersebut. Ini
menunjukkan pihak kem juga tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan
untuk menghantar pelatih ke bank-bank sekaligus menjimatkan kewangan
kem.
Secara perkiraan purata, JLKN mendapat penjimatan maksimum
RM981,470.00 bagi setiap siri sekiranya pergerakan bas digunakan
sepenuhnya bagi tujuan pengeluaran wang pelatih di bank. Penjimatan wang
tidak langsung ini amat diperlukan kerajaan dalam keadaan ekonomi dunia
yang masih tidak menunjukkan pekembangan yang positif. Jadual 3
menunjukkan perincian jumlah kos yang terlibat bagi setiap kali pergerakan
untuk tujuan pengeluaran wang elaun di pekan mengikut zon dan Rajah 5
menunjukkan perbandingan pengurangan kos bagi setiap kali pergerakan
untuk tujuan pengeluaran wang elaun.
Jadual 3: Jumlah kos yang terlibat bagi setiap kali pergerakan untuk tujuan
pengeluaran wang elaun
Rajah 5: Perbandingan pengurangan kos bagi setiap kali pergerakan untuk
tujuan pengeluaran wang elaun
5.2.2 Penjimatan Masa
Penjimatan masa secara tidak langsung dapat diperolehi apabila kad
pintar ini digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya untuk mengeluarkan
wang di mesin ATM, pembelian secara atas talian, pengemaskinian maklumat
secara atas talian dan lain-lain.
Untuk kajian kes, secara purata masa yang digunakan oleh setiap
pelatih PLKN untuk mengeluarkan duit di bank-bank di pekan/bandar adalah
selama 5 jam sebulan. Pembaziran masa ini merugikan kerajaan dalam
usaha memberikan sebanyak mungkin latihan kepada pelatih PLKN selama 3
bulan mereka di kem. Sekiranya tempoh 5 jam ini dapat dijimatkan, ianya
dapat digunakan untuk menyediakan modul latihan baru atau memanjangkan
modul latihan yang sedia ada sekaligus memberikan input berguna kepada
pelatih PLKN.
Pelaksanaan „Kad Pintar PLKN juga telah menjimatkan masa jurulatih
dan pelatih daripada kebiasaannya. Lazimnya, bagi setiap kali urusan
mengeluarkan wang elaun pelatih, jumlah masa yang diambil adalah
anggaran sebanyak 2 jam 30 minit. Walau bagaimanapun, melalui kaedah ini,
anggaran masa yang diambil adalah sebanyak 5 minit sahaja, iaitu
pengurangan masa sebanyak 97%.
5.2.3 Mengekalkan Perpaduan
Mykad (kad pengenalan Malaysia) dicipta antara lain sebagai satu
bentuk keselamatan pasif dan pengenalan diri kepada rakyatnya sewaktu
zaman ancaman komunis. Mykad berjaya menyatukan rakyat melalui
pengasingan antara rakyat yang dipengaruhi unsur fahaman komunis dengan
rakyat patriotik yang mempertahankan Negara dari fahaman luar yang
merosakkan.
Mengambilkira dari konsep Mykad tersebut, dijangka kad pintar PLKN
juga berupaya mengekalkan perpaduan sesama bekas pelatih PLKN khasnya
dan perpaduan kaum amnya. Melalui perpaduan kecil dikalangan bekas
pelatih ini, perpaduan pada skop yang lebih besar dapat digerakkan.
5.2.4 Penglibatan bekas pelatih PLKN ke arah keselamatan dan
kesejahteraan Negara
Perpaduan antara kaum dan agama yang diperolehi daripada
pelaksanaan kad pintar PLKN akan menjana satu gerak daya dan kemahuan
yang positif bagi bekas pelatih PLKN sebagai pemegang kad untuk turut
sama melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan melalui penglibatan
badan-badan sukarela seperti Askar Wataniah, Ikatan Relawan Rakyat
(RELA), Rakan Cop dan sebagainya. Hal ini sekaligus membawa bekas
pelatih PLKN ke arah keselamatan dan kesejahteraan Negara.
5.2.5 Meningkatkan keyakinan dan persepsi awam kepada PLKN dan
JLKN
Pengakhiran kepada kesan atau impak pelaksanaan kad pintar PLKN
ini akan membawa kepada keyakinan dan persepsi positif masyarakat awam
terhadap keberkesanan dan kepentingan PLKN dilaksanakan oleh kerajaan.
Hal ini secara keseluruhannya akan membawa kepada pencapaian sokongan
jitu rakyat terhadap program-program kerajaan yang hanya bertujuan untuk
mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya melalui slogan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Perbandingan sebelum dan selepas projek dilaksanakan
Proses Sebelum projek Selepas projek
1 Kesukaran mendapatkan
maklumat terkini pelatih
dan bekas pelatih. Hanya
bergantung kepada
maklumat yang diperolehi
dari Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) dan
Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM).
Maklumat terkini pelatih dan
bekas pelatih mudah dicapai
kerana pengemaskinian
maklumat adalah secara
berterusan dengan
menggunakan data dari
penggunaan Kad Pintar
PLKN.
2 Tiadanya sistem
maklumat bersepadu
bagi menjejaki semula
bekas pelatih PLKN
Terdapat sistem maklumat
bersepadu di dalam usaha
untuk menjejaki bekas
pelatih PLKN.
3 Ketiadaan Identiti unik
kepada pelatih dan bekas
pelatih
Kad Pintar menjadi identiti
unik kepada pelatih dan
bekas pelatih disamping
dapat menikmati beberapa
insentif yang menarik yang
disediakan.
4 Tiada kemudahan
pengeluaran wang elaun
pelatih di kem
Terdapatnya mesin ATM di
kem-kem PLKN yang
memudahkan urusan
pengeluaran wang
5 Melibatkan kos
pergerakan kerana perlu
membawa pelatih keluar
dari kem untuk ke Pekan
bagi melakukan transaksi
pengeluaran elaun.
Tiada kos pergerakan yang
terlibat kerana terdapatnya
mesin ATM di dalam kem
yang membolehkan pelatih
membuat transaksi tanpa
perlu keluar dari kem.
6 Membuang masa pelatih
dan jurulatih dari segi
perjalanan pergi dan balik
ke pekan untuk
mengeluarkan wang dan
terpaksa beratur panjang
di Bank
Menjimatkan masa kerana
tidak mengganggu
perjalanan aktiviti di kem dan
urusan yang berkaitan hanya
boleh dilakukan di dalam
kem pada bila-bila masa dan
tidak perlu beratur panjang.
6. Promosi
Antara promosi yang dijalankan adalah sepert berikut:
Top Related